Tuesday, November 24, 2015

Overthinking.

Where do I begin.

Baru start menaip, tapi sudah mula rasa untuk berhenti. Seriously, where do I start? Nothing interesting. Hari ni baru rasa betul-betul free, dan esok pun free. Dan lusa belum tentu. Actually, sudah tentu mungkin. Ada kursus. So tak free dah. Free or tidak free ni? Ahhh entah malas pikir XD


[i]
Airasia freeseats.
Saya adalah kuchiwa. Sebab apa? Sebab route from Kota Kinabalu semua naik harga. No new route, and route sedia ada makin mahal somemore which is wtf?? Excuse me but within KL dan domestic (semenanjung) route lain boleh dapat RM10, then why la too expensive just to go to Sandakan? Iskk. And route BKI - KUL sekarang RM99? How come? Kalau macam tu promo bukan freeseat lagi murah T______T Oh well what do I know right. Terima sajalah. Stress. Tapi, tahun depan saya dah penuh dengan travel plan anyway so just wait untuk 2017 punya dulu lah. Stress for nothing.


[ii]
Tari Kirana.
Yes I'm bringing back what once was my passion. This 28th got another show at hotel in 1Borneo KK. Belum update lagi details Tari Kirana ke mc majlis tu since I still have lots of thing going on. We're hiring new dancers, we're going to set up our own bamboo orchestra (boleh ke??), we're planning on monthly or once every 2 months showcase around Ranau and Kota Kinabalu (macam busking diorang cakap - just jump anywhere, set up a bit and perform lol), booth for fund rising etc. We already got one showcase at Donggongon coming up on early December. We also going to collaborate with new restaurant in Ranau (start tahun depan jika tiada aral melintang) untuk show tiap malam waktu operasi.


[iii]
ALANAH's Home.
New penginapan coming up. Family's. Maybe will try to set up small office there for KundasangTrips. And lepas ni untuk budget package, boleh letak guest di situ. I think tahun depan baru fully operating.


[vii]
Little friends.
The kitties, Dom and Daisy membesar dengan sihat alhamdulillah. And kucing-kucing yang lain saya nak letak semua dalam sangkar dah. Dom and Daisy's big cage also I want to give to the cats outside. Including kucing yang liar-liar tuh. If I can umpan diorang masuk sangkar lah kan. Reason is, anjing-anjing liar selalu kacau/buli, dan makanan pun selalu anjing-anjing tu yang habiskan. Tu macam tidak cukup makan dah kucing-kucing ai T_______T


[vi]
Diet.
Diet! Haha rasa mau tampar diri sendiri. Hari tu elok dah turun dari 65KG ke 57KG. Pastu naik balik sebab lupa daratan ke 59.4KG like wtf? Sekarang ni 58KG dah tapi ya ampun, banyak dah masa terbuang. Konon target new year new body wakakakkk. Okey takpa sempat lagi nih :)



And all in all, 5 benda ni just few small things going on in my life right now. I have bigger issues and bigger responsibilities to cope with, at this very moment. It's just that I didn't choose to share all about it here. Bye, til meet again. Entah bila XD






Share:

Friday, October 16, 2015

Entri tiada motif

I miss my blog. T___T

At least masih sedar yang diri ini punya blog so datanglah jugak kadang-kadang tulis benda merapik sini (asal ada muahahah). 

Tadi lepas kerja, plan siap dah nak pergi Segama di KK ni untuk beli barang penari. Yes tiba-tiba pulak minah ni mengajar menari balik kan. Kata hari  tu dah retire? Sebenarnya MEMANG dah retire, tapi lepas banyak kali dapat offer sebelum-sebelum ni, last-last ambil jugak offer ajar menari yang ini lepas terima ayat-ayat cinta lagi sayu dan menyayat hati dari mak (ugut pun ada jugak). 

So pergilah ai ke kedai lama dekat Segama yang jual macam-macam kostum untuk persembahan, TIN TIN ENTERPRISE. Dulu pun pernah ke sini beli barang tarian but that was years ago. Bertahun tak datang pastu ingat-ingat lupa lokasi. But jumpa jugak. Memang agak tersembunyi sikit. Saya tidak tahu kedai lain yang jual barang-barang yang kedai ni jual, so memang pergi sini sajalah. 


 RM12.90 price untuk sepasang (2 kipas). Semua colour pink. Colour lain macam hijau, biru gelap, kuning, merah pun ada tapi ni menarik sikit warna dia. So pilih yang ni.


Lepas tu jalan sepanjang blok tu menuju ke gerai-gerai jualan dekat hujung bawah jejantas. Singgah few kedai melilau-lilau mata ni cari palazzo, bajet dalam RM30 ke bawah, then jumpa RM25.90 kualiti okey. Then jumpa lagi palazzo lagi murah RM15.90 kualiti rendah sikit dari yang RM25.90 tapi still, untuk setakat buat show, still okey. Cari online paling murah RM35. Tu belum masung postage lagi. Rasa macam nak tepuk dahi sendiri, obses sangat cari barang online padahal kalau jalan sikit cari di luar, might jumpa yang lagi murah! Might come esok balik beli banyak-banyak.

Pastu pergi beli makanan gerai-gerai bazar bawah jejantas tu. Nak nangis dapat harga murah. Hinava setengah plastik dapat RM2 saja. Ni yang buat terharu nih. Come one, siapa jual hinava murah camni? Atau saya sorang saja yang rasa murah? LOL.

Hinava is one of the most popular of the traditional dishes of the Kadazan-Dusun, the largest ethnic group in Malaysia. It is a traditional salad of this culture made with pieces of raw fish mixed with lime juice, ginger, red onion, bird’s eye chili, bitter gourd and shallot. Preparation for this dish is fairly simple. The fish will not be cooked with a flame but with the lime juice instead, so all raw materials must be washed beforehand.

Yes I love Hinava sooo much! Datang Sabah trylah Hinava.
Okey tu saja muahahahahahahaah!
Share:

Saturday, September 19, 2015

Sometimes late at night.

I just finished my forever-tidak-pandai-habis-habis work so I think I want to stop by here just for a little 'hi'. Actually I intended to extend my blogging hiatus til October or lagi hebat til 2016 but tonight I just feel like writing so here I am. It's 1.33AM now and I should be sleeping sebab esok pagi supposed bangun awal to Kota Kinabalu tapi saya adalah terlalu {insert negative feelings here} to even close my eyes so.. again, here I am.

Err. I might as well bersiap dan directly drive to Kota Kinabalu right away once I finished writing this entry. Hahah. Dan sementara menunggu, boleh tidur dalam kereta. CRAZY.


Destinasi I cannot reveal now but some of them boleh agak di mana kan? XD


I really REALLY cannot wait for next year's trips. Tapi yalah, cerita kemain cannot wait cannot wait. Tapi lepas pergi updatenya tidak. Bosan kau ni (- -"). Trip yang 3 months and 2 weeks lagi tu one of my girl bff in KL might want to join so not going solo anymore I think heheh. Our plan, she touch down Kota Kinabalu few days earlier and jalan-jalan Sabah sebelum sama-sama fly untuk berdrywinter then selesai trip she go back to KL and I go back to KK. 3 more months to plan what and where we'll go in between. Seriously I can't wait! Things have been so painful lately T___T

One more thing, I cut my hair short. Very short. Last potong pendek gini rasanya time form 4. Like a mad woman.

*menguap*

Okey rasanya sampai sini dulu. Few more hours to sleep before ke KK. Bye. Zzz.
Share:

Thursday, August 27, 2015

27 Ogos 2015

My blog now back to normal again.

Sadly, muka sekarang adalah seperti mak .. okey upgrade sikitlah. KAK LAMPIR. Rambut kusut masai, mandi nda dari pagi (ya ko sorang saja wangi orang lain semua busuk kan (- -'), makan nda sempat rasa macam dua hari suda tidak makan, kain terbengkalai, Dom dan Daisy masih menunggu masa untuk dimandikan. Dengan berbulu mata tengok dua orang sibling sebelah bilik tu tengah bersiap buat recording baru. Berbulu woi. Tapi berbulu pun tapi buat hari ini adalah tidak berminat berbuat apa selain menselesaikan kerja yang ada ni.


Habislah ini malam kena gunting rambut time tidur sebab pos ini gambar :P


All of us the 5 sibling semua memang suka menyanyi (merdu tidak merdu belakang kira). Cuma yang adik lelaki sorang di belakang tu lain sikit. Suka compose lagu + his friends ada yang buat lagu. For fun. Macam underground-underground gitu. Agaknya. Tapi yang sengalnya sebab tak pernah ajak pula kami merekod dengan dia kann HAHAHA. Ceritanya tiba-tiba adik perempuan ni merekod lagu, sebab dulu pernah jadi background singer salah satu lagu diorang buat. Then bila siap, diorang tertarik dengan suara dia ni. So cipta lagi untuk suruh budak ni nyanyi. Hah. Free-free orang buatkan lagu. 

Tapi ko tak dengar lagi suara ai. Nangis 44 hari kau. Sebab merdu yang hamat. Ada ONG. Masalahnya bukan ong as in Chinese. Tapi ong lain. Ong apa? Ong Ong as in bunyi katak. Wakakakkk!

Dom dan Daisy. Perasan tidak saya ada sebut tadi? Ni new kitten adopted, nama canggih sikit kali ni. Yang jantan Dominique (sebab I suka tengok french bf Michelle Phan nama Dominique tuh) pastu yang betina nama Daisybella sebab I suka bunga daisy. Gambar nanti say pos sini, sebab malas rasa mengtransfer gambar-gambar sekarang ni. Sempat transfer gambar atas ni saja. Lepas tu malas. Okey yang ni memang malas buat masa sekarang. Tapi buat kerja lain ai rajin. X)

Actually by the time I'm writing this post, my work di laptop already done 100% after 2 days. Time to shake it shake it bersihkan bilik, cuci kain yang tidak berapa melonggok (kali ini) itu, isi perut, bagi kucing makan, MANDI T_T etc. Terlanjur merendam kain, terpaksa cuci juga. Kalau tidak, 3-4 minggu baru basuh kain HAHAH.

Alright! Nanti ai datang merepek-repek lagi. Bye. ;)
Share:

Tuesday, August 18, 2015

Can I not care?

Ai adalah sangat pemalas melaundry orangnya. I will do it, like, sekali sepanjang 3 minggu. First step tu macam, 90% siap HAHAH. Sebab asal start buat, buat sampai habis, buka cadar buka selimut. Selimut bukan satu, tapi sampai 3. Cadar sampai dua yang jenis tebal tuh. Bantal pun banyak so sebulan sekali cuci sekaligus semua, maybe that's why malas dia lain macam. Sebab kena cuci semua sekaligus! Dan akan ambil masa 2-3 hari untuk setel semua. Basuh + pewangi + jemur + kering dan lipat (or pasang balik). Wahaha. Apa ni buli diri sendiri. Dan kali ni lagi hebat kerjanya sebab kena extra work sikit sebab baru adopt two new kittens (hopefully tidaklah mati macam kes sebelum-sebelum ni kalau tak mau meraung T_T). Ya kittens. Bukan baby manusia. Baby cat! 

Apapun dua tiga hari ni gembira sebab akhirnya sistem jam badan berpusing pada paksinya, di mana, mata mula mengantuk sekitar 10PM dan bangun 5AM. Sebelum ni? Serupa vampire. Bila bangun taknak tidur, bila tidur taknak bangun. Serupa orang tiada pedoman. Tidak apakan sekali sekala. Sob. Ikutkan hati memang binasa jadi dia. So mesti kuat. Kalau tidak mahu kuat, then mahu jadi apa? Hantu atau buaya? Tiba-tiba.

Ya Allah sampahnya tulisan. Sabar sajalah. Sekurang-kurangnya ai update benda non related to feelings. Kang cerita pasal feeling 77 muka surat macam biasa buat waktu remaja dahulu kala, muntah darah 40 hari 40 malam pulak. Zaman tu sudah lama tinggal. Welcome to real life. But I would love to read them sometimes anyway hiks. 




But.
May I ask?

Kalau sedih, perlukah kita menangis meraung tarik biar koyak kulit kepala tunjuk orang betapa sedihnya kita. Tak boleh senyum. Tak boleh ketawa. Tak boleh ceria. Tak boleh, tak boleh. Kena menangis sepanjang masa kalau tak kau tak cukup sedih macam what the fish? Aku rasa blog ni pun dah sinonim dengan tangisan. Tangisan is a friend to me. I jakun dengan laughters, so please, let me laugh sesungguhnya sebab ai adalah tidak tahu bila lepas ni ai sambung menangis, paham? Being strong is the only choice I have anyway. And what kind of strong is it if I keep on crying? Then let me laugh, okey? Jangan buat macam ketawa itu satu kesalahan. Jangan buat saya rasa bersalah untuk merasa sesuatu yang bernama ketawa (apakah). Because obviously you made me cry too much, so let me happy on my ownnnnnnn @_@ k cukup nanti meroyan.

Sabarlah kalian, sesungguhnya sabar itu indah. Berindah-indahlah kita sebelum blog ini membongkar satu persatu tentang apa yang saya bebelkan ni. The time will come. The old Fina Sophie might not come back anymore, but next thing you know, you'll be saying HI to the more-pain-in-the-ass me.

Takut tak? K tak cukup samseng! XD
Share:

Wednesday, July 22, 2015

Rawat anak kucing demam selesema

Hari ni bosan. Yes bosan. Apahal bosan waktu tengah dalam festive season? Life yang bosan atau diri sendiri yang membosankan? Bosan tak malas takpa. Bosan pastu tambah dengan malas, sudahnya berakar dalam bilik lah jawapnya. Main key is, bosan + malas. Anyhow, just a few updates setakat raya keenam nih. Most of my time, actually jaga kitten sakit. Jom ramai-ramai salahkan cuaca. Siang hari panas, malam sangat-sangat sejuk.

Day 1
Sehari sebelum raya (puasa terakhir)

One of my baby cat diserang selesema. Padahal malam sebelum tu semua okey. Aktif macam biasa. Makan macam biasa. But, most probably sakit dapat dari her own mother, tapi mungkin juga sebab pegang kucing dekat luar (baru sembuh dari selesema tapi virus still bawa) pastu lupa sanitize tangan before pegang babycat. Demam + selesema. To make it worse, hidung tersumbat. Result, hilang selera makan. Berat drop few grams. Takut tengok drop tu. Ni belum vaksin pun sebab berat tidak cukup walaupun umur dah layak dapat vaksin. Saya berabis naikkan berat badan but bila sakit, drop macam tu saja. Isk. Lucky ubat-ubatan baru restock so tidaklah gelabah sangat cuti perayaan ni vet or jabatan haiwan tutup. Dalam hati cakap. macam tidak beraya saja tahun nih? HAHA.


Day 2
Raya pertama

Stay at home. Taking full care of the baby. Pagi petang siang malam buat macam-macam. Keep him warm. But not too warm. Sebab dia selesema. Kena warm-warm. Tapi at the same time, demam. Tidak boleh warm sangat. Faham tak faham tak? Saya pernah terbaca kucing if demam, jangan selimutkan macam kita buat pada manusia nanti tambah kepanasan. Not good untuk kucing. Bagi minum dan minum dan minum through syringe walaupun asyik ditolak. Tapi paksa juga. At night saya wapkan dia untuk hilang selesema tapi nervous takut effect demam dia. Satu badan dah start lebam. Terus off wap, buka tingkap luas-luas bagi fresh air. Kebetulan angin sejuk sangat. Mula-mula dia cranky so bawa dia berdiri dekat tingkap rasa angin yang dingin sepoi-sepoi bahasa tuh, terus dia calm down. Sambil wrap half of his body guna selimut yang warm. Then usap-usap hidung dia bagi at least kurang sikit selesema. Kesianla.. Sampai bernafas guna mulut. Sampai saya sendiri tertidur time usap hidung dia HAHA. Rasa macam getting worse T_T


Day 3
Raya kedua

Seharian dekat dapur tolong mak ada family day sebelah ayah, kebetulan tahun ni jadi tuan rumah. Turun naik bilik tengok-tengok babycat sambil pujuk dia makan. Sampailah pada acara malam hari (family day) asyik risaukan baby kucing dekat atas. Setel dalam tengah malam. Continue jaga. Badan still panas lagi. Tapi dah ada interest pada makanan (thanks pada B Complex!) dan dah boleh jalan. Tapi selesema masih lagi. Dah better than hari pertama dan hari kedua sakit.


Day 4 dan seterusnya
Raya 3 - 6 (current)

Getting better and better. Selera besar dah back to normal. Every one hour nak makan. Makan, makan, makan. Bila nak makan, boleh tahu bunyi dia macamana. Ek ek ek ek ek ekkkkk maksudnya mintak kesian nak makan la tuh. Kalau susu dia habis mak dia tolong tibai pun, macam tu. Mengadu ek ek ek ekkkkkkk nak susu. Takpalah nak, kali ni ai layan. Nak bagi cukup berat nak vaksin T_T




What we can do :
  • Bagi antibiotik (0.3ML) dan multivitamin (1ML) dapat dari klinik haiwan (tiap hari)
  • Bagi makan Transfer Factor (TF) half capsule untuk immune (tiap hari)
  • Bagi vitamin B Complex sebiji sebab ai realize dia tak selera makan (2 - 3 hari pertama saja sebab lepas tu selera back to normal)
  • Sebab dia tidak mahu makan, at least ada tenaga dalam badan. I bancuh air glukos sukatan 200ML air : 2 sudu makan serbuk glukos. Feed 1-2ML every 2-3 hours (hari pertama)
  • Second day saya tukar glukos dengan air 100Plus pula. Untuk bagi kebah demam. Feed 1-2ML every 2-3 hours. Yang ni saya buat sehari semalam, demam sembuh. Maybe kesan dari ubat juga (second day til demam hilang)
  • Biar dia menyusu susu ibu (tiap hari). Tapi since dia ni dah 2 bulan lebih, biasa time ni mamacat dah malas bagi susu sangat.
  • Jadi untuk susu tambahan (sebab dia belum mau minum plain water T__T), saya bagi Hi-Goat dan bancuh bagi dia minum suam-suam. Susu lembu tak boleh sebenarnya sebab laktosa tinggi nanti cirit birit tapi pernah feed kucing stray baru lahir takda ibu dengan susu lembu Dutchlady low fat. dah terpaksa. lucky, okey. membesar bagai juara. Kena susu kambing juga. Susu kambing lain saya pernah bagi tapi, Hi-Goat mungkin sedap sebab so far kucing-kucing saya semua suka. Pernah bagi susu khas untuk kucing, tak dapat sambutan yang menggalakkan. Maybe saya tidak pandai pilih jenama tapi satu hal pula cari jenama yang diorang suka ehekkk tak kuasa ai. Buang masa buang duit. So if I have to, biasa memang Hi-Goat la, lagipun senang cari. Ranau ni dahlah klinik haiwan tiada, petshop lagilah tiada. Biarlah diorang jadi kambing pon.
  • Sup rebusan ayam. Google cakap baik untuk kucing selesema dan tambah selera makan. Actually sejak start nak tambah berat dah start bagi sup rebusan ayam. Baru selera dia makan bertambah. (tiap hari til dia start makan balik)
  • Daging ayam rebus. Paha ayam. Sebab part ni berlemak sikit, bila rebus memang sedap. Insya-Allah naik selera makan kucing. (tiap hari hidang, tapi 4th day baru dia sentuh sikit-sikit. Sekarang dah start makan kitten kibbles)
  • Kerja saya kejap tutup kipas, kejap pasang kipas tapi if pasang pun setakat kelajuan 1 or 2. Tapi buka jendela juga sikit at least ada pengaliran udara segar
  • Tukar dan bersihkan tempat tidur
  • Before sleep saya bagi DMG pulak. Sebab dia ikut saya, malam (tiap hari)
  • Untuk wap pula, saya just guna electric jug (heater), bukan kettle ya. Pastu selubung kucing sekali dengan heater dengan air yang sedang mendidih (buka penutup) dalam sangkar, selubung dengan kain. Rasanya dalam 5 minit saja saya buat. Pastu saya off.
  • Whole time bagi dia rehat dalam carrier yang warm. Tak kacau sangat supaya dia boleh rehat secukupnya tanpa gangguan. Tapi selalu juga curi-curi tengok senyap-senyap to make sure he's okey inside there. Kadang-kadang dia cari tempat tidur di luar sangkar, so saya biar. Kalau dengar hidung dia macam tersumbat or dia curl lebih sikit sebab kesejukan, saya selimutkan dengan selimut dan kurangkan kipas
  • Saya ada juga letak vicks untuk blocked nose dan letak di kedua-dua cuping hidung dia tapi secalit kecil saja.
  • Pagi-pagi jemur sekejap bawah matahari, ambil udara segar dan bagi tengok kucing dekat luar. Untuk kurangkan stress, dan trigger interest dia tengok nature. There's something about nature yang tak pernah kita bosan tengok kan? Berminat dia tengok kucing lain. Entah mungkin selama ni dia ingat dia dan mak dia saja kucing yang wujud di rumah ni. Hah tengoklah nak, berapa banyak kucing berkeliaran dekat rumah ni, tapi sebelum vaksin, tengok dari tingkap sajalah yaa.. (tiap hari)
  • Saya ada wapkan dia sekali, untuk cairkan hingus dalam badan dan hidung. Tapi saya buat sekali saja. If nak buat wap-wap pada kucing, make sure jangan panas sangat. Bahaya untuk kucing. Nanti dapat hyperthermia (heat stroke)
  • Yes, I did try to play with the babycat. Acah-acah dia see if dia respon. Kalau respon, dia getting better la tuh. Lagi satu untuk lift up mood dia.
  • Google cakap, kucing yang sakit macam manusia juga, nak perhatian. Jangan tinggalkan sorang-sorang. Kalau saya tidur pun, saya make sure dia boleh nampak saya dari tempat dia baring. Nasib baik juga kalau saya ada kerja, mak dia (salah satu stray cat yang lahir-lahir takda mak, yang kami bagi susu dutchlady yang saya cerita tadi) ada jaga sebab mak dia ni jenis clingy, taknak tempat lain, mesti rehat - tidur - makan di bilik saya. So ada teman juga anak dia di bilik.
  • Precaution : Sebelum pegang anak kucing yang sakit tu saya sentiasa sanitize tangan dengan dettol. Pastu, tempat tidur dan main kucing (tempat tinggal) saya selalu cuci dengan Clorox (berkala) untuk make sure kuman/virus tidak hidup situ. Ya when it comes to kittens, memang saya hati-hati lebih sikit. Learnt lesson the hard way. Setakat hari ni, lebih dari 20 ekor anak kucing sakit dan mati dengan keadaan menyedihkan sebab kena virus parvo sekitar rumah. Sakit hati, sedih, nangis-nangis tuh jangan cakaplah. Walaupun setakat selesema dan demam, tapi tidak sampai hati tengok. Ada anak nanti mesti jadi mak-mak paling protective ni HAHA
  • Ada satu benda (tapi saya tak buat sebab tak dapat cari), bagi minum air kelapa untuk tawarkan kuman dalam badan
  • Lagi satu, Scott Emulsion. Orang rekemen, tapi tidak sure apa khasiat dia untuk kucing. Rasanya untuk selera makan.

Cost :
  • Antibiotik dan multivitamin saya beli dekat vet di Kingfisher (Kota Kinabalu) RM10 each. Biasa if beli ubat, dapat percuma picagari. Minta extra lagi without extra charge. Picagari penting juga, kalau tidak macamana nak bagi ubat dan forcefeed.. ;)
  • Transfer Factor RM70 untuk 20 biji.
  • DMG beli dari vet Century Animal Medical Centre at RM70 something. Ni price if beli satu-satu. Saya hari tu beli ubat sampai cost around RM290 then dapat diskaun bayar RM220 saja termasuk DMG, B Complex, ubat diarrhea, multivitamin, test virus dan suntikan. Dapat percuma picagari juga.
  • Glukos dan 100plus
  • Dada ayam. Pastu isi dan kulit dia potong kecil-kecil.





Saya langsung tak bawa vet / jabatan haiwan kali ni. Bergantung semata-mata pada home treatment saja. Kalau boleh jangan buat macam saya, sekurang-kurangnya mesti hantar ke vet juga. Cuma kebetulan time ni cuti raya dan tempat saya tinggal memang tak ada vet, vet terdekat adalah almost 3 hours away. Jabatan haiwan saja yang ada, dalam 8 minutes saja dari rumah. Sebab tu saya standby siap-siap ubat dalam simpanan termasuklah first aid. Tak sure dalam banyak-banyak yang saya buat tu mana satu yang betul-betul berkesan. Mana-mana yang saya baca di google, mana-mana yang saya boleh buat, yang saya rasa logic dan boleh terima, saya cuba buat. Yang penting sudah kembali sihat alhamdulillah.
Share:

Monday, July 13, 2015

Pain does that to people.

So kita dah lebih halfway 2015 ni, and I didn't write as often here contrary to what I promised before. Sorry. But life's been too crappy, it's not worth writing. I don't want to remember them all either, so what the hell.

Despite it all, minggu ini ai adalah produktif yeay! Been ages since I want to finish it, and in two days semua selesai. Happy gila. Saya off untuk bulan ni untuk fokus beberapa perkara dan ada beberapa perkara juga saya dah start secara konsisten and alhamdulillah so far everything went well / well organized. Moga terus istiqomah. Lepas ni dah boleh senang hati meng-hectic-kan life sendiri. I juga try to bring back my old childish hobby, as people might call it, but I call it as THERAPY. Writing and cards and other merepek thingy. Contoh macam ; Hias buku quote / to-do list letak sticker-sticker, berjiwangkarat, dan maybe ; tulis blog dengan ROJAK MELAMPAU. Kahkah!! Whatever, Fina. Whatever.

 Indifference (apathy), means, not giving a damn.



People care because they love. People still care even if they hate. People can still love even if they hate. Hate is just love that gone bad. Sebab tu di dunia yang apalah sangat ni, wujud orang beridentiti HATER. They hate you, yet they still bother their ass judging your personal life. Then apa opposite bagi love? Yes, indifference, indeed. Because that's when people no longer care. Tak penting, tak kisah, tak peduli, kau siapa. Simply. HAHA. And to some people, it doesn't always mean they never care. Those who no longer care, they once cared too much.

Selamat bersahur.
Share:

Wednesday, July 08, 2015

The 'Mews'. :)

Wanna see my desktop picture? Since I'm a cat loverrrr.. ;

Rasa sweet, cute, dan nak gelak saja bila tengok. Because I have the same exact one here acting like a boss, the whole place only for his tiny self. Gewammm HAHAHA hambik dah keluar bahasa baby. Tapi jangan mintak screenshot desktop ai, sebab penuh dengan folder dan file. Sudah kemas, tapi tidak sampai seminggu, semak balik. Kemasnya tiga bulan sekali. Heh.

Okey alright that's all, sleep well and happy puasa!


The better I get to know human, the more I find myself loving animals.
Sometimes in life, the best thing for all that ails you has fur and four legs.
Share:

Monday, July 06, 2015

July Update

Assalamualaikum its July! Ehem macam biasa update-update saja terus mode perasaan rindunya pada blog.. rindunya tulis blog.. Then lepas siap tulis satu dua entri terus senyap lagi barang setahun dua HAHAH. Sedih blog terbiar dua bulan. Mau cakap busy tuh, hmm.. Sebenarnya bulan Ramadhan ni antara bulan yang saya rasa sangat releks walaupun boleh tahan juga kerja asyik pada meja dan laptop. Disember mungkin bulan fevret saya, tapi pada saya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling menenangkan sekali. Alhamdulillah.

What I've been doing, what happen, where I've been, what etc etc during these 2 months? Not much to talk about I guess, but just let my mind wander, can we?


(1)
ONE of my dear cat died. I should have learnt from my previous mistake, and now I learn it the hardest way. He's just a kampung cat, bulu warna kelabu, sebelah mata kanan blurred (hampir buta). I found him abandoned by her mother (probably died) along with his 2 other siblings when he was sooo little. Rasanya dalam 3-4 weeks. His other siblings didn't make it, but he did. That's why I named him Fighter. All these while he plays alone, befriends and sleep with only himself and me. He's so healthy and active and clingy until he's diagnosed with a decease. He died almost 3 weeks now tapi masih sedih. Cried at nights, cried on every attempt to wash his cage because I have no strength. Half of me still feel his presence. Isi dalam cage semua masih dalam kedudukan asal, macam dia masih ada. How in-denial. Sebab tu sampai sekarang belum mampu cuci cage dia. Cried when I'm doing my work on the desk. Cried when I see his carrier. Cried and cried and cried and now that I'm writing this entry, I might end up burst in tears anytime now. I miss him. I really do. T_T

This was really me especially during the night I realize he won't make it, and during the nights after that, when he stopped breathing. I'll see you in heaven, Fighter.


(2)
GEMPA 5.9 richter scale (initially kami anggar sampai 7 sebab kuat sangat sampai nak bangun/berjalan pun hilang kawalan). In my hometown where I live, Ranau. This supposed to be the first thing in my mind when writing this entry but honestly it came second after my dear kitten hm. Wikipedia (refer here) tulis it last for 30 second. Tu pun dah rasa ngeri habis! Because I know if something happen in such a short time, where can I run? 7.15am tu saya masih tidur lagi tapi terjaga sebab gegaran terlalu kuat. Bangun dari katil pun tidak dapat. Teriak la jugak. Alarm kereta dekat bawah pun bunyi dah. Time tu memang minda dah register it's earthquake. Sudahlah bilik di tingkat atas. Tak turun terus, benda terlalu cepat. But still turun lenggang kangkung (ceh) keluar. Lepas tu macam tiada apa-apa dah, so naik lagi. Then tiba-tiba ada lagi (aftershock). That is when I know something is strange. And we here in Ranau keep experiencing the aftershocks, even until now. 3.5, 4.3, 4.5, 2.6 etc etc. So far dah 100 - 110 aftershocks. Boleh bayang tidak macamana perasaan kami di sini. I started to think our world here is really going to end. And the most scary moment was 1 week after the EQ, a quite strong aftershock at 5.2 s.r at around 2AM. Time tu memang shaking habis.

But the trauma is nothing compared to those who have been killed. As we all know Gunung Kinabalu terletak di Ranau. Setiap hari tidak lekang dari pendaki. 7.15am tu masa untuk pendaki-pendaki turun dan siapa yang dah mula perjalanan turun, ... :( Sebab gegaran tu datang dari Gunung Kinabalu, gegaran di sana lebih kuat terasa. Gegaran tu buat bongkahan batu-batu besar jatuh dari atas gunung ke bawah dan langgar apa saja yang ada. I guess, yang sedang turun tu tidak ramai yang survive. Dan ada salah seorang dari mountain guide yang terkorban dalam usaha melindungi 2 orang pendaki. Sebak sangat waktu baca cerita tu. Here's one of the link : http://www.siakapkeli.my/2015/06/malim-gunung-joseph-selungin-terkorban.html

This ain't the first time Ranau experience benda ni. I remember back when I was little, tahun 1991. Reported 5.5 s.r. Then pada awal tahun 2014.  Reported 4.7 s.r. But 5/6/2015 melakar sejarah paling hitam pada kami warga Ranau.


Just taken. View from my desk.
*sorry tingkap tu I plan to clean it later bila rajin :P*


Awal July baru-baru ini, lalu Kundasang dari Ranau ke Kota Kinabalu. Sebenarnya dari Ranau pun boleh nampak gunung dah, boleh nampak dari tingkap bilik lagi. Sengaja letak meja berdepan dengan tingkap bilik. But dekat Kundasang lagi clear nampak gunung. Really. Gunung dah tak cantik, view dah lain. Luka sana sini. It sadden me. It sadden us all.



(3)
FEW days after the EQ, husband and I went to Kota Kinabalu. Jalan-jalan bermalam. Orang ramai mention tentang Sans Andreas yang baru keluar wayang. Opening filem tu buat ai goosebumps jap sebab it's exactly what I dreamed of few nights back before the EQ! The part where the young    girl was driving I don't really believe in such things but honestly I feel a little bit weird. Don't you?Oh well. 

Scene dalam San Andreas.
Sumber google.


(4)
UNFORTUNATELY flight saya ke Cebu dari Kota Kinabalu dah terminated oleh Airasia *read the details in the picture below*, so I guess untuk tahun ni no more jalan-jalan sebab plan tu pun cancel. Well nevermind. I have bigger issue to handle til end of this year.



(5)
I BECAME forgetful. And not that good in words, anymore. Selalu rasa susah cari perkataan yang sesuai. Kadang-kadang time tengah bercakap suddenly I stopped and trying hard to remember what I was talking about yet I never regain back my memory. I keep my thing and in just only seconds after I forgot where I put them and took hours for me to find it back accidentally - usually when I already give up. I 100% depends on my to-do list otherwise, I'll not do anything in a day. I got confused alot. And lots more it make me scared of myself... 

(6)
BUT tahun depan dah ada 4 trip booked. Two of them are solo trips. 1 tu belum beli flight lagi thats why tak masuk dalam list lagi, but will buy insya-Allah. Still dalam Asia Tenggara saja lagi

(7)
I'M DIETING! Tapi reaksi family biasanya YALAH TU. Kahkah. Anyway I lost almost 5KG already now, tapi bulan puasa ni slow gila turun dia. Why eh? Saya syak sebab jarang minum air. Sebab makan seriously tak banyak pun. Or maybe sebab saya cuma makan sekali which is waktu berbuka saja. Sahur memang tak makan. Teorinya, jarang makan pun merendahkan metabolisma badan so proses penurunan jadi slow. Diet waktu hari biasa adalah lebih baik nampaknya.


Other than this, I guess nothing much. I got to go. ;)
Share:

Tuesday, May 05, 2015

Monday, May 04, 2015

Transit in Penang

Day 8 : Transit in Penang
Previous Entry : Hatyai to Penang


Kami turun di Komtar sekitar 3PM dan ambil teksi ke hotel kami di Armenian Street Heritage Hotel at RM12. Rehat-rehat sambil admiring the room.

Just to remind. This trip was on June 2014. Do check my sidebar under 'Plan A Trip With Me'. Actually jika ada siapa-siapa nak ikut/bawa saya berjalan, you can always ask me in case I have the time. But please note I am only available during working days, sebab hari cuti / school holiday / weekends saya sibuk urus trip orang, but if betul-betul nak, kena plan way ahead so that I can block the date. My time is flexible. ^^

Aktiviti malam tu, kami ke Komtar. Masuk mall area situ. Tidak silap, kami masuk 1st Avenue Mall. As per requested by Dana. Kali ni jalan kaki saja. Sebab tidak jauh pun. Only few minutes away. Actually kami pergi awal sikit waktu masih cerah, sambil-sambil tu saya take a few glimpse at the buildings along the way. Time tu memang fall in love terus. No wonder masuk dalam list UNESCO World Heritage Centre. Walaupun ada merancang nak pergi Penang Hill untuk night view, tapi saya memang tak larat dah. So last day masa untuk istirahat. Ke 1st Avenue Mall jalan-jalan, makan Nasi Pulut Mangga for the last time (sedap!), dan pulang sekitar 9-10PM rasanya sebab banyak kedai tengah bersiap nak tutup time kami keluar. Jalan kaki pulang.


Ihsan Google lagi XD

Malam tu kami packing one last round and have a good night sleep. Esoknya flight kami balik ke Kota Kinabalu jam 10.25AM, so kena gerak dari hotel around 8AM (perjalanan dari Georgetown ke airport sekitar 45 - 60 minit bergantung trafik).

End of Day 8.


Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
Taxi from KOMTAR to Armenian Street Heritage Hotel RM12.00
Armenian Street Heritage Hotel RM127.59
.........................................................................................
TOTAL : RM139.59 (RM69.80 seorang)
.........................................................................................
Share:

Armenian Street Heritage Hotel, Penang

Armenian Street Heritage Hotel, Penang
23-24 June 2014 (1 night)
RM127.59 per night Double Room
Booked via Booking.Com

Armenian Street Heritage Hotel. Susah sikit nak cerita pengalaman sebab gambar memang tiada ambil langsung time ni although our stay here was lovely. If you wish to see the picture you might click this link ; Armenian Street Heritage Hotel Official Website. The best hotel we've stayed since night 1.

Price mahal sikit, itupun during promo. RM127.59 for 1 night.

The hotel is actually part of the Tune Hotels group. But you won't find Tune Hotels logo here unlike the regular Tune Hotels maybe because it's more expensive. Konsep jauh berbeza dengan konsep biasa Tune Hotels so no worries. Heheh. And it's actually NOT located in the Armenian Street. However, it is just a stone throw away from the end of Armenian Street, on the corner of Carnavon Street. 


Ihsan Google (tq!)


Konsep dalam ni macam old English Penang. A touch of vintage, but modern looking. I LOVE this hotel so much I feel like I want to come back again soon at least for 2 nights! Seriously. Well, I did come back 8 months later tapi tidak duduk hotel ni pula sebab bajet. Next nanti kita cerita tu. Bye! :P
Share:

Hilang

Saya.. Saya sebenarnya tengah upset. Sebab sebahagian besar saved password untuk entri-entri dalam blog ni HILANG! T______T Sebab saya gune encrypted code, sangat secure tahap kalau penulis entri tu sendiri hilangkan password, memang takkan dapat buka lagi dah. Sayang betul sebab most of my protected entry adalah entri-entri penting dan sangat personal.

Must be waktu buang drafts tidak releven beberapa bulan lepas.

Okey bye T_T
Share:

Thailand - Hatyai, June 2014

Share:

Hatyai to Penang

Day 8 : Hatyai to Penang
Previous Entry : Membeli Belah di Hatyai



Tiba hari terakhir kami di Thailand setelah 5 hari. Juga hari ketiga di Hatyai, dan hari ke 8 untuk the whole trip. Esoknya flight kami dari airport Penang kembali ke Kota Kinabalu awal pagi maka mehlah kita balik ke Malaysia pagi ini cewah. Berkemaslah dan bersiaplah kami adik beradik awal pagi. Turun makan tengahari just few blocks away dan cari office tour agent yang berlambak jual tiket pengangkutan transfer ke Malaysia. Sebenarnya tidak perlu cari, mana-mana mesti jumpa. Merata-rata.

 Kami ambil van sebab ;
Driver boleh pickup from hotel
Masa dekat immigration kurang sebab lesser person, that means, tidak banyak masa terbuang
Bila sampai nanti, oleh drop off di mana-mana nak turun, termasuk if nak turun dekat mana-mana hotel

Do not take van if ;
Pentingkan keselesaan sebab seat kecil, tidak macam seat bus
Banyak luggage


Price : Lupa. But for us two tidak sampai RM100. Mungkin 400 baht seorang (dalam RM40). Our big luggage supposed kena extra cas tapi nasib baik driver tu tidak cas. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam macam tu. Gambar di atas ni gambar waktu di atas Jambatan Pulau Pinang, the only picture I've taken during day 8 XD

End of Day 3 in Hatyai.


Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
Minivan from Tune Hotel Hatyai Thailand to KOMTAR Penang THB800 (RM80)
.........................................................................................
TOTAL : RM80.00 (RM40.00 seorang)
.........................................................................................
Share:

Saturday, May 02, 2015

Tune Hotel Hatyai, Thailand

Tune Hotel Hatyai, Thailand
21-23 June 2014 (2 nights)
RM47.00 per night Standard Double Room Promo Cozy Package
Booked via Agoda


Before I forgot. Recently they change the name to Red Planet Hotel Hatyai (rasanya management pun tukar sebab hotel tiada dalam list cawangan Tune Hotel dah). Time kami masuk, masih guna Tune Hotel Hatyai.

Got this from google


Getting there was easy. Kebanyakan tuktuk / songthaew drivers tahu. You just tell Tune Hotel. Uncle Tony is so successful that Tune Hotel is everywhere around the globe. Setiap tahun ada saja buka cawangan di serata dunia. Biasa Tune Hotel adalah pilihan terakhir tapi if pergi Hatyai lagi, mungkin akan book sini lagi, tu pun kalau dapat harga promo lagi. Sebab sangat puas hati dengan bilik dia. 


Map saya dapat dari Tune Hotel :


Tune Hotel Hatyai : Highlight Biru
Lee Garden Plaza + Night Market : Bulatan Pen Biru
Central Festival Mall : Bulatan Pen Hitam paling bawah
Khlong Hae Floating Market : Bulatan Pen Hitam paling atas


Near Central Festival Mall is Hatyai Bus Terminal. Tempat kami mula-mula turun dari Krabi. Mula-mula turun, straight away cari songthaew ke Tune Hotel. 60 baht for 2. Kami maybe dapat harga tinggi tapi malas nak haggle, diorang pun cari rezeki juga. Halalkan saja setakat few ringgit. Check-in was very easy, alhamdulillah dipermudahkan, walaupun tunggu lama sikit sebab ada mat saleh tengah tanya direction ke klinik/hospital berdekatan. Walaupun ada 2 receptionist. Saya dah bayar siap through Agoda so urusan di kaunter untuk verify sahaja. Lagipun masa check-in dah sampai.

Saya tidaklah expect lebih-lebih sebab, tahulah Tune Hotel kan just provide benda basic. Saya dah few times menginap di Tune Hotel Kota Kinabalu, ada menginap di Tune Hotel dekat JB. Tune Hotel Downtown Penang pun ada. Tune Hotel Legian di Bali pun pernah. Pernah book di Tune Hotel Sarawak (3 malam RM70) dan Tune Hotel Downtown KL (1 malam RM20), tapi yang dua ni saya no-show. Sebab yang dekat Sarawak tu tidak jadi datang sorang (datang dengan family). Yang dekat KL tu tidak jadi sebab next flight awal pagi so saya decide ambil hotel dekat dengan KL Sentral. Each place memang ukuran berbeza. Yang pasti, sempitttt. 

Frankly, 4 months before saya dah book hotel di Aloha Hatyai, tapi few weeks sebelum travel date, saya tergerak cek hotel lain sebab keputusan tu tidak berapa nak final lagi since Aloha quite mahal. Atas dari RM100 untuk 1 malam for me adalah mahal HEHEHE. Lepas tu ternampak promo RM47 satu malam tuh. Hah apalagi kan. Terus cancel Aloha Hatyai (free of charge) dan bayar Tunehotel untuk 2 malam non-refundable. I'm glad I did sebab dekat situ memang best!


Entah orang panggil apa ni. Setiap bilik Tune Hotel akan ada benda ni. Mungkin ada perbezaan sikit tapi this is where you will slot in your room keycard.


Let me check the toilet first. Ok lulus. Toilet Tune Hotel sentiasa tidak menghampakan. Shower best.


Empat benda provided in any Tune Hotel branch's rooms. Flat Screen Television, Hairdryer, Big mirror dan papan iklan HAHA. Some Tune Hotel have bigger mirror, and mirrors all around. Ada Tune Hotel yang tawarkan bilik with no TV and of course, at lower rates.


Towel and toiletries at extra charge but we got it included in our room rate. Yeahah! Tapi entahlah kalau lepas ni boleh dapat harga RM47 lagi 1 malam. Included in our room rate is ;

Towel & Toiletries
Internet
Aircond
Entertainment (TV channel)
With window

 .. this is all chargeable. Secara berasingan. Tapi towel and toiletries tidak ambil pun tidak apa. You can bring it on your own. Internet pun tidak apa (if ada beli simkad tourist with data internet). In our case, kami memang perlu internet sebab takda beli simkad simkud XD. Tapi if dalam Malaysia, hmph, buang tebiatlah if beli internet kan sebab handset sentiasa on. Aircond tidak ambil pun tidak apa sebab ada kipas siling for free. TV pun kalau saya, tiada pun tidak apa. Rumah pun jarang tengok TV, HAHA.


Got city view from our room. Depends on your room and what you paid for. Kena tengok all the details very carefully sebelum bayar. Saya boleh saja bayar dan book through website Tunehotel tapi Agoda offer harga lebih rendah sooo..


Salah satu benda mesti ada juga dalam bilik Tune Hotel. Best kan? Berguna bila kita guna room service. Mana kita tahukan, kadang-kadang bukan kita sedar barang hilang. Lagipun saya ni manusia tidak berapa suka menyusahkan orang so, kalau setakat 1 malam, saya letak PRIVACY dekat bilik. Tidak perlu room service.


Saya suka tilam dan bantal Tunehotel. Sebab selesa dan empuk :)


Bilik di Tune Hotel Hatyai luas, unlike the ones I tried before. Unlike any other Tune Hotel branch, I must say. Surprisingly luas. Lantai kayu. Sedap pijak. Minimal. No closet and fridge. Apa yang saya tunjuk dan senaraikan, tu saja yang ada. At RM47, it's a steal.

Sadly, management dah tukar. Bukan Tunehotel lagi rasanya. Tapi price sekarang around RM90 macam tu pun okey juga sebab hotel at the same standard around Hatyai quite mahal. ;)
Share:

Friday, May 01, 2015

Day 7 : Membeli-belah di Hatyai, Thailand

Day 7 : Shopping in Hatyai, Thailand

Ah righttt. Now I remember why I got stuck. Sebab untuk hari kedua dan ketiga di Hatyai sehingga ke malam terakhir kami (di Penang), straight amik videos semata-mata. No pictures at all! Waktu nak fly dari Penang balik ke Kota Kinabalu baru ada sekeping dua gambar. Penat bawa DSLR that's why simpan dan bergantung pada SJ4000. Eheh.

Tapi tidak apa. Kita teruskan jua. Sebab dah hampir setahun berlalu tapi tidak habis-habis lagi isk. Anyway video bawa ni lebih kurang summarize apa aktiviti kami pada hari kedua di Hatyai ;



Yes shopping. Layan adik perempuan yang suka shopping. Lagipun kes islandhop di Krabi tempoh hari membuatkan kulit ai 1 badan merengsa AMBOI KAHKAH. Konon ingatkan panasnya macam islandhop di Sabah. Tapi oh tidak. Nak tak nak, even lelaki pun, islandhop waktu summer di Thailand plis pakai sunblock. Panas dia sungguh lain matchiam. Yang pasti, mood mengexplore Hatyai lepas tu memang terbantut. Kalau tak, memang dah pergi few places area Songkhla dah waktu hari kedua. Tapi nampaknya tak mampu digagahkan.

Shopping gagah pulak. XD

Susunan dalam video gila caca merba. Sebab main masuk saja klips. Tapi yang pasti, ada scene kami di ;

Pasar Malam Hatyai (depan Lee Garden Plaza)
Yang ni kami pergi pada malam pertama kami di Hatyai. Pada hari pertama. Serupa pasar malam kita, dan tamu 1HB di Ranau. Asian flea market. Jual baju, beg, makanan, aksesori dan lain-lain. Tapi tetap ada juga yang berbeza sebab ini adalah di Thailand. Tu kena pergi sendiri baru rasa perbezaan macamana. It's fun simply by experience it.

Sini kami try beli somtam dan pancake kerang. I love the pancake tapi somtam tak berapa masuk tekak. Eheh.

Central Festival Hatyai (mall) 
Actually, we love malls. Especially Dana. Kalau ada 5 mall di Hatyai, mungkin 3 atau 4 bangunan telah berjaya dimasuki. Especially mall baru buka. Kadang bukan beli apa pun. Waktu masuk mall ni, nampak macam baru buka. Ada ujibakat sedang berlangsung so memang meriah. Kami masuk kedai aksesori telefon dan masing-masing beli plain pink silicon case at RM10 only. Murah la jugak. Berbaloi dengan protection pada body telefon. Jatuh dari atas meja pun takda apa-apa. Bercakap atas pengalaman.

Lepas puas tawaf mall, kami ke Khloang Hae pula. Dalam RM25 dari mall tadi ke Khloang Hae for 2. Jauh jugalah. Tapi since kami naik songthaew, saya lebih banyak take time tengok keadaan sekeliling sepanjang perjalanan. Memang feel la sebab pengangkutan open air gitu. 

Khlong Hae Floating Market
Sini ada dua section. Jual apparels dan jual makanan. Kami pergi area makanan dulu sebab laparrrrr. Dalam videos dah nampak kan kami makan apa. Haha. Murah saja. Price rata-rata sekitar RM2, RM4. Apparels, taklah murah sangat. Tapi bolehlah grab few pieces bawa balik as souvenir untuk diri sendiri. Tapi for me, yang cheapskate ni, tempat ni cari makan memang best sebab local pergi sini juga.

Kami bayar return journey 400 baht (RM40) from central Hatyai.

Lee Garden Plaza (mall)
Boots RM8 mana nak cari? Di sini lah. Kedai kasut betul-betul depan tangga. Tapi saya tengok saja. Nak beli pun berkira-kira sebab time bila pulak nak pakai boots di Malaysia yang iklim khatulistiwa tuh. Kalau artis, logiklah jugak untuk pakai time buat show. 

BTW I loveee this mall. Kecil saja tapi entahlah comel rasa. Toilet best gila. Padahal mall ni kan yang kena bom few years back? Oh ya. Setakat few malls kami masuk di Hatyai, mungkin boleh kami simpulkan mana-mana mall di Hatyai semua secure habis sebab setiap yang masuk kena scan atas bawah gara-gara kes mall dan tourist attraction kena bom.

Hatyai ASEAN Night Market
Ni kami pergi lepas Lee Garden Plaza. Tapi dah lewat. Kami ada masa dalam tak sampai sejam lagi untuk explore sini (besar sangat tempat ni!) sebelum penjual stop beroperasi. Tu pun dah ada yang nak tutup dah. Di sini, jumpa some booth yang jual memang murah. Mungkin it depends on your luck. I have my luck here, so grab la juga few pieces. Dress RM10 saja. Baju sleeveless yang cantik ada bunga 3D pun dia jual RM5 saja. Maybe ni harga local? BTW jersey diorang kecil-kecil. XXL takda. Paling besar pun XL XD

Lepas tu, pulang balik ke hotel dan selesai untuk Day 2 in Hatyai.

If I were to come Hatyai again, I might go back to ASEAN Night Market and Khloang Hae Floating Market for shopping. Nampak gayanya, macam nak pergi balik someday sebab nak cover attractions there. (^ ^)

Anyway. Sorry, as it had been almost 1 year ago, price dah lupa. Resit-resit dan senarai belanja already lost some more. Tapi mostly budget untuk hari kedua ni lebih kepada transport sahaja (selain shopping dan makan)

Transport kami
End of Day 7.


Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
All transfers using tuktuk THB620
.........................................................................................
TOTAL : RM62.00 (RM31.00 seorang)
.........................................................................................
Share:

Tidak habis-habis.



Akhirnya selesai mentransfer gambar almost 2000 keping dalam memorycards sepanjang trip 10 hari bulan April lepas. Lihat iteww.. Memorycards. Ada 4 keping memorycards not include yang dalam telefon. Dan juga, dengan selesainya trip bulan April, maka tercapailah beberapa wishlist termasuklah bawa mak bapa satu family jalan-jalan. Huahua. Walaupun koyak rabak tapi puas hati.

Sebenarnya serba salah nak update trip ni sebab trip tahun lepas tak update-update lagi sampai sekarang. Ni pun next bulan 10 pun akan berjalannnn lagi adoi, kenapa entah airlines sekarang tiket murah-murah kalah tiket bas HAHA T____T Okeylah bye.
Share:

Tuesday, April 28, 2015

Still one of the most beautiful songs in the world. :)



Saya benci pada kenangan. Indah dan sering buat kita tersenyum. Namun bila tersedar, pedihnya sukar diterjemahkan, kerana realitinya semua hanya kenangan semata-mata. Ditambah rasa manisnya dengan khayalan. Tentang bagaimana indahnya jika tangan kita sendiri yang mengatur kisah kita di dunia ini. And the world will never ever be the same.

Even if the whole world is telling that it's wrong, wrong I'll always be. I know I'll embrace being wrong very dearly. But I never had the chance. Or maybe I was the one who let it slip away.

I am to blame.



Listening to this until I forget I'm in 2015.
 Sometimes, simply to forget that I'm in 2015... :)



Share:

Sunday, April 26, 2015

My Korean Name is 하세니

Tiba-tiba kenangan ni lalu di fikiran.

Many many years ago - sekitar 10 tahun yang lepas. OH SANGAT LAMA. Tapi saya ingat. Inilah guna ada diari. I can even tell you apa yang saya buat pada tahun 2001 petang tarikh 23 Oktober. Rujuk diari saja. Memang rekod tulis sangat banyak. Sekarang ni saja jarang merekod tapi thank you to myself I still blog anyway walaupun cerita tiada apa-apa.

BTW kenangan yang saya mention tadi.

Sebenarnya tiada apa-apa. Not worth an entry pun. Tapi disebabkan blog ini adalah untuk diri sendiri, walaupun sekadar satu perenggan, kalau saya rasa nak tulis, what the hell I'll just write. Even if it's not worth it. Even it might waste your time or my time. Even it will collapse the entire world OKEY OVERACTING.

10 years ago, waktu tu masih belasan tahun (sounds so wrong when I'm still belasan tahun at heart HUAHAHA), kebetulan ada satu rombongan church dari Korea datang melawat ke kampung. In case ada yang menggelupur terfikir bukan-bukan, I nak cakap sedia, NO saya tiada dengar apa-apa kes murtad di kampung kami time tu hingga sekarang. Muslims and Christians live happily here. Not even an issue. So rombongan ni datang, dan kebetulan waktu tu my mum ada buka gerai depan rumah. Time tu cuti panjang so saya di situ tolong my mum. Rombongan 1 van (8-10 orang) terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan (hensem dan cantik-cantik) tu singgah makan dekat gerai. Semua minta meehun sup ayam WITHOUT timun. Haha ingat lagi okey. Silap-silap one of them ramai-ramai tu ada seorang dua jadi artis di Seoul sekarang lul.

Duduk-duduk situ, sebab their english quite good and of course me being jakun tengok foreigners. Sempat tanya umur lagi tau. Kebanyakkan diorang around my age juga. Paling tua pun 3 - 4 tahun lebih tua. Ada yang muda setahun dua dari saya. I have zero knowledge about Korea time tu. Itupun they have to tell they're from Korea if not I would just assume they're Japanese from another region with different accent HAHAH.

Then one of the Korean guy cuba nak rapat, ajak-ajak sembang. Tinggi sangat-sangat. Aku ni mana minat lelaki tinggi kurus. Mula-mula tak nak ah malas layan ah. Tapi one of his friend handsome gila buat melting tapi dia tak pandang kita pon? KAHKAH. So tidak apalah. Yang dia ni pun okey. Bukannya jumpa pon balik lepas ni. Layan saja macam kawan. Mum was there too anyway.

"You're pretty."

When no one's hearing. Antara ayat yang saya masih ingat. Yalah being a girl, kena puji tu yang paling diingat. Tapi time tu dalam hati cakap, ala tahap kulit putih dan muka saya yang ala-ala kecinaan tapi hidung dan mata besar sikit berbanding cina totok, terus nampak lawa la pada dia. Benda ni bila cerita pada kawan-kawan lain pun setuju tentang ni. HAHAH.

Lepas tu dia koyakkan satu kertas kecil. Yang lain dah selesai makan dan prepare naik van balik. Tau tak dia tulis apa? Mula-mula dia tanya nama saya.

"My name Hasnie Falina. Or Hasnie. Why?"
"Hasseni?"
"Umm."
"Let me write your name".

Salah seorang perempuan dari van (eh dah naik semua) panggil dia dari jauh terjerit sikit. Dia jawap simple saja ;

"Araso!"

I still remember it clearly tapi aku memang blank fikir diorang tengah cakap apa time tu. But looking back, ARASO was the first Korean word I heard lul! And few seconds after, he handed me that piece of paper written my name in Korean alphabet (hangul).


 Ha Se Ni


So, this might be my official name if I'm a Korean? XD

I kept that piece of paper for quite so long, I think I still keep it. Tapi kena rummage into my boxes (kotak tahap ancient sebab simpan dari awal sekolah menengah lagi KAHKAH). We even took 1 picture together tapi time tu tak tahu sekarang ni boleh brag about I once knew a Korean maka saya dah buang HAHAHA. Buang sebab malu kalau orang nampak saya bergambar dengan lelaki (I am THAT shy) walaupun actly gambar tu ada photobomb dekat belakang. I feel embarrassed just by looking at it so eventually I throw it away. T____T

There, another teenage memory recorded in this blog. =P


알았어 -
Pronounce - "Arl-Art-Suh" or "Are-rart-Suh"
It means "all right" or "ok" but can also be "fine" or "agreed" depending on question. - sumber
Share:

Friday, April 24, 2015

Work versus Cats. Sometimes, versus Life.


Wakakak so true.

Kucing pada saya sememangnya binatang yang sangat comel tapi agak troublemaker.  Setuju atau tidak? Air tumpah, kertas koyak, tisu habis dan berkoyakan atas lantai, makanan dalam plastik habis berlubang dan bertaburan, sofa keluar benang, kereta ada garisan kuku, kulit tangan dan kaki bercalar, lampu meja jatuh, kencing atas tilam T___T, berak di tempat yang susah nak dibersihkan (contoh ; belakang almari yang berat huaaa), and list goes on and on.

Nasib baiklah sekarang ni, dah beli sangkar so yang duduk dalam rumah tu letak dalam sangkar dah. Nasibla labuu.. Sementara ni terpaksa tinggal dalam sangkar dulu k sian sobssss

  • Waktu menaip situ jugaklah dia datang mengendeng sebab they love our hands! Sometimes, tangan lebih dapat perhatian berbanding tuan HAHAH
  • Pastu jalan-jalan pusing ke belakang skrin pula. Keluar ekor dan kepala cak cak dengan kita, sometimes for nothing. Gila annoying.
  • Duduk atau mousepad okey lagi. Cuba duduk-duduk dan jalan-jalan atau baring-baring atas keypad? Lebih-lebih lagi waktu tu tu taip dokumen atau emel. Tidak pasal-pasal keluar semua perkataan alien depan skrin (- -")
  • Annoying tapi kesian. Kadang-kdang kesian punya pasal, terus tangguh buat kerja bila tengok berkaca-kaca air mata tu nak minta tidur atas kerusi empuk T__T

Dulu, ni la yang jadi bila tengah buat kerja. Sekarang, rutin senang sikit dan teratur. Kerja pun tiada gangguan. Awal pagi lagi bersihkan sangkar-sangkar sambil biar diorang berkeliaran di sekitar luar sangkar (dalam rumah). Sangkar diorang ni saya letak di dry area dalam toilet. Area mesin basuh. Sebab tu saya cakap, bila dah letak dalam sangkar pastu dekat dengan air dan mesin basuh, serius senang. Salah satu ruang dalam almari saya letak makanan dan medicine/supplement diorang. Sementara bersihkan sangkar diorang, memang diorang macam kera dapat bunga lah kan. Sebab ruang main lebih besar dan lebih seronok, lebih banyak tempat sembunyi, lebih banyak mainan (tisu pun boleh jadi mainan), lebih banyak barang boleh dijatuhkan YEAY! (- -") diorang ni kalau dilepaskan memang ada saja berjatuhan HAHAHA.

Rutin saya, kosongkan sangkar dan bersihkan dan dry clean their carpets / blanket every 2 days. Sembur antibakteria dalam sangkar. Buang segala 'bom atom' dan 'kuih muih' dalam litter box ataupun ganti habis. Bersihkan bekas dan ganti air minuman. Bersihkan bekas makanan dan ganti baru. Selesai, masukkan balik dalam sangkar selepas sejam dua dan bagi multivitamin dan antibiotik. Sebenarnya yang dua ekor treatment makan ubat tu dah start few weeks ago dan sekarang dah okey tapi sebab masih dengar bersin kadang-kadang tu so saya masih bagi lagi. Diorang pun dah tau telan ubat, tiada masalah alhamdulillah. Biasanya once masuk sangkar, senyap lah sebab tadi penat main, pastu makan dan minum, pastu confirm tidur. Kihkih. So sementara diorang tengah makan minum tu, saya bersihkan pula seluruh tandas sampai wangi.

Then masa untuk kucing di luar rumah pula. Grab 1 tin + kibbles, pergi dapur masak nasi (nasi murah saja bajet untuk kucing), sambil tu bersihkan ruang tempat diorang makan, masak tengahari untuk family - kadang-kadang kalau sarapan masih ada, tidak masak (family saya ni makan tidak banyak pun. yang penting sarapan dan dinner. Biasanya, makan tengahari tu biasa jadi dinner terus sebab tidak habis waktu tengahari) dan kerja-kerja dapur lain (ewah), then sejukkan nasi, gaul dengan wetfood dan kibbles tadi, bagi diorang makan. Memang berselera you. Pandai kucing I makan nasi. Yang kucing yang dekat dalam rumah tu in few days nak ajar makan nasi dah. Rabak woi asyik makanan tin tiap hari @_@

Dalam tengahari, kerja setel dan sambung kerja cari duit pula. Stress tu memang agak stress tapi pelihara kucing ni buat kurang sikit stress tu. Alhamdulillah actually I have everything I need, dan apa yang saya belum ada, saya percaya masih dalam jangkauan. Kena kejar laju sikit lagi if nak dapat cepat. Tapi saya tak mahu terlalu stresskan diri sendiri, so, saya buat semua dengan cara dan masa saya sendiri.  Ya betul, saya memang selalu buat hal sendiri. Jarang nampak muka untuk family atau friends gathering. Dengan keadaan dan emosi yang masih lagi di peringkat fragile ni, it's best for me not to show up too often. Not in the mood of socializing. Makan masa tahun, maybe. Maybe no one would understand, saya sendiri pun tidak minta untuk difahami. Now, I live only for the sake of myself, my future, and would like to be visible only within my close family and really close friends. And wow, do you even suprised now that I am still blogging? LOL.

Okeylahhhh makin panjang jadi makin melalut okey ai bercakap. Tadi pasal kucing tiba-tiba pasal life. Mungkin betullah orang cakap, apa kita buat, ada reason dia sebenarnya. Kadang-kadang reason tu kita tidak sedar sampaikan kita melalut cakap pasal benda lain. Sebab sebenarnya ada kaitan. Contoh ; dulu ambil remeh hal kucing, sekarang makin ambil berat hal kebajikan kucing. Suddenly I feel like I want to care for something. Suddenly I feel like I want to at least be good at something. Because suddenly I feel that I am a bad person in real life and doing good to beings will make myself feel better. I feel that life is unfair and some struggle their life til death, and everyone should get a second chance and deserves to live a better life.

*krik krikkk tak paham*

Hambik kau. Kenapa? Keadaan life dan emosi saya mungkin buat saya fikir macam ni HAHAHA. Anyway, suddenly I feel like, I dah lama tidak tulis dengan feeling macam ni. Lepas bebas. Pastu panjang dari biasa, kan? Dulu BM selalu dapat markah bagus especially karangan. Tapi paling tidak boleh blah, ayat tulis karangan dah menunjukkan ciri-ciri seorang blogger kental. Teringat ; Karangan tentang salah satu sikap pemandu di jalan raya. Boleh pulak dalam karangan BM mention ; '....menggunakan jalan raya bagaikan jalan raya itu bapak dia yang punya'. Hambik, terus cikgu BM bagi bulatan merah satu ketul dekat part 'bapak dia yang punya'. Padah pandai-pandai buat peribahasa sendiri. Kahkah! So cikgu, ni lah hasilnya, saya telah menjadi blogger tegar berjaya (iktiraf sendiri). SILA BANGGA. T_______T

Okeylah awak-awak. Bye. Later! Meow! ^^



Share:

Friday, April 03, 2015

My March

March rasa sangat cepat berlalu sebab sibuk sangat-sangat. Hari ni baru ada masa sikit untuk sit down dan sort back all the emails and whatsapps berkaitan business. Tapi belum cover semua. Ada half of them masih belum sempat. Padahal tadi rasa dah reply banyak sangat. Yet, alhamdullillah rezeki.

7 hari lagi untuk next trip tapi diri ini sesungguhnya masih occupied dengan macam-macam benda. RISAU. Bukan risau travel sorang, tapi risau if berjalan tapi banyak benda belum setel. So kena setelkan dulu semua sampai puas hati, lepas tu off 11 days HAHAHA amboi gurau kasar nampak. Tapi hakikatnya memang akan bercuti 11 hari tanpa gagal. Nasib baik every now and then bila free mesti take time plan my itinerary and bookings, so tidaklah kelam kabut sangat. Itinerary dah plan, cuma perlu buat sedikit lagi rujukan di google. Kali ni tidak perlu plan sangat. Just ikut flow. Taknak stress-stress.

Time sibuk-sibuk time bulan Mac lah all my outdoor cats diserang selesema. Semua pakat bersih-bersin, lumba hingus siapa paling letup-letup, belon hingus siapa paling besar, mata merah dan berair. Pendek kata, kena infection. 12 ekor tidak silap. Yang liar-liar tu saya kira agak-agak saja. Hari ni hari ketiga saya buat treatment. Antibiotik, ubat batuk dan multivitamin. Getting better, tapi masih bersin. Ada some of them baru keluar hari ni, so baru dapat bagi treatment. Yang treatment sejak hari pertama dah semakin sihat, hingus dan bersin-bersin dah tiada, mata saja mungkin ada sedikit masih berair dan masih lembk-lembik lagi sikit. Hari ni baru saya sendiri makan dengan proper sikit. Hilang selera tengok kucing sakit. Asyik ingat diorang saja. T__T 9 ekor pula indoor alhamdulillah sihat. Lagi 2 ekor kuarantin dalam rumah sebab masih anak-anak lagi. Simpan dalam cage bagi diorang warm, tiap hari bagi ubat. Baru sebulan tapi terpaksa asingkan dari their mum sebab their mum pun hingus letup-letup. Maksudnya, saya kena gantikan tugas their mum. Bagi susu (saya bancuh susu kambing dan bagi through picagari), keep them warm, dan bersihkan diorang. Me and Dana berpengalaman jaga anak kucing baru lahir tiada ibu, so no problem so far. Masalah cuma if anak kucing tu sakit, which is now, 2 of them so I dunno if they'll survive T_____T

Pelihara kucing dan hidup bergelumang dengan kucing sejak kecil lagi. Tapi baru ni konon jaga kebajikan rakyat-rakyat lebih dari jaga sebelum ni. Makin lembut hati. Dulu jaga gitu-gitu saja. Tidak dapat jadi doktor, jadi doktor untuk kucing-kucing pun bolehlah. I will do my best. Will always do. :)

Another thing about cats. Hujung Mac adalah cubaan pertama menggunakan cat litter jenis crystal. So far I am happy, sebab tidak busuk and senang nak urus. Sesuailah untuk yang sibuk macam saya. Dengan kesibukan kerja yang tidak menentu ini.

Mac banyak sangat benda first time buat,
tapi sayangnya tidak dapat record dari segi tulisan.

Teringin review movies my husband and I went to (kami kaki movie), kadang-kadang in 1 day marathon tengok wayang kalau kebetulan turun Kota Kinabalu dan banyak masa free. Biasanya buat after urus big group tour untuk lepas penat.

Dan kadang-kadang mau juga review hotels yang both me and husband pernah pergi (kami suka try hotel/penginapan). Dari yang bajet tahap tidak-faham-kenapa-hotel-ini-masih-wujud sampailah ke 1 2 3 4 star. 5 star belum berpeluang lagi tapi ada rezeki, maybe try di Indonesia or Thailand saja sebab 5 star sana murah heheh. Memang membazir, tapi inilah hobi pelik kami. But still berbaloi sebab biasanya hanya book if memang betul-betul murah. RM135 4 star hotel in Kota Kinabalu with decent variety of buffet breakfast, contohnya. Or less than that. I don't know why I always find good deals HAHAHA. We have our own fav budget hotel, fav 1, 3 and 4 star hotel. I wish to review them someday.

I took lots of pictures too, since I've bought smaller camera (compare dengan my DSLR) and smaller  means I always bring it with me. It means more pictures. Tapi satu lagi, kemalasan mentransfer, apa cer? Serupa tak ada. Hahah. K annoying.

And tu belum masuk hutang-hutang entri yang masih dalam draft. Seriously berlambak. See. Banyak sangat-sangat benda boleh tulis sebenarnya, but again, my life is way too occupied! Ingatkan April ada releks sikit, tapi rezeki alhamdulilla, so mehlah kita bekerja sampai lebam. Kata nak berjalan kan? Heheh.

Baiklah I need to go. Sorry no pictures. Let's just read me. Thank you :)

Share:

Saturday, March 28, 2015

28/03/2015

Assalamualaikum oh my goat ya ampun amma appa yennadeyy lamanya tidak update blog? Hilang ke mana? Bertapa gua mana? 28hb hari ni barulah lapang sikit dada dapat rehat elok-elok. For the last few weeks terkejar-kejar ke sana ke mari. Kalau tidak terkejar-kejar, topup pun tidak terbeli tau ahakkk.. But alhamdulillah, kerja penat tapi tidak stress. yang stressnya sebab kurang masa. Yang stressnya pulang rumah masih banyak nak buat tapi badan say NO. Tapi paksa juga sampai siap pastu baring few second saja dah zzzzz. Kadang-kadang belum buat apa-apa lagi dah gedebuk tertidur atas lantai *exaggerate*

Now still dekat hotel, extend until tomorrow before balik rumah. Sebab diri ini terasa sangat fenat. Maunya pengen tidur seharian tapi oh tidak, jap lagi keluar nak tukar tayar kereta pula. So, ni just short update of what I've been doing lately. Cannot wait til April! Bye.
Share:

Thursday, March 05, 2015

05/03/2015

These few days are the days when I really want to curse ikut suka usus.

Ni lah habit yang sukar sangat nak buang. Saya curse banyak but just in real lifelah. Dalam blog tak tulis seketul-seketul. Mungkin kerana life, mungkin kerana selalu dengar, dan mungkin juga cursing with siblings and friends are fun. Yes you heard it right it's fun. I've come to an extend where swears doesn't sound offending anymore, but it's amusing. My life are way too serious so right here, in my blog, writing always give me the opportunity to define my own reality. About who I really am and what makes me happy. Cursing sometimes does the trick. Am I now a mad woman? Insane? Damaged? A what.. Bitch? Care not.

And there's always time when I simply nak tulis new entry and tidak semena-mena 'ter'mula taip dengan perkataan *tettt* atau *tettt* atau *tetttttt*. This is not something to tell about myself really. Well I have nothing good to brag about myself so let's just be honest. Sori blog ni memang tulis bahasa rojak. Kejap Inggeris kejap Bahasa. SPM Bahasa dapat A dan Inggeris dapat B tapi nampaknya saya lebih rela makan keju berbanding belacan.. aik aik?

Padahal dua-dua ngap.


Why people swear.
I don't know about others, but for me?
*pause*
...just a little thought ;

Someday I will be the survivor, not a slave of victim status anymore


... A victim to a fight I'd never ask. A fight that is not a fair fight. I lost, but there is no shame of losing such fights.

The point is ;
I feel that, life disappointments are harder to take if when I don't know any swear words. EH FOR REAL?? It's just me. Never mind me. I write this I also feel it's stupid but that's the truth T___T




Anyway!

Malam tadi terjaga waktu kucing liar warna hitam (yang selalu berkeliaran sekitar rumah suka mengorat-ngorat kucing ai), masuk melalui tingkap dan sedar-sedar saja makhluk itu sedang rummage macam hapa dalam bilik di area meja mekap. Excuse me?? Tersentuh dan sayu hati ai. Terkecik hati pada kucing itew. Bilik ai macam tong sampah kah atau tongkang pecah kah hingga diperlakukan sebegitu. *nangis emo tepi katil*


"cari bedak sebenarnya hmm"


Ya memang semak very very hazabedah sebab tengah rearrange bilik. But I'm almost done with my room now! Tiada buat apa sangat, just kumpul all the products I bought yang lepas beli terus simpan tidak guna sebab asal beli masuk kotak asal beli masuk kotak gara-gara kehidupan nomad. Lepas tu lupa dah ada beli then pergi beli baru. Selalu macam ni ¬_¬


omakkau

Sekarang langsir baru dah pasang, almari dah rearrange, barang dah susun, sawang dah buang. Still a handful of work to be done next and OH SH*T IT'S ALREADY 11PM?? @_@ No wonder okey bye laparrr.
Share: