Tuesday, May 05, 2015

Monday, May 04, 2015

Transit in Penang

Day 8 : Transit in Penang
Previous Entry : Hatyai to Penang


Kami turun di Komtar sekitar 3PM dan ambil teksi ke hotel kami di Armenian Street Heritage Hotel at RM12. Rehat-rehat sambil admiring the room.

Just to remind. This trip was on June 2014. Do check my sidebar under 'Plan A Trip With Me'. Actually jika ada siapa-siapa nak ikut/bawa saya berjalan, you can always ask me in case I have the time. But please note I am only available during working days, sebab hari cuti / school holiday / weekends saya sibuk urus trip orang, but if betul-betul nak, kena plan way ahead so that I can block the date. My time is flexible. ^^

Aktiviti malam tu, kami ke Komtar. Masuk mall area situ. Tidak silap, kami masuk 1st Avenue Mall. As per requested by Dana. Kali ni jalan kaki saja. Sebab tidak jauh pun. Only few minutes away. Actually kami pergi awal sikit waktu masih cerah, sambil-sambil tu saya take a few glimpse at the buildings along the way. Time tu memang fall in love terus. No wonder masuk dalam list UNESCO World Heritage Centre. Walaupun ada merancang nak pergi Penang Hill untuk night view, tapi saya memang tak larat dah. So last day masa untuk istirahat. Ke 1st Avenue Mall jalan-jalan, makan Nasi Pulut Mangga for the last time (sedap!), dan pulang sekitar 9-10PM rasanya sebab banyak kedai tengah bersiap nak tutup time kami keluar. Jalan kaki pulang.


Ihsan Google lagi XD

Malam tu kami packing one last round and have a good night sleep. Esoknya flight kami balik ke Kota Kinabalu jam 10.25AM, so kena gerak dari hotel around 8AM (perjalanan dari Georgetown ke airport sekitar 45 - 60 minit bergantung trafik).

End of Day 8.


Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
Taxi from KOMTAR to Armenian Street Heritage Hotel RM12.00
Armenian Street Heritage Hotel RM127.59
.........................................................................................
TOTAL : RM139.59 (RM69.80 seorang)
.........................................................................................
Share:

Armenian Street Heritage Hotel, Penang

Armenian Street Heritage Hotel, Penang
23-24 June 2014 (1 night)
RM127.59 per night Double Room
Booked via Booking.Com

Armenian Street Heritage Hotel. Susah sikit nak cerita pengalaman sebab gambar memang tiada ambil langsung time ni although our stay here was lovely. If you wish to see the picture you might click this link ; Armenian Street Heritage Hotel Official Website. The best hotel we've stayed since night 1.

Price mahal sikit, itupun during promo. RM127.59 for 1 night.

The hotel is actually part of the Tune Hotels group. But you won't find Tune Hotels logo here unlike the regular Tune Hotels maybe because it's more expensive. Konsep jauh berbeza dengan konsep biasa Tune Hotels so no worries. Heheh. And it's actually NOT located in the Armenian Street. However, it is just a stone throw away from the end of Armenian Street, on the corner of Carnavon Street. 


Ihsan Google (tq!)


Konsep dalam ni macam old English Penang. A touch of vintage, but modern looking. I LOVE this hotel so much I feel like I want to come back again soon at least for 2 nights! Seriously. Well, I did come back 8 months later tapi tidak duduk hotel ni pula sebab bajet. Next nanti kita cerita tu. Bye! :P
Share:

Hilang

Saya.. Saya sebenarnya tengah upset. Sebab sebahagian besar saved password untuk entri-entri dalam blog ni HILANG! T______T Sebab saya gune encrypted code, sangat secure tahap kalau penulis entri tu sendiri hilangkan password, memang takkan dapat buka lagi dah. Sayang betul sebab most of my protected entry adalah entri-entri penting dan sangat personal.

Must be waktu buang drafts tidak releven beberapa bulan lepas.

Okey bye T_T
Share:

Thailand - Hatyai, June 2014

Share:

Hatyai to Penang

Day 8 : Hatyai to Penang
Previous Entry : Membeli Belah di Hatyai



Tiba hari terakhir kami di Thailand setelah 5 hari. Juga hari ketiga di Hatyai, dan hari ke 8 untuk the whole trip. Esoknya flight kami dari airport Penang kembali ke Kota Kinabalu awal pagi maka mehlah kita balik ke Malaysia pagi ini cewah. Berkemaslah dan bersiaplah kami adik beradik awal pagi. Turun makan tengahari just few blocks away dan cari office tour agent yang berlambak jual tiket pengangkutan transfer ke Malaysia. Sebenarnya tidak perlu cari, mana-mana mesti jumpa. Merata-rata.

 Kami ambil van sebab ;
Driver boleh pickup from hotel
Masa dekat immigration kurang sebab lesser person, that means, tidak banyak masa terbuang
Bila sampai nanti, oleh drop off di mana-mana nak turun, termasuk if nak turun dekat mana-mana hotel

Do not take van if ;
Pentingkan keselesaan sebab seat kecil, tidak macam seat bus
Banyak luggage


Price : Lupa. But for us two tidak sampai RM100. Mungkin 400 baht seorang (dalam RM40). Our big luggage supposed kena extra cas tapi nasib baik driver tu tidak cas. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam macam tu. Gambar di atas ni gambar waktu di atas Jambatan Pulau Pinang, the only picture I've taken during day 8 XD

End of Day 3 in Hatyai.


Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
Minivan from Tune Hotel Hatyai Thailand to KOMTAR Penang THB800 (RM80)
.........................................................................................
TOTAL : RM80.00 (RM40.00 seorang)
.........................................................................................
Share:

Saturday, May 02, 2015

Tune Hotel Hatyai, Thailand

Tune Hotel Hatyai, Thailand
21-23 June 2014 (2 nights)
RM47.00 per night Standard Double Room Promo Cozy Package
Booked via Agoda


Before I forgot. Recently they change the name to Red Planet Hotel Hatyai (rasanya management pun tukar sebab hotel tiada dalam list cawangan Tune Hotel dah). Time kami masuk, masih guna Tune Hotel Hatyai.

Got this from google


Getting there was easy. Kebanyakan tuktuk / songthaew drivers tahu. You just tell Tune Hotel. Uncle Tony is so successful that Tune Hotel is everywhere around the globe. Setiap tahun ada saja buka cawangan di serata dunia. Biasa Tune Hotel adalah pilihan terakhir tapi if pergi Hatyai lagi, mungkin akan book sini lagi, tu pun kalau dapat harga promo lagi. Sebab sangat puas hati dengan bilik dia. 


Map saya dapat dari Tune Hotel :


Tune Hotel Hatyai : Highlight Biru
Lee Garden Plaza + Night Market : Bulatan Pen Biru
Central Festival Mall : Bulatan Pen Hitam paling bawah
Khlong Hae Floating Market : Bulatan Pen Hitam paling atas


Near Central Festival Mall is Hatyai Bus Terminal. Tempat kami mula-mula turun dari Krabi. Mula-mula turun, straight away cari songthaew ke Tune Hotel. 60 baht for 2. Kami maybe dapat harga tinggi tapi malas nak haggle, diorang pun cari rezeki juga. Halalkan saja setakat few ringgit. Check-in was very easy, alhamdulillah dipermudahkan, walaupun tunggu lama sikit sebab ada mat saleh tengah tanya direction ke klinik/hospital berdekatan. Walaupun ada 2 receptionist. Saya dah bayar siap through Agoda so urusan di kaunter untuk verify sahaja. Lagipun masa check-in dah sampai.

Saya tidaklah expect lebih-lebih sebab, tahulah Tune Hotel kan just provide benda basic. Saya dah few times menginap di Tune Hotel Kota Kinabalu, ada menginap di Tune Hotel dekat JB. Tune Hotel Downtown Penang pun ada. Tune Hotel Legian di Bali pun pernah. Pernah book di Tune Hotel Sarawak (3 malam RM70) dan Tune Hotel Downtown KL (1 malam RM20), tapi yang dua ni saya no-show. Sebab yang dekat Sarawak tu tidak jadi datang sorang (datang dengan family). Yang dekat KL tu tidak jadi sebab next flight awal pagi so saya decide ambil hotel dekat dengan KL Sentral. Each place memang ukuran berbeza. Yang pasti, sempitttt. 

Frankly, 4 months before saya dah book hotel di Aloha Hatyai, tapi few weeks sebelum travel date, saya tergerak cek hotel lain sebab keputusan tu tidak berapa nak final lagi since Aloha quite mahal. Atas dari RM100 untuk 1 malam for me adalah mahal HEHEHE. Lepas tu ternampak promo RM47 satu malam tuh. Hah apalagi kan. Terus cancel Aloha Hatyai (free of charge) dan bayar Tunehotel untuk 2 malam non-refundable. I'm glad I did sebab dekat situ memang best!


Entah orang panggil apa ni. Setiap bilik Tune Hotel akan ada benda ni. Mungkin ada perbezaan sikit tapi this is where you will slot in your room keycard.


Let me check the toilet first. Ok lulus. Toilet Tune Hotel sentiasa tidak menghampakan. Shower best.


Empat benda provided in any Tune Hotel branch's rooms. Flat Screen Television, Hairdryer, Big mirror dan papan iklan HAHA. Some Tune Hotel have bigger mirror, and mirrors all around. Ada Tune Hotel yang tawarkan bilik with no TV and of course, at lower rates.


Towel and toiletries at extra charge but we got it included in our room rate. Yeahah! Tapi entahlah kalau lepas ni boleh dapat harga RM47 lagi 1 malam. Included in our room rate is ;

Towel & Toiletries
Internet
Aircond
Entertainment (TV channel)
With window

 .. this is all chargeable. Secara berasingan. Tapi towel and toiletries tidak ambil pun tidak apa. You can bring it on your own. Internet pun tidak apa (if ada beli simkad tourist with data internet). In our case, kami memang perlu internet sebab takda beli simkad simkud XD. Tapi if dalam Malaysia, hmph, buang tebiatlah if beli internet kan sebab handset sentiasa on. Aircond tidak ambil pun tidak apa sebab ada kipas siling for free. TV pun kalau saya, tiada pun tidak apa. Rumah pun jarang tengok TV, HAHA.


Got city view from our room. Depends on your room and what you paid for. Kena tengok all the details very carefully sebelum bayar. Saya boleh saja bayar dan book through website Tunehotel tapi Agoda offer harga lebih rendah sooo..


Salah satu benda mesti ada juga dalam bilik Tune Hotel. Best kan? Berguna bila kita guna room service. Mana kita tahukan, kadang-kadang bukan kita sedar barang hilang. Lagipun saya ni manusia tidak berapa suka menyusahkan orang so, kalau setakat 1 malam, saya letak PRIVACY dekat bilik. Tidak perlu room service.


Saya suka tilam dan bantal Tunehotel. Sebab selesa dan empuk :)


Bilik di Tune Hotel Hatyai luas, unlike the ones I tried before. Unlike any other Tune Hotel branch, I must say. Surprisingly luas. Lantai kayu. Sedap pijak. Minimal. No closet and fridge. Apa yang saya tunjuk dan senaraikan, tu saja yang ada. At RM47, it's a steal.

Sadly, management dah tukar. Bukan Tunehotel lagi rasanya. Tapi price sekarang around RM90 macam tu pun okey juga sebab hotel at the same standard around Hatyai quite mahal. ;)
Share:

Friday, May 01, 2015

Day 7 : Membeli-belah di Hatyai, Thailand

Day 7 : Shopping in Hatyai, Thailand

Ah righttt. Now I remember why I got stuck. Sebab untuk hari kedua dan ketiga di Hatyai sehingga ke malam terakhir kami (di Penang), straight amik videos semata-mata. No pictures at all! Waktu nak fly dari Penang balik ke Kota Kinabalu baru ada sekeping dua gambar. Penat bawa DSLR that's why simpan dan bergantung pada SJ4000. Eheh.

Tapi tidak apa. Kita teruskan jua. Sebab dah hampir setahun berlalu tapi tidak habis-habis lagi isk. Anyway video bawa ni lebih kurang summarize apa aktiviti kami pada hari kedua di Hatyai ;



Yes shopping. Layan adik perempuan yang suka shopping. Lagipun kes islandhop di Krabi tempoh hari membuatkan kulit ai 1 badan merengsa AMBOI KAHKAH. Konon ingatkan panasnya macam islandhop di Sabah. Tapi oh tidak. Nak tak nak, even lelaki pun, islandhop waktu summer di Thailand plis pakai sunblock. Panas dia sungguh lain matchiam. Yang pasti, mood mengexplore Hatyai lepas tu memang terbantut. Kalau tak, memang dah pergi few places area Songkhla dah waktu hari kedua. Tapi nampaknya tak mampu digagahkan.

Shopping gagah pulak. XD

Susunan dalam video gila caca merba. Sebab main masuk saja klips. Tapi yang pasti, ada scene kami di ;

Pasar Malam Hatyai (depan Lee Garden Plaza)
Yang ni kami pergi pada malam pertama kami di Hatyai. Pada hari pertama. Serupa pasar malam kita, dan tamu 1HB di Ranau. Asian flea market. Jual baju, beg, makanan, aksesori dan lain-lain. Tapi tetap ada juga yang berbeza sebab ini adalah di Thailand. Tu kena pergi sendiri baru rasa perbezaan macamana. It's fun simply by experience it.

Sini kami try beli somtam dan pancake kerang. I love the pancake tapi somtam tak berapa masuk tekak. Eheh.

Central Festival Hatyai (mall) 
Actually, we love malls. Especially Dana. Kalau ada 5 mall di Hatyai, mungkin 3 atau 4 bangunan telah berjaya dimasuki. Especially mall baru buka. Kadang bukan beli apa pun. Waktu masuk mall ni, nampak macam baru buka. Ada ujibakat sedang berlangsung so memang meriah. Kami masuk kedai aksesori telefon dan masing-masing beli plain pink silicon case at RM10 only. Murah la jugak. Berbaloi dengan protection pada body telefon. Jatuh dari atas meja pun takda apa-apa. Bercakap atas pengalaman.

Lepas puas tawaf mall, kami ke Khloang Hae pula. Dalam RM25 dari mall tadi ke Khloang Hae for 2. Jauh jugalah. Tapi since kami naik songthaew, saya lebih banyak take time tengok keadaan sekeliling sepanjang perjalanan. Memang feel la sebab pengangkutan open air gitu. 

Khlong Hae Floating Market
Sini ada dua section. Jual apparels dan jual makanan. Kami pergi area makanan dulu sebab laparrrrr. Dalam videos dah nampak kan kami makan apa. Haha. Murah saja. Price rata-rata sekitar RM2, RM4. Apparels, taklah murah sangat. Tapi bolehlah grab few pieces bawa balik as souvenir untuk diri sendiri. Tapi for me, yang cheapskate ni, tempat ni cari makan memang best sebab local pergi sini juga.

Kami bayar return journey 400 baht (RM40) from central Hatyai.

Lee Garden Plaza (mall)
Boots RM8 mana nak cari? Di sini lah. Kedai kasut betul-betul depan tangga. Tapi saya tengok saja. Nak beli pun berkira-kira sebab time bila pulak nak pakai boots di Malaysia yang iklim khatulistiwa tuh. Kalau artis, logiklah jugak untuk pakai time buat show. 

BTW I loveee this mall. Kecil saja tapi entahlah comel rasa. Toilet best gila. Padahal mall ni kan yang kena bom few years back? Oh ya. Setakat few malls kami masuk di Hatyai, mungkin boleh kami simpulkan mana-mana mall di Hatyai semua secure habis sebab setiap yang masuk kena scan atas bawah gara-gara kes mall dan tourist attraction kena bom.

Hatyai ASEAN Night Market
Ni kami pergi lepas Lee Garden Plaza. Tapi dah lewat. Kami ada masa dalam tak sampai sejam lagi untuk explore sini (besar sangat tempat ni!) sebelum penjual stop beroperasi. Tu pun dah ada yang nak tutup dah. Di sini, jumpa some booth yang jual memang murah. Mungkin it depends on your luck. I have my luck here, so grab la juga few pieces. Dress RM10 saja. Baju sleeveless yang cantik ada bunga 3D pun dia jual RM5 saja. Maybe ni harga local? BTW jersey diorang kecil-kecil. XXL takda. Paling besar pun XL XD

Lepas tu, pulang balik ke hotel dan selesai untuk Day 2 in Hatyai.

If I were to come Hatyai again, I might go back to ASEAN Night Market and Khloang Hae Floating Market for shopping. Nampak gayanya, macam nak pergi balik someday sebab nak cover attractions there. (^ ^)

Anyway. Sorry, as it had been almost 1 year ago, price dah lupa. Resit-resit dan senarai belanja already lost some more. Tapi mostly budget untuk hari kedua ni lebih kepada transport sahaja (selain shopping dan makan)

Transport kami
End of Day 7.


Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
All transfers using tuktuk THB620
.........................................................................................
TOTAL : RM62.00 (RM31.00 seorang)
.........................................................................................
Share:

Tidak habis-habis.



Akhirnya selesai mentransfer gambar almost 2000 keping dalam memorycards sepanjang trip 10 hari bulan April lepas. Lihat iteww.. Memorycards. Ada 4 keping memorycards not include yang dalam telefon. Dan juga, dengan selesainya trip bulan April, maka tercapailah beberapa wishlist termasuklah bawa mak bapa satu family jalan-jalan. Huahua. Walaupun koyak rabak tapi puas hati.

Sebenarnya serba salah nak update trip ni sebab trip tahun lepas tak update-update lagi sampai sekarang. Ni pun next bulan 10 pun akan berjalannnn lagi adoi, kenapa entah airlines sekarang tiket murah-murah kalah tiket bas HAHA T____T Okeylah bye.
Share: