2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Airasia : Tips dapatkan tempat duduk dekat kalau tak beli seat
Tuesday, February 03, 2015 posted at 17:53 ♥

Good evening! :)

Few nights already asyik mimpi benda bukan-bukan. But alah perkara biasala tuh bila banyak benda berkecamuk dalam fikiran rightttt.. January have been a nightmare for me since all of our kittens, rupanya kena virus. And, saya tahu memang agak tidak masuk akal untuk saya yang sudah sekian lama menjadi pemelihara tegar kucing-kucing. Thing is, kittens biasa kami biar tinggal dalam rumah before cukup besar untuk kami lepaskan dalam rumah. But this time, kami biarkan kittens keluar awal so terdedah dengan macam-macam kuman, dan, salah satu lagi sebab adalah kami memang tidak pernah vaksin kucing-kucing kami. Seriously, a lesson learnt. So next time Fina, just pergi vaksinlah. Tengok kitten sakit adalah painful. Tengok diorang nazak mati satu-satu adalah lebih painful.

Anyway, kita balik pada tajuk asal. TIPS DAPATKAN TEMPAT DUDUK DEKAT KALAU TAK BELI SEAT. Soalan ni saya dapat dari pembaca yang google blog ni cari info pasal ni. Saya anggap pembaca ni merujuk kepada Airasia. Ini adalah salah satu soalan yang orang selalu tanya sebenarnya.

Banyak penumpang kos tambang rendah Airasia yang mengeluh, bila check-in dekat kaunter tengok boarding pass nombor seat lain-lain. Kalau beza setakat row yang sama or cuma di belakang saja, mungkin tidaklah terasa sangat. Tapi ada yang tidak bernasib baik contohnya suami isteri seorang dapat row tengah-tengah seorang dapat row paling belakang hampir dengan toilet. Permulaan cuti yang leceh dan tidak best XD

So, the one and only tips, if memang taknak beli seat (paling murah RM6 per standard seat), adalah dengan :

WEB SELF CHECK-IN / MOBILE SELF CHECK-IN SEAWAL MUNGKIN
(bermula 14 hari sehingga 1 jam sebelum perlepasan) 
*perlu register di website Airasia beforehand

Konsep macam beli tiket wayanglah. If lambat beli untuk filem yang memang ramai nak tengok, yang tinggal cuma single seat saja. That's why kena book awal. Dalam kes Airasia ni, yes you've already booked your flight without seat, so supaya dapat duduk bersama, make sure start 14 hari sebelum, terus self check-in to get your seats secured. Cara ini 80% berkesan. Another 20% depends on few cases regarding Airasia's seat auto-assign system. Lagi satu if flight yang bakal anda naik tu ramai penumpang dan rata-rata dah beli seat or check-in lebih awal dari kita. 

Prinsip dia senang saja. First come first serve. Jika nak duduk bersama, wajib 14 hari sebelum tu, terus masuk web or apps Airasia untuk check-in. If check-in dekat WEB, sistem Airasia akan send softcopy boardingpass ke email anda untuk anda print. If check-in dekat APPS, sistem Airasia akan bagi E-Boardingpass untuk anda tunjuk pada staff Airasia, kiranya paperlesslah. Saya cadangkan, check-in melalui WEB, sebab anda terus akan dapat copy of your boardingpass. Tinggal print saja. It would save so much hassle. Once dapat boardingpass, your seat number akan ada tertulis dan tahniah, you have all your members together in one place. 

Jika berada dalam big group contohnya 6 ke atas, cuba check-in dalam kala setiap group with at least 2 person supaya if in case 20 orang in a single booking tu tidak dapat duduk bersama pun, at least still tidak duduk berseorangan dengan strangers, bagi yang prefer duduk berteman.


Sekian, semoga bermanfaat! ;)

Btw, Airasia ada new ongoing promotion  Kota Kinabalu Sabah to Cebu Philippines for only RM89 depart and RM57 arrive (total untuk return flight RM146 only), and last year I actually learned that flights dari Philippines either Manila or Cebu terbang ke Seoul Korea adalah jauh lebih murah berbanding ambil flight Kota Kinabalu direct to Korea (actually bukan direct sangat sebab flight tu akan 'singgah' di Kuala Lumpur dulu that's why mahal). So saya cek flight Cebu-Seoul-Cebu and total 4-way tickets only (start from) RM563.70 per person. Such a bargain! Book now until 8 February 2015, and fly from 27 Mac 2015 until 26 Mac 2016. Unfortunately, I can't, tiada tarikh yang sesuai. T_T Because coming April I already have big plan, and on January 2016 I already booked tickets to Hong Kong for RM205 return. Paling-paling another big vacation at least start from end of 2016. Sabar Fina, the time will come hehehe. :P





1-DAY TOUR TO KUNDASANG, SABAH


Baek. Siapa familiar atau macam pernah tengok tempat macam dalam gambar ni dekat blog-blog, or dekat camera kawan yang baru balik dari Sabah, atau hasil carian dari google? Cer teka di mana?



Picture taken on 1st February 2015


Picture taken on 1st February 2015


Yes betul!
DESA DAIRY FARM
IN MESILAU, KUNDASANG


Orang yang datang selalu kata ;
"Macam New Zealand la weh!"
"Subhanallah cantiknya selalu nampak dalam gambar now tengok depan mata!"
"Sejuknya, tak expect langsung sejuk macam ni. Stokin tak bawak!"
"Itu ke Gunung Kinabalu??"
"Ni lah tempat paling nak pergi dekat Sabah. Alhamdulillah akhirnya!"
"Nasib baik ambik tour dekat awak, kalau tak, sampai sini memang tak tahu nak ke mana. Signboard tak tulis!"


ANDA BILA LAGI ;)

Saya nak perkenalkan satu private business tawarkan private 1-Day tour to Kundasang termurah di pasaran insya-Allah. Tempat yang bakal anda lawati termasuklah,
  • Rumah Terbalik (Upside-down House)
  • Pekan Nabalu (Nabalu Market & Observatory Park - another side of Mount Kinabalu)
  • Kundasang War Memorial & Gardens
  • World UNESCO Kinabalu Park & Timpohon Gate
  • Kundasang Market (sayur segar, keropok sayur, strawberries, flowers)
  • Jambatan Gantung Tamparuli (Tamparuli Suspension Bridge)
  • ... and if you're lucky, the clear view of the majestic Mount Kinabalu terus dari kaki gunung!
*bergantung pada masa dan kesempatan



KENAPA PILIH MEREKA?
  • Confirm tak sesat sebab dah siap ada driver
  • Tak payah pening kepala fikir nak plan percutian dan itinerari di Kundasang
  • Tak payah buang masa google ataupun datang tapi masih tercari-cari tempat mana nak pergi, makan dekat mana yang halal, memenuhi selera dan boleh dapat harga murah
  • Paling penting tiada kerugian masa sebab masa anda dah digunakan semaksimum mungkin
  • Semua dah diuruskan dan anda dan kawan-kawan/keluarga dapat menikmati perjalanan di Kundasang sepuas-puasnya
  • Paling penting sekali, harga yang murah dan berbaloi!



Whatsapp 01114811464 for current promo price! 
*they have very limited slot. advance booking required.*

Labels: ,


24 Comments:

Blogger aRz MoHa said...

done follow sini.
singgah dari syira lokman blog

kundasang semestinya pilihan ramai orang untuk ke sini. cantik tempat ni

10 February, 2015 11:17  
Blogger Fhatin Amelia said...

done follow :) Nice blog
http://mellyareenza.blogspot.com/2015/02/giveaway-7-hari-by-syira-lokman.html

10 February, 2015 11:33  
Blogger nayfatimah rasyid said...

belum pernah naik flight lagii huhuhuuu

10 February, 2015 12:17  
Blogger sayidah napisah said...

done follow cik sponsor ;)

10 February, 2015 13:08  
Blogger Fina Sophie said...

aRz MoHa,

welcome. ya recently byk yg mula aware ttg kewujudan tempat mcm kundasang. biasa sebelum ni org datang just pergi naik gunung :)

10 February, 2015 18:48  
Blogger Fina Sophie said...

Fhatin Amelia,

thank you babe. :)

10 February, 2015 18:49  
Blogger Fina Sophie said...

nayfatimah rasyid,

naik kapal terbang mcm naik bas gitu tp ni atas awan. i too, prefer my feet to remain on the ground if tidak ke mana2 ehehek

10 February, 2015 18:53  
Blogger Fina Sophie said...

sayidah napisah,

thank you. puan actually, but cik also can ahaha

10 February, 2015 18:57  
Blogger Nik Ainaa said...

hai! dtg singgah + follow dri giveaway yg disponsor :) ^_^

http://nikainaa.blogspot.com/2015/02/giveaway-7-hari-by-syira-lokman.html

10 February, 2015 22:06  
Blogger tiey smilez said...

Done follow sini #351. Salam perkenalan ye tuan empunya blog yg lawa :) hehe

Sedih betul bila kucing yg kita pelihara tu sakit then dead. Sama maam kucing sy, baru je minggu lpas mati after giving birth.
One thing, selalu naik flight conpem dapat seat kat sayap. haha. Tp, setakat ni dapat seat dekat2 je. hehe
Jemput singgah : fatihahazanan.blogspot.com

10 February, 2015 22:59  
Blogger Khadijah Mohamed said...

cantiknya blog kamu.. dan lebih cantik kamu sendiri.... :)

11 February, 2015 08:35  
Blogger Azlinda Azman said...

hi Fina!! Nice blog

11 February, 2015 09:40  
Blogger Cik Yaya said...

as'salam..
yaya singh n folw sini..
join ga syira.. ^_^
slmt bknalan =)

11 February, 2015 09:44  
Blogger sha dhira said...

betullah, macam newzealand.. :D
Shad singgah sini follow blog sponsor from ga syira lokman.. :D
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com

12 February, 2015 12:06  
Anonymous Fyda Noh said...

Wahh dah cantik dairy farm ni. siap ada pintu gerbang lagi ha.. :)

13 February, 2015 01:17  
Blogger Cik Enonimus said...

sangat berguna. thanks kak.

13 February, 2015 21:04  
Blogger Fina Sophie said...

Nik Ainaa,
hi kamu. thank you sebab sokong giveaway. ^^

14 February, 2015 22:46  
Blogger Fina Sophie said...

tiez smilez,
thank you. duduk mana-mana asal selamat pergi dan balik dah alhamdulillah. visited you ^^

14 February, 2015 23:27  
Blogger Fina Sophie said...

Khadijah Mohamed,
terima kasih. yang penting senang nak navigate dekat blog ni kan kak. saya biasa2 saja. ^^

14 February, 2015 23:32  
Blogger Fina Sophie said...

Azlinda Azman,
thank you! yours is nice too ^^

14 February, 2015 23:36  
Blogger Fina Sophie said...

Cik Yaya,
Wassalam Cik Yaya. Selamat berkenalan. Do drop here sometimes again soon ;)

14 February, 2015 23:38  
Blogger Fina Sophie said...

sha dhira,
tapi minion punya version sajalah. tidaklah sama sangat, sebab NZ lebih besar dan luas. hehe.. dah masuk your blog. thank you for dropping by. datang lg tau ;)

14 February, 2015 23:45  
Blogger Fina Sophie said...

Fyda Noh,
ni baru siap ni. ada few pembinaan lagi sedang berjalan ^^

14 February, 2015 23:47  
Blogger Fina Sophie said...

Cik Enonimus,
thank you! ^^

14 February, 2015 23:47  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish