Showing posts with label Her alter ego. Show all posts
Showing posts with label Her alter ego. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

vain attempt

Saya selalu rasa nak hias telefon cantik-cantik tapi atas sebab-sebab kurang kreativiti, tidak tahan lama, buat separuh jalan, dan sayang nak lekat-lekat benda mengarut atas telefon, hasrat tu terbantut. Nak beli, mahal. Nak buat sendiri, rasa tak ngam. Eheh. Dan ini adalah bukti :




Bukti : Sendu yang amat. Kahkah.

Mesti ada yang cakap, elehhh macam budak-budak. Lekat-lekat bagai. Ewwwwww I can't chewww.. Mohon pahami aku. Dulu zaman sekolah tak berapa nak colorful. Sebab favourite kaler hitam, sampai habis belajar dekat U pun masih minat hitam, boleh?? Haha. Kepala hotak berjambul dua sangat perangai dulu. Sekarang baru minat-minat benda shiny dan warna warni. Segar rasa bila tengok.

Once siap telefon ni dikerjakan, saya tengok rupa dah lebih kepada telefon yang dijangkiti virus diamond. Kalau permata tulen tidak apa, ini fake (- -") Ini namanya, nak cantik tapi end up berpenyakit. Err? Bought this 'virus' in Kaison, 1Borneo for RM1.90 only. 1 papan. Tapi tidak habis pun, tidak sampai separuh. Nanti buka balik pastu pasang lain, yang masih boleh lekat pergi lekat dekat dashboard kereta husband, boleh? Nangis husband kena buli. Nak biar, semak. Buka kang bini merajuk. Kahkah. Last-last buka balik sendiri. Bought another colorful beads from Mr DIY also in 1Borneo so bila-bila free atau saja nak hilang stress, boleh buat. Sekarang ni asal stress tahap menggelupur, tengok Runningman. Siapa sama, angkat tangan! Kerja gelak senyum-senyum kambing depan laptop. Kambing pun tak senyum macam tu. Bila asyik gelak, kreativiti dan otak semua tak berfungsi. Jadilah bimbo macam ni. Apapun tak boleh buat lol teori mengarut lupakan lupakan. For your info, koleksi episod Runningman dari 1 sampai latest 235 ibarat khazanah berharga dalam laptop ai. Once laptop hangkang, nangis ai nak download semua balik T_T

Masih guna telefon macam ni? Last December a friend from KL, Cuya come over to visit. Surprised she was tengok I masih guna telefon gini. Haha. Saya beli ni secondhand tahun lepas. Klasik atau ketinggalan zaman, be it. Yang penting waktu drive senang nak balas sms or even sambut call. Sms-sms dalam kereta, don't do this while you're driving kecuali anda boleh menaip tanpa typo tanpa tengok keypad telefon. 

Usaha : Failed. Tidak apa, tidak apa. Anggap saja percubaan dulu. Ambil feel :P
Share:

Sunday, April 29, 2012

Too random, I pening cari title.

Hari ni on-leave ihik ihik ihiiiiiik *seronok habis nampak* well I have so much thing to laugh at but let us not talk about it okey? Some things are better left unsaid :D

Well I am having a lame day today gara-gara malam semalam tengok cerita Doraemon bertajuk "Hari Malas!" *nada suara Doraemon*. Sungguh-sungguh tak produktif langsung hari ni. Bajet nak blame cerita Doraemon la ni. Sebab kasi jangkit I kemalasan tuh. And plus, my home sememangnya sebuah rumah besar yang sentiasa sunyi (besar kerww?). Nak cakap bosan tu, tidaklah. Tapi I rasa I will have much fun outside home I think... And funny, a lot more fun working than being alone at home. (- -")

My kids now suka poo-poo merata-rata since I dah tak letak diorang dalam cage. Kalau dalam cage, poo-poo pun dalam cage juga kan. Okey ya CAGE. The 'kids' I adopted are actually kittens. Three kittens but satu dah mati tinggallah dua. Dua budak hitam main tepi longkang.. err. BTW, I have no pictures of them so far. Bila dah besar sikit, I'll post some pictures. But no la, anak-anak I tu tak cute langsung. Tapi shhhweet sebab everytime my body is close to them, breath diorang jadi macam krok krok gitu I dunno how to explain but 'that' kind of breath yang telling us dia selesa dan rasa selamat dengan kita. Sweet huh? :D

It's already 10.50PM and this entry have been started since ....afternoon? Too much benda dibuat waktu menaip, macam tu la. Entri saya banyak yang random saja sekarang ni, sorrylah if you are waiting for Tari Kirana updates, or my wedding or even engagement preparation updates ke, or me talking craps (hence, this entry), or my love notes or tips whatsoever (tips? XD), ah biasalah blog ni kan blog random.

So if any of you guys expecting that specific kind of entry, apology, belum ada masa lagi. But to update you about Tari Kirana lah kan... Tari Kirana bukan senyap terus. We do have offers, but if tidak sesuai dengan jadual the dancers, like it or not, kena redha melepaskan. Bukan tengok masa diorang saja, hati ibu bapa diorang pun saya kena jaga juga. We do have bookings, and Tari Kirana is now associated with Kirasa Cafe & Catering, which if ada kenduri kahwin yang ambil catering dari Kirasa, Tari Kirana termasuk dalam pakej. AND. Give me one or two year, Tari Kirana MAYBE will have it's own musicians. Kenapa lagi setahun dua? Sebab kalau tengok tahap kesibukkan saya sekarang, saya belum berani janji untuk dua tiga bulan akan datang sebab perkara yang saya mahu fokus sekarang ni adalah tentang karier dan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga, barulah saya alihkan sedikit fokus saya ke arah tu. Bukannya stop, just slow down but still accepting suitable offers. Tari Kirana kira macam tengah slow down tahun ni, as ramai ambil SPM. We are currently sending one of our dancer to ASWARA. Moga interview dia besok pagi lepas dan diterima masuk ke ASWARA dan balik sini bawa ilmu untuk memajukan Tari Kirana. Amin.

BTW Kirasa Cafe & Catering genap sebulan beroperasi. Alhamdulillah semua baik-baik saja :)

Brief updates about engagement preparation is ....sibuk mencari duit. That's it. Hahaha!

And about tips.. Em. Basically. Don't talk to strangers? :P

Bye!



Share:

Thursday, March 15, 2012

Tugu Budaya : Kursus Koreografi Tari Kreatif Sabah dan Susunan Muzik Ranau 2012

Kepala pusing banget. Lagu igal-igal yang dimainkan dalam bengkel koreografi dan susunan muzik baru-baru ni asyik terngiang-ngiang di telinga. I love the rhythm, actually. Walaupun kurang faham apa yang cikgu muzik tu bebel dekat depan but adalah juga input sikit-sikit on how to identify the beats, calculation, bezakan muzik tradisi, klasikal, world music etc. First time belajar tentang muzik. Sebelum ni tau tengok saja. Sebelum ni tahu kira beats untuk tarian saja. Rupanya beat tarian dan muzik kiraan berbeza.

Actually bermula Isnin lepas, saya dengan ahli Tari Kirana yang lain ikut bengkel Koreografi Tari Kreatif Tradisi dan Susunan Muzik anjuran bersama Jabatan Pelajaran dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS). Program yang dinamakan sebagai program Tugu Budaya.

But really. I have to go now. Penat gila sepanjang 3 hari ni. Lompat, jatuh dan baring, pusing, kangkang adoi.. Sampai sekarang lenguh badan masih terasa. Sebab apa? Sebab fitness tidak cukup jadi otot adalah merengang which is good actually.

Bengkel/Kursus Koreografi Tari Kreatif Sabah dan Susunan Muzik is exactly what we're looking for. For these 3 days, it helped us a lot in understanding the basic start dalam penciptaan muzik tarian kreatif, and also we've learned about choreography techniques on how to do dance 'stunt' dengan kreatif tanpa membahayakan anggota badan sendiri, cara untuk meregangkan badan sebagai penari dan banyak lagi. looking forward for next year.




Kami berenam saja yang ada. Ada dua orang tidak dapat join sebab ada komitmen lain. Nanti saya try cakap pasal bengkel ni. :)
Share:

Thursday, March 08, 2012

Tari Kirana : January - Mac 2012 Update

Bukan first time saya baca status dia lebih kurang sama dengan apa yang saya update dekat status Facebook saya. Banyak kali. Cara saya berinteraksi, cara saya buat pengumuman, sama. Apa yang saya buat, dia ikut. Apa idea saya, dia ikut. Tidak perlulah saya nyatakan dengan terperinci. Saya tidak cakap sendiri pun orang boleh perasan. Even ada yang call through phone, asked me if I know anything about it. Yang waktu berbual-bual biasa, ada yang tanya saya pasal tu. Tapi baguslah jugak. Berbanding dulu dia habiskan masa dia dan geng-geng dia cari kesalahan dan kelemahan orang, sekarang ni terisi juga masa dia dengan benda berfaedah. Mengkaji cara orang lain. Haha berfaedah la tu! Hebat sebab kita tahu ada orang sentiasa ikut perkembangan kita. Lebih-lebih lagi bila kita dapat tahu dia nak jadi macam kita. Aiseseh..

Saya ambil langkah biarkan sajalah, usia dia muda lagi, belum dapat cari originaliti dia yang tersendiri. Rapuh. Terlalu ikut angin. Kejap kiri, kejap kanan. Depan kita pijak semut tak mati, tapi bila dekat belakang mulut penuh racun cakap pasal kita. Itulah sukarnya kalau setiap kali mesti nak ambil hati semua orang dalam satu masa. Kesudahannya, makan diri sendiri. Cukup-cukuplah faking yourself entertaining other people yang awak tak fancy langsung pun. I tak against orang hipokrit, but with this kind of makhluk lepas tu jadi dekat diri sendiri dan nampak dengan mata kepala sendiri, memang kesal gila macam kalau bawa naik kereta, nak turunkan je dia tepi jalan lepas tu blah tak pandang belakang lagi dah. Eh tu bukan kesal, itu geram HAHAHA.

Lupakan itu. 

Alhamdulillah.. Tari Kirana dapat tawaran perform lagi. Walaupun almost two months cut terus aktiviti di homestay, walaupun tahun ni kurang menonjolkan diri sebab saya bagi budak-budak ni cuti untuk beri tumpuan lebih pada tahun peperiksaan tapi rupanya sisa-sisa tahun lepas masih ada (tahun lepas dah puas aktif ke sana ke mari alhamdulillah dapat kutip serba sedikit pengalaman), walaupun dah lama berlalu, orang masih ingat performance diorang.. Yang paling priceless, orang masih mahu dan sudi panggil balik. Alhamdulillah sangat-sangat.

Tahun ni, setakat ni, ada dua sahaja performance. Alhamdulillah tidak banyak HAHA. Sebab kalau banyak sangat memang saya risau. Takut terganggu pelajaran. Show pertama, sekitar pertengahan Januari lepas. Awal-awal tu berbelah bahagi juga untuk terima, tapi sebab invitation tu dari orang yang sama jemput kami untuk event yang sama waktu tahun sebelum tu, saya rasa Tari Kirana ni dihargai sangat dan tidak sampai hati nak tolak. Bagi saya, as dancers, sebenarnya bukan senang dapat repeat invitation macam tu. Kami menari saja pun. Lainlah kalau pemuzik. Orang sentiasa cari.

And yang kedua, is not really a performance. Lebih kepada panggilan untuk shooting. Panggilan yang saya maksudkan adalah dari salah satu destinasi pelancongan yang terletak di Ranau, Sabah yang selalu keluar di iklan TV. Sabah Tea Garden. Well. Ranau is the place where Tari Kirana and I are based in. I know one of their staff, mula kenal waktu first time shooting di sana untuk stesen lain. Tapi biasa-biasa sajalah. Tak adalah shooting drama Tari Tirana tu kan. Haha. Yang ini macam yang you all nampak dekat TV program traveler cuba macam-macam culture dari tempat yang dikunjungi. Macam shooting baru-baru ni, pengacara tu cuba belajar tarian Magunatip yang dimainkan oleh my dancers. Lepas tu ada salah seorang penari akan ajar. Entah bila akan keluar dekat TV, itu saya tak sure. Malas nak ambil tahu sebenarnya. Plus if ada apa-apa, pihak sana akan inform saya juga. Ini kali kedua sebenarnya. Bukan sebab duit tu yang dikejar plus, bukan dapat banyak pun untuk penari picisan macam kami *laugh* tapi perasaan rindu nak menari dan saya sendiri rindu untuk manage Tari Kirana walaupun sudah sedia sibuk dengan bermacam-macam perkara, boleh macam tu?

Waktu shooting tu bermula, kami ingat akan sama macam shooting dulu. Sesungguhnya saya tidak diberitahu secara detail. Yang diberitahu, standby 4 tarian etnik dari Sabah, pukul berapa kena standby dekat sana, untuk program TV NTV7, dan tentang jumlah pembayaran. Tentang hal-hal lain, saya dah belajar dah since the first time working with Sabah Tea Garden. Dalam fikiran 'uh must be very tiringgg' tapi sebenarnya bila dah siap kami macam 'eh that's it??' Hahahah. Shooting macam, dua kali untuk Sumazau (1st untuk tangkap scene dari jauh, 2nd untuk tangkap scene dari jarak dekat) dan Magunatip pun dua kali (1st untuk tangkap full dance Magunatip dan 2nd untuk tangkap scene pengacara try menari Magunatip) and that's it! Selesai. Haha.

Bergambar bersama production team sebelum bersurai

Gambar-gambar lain boleh cek di SINI.

Once it ends, jam dah tunjuk hampir pukul 9.30PM. Waktu sedang mengemas barang, ikat balik bambu dan masukkan ke dalam kereta, some of the production team came towards us. 'Us' means me and Sham. Bak kata kakak Sabah Tea, Nana bawa bodyguard kali ni. Haha. Okey. One of them (a lady) introduced me as Nana, the ketua of the dancers - to the other one (uncle yang berbaju warna orange berseluar kelabu dalam gambar), then uncle tu bagitahu saya yang working with the girls adalah very smooth. Tiada masalah langsung. The lady angguk-angguk cakap yang they looked very professional. Oh saya tak sure kenapa dia cakap professional but I rasa yang dia mention professional tu salah satu sebabnya adalah waktu shooting tu, saya nampak, bila camera-man letak saja his camera close to any of my dancers' face, diorang dah tahu nak buat apa. Terus pandang kamera dan smile lebih banyak. The other reason, mungkin sebab sepanjang shooting, senyuman langsung tak lekang dari bibir, and they danced with confidence. And I believed, by experience, Tari Kirana already know what to do walaupun kena brief sikit saja oleh director. A proud manager I am. Haha tengoklah siapa trainer. Lalala..

But we're not going to be 'tinggi kepala' because I know where exactly we are standing. Sebab bagi saya dan my dancers, peluang-peluang macam ni jarang datang. Bila ada, alhamdulillah. Kalau tiada, it's okey. Kami pun tiada buat promotion or apa-apa. Siapa yang panggil perform tu surely dengar tentang Tari Kirana dari orang lain or dari mana-mana. Bergantung pada jadual belajar atau persekolahan budak-budak ni lah juga. Kalau bercanggah, terpaksa tolak. Tari Kirana is a group of performer, tapi tanggungjawab paling utama mereka yang sebenarnya adalah sebagai pelajar. Too much entertainment, too much bergelumang dengan dunia ala-ala artis ni, takut minda tak berkembang nanti. Even bila ada yang suarakan minat nak jadi penari nanti besar, saya memang tak berapa galakkan sebenarnya. Tarian jadikan hobi, cukuplah. Kalau rasa cita-cita tu lebih tinggi dari sekadar jadi penari biasa, tidak perlu jadikan tarian itu satu karier.

Kami kan group biasa-biasa saja. Kalau dibandingkan dengan kumpulan penari lain, kualiti memang jauh berbeza. We're not actually that good. End of story :P

Sekarang ni saya mahu cuba untuk lebih bersikap tertutup tentang hal perasaan. What to do. Kena lebih tertutup, banyak mata dan telinga mendengar - setiap inci kain mahu dijaga. Kalau niat baik untuk mejadi pendengar, tidak apa. Tapi kalau niat untuk acara tikam menikam, terima kasih sajalah. Saya tidak berminat.

Baik. Entri sangat panjang. Off to the kitchen!


Share:

Wednesday, February 29, 2012

Calendar 365 : Done-List

Ya ampun lamanya tak update.Tapi alhamdulillah banyak benda dah selesai yeay! To-do list di entry INI.


Things to do by this week :
  • Buat final touch-up untuk step tarian etnik kreatif Sazau Papar for SRJK(C) Pai Wen
  • Start contest dekat page Tari Kirana (been planning it for almost a week)
  • Baiki DSLR. Ada rosak sobsobs.
  • Renovate kedai dan the decoration?
  • Mulakan jadual senam yang lebih ketat.
  • Dah boleh tak saya minta adik saya untuk compose lagu yang Tari Kirana bakal tarikan di majlis saya nanti? Haha. Adik saya ada seorang buat lagu as his part time. Tapi biasanya lagu-lagu dia buat yang macam style linkin park. Not sure if he can produce lagu tarian, but hari tu ada tanya, he said okey.


Paperwork & Quotation

Finalization dah siap, paperwork pun dah submit dekat cikgu kebudayaan sekolah tu. Soalan pertama yang keluar dari mulut cikgu tu lepas selak sekeping dari 13 keping paperwork tu, cikgu tu tanya - Mana dapat format kertas kerja ni? Atau you buat sendiri?

Hikhik.. Paperwork begitulah yang buat tidur I tak lena mandi tak basah selama setahun lebih pegang jawatan JPMDPP di kolej dulu. Hari-hari fikir paperwork. Paperwork sana paperwork sini. Ejaan silap pun reject. Anggaran perbelanjaan tidak ngam, reject. Alignment salah, reject. Numbering salah, reject. Apa-apa saja yang tidak kena, pasti reject. Bukan mudah paperwork tu sampai ke Dekan. Nak lulus lagilah tak mudah. Haha. Semua tu tinggal kenangan. Tapi kesan masih sampai sekarang. Nak buat paperwork sikit kena perfect. Kalau tidak, tidak puas hati. :P

Syam did read my paperwork. Lepas tu dia cakap, nak upah his bakal fiance ni buat paperwork for his business plan. LOL. Upah tu.


Tari Kirana contest

I was so busy but yes contest tu sedang berjalan di page Tari Kirana, cuma belum ada sambutan lagi. Ala relaxlah. Kalau tiada sambutan, tidak apa. Memang padanlah sebab tidak buat promosi. So busy buat benda lain. Ni pun sampai seminggu lebih lepas ni pun saya masih sibuk dengan hal lain. Banyak sangat benda yang saya tidak mention dekat sini. Since mother gerak ke Mekah untuk menunaikan Umrah, saya take charge to take care of  things she asked me to do or tengok-tengok. Sampailah pulang around 19th March nanti. I am still busy to do another things, tak dapat nak fokus untuk contest tu.

DSLR

Gambar-gambar yang saya ambil sekarang ni kebanyakkannya dari DSLR Canon 1000D je pon. Haha. Kamera untuk beginner. Tak tahu sangat guna pun, pandai tekan saja. Tapi maybe sebab tak tahu, tu yang tak reti nak jaga elok-elok. Ada sot sikit sekarang ni. Still boleh guna, but kena set like this and like that. Hmpph. I guess, DSLR dah macam telefon dah. Sangat penting. Kamera compact pun tak pandang dah. It helped me a lot in taking high-pixeled pictures of Tari Kirana..

Renovate kedai and the decoration??

Yezza. Dalam masa seminggu okey bermula 18 Februari. Renovate sikit saja. Ada tambah ruang sikit. Alih semua barang-barang dalam masa sehari *semput* dan cat *makin semput* Cari cat banyak tempat, akhirnya jumpa yang kena di hati. DUSTY PINK! Haha. Akhirnya I have something in dusty pink *berangan-angan pakai warna dusty pink with merah warna lembut background warna putih untuk majlis tunang*. Cat ambil masa dua hari juga. Nasib baik Syam ada tolong sepanjang proses tu. Lepas dua hari cat, esoknya keluar pula cari tikar getah *tikar getah je mampu* dan kami berdua sangat suka dengan pilihan saya. Ahaha. Sangat naik dengan warna dinding dusty pink tu. Itu ambil masa dua hari untuk siap cover seluruh lantai since ada benda lain saya nak buat. Next day, mula angkat barang. Kali ni ayah ada datang tolong. Kerja mengangkat barang sajalah untuk hari tu. Next day, Syam datang rumah untuk tolong angkat pula barang yang nak bawa dari rumah ke kedai. My decoration dekat bilik pun saya angkat semua. Dan hasilnya hari ini, selalu perasan orang stop depan kedai, mata melilau sekeliling tengok kedai. Hehe. Syam pun puji. Cantik. Ewah. Tapi sebenarnya ambil hati ja tu. Bukanlah cantik sangat pun. Very girly la that shop. Hahah.

Jadual senam

Next.

Compose lagu

Oh belum lagi. Mungkin sibuk sangat fikir benda lain, until I forget. My brother tu sudah balik politeknik. Tidak apa, dia selalu pulang cuti.




Bulan Tiga dan seterusnya

March is going to be a busy month for me. End of this week Tari Kirana ada performance. Nak elak tak dapat.. Hm it's okey ambil offer yang penting-penting saja. Ni pun not sure if dapat confirm since they requested four ethnic dances.. Eheh. Mati I. Any Sabahan here? Ada group tarian yang memang buat tarian etnik Sabah? NTV7 nak shoot korang. Shooting tu. Don't worry, berbayar. :P

11th march pula I have to submit another paper.. Tengah prepare. Ehem, wish me luck!

13-14th ada bengkel tarian dari Tugu Budaya.

19th mama balik insya-Allah.

And something-something til end of April.

And May! Time to finalize what Syam and I want for our wedding. So far, ada juga sikit yang berubah dari plan asal, sekejap tarikh ni, sekejap tarikh tu. Until Mei, kena senyap dulu, ambil masa untuk fikir betul-betul. Awal Mei dalam first week, kami masing-masing cakap dekat family, macamana kalau macam ni, macamana kalau macam tu. Cuba cari kata sepakat. Then hujung bulan Mei, we have to make sure that everything is already finalized! June dah kena start for the preparation kalau tiada perubahan besar.



Okey dears. I have to go. Masak untuk lunch.
Share:

Monday, February 06, 2012

At room with love.

Since awal Januari, I was contacted by two different guru kebudayaan dari sekolah berbeza. Di Ranau ni juga. Dua-dua untuk pertandingan tarian kebudayaan, tapi yang satu tu tarian rampaian melayu. Satu lagi tarian etnik kreatif sabah. Maybe dua pertandingan berbeza.

Sekarang ni masih dalam proses perbincangan. Belum confirm lagi. Cuma yang paling banyak follow up dan serious nak hire saya, yang tarian etnik kreatif tu. Saya just perlu sediakan paperwork sekarang ni, more to quotation. Quotation untuk kelas tarian, sewa pakaian and aksesori, khidmat mekap penari, khidmat reka dan jahit baju penari, dan pengurusan waktu hari kejadian pun masuk sekali.

Sebenarnya dah bagi dah hari tu dekat cikgu tu untuk dia usulkan dekat guru besar sekolah untuk dipertimbangkan. I guess diorang okey dengan my price range so they asked for my proper quotation. Cikgu tu, first time I know here when she commented somewhere in Tari Kirana FB page, and then she inboxed me through the page. Lepas tu add jadi friends.

Bila fikir balik, rasa macam wow, I am really making this as a business now. Sebelum ni buat as hobi saja. Kalau ada, alhamdulillah. Still, for me, kalau tiada aktiviti apa-apa berkenaan dance-dance ni pun, tidak apa. Dance and performing are still my life. I admit that I miss Tari Kirana, but just for one year (sebenarnya tidak sampai pun) I have to let them to be on their own, preparing for PMR and SPM.






Okey I have to go now. Prepare lunch.


Share:

Monday, December 05, 2011

Take me seriously.




Untuk hari ini. Mari cek keyword GOOGLE yang sampai ke page ini menggunakan statistic Nuffnang.

Paling atas dalam list, Suara Buluh Perindu Kundasang. Banyak ya yang cari Suara Buluh Perindu ni? Nah ini satu lagi entri pasal Suara Buluh Perindu.

HAHAHAHA. Bagi saya gelak dulu kejap.

Okey.

Keyword Suara Buluh Perindu Kundasang itu mengingatkan saya pada satu perkara yang berlaku baru-baru ini. Tapi pertama sekali, saya ingin meminta maaf pada orang-orang berkenaan terutama kepada orang-orang terdekat atau keluarga kepada orang-orang berkenaan. Benda ni bukannya baru lagi. Lama sangat. Sejak Januari lagi rasanya. Waktu 2008 atau 2009 pun ada juga, tapi saya rasa bodoh sangat kalau nak mention yang tu.

Sejak September, barulah ketara dan terbukti semuanya, tapi again, saya cuma berdiam diri sahaja. Kalau setakat waktu itu, bukannya memudaratkan siapa-siapa, saya peduli apa, kan? Tapi bila sampai baru-baru ni sampai tahap yang menguji kesabaran saya sendiri sebagai pengurus kepada kumpulan Tari Kirana, jujur saya katakan, my penari-penari yang kena tapi hurting them means you're hurting me.

TAKE ME SERIOUSLY. Percayalah, bila saya tidak suka saya akan cakap, pertama dengan cara baik, dengan cara sematang yang boleh. Bila berlaku lagi, tegur lagi. Kali ketiga, mula beri amaran. Bila saya berdiam diri dalam kemarahan itu, maknanya saya sedang memerhati sambil bersabar. Bila saya mula bising itu maknanya saya sudah puas bersabar. Ayat yang keluar dari mulut ni makin pedas. Dan semakin lama semakin pedas. Bila saya diam sekali lagi itu maknanya saya tersangat marah tapi tidak mahu sampai mengeluarkan perkataan-perkataan yang akan saya kesali kelak.

Dan bila saya kata saya marah, sesungguhnya saya memang marah. Tiada penafian, tiada cover-cover. Saya  memang marah. Tapi masih mahu bersabar. Entri ini adalah yang sangat sabar. SANGAT.

Ohya, balik pada apa yang ingin saya ceritakan atau lebih jelas lagi, untuk clarify things up.

I'm not very sure which date did SBP performed. More likely malam 20hb Nov, but correct me if I'm wrong. Ini dia buku aktiviti untuk program tu :


Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2011


Sophiesm.Com higlight : Persembahan khas Kumpulan Suara Buluh Perindu Kinabalu, Page 52


Let's turn to page 53 and 54


I bagi besar sikit supaya luas mata korang nak baca. Kalau nak lagi besar, right-click dan open link in new tab

Kalau baca artikel tu, terang-terang mengenai SBP, kan? Tapi gambar keluar gambar Tari Kirana. LOL. Somebody tolong be alert lepas ni. Bukan main google lepas tu save dan guna macam tu saja.


Terang-terang my dancers in there.

Ala no big deal pun. Setakat gambar. I've put this in my blog before so I am well aware yang gambar ni akan nampak ke public, mungkin akan digunakan, dan mungkin juga akan di-crop. Cuba korang type 'Suara Buluh Perindu Kundasang' di Google Images. Page pertama pasti akan nampak macam ni :




And if you click gambar tu, it will lead you to this blog, www.sophiesm.com, dan secara spesifiknya, ke entri saya yang bertajuk : HIATUS : I'M BACK IN ACTION! ataupun seperti di screenshot entri tu :




Nampaknya saya kena terangkan satu-satu kan? Walaupun gambar ni tiada caption, tapi usually GOOGLE akan ambil beberapa potong ayat pertama selepas gambar itu untuk dijadikan keyword carian Google. Tidak percaya? Cek gambar Google Images tu. Apa ayat yang digunakan di bawah thumbnail tu? Bandingkan pada screenshot entri saya tu. Hope it will explain things.

Itu pertama. Second. Nampak tak which part of the picture yang whoever-he/she-is tu ambil? I am quite sure the reason why he/she cropped this picture is because of the watermark I put on the picture. Saya tak ada pula letak disclaimer untuk jangan guna any picture dari blog ni. You are free to take, dengan syarat don't let me know, and if sampai crop-crop gitu, rasa macam hasil kita kena curi pula. I took that picture by my own hand, mestilah terasa. Lepas ni, mesti letak disclaimer lepas tu boleh saman-saman ewah seronok kan zaman sekarang zaman saman menyaman. Dah dah, merepek.

And why did he/she choose this picture over any other SBP picture yang lebih nampak SBP? Entahlah. Maybe size gambar yang besar? 1MB ke atas. Saya pun kalau saya pilih gambar google, saya pilih yang bersaiz besar.

In your humble opinion, wajarkah Tari Kirana yang dipersalahkan?? 

Lepas tu, banyak cerita yang kononnya my dancers ni fitnah macam-macam dekat pihak tu. HAHA. So drama. Tari Kirana selama ni tidak pernah kenal sangat pun dengan pihak tu, boleh pula kami ada masa menfitnah-fitnah bila kalau berjumpa kami cuma sibuk berlatih dan bincang hal kumpulan? You know I could reveal all the messages here and reveal those names. Saya ada bukti keputar-belitan cerita dan semua bukti itu masih tersimpan. Bukan berpura-pura jadi mangsa keadaan. Dalam diam kami, diam itu diam sabar. Berhati-hati, itu sahaja.

Walau apa dasar, walau apa tindakan saya, semuanya atas satu sebab sahaja. Tegakkan kebenaran. Tepis fitnah yang dilemparkan. Being me, you wouldn't wanna mess up with me girls. You wouldn't want to.

Ini baru 10-15% dari cerita-cerita yang ada.
Share:

Tuesday, November 29, 2011

Baca dengan tenang.

Sebolehnya saya cuba untuk tidak berblog waktu saat-saat sibuk terutama waktu fikiran adalah terfokus pada benda lain. Easily distracted person I am. Termasuk juga bila berada dalam mood raging ni. Boleh tergoncang dunia bila saya mula bersuara, but I choose not to. I don't know why, maybe I choose to not being a drama queen dah even though I have the right to act like one. Dalam bahasa, ada hak untuk meroyan. Paham? Wakaka.

Thanks for those who are still following this blog, I promise I would still blog, and this blog would remain in public, tapi nak update selalu tu somehow agak sukar. Saya tak sure sejak bila, but inilah yang berlaku sekarang. Ewah.

Eh boleh kot nak rage sikit-sikit?

First, I nak cakap sikit. Ini semua pendapat peribadi sahaja. Do not use my words, my blog and my perspective to fight against me. MIND YOURSELF.

Dalam seminggu lepas, saya berada dalam dua situasi.

Situasi satu. Putar belit. PUTAR BELIT, guys. One of the thing I hate the most. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Dengan si A cakap lain, dengan si B cakap lain, dengan si C cakap lain. And more drama behind the scene yang buat saya rasa macam nak koyakkan kulit kepala orang. Saya rasa saja. Kalau nak buat tu, saya masih ada berganda kali kesabaran.

Situasi dua. Ditipu hidup-hidup selama ni. Very tricky old man. Buat orang termakan budi lepas tu gunakan budi tu untuk kepentingan diri sendiri. Sebenarnya banyak lagi. Saya takkan geram sampai macam ni kalau tak terkumpul semua belang-belang yang selama ni saya tak nampak. Kalau saya cakap sekarang apa sebenarnya yang berlaku, bulat kot mata korang nak baca. *senyum*

Bila saya tahu saya deserve something better, why I have to stick with YOU? No black & white (contract) and just because of your so-called 'budi' so you think you can conquer us? Think twice. Funneh. Segala penat lelah saya sendiri yang tumpah tapi apa yang berlaku sekarang. Saya berjalan dan berjuang di sebalik bayang-bayang orang lain. Hak tidak dihormati.

Being me, the most important issue is truth and honesty. So now you know (or maybe dah lama tahu) kenapa saya benci sangat bila terpaksa berhadapan dengan orang atau benda yang opposite dengan dua benda tu.

And baaaaaaanyak lagi boleh dicakapkan but let me save it for tomorrow.

I could say everything I am about to say right to his face. Sangat-sangat mahu. But I was advised not to. What's the point winning over kids and if I win over an old man, so what? LOL. Just jangan berani tegur sajalah kalau jumpa, bimbang gunung berapi ni meletus pula kan. Kalau soal melawan in order to defend myself, boleh bagi dekat saya. Of course not something that I should be proud of, but that would be a good weapon, if ever being silent is not a wise choice of weapon anymore.

Get it? Thank you.

Mood : Relax
Share:

Thursday, October 27, 2011

Tari Kirana : September Update

September update.

July update is in H E R E . Saya dah tak update satu-satu lagi dah, sebab kalau update satu-satu akan makan banyak masa saya. Cukuplah saya update satu-satu di Facebook Page Tari Kirana. Tapi dalam Sophiesm.Com, tiada yang kekal sangat. Kejap nanti kalau ada mood, updatelah satu-satu dalam blog macam dulu-dulu. Hiks. Event yang Tari Kirana ada terlibat, boleh cek S I N I.

Okey let's get back to business.




KINABALU PINE RESORT, KUNDASANG
14 September 2011




Antara gambar waktu performance di Kinabalu Pine Resort with KMS. Waktu ni 4 orang ni saja yang available untuk buat performance. Performance pertama selepas Ramadhan. Tarian Muzik Gunung (Spirit of Akinabalu) dan Joget Kain Songket.





Full picture album (FB)
Tari Kirana @ Traditional Welcoming 14 September 2011


And here's a video, boleh nampak macam-macam jenis sumazau. Bukan penduduk asal Sabah, plus, some of them are from Japan. They're adorable, really. The last part is the funniest part :P








MOUNT KINABALU HERITAGE RESORT & SPA, KUNDASANG (PERKASA HOTEL)
17 September 2011










On 17th of September 2011, Tari Kirana perform lagi di Hotel Perkasa, Kundasang untuk Majlis Sambutan Hari Raya Sime Darby (Table Executive Club). Dua lagu. Tanak Kampung dan Magunatip. Petang tu memang rushing sangat, sebab jam 8 malam dah kena ada dekat Hotel Perkasa. Jam 5.30 petang tu baru stage manager untuk majlis tu contact saya. Ini bukan untuk iring KMS, tapi another bamboo orchestra by teenagers around Tari Kirana girls' ages juga. Named Suara Buluh Perindu. Cuba google or cari dekat youtube, I heard that Suara Buluh Perindu ni pernah masuk Selamat Pagi Malaysia TV1 tu. I guess.

The most horror part was, when they ask us to perform Magunatip dance - a dance that Tari Kirana had never dance before. Sempat latihan around 30 minutes only. Bayangkan. 5.30-6PM saya diberitahu lepas tu terus bawa the girls ke bilik aksesori dan kostum tarian kami, set baju and everything. Jam 6PM latihan Magunatip sekejap. Nasib baik kami memang ada sedia set bamboo untuk tarian Magunatip. But  later on, the bamboos we used on stage was milik penari SBP. By the way, yes, actually they got their own dancers so I was wondering..

Around 6.30PM kami selesai cipta step ala kadar untuk tarian Magunatip, lepas tu let the girls bersiap mandi dan iron kostum dekat rumah and all, around 7PM datang balik. Meanwhile, saya mandi dan siapkan barang mekap. 45-50 minit after 7PM tu saya siap mekapkan diorang rasanya sebab pukul 8 kami baru dalam perjalanan ke Hotel Perkasa. Less than an hour preparing 7 dancers. Bergegar tangan mak nokss tapi yang best tu sebab dah pecah rekod! Hahah.

Nah hamik. 3 perenggan atas tu ihihi saya hihihi recycle ayat di entri I N I hihihi bye.


Full picture album (FB)
Tari Kirana @ Majlis Makan Malam Hari Raya Sime Darby Sept 2011


And enjoy this video I've taken for you. Video cubaan ber-magunatip oleh audience yang sporting!







KARNIVAL AIDILFITRI WALAI TOKOU HOMESTAY
24 September 2011



And lastly, for September 2011, Tari Kirana during Karnival Aidilfitri at Walai Tokou Homestay :





My seven dancers with Azharina Azhar. Penyanyi lagu Alergi Sepi tu. Untuk majlis ni, Tari Kirana perform lagu Dia Datang, Cinta Sayang, dan Joget Kain Songket. Time ni berpeluang berkenalan dengan team orkestra bambu dari Luagan Homestay, Keningau :





Full picture album (FB)
Tari Kirana @ Karnival Aidilfitri Homestay Walai Tokou 2011




THERE! Dah. Next update untuk bulan Oktober pula. Homestay Mountain Music Festival, sedikit tentang Rhythm of Kinabalu, and Pesta Kubis Sabah 2011. Oktober ada cerita best sikit. Tapi yang tak best tu yang banyak sebenarnya. Tak apa, kita save cerita tu untuk next update tentang Tari Kirana. Tu pun kalau saya masih sudi nak kongsi muahaha.

About next coming event, November, masih rahsia lagi. Time cuti ni, insya-Allah jalan jauh sikit. Lebih jauh berbanding pergi Kudat hari tu, but still, in Sabah. Rezeki bawa Tari Kirana perform luar dari Sabah tu belum ada lagi, next time maybe. Insya-Allah. One thing for sure, saya akan, selalu dan mahu buat yang terbaik untuk Tari Kirana. Because I believe in what I'm doing right now. *smile*
Share:

Tuesday, October 18, 2011

Tari Kirana : July Update

Sebenarnya saya dah banyak berhutang entry. Terakhir saya update tentang aktiviti persembahan Tari Kirana adalah waktu program pada bulan Julai untuk Traditional Welcoming Walai Tokou Homestay 15 Julai 2011 (aka Malam Kebudayaan) untuk rombongan penginap homestay. Dem. Dah bulan berapa ni? *pura-pura tanya*





KUDAT
16-17 Julai 2011






Malam selepas persembahan traditional welcoming tu, saya dan penari-penari menginap di homestay sebab esok paginya kami akan gerak ke Kudat. Tempat kami adalah di Misompuru Homestay. Thanks Cobra for the layanan baek siap bawa jalan-jalan ke beach lagi. 1 malam sahaja kami di sana tapi rasa macam lama pula, maybe sebab gerak awal pagi Sabtu lagi then balik hampir tengah malam hari Ahad. Best gila drive time balik. My penari semua dah terbongkang tidur kepenatan, termasuk Uncle Mahanis yang tolong drive dari Kudat sampai Pekan Kota Belud. Dia suruh ganti sebab nak tidur. Kesian, semua orang pun penat. Uncle Mahanis pun penatlah sebab dia KMS, terlibat dengan program di sana. Yang I dan Tari Kirana ni enjoy-enjoy saja time dekat sana. Penat pun, penat jalan-jalan. Penat main ombak, penat bergambar, penat tengok beach ewah tengok beach pun penat? Ke nak show off dapat pergi tengok beach lawa gila? Beginilah kalau jarang dapat tengok beach kan? Balik-balik tengok Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu kalau ada perasaan pun dah bosan tengok orang-orang Ranau. Huh.


Full picture album (FB)
Tari Kirana on Vacation @ Festival Muzik Julai 2011


I am so generous tonight so here's one of the short video I've taken during the last night we're there. See the stage? Belakang tu terbentang luas lautan, subhanallah sangat cantik, tapi sebab malam, dapat dengar bunyi laut sajalah. Termasuk sorakan-sorakan my penari-penari once the KMS main muzik semakin rancak. If you ask me, yes, hihi diorang memang macam tu hihi.







TANAK NABALU HOMESTAY, KOTA BELUD
29-30 Julai 2011






Bulan yang sama (Julai), persembahan pula di Kg Lobong-Lobong untuk majlis perasmian Kg Lobong-Lobong masuk di bawah Tanak Nabalu Homestay, Kota Belud. Kg Lobong-Lobong ni terletak jauuuuh ke dalam. Kalau Gunung Kinabalu yang korang nampak dari Kundasang & Ranau adalah front view, Kg Lobong-Lobong ni pula back view Gunung Kinabalu. Dengar-dengar, dulu ada track naik gunung dari back area ni, tapi dah kena tutup.

Sebenarnya kami lambat sampai time tu sebab lambat sikit gerak dari rumah. Yang lain (KMS) ada yang dah sampai tapi kami baru nak gerak. I drift laju sebab Uncle Koch dah tunggu dekat simpang Tanak Nabalu Homestay, which jauh sikit after Pekan Nabalu (dari Ranau). Uncle tunggu sebab dah malam (first time pergi) dan memang nak cepat sebab tak mau sampai just after majlis dah start. Kalau korang dari Ranau-Kota Kinabalu confirm lalu simpang ni. Ada signboard Tanak Nabalu Homestay. Zupzapzupzap sekejap saja dah sampai simpang tu, mau tak terkejut beruk Uncle sebab baru tadi dia telefon tanya dah kat mana, saya jawap baru lepas Pekan Kundasang padahal belum lepas pun sebenarnya. Ceh bangga konon. Alhamdulillah tak terjadi kejadian yang tidak diingini. Dan tak adalah lambat sangat kami sampai pun theehehe..

Tinggal satu malam di sana. Waktu ni lah first time bawa lagu medley Spirit of Akinabalu. Banyak lagi kelemahan dari kami waktu ni (- -") Thanks so so so much uncle and aunty yang jaga makan minum dan tempat tinggal kami time ni, best gila layanan.


Full picture album (FB)
Tari Kirana @ Mountain Festival Julai 2011


We don't upload our actual dance performance recordings because we don't want you lose the thrill to experience us in live performance. Here's the video I took especially for the FB page of Tari Kirana. Tari Kirana and followed by Tanak Nabalu Homestay's dancer with live music by Kinabalu Merdu Sound. Enjoy!







Elok nak siap entry ni, makin sakit pula senggugut. Mood makin hilang. Dengar orang bercakap dekat luar bilik pun dah rasa terlalu annoyed. Sobs. Tandanya I kena stop sekarang. Baru tadi bulan bintang datang. Akhir kata, ini update untuk bulan Julai sahaja. September dan Oktober will follow up. Ogos tak ada persembahan. Ramadhan al-Mubarak. Bye darlings.
Share:

Monday, August 01, 2011

Ramadhan . Blog . Tari Kirana

i)   Ramadhan

Selamat berpuasa! Pagi ni buka dashboard blogger dan tengok blog kawan-kawan ramai cakap tentang bulan Ramadhan, ucapan-ucapan selamat. Siap ada yang buat komik ramadhan, kesahihan fadhilat berterawih dari hari pertama hingga terakhir tu - you should read about it HERE, buka juga link yang dia bagi tu. Pengajaran, tidak perlu percaya bulat-bulat emel yang kena forward2 dekat inbox kita.

All in all, everyone is in puasa mode.

Feels so lucky having the chance untuk rasa kedatangan bulan Ramadhan buat kesekian kali lagi untuk tahun ini. Sedikit hampa la juga tidak dapat bersama-sama merasa puasa pertama ni, kedatangan bulan yang lain. Ehe. Ops. Things I should not say kot? Heh.


ii)  www.sophiesm.com

Anyway, blog Sophiesm.Com ni domain berbayar. Sophiesm.Com is officially on dotcom almost a year ago. Sekarang dah masuk bulan Ogos, kena renew balik. Renew minggu ni juga kalau tidak, ada kemungkinan domain hilang / kena curi. Hiks. Siapa nak curik domain saya yang kurang traffic ni? 




.. but again, who knows? 

Kley SOulz tu my blog manager ewah. Since Sufilara.Com lagi sebenarnya. Saya tinggal bayar saja, dia do all the registration dulu and sekarang ni untuk renew domain.


iii)  Tari Kirana

Jumaat hingga Sabtu baru-baru ini (29-30 Julai), kami bersama-sama dengan team Kinabalu Merdu Sound berada di Tanak Nabalu Homestay, Kota Belud untuk acara perasmian Kg Bolong-Bolong join Tanak Nabalu Homestay tu. For the first time, lagu muzik gunung 'The Spirit of Mount Kinabalu' dipersembahkan oleh Tari Kirana. Remember that newly composed song I told you? Yang diorang suruh buatkan step? Di SINI pun saya ada sebut juga pasal lagu tu. BTW, uncle Koch gave me thumbs up!

Quite a good event, will cerita-cerita about it to you later.




I need to rush now to. Ada hal dekat luar. See you guys later! 

Share:

Friday, July 29, 2011

How long has it been?



Since December 2010, and getting busier menjelang bulan kebelakangan ini sampailah ke bulan-bulan akan datang. Sudah ada event dalam list untuk buat performance. Either untuk event besar atau biasa atau just traditional welcoming. Now, me and Tari Kirana will be going to Tanak Nabalu Homestay somewhere at/before Kota Belud .. today. Tapi rasa macam tiada apa-apa pun lagi. Packing barang pun belum lagi. Hampir setiap hujung minggu ada saja persembahan sekarang ni. Hampir tiap hujung minggu sekarang ni akan kena packing.... I am worried. Tengok, tiada offer, tidak suka juga. Tapi bila dapat banyak offer, mau worry-worry pula. Fina, Fina.

Because I'm bringing budak-budak yang masih bersekolah dan ada ibu bapa yang sangat care. Of course I'm worry. Risau tentang semuanya. I'm worry if they are too excited about thing dance activity thingy sampai terabai pelajaran. I'm worry sebab sekarang ni aktiviti kami banyak melibatkan waktu malam - sekarang makin banyak kali pulang lewat malam. AFTER TWELVE. I'm worry the dancers makin sikit, kena cari pelapis cepat-cepat but how to find yang sudah tidak bersekolah? Kalau diorang tidak pergi sekolah sebab terlambat bangun pun saya dah risau semacam. Saya yang rasa bersalah kalau sebelum pergi outstation untuk buat performance dekat mana-mana, kerja rumah diorang belum selesai. I'm worry if the parents starts complaining things yang melibatkan saya. Sometimes, saya nervous. Suddenly I want everything to be perfect. Saya rasa nak kawal semuanya, biar semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja. I can't help membebel about things I really think I should remind them (everytime - I do mean EVERYTIME), padahal I know they are not kids anymore. They've grown up, aren't they? I just don't want to be the reason of anything bad. Bila drive malam bawa diorang balik dari performance or rehearsal whatsoever, penat-penat, all that I think about is THEM. And their safety. The amanah.

How to put this into words ya? How nak muntahkan semua kerisauan yang bersarang-sarang dalam otak ni. Every bits of it.

By the way, hari Isnin depan baru saya free. Off til Sunday.

.
.
.


It's been three months since it happened. The things I should NOT remember anymore. Tapi masih lagi segar dalam ingatan. And I could still feel the heartbreak.. Cuma kesibukkan dan pressure menghadapi hidup sehari-harian buat saya seakan terlupa keadaan hati saya yang sebenar.

Share:

Tuesday, July 26, 2011

Tari Kirana : Food Fair Carnival Koposizon Homestay 26th of June 2011

Update untuk 26 June 2011.

Lupalah pula update hari di mana Tari Kirana buat persembahan di Koposizon Homestay, Papar itu hari. Di Papar, again and always, ikut team Kinabalu Merdu Sound. Sepatutnya update sebelum entri yang Tari Kirana join KMS buat traditional welcoming pada 15 July tu.

Di Papar tu kami buat performance untuk Pesta Makanan 2011 anjuran Koposizon Homestay. Sampai saja, saya siapkan penari-penari dekat bilik yang disediakan. Ambil gambar pun tidak sempat. Sebab ada masa sejam setengah saja untuk bersiap. Fuh. Plus, boleh pula terlupa bawa DSLR tu (- -") Nasib baik ada juga compact camera Sony tu. Biasanya ke mana-mana saya bawa dua-dua kamera. Nasib baik kan. Kalau tidak, pakai kamera handphone la jawabnya.

Dalam perjalanan, terjumpa Myvi bawa banner MM Nita. Ehe.

Ada pertandingan makan ULAT SAGU!

Yes you read me right! Haha. Actually saya pernah makan ulat sagu tu sekali tahun lepas waktu buat program dengan rakan-rakan JPMDPP SME Bank bulan Mei tahun lepas ke Sabah. Salah satu pengisiannya, kami ke Perkampungan Budaya Monsopiad (Monsopiad Cultural Village). Saya rasa saya ada update pasal tu di blog lama. Di blog ni tak ada. Nanti saya republish ke blog inilah :) Ulat sagu tu gemok-gemok. Kenapa ada di sini? Nama pun Pesta Makanan kan. Terhidang bermacam-macam jenis makanan. Sedap-sedap dan FREE! Sebab diorang buat pertandingan siapa cepat habis makanan AHAHA betulkah tu? Saya agak saja. Lebih kepada makanan-makanan tradisi masyarakat Kadazandusun Sabah. Sebab tu sumandak-sumandak semua lawa-lawa dan gebu. Makan ulat sagu. Ahaha. Tak adalah. Gurau. Saya sendiri baru sekali makan. Itupun lepas panggang. Rasa dia? Tekstur dia macam udang lepas kena bakar. Very juicy dan lemak manis. Yummy.. Ceh yummy konon. Padahal waktu tu geli-geli juga nak try. Tapi pengalaman tu macamana nak dapat kalau tak berani kan? Ikutlah sangat perasaan takut atau geli tu, satu apapun tak dapat ehehe. lagipun tengok orang lain releks saja.

Tapi waktu Pesta Makanan ni saya takda makan pun. Gambar ulat-ulat tu saya ambil waktu kami dah nak balik sebenarnya. Plus, diorang guna ulat-ulat ni untuk pertandingan siapa dapat makan ulat tu paling banyak. Sayang jugalah tidak dapat tengok, kan mau balik suda.. Oh and I took a video of it with Tari Kirana. Here. Dari Facebook page Tari Kirana. Tak lama pun video ni. 25 saat saja.



Waktu saat ke 00:23, susunan diorang dari kiri ke kanan - Jija, Feezah, Anna, Widha, Vyna, dan Dana. 

The other videos of Tari Kirana is in HERE. Video tarian jangan tanya, saya memang dah tak upload ke internet dah. Kalau nak tengok Tari Kirana menari, experience dengan mata kepala sendiri saja. Macamana nak experience? Datang ke Ranau/Kundasang Sabah :D

Selain acara merasa makanan dari meja ke meja, acara selingan adalah persembahan dari KMS dan Tari Kirana. Waktu ni Tari Kirana bawa tarian Zapin, Joget, dan Sumazau. Lagu Tanak Kampung yang fun fun itew.
1

2

3

Acara merasa makanan dari meja ke meja pula :


HEAVENLY!

Let the pictures tell.


Santai di seat dekat dengan pentas

Let the girls explore around the jambatan yang ada berdekatan. Yeap, ada sungai besarrrrr.  See the jambatan lah kan. The manager malas ikut theehehe

Baju merah itu ada bernama Jeffri (not sure spelling nama dia) as known as Cobra. Amacam. Ganas tak nama? Tapi muka jambu tau. Ehee.

Sebenarnya selepas persembahan di Papar, KMS bawa lagi Tari Kirana buat performance di Hotel Promenade, tapi tidak boleh sebab kena balik awal, esok artis-artis tu KENA PERGI SEKOLAH yiahaha.

Share:

Monday, July 25, 2011

Tari Kirana : Traditional Welcoming 15th of July 2011

Update untuk 15 Julai 2011.

Petang, the girls datang berkumpul dekat rumah saya dengan membawa beg pakaian sebab selepas persembahan malam untuk traditional welcoming untuk rombongan yang datang menginap di Walau Tokou Homestay tu, we're going to stay overnight there sebab esok paginya lagi kami akan bertolak ke Kudat bersama anggota KMS dan bermalam lagi di situ semalaman.

Here's the pictures untuk malam waktu traditional welcoming tu.

Sebelum persembahan dan keadaan di back-stage waktu KMS tengah perform. Saya intai-intai dekat situ right before persembahan Tari Kirana

Performance

Belajar menari tarian Sumazau (tarian etnik Sabah) bersama rombongan. Rombongan ni dari Johor, if I am not mistaken.

Look at the smiles on their faces!

Di akhir majlis, waktu lagu Gelang Si Paku Gelang dimainkan oleh pemain bambu KMS

Selepas habis performance, Tari Kirana with the KMS had a late dinner at the Garden Cafe.

To all of my blog reader and followers yang belum pernah ke Sabah, you are welcomed to Sabah, experience the warm traditional welcoming by Kinabalu Merdu Sound team, Tari Kirana team, and Walai Tokou Homestay team :)

Share:

With Sa and friends at Garden Cafe 15th of June 2011.

Update untuk 15 Jun 2011.

Remember her? Nur Sakinah. Kadang-kadang mention dekat blog - seorang rakan blog. Sama-sama belajar di tempat yang sama dulu, tapi dia senior lah. Time kenal tu dia dah habis belajar.. Saya dah tak ingat macamana kenal - maybe saya yang jumpa blog dia dulu waktu tahun 2007 or 2008 - tak ingatlah bila kami start kenal. Sa, tolong ingatkan kalau Sa masi ingat (- -") Sebab dia pun dulu student UUM, saya pun add lah link blog Facebook dia dekat bloglist saya - waktu tu masih berblog di Sufilara.blogspot.com. Punyalah semangat kekitaan sesama student UUM ni. HAHAH.

Sa datang ke Sabah 15 hingga 17 Jun lepas. Sekitar dua bulan sebelum tu kami ada juga berbalas email. Sa tanya tentang kesesuaian jadual diorang dekat Sabah nanti. Tanya juga tentang nombor contact. Itu dan ini, akhirnya Sa dan rakan-rakan sampai juga ke Sabah.

Petang tu Sa mesej, tanya something which saya dah tak ingat. Kalau tidak silap, maybe Sa tanya tentang kedai mana yang buka malam-malam dekat Ranau yang ada jual sweater. Saya terus cepat-cepat cek tarikh and OMG dah 15 Jun dah waktu tu. Bhahaha. Boileh pulak lupa kan. Petang tu balik dari kerja, tanya Sa if malam tu diorang jadi ambil malam traditional welcoming dari Sinisian, tapi Sa cakap tak jadi sebab diorang sikit sangat. But, I insist.

Why insist? I know I can be so memaksa at times. Sebab, sayang dah sampai sini tapi tak rasa semua tu. And that could be my welcoming to Sa, especially. She's a good girl and very kind towards me. Walaupun sebelum ni tidak pernah jumpa dan just kenal melalui blo0g dan Facebook.For your information, she's from Terengganu as well as her friends.

Time tu juga saya call Uncle Koch deal about the Traditional Welcoming for Sa, dan lepas semua confirm, saya inform Sa dan around 8.30PM macam tu saya gerak ke Garden Cafe with 5 of Tari Kirana girls. Anna, Dana (my sister, also Tari Kirana dancer), Jija, and Feezah. Jima dan Vyna tiada. Yang datang juga termasuk my cousin, Mimie dan my younger brother, Adi.

All of us. Nur Sakinah yang dimaksudkan sedang memakai shawl coklat-coklat tu.

The first time I saw Sa, a bit shocked sebab I thought beliau adalah tinggi. You know, tinggi yang tinggi. Kecik comel dan awet muda gitu. Tak nampak macam usia sebenar langsong. Tapi yang pasti saya tembammm dan pendek berbanding dia. AHAHA. As you can see (or might see), Sa datang ke Garden Cafe malam tu bersama dua orang lagi kawan. Diorang datang berenam kalau tidak silap (banyak detail saya dah lupa, sebab dah berlalu lebih sebulan hehehe), yang lagi tiga stay dekat resort saja - Pine Resort. Bersebelahan saja dengan Garden Cafe milik Walai Tokou Homestay tu.

Oh ya. Badan I yang dah sedia berisi ni looked extra gemuk wtf. And my mata nampak bengkak malam tu wtf. I won't wear that eye-lenses WITHOUT make-ups anymore. HAHAH.


Suara Buluh Perindu team

Dua orang yang menyanyi tu Jija dan Widha. Saja la tu memeriahkan suasana. And performer malam tu budak-budak pemain bambu dari Sinisian juga, sama macam Kinabalu Merdu Sound. Time ni Sa dan rakan-rakan dah beredar pulang sebab diorang letih sangat. Saya sendiri pun boleh nampak. Pagi tu diorang flight dari KL - dari KK gerak terus ke Kundasang dan sempat lagi jalan-jalan sekitar Kundasang dan Ranau. Of course lah penat.

Anyway, Sa, gambar kedua ni for you - things you missed. Ehehe. Missed pun takpa, saya pun ada mensumbangkan lagu time tu. Nasib baik Sa pulang awal :D

Share:

Wednesday, July 20, 2011

Tari Kirana : Farewell Dinner Paragliding Accuracy World Cup Sabah 12 June 2011

Update for 12th of June 2011.

Selepas persembahan di SINI dan di SINI (ends around 10PM), kami bermalam saja di homestay sebab kami ada persembahan lagi keesokkan malamnya di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (Perkasa Hotel Kundasang) which formerly known as Perkasa Hotel Mt. Kinabalu. Hotel tu terletak di atas bukit. Kundasang sendiri tempatnya berbukit bukau. Pemandangan sangat saujana. I wish I could take pictures yang boleh gambarkan how breathtaking it is.. 

Kebetulan waktu tu cuaca sekitar Ranau dan Kundasang sedang berangin kuat. Lebih-lebih lagi di Kundasang, bercampur-campur dengan lokasinya yang betul-betul di kaki gunung. Terasa sangat sejuknya. Malam tu saya tidak pergi mana-mana. Keluar dari bilik pun tidak. Saya tak tahan sejuk dia, macam masuk dalam freezer. Sudahlah angin kuat. Masa yang ada saya guna untuk tidurrrrrrr. Haha. I don't know about the girls. Ada juga diorang keluar-keluar bercerita mungkin.

Malam tu, terjaga tengah malam, diorang dah keluarkan kek dan nyalakan lilin. Sambut hari jadi one of my dancer, Widha. Tapi tak banyak take pictures. 

Esok paginya ....

See that gunung? That's Mt Kinabalu.

Lepas sarapan, kami latihan menari di bilik gerakan homestay. Around 3PM kami mula bersiap dengan make-up dan costume.


At the hotel. PGAWC stands for Paragliding Accuracy World Cup

Photoshoot sekejap di perkarangan Hotel Perkasa

Photoshoot lagi

... dan lagi.

MAKAN TIMEEE. With Kinabalu Merdu Sound team. Feel like family. Theehehe.

Yang pakai baju tradisi Sabah tu semua team KMS, including the photographer and Anita (freehair pakai baju kelabu yang di sebelah Ika; KMS punya singer - wearing traditional costume)

PERFORMANCE BERMULA!

Kinabalu Merdu Sound memulakan performance, lepas tu diselangselikan dengan persembahan tarian dari Tari Kirana dan kemudian sesi tari menari dancing with the dancers with local music to the sound of live music by Kinabalu Merdu Sound. Oh God, the foreigners memang suka gila dance-dance ni. Semua sporting hehehe.


Dance baby dance.

Dancing on the dance floor. Cha cha, sumazau, joget, poco-poco etc. Fuh.

Here's the tentative of the night. PRIZE PRESENTATION AND FAREWELL DINNER. Giliran Tari Kirana was between 8.40 - 9.40PM on the tentative, with the Bamboo Orchestra performance by KMS.

Selepas habis majlis, makan lagi dengan team KMS yang lain (the food was delicious!) lepas tu head ke Garden Cafe pula minum minuman panas lagi dekat situ sambil tengok Konsert Akhir Akademi Fantasia 9. Tahniah Hazama. Ehehe. Lepas tu balik. Sebab esoknya the girls kena ke sekolah.

Susahnya jadi artis (artis tak bernama), jadual show tidak menentu, balik tengah malam, esoknya kena ikut jadual biasa. Kerja atau ke sekolah. Ahhhh. Kesengalan beserta kepoyoan jelas di situ. Anyway, we had a very great time spent our two days and one night at Walai Tokou Homestay - for free. Ehehe. MANY THANKS!

Share: