Pages

Showing posts with label I'm already gone!. Show all posts
Showing posts with label I'm already gone!. Show all posts

Pain does that to people.

Monday, July 13, 2015

So kita dah lebih halfway 2015 ni, and I didn't write as often here contrary to what I promised before. Sorry. But life's been too crappy, it's not worth writing. I don't want to remember them all either, so what the hell.

Despite it all, minggu ini ai adalah produktif yeay! Been ages since I want to finish it, and in two days semua selesai. Happy gila. Saya off untuk bulan ni untuk fokus beberapa perkara dan ada beberapa perkara juga saya dah start secara konsisten and alhamdulillah so far everything went well / well organized. Moga terus istiqomah. Lepas ni dah boleh senang hati meng-hectic-kan life sendiri. I juga try to bring back my old childish hobby, as people might call it, but I call it as THERAPY. Writing and cards and other merepek thingy. Contoh macam ; Hias buku quote / to-do list letak sticker-sticker, berjiwangkarat, dan maybe ; tulis blog dengan ROJAK MELAMPAU. Kahkah!! Whatever, Fina. Whatever.

 Indifference (apathy), means, not giving a damn.



People care because they love. People still care even if they hate. People can still love even if they hate. Hate is just love that gone bad. Sebab tu di dunia yang apalah sangat ni, wujud orang beridentiti HATER. They hate you, yet they still bother their ass judging your personal life. Then apa opposite bagi love? Yes, indifference, indeed. Because that's when people no longer care. Tak penting, tak kisah, tak peduli, kau siapa. Simply. HAHA. And to some people, it doesn't always mean they never care. Those who no longer care, they once cared too much.

Selamat bersahur.

A day to remember.

Wednesday, December 28, 2011

December is going to end soon. As much as I am excited being in my favorite month, I find that I actually can't wait for the new year to begin. Another new year, another new refreshment, new stories and new dramas with funny people? Badut yang tidak berpakaian badut walking around? I can't wait, really.

I received a text last night.

Seems like I have some decision to make by next year. Big ones.

My first crush on 1998.

Tuesday, July 12, 2011

Hai.. Inilah boyfriend I yang pertama HAHA.


His name is Nick. Jambu tak?

Gambar ni memang real. Dan saya sendiri masih simpan lagi dalam album gambar yang dah lama saya tak jenguk. Dia bagi waktu kami sama-sama darjah 6 HAHA. Mak aih sekolah rendah lagi dah bercinta rupanyaa.

Nick teman lelaki pertama saya. Very the puppy love. Sweet. Memorable. And all rose. Saya sudah tidak berapa ingat berapa lama kami bersama, 4 bulan mungkin. Tidak lama sangat. Kami bercinta melalui surat-surat. Bila bertentang dua mata salah satu pasang mata akan tertunduk malu-malu. Saling membantu dalam pelajaran (ikut yang ini ya adik-adik). We don’t talk too much, we don’t see each other too much - but we talk much enough on the telephone. Kami biasa diusik-usik rakan-rakan lain, kami biasa berbalas senyum dari kejauhan dan everything yang sweet sweet. Oh.. Aku mau balik pada waktu itu boleh? Tapi mau main senyum-senyum malu dari jauh dengan cik abang sayang saya. Siap kenyit-kenyit. Campak-campak kapal terbang kertas. Campak-campak batu. Oho gurau kasar nampak.

Macamana boleh kenal? Dia classmate saya dari darjah 5 hingga darjah 6. Sebelum tu saya di sekolah lain. Saya ni banyak pindah sekolah, tapi pusing-pusing, dekat situ jugak haha. I mean, sekolah tempat saya belajar time darjah 5 hingga darjah 6 tu sekolah yang sama waktu saya darjah 1 hingga pertengahan darjah 3 tempat my ayah jadi Guru Besar. Darjah 3 dan darjah 4 dan darjah 4 (ya saya dua kali darjah 4 sebab darjah 4 yang pertama saya tidak cukup umur, sepatutnya darjah 3) saya dekat sekolah tempat my mama mengajar. Darjah 1 pun saya dua kali sebab saya masuk sekolah rendah agak awal. Waktu umur 5 tahun.

Darjah 6 baru saya realize dia. Sebab sebelum tu geng dengan orang lain. Itupun mula rapat sebab sebulan sebelum UPSR kami semua menetap di sekolah untuk intensive persediaan peperiksaan UPSR. Gerak gempur habis. Tidak ingat macamana kami declare AHAHAHA tapi dalam tempoh sebulan tu kami dah bersuka-suka. UPSR berjalan dengan lancar, result UPSR diumumkan dan keputusan bagi batch kami sangat membanggakan. Boleh dikatakan itulah zaman kegemilangan sekolah kami SK Telupid Batu 4 sebab ramai dapat banyak A. Me myself got 5A's with lagi 3 orang dapat 5A. Yang lain 4A dan ramai dapat 3A dan 2A dengan kelulusan 98%. Cemerlang untuk sekolah bahagian pedalaman macam sekolah kami. Yeap, saya masih ingat lagi.

Kawan-kawan yang saya ingat waktu tu selain Nick, Dil (my cousin); Imelda (now already converted into Islam as Iman), Sheena Lyna, Shendy, Rosliana - geng I time tu; Dharna (Indonesian, now menetap di Indonesia dah), Sophian, Jerol, Razif, ..alamak banyak lagi. Ingat muka tapi tak ingat nama pula. Kalau sekolah di Sabah ni, kalau kena dengan tempat yang majoriti bukan muslim, rasalah jadi minoriti Islam. Dalam kelas 30 orang, ada 7 orang saja muslim, yang lain Kristian. But agama tidak pernah jadi perbezaan atau jurang terlalu besar bagi kami di sini. Invisible line.

Something happen waktu akhir tahun sebelum cuti semester dua dan bakal menginjak ke Tingkatan Satu (time tu pandang tinggi gila dekat student form 1 form 2 form 3 sampai form 6, tapi bila dah rasa masuk sekolah menengah, elehhhhh form 6 pun rasa macam masih budak-budak. Hahah). I found Nick with my own friend dating dalam bilik kelas tertutup. Kelas yang dijaga oleh her friend. Saya sebenarnya mula-mula pelik apa yang dijaga sangat dekat luar pintu. Bila saya nak buka, saya kena halang, but then she let go dan biar saya buka sendiri. Time tu la saya nampak apa yang ada di dalam. Diorang borak-borak saja, duduk tidaklah dekat sangat. Mungkin dalam semeter. Tapi berduaan dalam kelas tu, tak ada orang lain. That is why my heart broke. Waktu tu saya tidak faham kenapa saya rasa sakit hati sangat, saya tidak faham lagi istilah curang. Dan saya juga tidak faham lagi istilah kepercayaan yang dikhianati. Tapi hati memang sakit. Saya terus masuk ke kelas saya dan menangis (gila betul) and Nick kejar (ohh gila). Lepas tu, dia try explain tapi saya tak dengar. My cousin, Dil, pun dah start backing. Always the one yang backing saya since sekolah rendah. Lepas tu...

Oh mimpi rupanya. Ececehh..

.

.

.


Takdalah. Bukan mimpi. Memang perkara betul. Saya segan bila masuk part kejar tu. Hahahhh.

Saya dan Nick berpisah tanpa kata kerana hal itu, tambahan lagi bila dah naik sekolah menengah, saya pindah ke sekolah di SMK Agama Inanam. Tapi sekejap saja sana. 1-2 tahun saja sebab cengeng. Gahaha. Akhir form 2 saya pindah ke SMK Telupid - kawan-kawan sekolah rendah ramai berkumpul dekat situ. Jumpa balik dengan Nick. Time tu dia dah besar dah. Tinggiiii. Sepanjang beberapa tahun kami tidak bersua tu, hati saya masih lagi suka dekat dia sebenarnya. Kawan-kawan saya pun cakap Nick pun macam tu. Tapi sampai situ sajalah, kami tidak pula bersama kembali. Dan tetap satu sekolah sampai Upper 6. Hehe.

Perbezaan agama mungkin salah satu penghalang walaupun dulu tidak terfikir tentang semua tu.

Sepanjang saya kenal dia, he's the type of person who don't talk much in front of me. Saya hanya ingat the way he stare at me, the way he bring himself in the crowd, the way he walk, jam tangan dia pakai during our primary school years, his hairstyle, his smile towards me,.. I don't really remember any detailed conversation with him. I guess, kami banyak berhubung secara senyap. Berpandangan, berbalas senyum dan melalui usikan-usikan rakan. Sweet pula. Haha. Mungkin juga sebab, the last time I talked to him, waktu mula-mula masuk pindah ke SMK Telupid. Waktu tu akhir tahun 2000. Lepas tu, walaupun satu sekolah sampai Form 6, tapi not really talking. Back to square one. Dia ada geng sendiri, saya ada geng sendiri. Cuma sometimes kalau kebetulan terserempak di mana-mana, atau dalam ramai-ramai, we caught each other staring at each other. Oh inilah GF waktu sekolah rendah. Ohh.. Inilah BF waktu sekolah rendah. Mungkin tu yang kami cakap dalam hati. Hehehe. Not really talking, so I don't remember much about him.. I don't know much about him, by the way.

He's my first one yang pernah dapat special place dalam hati saya, but not first love. Macam crush-crush. Sekarang sudah lost contact sejak 2005 lagi, maybe dah kahwin kot. Hopefully, wherever he is now, he's having all the happiness the world has to offer.

Kami tiada gambar bersama rasanya. Saya tiada simpan. Kawan-kawan sekolah rendah dan menengah yang baca blog ini, kalau ada, ingat lagi sama dia? Heheh.


It's all coming back to me.

Thursday, July 07, 2011

Tekalah saya terserempak dengan siapa semalam?

Semalam, saya ke KFC. Berbuka puasa untuk puasa ganti terakhir di KFC dengan seorang teman. Dan selepas kami selesai makan dan turun dari tingkat atas bangunan KFC Ranau tu, right in front me terus terpampang susuk tubuh seseorang yang saya sangat-sangat kenal. That was my first time seeing him as a husband to somebody else. He's on the phone, tapi dia juga realize saya. Everything ran so slow and by that time, all the memories keep flashing back. He stared directly towards me, smiling. Saya tidak tahu senyuman itu untuk apa but I smiled back. I see his smile, and I see the sweet love we once had. Tiba-tiba perasaan ini seperti kembali pada waktu kami masih bersama.

Waktu kami masih bersama, saya pernah melihat susuk tubuh dia dari jauh lagi, melihat dia sedang senyum pada saya, and I quickly came towards him, smiling back dan menatap matanya dengan senyuman paling manis saya pernah beri berbanding orang lain.....

All that I know, for the first time in my life, I was truly happy. No body ever brought this kind of happiness before him. It's like, that was my first time being completely happy, of my entire crappy life. With him, I finally hear myself breathing. With him, I feel alive. Those three months, I can't believe the magic I've been feeling has erased completely all the burden I felt about my previous life..

Once saya keluar dari pintu utama bangunan KFC tu, saya tersedar. I saw him still looking at me dari sebalik pintu kaca bangunan KFC tu. The little voice in my head screams - WHY? Saya memang seorang yang pelupa. Because once again, I see him and I forgot all the pain that comes right after the love he gave me. Dia berikan aku bahagia dan dia juga berikan aku derita. Bukan salah dia. Salah saya kerana terlalu percaya.

I ignored him and turned to see my friend. Alamak yang dia pergi hi hi dengan dia kenapaaa. Tapi kenapa saya nak halang. They are both kenalan, by the way. Not really friends kot, tapi satu kampung. Yes, now saya rapat dengan orang yang juga kenalan dia di Kundasang. It's been more than two months already but I am still AFRAID to reveal his identity because of this. Two months itupun hanya kawan biasa. Saya senang dengan kehadiran dia dalam hidup saya yang banyak bagi semangat dan selalu sudi menenangkan saya. Since saya pun memang tak ada kawan dekat Ranau, kadang-kadang kami hang out sama-sama. banyak benda yang kami share.  Dia tahu A sampai Z tentang apa yang berlaku pada saya sejak lebih dua bulan lepas. Kawan saja, tapi kadang-kadang orang lain suka judge dari luaran kan? Suka fikir yang tidak-tidak. Saya sebenarnya bukannya kisah sangat, tapi cukuplah dengan apa yang saya lalui buat masa ini. Nanti orang cakap saya ni ada agenda tertentu, nak rapat dengan certain people untuk certain tujuan misalnya.. Ehm. ni bukan teori saya. Tapi teori orang lain yang tidak mahu saya terluka lagi sekali.

I don't mind Zul saw us. Saya tahu dia mesti terkejut nampak saya dan tambah terkejut tiba-tiba dia nampak his own kenalan muncul dari belakang saya. By the time I saw him pun, saya dah merelakan apa yang bakal Zul fikir dan apa yang Zul mungkin akan beritahu dekat orang yang berkaitan. Saya rela dan tidak peduli.


Last night, my mind was a bit disturbed.

It's funny how I'm good at giving advice to others, but when it comes to helping myself, I don't know what to do. This might be the hardest thing to do.... *sigh*

From a heart which was once broken.

Monday, July 04, 2011

Assalamualaikum. Good morning loves!

Saya dah update tentang aktiviti Tari Kirana di majlis persandingan Pentung (29 Mei) dan majlis persandingan Zaba (5 Jun) dan traditional greetings di War Memorial Kundasang (11 Jun). Ada empat lagi update persembahan Tari Kirana di majlis persandingan Budi (8 Jun), majlis persandingan di Kg Kiaburi (11 Jun), di Hotel Perkasa (12 Jun) dan di Papar (26 Jun). Penat seh nak update. Lagi penat dari pergi hantar budak-budak tu buat persembahan rasanya haha. Ohya, satu lagi update tentang pertemuan saya dengan rakan blogger dari Terengganu, Sa :)

Berkenaan lagu Muzik Gunung yang bakal dipersembahkan hujung bulan ni, saya masih tengah cari step dan pola tarian, which, I am a bit afraid that I can't make it up by this week since I need to focus on another thing.. I guess I won't be around as much as I do now. Banyak benda dalam kepala hotak ni.

But, in case if you are wondering about my current life, about how am I doing selepas peristiwa bulan April lepas, well here's my story.

Memang keadaan belum berapa reda lagi. Every now and then, mesti ada saja orang yang mengingatkan saya tentang kisah bulan April lepas. Buat masa ini saya masih alright lagi. BUT I MOVED ON. Cuma sometimes, all I really want to do is to close my ears from hearing all the stories and talking. To run away from the people who remind me about those times (not only I was reminded by them, but me myself reminding them about him). To close my eyes facing the way they are staring at me. But ironically for a reason, my ears are still hearing. For a reason, I stayed, even closer - praying for my heart would always have the strength. And I'm facing my life with eyes wide opened. With smiles and laughs. Ignoring things I don't want to understand, focusing on things I always wanted to do. And I am doing this for Tari Kirana. Yes. Because of them.

New love?

New friendship, to be exact. Few faces waiting to be part of my life. If only I could name those, but I can't. Tinggal untuk setuju saja, kalau saya bersedia. Itulah kenyataan. But I am not that desperate to be married anyway. If I want, by now I am already somebody's someone. But I don't. Sebab saya masih menunggu sesuatu yang saya perlu tunggu.

He text-ed me several nights before - "Tolong jangan ganggu hidup saya lagi." I was like WTF SIAPA GANGGU SIAPA? Perasan. You are finding some different ways to spin the fact around AGAIN, aren't you? For God sake, you fucked your own life, and why you keep fucking with someone's feelings just because you're unsure of yours? 

But then, who am I to judge? Heh.

Dia emosional sebab terbaca post saya di Facebook awal bulan 6 lepas. I am sorry for my post on Facebook : "Sesiapa tolong bagitahu isteri dia, jaga suami dia elok-elok." Memang tak patut. Komen-komen yang ada time tu memang semua tu sekadar untuk jadi bahan gurauan saja. Hati masih sakit, tapi saya sendiri menganggap itu semua tidak lebih dari sekadar gurauan. Pengomen-pengomen yang lain pun bergurau saja. Gurau yang serius. We laughed. Kalau tak mahu jadi bahan gurauan, jangan buat drama kelakar tragis macam yang kau buat selama ni.

Jauh di sudut hati, saya tak marah sangat pun sebenarnya. Sudah berlalu pun semua tu. Ini takdir saya. Takdir kita. Siapa kita mahu persoalkan takdir? Walau apa pun, Allah sudah tentukan semua ini, apa yang berlaku hanya penyebab sahaja. Tiada masa untuk menyalahkan siapa-siapa. Cuma terkilan sikap ORANG LAIN yang macam batu api (Zul emo sebab ada orang report dekat dia pasal status tu lepas dia baca komen-komen di status tu, dia hantar mesej dekat saya, jangan ganggu dia lagi), tidak berfikir dulu sebelum berkata-kata dan bertindak padahal semua sudah lama berlalu. Orang lain pun dah lupa lah pasal tu. Kenapa sekarang bila luka dah okey, mahu burukkan lagi pula parut luka tu. Kan makin calar-balar sekarang ni? Kenapa cuba burukkan hubungan kekeluargaan orang lain, girl? Kenapa semakin burukkan hubungan antara saya dan Zul?

Again, who am I to judge. Habis ini, sampai sini saja. I don't feel the need to understand things. Sometimes it's better for me to let go. Bukannya saya tak tahu siapa si batu api tu. Pandai-pandai sayalah dari mana saya dapat tahu. Kita ni manusia ada akal, kena cerdik gunakan setiap peluang dan kesempatan dan ruang yang ada untuk cari kebenaran selagi kita tak hurt perasaan orang dan hurt hubungan sesama manusia dan langsung tidak mengganggu apa-apa. Semua tu saya buat secara rahsia, dan biar sampai bila-bila jadi rahsia saya sendiri saja. Yang penting, saya tahu siapa, dan lepas ni hati-hati sikitlah nak berkawan. Saya boleh senyum saja dengan perangai orang macam ni. Depan kita pijak semut tak mati. At least, walau apa pun, I am always true to myself. Bukan bermuka-muka.

After all, this is HASNIE FALINA aka Fina Sophie you are messing with.

Okeylah. Til we meet again :)

Sometimes when a girl says 'NO', take that as a real answer.

Wednesday, June 22, 2011

Just sharing my love experience.

I just got a phone call from him, rakan sekampus dan a good friend of mine back then when I was a student. Dia orang KL. Menetap dan kerja di situ. Kadang-kadang dia sebenarnya akan contact, tanya khabar, dan dia tidak lepas dari mengenang kisah waktu kami ke Tasik Jitra satu waktu dulu beberapa hari sebelum kami bawa haluan balik ke negeri masing-masing. Since then belum pernah jumpa lagi. He always tell me that was the best moment he ever had with me. Perhaps,

Time tu nak masuk ke kawasan Tasik Jitra pun boleh sesat. Sempat lagi dia membebel sebab dia sangka saya tahu jalan ke sana HAHA saya tahu tapi agak terlupa kehkeh. Sampai dekat sana, kami ambil sewa ride kereta ala-ala macam kereta golf (saya tak tahu what exactly we call it) dan pusing keliling track di Tasik Jitra yang besar tu. Lepas tu naik basikal air berbasikal atas tasik. Tapi separuh jalan sajalah sebab ya Allah tak larat I nak ke hujung hehe.

It have been more than a year ago. Around April 2010.

And if you want to know, yes, he seems still in love with me. Unfortunately, dari awal perkenalan kami sampailah sekarang, saya tidak pernah anggap dia lebih dari kawan.. Anyway, kami kenal bermula dari blog saya juga waktu saya masih berblog di http://sufilara.blogspot.com sekitar awal 2008 rasanya. Dia baca blog dan kemudian tegur dekat YM. Sebab kami satu kampus, saya pun terima sajalah perkenalan tu. Lagipun kolej bersebelahan saja time tu HAHA.. Then kami jumpa dan bersahabat sampai sekarang. And he still did remember makanan yang I makan waktu pertama kali kami jumpa. Hehe. Saja mengimbau kenangan.

Everytime, he'll ask if I can give him a little space in my heart.. And if I do, dia nak hantar terus rombongan. Isk. Okeylah, I did warn him, jangan gurau pasal hal tu, saya cakap. He laughed tengok saya menggelabah. Or, memang lelaki zaman sekarang ni anggap perkahwinan tu perkara yang boleh dibuat gurauan?

(Well I remember the first day I dated Zul, he asked me to be his wife. But now, hati siapa yang paling terluka?)

He did came after he knows about my break-up with Zul, and untuk kesekian kali saya rasa bersalah sebab saya sememangnya tidak mampu mencintai dia - lebih-lebih lagi dengan keadaan saya waktu itu.

And not only him. My ex-boyfriend dekat Sarawak pun did came back the day he knows about my break-up. Asking for chances. But, no. Saya bukan mudah mengaku kalah dalam mempertahankan hubungan selagi saya berada dalam hubungan tu. Everyone knows that. But once I fully let go, I'll never turn my back around.

I believe that if somebody fails to appreciate who you are; if someone is so blind - blind enough to not see what's good for him, right underneath his nose ; foolish enough to take for granted everything a girl could give him, then it's best you let him be - in his own world, not knowing what he missed. And it will forever be his loss.

My ex dekat Sarawak? He's just one simple proof of this quote.

First point is, kita tak boleh paksa hati kita untuk jatuh cinta kan. Dan second point, kita menangis air mata darah pun tak akan pernah dapat kembalikan kasih yang telah hilang akibat luka terdalam yang kita tinggalkan dalam hati dia. Please elaborate.

ha ha.


The girl who doesn't stay single for long.

Thursday, June 16, 2011

Really.

Dulu before I met Zul, saya nekad dalam hati saya taknak couple-couple dah. Lepas jumpa Zul, everything changed. I was so in love with that guy. Saya bersedia terima segala apa yang dia ada. Saya bersedia hadapi dan terima kekurangan dan kelebihan dia. Saya berusaha slowly pujuk ayah dan mama untuk terima dia. Parents tidak berapa setuju pada awalnya, tapi bila mungkin diorang tengok kesungguhan hubungan kami - yang rupanya hanya saya yang bersungguh, mereka pun mengalah. I've done everything. Sebab itu hati saya hancur luluh yang teramat kerana dalam sekelip mata, dengan sekali sahaja dugaan kecil yang datang menyentuh hubungan kami, dia beralih dan berubah. Apa harga pengorbanan saya selama ini, apa harga kasih sayang saya. Ke mana dia campak semua itu, saya rasa lebih teruk dari dibuang ke longkang. Lagi rasa terhina bila dia tanpa rasa bersalah masih berani contact dan mau merindu. By any chance, saya tidak mahu jadi penyebab ada lagi orang yang terluka. Kalau saya masih sayang dia pun, dia itu sudah jadi suami orang dan biar setakat itu saja. Before he got married, I told him I will try to win his heart back selagi dia belum bergelar suami orang, tapi sekarang, semua dah berubah. Saya mengaku sampai sekarang saya masih menangis lagi, tapi itu bukan sebab saya lemah. Saya nampak macam biasa saja tapi jauh dalam hati, saya masih berjuang untuk move on dari kenangan-kenangan kami.

Sekarang ni, walaupun masih berkawan macam biasa, tapi saya ada seseorang.. Sebenarnya dah lama kenal cuma tidak pernah bertegur. Orangnya sederhana, cukup itulah yang saya boleh katakan. Waktu saya mula-mula frust dulu, dia yang selalu ada di samping saya. Buat saya jadi lebih kuat. Saya tak tahu macamana rasanya frust-kemudian-ada-seseorang-lelaki-yang-lain-tiba-tiba-datang-out-of-nowhere,-cuba-menyembuhkan-kelukaan-padahal-luka-itu-bukan-dia-yang-buat-tapi-orang-lain sampailah semua tu jadi pada diri saya sendiri. I guess, hati perempuan yang sedang kecewa mudah tersentuh bila ada lelaki lain yang cuba mengisi kekosongan dalam hati - dan mungkin lelaki tu sendiri dah lama minat perempuan tu pun kan..

Kesilapan besar selepas putus cinta - mencari pengganti.

Jadi saya tidak berani cakap lebih-lebih, yang pasti, walau dengan siapa-siapa pun, saya hanya berkawan biasa. Sebab kalau mahu menjalin hubungan terlalu awal, tidak adil bagi dia kalau ternyata saya rapat dengan dia hanya sebab saya sedang kesepian. Tapi saya yakin saya tidak pernah kesepian walaupun selepas ditinggalkan. I have Allah, thinking of Him buat saya insaf dengan apa yang terjadi pada saya. Bukan setakat apa yang terjadi pada hubungan saya dan Zul, tapi segalanya yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kalau dikenang satu persatu, apalah sangat luka ditinggalkan kekasih yang tidak setia. Saya lebih pernah alami luka berpanjangan yang lebih menghibakan. Luka yang sampai sekarang saya masih tak mampu merasa hikmah di sebalik semua tu. Tapi saya redha sesungguhnya. That time he left me, esoknya saya dah rasa hikmah dia. Allah sendiri tak bagi saya bersedih lama-lama untuk dia. I have my very supportive family and friends. Yang menangis bersama saya. Tari Kirana juga antara kekuatan saya. Keluarga Zul di Sinisian juga sebenarnya salah satu lagi sumber kekuatan saya. Blog ini juga menjadi kekuatan saya. Malah yang tidak pernah mengenali saya selama ini pun ada yang sudi menemani, ada yang mau berkongsi cerita kerana kisah kami yang mungkin kebetulan hampir sama... Saya sebenarnya dah penat bercakap hal kami. Sudah lama berlalu pun. 3 hari lagi cukup dua bulan segalanya messed up. Ya. Messed up. Tapi semua dah turn right dah sekarang. Saya lebih suka hidup saya yang sekarang. Bersama dengan dia saya sesungguhnya bahagia, tapi ternyata itu bahagia yang sementara saja. Apa guna.

Terima kasih buat seseorang yang lain, seorang sahabat. Saat airmata ini gugur, dialah yang mengutipnya. Kalau mungkin satu hari nanti saya jatuh cinta dan buat keputusan untuk bersama dia, tidak perlu hairan. Tidak perlu dipersoalkan. Sebab selama ini dia orang yang paling setia berada di sisi saya. Tidak pernah jemu memberikan semangat. Dia antara kekuatan terkuat saya.

Kisah cinta sejati kita mungkin sudah lama berlalu. At one point, maybe lebih bahagia jika kita belajar mencintai orang yang tulus mencintai kita berbanding mengejar-ngejar sesuatu yang kita cintai padahal kita tidak pasti adakah perasaan orang yang kita cintai  itu sama dengan apa yang kita rasa.


google


 

The woman who steal, and the guy who let himself to be stolen.

Wednesday, June 01, 2011

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
But when I called Tommy he said it wasn't true
So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila
So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain
Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you
So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy


No one can steal anyone from anybody. He was ALREADY prepared to leave. Buat yang menjadi orang ketiga, mungkin tidak perlulah berbangga atas alasan 'best woman win'. In this case, 'the best woman loses first, the other woman regrets later.' Well, HE HIMSELF LET HIMSELF TO BE STOLEN. Terang-terang lelaki yang membiarkan dirinya dicuri hingga sanggup meninggalkan kekasih lama itu bukan jenis lelaki yang boleh dipercayai kerana komitmennya mudah berubah.

Kalau term PERAMPAS itu saya gunakan, this one is for you :

Your current husband or sweetheart or abang mungkin was once milik perempuan lain. Mungkin kau perlu terima realiti - dan kau dan orang sekeliling harus berhenti mempersoalkan kenapa kenapa dan kenapa, kerana sememangnya ada wanita yang telah ditakdirkan untuk mencintai lelaki yang sudah dimiliki wanita lain. Dan kau mungkin tergolong dalam kategori wanita sebegini. Itulah realiti. Jodoh kau ditakdirkan datang sebegitu cara. It's okey, it all had been written in Loh Mahfuz. Siapa yang boleh menidakkan takdir? TAPI. Kalau kau masih berhati manusia, sekurang-kurangnya ada sekelumit rasa bersalah kerana kau jadi penyebab ada kehidupan seseorang menjadi kucar-kacir.

Rasa bersalah itu normal and I believe that, people do make mistakes - where, supports and disapprovement always come hand in hand. And even a mistake may turn out to be the one right thing necessary to your happy living. And sometimes, it is right to do the wrong thing.

But.
There's a huge line between wrong-doing and mistake.

Mistake is something that you can't control. Mungkin dia memang diciptakan untuk kau tapi ingat, walau apapun, kau menjadi penyebab ada hati yang terluka. Dengan mengambil sesuatu yang menjadi hak orang lain, kau menyebabkan orang lain menangis. Kau tahu lelaki itu milik orang lain tapi kau tetap berjinak-jinak mendekati lelaki itu dan akhirnya, bila kamu MULA ada hasrat untuk bersama dan MULA berfikir untuk abandon orang-orang yang boleh menghalang hasrat kamu itu, sekurang-kurangnya fikirkan tentang perasaan orang lain juga. Letakkan diri kau di tempat dia. Macamana rasanya kalau boyfriend/husband kau dirampas orang lain? Dan kalau hati kau masih berat untuk meninggalkan lelaki itu, tidak apa. Maybe you have to. For you own future. For your own happiness. That make sense. But please notice that he's other girl's boyfriend or husband. You unintentionally stole someone's someone. Kalau dah fikir masak-masak untuk tetap bersama berdua, please do apologize. Because if you don't, that is what I call - wrong-doing. And by your wrong-doings, just wait darl, karma is on its way. Later on you'll found yourself crying all by yourself.

  • You made mistake and you apologize. It is a mistake and you can't undo things so you apologize - correct thing to do.
  • You made a mistake but you don't apologize. Wrong thing to do.

Lead to some different consequences, can't you see?

Jadilah wanita berhemah. Minta maaf dengan cara yang paling baik. Be truly sorry. Don't fake. Stealing is definitely wrong. You don't know what she have been through just to fix herself from the wounds. Sementara masih ada ruang untuk bernafas, admit your mistake and ask for forgiveness.. It's okey if dia tidak mahu memaafkan dalam tempoh itu juga. Dia akan tahu memaafkan bila luka dia sudah sembuh. Sekurang-kurangnya kau tunjuk yang kau ada maruah. Bukan menjadi seorang pencuri yang hanya tahu mengambil dan terus lari. 


Bagi pihak lelaki yang dicuri hati dan maruahnya itu :

Menamatkan hubungan kerana hadirnya orang ketiga memang sesuatu yang sangat sukar untuk dimaafkan. Lebih-lebih lagi kalau alasan mahu akhiri hubungan tu bukan dinyatakan berterus terang. Malah banyak menyalahkan pula pihak yang ditinggalkan. Ah of course! Faults really are thick when love is thin. Alahai tak payahlah putar belit cakap orang lain salah padahal sebelum tu memang sudah mencari waktu untuk memutuskan perhubungan. Padahal berminggu-minggu sebelum tu memang dah saling menyukai. Dah start seeing each other what-the-f.

Bila wujudnya orang ketiga, itu tandanya kau tidak benar-benar mencinta. Kalau kau betul-betul sayang, kau tidak akan nampak orang lain lagi selain dia. Ke mana hilangnya kasih sayang yang sering diungkapkan sebelum itu? Mungkin, that love never really exist pun. It wasn't there. You never really loved her. Kau cuma MEMILIH untuk mencipta hubungan yang serius bersama dia. Sampai itu sahaja. Dan sampai satu detik kau MEMILIH untuk beralih arah, maka kau beralih. Mudah.

Alasan menamatkan perhubungan :

  • You told her she's too good to be with you. Berhentilah mencipta alasan paling bangang. Bagitahu aku siapa yang tidak mahu pasangannya adalah yang terbaik? Siapa yang tidak mahu? That is just an excuse. Mengaku sajalah kau dah tak mahu dia dalam hidup kau. Berterus terang sajalah, usah menipu. Jangan biar dia menyesali sesuatu yang sebenarnya tidak benar.
  • Dan jangan juga memberi alasan : "Saya takkan putuskan hubungan kita dan bersama dengan dia kalau saya tahu awak betul-betul sayangkan saya." Because she is not that stupid to know that if you really love her, at the first place, you WON'T do her that way. She believes that, if you so in love with her, YOU WON'T. Yes, you won't. She knows and she knows everything.

Jadi, buat mereka-mereka yang tiba-tiba ada orang ketiga, tinggalkan yang pertama. Pergi kepada yang kedua. Tidak perlu terus bersama dengan dia yang pertama atas dasar apapun kalau sememangnya hati kau sudah ada pada orang lain. Biarlah dia akan menangis hingga puas dan bengkak mata tapi sekurang-kurangnya selepas itu dia boleh move on dan menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Jangan seksa perasaan dia dengan terus menghubungi konon nak tetap jadi kawan. 

And don't you ever talk to her (read : insulting her) about having her as your second wife.- tanpa rasa bersalah. Why do you think she would want to be with you again? Kau lupakah what kind of hell you have put her once you left her to marry the woman who doesn't even apologize?

And to be a second wife to a LELAKI like you? Seriously, she is so damn sane. After all that had happen, she clearly didn't saw a SUAMI in you, but a LELAKI. Got her?

Love is always a blind child.


Forget about the person who forgets about you.

Thursday, May 26, 2011

Although I may occasionally mention about my past, it will simply because I feel better talking about it. The present moment is what I am much more interested in. Banyak plan di hadapan saya. Dalam masa sebulan setelah peristiwa 25 haribulan April yang saya rasa very the bullshit tu, termasuk seminggu sebelum pernikahan dia cari aku tanpa rasa bersalah cuba untuk mendapatkan aku semula like wtf. Untuk lelaki curang macam dia, kehilangan 10 lelaki macam dia aku tak rugi satu sen pun. Saya rasa tak perlu lagi ada apa-apa lagi yang tinggal. Aku juga merasa aku tak payah bersusah payah ke majlis perkahwinan mereka. Why should I care? Macamlah aku tak ada nak buat benda lain yang jelas-jelas lebih penting. Once he's cut out from my life, then he is. Kalau dia masih membaca blog saya ni, tiada sebab kamu ambil tahu lagi tentang life saya. Kalau mahu juga, buat secara diam-diam dan jangan lagi sesekali cuba untuk menggunakan apa yang saya tulis untuk melukakan saya walau dengan apa cara sekalipun. Well, I don't wanna curse you anymore. Or to hurt you. I will let karma have that pleasure.


Rasakan kuasa tendangan wanita

Macam yang saya cakap sebelum ni, saya berbahagia dengan apa yang saya ada sekarang ni. Why remember the person who forgets about me. Lebih baik cari kawan baru. Saya ni kesian lah jugak. Saya mana ada kawan dekat Ranau. All my life, I spent most of my time outside Ranau. Kebanyakan kawan bertebaran serata Sabah dan Semenanjung. Sudahlah sejak sekolah rendah banyak kali pindah sekolah. Selalu lone ranger. Bukan sebab tiada kawan baik. Banyak good friends ni. Tapi you know - kawan hang-out dekat RANAU.. yang satu kepala dengan aku yang crazy ni...... TIADA. At Kedah dulu I got Niza, Fiza, Chu, Dayah and some of the (Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa) JPM sisters yang lain lah yang rajin hang-out sama-sama, keluar makan tengah malam, suka buat benda on the spot, berjaga bersengkang mata demi kertas projek sama-sama, meeting meeting meeting - oh seriously. Don't make me start with the list. Sebab kalau cakap hal kenangan, tidak habis entri dibuatnya HAHAHAH

Pertengahan 2010 barulaaahh tinggal betul-betul dekat Ranau. And sekarang ni, sudah genap setahun saya menetap di Ranau. So now, saya adalah dalam proses mencari kawan di Ranau. Kesian sungguh ini perempuan. Ada siapa-siapa mahu kawan dengan saya? Tsk.

Actually, got few friends already. Ada yang dari Kundasang and ada yang dari Ranau. One of them saya ada mention dekat sini. Dalam perenggan sebelum gambar tu. Cukup saya katakan, friendship is the best thing that can make you survive when love relationship can't.. Agree?

Dekat luar, saya nampak macam eleh eleh eleh saja. Ketawa macam tiada masalah hati. Tapi macam yang saya cakap sebelum ni, saya dah pernah bertahun-tahun puas menangis. Hanya orang yang pernah rasa hati tu berterabur menjadi cebisan-cebisan (broke into pieces) baru tahu hargai walaupun secebis rasa gembira tu. Bukan seorang dua rakan yang cakap saya nampak sangat kuat orangnya. Boleh handle semua masalah. Tapi kalau baca blog, barulah kau tahu saya sebenarnya fragile sangat dekat dalam. Tapi kalau tak mahu jadi kuat, jadi, mahu jadi apa?

Untuk itu, aku sedang belajar menjadi wanita paling bahagia. I made a choice to finally let go, cuz it's time for my last tear to fall and smile again.

Will be going to Putatan tomorrow. Hadiri majlis pernikahan sepupu lelaki. Alhamdulillah, bertemu jodohnya. Perhaps, will upload few pictures of it (read : of me) later.

Password protected : Nonsense.

Wednesday, May 18, 2011

People freak me out. They move too fast, they speak too loud, and they are just plain unpredictable. One minute they’re there, then next they’re not. One day they love you and the next they want to beat the life out of you and suddenly they appear wanting you back. The demands, the insincerity, the selfishness, the greediness.

I wrote this entry on 15th April (Sunday), the same day I wrote THIS ENTRY. Ini kesinambungan entri yang tu sebenarnya. Tapi tak boleh nak tayang dekat public lah. Kalau mahu password, saya boleh bagi. PM me HERE. Yang penting simpan rahsia.

*******************************



All comments are temporarily will be moderated.

Three weeks had passed..

Sunday, May 15, 2011

You see, I'm forgetful - usually of the bad things that have happened to me.

He came my way today and.. When I see him, I see all the good times we had. I see him and felt all the good feelings I've felt while I am still with him. I miss spending the whole day with him, I miss our silly jokes, I miss our finger-shuffling competition, I miss all the first-times when I was with him, I miss all the best times we have had, and I miss looking in his eyes and say "I love you, Sayang..". And I miss his mother too (- -")

But I forgot all the pain that came with it.

I forgot the ride to the Garden Cafe, in attempt to make everything just right between us.

I forgot every little thing I've done ; rearranging my room and everything., - Every silent runaway from the pain of remembering the look in his eyes, remembering how he giving up on us so easily. Sad seeing the end of us.

I forgot how he refuses to answer most of my texts and calls.

I forgot how I desperately tried to cheer myself up, by running away. To places, to my friends - Anywhere I can or whoever, if it means I don't have to be alone.

I forgot how much I cried at night, every night to sleep for more than a week.

Yes. I forgot all the pain.

I suppose what hurts me the most at that time and it still does - He turned into everything he said he would never be. Did I not mean anything to him for him to have let me go, at first sight of confusion in our relationship?

I do find myself missing you. The part of you that was gentle to me, loving to me, and made me feel like I was the only one who mattered.. *sigh* No matter what, I've always had, and will always do have a soft spot for you. Regardless of what other people are saying about you.

You're an amazing person. You're charismatic, loves challenges, funny, and full of energy and regardless what has happened between us and what others told me about your bad part, I am standing by what I saw in you. You are who you are - You're not really a bad person, in fact, you're a great friend. But perhaps, ALLAH has His better plan for us.

Soon you will find out, that I probably do, I always sayang you, and always care about you, even MORE than those who have been and will be in your life after me.

If only you had known what I was willing to give you, and do for you, if you given us the chance, 3 weeks ago - Back to the time where we still can work things out.


Cukuplah.

Monday, May 02, 2011

Dah delete dari sidebar blog ini.

It's been a week.. A tough week after three most magical months he gave me. Still, please keep this on mind, please. Don't tell me how to act. Don't tell me how to be professional. Don't tell me to take this as easy as you do. I had enough of it just on my own. I am the one who suffer. Not you. I just need others' understanding. Not to be treated like a little girl who knows nothing about life. I am okey. But my heart is still recovering from the wounds of bitter broke up. STILL RECOVERING. Doesn't mean I don't know what to do. Okey? Full stop.

Ada yang bertanya di inbox Facebook. Sebab diorang cakap kenapa jadi macam tu, padahal selama ni kami nampak bahagia.. I don't know why, but it do hurt me. But nevermind that. Biasalah tu. Mesti diorang nak tahu apa yang terjadi kan. Here I am, I have the strength to face it all. I have Allah SWT who will catch every drop of my tears. Saya tidak kesal kehilangan dia. Orang-orang terdekat ramai yang banyak membantu saya membuka mata dan hati. After this broke up, I started seeing him in a whole new perspective. Now I can't believe how blinded I was.. But that is what we call EXPERIENCE, ait..?

Moga dia bahagia dengan pilihan dia. Mungkin orang lain tidak percaya dengan keputusan dia, tapi harapnya dia bersedia untuk berubah. Ambil ketidak-yakinan orang terhadap dia tu sebagai cabaran untuk dia terus pertahankan perkahwinan dia nanti. Jika sebelum perkahwinan dia tega lukakan hati ramai orang untuk bersama wanita tu, harapnya lepas ni dia tak buat yang sama untuk bersama dengan perempuan lain. Cukuplah apa yang jadi.

Dia tetap bahagia yang saya pernah jumpa. Cuma cukuplah saya bersedih. It's time to move on. Saya sememangnya boleh berbahagia walaupun tanpa dia.

P.s Find me on Facebook. Fina Sophie. :D

Yalah tu.

Friday, April 29, 2011

Waktu awal-awal dulu, aku dah berjanji pada diri sendiri, pada saat aku jatuh cinta sekali lagi, aku akan bertanggungjawab atas apa juga risiko yang bakal aku hadapi nanti. Bila jadi macam yang sedang berlaku hari ini, di sini, aku dah longlai tapi aku harus tabah. Inilah risikonya.

This is what I talked about.

Jauh di sudut hati, sejujurnya aku terlalu rindu pada dia. Rindu setengah mati. Segala kenangan waktu kami bersama, walaupun singkat, tapi semua tu masih mampu menyentuh di hati saya yang paling dalam. Segalanya terlalu cepat, rasanya aku masih belum puas menyayangi dia..

Yang aku rasa, saat aku tertawa besar - aku sebenarnya sedang menangis sekuat hati. Tiap saat air mata ini ingin mengalir. Kalaulah boleh dilihat dengan terperinci setiap inci perasaan ini, kau mungkin akan tahu sekuat mana hati aku sedang berjuang saat ini. Lemah tetapi digagahi juga.

25 April. Tarikh aku diberitahu dengan keputusan yang dia buat. Dari mulut orang lain, tapi saya tetap masih mahu dengar dari mulut dia sendiri. Walaupun dia berulangkali mengiyakan, saya masih sukar untuk percaya. Sesungguhnya semua itu jauh dari apa yang saya pernah bayangkan. Bertanya dan berulang tanya. Dan akhirnya bila aku sedar aku perlu untuk percaya, tumpah segala saki baki airmata yang sudah tidak mampu dikeluarkan lagi.

25 dan 26 April. Talking all days. Ke sana. Ke mari. Minta pendapat. Atau tidak minta pun, ringan mulut sahaja mereka yang prihatin untuk mengingatkan apa yang perlu. Terharu dalam hati. Sesungguhnya setiap yang diperkatakan itu saya dengar dengan telinga dan hati. Lihat dengan mata hati. Baca dengan penuh pertimbangan. Cuba memahami mana-mana yang aku mungkin sukar untuk aku terima. Mendengar cerita dari pihak ini dan cerita dari pihak itu tanpa menilai secara terburu. Dengan orang tu, dengan orang ni. Dan setelah mempertimbangkan segalanya, apa-apa pun aku pasti aku hanya akan percaya pada diri dan naluri sendiri sahaja. Berpandukan batas-batas yang sudah termaktub.

Dua hari itu, saya tak dapat tidur. Mata langsung tak boleh lelap. Takut nak tidur sebab takut bermimpi. Takut nak tidur sebab bangun pagi nanti bangun dengan perasaan terluka. Perut lapar. Tapi hairan ya, bila telan, rasanya yang masuk cuma angin. Hati terlalu rasa sedih sampaikan apa-apa pun dah tak selera nak buat. Dua hari tu saya langsung tak boleh duduk diam. Asyik bangun berdiri bangun berdiri dan berjalan pusing keliling. Resah. Orang yang kau sayang - yang kau sangka adalah yang terakhir, bakal bertunangan dengan orang lain Sabtu ini bersamaan hari ESOK. Macamana rasanya? Sakit itu kau takkan terbayangkan kalau kau tidak pernah alami. TAKKAN.

Pagi tadi bangun dan teringat segalanya. Terkenang esok hari bahagia dia. Hati tiba-tiba sebak yang tidak terkawal. Duduk di tangga dan sandarkan kepala dan badan dekat dinding sambil tunggu turn nak mandi sambil ayah yang tengah iron baju kerja bagitahu Sabtu ini dia ke Kota Kinabalu ada urusan hantar paper MEDSI. He told me about MEDSI thingy (which I already know), dalam masa yang sama air mata saya mula berlinangan. Saya dengar apa yang ayah cakap tapi bisikan dalam hati ini lebih kuat nadanya berbanding suara ayah. Bila mama keluar dari bilik air, aku mula menangis senyap tapi parents tetap perasan. Aku memang mengada kan. I really need them all to stay strong. I need them all. Tak perlu bagitahu, mama dan ayah sememangnya dah tahu.

Aku sememangnya tidak boleh merasa keseorangan saat ini. Hati aku terlalu kosong ditinggalkan. Tercari-cari sesuatu yang mungkin aku takkan mampu miliki semula. Mujur sentiasa ada insan yang sudi menemani. Tidak putus-putus kata-kata semangat yang diberikan.

Bila kawan bertanya, ramai shocked. Ramai hanya mampu tarik nafas. Ramai mencipta macam-macam spekulasi. Saya? Lebih kepada cuba untuk tabah. Bukan setakat cuba. Saya harus. Nak bangkit dari jatuh ni ya Allah rasa tak tertanggung pedihnya. Hati ini terasa begitu patah. Tapi demi masa depan, ini yang terbaik aku harus lakukan. Untuk bangkit. Dan biarkan apa-apa penyesalan berlalu kerana ada hikmah di sebalik semua ini.

Thanks Mama, thanks Ayah, thanks Dana dan Kili kerana memahami. Thanks Ziela, thanks Fuad, thanks Din, thanks Niza.. kerana pendapat kalian telah membuka mata dan hati ini. Terima kasih atas sokongan kalian, kerana terlalu memahami. Thanks my fellow bloggers yang prihatin dan sudi meninggalkan komen di mana-mana walaupun mungkin belum ada balasan - Ayu, Sa, Wanie, Cik Jannah, Cikpia, Tupai Karan. Thanks buat E dan S kerana mereka aku semakin tahu kebenarannya. Maaflah E dan S tu saya tak boleh nak dedahkan nama diorang. Namun yang pasti, Allah telah memberikan aku kekuatan telah mengirimkan aku mereka-mereka yang menguatkan hati. Setiap dari mereka. Samada yang saya ada sebut atau tidak.

Satu perkara yang aku sering minta dan mahu orang faham. Tiada benci. Dan jangan sesekali membenci dia. kerana aku sendiri tidak membenci dia langsung. Dia ada sebab dia sendiri kenapa dia memilih wanita itu, walaupun sekarang saya masih tidak faham rasionalnya. Tapi tidak apa. Moga dia berbahagia saja dengan pilihan dia walaupun ada bahagian dalam hati ini tidak mahu meredhakan.

Buat masa ni, aku sedang menghimpun kekuatan. Kekuatan ada, cuma aku perlu lebih lagi. Kerana selepas ini, aku masih kena berhadapan dengan dia yang sudah bergelar suami orang kerana kami terlibat dalam beberapa program yang sama. Aku perlu kuat. Hingga aku benar-benar kuat sampai aku tak perlu hendak memaksakan semua. Bila ini semua berlaku, aku sebenarnya semakin sedar aku ini lebih kuat dari apa yang aku pernah tahu. Lebih banyak bertenang berbanding sedikit waktu lalu. Cuma dalam blog ni aku biar emosi aku terlepas bebas. Jadi jangan risau. Bukankah saya masih ada orang-orang lain yang turut menyayangi saya.

Please. Don't tell me how to act. Don't tell me how to be professional. Don't tell me to take this as easy as how you take this. I had enough of it just on my own. I am the one who suffer. Not you. I just need others' understanding. Not to be treated like a little girl who knows nothing about life. I am okey. I know what I have to do. But my heart is still recovering from the wounds of bitter broke up. STILL RECOVERING. Doesn't mean I don't know what to do. Okey? Full stop.

Sebak.

Wednesday, April 27, 2011

Menangis mendengar lagu Sedetik Lebih oleh Anuar Zain. Lagu yang sangat menggambarkan perasaan saya untuk dia. Sangat. Ini lagu saya minta dia dengar waktu kami genap dua bulan. Tapi..

Not giving up.

Tuesday, April 26, 2011

'Kisah Cinta' yang masih punya pautan di sidebar blog itu - biarkan saja dulu. Masih belum bersedia mengubah apa-apa. Sekurang-kurangnya, bukan secara drastik. Biar saja. Tidak sanggup rasanya menghukum kenangan indah itu lantaran apa yang sedang terjadi saat ini. Aku masih belum tega.

Tiada sekelumit rasa benci. Walaupun mungkin dia yang membuang aku dalam hidupnya, hati aku ini masih menyayangi. Walaupun selepas apa yang terjadi, masih ada ruang di hati ini untuk mencintainya tanpa ada sesal. Tanpa terkesan.

Hari ini genap 3 bulan kami bersama. Bulan pertama dan kedua yang masih bahagia. Malah kami masih sempat bahagia minggu lepas. Tapi.. Untuk bulan ketiga ini, air mata pun dah puas mengalir. Rasanya dah tak ada sisa lagi. Habis. Yang tinggal hanya badai dalam hati..

Congratulation (in advanced) for your coming engagement day yang tinggal beberapa hari lagi mungkin. Tapi selagi abang tak pegang title SUAMI ORANG, I will try to win your whole heart back.

Another step forward.

Friday, April 08, 2011

Banyak yang dia buat untuk saya dan perkara-perkara yang dia biar saya buat sendiri termasuklah semua apa yang dia katakan dengan ikhlas di depan saya - segalanya sangat bermakna. I don't know how to say this, but I am so grateful having him in my life now. Di depan dia, semua ini agak sukar saya nak katakan. Well, I guess, I am not so verbally expressive in front of him. Tak tahu if ini temporary or begitulah saya bila dengan dia. Taking time hearing and understanding his thoughts and his way of thinking, mungkin dia tak sedar dia ada banyak perkara yang buat saya cakap dalam hati, 'He's the kind of person I wish I could be.. '. Pernah that day, he let me drive his car dari pertengahan jalan dari Kota Kinabalu ke Kundasang. The kind of thing that not everyone would let me do. Dan mungkin, he's the only one who would trust me that way. Saya tahu dia sumarat (baca : anxious) juga tu dengan cara saya drive HAHA. But, at least, he allow me to. Entahlah. Benda kecil saja kan? But it means BIG to me. So it's more than the love he brought to me. It's more that the love we're sharing. It is more than that.

Mama had some talk with me when the first time she found out about my new relationship. Mama agak confuse, mungkin sebab sebelum ni tak pernah timbul nama lelaki ni. Mama pun fikir saya dengan orang lain sebelum ni. Semua orang ingat macam tu, rasanya. Yang rapat tu adalah, tapi yang satu ini saja yang benar-benar mendapat tempat di hati. Mama tak pernah nampak saya ada kawan rapat lelaki di sini, so she seems a bit worry. Tak tahu dari mana datang, tiba-tiba ada. Saya pun waktu itu agak confuse dengan diri sendiri tapi tetap yakin dengan keputusan. While praying for pintu hati mama dan ayah terbuka untuk at least, cuba untuk mengenali dia.

But now, I want to share this happiness with you guys :)

I don't know how, but I am glad that my family are much more accepting now. Penerimaan keluarga saya terhadap dia dah semakin baik. Saya jarang bincang hal hubungan kami dengan family. Orang kata, kalau protes dan melawan ni, akan memburukkan lagi keadaan. So I let everything just flow. Err.. Okeylah, I admit sometimes I do play my part - pelan-pelan let my family see him through my eyes. I do have my own way. And his own way. Rajin dia datang jenguk saya di cafe. Lepas tu, kalau keluar, kadang-kadang bawa Dana sekali. Hubungan kami jaga sangat, sebab nak gain parents' trust on us, and never lose it. Lepas tu kalau dia ada masa, dia yang ambil alih kebiasaan ayah untuk hantar saya tiap kali ada urusan di Kota Kinabalu. Tujuan kami bukan nak paksa diorang terima dia semata-mata, tapi nak make sure yang hubungan ni dapat keredhaan family, barulah dapat keredhaan Tuhan juga. Itu yang penting bagi kami buat masa ni.

Selebihnya, yakin ja dengan takdir Tuhan. Insya-Allah kalau ada jodoh, adalah. Kalau jodoh kuat, segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Walaupun awal-awal tu mengundang air mata juga, tapi alhamdulillah, tak berpanjangan. Saya sendiri tak sure what had really happen sampai cepat sangat segalanya jadi okey. Yang pasti, dapat keredhaan parents buat saya lebih lega sekarang ni. Look like the fate wants us to stay together for now, and thank Allah for opening their heart. Allah did answer my prayer ..alhamdulillah. Another step forward. And by Allah will..

Allah do have plan on us, and I am happy for what Allah have planned on me :)

Have been in love for ...


"..when you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible"

Two months, one week and six days. My life completely changed. Walaupun hubungan kami masih belum ada apa-apa ikatan yang pasti lagi, tapi dalam setiap perbincangan kami, both of us selalu include each other for future planning and program. I am glad that we are committed, but assuming each other will always be there for each other til the end sometimes gets me on nerve. Saya macam - risau. Saya lebih risaukan life after marriage (insyallah kalau ada jodoh dan bila sampai waktu) sebenarnya. Saya tertanya adakah saya mampu nak dapatkan happy marriage life dengan Zul especially bila responsibility itu bertambah. Tengok marriage orang lain yang kurang berjaya - saya jadi psycho sendiri. Yakin ke saya yang saya takkan boring dalam partnership tu? Atau Zul? Sejauh mana Zul akan bertahan dengan sikap saya atau saya bertahan dengan sikap dia? Kadang-kadang (atau selalu?) waktu bercinta ni, payah kita nak nampak keadaan sebenar ..orang yang kata. Waktu bercinta rasa yang manis-manis saja ..ini pun orang yang kata. Bila dah kahwin tu, tanggungjawab makin bertambah, fokus mungkin mula teralih kepada perkara yang lebih penting dan apa-apa keputusan tidak lagi boleh buat sendiri-sendiri tanpa bincang as it will effect both of us. Bukan setakat effect diri sendiri macam waktu masih single mingle.

I know I know. Just some silly thoughts of mine. Saya kadang-kadang fikir banyak sangat padahal semua masih terlalu awal lagi. Need rest :(

Lately, kami jadi semakin rapat dan ada juga masa-masa kami serius berbincang tentang hubungan kami. Okey I admit sampai sekarang saya masih macam nak buat diri sendiri percaya yang I have him in my life now. Masih macam tak percaya. Sengal (- -") How do I not feel that way? Segalanya sangat ekspress. Sampai rasa macam mimpi dan kalau betul-betul ini mimpi, tolong cubit saya sekarang juga.

Two months.

Tuesday, March 29, 2011

{ picture removed }


Selain show Tari Kirana 26 Mac baru-baru ini, hari yang sama juga genap dua bulan kisah cinta kita bermula. Until now I still can't believe that I will end up liking you more than I thought I would. You gave me two most magical months I'd ever live.. It healed what has been hurt and feels like the fates' design has changed.

Thanks for bringing back the true happiness that once was mine.
On 28th of March, Happy 29th Birthday, Love :)
I Love You.

Prelude : Tari Kirana at Perkasa Hotel 26th of March 2011

Sunday, March 27, 2011

Ahhh selesai akhirnya perform. Lepas ni boleh bernafas sikit, tapi sikit je lah. Banyak lagi benda nak kena kejar. Nak tulis blog ni pun rasa macam tak menyempat saja, tapi kena tulis juga sebab kamu nak baca kannn.. wahaha perasan gitu. Gurau tau, jangan marah.

Untuk hal performance kami malam semalam, at the end, all went well. Adalah ketidakfahaman lagu sikit dekat awal-awal - something yang saya tak perlu mention pun kihkih sebab saya macam yang semua orang lihatlah, fine saja. Dalam tarian ni, for me, kalau dah lepas, lepaslah. Yang penting, gerak dalam satu team dan biar semua hadirin terhibur. Perfect ke tak, itu perkara kedua. And I believe, semua orang terhibur malam tu. Wakakak.. Ini aku ke yang bercakap ni? Cuz I used to take things way too hard.. Jarang nak simple mimple macam ni. Heh (- -")

Tari Kirana perform semalam di Hotel Perkasa Kundasang, live music with Kinabalu Merdu Sound KMS. Very nice musicians, termasuk.. ehemmm. Remind me to the good old days waktu aktif buat show with my team dekat majlis-majlis dinner termasuk yang diadakan di hotel. Anyway, kami bermalam di Walai Tokou Homestay lagi malam tu, pagi tadi gerak balik ke rumah masing-masing.

Okey nak teruja-teruja. Sebab semalam berpeluang tengok dia perform lagi. Mengingatkan saya waktu kali pertama mula timbul perasaan nak kenal dia lebih rapat. Theehee. Bezanya, kali ni dia siap boleh pandang saya sambil terangguk-angguk ikut rentak lagu dekat atas stage. The girls pun perasan. Meja makan kami bersebelahan dengan meja makan ahli KMS. Meja para performer dekat saja dengan pentas, betul-betul dekat dengan tangga. So bila saya tertangkap pandangan dia, saya senyum saja tengok. Kebetulan waktu tu penyanyi KMS tengah menyanyi lagu Asyik by Amelina. Memang asyik! So sweet lah dia ni. Sometimes I forgot he's actually 29 (- -")

In case if you guys are wondering, yes, he is still the same. He still carries our love with pride in front of everyone. Saya saja yang selalu act macam tak ada apa-apa. Bukan taknak tunjuk. Dan bukan tak reti nak tunjuk. Tapi, entahlah. Mungkin sebab saya fikir, sedar atau tidak, ada mata-mata yang memerhati jadi tingkah dan laku still kena jaga. Padahal dalam hati asyik nak tersenyum for no reason. As long as he's there, I really feel like I don't want anything more.. Tapi, tipulah tu. I still need banyak benda okey hehehe. Tapi paling penting, dia. Untuk menemani saya.

Next performance with them, dengar-dengar Uncle Koch bercadang nak bawa the girls perform dengan KMS sekali lagi di KDCA Kota Kinabalu bulan Mei ni. Kalau tak silap, untuk majlis sambutan tahunan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah. Kalau betul-betul terjadi, isn't it great?? 

Nanti saya tulis entri bergambar penuh tentang event ni - yang tak berapa banyak. Banyak pun majoriti gambar blur T_____T Tapi nah tengoklah gambar ni.



Tengoklah. Love life pun dah tercampur-campur dengan hal program Tari Kirana. Haih. What to do. Kebetulan sama-sama terlibat. This is what we do even sebelum kami kenal pun. Can't really blame sebab saya dia dan mereka tahu, benda-benda ni semua lah yang pertemukan kami.  :)

Love and forgiveness cannot be separated.

Friday, March 25, 2011

Baru selesai mandi. I know quite late dah ni for a morning shower bhahaha.

Tadi saya ada blogwalk dekat satu blog ni. My favourite blog, tiap kali ada update, mesti datang baca. A sweet lady, named Arianna. One of her latest entry, about her and her boyfriend - Things Get Cold.








Morning talk on the phone. And ended up with his quick hang up. What happen..

He might want to rush for work. Plus, I did the same thing to him last night. The most reason I can think of, right now.

Padan muka sendiri.

Well, things get cold around here too. For both of us. Bukan sebab sekarang ni tengah hujan, tapi sebab I feel like temporarily losing the warm feeling whenever I am with him. I know, I think about it too much and too far. Guess, things aren't really like I think. Nothing really changed. I still love him, and I know he feels the same way too. We are very sure about each other, cuma ..life's been busy. But we can't be that selfish, right? Like I don't have my own life. And work might have been a burden for him. Kenapalah aku selalu nak tambah lagi burden dalam hidup dia.

Maybe, once things get more relaxing, I'll try to talk to him ...if time permits. Just some random talk.

I am not sick, but I am not feeling so well. Staying at home is the best I can think about of healing my current ache.

And yes, I cried not because I am mad at him, but because I miss him so much. I wonder if he know he's all I think about at night..



Oh, he's calling now. Later.
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS