Pages

Rawat anak kucing demam selesema

Wednesday, July 22, 2015

Hari ni bosan. Yes bosan. Apahal bosan waktu tengah dalam festive season? Life yang bosan atau diri sendiri yang membosankan? Bosan tak malas takpa. Bosan pastu tambah dengan malas, sudahnya berakar dalam bilik lah jawapnya. Main key is, bosan + malas. Anyhow, just a few updates setakat raya keenam nih. Most of my time, actually jaga kitten sakit. Jom ramai-ramai salahkan cuaca. Siang hari panas, malam sangat-sangat sejuk.

Day 1
Sehari sebelum raya (puasa terakhir)

One of my baby cat diserang selesema. Padahal malam sebelum tu semua okey. Aktif macam biasa. Makan macam biasa. But, most probably sakit dapat dari her own mother, tapi mungkin juga sebab pegang kucing dekat luar (baru sembuh dari selesema tapi virus still bawa) pastu lupa sanitize tangan before pegang babycat. Demam + selesema. To make it worse, hidung tersumbat. Result, hilang selera makan. Berat drop few grams. Takut tengok drop tu. Ni belum vaksin pun sebab berat tidak cukup walaupun umur dah layak dapat vaksin. Saya berabis naikkan berat badan but bila sakit, drop macam tu saja. Isk. Lucky ubat-ubatan baru restock so tidaklah gelabah sangat cuti perayaan ni vet or jabatan haiwan tutup. Dalam hati cakap. macam tidak beraya saja tahun nih? HAHA.


Day 2
Raya pertama

Stay at home. Taking full care of the baby. Pagi petang siang malam buat macam-macam. Keep him warm. But not too warm. Sebab dia selesema. Kena warm-warm. Tapi at the same time, demam. Tidak boleh warm sangat. Faham tak faham tak? Saya pernah terbaca kucing if demam, jangan selimutkan macam kita buat pada manusia nanti tambah kepanasan. Not good untuk kucing. Bagi minum dan minum dan minum through syringe walaupun asyik ditolak. Tapi paksa juga. At night saya wapkan dia untuk hilang selesema tapi nervous takut effect demam dia. Satu badan dah start lebam. Terus off wap, buka tingkap luas-luas bagi fresh air. Kebetulan angin sejuk sangat. Mula-mula dia cranky so bawa dia berdiri dekat tingkap rasa angin yang dingin sepoi-sepoi bahasa tuh, terus dia calm down. Sambil wrap half of his body guna selimut yang warm. Then usap-usap hidung dia bagi at least kurang sikit selesema. Kesianla.. Sampai bernafas guna mulut. Sampai saya sendiri tertidur time usap hidung dia HAHA. Rasa macam getting worse T_T


Day 3
Raya kedua

Seharian dekat dapur tolong mak ada family day sebelah ayah, kebetulan tahun ni jadi tuan rumah. Turun naik bilik tengok-tengok babycat sambil pujuk dia makan. Sampailah pada acara malam hari (family day) asyik risaukan baby kucing dekat atas. Setel dalam tengah malam. Continue jaga. Badan still panas lagi. Tapi dah ada interest pada makanan (thanks pada B Complex!) dan dah boleh jalan. Tapi selesema masih lagi. Dah better than hari pertama dan hari kedua sakit.


Day 4 dan seterusnya
Raya 3 - 6 (current)

Getting better and better. Selera besar dah back to normal. Every one hour nak makan. Makan, makan, makan. Bila nak makan, boleh tahu bunyi dia macamana. Ek ek ek ek ek ekkkkk maksudnya mintak kesian nak makan la tuh. Kalau susu dia habis mak dia tolong tibai pun, macam tu. Mengadu ek ek ek ekkkkkkk nak susu. Takpalah nak, kali ni ai layan. Nak bagi cukup berat nak vaksin T_T




What we can do :
  • Bagi antibiotik (0.3ML) dan multivitamin (1ML) dapat dari klinik haiwan (tiap hari)
  • Bagi makan Transfer Factor (TF) half capsule untuk immune (tiap hari)
  • Bagi vitamin B Complex sebiji sebab ai realize dia tak selera makan (2 - 3 hari pertama saja sebab lepas tu selera back to normal)
  • Sebab dia tidak mahu makan, at least ada tenaga dalam badan. I bancuh air glukos sukatan 200ML air : 2 sudu makan serbuk glukos. Feed 1-2ML every 2-3 hours (hari pertama)
  • Second day saya tukar glukos dengan air 100Plus pula. Untuk bagi kebah demam. Feed 1-2ML every 2-3 hours. Yang ni saya buat sehari semalam, demam sembuh. Maybe kesan dari ubat juga (second day til demam hilang)
  • Biar dia menyusu susu ibu (tiap hari). Tapi since dia ni dah 2 bulan lebih, biasa time ni mamacat dah malas bagi susu sangat.
  • Jadi untuk susu tambahan (sebab dia belum mau minum plain water T__T), saya bagi Hi-Goat dan bancuh bagi dia minum suam-suam. Susu lembu tak boleh sebenarnya sebab laktosa tinggi nanti cirit birit tapi pernah feed kucing stray baru lahir takda ibu dengan susu lembu Dutchlady low fat. dah terpaksa. lucky, okey. membesar bagai juara. Kena susu kambing juga. Susu kambing lain saya pernah bagi tapi, Hi-Goat mungkin sedap sebab so far kucing-kucing saya semua suka. Pernah bagi susu khas untuk kucing, tak dapat sambutan yang menggalakkan. Maybe saya tidak pandai pilih jenama tapi satu hal pula cari jenama yang diorang suka ehekkk tak kuasa ai. Buang masa buang duit. So if I have to, biasa memang Hi-Goat la, lagipun senang cari. Ranau ni dahlah klinik haiwan tiada, petshop lagilah tiada. Biarlah diorang jadi kambing pon.
  • Sup rebusan ayam. Google cakap baik untuk kucing selesema dan tambah selera makan. Actually sejak start nak tambah berat dah start bagi sup rebusan ayam. Baru selera dia makan bertambah. (tiap hari til dia start makan balik)
  • Daging ayam rebus. Paha ayam. Sebab part ni berlemak sikit, bila rebus memang sedap. Insya-Allah naik selera makan kucing. (tiap hari hidang, tapi 4th day baru dia sentuh sikit-sikit. Sekarang dah start makan kitten kibbles)
  • Kerja saya kejap tutup kipas, kejap pasang kipas tapi if pasang pun setakat kelajuan 1 or 2. Tapi buka jendela juga sikit at least ada pengaliran udara segar
  • Tukar dan bersihkan tempat tidur
  • Before sleep saya bagi DMG pulak. Sebab dia ikut saya, malam (tiap hari)
  • Untuk wap pula, saya just guna electric jug (heater), bukan kettle ya. Pastu selubung kucing sekali dengan heater dengan air yang sedang mendidih (buka penutup) dalam sangkar, selubung dengan kain. Rasanya dalam 5 minit saja saya buat. Pastu saya off.
  • Whole time bagi dia rehat dalam carrier yang warm. Tak kacau sangat supaya dia boleh rehat secukupnya tanpa gangguan. Tapi selalu juga curi-curi tengok senyap-senyap to make sure he's okey inside there. Kadang-kadang dia cari tempat tidur di luar sangkar, so saya biar. Kalau dengar hidung dia macam tersumbat or dia curl lebih sikit sebab kesejukan, saya selimutkan dengan selimut dan kurangkan kipas
  • Saya ada juga letak vicks untuk blocked nose dan letak di kedua-dua cuping hidung dia tapi secalit kecil saja.
  • Pagi-pagi jemur sekejap bawah matahari, ambil udara segar dan bagi tengok kucing dekat luar. Untuk kurangkan stress, dan trigger interest dia tengok nature. There's something about nature yang tak pernah kita bosan tengok kan? Berminat dia tengok kucing lain. Entah mungkin selama ni dia ingat dia dan mak dia saja kucing yang wujud di rumah ni. Hah tengoklah nak, berapa banyak kucing berkeliaran dekat rumah ni, tapi sebelum vaksin, tengok dari tingkap sajalah yaa.. (tiap hari)
  • Saya ada wapkan dia sekali, untuk cairkan hingus dalam badan dan hidung. Tapi saya buat sekali saja. If nak buat wap-wap pada kucing, make sure jangan panas sangat. Bahaya untuk kucing. Nanti dapat hyperthermia (heat stroke)
  • Yes, I did try to play with the babycat. Acah-acah dia see if dia respon. Kalau respon, dia getting better la tuh. Lagi satu untuk lift up mood dia.
  • Google cakap, kucing yang sakit macam manusia juga, nak perhatian. Jangan tinggalkan sorang-sorang. Kalau saya tidur pun, saya make sure dia boleh nampak saya dari tempat dia baring. Nasib baik juga kalau saya ada kerja, mak dia (salah satu stray cat yang lahir-lahir takda mak, yang kami bagi susu dutchlady yang saya cerita tadi) ada jaga sebab mak dia ni jenis clingy, taknak tempat lain, mesti rehat - tidur - makan di bilik saya. So ada teman juga anak dia di bilik.
  • Precaution : Sebelum pegang anak kucing yang sakit tu saya sentiasa sanitize tangan dengan dettol. Pastu, tempat tidur dan main kucing (tempat tinggal) saya selalu cuci dengan Clorox (berkala) untuk make sure kuman/virus tidak hidup situ. Ya when it comes to kittens, memang saya hati-hati lebih sikit. Learnt lesson the hard way. Setakat hari ni, lebih dari 20 ekor anak kucing sakit dan mati dengan keadaan menyedihkan sebab kena virus parvo sekitar rumah. Sakit hati, sedih, nangis-nangis tuh jangan cakaplah. Walaupun setakat selesema dan demam, tapi tidak sampai hati tengok. Ada anak nanti mesti jadi mak-mak paling protective ni HAHA
  • Ada satu benda (tapi saya tak buat sebab tak dapat cari), bagi minum air kelapa untuk tawarkan kuman dalam badan
  • Lagi satu, Scott Emulsion. Orang rekemen, tapi tidak sure apa khasiat dia untuk kucing. Rasanya untuk selera makan.

Cost :
  • Antibiotik dan multivitamin saya beli dekat vet di Kingfisher (Kota Kinabalu) RM10 each. Biasa if beli ubat, dapat percuma picagari. Minta extra lagi without extra charge. Picagari penting juga, kalau tidak macamana nak bagi ubat dan forcefeed.. ;)
  • Transfer Factor RM70 untuk 20 biji.
  • DMG beli dari vet Century Animal Medical Centre at RM70 something. Ni price if beli satu-satu. Saya hari tu beli ubat sampai cost around RM290 then dapat diskaun bayar RM220 saja termasuk DMG, B Complex, ubat diarrhea, multivitamin, test virus dan suntikan. Dapat percuma picagari juga.
  • Glukos dan 100plus
  • Dada ayam. Pastu isi dan kulit dia potong kecil-kecil.





Saya langsung tak bawa vet / jabatan haiwan kali ni. Bergantung semata-mata pada home treatment saja. Kalau boleh jangan buat macam saya, sekurang-kurangnya mesti hantar ke vet juga. Cuma kebetulan time ni cuti raya dan tempat saya tinggal memang tak ada vet, vet terdekat adalah almost 3 hours away. Jabatan haiwan saja yang ada, dalam 8 minutes saja dari rumah. Sebab tu saya standby siap-siap ubat dalam simpanan termasuklah first aid. Tak sure dalam banyak-banyak yang saya buat tu mana satu yang betul-betul berkesan. Mana-mana yang saya baca di google, mana-mana yang saya boleh buat, yang saya rasa logic dan boleh terima, saya cuba buat. Yang penting sudah kembali sihat alhamdulillah.

Pain does that to people.

Monday, July 13, 2015

So kita dah lebih halfway 2015 ni, and I didn't write as often here contrary to what I promised before. Sorry. But life's been too crappy, it's not worth writing. I don't want to remember them all either, so what the hell.

Despite it all, minggu ini ai adalah produktif yeay! Been ages since I want to finish it, and in two days semua selesai. Happy gila. Saya off untuk bulan ni untuk fokus beberapa perkara dan ada beberapa perkara juga saya dah start secara konsisten and alhamdulillah so far everything went well / well organized. Moga terus istiqomah. Lepas ni dah boleh senang hati meng-hectic-kan life sendiri. I juga try to bring back my old childish hobby, as people might call it, but I call it as THERAPY. Writing and cards and other merepek thingy. Contoh macam ; Hias buku quote / to-do list letak sticker-sticker, berjiwangkarat, dan maybe ; tulis blog dengan ROJAK MELAMPAU. Kahkah!! Whatever, Fina. Whatever.

 Indifference (apathy), means, not giving a damn.



People care because they love. People still care even if they hate. People can still love even if they hate. Hate is just love that gone bad. Sebab tu di dunia yang apalah sangat ni, wujud orang beridentiti HATER. They hate you, yet they still bother their ass judging your personal life. Then apa opposite bagi love? Yes, indifference, indeed. Because that's when people no longer care. Tak penting, tak kisah, tak peduli, kau siapa. Simply. HAHA. And to some people, it doesn't always mean they never care. Those who no longer care, they once cared too much.

Selamat bersahur.

The 'Mews'. :)

Wednesday, July 08, 2015

Wanna see my desktop picture? Since I'm a cat loverrrr.. ;

Rasa sweet, cute, dan nak gelak saja bila tengok. Because I have the same exact one here acting like a boss, the whole place only for his tiny self. Gewammm HAHAHA hambik dah keluar bahasa baby. Tapi jangan mintak screenshot desktop ai, sebab penuh dengan folder dan file. Sudah kemas, tapi tidak sampai seminggu, semak balik. Kemasnya tiga bulan sekali. Heh.

Okey alright that's all, sleep well and happy puasa!


The better I get to know human, the more I find myself loving animals.
Sometimes in life, the best thing for all that ails you has fur and four legs.

July Update

Monday, July 06, 2015

Assalamualaikum its July! Ehem macam biasa update-update saja terus mode perasaan rindunya pada blog.. rindunya tulis blog.. Then lepas siap tulis satu dua entri terus senyap lagi barang setahun dua HAHAH. Sedih blog terbiar dua bulan. Mau cakap busy tuh, hmm.. Sebenarnya bulan Ramadhan ni antara bulan yang saya rasa sangat releks walaupun boleh tahan juga kerja asyik pada meja dan laptop. Disember mungkin bulan fevret saya, tapi pada saya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling menenangkan sekali. Alhamdulillah.

What I've been doing, what happen, where I've been, what etc etc during these 2 months? Not much to talk about I guess, but just let my mind wander, can we?


(1)
ONE of my dear cat died. I should have learnt from my previous mistake, and now I learn it the hardest way. He's just a kampung cat, bulu warna kelabu, sebelah mata kanan blurred (hampir buta). I found him abandoned by her mother (probably died) along with his 2 other siblings when he was sooo little. Rasanya dalam 3-4 weeks. His other siblings didn't make it, but he did. That's why I named him Fighter. All these while he plays alone, befriends and sleep with only himself and me. He's so healthy and active and clingy until he's diagnosed with a decease. He died almost 3 weeks now tapi masih sedih. Cried at nights, cried on every attempt to wash his cage because I have no strength. Half of me still feel his presence. Isi dalam cage semua masih dalam kedudukan asal, macam dia masih ada. How in-denial. Sebab tu sampai sekarang belum mampu cuci cage dia. Cried when I'm doing my work on the desk. Cried when I see his carrier. Cried and cried and cried and now that I'm writing this entry, I might end up burst in tears anytime now. I miss him. I really do. T_T

This was really me especially during the night I realize he won't make it, and during the nights after that, when he stopped breathing. I'll see you in heaven, Fighter.


(2)
GEMPA 5.9 richter scale (initially kami anggar sampai 7 sebab kuat sangat sampai nak bangun/berjalan pun hilang kawalan). In my hometown where I live, Ranau. This supposed to be the first thing in my mind when writing this entry but honestly it came second after my dear kitten hm. Wikipedia (refer here) tulis it last for 30 second. Tu pun dah rasa ngeri habis! Because I know if something happen in such a short time, where can I run? 7.15am tu saya masih tidur lagi tapi terjaga sebab gegaran terlalu kuat. Bangun dari katil pun tidak dapat. Teriak la jugak. Alarm kereta dekat bawah pun bunyi dah. Time tu memang minda dah register it's earthquake. Sudahlah bilik di tingkat atas. Tak turun terus, benda terlalu cepat. But still turun lenggang kangkung (ceh) keluar. Lepas tu macam tiada apa-apa dah, so naik lagi. Then tiba-tiba ada lagi (aftershock). That is when I know something is strange. And we here in Ranau keep experiencing the aftershocks, even until now. 3.5, 4.3, 4.5, 2.6 etc etc. So far dah 100 - 110 aftershocks. Boleh bayang tidak macamana perasaan kami di sini. I started to think our world here is really going to end. And the most scary moment was 1 week after the EQ, a quite strong aftershock at 5.2 s.r at around 2AM. Time tu memang shaking habis.

But the trauma is nothing compared to those who have been killed. As we all know Gunung Kinabalu terletak di Ranau. Setiap hari tidak lekang dari pendaki. 7.15am tu masa untuk pendaki-pendaki turun dan siapa yang dah mula perjalanan turun, ... :( Sebab gegaran tu datang dari Gunung Kinabalu, gegaran di sana lebih kuat terasa. Gegaran tu buat bongkahan batu-batu besar jatuh dari atas gunung ke bawah dan langgar apa saja yang ada. I guess, yang sedang turun tu tidak ramai yang survive. Dan ada salah seorang dari mountain guide yang terkorban dalam usaha melindungi 2 orang pendaki. Sebak sangat waktu baca cerita tu. Here's one of the link : http://www.siakapkeli.my/2015/06/malim-gunung-joseph-selungin-terkorban.html

This ain't the first time Ranau experience benda ni. I remember back when I was little, tahun 1991. Reported 5.5 s.r. Then pada awal tahun 2014.  Reported 4.7 s.r. But 5/6/2015 melakar sejarah paling hitam pada kami warga Ranau.


Just taken. View from my desk.
*sorry tingkap tu I plan to clean it later bila rajin :P*


Awal July baru-baru ini, lalu Kundasang dari Ranau ke Kota Kinabalu. Sebenarnya dari Ranau pun boleh nampak gunung dah, boleh nampak dari tingkap bilik lagi. Sengaja letak meja berdepan dengan tingkap bilik. But dekat Kundasang lagi clear nampak gunung. Really. Gunung dah tak cantik, view dah lain. Luka sana sini. It sadden me. It sadden us all.



(3)
FEW days after the EQ, husband and I went to Kota Kinabalu. Jalan-jalan bermalam. Orang ramai mention tentang Sans Andreas yang baru keluar wayang. Opening filem tu buat ai goosebumps jap sebab it's exactly what I dreamed of few nights back before the EQ! The part where the young    girl was driving I don't really believe in such things but honestly I feel a little bit weird. Don't you?Oh well. 

Scene dalam San Andreas.
Sumber google.


(4)
UNFORTUNATELY flight saya ke Cebu dari Kota Kinabalu dah terminated oleh Airasia *read the details in the picture below*, so I guess untuk tahun ni no more jalan-jalan sebab plan tu pun cancel. Well nevermind. I have bigger issue to handle til end of this year.



(5)
I BECAME forgetful. And not that good in words, anymore. Selalu rasa susah cari perkataan yang sesuai. Kadang-kadang time tengah bercakap suddenly I stopped and trying hard to remember what I was talking about yet I never regain back my memory. I keep my thing and in just only seconds after I forgot where I put them and took hours for me to find it back accidentally - usually when I already give up. I 100% depends on my to-do list otherwise, I'll not do anything in a day. I got confused alot. And lots more it make me scared of myself... 

(6)
BUT tahun depan dah ada 4 trip booked. Two of them are solo trips. 1 tu belum beli flight lagi thats why tak masuk dalam list lagi, but will buy insya-Allah. Still dalam Asia Tenggara saja lagi

(7)
I'M DIETING! Tapi reaksi family biasanya YALAH TU. Kahkah. Anyway I lost almost 5KG already now, tapi bulan puasa ni slow gila turun dia. Why eh? Saya syak sebab jarang minum air. Sebab makan seriously tak banyak pun. Or maybe sebab saya cuma makan sekali which is waktu berbuka saja. Sahur memang tak makan. Teorinya, jarang makan pun merendahkan metabolisma badan so proses penurunan jadi slow. Diet waktu hari biasa adalah lebih baik nampaknya.


Other than this, I guess nothing much. I got to go. ;)
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS