Saturday, February 28, 2015

#BloggerTalk : Kawan Media Sosial

Entri ini adalah tribute untuk 100Penulis (dalam kenangan).




Suatu ketika dahulu waktu masih guna shoutbox, pada tanggal 31 bulan 8 57... (jangan nyanyi). 2010 ok bukan 57 HAHAHA. Permulaan perkenalan dengan sekumpulan blogger dengan minat yang sama yang bagaikan satu keluarga bergabung dalam satu blog sebagai editors di bawah seorang admin anonymous. Antara mereka-mereka itu ; Zack, Aida, Asada, Cik Jannah, Sa, Kusut, Koshary, Tupai Karan, Sumandak Kinabalu, Sizuka, Kata Kila. And the goes on and on and on.. Sangat ramai. 80-100 orang.

Saya adalah orang pertama yang di-invite melalui blog dan YM namun atas kekangan masa dan kurang mengupdate entri baru di blog, saya terpaksa keluar dari senarai editor. Tapi kenangan berbual di ruangan khas, mengenangkan komitmen yang masing-masing berikan untuk support 100Penulis, meriahnya YM conference, dan ikhlasnya persahabatan yang dihulur, penangannya hingga kini saya rindu pada editor-editor waktu itu. Ada beberapa antara kami yang masih saling mengambil tahu perkembangan masing-masing dan persahabatan dipanjangkan di Facebook dan Instagram. Tapi ya Allah sayangnya aku pada diorang ni tahap masih terkenang-kenang sampai sekarang. Benarlah, usia blogging tidak menentukan jumlah sahabat yang kita ada. Ada yang baru blogging 2-3 tahun tapi sudah berpuluh ribu pengikut malah sahabat. Ada yang 9 tahun berblogging tapi, follower tidak sampai 500. That's the only blogging family I have, yang betul-betul dekat di hati. Walaupun sekejap cuma. Hari ni saya ada try track satu-satu diorang, mostly dari link editor 100Penulis yang komen entri berkaitan 100Penulis di blog ini. Tapi nampaknya ramai dah yang lebih setahun dua tahun tidak update blog. Yang tutup/private blog. Yang dah tak aktif. Tapi ada beberapa orang juga yang masih keep contact sekarang thanks to Facebook :)

One of them told me : Kerana 100Penulis, kita jadi kawan.
And now dia tak blog dah. And I don't know which one of her in my Facebook, tu pun if ada add. Sebab bukan semua editor bersikap terbuka nak add friend dekat Facebook kan. Her blog open tapi last entry was on 2013. It's sad to see people we know dah stop blogging, rasa dia macam dulu dia wujud sekarang hilang. Faham tak ni rasa dia macamana? Okey BLAH siapa suruh buat entri sedih pulak. Sobb.

100Penulis tetap di hati. Siapa sangka, tanpa perlu bertentang mata, dengan hanya bekerjasama dalam satu projek sahaja, boleh meninggalkan kesan yang dalam. Semua kerana apa? KEIKHLASAN DALAM PERSAHABATAN. Saya jenis malas nak berkawan sebenarnya tapi once berkawan, bila hilang macam hilang kekasih HAHAHA. Saya tidak menolak maybe akan jumpa group yang boleh rasa ikhlas diorang berkawan dengan kita. Well, kawan yang banyak pun tak guna kalau semua just faking saja.



Entri ikhlas ini (orang cakap ikhlas tak perlu cakap, tapi saya kena bagitau entri ni saya memang dah lama nak buat untuk tribute 100Penulis sebenarnya) salah satu participation segmen #BloggerTalk dekat group Sahabat Blogger. Founder Amal Espraza. Haha. I remember dalam tahun 2010 gitu Amal once told me through PM waktu borak-borak (tu pun if dia masih ingat), yang dia nak aktif dalam dunia blog, buat group sosial untuk blogger. Lebih kurang macam tu lah.  Dan dengan tertubuhnya Sahabat Blogger dan bertahan aktif hingga kini, dengan hampir 20K members, I think he's one of the people I know yang keep his words. :)

Ok thanks for reading, I know this is crappy but do respect my crappyness bye.
Share:

password protected : one fine day

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



This post is password protected. To view it please enter your password below:

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Share:

Friday, February 27, 2015

Thursday, February 26, 2015

vain attempt

Saya selalu rasa nak hias telefon cantik-cantik tapi atas sebab-sebab kurang kreativiti, tidak tahan lama, buat separuh jalan, dan sayang nak lekat-lekat benda mengarut atas telefon, hasrat tu terbantut. Nak beli, mahal. Nak buat sendiri, rasa tak ngam. Eheh. Dan ini adalah bukti :




Bukti : Sendu yang amat. Kahkah.

Mesti ada yang cakap, elehhh macam budak-budak. Lekat-lekat bagai. Ewwwwww I can't chewww.. Mohon pahami aku. Dulu zaman sekolah tak berapa nak colorful. Sebab favourite kaler hitam, sampai habis belajar dekat U pun masih minat hitam, boleh?? Haha. Kepala hotak berjambul dua sangat perangai dulu. Sekarang baru minat-minat benda shiny dan warna warni. Segar rasa bila tengok.

Once siap telefon ni dikerjakan, saya tengok rupa dah lebih kepada telefon yang dijangkiti virus diamond. Kalau permata tulen tidak apa, ini fake (- -") Ini namanya, nak cantik tapi end up berpenyakit. Err? Bought this 'virus' in Kaison, 1Borneo for RM1.90 only. 1 papan. Tapi tidak habis pun, tidak sampai separuh. Nanti buka balik pastu pasang lain, yang masih boleh lekat pergi lekat dekat dashboard kereta husband, boleh? Nangis husband kena buli. Nak biar, semak. Buka kang bini merajuk. Kahkah. Last-last buka balik sendiri. Bought another colorful beads from Mr DIY also in 1Borneo so bila-bila free atau saja nak hilang stress, boleh buat. Sekarang ni asal stress tahap menggelupur, tengok Runningman. Siapa sama, angkat tangan! Kerja gelak senyum-senyum kambing depan laptop. Kambing pun tak senyum macam tu. Bila asyik gelak, kreativiti dan otak semua tak berfungsi. Jadilah bimbo macam ni. Apapun tak boleh buat lol teori mengarut lupakan lupakan. For your info, koleksi episod Runningman dari 1 sampai latest 235 ibarat khazanah berharga dalam laptop ai. Once laptop hangkang, nangis ai nak download semua balik T_T

Masih guna telefon macam ni? Last December a friend from KL, Cuya come over to visit. Surprised she was tengok I masih guna telefon gini. Haha. Saya beli ni secondhand tahun lepas. Klasik atau ketinggalan zaman, be it. Yang penting waktu drive senang nak balas sms or even sambut call. Sms-sms dalam kereta, don't do this while you're driving kecuali anda boleh menaip tanpa typo tanpa tengok keypad telefon. 

Usaha : Failed. Tidak apa, tidak apa. Anggap saja percubaan dulu. Ambil feel :P
Share:

Saturday, February 21, 2015

Friday, February 20, 2015

Tragic




Berjuta kali aku dianiaya. Bertahun bersabar. How is it faking a smile dan sibuk berusaha melindungi diri sendiri. I am surviving. I am indeed FIGHTING to survive. And fighting to not judge myself by what others did to me. I have to keep telling myself, there is no excuse and it was not my fault because it's their choice not mine.

I know nobody understand what I'm saying and what I meant by all these.
Siapa faham, fahamlah.

Bila mahu mula memikirkan akan kepentingan dan kebajikan diri sendiri dan ingin bertegas pada diri dan emosi sendiri, orang kata 'BERSABARLAH!'. Kata-kata minda (yang aku sangkakan keputusan bijak) dimatikan dengan perkataan bodoh yang boleh mengelirukan keputusan, namun berhikmah - SABAR. Sabar sampai bila agaknya, aku persoalkan. Jawapan tetap sama - SABAR. Kemudian, bila berjaya memujuk hati ini untuk bersabar, orang kata dengan lantang - 'SAMPAI BILA! '. 

Nampak permainan di situ?
Either I do not understand the world, or the world itself confused me.




Belum jadi scar. Masih berupa wounds. I'm working on my magic.


*Sigh*
Share:

Wednesday, February 18, 2015

Shopping-bimbo

Here I am feeling random again. Bear with me.

Penyakit yang datang beberapa bulan sekali ni dah datang. Selama ni tergatal-gatal nak beli flight tickets but let's not do that, Fina. Flying is no more for this year. You have your target, remember? Tiket penerbangan yang start from RM18 per way per pax tu bukanlah masalah utama sebenarnya. Masalah paling utama adalah, kos trip tu. Lepas tu spesis suka cuti panjang-panjang more that one week. Demmit dengan penuh sopan santun.

Tapi ai adalah sudah tidak mampu menahan gelodak di jiwa yang membara-bara. Mengapakah dunia ini di hujung jari? Bukan otak di hujung jari? Kalau tidak, mungkin ada juga fungsi otak shopping-bimbo ini dalam menepis aktiviti tidak berpedoman jari-jemari *klik pay, klik pay* *confirm order, confirm order*. Sekarang belum rasa menyesal tapi bila barang sampai boleh jadi tiba-tiba gedik menyesal.

Btw I won't get them until cuti Chinese New Year end, well. (- -")

I bought myself another broadband, too. Kerana hidup ini yang bersifat nomad. Kalau duduk satu tempat saja, dah lama beli streamyx atau apa-apalah. Broadband portawifi Celcom (ini bukan iklan) suit me well. Kontra dari sebelum ni konon tamat saja kontrak setahun, nak tamatkan terus. Ya tamatkan, dengan mengupgrade ke pelan lain ahahak T___T

Online shopping dan broadband tadi hanya sedikit contoh. Sebetulnya, I bought lots and lots and lotsss of thing not only for myself but also to close family members. Even untuk kucing di rumah. Belanja banyak, kerja juga harus banyak betul atau tidak? Rasanya orang kuat belanjalah yang paling kuat kerja juga. Saya syak sajalah sebab saya begitu. Teori kampung-kampung.

Saya kategorikan diri saya sebagai cheapskate, tapi shopping banyak time sale lepas puas google/survey harga ha ha macamana tuh T_T

Got to go. Kerja kuat katanya.


 Cuba teka ni game apa? Siapa tau, kita sesungguhnya adalah geng! Wahahh!

Share:

Saturday, February 14, 2015

2 years and childless


 I am all alone today so masak untuk makan tengahari ala bujang. Setakat apa yang ada dan senang. Biasanya banyak masa sekarang spend with husband, kecuali if masing-masing sibuk kerja. Most of our free time actually waktu Selasa-Khamis waktu orang kebanyakannya sibuk kerja. Almaklumlah kerja kami ni menuntut kerja hujung minggu. Tidak sama macam orang lain. It means, bercuti pun kena ambil weekdays. We were supposed to fly to Bali by 10th February lepas, to celebrate our 2nd wedding anniversary (10th Feb) but I guess bukan rezeki kami kali ini.

It's okey, husband cakap perjalanan masih panjang lagi.

Pejam celik, rupanya dah 2 tahun kami berkahwin. 2 years and childless. Usia pun bukan muda. Wajarlah mungkin Allah belum memberi kami rezeki memandangkan kami yang belum bersungguh-sungguh. But few days ago, we talked about it. Kami pun mahukan anak. Pasangan mana yang tidak mahu. Namun mungkin ada hikmah mengapa masih belum ada tanda. Mungkin Allah masih mahu kami berdua menghayati makna perkahwinan kami, yang saya kira masih dalam proses penyesuaian. Isu anak kami jarang bincangkan kecuali last few days, but yet it was just a brief talk, doesn't even last more that 5 minutes.

Tidak seperti beberapa pasangan yang lain (mungkin), kami tidak begitu terasak dengan pertanyaan demi pertanyaan tentang anak. The biggest reason is because, I prevent myself bergaul dengan orang yang mungkin tidak memahami saya. Simple macam tu. But it works. Tak fikir sangat tentang anak. Lagipun sekarang tinggal with only husband and kadang-kadang pulang rumah di Ranau. My life hanya di keliling ibu bapa adik beradik, dan suami. Mungkin juga Allah masih mahu saya perbaiki kelemahan saya dalam menjaga hati dan kebajikan ibu bapa, sejujurnya saya sedang berusaha ke arah itu. Saya sesungguhnya masih belajar dan bertatih dalam menguruskan hidup sendiri. Ada hikmah atas semua yang telah dan sedang terjadi.

Insya-Allah, rezeki Allah tu datang pada waktu yang terbaik. ^^
Share:

Thursday, February 12, 2015

Tuesday, February 03, 2015

Airasia : Tips dapatkan tempat duduk dekat kalau tak beli seat

Good evening! :)

Few nights already asyik mimpi benda bukan-bukan. But alah perkara biasala tuh bila banyak benda berkecamuk dalam fikiran rightttt.. January have been a nightmare for me since all of our kittens, rupanya kena virus. And, saya tahu memang agak tidak masuk akal untuk saya yang sudah sekian lama menjadi pemelihara tegar kucing-kucing. Thing is, kittens biasa kami biar tinggal dalam rumah before cukup besar untuk kami lepaskan dalam rumah. But this time, kami biarkan kittens keluar awal so terdedah dengan macam-macam kuman, dan, salah satu lagi sebab adalah kami memang tidak pernah vaksin kucing-kucing kami. Seriously, a lesson learnt. So next time Fina, just pergi vaksinlah. Tengok kitten sakit adalah painful. Tengok diorang nazak mati satu-satu adalah lebih painful.

Anyway, kita balik pada tajuk asal. TIPS DAPATKAN TEMPAT DUDUK DEKAT KALAU TAK BELI SEAT. Soalan ni saya dapat dari pembaca yang google blog ni cari info pasal ni. Saya anggap pembaca ni merujuk kepada Airasia. Ini adalah salah satu soalan yang orang selalu tanya sebenarnya.

Banyak penumpang kos tambang rendah Airasia yang mengeluh, bila check-in dekat kaunter tengok boarding pass nombor seat lain-lain. Kalau beza setakat row yang sama or cuma di belakang saja, mungkin tidaklah terasa sangat. Tapi ada yang tidak bernasib baik contohnya suami isteri seorang dapat row tengah-tengah seorang dapat row paling belakang hampir dengan toilet. Permulaan cuti yang leceh dan tidak best XD

So, the one and only tips, if memang taknak beli seat (paling murah RM6 per standard seat), adalah dengan :

WEB SELF CHECK-IN / MOBILE SELF CHECK-IN SEAWAL MUNGKIN
(bermula 14 hari sehingga 1 jam sebelum perlepasan) 
*perlu register di website Airasia beforehand

Konsep macam beli tiket wayanglah. If lambat beli untuk filem yang memang ramai nak tengok, yang tinggal cuma single seat saja. That's why kena book awal. Dalam kes Airasia ni, yes you've already booked your flight without seat, so supaya dapat duduk bersama, make sure start 14 hari sebelum, terus self check-in to get your seats secured. Cara ini 80% berkesan. Another 20% depends on few cases regarding Airasia's seat auto-assign system. Lagi satu if flight yang bakal anda naik tu ramai penumpang dan rata-rata dah beli seat or check-in lebih awal dari kita. 

Prinsip dia senang saja. First come first serve. Jika nak duduk bersama, wajib 14 hari sebelum tu, terus masuk web or apps Airasia untuk check-in. If check-in dekat WEB, sistem Airasia akan send softcopy boardingpass ke email anda untuk anda print. If check-in dekat APPS, sistem Airasia akan bagi E-Boardingpass untuk anda tunjuk pada staff Airasia, kiranya paperlesslah. Saya cadangkan, check-in melalui WEB, sebab anda terus akan dapat copy of your boardingpass. Tinggal print saja. It would save so much hassle. Once dapat boardingpass, your seat number akan ada tertulis dan tahniah, you have all your members together in one place. 

Jika berada dalam big group contohnya 6 ke atas, cuba check-in dalam kala setiap group with at least 2 person supaya if in case 20 orang in a single booking tu tidak dapat duduk bersama pun, at least still tidak duduk berseorangan dengan strangers, bagi yang prefer duduk berteman.


Sekian, semoga bermanfaat! ;)

Btw, Airasia ada new ongoing promotion  Kota Kinabalu Sabah to Cebu Philippines for only RM89 depart and RM57 arrive (total untuk return flight RM146 only), and last year I actually learned that flights dari Philippines either Manila or Cebu terbang ke Seoul Korea adalah jauh lebih murah berbanding ambil flight Kota Kinabalu direct to Korea (actually bukan direct sangat sebab flight tu akan 'singgah' di Kuala Lumpur dulu that's why mahal). So saya cek flight Cebu-Seoul-Cebu and total 4-way tickets only (start from) RM563.70 per person. Such a bargain! Book now until 8 February 2015, and fly from 27 Mac 2015 until 26 Mac 2016. Unfortunately, I can't, tiada tarikh yang sesuai. T_T Because coming April I already have big plan, and on January 2016 I already booked tickets to Hong Kong for RM205 return. Paling-paling another big vacation at least start from end of 2016. Sabar Fina, the time will come hehehe. :P





1-DAY TOUR TO KUNDASANG, SABAH


Baek. Siapa familiar atau macam pernah tengok tempat macam dalam gambar ni dekat blog-blog, or dekat camera kawan yang baru balik dari Sabah, atau hasil carian dari google? Cer teka di mana?



Picture taken on 1st February 2015


Picture taken on 1st February 2015


Yes betul!
DESA DAIRY FARM
IN MESILAU, KUNDASANG


Orang yang datang selalu kata ;
"Macam New Zealand la weh!"
"Subhanallah cantiknya selalu nampak dalam gambar now tengok depan mata!"
"Sejuknya, tak expect langsung sejuk macam ni. Stokin tak bawak!"
"Itu ke Gunung Kinabalu??"
"Ni lah tempat paling nak pergi dekat Sabah. Alhamdulillah akhirnya!"
"Nasib baik ambik tour dekat awak, kalau tak, sampai sini memang tak tahu nak ke mana. Signboard tak tulis!"


ANDA BILA LAGI ;)

Saya nak perkenalkan satu private business tawarkan private 1-Day tour to Kundasang termurah di pasaran insya-Allah. Tempat yang bakal anda lawati termasuklah,
  • Rumah Terbalik (Upside-down House)
  • Pekan Nabalu (Nabalu Market & Observatory Park - another side of Mount Kinabalu)
  • Kundasang War Memorial & Gardens
  • World UNESCO Kinabalu Park & Timpohon Gate
  • Kundasang Market (sayur segar, keropok sayur, strawberries, flowers)
  • Jambatan Gantung Tamparuli (Tamparuli Suspension Bridge)
  • ... and if you're lucky, the clear view of the majestic Mount Kinabalu terus dari kaki gunung!
*bergantung pada masa dan kesempatan



KENAPA PILIH MEREKA?
  • Confirm tak sesat sebab dah siap ada driver
  • Tak payah pening kepala fikir nak plan percutian dan itinerari di Kundasang
  • Tak payah buang masa google ataupun datang tapi masih tercari-cari tempat mana nak pergi, makan dekat mana yang halal, memenuhi selera dan boleh dapat harga murah
  • Paling penting tiada kerugian masa sebab masa anda dah digunakan semaksimum mungkin
  • Semua dah diuruskan dan anda dan kawan-kawan/keluarga dapat menikmati perjalanan di Kundasang sepuas-puasnya
  • Paling penting sekali, harga yang murah dan berbaloi!



Whatsapp 01114811464 for current promo price! 
*they have very limited slot. advance booking required.*
Share: