Friday, October 31, 2014

Sisters Trip Part 13 : Day 6 (Video)

Day 6 : Pasar Malam Hatyai
Previous Entry : Day 6

Misi malam ni mencari makan dan cuci mata. Dan sebelum tu tukar duit dulu. Di mana-mana yang bagi rates bagus. Berjalan kaki sahaja. Keluar agak awal juga sebenarnya, turn out kami tidak jumpa pasar malam yang kami cari. Setakat hawkers biasa tu adalah. Sesat lagi walaupun ada map. Jalan punya jalan (patah balik) time tu dah gelap. Akhirnya jumpa jugak. Area Lee Garden Plaza. 

 Map I grabbed from Tune Hotel

Only took videos there guna SJ4000 (mau beli gopro belum mampu), malas bawa si bulky. Dia tinggal dalam safebox. Seriously tidak lama gantilah tu sebab penat pula bawa DSLR travel hehh, plus I feel like tourist walaupun memang tourist pun. Padahal waktu mula-mula dapat dulu dicium-cium hari-hari belek. Tidak apalah, bulky pun bulkylah. Nasib baik ada SJ yang cinonet boleh bawa masuk air tu. Ganti si bulky kalau tuan diorang ni tiba-tiba malas.


Bolehlaaa..

Pulang agak menyeramkan sikit. Sebab tempat ramai orang just area pasar-pasar malam. Tempat lain time malam agak lengang. Nasib baik ada map, nasib baik bangunan Tune Hotel besar dan dari jauh dah nampak bangunan putih merah dia, dan nasib baik juga waktu keluar hotel saya amati landmarks/bangunan besar-besar area hotel manatau lupa jalan. At least if jumpa time balik nanti then saya tahu kami dah nak sampai.

Malam tidur selesa sangat sangat sangat. Good night! Haha! BTW ini video sepanjang setakat hari kelima trip ini. Kalau tidak ambil gambar, that's what we do. We take videos. Next Hatyai mungkin lagi banyak scene saya publish, sebab time di Hatyai ni dah malas bawa DSLR. Moga terhibur dengan video yang tidak seberapa itew. Edit guna software Movie Maker saja. Kbye.



End of Day 6.


Belanja (tidak termasuk shopping) :
Kerugian tukar duit RM300 ke THB2950 (RM4.50)
Dinner THB285 (RM28.50)
.........................................................................................
TOTAL : RM33.00 (RM16.50 seorang)
.........................................................................................
Share:

Thursday, October 30, 2014

Sisters Trip Part 12 : Day 6

Day 6 : Aonang Krabi - Hatyai
Previous Entry : Day 5

Kami siap agak lewat juga, 10.30AM baru turun cari songthaew untuk ke stesen bas Krabi. But you know what, this is what I love about not taking packages or book literally everything in advance or let/pay someone else to handle. Sebab walaupun preparation agak leceh sikit tapi at least I know what I'm doing. Konon. Padahal sampai sana bingung-bingung juga haha!

Okey serious, paling utama sebab masa tidak terkejar-kejar, everything is at my own pace. Dan murah lagi. Ni paling utama. Dan dapat naik public transport! Apalah arti tengok negara orang tapi tak blend in with the people huhu.


Backpacklah sangat

Kami check-out dan keluar ke tepi jalan dan tahan songthaew dengan jayanya. Tidak ramai orang, dari Ao Nang ke stesen bas Krabi ada beberapa orang saja yang turun naik everytime songthaew tu stop pickup orang. Bawah ni time belum jalan. Songthaew stop tunggu orang jap.


Eh sama macam di belakang tuh!






Pantai Ao Nang. Terima kasih kerana bercuaca sangat baik sepanjang kami di sini! Heheh. Panas ya ampunn.. Terbakar kulit. Rasa macam kena salai saja semalam. Sampai beberapa hari kesannya. Panas dalam kulit haih..

A lil bit too late that white bus. Tapi tidak apa, bajet memang nak naik songthaew saja.



Dari Ao Nang ke stesen bas Krabi again ambil masa dalam 20 minit. Depends la if lebih banyak stop dan lama tunggu songthaew tu penuh mungkin ambil masa lebih lama.



Tanya-tanya beza harga van dan bus, beza lebih kurang saja. Mungkin beza dalam 10 bhat saja (dalam RM1). But I opt to bus. Next time if datang lagi (if datang lagi lah) maybe I will try van pula. Tu kalau tidak bawa banyak barang. If bawa luggage, better macam kami lah, naik bus sebab ada tempat penyimpanan khas untuk barang-barang.

Lepas beli tiket bas dah nak gerak dah. Terus cepat-cepat pergi beli sarapan. Sempat grab nasi pulut ayam di gerai kecil for both me and sister. Bolehlah isi perut. Conductor tu dah mintak kami hurry so tidak sempat grab lebih-lebih ahakkk ada hati makan besar. Seriously yang jual di gerai-gerai kecil tu laaa yang sedap dan murah.

But worry not, after 3 hours gitu, bas akan stop di errrr.. R&R untuk beli-beli atau makan-makan atau pergi toilet. Dalam 30 minutes macam tu. Saya turun beli sousages dan minuman ais.




Jalan cantik, tidak silap baru siap. Because the last time I google I ada jumpa blog yang cakap jalan antara Krabi dan Hatyai berdebu-debu - masih dalam pembuatan. Now dah siap sepenuhnya. Perjalanan dari stesen bas Krabi ke stesen bas Hatyai dalam 5 hours termasuk stop di R&R tadi.

Maaf tidak sempat ambil gambar stesen bas Hatyai. Sebab sampai saja terus dikerumun dan ditambah dengan letih 5 jam perjalanan maka terus naik songthaew (yee songthaew lagi ahaha!) ke Tune Hotel. I say Tune Hotel tapi driver tu bingung sedikit. Err.. Sebab sebutan saya as in ti-yun hotel tu yang salah or apa nih? Bila sebut TUN hotel baru diorang tahu. Argh. If you happen to book hotel yang sama, make sure sebut TUN okey, not TIYUN (TUNE) Hotel.

Because all my notes dah terbawa pulang rumah, nampaknya harga songthaew ke Tune Hotel saya memang akan update nanti. Sorry. Tapi yang pasti, lagi murah dari di Krabi. Maybe dalam 30 bhat seorang perjalanan lama sikit dalam 30 minit juga. If not 40 minutes. Lalu jalan kecil-kecil maybe shortcut. I like the drivers in Hatyai, they speak good command in english, even better than me. Ceh english aku macamanakah sampai nak compare dengan orang lain. Jujur kalau bercakap takdanya speaking macam ni. Malu dan tidak pandai susun ayat haha.

Teringat driver songthaew di Krabi. Ada yang saya cakap bagitau lokasi hotel dia boleh excited-excited lagi entah apa yang fun sangat. Tapi the one yang hantar kami ke Krabi Walking Street boleh cakap inggeris, tapi kami kena kapak la pulak. Aiseh.
Sampai hotel terus check-in dan sempat tanya lokasi pasar malam di Hatyai untuk malam tu. Tengoklah yours truly dengan her hand gesturesnya beriya nak tahu lokasi untuk menapak malam iteww. Si Dana ni ambil gambar tidak sah kalau tidak parkinson entah kenapa.



Sekali lagi, naik bilik, mengagumi bilik, dan rehat bersiap untuk malam sambil tengok rancangan realiti siam pertandingan nyanyian (atau menari) di tv. Hehehhhh. Mode shopping yang seorang tu bermula.

I have no specific tips, just be polite, rajin-rajin tanya if tidak tahu dan maybe for songthaew fares you can ask the local how much they pay so you'll know when the driver quote you a tourist (higher) fare. End of Day 6.

Eh belum. Belum habis Day 6 lagi, tapi saya sambung next entry ;)

Belanja (tidak termasuk shopping) :
Tambang songthaew - Krabi Bus Station THB120 (RM12.00)
Krabi - Hatyai THB580 (RM58.00)
Nasi Pulut Ayam THB60 (RM6.00)
Sousages & iced drinks THB100 (RM10.00)
Tambang songthaew Hatyai Bus Station - Tune Hotel THB60 (RM6.00)
.........................................................................................
TOTAL : RM92.00 (RM46.00 seorang)
.........................................................................................
Share:

Rambling

Actually ni bukan perkara luar biasa, tapi saja nak bagitau minyak masak kami dah jadik butter!! Haha taklah tapi dah kebekuan minyak tu sebab cuaca di Kundasang. It's been raining for days, if baju kering pun sempat jemur sekejap saja lepas tu hujan. Makcik jiran sebelah dah membebel-bebel dah cakap malas angkat kain kejap hujan kejap berhenti jemur balik then tidak lama pastu hujan balik. Senyum sajalah, memang betul pun. Penat kot! Lagi-lagi kalau ada banyak kerja lain mau buat.

Please dear self update laju-laju Sister's trip, dah berkurun! Been more than 4 months already tapi belum habis-habis argghh.. Baik, up next entry mesti start habiskan til HABIS. kbye.
Share:

Wednesday, October 29, 2014

No point pun. Membebel saja.

Mesti bosan kan masuk blog ni terlalu perempuan sangat. Sana sini pink, tidak cukup dengan itu ada signboard I believe in pink pulak. Hambik kau. Mood malam ni rasa nak tukar warna. Warna yang tidak pernah diminati, baju pun tiada kaler hijau because green makes you fat!*feeling Kareena Kapoor dalam Khabi Khushi Khabi Gham*. Warna sebelum ni code #CD8C95. Macam biasalah ikut mood. Esok-esok mungkin warna lain. Minggu depan tukar perabot lagi. Tahun depan tukar domain pulak. 5 minit lepas tu mungkin blog dah tak wujud ehhh gurau kasar nampak.

No point pun post ni. Don't you know I am a queen of NO POINT? Ahahah! Entri blog awal-awal berblog ala-ala macam ni lah. Sudahlah singkat lepas tu entah apa kau membebel sana syok sendiri. Dah memang tulis blog style syok sendiri. Buat lawak sendiri ketawa. Pasang lagu di blog pastu sendiri play padahal boleh dengar mp3 lagu yang sama dah save dalam laptop, lol *not laughing*. (baca : lol)

As for my travelogue, I wanna take my ownnnn sweeeettt timeeee to finally start writing. Tapi tidaklah lama sangat. Sekejap lagi. Sekejappp lagi. Tapi entahlah macamana terma dan syarat untuk 'sekejap lagi' si Fina ni kan. Ahahah! Baik, I have to go. Bye.
Share:

Oh 'roller coaster'

Helo here again. Siapa dah tengok latest Runningman ep.218? Kalau belum tengok cepat sebab best. Last 3-4 episode of Runningman for me adalah menyeronokkan. Lagipun my bias, Kwang Soo menang kali ni (ops spoiler). My other bias is Gary and Jihyo dan eh I like all the members lah but I think I prefer Kwang Soo's winning in individual race especially. Haha!

Life sekarang macam roller coaster. As much as I loath roller coaster ride, I also dislike (dislike k bukan hate) the momentum of my current life. There's something I wish I could just be honest and tell everything here, but haha of course I can't. Too public, too many eyes.. But those who are really close to me know why - or at least, understand why. Because now I stopped elaborate too much about my feeling.




Well. On Facebook, or Instagram, or blog, or any social media, you only see one's highlight reel, while they live the entire scene. No one knows what's behind those big grins.

Anyhow!

Beberapa minggu lepas gempar tentang kes bunuh seorang guru di Kundasang dan suspek utama semuanya berasal dari kejiranan kami di Kundasang. The point is, mereka ini samada terdesak untuk merompak untuk dapatkan dadah ataupun sememangnya waktu itu sedang berada di bawah pengaruh dadah. Arwah mungkin dibunuh sebab arwah kenal suspek dan mungkin juga melawan, considering arwah stabbed few times on the face. Al-Fatihah untuk arwah.. Waktu tu kami baru beberapa hari di Indonesia dan on the day we arrived Kuala Lumpur dan belum sempat pulang Kundasang (kami pulang 3 days after di KL), polis dah jumpa suspek.

Sure it scare people around Ranau and Kundasang for those few days, up til now. No place is too safe nowadays. Please note, kes bunuh bukan kes yang biasa di Ranau dan Kundasang.

Beberapa kali terserempak dengan kereta polis di sini dan berlegar area Pekan Kundasang juga. Dan semua terjawab bila dapat tahu dari ibu mentua yang polis Ranau sekarang sedang dalam operasi besar-besaran menangkap penagih yang banyak spreads di Kundasang dan siapa-siapa yang berkaitan dengan dadah untuk membantu siasatan. And to my surprise, the newly wed (the groom is husband's friend) I jadi jurukamera that day have been arrested, suami isteri positive dadah. Padahal majlis nikah diorang baru dua minggu lebih lepas. Still remember all the families' faces,  I even spotted one of the bridesmaids look exactly like Fasha Sanda. I guess suspek utama kes bunuh yang tertangkap hari tu jadi kunci, polis siasat habis-habisan punca dari akar umbi dan paksa suspek mention any name, as much as possible. That's why, banyak kena tangkap sekarang, as per mother in law.

Seriously hearing about more and more about dadah and the consequences terus rasa goosebumps. Pesanan pada adik-adik di luar sana. Mahupun yang tua pun ada juga mudah terpengaruh. Jadilah orang yang berguna. Jika bukan pada orang lain pun, sekurang-kurangnya berguna pada diri sendiri. kalau tidak menyenangkan orang pun, sekurang-kurangnya tidak menyusahkan dan terlibat dengan benda-benda macam ni.

Apapun, today and days before might be a history. As I said before, I want to live, and I choose to live a life worth writing for. Even if it's dull. Even if it's just about walking down a street. It's start from deep within. A happy soul. I want to write with a full heart, again. And to live my life to the fullest, again. Getting rid this lifeless eyes and fragile scared heart.

Okey gotta go. *wink*
Share:

Thursday, October 23, 2014

Travel Tab

Hai akhirnya berjaya membuat ini. Gonna update more and more soon because I have many travel plan ahead. Look for links to read more.

2014
2nd Nov. - 3th Nov. 2014
Main highlight : Impromptu Trip to Tip of Borneo
With Mr. Husband

Preparation 1 :  Hotel booking, etc
Sabah - Kudat
Accommodation :
Day 1.0 :
Day 2.0 :
Overall budget
Post Mortem

2014
30th Sept. - 9th Oct. 2014
Main highlight : Introduction to Indonesia
With Mr. Husband and my friend Niza

Preparation 1 : Flights (tickets, check-in baggage, insurance, seat) & Accommodation
Preparation 2 : Money Changer
Preparation 3 : Packing

Indonesia - Bali
Accommodation : Tune Hotel Legian & nearby halal eateries
Driver & Transport :  Yantohood
Day 1.0 : Bali International Airport (Ngurah Rai Denpasar), Dinner at Kuta
Day 2.0 : Warung Makan Nikmat (Jln. Bakung Sari)
Day 2.1 : Teba Sari Bali Agro Tourism
Day 2.2 : Kilang Silver
Day 2.3 : Kintamani Batur Lake & Volcano, Restoran Batur Sari
Day 2.4 : Tegalalang Rice Terrace
Day 2.5 : Temples & buildings around Bali
Day 2.6 : Krisna Oleh Oleh Khas Bali, Legian Beach
Day 3.0 : Bali Airport to Bandung Airport (domestic flight)
Indonesia - Jakarta
Accommodation : Maven Gunung Sahari
Day 1.0 : Bandung International Airport (Husein Sastranegara), Golden Money Changer, Stasiun Kereta Api Bandung to Stasiun Kereta Api (Gambir), Jakarta Pusat
Day 1.1 : Stasiun Gambir to Maven Gunung Sahari
Day 2.0 : National Monument (MONAS)
Day 2.1 : Kota Tua
Day 2.2 : Tanah Abang
Day 3.0 : Leaving Jakarta for Bandung
Indonesia - Bandung
Preparation : Transtudio Bandung entrance tickets
Accommodation : Mine Home Hotel Cihampelas
Day 1.0 : Arrived Bandung, D'Fashion Bandung
Day 1.1 : Jln. Cihampelas Factory Outlet (Chiwalk)
Day 2.0 : Tangkuban Perahu
Day 2.1 : Transtudio Bandung
Day 2.2 : Restoran Sederhana (Masakan Padang)
Day 2.3 : Jln. Riau Factory Outlet
Day 3.0 : Pasar Baru Trade Centre, Toko Kosmetik Mahmud
Day 4.0 : Leaving Indonesia for Kuala Lumpur
Malaysia - Kuala Lumpur
Accommodation : Metro Hotel KL Sentral & nearby eateries
Day 1.0 : First time in KLIA2, KLIA Ekspress to KL Sentral
Day 1.1 : Hadramawt, Look Out Point Ampang
Day 2.0 : Catching an early flight to Krabi
Thailand - Krabi (last minute plan)
Preparation
Accommodation : J Hotel Ao Nang
Day 1.0 : Krabi Airport to Ao Nang Beach, Around Ao Nang
Day 1.1 : Yaminlah Pancake and Bamboo Restaurant
Day 1.2 : Sunset, Ao Nang at night
Day 2.0 : Leaving Krabi for Kuala Lumpur
Day 2.1 : Leaving Kuala Lumpur for Kota Kinabalu
Overall budget
Post Mortem
Share:

I am kind of a BIG DEAL on my blog

Mood mengidet sesungguhnya masih ada dan marilah kita bersama-sama melihat apa lagi yang si clueless Fina ni gatal mau tambah. So far dia tambah satu lagi sidebar sebelah kiri walaupun sebenarnya lebih suka ada satu sidebar tapi kerana begitu banyak idea itu ini nak share maka mahu tidak mahu tambah saja sidebar itew (itupun lepas try and error guna pengalaman bertahun-tahun guna classic blogger time adjust width body and sidebar ). Mari kita lihat apa tambahan DIY seterusnya.

Label entri :

Kerana label entri sebelum ni memang tidak terjaga. Label main hantam saja sebelum ni. Seumur under construction dan selepas 4 tahun guna address sophiesm.com barulah ada mood untuk menggigihkan diri remove dan melabel semua dan membuang entri lama yang tidak berguna kini tinggal 1400 entri ++. Part melabel satu-satu tu yang perit. Lepas tu cari clipart untuk label, edit, upload untuk dapatkan coding (saya upload grafik guna new post blogger saja), adjust width dan height (and some part of the coding sebab ada masalah alignment which I managed to solve) ikut kesesuaian width sidebar dan kemudian preview dan save! Maka jadilah seperti ini :

 Still, melabel satu-satu entri adalah lebih susah dari mengedit clipart dan mengejas coding (- -")


Instagram (widget) :

Yang ni senang saja. Jika ada blog dan teringin nak letak, boleh ke sini : http://snapwidget.com/pro-widget?trcksrc=108. Make sure akaun instagram adalah tidak private. Blog ni entahlah sampai bila instagram tu dapat bertahan. Aku kan paling suka tukar kedudukan dan ganti perabot heheh.. Rasa-rasa dah bosan, tiba-tiba ting! hilang.


Tabs & Miscellaneous :

New profile pictures (taken after jadi pengganti fotografer majlis nikah kawan kepada husband), ada vintage signboard I Believe In Pink konon. Patut I Believe in Pink & Black with a lil bit of Vintage. I pernah jadi peminat warna hitam okey. Hahah. Termasuklah tab untuk travel hasil pengaruh dari Bibie Karim (hi!) but setakat entri ni dipublish itu adalah masih dalam pembikinan. It's true I've been abroad for only 2-3 times now, but yang banyak tu adalah domestic termasuklah di Sabah dan ketika masih study di Semenanjung suatu ketika dahulu. Maka sedang ingin mempertimbangkan untuk mencari semula entri berjalan-jalan yang lama dan kumpul the links. Kalau lepas ni ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah. Hee.

Yang coming soon, is really coming soon. Dah ada dalam kepala otak ni. Tunggu giliran saja.


Blog I read :

The ones I really look forward for every of their updates. Still looking for blogs I think would worth my reading. Bukan memilih, tapi I sendiri pun jarang blogwalk dan jarang bersosial dalam blogosphere despite so many years already being a blogger. I don't have too much time to read everyday but hey there's 4 empty slots there.. ;)

1st and 2nd is because I love their writings. I love their thoughts and love to read more. 3rd is a travel junkie, and I like how detailed her explanation is, travel is not all roses you know - and she blogged it well ;), plus point is she's from Sabah too hehehe.. So boleh relate especially part transit di KL. I can see more of my travel trip soon akan ada transit in KLIA2 heh.. Soon? Tidaklah soon sangat. I just hope in near future KKIA could be more international with manyyyy new routes opened not only by name with few routes just untuk cukup syarat. Bukan apa, untuk lebih banyak pilihan. 4th is one of my partner in crime back in UUM and the only one I think yang still blog. I would really love to read her updates, tidak cukup sekadar di whatsapps!


And lastly, credit to myself :



Ahak! Nak juga. Penat woi mengedit dari coding asal. Haruslah ada kredit buat diriku sendiri. Baik. More to come, tengok sajalah perbezaan - tu pun kalau ada yang perasan XD. Bak kata spesis zaman sekarang, ciked ciked lama-lama jadi buked (Mulut Itik, 2014).


Preview asal : http://www.blogskins.com/apply.php?sid=392753&action=Preview
Image hosting : New Post Blogger editor
Software edit : Photoscape
Font (selalu guna) : Century Gothic
Tema kali ini : Simple Vintage

So this is it! ;)
Share:

"Whoever is kind to the creatures of Allah is kind to himself."

Personally kalau ke Kota Kinabalu dan tidak sempat sarapan atau makan tengahari waktu di Ranau atau di Panataran Cafe Kinabalu Park, saya akan singgah di Pekan Nabalu sebelum meneruskan perjalanan. 2 hours normal speed (of course by car) to reach KK city from Kundasang. Dari Kundasang ke Pekan Nabalu pula around 15-20 minutes, on your right. Pekan Nabalu ini sering menjadi kunjungan wajib jika melawat ke Sabah esp guest yang melancong area pantai barat Sabah (Kota Kinabalu dan Ranau esp). Dan ada satu restoran Muslim (I think this is the only halal restaurant in Pekan Nabalu) dan restoran tu memang menyediakan makanan halal dan bersih. Sorry lupa nama, pernah dongak atas tengok nama tu make sure it's a muslim restaurant and once I'm sure and tengok bos dan pekerja bertudung and tengok ramai muslim. Isi perut sambil layan cuaca dingin dan tenang di sana. Tidak jauh beza dengan Kundasang actually but here's a bit special sebab bukan tempat sendiri.

Kadang-kadang I have to handle guests yang cerewet soal makanan (restoran) dan kebetulan singgah di Pekan Nabalu untuk beli souvenir (lebih banyak pilihan sebenarnya berbanding di Pasar Filipin) dan lunch sekali. Di mana agak banyak juga anjing yang berkeliaran sekitarnya (kebanyakannya sebagai haiwan peliharaan dan tidak mengganggu ketenteraman awam pun) dan majoriti penduduknya beragama Kristian yang bagi mereka menyentuh anjing adalah perkara biasa tapi berlainan buat kita sebagai orang Islam. No problem pun sebenarnya. Cuma yang buat tidak selesa tu bila anjing-anjing ni kerap lalu lalang dan kadang melaung di antara satu sama lain. Okey kita faham. Cuma itu tidak bermakna just because the dogs are all around there, you think you can look down on the restaurant as well. Apalah salah restoran itew. 

My own opinion is ;

For me, I won't die out of disgust for dogs. Tiada masalah pun dengan anjing-anjing tu walaupun saya penakut pada anjing. Terbawa-bawa waktu muda** dulu tinggal di Telupid juga tempat yang tidak ramai orang Islam. Banyak rumah yang pelihara anjing untuk keselamatan rumah. Even my neighbor aka my best friend punya family pun ada pelihara anjing untuk jaga rumah considering time tu Telupid banyak sangat kes kecurian. Even I experience the thieves.
**fakta boleh dipertikaikan

Meh saya cerita.

That time I masih kanak-kanak ribena lagi. Tahun 5 if I'm not mistaken. Literally kanak-kanak ribena. Sebab hari-hari bekal air dalam tumbler adalah air perisa ribena hahaha. And that day baru pulang dari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah di Bintang Mas. Dan malam tu tidur seperti biasa - time tu masih sebilik dengan adik-adik dua orang lelaki. Enak tidur, sedar-sedar saja ada benda tajam di tengkuk. Tengok tingkap bilik kami terbuka luas tapi muat untuk dia seorang saja. Gigil-gigil kau, sebab ada lelaki dewasa siap bertopeng. All I see only macam lembaga sebab dia pakai pakaian gelap. I try to call my brothers' name tapi suara rasa tak terkeluar dan pencuri tu warning jangan jerit. Ke sana sini pencuri tu cari apa-apa barang berharga dalam bilik kanak-kanak (- -") dalam keadaan gelap. Tak lama lepas tu dia keluar melalui tingkap tadi. Dan saya apa lagi, terus keluar dari bilik dan mengongoi ketuk pintu bilik parents. Gempar satu rumah. Malam tu semua tidur dalam bilik parents. Ayah is the only lelaki dewasa that time with wife and 3 children. Thinking back, how worried and burdened ayah might feel while protecting the house all by himself tambah-tambah lepas peristiwa tu.

Dan untuk pengetahuan, sebenarnya waktu saya sedar, pencuri tu actually tengah baring just beside me halakan benda tajam. I'm lucky tingkap tu muat untuk seorang saja, kalau luas seluas-luasnya, what happen to us? To me? Banyak lagi peristiwa kecurian lain yang jika bukan kami lalui, mungkin kawasan kejiranan lain yang lalui di sana.

Funny was, sebelum tidur saya actually ada letak bawah bantal duit RM12 (itulah duit paling banyak saya pernah pegang sejak masuk sekolah rendah) yang tidak habis untuk belanja sepanjang beberapa hari berkampung di Majlis Tilawah Al-Quran tersebut. Dan selepas kejadian, benda pertama saya cek adalah duit di bawah bantal itew. Hahah!

Cerita di atas just untuk bagitahu tentang betapa agak tidak selamatnya Telupid waktu itu. To justify the needs to protect houses to the extent of hiring a dog for muslim families.

Kadang-kadang ada juga anjing terbiar dan anjing terbiar ni lah yang agak menakutkan sebab suka kejar/mengekor orang walaupun mereka ini tidak diganggu. Tiap hari ke sekolah dan balik sekolah kena psiko dengan para anjing sekalian. Jadi kena ikut juga main psiko hari-hari. Jumpa anjing yang suka kejar kena buat-buat tidak tahu dan tidak nampak supaya diorang bosan. Anjing ni macam kucing juga boleh tahan manja dia. Kadang-kadang nak bergesel. Goyang-goyang ekor mintak perhatian. Kadang-kadang salak manja-manja walaupun dari jauh. Seram bulu tengkuk jadinya.

I completely understand in Islam itself ada mazhab masing-masing but I like to remind especially myself, walau apapun, sudah termaktub dalam fatwa JAKIM di Malaysia yang masyarakat Islam di Malaysia hendaklah mengikuti fahaman Imam Syafie. Okey foinee even #halaljakim pernah jadi bahan gurauan seantero. Kita ulang, walau apapun, sudah termaktub dalam Islam dalam mana-mana mazhab pun tetap memandang anjing sebagai najis. Dan pada dasarnya, ketetapan najis bagi anjing (in Islam only) ini dipandang daripada sudut yang bersifat ritual, bukan rasional, dan tidak perlu ada penjelasan logik. Segala hukum hakam dalam Islam tidak sepatutnya dianalisa sesuka hati dan sesuka orang mengikut tuntutan akal dan perasaan. Akal kita sebagai manusia terlalu cetek sebenarnya untuk memahami sebegitu banyak ilmu di luar minda kita yang tidak sempurna, apalagi untuk meneliti tentang najisnya anjing dalam Islam walau setaat mana pun ia pada manusia.

BUT, if we have to, at least perkara pertama adalah we should educate people nowadays how to confront with dogs, NOT necessarily show our love by touching it because it could be confusing especially for the kids. Parents perlu didik anak-anak dengan cara yang proper dalam pada membuang anggapan yang anjing adalah sinful and threatening and evil. To treat animals with compassion and not abusing them. Jangan asal nampak terus capai batu dan humban then run away after you triggered/hurt them. Should tell the children to not touching it because it's haraam-without-question and that's the only reason, my dear. Because in jannah you can touch more and you can have more, alright?

This entry is referring to 'I want to touch a dog' campaign yang menggegarkan satu Malaysia baru-baru ini. I think it's just a 'touching' a dog event, bukan sampai CUDDLE a dog! Tapi yalah, bila dah ramai-ramai tu memang susah nak kawal.

In conclusion, dogs are not evil and no need to show those disgusted face just because you saw them. Sama macam orang keturunan India (Happy Deepavali!) yang tidak makan daging lembu kerana lembu adalah haiwan suci bagi mereka, apakah pernah kedengaran mereka pandang rendah pada kita orang Islam yang melakukan korban lembu sempena Hari Raya Qurban? Kita sebagai muslim, kita jaga hal kita, hubungan antara kita dan Pencipta and everything in-between, dan juga jaga apa yang menjadi tuntutan agama kita. Sama seperti agama/bangsa yang lainnya.

Please note that this is just to share my two three four cents, based on my readings and understanding, and never my intention to offend anyone. Reading any part of this blog constitutes your agreement to expose yourself to my personal views. However if I'm wrong, please correct me ;)

Share:

Monday, October 20, 2014

'Under construction' is now done.


Yeay! Ini kerja semalam. Alhamdulillah try and error dapat juga heheh. Orang lain guna new blogger template saya masih guna classic blogger so edit tu nak taknak kena guna coding. Dulu tiap kali edit blog ambil masa berhari-hari now senang sikit, sebab dah agak biasa. Dulu tu bila? Sejak mula blogging okey. Heh. What to do, I love Classic Blogger!  Dulu ada 1 sidebar saja, now welcome sidebar2. 


Old look


Btw patut saya di rumah sekarang ni, ada saudara meninggal. But.. T___T I cannot leave here as my husband is sick. Ibarat telan mati, luah pun mati. Sambil look after him sambil online.. Tidak salahkan.. Walaupun hati separuhnya ada di rumah. I wanna go home badly but I can't.. :'( 

Well. That's it for today.
Share:

Sunday, October 19, 2014

Chess game. :)


"Dear John"

Long were the nights when
My days once revolved around you
Counting my footsteps
Praying the floor won’t fall through, again
And my mother accused me of losing my mind
But I swore I was fine

You paint me a blue sky
And go back and turn it to rain
And I lived in your chess game
But you changed the rules everyday
Wonderin’ which version of you I might get on the phone, tonight
Well I stopped pickin’ up and this song is to let you know why

Dear John, I see it all now that you're gone.
Don't you think I was too young
To be messed with?
The girl in the dress
Cried the whole way home, I should've known.

Well maybe it’s me
And my blind optimism to blame
Or maybe it’s you and your sick need
To give love then take it away

And you'll add my name to your long list of traitors who don't understand
And I'll look back in regret how I ignored when they said,
"Run as fast as you can."

Dear John, I see it all now that you're gone.
Don't you think I was too young
To be messed with?
The girl in the dress
Cried the whole way home

Dear John, I see it all now it was wrong
Don’t you think nineteen’s too young
To be played by your dark, twisted games?
When I loved you so, I should've known.

You are an expert at "Sorry"
And keeping lines blurry
Never impressed by me acing your tests
All the girls that you've run dry have tired lifeless eyes
Cause you've burned them out

But I took your matches
Before fire could catch me
So don’t look now
I’m shining like fireworks
Over your sad empty town

Dear John, I see it all now that you're gone.
Don't you think I was too young
To be messed with?
The girl in the dress
Cried the whole way home

I see it all now that you're gone
Don't you think I was too young
To be messed with?
The girl in the dress
Wrote you a song, you should’ve known.

You should’ve known
Don’t you think I was too young?
You should’ve known. 
 

Share:

Friday, October 17, 2014

It's a, secret.

Kebetulan since last night I susun-susun entri caca merba I sejak 2006 into categories (bayangkan after years!) dan design link bergambar untuk bagi menarik dan kemas sikit. I love the outcome. Pastu tadi pula, saya cuba bersihkan drafts. Ada hampir 50 post semuanya dan kebanyakkannya adalah entri yang pernah dipublish tapi saya turn into draft long ago. Dalam fikiran saya, okeylah must be the content are way too inappropriate or sangat-sangat tak releven atau something yang I malu nak bagi orang baca. Hehe. Bila cek.. 

Hm. I lost words.

Because of the drafts, I took almost an hour of my time for self reflecting. Thinking what I did in the past, that I have to pay for it today. This might be one of the reason. And more.

To that someone, I know you're happily married now. I'm happy for you. Am not expecting any in return, I just wanna say sorry for my stupidity. I was so stupid I know. I still remember those words - the last time we actually talked. And that was our last time. And if I could turn back the time... I wouldn't do it. I wouldn't leave.

As for me, I'm ... doing good. This year only I traveled by plane 10 times already haha.. I covered Singapore, Thailand and Indonesia and coming back to Thailand. I've seen and learned many things by heart, I'm grateful of being able to do that. And soon I'm gonna start my solo trip - covering parts in Malaysia I've never been before. Haven't had any plan yet although I've bought the tickets. I wish to fly even far, but for now, yang dekat-dekat saja dulu. Eventho I've been to those 3 countries but I know I haven't truly experience them though. For now jejak kaki saja dulu, next time datang balik and spend more time there. Traveling. Honestly this's my new obsession because that's the only time I could find myself. The only time I'm genuinely happy.

Apapun, I'm coming home tomorrow! Yeay! Harap-harap semua seperti yang dirancang..

Okey need to go. Nak cari-cari lagi benda boleh di edit pada blog ni selagi ada masa free. Bukan selalu ada masa untuk edit-edit ni ;)


Betul tak? ;)
Share:

Thursday, October 16, 2014

Blog Planner!

Aku bukan blogger famous. This blog is famous only in my heart. (- -')

Sesungguhnya aku tidak ingat di mana aku menjumpai ini. Sekitar awal tahun telah mengoogle dan google dan tiba-tiba ada. Heheh *gelak tak memasal* Tapi kalau google 'weekly blog planner' confirm jumpa dan ada banyak lagi pilihan. Untuk template ni saya ada printable version. Bawah ni screenshot saja, but yes surely walaupun tak pernah guna tapi reading the content I feel organized tiba-tiba XD

Good for bloggers yang teratur entrinya. Macam lifestyle blogger gitu. Bukan untuk saya, I think. Sebab I tulis caca merba.




Nice kan. Anyway ada satu lagi tips, tapi saya sendiri tidak buat lagi sebab have no time, but I'll share later. Ubat untuk blogger yang no idea nak post apa dalam blog. Bila penyakit blank tak tahu nak tulis apa. Hehehe.. Coming up nanti. I mean naaaaaaaaaanti XD


Note : Sorry for previous post if I'm being too offensive. But that's what I feel right now.
Share:

Wednesday, October 15, 2014

Tuesday, October 14, 2014

Mode : matahari please terik sampai petang!

Sebab baju dari 2 minggu lepas tengah bersidai. Kahkah!



Nampakk?


Tengah jalan-jalan di Instagram Mall(?) cari kedai kad bisnes dan instant geram bila terserempak dengan ZA (bukan nama sebenar) pastu breakfast sama-sama. Wo wo breakfast? Mimpi gila. Memang tidaklah. Jumpa gambar saja ahaha. Eh eh. Tiba-tiba terkeluar nama artis dalam blog ni. Wakakakk.

I find this man, Zul Ariffin (artis) a lil bit different. Err I tak tengok cerita dia. I tengok Rindu Awak 200% dua kali saja tu pun sebab kebetulan TV tengah pasang, kalau tak pasang memang taklah. Tu pun tidak tengok sampai habis. I saw him in Awan Dania, and saw him in telemovie waktu raya/puasa hari tu. That's all but penilaian I adalah muktamad. This man is different! Haha. Sebab apa? Entahlah susah nak cakap. Malas nak elaborate. Pendek kata, sesuai jadi hero malaya sejati. Standard novel-novel watak suami romantik nak mampus. Tahap  Yang lain? How to put this. Kaku dan control macho saja yang lebih heh (- -") Tidak dinafikan  Bagi yang pura-pura tidak tahu, ZA ni artis, bukan scandal atau apa. Ketuk karang. Jarang tengok TV sebab I ada banyak benda nak buat hari-hari. Even husband lebih suka tengok TV dari I. I tengok TV untuk tengok AF saja. Erk. WHHUAT? AF? Lame! I sangat-sangatlah lame. Baru tahu? XD

Mula-mula nama Zul Ariffin naik di pendengaran ini waktu dia dengan Abby. First time tengok, terus dalam hati, eh hensem jugaklah. Makin naik nama dia lately terus fikir finally true film and drama hero is raising ahaha.. Bila fikir-fikir, ah patutlah nampak macam familiar.. I teringat dulu time zaman rajin tengok TV (zaman sekolah menengah) saya rajin tengok cerita kantonis selalu main di TV jam 7PM. Zul Ariffin ada iras-iras salah seorang pelakon cina yang pernah I obses kejap. I dah lupa nama pelakon cina tu but during my secondary school years.

I sebenarnya tak berapa taste dengan artis lelaki tanah air. Hello I pun pernah muda dan gadis-gadis gitu, pernah usha-usha artis lelaki artis tempatan yang boleh digilai macam kawan-kawan I yang lain but end up I only gila with Siti Nurhaliza. And that is for as long as I remember! Dari awal sekolah rendah sampailah ke tua-tua bangka ni. Walaupun apa kontroversi dia dari dulu hingga sekarang, I cuma pandang sebelah mata thinking that it's her personal life. When most of my friends beralih arah dari peminat jadi pembenci gara-gara perkahwinan dia dengan Datuk K, I tetap releks tiada perasaan because I am her die hard fan and I feel her sincerity. Ahakk. Now, Even lelaki pun actually I tak pandang sangat pun. Dah tak heran bukan macam waktu muda mudi kan. Walaupun taklah menggedik sangat tapi bila lepak dengan kawan-kawan, sometimes keluar juga isu tentang.. Well.. Guysss. One of fav subject sebab enjoy kongsi cerita dengan kawan-kawan. Tu saja. Sekarang pandang pun tak, tengok macam tiada perasaan dan cakap pun asal ada. Dah macam lesbian. Dan aku memang rasa ajaiblah kenapa orang tergila-gila dengan watak hero cerita-cerita filem atau drama yang malas I nak petik nama. Tak ikut sangat pun. Kebanyakan sama. Badan saja besar ketak-ketak tapi watak lembik dan kaku.

Seriously I cannot watch cerita tempatan kecuali some of them. Sorry I think I have the right to criticize. Cerita dan konsep actually bagus but sayangnya script always out. Tiada atau hampir tiada pengisian yang bagus dan info menarik. Talking about quality film/drama here. Bukan filem yang asal ada atau setengah masak.

I am very serious type of girl yet I really love to play and go crazy sometimes. That's why I love informative fictions, instead of biography or documentaries. And that's the reason why banyak-banyak novel I really love Ramlee Awang Murshid's. Sebab apa yang ditulis bukan sekadar imaginasi semata-mata, tetapi most of the facts written are very useful. Tak percaya tengok indeks, sumber rujukan dan glosari di muka surat belakang buku-buku penulis ni. Mesti penuh. Maknanya penulis ni banyak buat research, malah menyeluruh. Wild imagination, perkataan-perkataan baru, penuh info dan saya percaya penulis menulis bukan sekadar untuk hasil jualan novel, tetapi juga untuk mendidik. Untuk memberi maklumat dan pengetahuan yang bukan sedikit. Aku bukan intelektual sangat, but just my two cent. If ada anugerah tempatan untuk penulis novel terhebat, I would nominate Ramlee Awang Murshid instead of Ahadiat Akashah from Ombak Rindu. That kind of film doesn't worth screening kecuali jika skrip memang betul-betul bagus but no body listen to you anyway so shut up your mouth Fina XD

Anyhowwww, I started my day today doing hardcore (bukan lagi house core hahaha). Dapur, toilet, kain-kain basuhan, and partly biliks (s to be plural) I dah setel. Jap lagi nak masak lauk untuk makan tengahari (nasi dah masak) dan dah setel boleh tengok Runningman ep 216. Petang karang nak ajak husband beli barang-barang dapur di Ranau. Dan malam masa untuk balas emel dan whatsapp customer. Maybe extra work untuk update iklan KLT.

Speaking about KLT, I cannot wait baju Kundasang Leisure & Tours almost done I think! Sabar-sabar. Nak cepat-cepat tu macamlah kau ada masa nak pick-up sekarang heh.

Gonna update our recent 10 days trip soon but before that I HAVE to finish Sisters Trip dulu. Now I'm getting excited to write EVERYDAY... ;) Okey bye for now. See you guys (actually I meant girls) later. Thank you for keep coming!!
Share:

Monday, October 13, 2014

Printing 50 sen sekeping, servis hampeh.

I guess I'm in pre-period right now, so many things rasa tidak kena dalam hati. And things I don't actually care too much before now I'm going to burst it out. Even tiada line internet di Kundasang ni pun rasa macam nak menangis. Last 2 days I tolong jadi fotografer untuk majlis kawan husband, nak nangis jejak kaki dalam masjid menyaksikan majlis akad nikah. Now berkumandang dari radio entah siapa-siapa lagu yang pernah terlalu menyentuh hati ini, lagu Sedetik Lebih (after that dia kawin orang lain but now dah tak kisah pun cuma ya tersentuh saja pon lol). Baru lepas mengedit video pernikahan letak lagu Tercipta Untukku dan Love Story by Taylor Swift, mengalir lagi air mata. Emotional? Entahlah.

Okey nak komplen sikit.

Kedai print dan fotostat (juga ada jual topup RM5 untuk RM5.50) berhadapan dengan 88 Market di Kundasang. Tak ingat nama, kalau ingat saya tulis saja terang-terang. Malas nak complain terus sana sebab nanti orang nampak macam perempuan gila. Apahal kan benda dah lepas tiba-tiba datang marah-marah pulak. Nak marah, marah on the spot lol.

Maaflah if ada sesiapa terbaca ni terdiri dari kawan-kawan atau keluarga mereka. Selama ni tahan lagi. Cara dua ekor perempuan tu layan customer esp perempuan, dingin gila. Jeling macam kita ni rendah kasta dari dia. Tapi bila ada customer lelaki bukan main gedik, lembut gitu. Tapi bila aku aka perempuan yang cakap, diorang tak pernah pay attention. I don't have a very loud voice you know, but kedai tu kecil saja kadang-kadang sampai 3 orang jaga, paling sikit 2 orang jaga. Standard kedai topup/booth kecil orang jual simkad. Bukan busy sangat pun. Mustahil tak boleh nak attend customer kalau tidak duduk membelakang kaunter layan korea lah, makan-makanlah, bergosiplah entah apa-apa. Customer panggil buat-buat tidak dengar. Senyum tidak, muka masam. Saya kena panggil ulang-ulang, tu pun yang seorang badan besar sikit tu jeling lain macam, tone suara transform terus. Padahal baru tadi gelak ketawa bergurau senda dengan customer lelaki. What kind of kebiolan is that, tell me? Maybe ada mode untuk customer lelaki dan perempuan agaknya like seriously s**l. Just because they're the only kedai in Kundasang yang tumpuan untuk print-print, doesn't mean they can act like that. Sudahlah mahal 50 sen 1 keping print file Word color hitam putih (boleh print 1 keping gambar saiz 4R). Mahal tu tahan lagi if memang layanan bagus. I won't mind. Tapi ini macam b***.

I'm not asking you to not come to that kedai after this, saya pun maybe akan datang lagi jika perlu sebab saya perlu print banyak benda dan printer belum ada di rumah (nak beli nanti). Tapi after this dua ekor tu buat lagi perangai gitu siap diorang.

Hope berubahlah customer serbis macam taik sebegitu. Memanglah kedai kecik-kecik, lepas tu dalam pekan kecik saja. Tapi entahlah. Annoying pulak rasa. Siapalah yang kisah sangat kan. Aku saja mungkin. Heh. Sorry sajalah but I'm not sorry.

Okey bye.

Share: