2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Day 7 : Membeli-belah di Hatyai, Thailand
Friday, May 01, 2015 posted at 20:14 ♥

Day 7 : Shopping in Hatyai, Thailand

Ah righttt. Now I remember why I got stuck. Sebab untuk hari kedua dan ketiga di Hatyai sehingga ke malam terakhir kami (di Penang), straight amik videos semata-mata. No pictures at all! Waktu nak fly dari Penang balik ke Kota Kinabalu baru ada sekeping dua gambar. Penat bawa DSLR that's why simpan dan bergantung pada SJ4000. Eheh.

Tapi tidak apa. Kita teruskan jua. Sebab dah hampir setahun berlalu tapi tidak habis-habis lagi isk. Anyway video bawa ni lebih kurang summarize apa aktiviti kami pada hari kedua di Hatyai ;



Yes shopping. Layan adik perempuan yang suka shopping. Lagipun kes islandhop di Krabi tempoh hari membuatkan kulit ai 1 badan merengsa AMBOI KAHKAH. Konon ingatkan panasnya macam islandhop di Sabah. Tapi oh tidak. Nak tak nak, even lelaki pun, islandhop waktu summer di Thailand plis pakai sunblock. Panas dia sungguh lain matchiam. Yang pasti, mood mengexplore Hatyai lepas tu memang terbantut. Kalau tak, memang dah pergi few places area Songkhla dah waktu hari kedua. Tapi nampaknya tak mampu digagahkan.

Shopping gagah pulak. XD

Susunan dalam video gila caca merba. Sebab main masuk saja klips. Tapi yang pasti, ada scene kami di ;

Pasar Malam Hatyai (depan Lee Garden Plaza)
Yang ni kami pergi pada malam pertama kami di Hatyai. Pada hari pertama. Serupa pasar malam kita, dan tamu 1HB di Ranau. Asian flea market. Jual baju, beg, makanan, aksesori dan lain-lain. Tapi tetap ada juga yang berbeza sebab ini adalah di Thailand. Tu kena pergi sendiri baru rasa perbezaan macamana. It's fun simply by experience it.

Sini kami try beli somtam dan pancake kerang. I love the pancake tapi somtam tak berapa masuk tekak. Eheh.

Central Festival Hatyai (mall) 
Actually, we love malls. Especially Dana. Kalau ada 5 mall di Hatyai, mungkin 3 atau 4 bangunan telah berjaya dimasuki. Especially mall baru buka. Kadang bukan beli apa pun. Waktu masuk mall ni, nampak macam baru buka. Ada ujibakat sedang berlangsung so memang meriah. Kami masuk kedai aksesori telefon dan masing-masing beli plain pink silicon case at RM10 only. Murah la jugak. Berbaloi dengan protection pada body telefon. Jatuh dari atas meja pun takda apa-apa. Bercakap atas pengalaman.

Lepas puas tawaf mall, kami ke Khloang Hae pula. Dalam RM25 dari mall tadi ke Khloang Hae for 2. Jauh jugalah. Tapi since kami naik songthaew, saya lebih banyak take time tengok keadaan sekeliling sepanjang perjalanan. Memang feel la sebab pengangkutan open air gitu. 

Khlong Hae Floating Market
Sini ada dua section. Jual apparels dan jual makanan. Kami pergi area makanan dulu sebab laparrrrr. Dalam videos dah nampak kan kami makan apa. Haha. Murah saja. Price rata-rata sekitar RM2, RM4. Apparels, taklah murah sangat. Tapi bolehlah grab few pieces bawa balik as souvenir untuk diri sendiri. Tapi for me, yang cheapskate ni, tempat ni cari makan memang best sebab local pergi sini juga.

Kami bayar return journey 400 baht (RM40) from central Hatyai.

Lee Garden Plaza (mall)
Boots RM8 mana nak cari? Di sini lah. Kedai kasut betul-betul depan tangga. Tapi saya tengok saja. Nak beli pun berkira-kira sebab time bila pulak nak pakai boots di Malaysia yang iklim khatulistiwa tuh. Kalau artis, logiklah jugak untuk pakai time buat show. 

BTW I loveee this mall. Kecil saja tapi entahlah comel rasa. Toilet best gila. Padahal mall ni kan yang kena bom few years back? Oh ya. Setakat few malls kami masuk di Hatyai, mungkin boleh kami simpulkan mana-mana mall di Hatyai semua secure habis sebab setiap yang masuk kena scan atas bawah gara-gara kes mall dan tourist attraction kena bom.

Hatyai ASEAN Night Market
Ni kami pergi lepas Lee Garden Plaza. Tapi dah lewat. Kami ada masa dalam tak sampai sejam lagi untuk explore sini (besar sangat tempat ni!) sebelum penjual stop beroperasi. Tu pun dah ada yang nak tutup dah. Di sini, jumpa some booth yang jual memang murah. Mungkin it depends on your luck. I have my luck here, so grab la juga few pieces. Dress RM10 saja. Baju sleeveless yang cantik ada bunga 3D pun dia jual RM5 saja. Maybe ni harga local? BTW jersey diorang kecil-kecil. XXL takda. Paling besar pun XL XD

Lepas tu, pulang balik ke hotel dan selesai untuk Day 2 in Hatyai.

If I were to come Hatyai again, I might go back to ASEAN Night Market and Khloang Hae Floating Market for shopping. Nampak gayanya, macam nak pergi balik someday sebab nak cover attractions there. (^ ^)

Anyway. Sorry, as it had been almost 1 year ago, price dah lupa. Resit-resit dan senarai belanja already lost some more. Tapi mostly budget untuk hari kedua ni lebih kepada transport sahaja (selain shopping dan makan)

Transport kami
End of Day 7.


Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
All transfers using tuktuk THB620
.........................................................................................
TOTAL : RM62.00 (RM31.00 seorang)
.........................................................................................

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish