Pages

Showing posts with label JB & USS Trip. Show all posts
Showing posts with label JB & USS Trip. Show all posts

Singapore - USS, Feb 2014

Tune Hotel Danga Bay, JB



Tune Hotel Danga Bay
11-13 February 2014 (2 nights)
RM118.00 including channel + 24 hours air-conditioning
Booked via Tunehotels non refundable


Pasal review hotel ni saya susun dekat list atas tapi tulis paling last so pandai-pandailah cari sorry kalau mengelirukan sikit. Sikit saja :P

Bilik kami dapat RM88.19 untuk dua malam, tapi lepas tambah channel TV dan aircond, jadilah RM118. Rasanya RM117 beberapa sen tu tapi sebab lupa dan resit dalam emel terpadam so genapkan jadi RM118.

Sempat snap gambar dalam bilik saja.






Bersih, kecil (tapi Tune Hotel di 1Borneo KK lagi kecil), bangunan besar and hard to miss. Parking luas khas untuk penginap, very secure, check-in and check-out was very fast. Di luar bangunan kami tidak sempat jalan-jalan sangat, cuma pergi Orange (convenience store) saja untuk beli roti dan minuman. Seberang jalan ada restoran, atas pun ada. Rasanya if jadikan sebagai hotel transit nak ke USS memang sangat sesuai dan berbaloi (make sure tempah time tengah harga promosi barulah jadi berbaloi hehehe) sebab bas mahu ke USS through agen akan kumpul di sini dan drop balik dari USS pun di sini juga. That's why nampak saja promo Tune Hotel time tu terus grab tak fikir panjang lagi. Both me and husband tidak kisah setakat kecil begini. Yang penting bersih, dekat dengan convenience store dan aircond berfungsi.

Kena sewa kereta jugaklah if nak menginap sini sebab not walking distance (tapi tidak jauh sangat) dengan tempat-tempat lain macam Danga Bay dan Pasar Karat. Untuk yang tidak suka bersempit-sempit, ada ada anak kecil, mungkin tidak sesuai.

For us, tiada masalah. Selesa saja.

Tips & Trick Bajet ke USS Singapore 3H2M



Baik, a little bit of tips katanya, tapi nampak macam panjang lain macam saja HAHA

Trip ni almost a kejutan sebab tak pernah terfikir nak pergi cuma sebab tiket tengah murah so beli. Ceh macam beli tiket bas pula wakaka. Alang-alang dah murah lepas tu pernah terbaca dekat blog tentang USS dan biasa orang pergi USS nak jimat menginap dekat JB (aku tiap hari blogwalk cuma tak komen-komen saja) so kerana USS maka tiket pun dibeli. Bukan sebab USS saja sebenarnya. Itu alasan untuk getaway kami berdua laki bini. Mana tak - lepas kawin terus sambung kerja (kerja tidak boleh tinggal lama-lama, makan gaji macam tu lah), honeymoon mana-mana pon tak sempat. Sabar sajalah demi rezeki.

Seperti yang saya dah mention sebelum ni dalam entri awal-awal, sini saya bagi tips untuk yang first time nak datang. Sesuai untuk yang nak bajet. Saya bukannya bajet sangat pun but since I survey banyak dan ada few things I learned, so saya compile sini. Rujukan diri sendiri next time if mau pergi lagi. :)

TIPS & TRICK BAJET KE USS 3H2M
 

#1
PENGANGKUTAN
  • Flight KK-JB-KK. Beli tiket flight return waktu promosi (means, berbulan-bulan lebih awal). Jika bukan duduk dekat dengan area JB macam kami yang duduk Sabah ni, first thing of course tempah tiket flight dulu. Setakat ikut perkembangan Air Asia ni diorang akan buat promosi tambang free setahun dalam 2-3 kali. Tu pun tambang free untuk area-area dalam Malaysia dan jiran-jiran terdekat ataupun bila Air Asia buka route baru. Itu pun kena tunggu almost setahun macam kami. Apa ada hal. Masa itu pantas berlalu.
  • JB-USS-JB. Ada dua pilihan, samada through agent (sekali dengan entrance ticket ke USS) ataupun naik public transport dari JB Sentral to USS. Pro dan kontra, if guna agent kena ikut masa diorang. Gerak 7.30AM dan by 7.30PM gerak balik dari USS. Lagi senang book hotel area Tune Hotel or Tune Hotel terus. Less hassle. Tak perlu tukar-tukar transport. Tapi kena book in advance. If naik dari JB Sentral, tiket USS kena book asing etc etc tak berapa convenience la for me. Cuma satu yang best, sebab boleh gerak seawal 5.30AM dan balik paling lewat 12AM, sempat round sekejap Singapore before masuk or after keluar USS. Price untuk dua-dua ni lebih kurang mungkin beza dalam RM10 saja. 
  • Around JB & Singapore. Jika next time saya datang lagi I might consider ambil hotel area JB Sentral dan dari JB Sentral ni boleh pergi macam-macam tempat including Danga Bay, JPO dan Senai airport, dan juga masuk Singapore ke tempat-tempat menarik (selain USS) dengan harga murah.


#2
PENGINAPAN
  • Consider area JB Sentral atau Tune Hotel atau sekitarnya. Tengok pada plan/jadual lah mana yang sesuai. Jika ada bajet lebih dan ada masa lebih untuk explore Singapore, maybe ambillah 1 atau 2 malam menginap di Singapore.


#3
TIKET USS
  • Naik agent biasa cost murah sikit. Try ini : Rajawali Bintang Travel. I personally recommend this. Include sekali dengan pengangkutan pergi dan balik, dan tidak perlu beratur beli tiket. Nanti sampai-sampai tiba-tiba tiket sold out especially hujung minggu / peak season. Kan susah.


#4
TUKAR DUIT
  • Tukar duit sedia d JB sebab dalam USS tukar duit dah mahal. Tapi if tidak sempat tukar macam kami, dalam USS ada Money Changer. Lokasi, lepas masuk entrance di Hollywood, bangunan sebelah kiri dalam THE DARKROOM. Jika tidak pasti, tanya staff sentiasa ada sekeliling
  • Lagi bagus sambil-sambil tunggu masa, cek juga currency so bila jatuh sikit matawang terus tukar. Tidak perlu tunggu hari kejadian. 
  • Waktu tulis entri ni, currency RM2.69 untuk SGD 1


#5
BEG DAN PAKAIAN
  • Boleh saja bawa beg masuk USS sebab tempat penyimpanan barang disediakan untuk permainan tertentu (yang ekstrem) cuma bawa beg sandang belakang yang kecil saja. Limitkan dan minimumkan barang sebab dalam USS ni asyik berjalan so taknaklah at the end of the day sakit bahu pula sekali pakej dengan sakit kaki ;)
  • Penggunaan locker senang saja. Yang penting ingat password. Penggunaan locker adalah free untuk 30 minit pertama. Rasanya cukup tuh sebab ride setakat 2 minit. Cuma yang lama dan kita kena consider tu bila line panjang untuk beratur. Dan jika tidak perlu beratur pun, masuk ke dalam kena berjalan dalam 5 minutes or lebih sikit. Pastu nak balik ke locker lagi, I think 30 minutes is still enough. Kecualilah kalau line beratur extra ordinary panjang. Kami dulu setakat 15 minit dah keluar. Dan kalau nak ulang naik ride tu pun pergi locker dulu pindahkan ke locker lain untuk start balik that free 30 minutes bahahah.
  • Pemandangan reka cipta di USS memang menarik. Kalau cukup tabah, bolehlah bawa DSLR tapi kalau tidak, compact camera atau guna smartphone saja sebenarnya dah cukup. Yang penting bateri mesti full / ada extra bateri sebab banyak sangat tempat cantik untuk bergambar belum masuk characters macam Marilyn Monroe, Shrek & Fiona, banyak sangat-sangat.
  • Pakai pakaian yang menyerap peluh dan tidak panas tapi fashionable enough yalah kan nak bergambar heh. USS ni berbumbung tapi bumbung lutsinar so lighting macam siang hari tapi tidaklah panas sangat eh macamana tu. Maksud saya macam open air, tapi bawa topi untuk elak panas tu tidak perlu rasanya, sebab yang buat berpeluh bukan suhu, tapi sebab banyak berjalan. ;)
  • Elakkan pakai kasut tumit tinggi sebab kawasan USS luas dan perlu banyak berjalan. Kasut pun agak tidak digalakkan (saya dulu pakai flat shoes). Lagi bagus pakai sandal berikat tu. Kaki pun bernafas juga sikit. Pakai yang selesa walaupon last-last tetap sakit kaki juga sebab besar mau round HAHA. At least kurang sikitlah sakit kaki.
  • Bawa tisu kering (lap muka kena percikan air di certain tempat) dan ada satu tempat yang confirm akan basah so bawa raincoat siap RM3 beli di Malaysia. Di USS pun ada jual SGD3


#6
MASA
  • Pergi waktu hari Isnin - Jumaat lebih murah dan besar kemungkin tidak seramai waktu weekend/peak season dan tidak perlu beratur lama untuk setiap ride. Cuma yang tidak bestnya, parade dan special shows hanya buat weekends saja so buatlah pilihan anda.
  • Pergi awal (USS buka jam 10am) dan jangan lupa ambil map dan SHOW TIME pamplet di entrance. Penting if first time datang USS. Kalau download sedia dari internet pun boleh (banyak blogger yang share map ni dalam blog). Rugi kalau tidak rancang masa sebaiknya sebab nanti ada yang terlepas tengok / naik. Dah bayar mahal RM190 seorang termasuk pengangkutan, mestilah guna sebaiknya masa tu kan
  • SHOW TIME tu saya huruf besarkan sebab penting untuk plan masa. Ada stage shows/rides yang hanya diadakan 2 kali sahaja sehari jadi jangan terlepas. Semua pertunjukkan dan photo session ada jadual, so kena perhatikan betul-betul info dalam pamplet tu. Jadual semua lengkap dalam tu. And remember, the show always start on time.
  • Jika datang seorang atau berdua, boleh dikategorikan sebagai 'Single Rider'. Sebab every line or ride muat 4 orang so yang datang couple akan dipasangkan dengan couple. Dan yang datang bertiga akan dipasangkan dengan yang datang seorang. Jika ada kosong, staf akan tanya 1 or 2 riders untuk penuhkan before release so angkat tangan cepat-cepat untuk kurangkan waktu menunggu heheh. Jika anda dalam kumpulan yang ramai, lebih baik berpecah kepada kumpulan kecil tidak lebih dari 4 orang
  • Di setiap pintu masuk rides akan ada countdown board (entah apa nama benda tu) estimate time untuk next show in case nak skip if masa lama lagi
  • Kebanyakkan blogger galakkan bergerak ke kanan selepas pintu masuk ke arah tema New York dan Sci Fi sebab masuk Transformer dulu before ke mana-mana untuk elak masa beratur tapi sebenarnya bila dah ramai blogger cadang macam tu semua yang datang pon pakat masuk Transformer dulu jadi mula-mula masuk terus ke Transformer tu sama juga lama menunggunya. Ehekkk!
  • Kalau masih ada masa lagi di akhir trip, bolehlah masuk balik ke mana-mana ride/show yang anda rasa nak ulang lagi sekali. Saya sendiri round USS tu 2 kali. First sebab explore setiap pelosok tempat tu. Kamera simpan dalam beg. Second, keluarkan camera untuk ambil proper pictures snap sana snap sini dan ulang naik rides yang best. Ahaha. Masa memang cukup yang penting plan baik punya. Walaupun kami ada terlepas rides (sebab terlepas pandang rupanya ride tu main dua kali saja sehari iskkk)
  • Re-enter the theme park - Boleh. Tiket USS valid untuk 1 hari. Cuma make sure dekat exit (tempat yang sama untuk entrance) kena ambil handstamp sebelum keluar. Staff sentiasa jaga pintu masuk/keluar so no worry be happy. 


#7
MAKAN DAN MINUM
  • Kalau nak jimat, bawa/beli botol air mineral saiz kecil. Bila habis boleh refill dekat water cooler yang boleh dikatakan setiap zone ada.
  • Maybe bawa juga gula-gula untuk hilangkan loya dan pressure waktu naik roller coaster tapi please note that chewing gum tidak dibenarkan di Singapura
  • Makanan pun boleh bawa sebab diorang tidak cek pun. Nasib baik juga sebab pagi tu before gerak ke USS kami beli macam-macam roti dari convinience store di bangunan Tune Hotel untuk bawa pergi USS XD. Makanan dalam tu mahal, makanan berat dalam set macam nasi ayam gitu boleh cecah RM40, dalam SGD15.
  • Tiada signboard halal so kena pandai bertanya Muslim local. Ataupun, tengok saja cafe yang banyak bertudung, so kita boleh agak.


#8
BAJET
  • Tidak banyak pakai duit pun dalam sana. Masuk semua tempat adalah free. Tiada charge tersembunyi. Kecuali makan sebab duduk seharian dalam tu mestilah lapar kan. So bawalah mungkin dalam SGD100 dan bawa juga duit Malaysia manatau over budget untuk makan. 
  • Air boleh refill, guna locker jangan lebih 30 minit, souvenir tidak perlu beli kalau beli pun beli yang murah-murah saja sebagai kenangan (souvenir start from SGD20), dan makan berat untuk 1 hidangan (SGD10 ke atas). Cukup tu SGD50 pun lebih dari cukup untuk seorang. Tak bawa duit SGD pun boleh dan bawa bekal makanan dalam beg + minuman boleh refill. Yang penting standby duit RM ;)


#9
LAIN-LAIN
  • Passport jangan lupa buat/renew
  • Masuk Singapore tak boleh bawa masuk rokok full 1 kotak, chewing gum tidak dibenarkan
  • Ada designated smoking area provided dalam USS. Tidak boleh merokok sembarangan.
  • Surau/tempat solat sebelah kanan dari pintu masuk
  • Toilet ada saja yang ada paip air. Siapa tidak jumpa tu mungkin tidak bernasib baik. Salah satunya, toilet dekat Chinatown belakang booth chicken roaster Marilyn Monroe if tidak silap ingat. Di sepanjang walk of fame the other side of Hollywood building at your left from the entrance. Baca dalam blog, dekat Egypt pun ada tapi tiadalah pulak ai ada masa nak melawat toilet kan HAHA
  • While walking around, I notice that every characters yang berlegar-legar (untuk masa tertentu sahaja dan di tema masing-masing sahaja of course) mesti ada staf USS bertshirt hitam berhampiran dan tugas diorang untuk tolong ambilkan gambar so jangan malu minta tolong ambilkan gambar beramai-ramai dengan those characters sebab free saja. Tujuan buat macam tu untuk jimatkan masa lebih-lebih lagi kalau banyak tengah beratur tunggu giliran
  • Umur anak yang sesuai untuk naik kebanyakan ride yang ada dalam adalah yang berumur 5 tahun keatas & atleast ketinggian lebih dari 100cm
  • Bila aktiviti merbahaya seperti roller coaster, jangan menjerit sebaiknya istighfar eceh.. Sudahlah aktiviti tu merbahaya, kau nak ke mati sambil menjerit konon-konon adrelina rush dan dalam keadaan yang boleh dikategorikan sebagai bunuh diri? Tapi kalau aktiviti main air tu kau jeritlah puas-puas, kononnya takut air. Bahahah!

Sekian moga jadi panduan berguna :)



JB + USS Trip Day 3 : Johor Zoo

 Day 3 : Johor Zoo
 Previous entry : Departing JB

Erkkkk? Kata anda.

Berapa lama sudah? Trip dari Februari, sekarang sudah Disember? Adakah anda bergurau Fina? HAHA Oh tidak saya tidak bergurau. Cuma, it's time for me to end what I started, itu sahaja okey sekian bye!

Last tempat kami singgah, Zoo Johor. Ehhh adakah anda bergurau lagi sekali, Fina? Tiba-tiba pergi zoo. Tapi itulah yang terjadi. Gara-gara dah tak tahu nak pergi mana punya kes XD


 Ini buktinya


Time ni quite panas lah.. Tapi bila fikir tahap kepanasan waktu di Krabi summer lepas, tarik balik ayat tadi XD




Saya mengaku saya bukan spesis suka pergi zoo dan lihat haiwan-haiwan terkurung kebosanan macam ni. And sorry I don't have any proper picture of those animals yet, tapi di sinilah saya first time jumpa ular sawa paling besar saya pernah tengok seumur hidup dan first time nampak harimau dan unta. Kami singgah makan di kantin dalam zoo ni sebab lapar punya pasal. Sama mcam gerai-gerai biasa, dan time ni rasanya ada kami dan 2-3 (small group/family) yang tengah melawat zoo ni juga. We don't buy any souvenirs here sebab mahal. Dekat luar ada booth kamera diorang gambar kita dan later on bila mau keluar diorang akan panggil nak jual. Tapi kami tidak beli sebab macam nanti entah ke mana-mana sajalah gambar tu. Kalau beli pun, memang tidak tersimpan. Sama macam keychain, last-last simpan jadi pekasam sebab tak guna. Semak saja. Saya tidak suka tengok peti ais serabut dengan fridge magnet heh.. So dari membazir lebih baik tidak beli apa-apa. Sehari sebelum tu pun souvenir satu pun tiada beli dari USS. Mungkin kami memang bukan jenis yang suka beli souvenir-souvenir (kecuali kadang-kadang bila rasa benda tu memang betul-betul unik dan comel la heheh). Gambar dah cukup jadi souvenir paling berharga. And it doesn't cost anything.

Okey finally! Habis. Ada dua lagi benda nak cakap - tips dan trick bajet ke USS dan review penginapan di JB, tapi untuk next entrylah ;)

JB + USS Trip : Day 3 (Part 9)

Thursday, April 10, 2014

Hari ketiga. Hari terakhir. Ehhh sekejapnya 3 hari saja tapi bila tulis dalam blog ambil masa berhari-hari, berpart-part. Macam ni wa jadi susah hati sikit nih. Lepas ni 9-10 days x 2 trip = Berapa tahun nak habis? BUT, apart from it, I am still on the planning process. Writing the reviews in the blog? It is still too far from my concern right now. This year's trips itself makes me so ecstatic. Relekslah. Even *paused* ahhh now that I remember..~

I haven't even review my wedding yet. Walaupun dah lebih setahun berlalu. I will someday but I can't promise. Hari tu tergendala sebab gambar kahwin banyak hilang. Lagi satu, official photographer.. Hmm. Sedih. Let's not think of that, Nana. It's depressing. T_T.

Back to JB + USS Trip.

Day 3 kami sengaja bangun lambat-lambat sampai masa untuk check-out. Hari ketiga ni baru buka Facebook, sekali tengok my instagram pictures (update instagram direct post dekat FB even tak login) ada komen-komen dan PM dari kawan-kawan yang duduk Johor. Alamak dah nak pulang, baru dapat tengok komen-komen tu semua. Sambil balas komen dan PM orang, tetiba salah seorangnya kebetulan tengah online. And that is Cik Pia! Ataupun now Cik Puan Pia. Huahua. Katanya sampai hati tak bagitau. Hee..

Since Cik Pia kata rumah just a few blocks away from Tune Hotel kan, so kami decide untuk meet up right away. Husband not fully awake yet since he's not feeling very well since early morning. Husband ni suka tempat sejuk dan boleh dikatakan hanya boleh hidup di tempat sejuk. Orang Kundasang sejati. Siap-siap dan dapat text Cik Pia nak tunggu dekat lobi. Ehh nervous macam jumpa boyfriend. Serious nervous. Why? Sebab, ni la first time jumpa face to face sebab selama ni selama kenal dalam blog just kenal melalui tulisan dan sometimes communicate dekat blog dan Facebook.

Turun saja lobi nampak senang saja dah cam. Ecehh memanglah sebab takda orang lain dekat lobi tu. Hewhew. Cik Pia tau tak eh I tengah malu-malu time tu wakaka. Kecil saja orangnya.. Pastu bawa babybump, so cute.. Sobs. Nak jugakkkk. Hm. Kami berbual-bual sekejap.. Nampak kebahagian dari riak wajah Cik Pia bila cerita pasal anak. I is jealous. We got married around the same time, awal Februari 2013. So taulah why jeles kan. Cakap pun sweet dan funny2 gitu. I didn't remember the last time I talk sweetly like this. Horrible, isn't it?

Ada terdetik dalam hati waktu tu, inilah dia rupanya pemilik blog Bila Cik Pia Berkata-Kata (http://cikpia.blogspot.com) yang selalu buat I senyum kambing sorang-sorang tu. Ngehee.

Tak lama, nama pun just singgah yang penting jumpa kan sebab dah alang-alang. Dekat sangat. Lepas jumpa tu I gi beli roti pula. Makan sementara tunggu tengahari karang nak makan dekat luar otw pergi airport.


On our way to the airport

Ni lah clock tower yang menambat hati I dua malam lepas. It looked lively waktu malam, but at daytime, it seems so tired. Tengok jam tu dah tau kami baru check-out heheh




Tak banyak tempat pergi hari ketiga ni. Sampai airport, tuan punya kereta dah tunggu sedia dekat airport, katanya awal-awal lagi dah tunggu. 2 jam sebelum masa dijanji dah terpacak. Ewwah waktu nak minta balik bukan main awal kan. First day hari tu kami cakap jam 12.30PM tengahari tapi jam 2.30PM baru dapat kereta. Hari ni pula kami cakap jam 4.00PM (flight 6PM) tapi jam 2PM dah ada dekat airport. Manalah tak rasa annoyed macam tu punya gaya.

Naik flight dan terbang balik Sabah. Bye JB! I LOVE JB! Walaupun tak dapat rasa makanan spesel dari Johor dekat sini. But it's at my fault sebab tak rancang sangat perjalanan. I is menyesal.

Last time I pergi Johor setakat Muar. With both of my parents. Waktu tu ayah punya graduation day (PJJ) dekat UPM. Hari ini bila ingat usaha diri sendiri merancang perjalanan kami di JB, saya jadi tertanya-tanya macamana ayah rancang perjalanan kami dulu. Tahun 2000. Dengan tiada bantuan internet, kami dapat melawat tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur termasuklah KL dan Twin Tower. Dapat tengok jalan raya bertingkat di Kuala Lumpur. Kami dapat pergi ke tempat bersejarah A. Famosa di Melaka. Kami dapat rasa naik beca. Kami dapat pergi Muar dan rasa Mee Bandung. Ayah dapat ambil gambar kenangan di sekolah lama ayah di sana. Saya tidak terfikir apa-apa waktu tu but now I can see, orang tua menjaga kita bukan semudah yang kita sangka. Every little step is always big. Datang dengan bermacam-macam dugaan baik dari segi kewangan, kesabaran atau kudrat mereka. Both of my parents did their best in raising us. They did their best, now it's up to us - their children - to choose what we want in our life. They did their best and I love them more than anything in my life. Now it is time for us to do our best.

Sementara ni saya kumpul duit bawa mama dan ayah jalan-jalan. I will someday.

Jauh mengimbau kenangan, akhirnya dah sampai Sabah.. Kawan husband tolong hantarkan kereta dekat airport. Tengah hujan waktu tu. Dah malam lagipun esoknya ada trip nak handle so decide tidur dekat hotel di 1Borneo dan esoknya ambil orang dan direct ke Kundasang. Dan for that 4 days yours truly demammm. Sekiannnn. Hee.

Next entry ada lagi last entri untuk JB + USS Trip. Untuk closure. Nak share tips penting yang saya gather dari internet dan tulis dekat note. In case ada yang nak tengok. See you tomorrow. :)

READ NEXT ON PART 10 (finale)

JB + USS Trip : End of Day 2 (Part 8)

Wednesday, April 09, 2014

So lepas dua kali round USS, akhirnya kami keluar for good. Kaki dah lenguh, jom ambil angin dekat luar pula. Suasana sekeliling dah lengang. Orang ada sikit-sikit saja. Tidak sebanyak waktu mula-mula sampai pagi tadi.






Jom ambil angin dekat hujung sana tu ;)

Tengah duduk atas tangga


Time to go. Bye!



Ambik seat paling belakang sama macam waktu datang tadi.

That night nothing much, just pergi Pasar Karat as husband's wish. Dunno what to buy so I decided to buy foods. I beli mini cakes (mini pavlova, chocolate moist, red velvet cheese) dan Durian Crepe. Husband beli jersey JDT, beli 2ndhand Samsung + aksesori. Shoppingnyaaa.. I was a bit disappointed sebenarnya sebab last night saya ada nampak tshirt ILOVESG. Malam ni dah tak ada. That one yang I nak beli sangat. Kecewa (- -') Husband cakap ala boleh beli tempat lain atau order online. But it's not the sameee. Why? Sebab I tak beli dekat Singapore sebab mahal so decide beli dekat JB lagipun berjiran saja kan. ILOVEJOHOR pun I cari juga sebenarnya tapi tiada yang simple design IHEART tu. Hmm. Maybe tiada rezeki. Just for my own collection.


End of Day 2 :)

READ NEXT ON PART 9

JB + USS Trip : Far Far Away and Madagascar (Part 7)

Friday, April 04, 2014

FAR FAR AWAY.

But not too far away. Lepas Ancient Egypt, akan jumpa The Lost World dulu baru jumpa Far-Far Away.

Okey The Lost World.

The Lost World contains many traditional attractions present in most Universal Studios parks around the world and is divided into two sub areas: Jurassic Park and Waterworld. Jurassic Park, based on the popular film franchise by Steven Spielberg and novels by Michael Crichton, features the newly redesigned Jurassic Park Rapids Adventure which is based on the popular water rides in other Universal Studios parks. Waterworld, based on the film Waterworld starring Kevin Costner, is a stadium that features a live show performance

Kami lalu dan masuk tengok-tengok saja. Gambar ada ambil 1-2 keping tapi tiada yang decent enough. So let me pass them Lagipun satu pun tiada show/ride yang kami pergi/naik sebab tidak kena timing. Setakat show layan anak dinasour mengganas tepi jalan adalah hahaha. Tak boleh blah tengok. But I am sure kids would love that.

Mungkin pandangan terkabur oleh istana Far Far Away. My favvvv. Ok. Sah kecik-kecik suka main Barbie dan layan Disney. Haha.

Far Far Away is inspired by DreamWorks Animation's hit Shrek franchise which depicted how the fairy-tale characters lived in daily life. The zone consists of many recognizable locations from the film series, and the main highlight of the zone is the 40-metre tall Far Far Away Castle
Special character appearances include: Shrek, Donkey, Puss In Boots and Princess Fiona. Ada terserempak dengan Shrek dan Princess Fiona bersiar-siar siap bagi royal wave dekat orang sekeliling.

See the castle!





Masuk show ;)









Shrek's home in swamp. Cuba cek dalam cerita Shrek, rumah ni ada.

Sama kan?

Banyak juga game dekat sini. Tapi kami pergi satu saja. Shrek 4D Adventure. Tengok 3D dekat wayang tu biasalahkan. 4D sama juga. Cuma lebih rasa real berbanding 3D sebab not only visual effect. Siap efek bersin kita kena juga rembesan air tu. If ada serangga crawling kita pun rasa benda yang sama dekat kaki. The same thing over and over again sampai rasa macam lame. Guna modal yang sama. Percik-percik air. Bukan dekat sini saja. Tempat lain pun buat benda yang sama. It's like you throw the same joke to the same person. It won't be funny anymore.

All in, actually I paling suka set Far Far Away. Structures matters. Game 4D tu dalam istana tu. Isi dalam istana tu macam istana betul-betul. Rasa dia macam istana yang dah lama tinggal sebab gelap-gelap manja lampu samar-samar. Vintage feeling. Istana tu, fuh. I wish I can live there.

MADAGASCAR!

Welcome to the land of OVERDOSED happiness.

Madagascar is inspired by the hit DreamWorks Animation franchise of the same name which features four zoo animals, Alex, Gloria, Marty and Melman escaping from the Central Park Zoo and unfortunately crashing onto the island of Madagascar. The zone features lush tropical jungles as well as two rides.

Special character appearances include: Alex, Gloria, King Julien, Skipper, Kowalski, Private, Rico, Mort and Maurice. Hmm. Satu pun tak nampak. Not my luck.


Kami early dinner sini (sebelum pulang). Tapi bukan sini, dekat seat dalam.

Merry-Go-Round versi Madagascar. Salah satu attraction. Tapi kami tak naik ni.


Okey yang ni kami masuk. Hehe. Madagascar: A Crate Adventure. Naik boat ikut sungai buatan (of cos buatan). Sepanjang perjalanan tu ada characters utama Madagascar berbual-bual. Tapi patung mesinlah. Bukan yang ada orang dekat dalam. Walaupun simple tapi bestlah juga. Rasa dalam movie. Rugi tak ambil gambar keadaan dalam ni. Tengok orang lain selamba ambil gambar. :(


Ada photo booth. Hujung-hujung perjalanan rasa tiada mood pula hewhew.


Oh apakah yang tergantung itu?

Tidak silap pokok ni ada dalam cerita kartun mana entah. Tengkorak yang bergantung tu pun ada. Not sure same movie or different tapi ada. Tapi lupa. Masuk USS next time kena study all the characters dulu baru dapat menghayati huahua.

 READ NEXT ON PART 8

JB + USS Trip : Sci-fi City and Encient Egypt (Part 6)

Thursday, April 03, 2014

Entrance gate, Hollywood, turn left to New York and walk a lil further just beside the subway, then you will find the SCI-FI CITY.

Sci-Fi City is themed after what cities and metropolis may look like in the future, equipped with space-age technologies and the ultimate modern conveniences.
Lots and lots of signboards around USS

WELCOME TO THE SCI-FI WORLD *Robotic sound effect*


Hahah ni lah dia yang kami masuk dua kali tu. 1st time wa okey. Memang rock habis sebab wa okey. Tapi second time dah pucat dah. Dah tak rock balik. Second time tu pergi lepas naik roller coaster yang dekat Ancient Egypt. Lajunya macam nak lompat keluar time tu juga. Huu. Apapun first time masuk tu okey lagi sebab ni game pertama kami main lepas masuk USS. Best. Rasa macam sama-sama dengan Tansformer tu lawan robot jahat. Hahahahaha.



Hai sorang saja?

Setiap tempat ada cafe ikut tema masing-masing. Cafe ni namanya Starbot Cafe: Human Refueling Center. Human refuel tuh. Hebat kan??

Ni salah satu attraction. Tengok trail dia biru dan merah tu pun seram. Tapi tidak beroperasi waktu kami pergi ni. I rasa game ni dah closed.



Hmm. Tidak ambil banyak gambar. Setakat ni saja yang ada. You all pergi sendiri baru dapat tengok. Everything is amazing ;)

Dua game ada dekat sini, dua-dua kami main. Transformer Ride dan Accelerator. Accelerator tiada dalam gambar. Mainan budak-budak. Tapi pening juga lepas keluar. Masuk dalam huge teacup pusing laju-laju. Tak pegang kuat-kuat boleh terpelanting. Macam funfair biasa tapi lagi best.

Next, ANCIENT EGYPT! Ni jumpa lepas Sci-fi City.

The Ancient Egypt zone is themed after the rich Egyptian architecture and artifacts found during the Golden Age of Egyptian Exploration in the 1930s. It features obelisks and pyramids which are typical of Ancient Egypt. Also featured are Pharaohs' tombs which were commonly discovered during that era.

Structures are very the fantastic.




Masuk ride dalam ni kena simpan barang dalam locker dulu sebab dalam ni ride dia ganas sikit takut berterabur barang-barang. Upside down gitu. Haih seram bila ingat balik. Locker ni 1 jam pertama free. Jam seterusnya ada bayaran. Tapi tak perlu risau, unless korang repeat ride or masa menunggu dalam tu terlalu panjang, 1 jam tu cukup sangat. Ni nampak saja macam eleh eleh tapi sangat berteknologi. Biasa orang kampung kan jakun ngehehe

Lepas simpan barang, naik ride tu. The first attraction here. Revenge of the Mummy: The Ride. Mula-mula slow saja. Sampai masa dia laju, fuhhhh.. Suara pun dah tak terkeluar.

A high-speed dark ride that sports sharp turns and fast reverse sections, built within a complex that is partially lighted. This ride was inspired and developed from the The Mummy film franchise.

Husband and I duduk side by side. He let my left hand hugs his right arm. Dia memang tahu sangat I takut benda-benda macam ni. Tapi masuk juga sebab tapi takkan nak biar dia masuk sorang kan. Laju berdesup, ada part macam jatuh ke bawah. Huwaaa.. Time part rasa jatuh tu baru I lepaskan my left hand hugging dan pegang palang kuat-kuat dengan dua2 tangan. Kalau tengah pregnant confirm terberanak even baru sebulan. Begitu sekali dasyatnya. Padan muka. Padahal sendiri drive kereta bukan main LAJU. Ada masa tu my husband keep on checking me by his side sebab dia cakap senyap sangat takut dah tak ada dekat sebelah. Most of the time I senyap tutup mata kening berkerut. Memang buruk. :)



Vintage jeep


Ni second attraction. Treasure Hunters. Gambar atas tu the exact mini-car we both rode. Naik ni at leisure. Sekejap saja perjalanan. Tidak sampai 10 minit rasanya. Bawah ni pemandangan yang ada. Banyak lagi tapi saya malam nak up.







Done ride! Hehe. Balik tempat tadi untuk ambil gambar dari jauh, so boleh nampak ya macamana besarnya dan luasnya dan tingginya patung-patung tu banding dengan manusia.



Sini pun ada characters, cuma nampak satu saja tapi tak amik gambar dan tak sure nama. Padan muka after almost 2 months baru update. Huu. Okey nexttt.. Far Far Away dan Madagascar pula ;)

READ NEXT ON PART 7
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS