2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Sisters Trip Part 8 : Day 3 Beras Terbakar, Langkawi dan Pantai Cenang, Langkawi
Monday, September 15, 2014 posted at 12:00 ♥

Day 3 : Beras Terbakar, Langkawi dan Pantai Cenang, Langkawi
Previous Entry : Day 3 Oriental Village & Cable Car, Langkawi



Oh please.. Again?? Request siap berhenti depan bangunan ni semata-mata untuk ambil gambar. Saya pun layan sajalah. DANA HOME. I think this could be one of our main highlight in Langkawi :D

Next, Beras Terbakar. Dalam 15 minit dari Oriental Village.

My first time. So nak juga tengok macamana rupanya beras terbakar tu. Waktu study dulu sepatutnya ada peluang ke sini tapi entahlah kenapa tidak pergi. Dalam bayangan Beras Terbakar ni macam satu padang yang seluruh tempat tu ada beras yang terbakar. Haa gitu gambaran dalam angan-angan saya ni sebelum masuk. Hehe.. Dana ni main ikut saja. Tak take charge langsung nak pergi mana or even google attraction di Langkawi. Semua serah pada kakak. I mean, tiada rasa curious langsung. Kalau saya even ada driver or guide, tetap nak tahu. Saya dah rasa macam jadi tourist guide dia pula. Tapi bagus juga, sebab saya tak perlu explain apa-apa minta paham. Kalau nak tau dia pergi baca board sendiri pahamkan sendiri haha. Ke sana sikit cakap "Waaahh.." ke situ sikit cakap "waaahhh.."...

Parking lot ada beberapa kereta saja. Nak bagitau memang lengang sangat. Haha. Beras Terbakar tiada entrance fee.






Lepas pintu gerbang tadi akan masuk satu lorong yang banyak kedai-kedai berderet di  kiri dan kanan anda berjualan. Kebanyakannya jual t-shirt dan kain-kain. Maybe 80% jual kain? Sampai ke hujung sekali anda akan jumpa rumah ini : 







Lupakan padang. Even halaman pun, lupakan. Lupakan. Kerana beras terbakar itu (okey tapi memang betul, memang beras tu terbakar di padang), hanyalah semangkuk beras dan aquarium sebagai simbolik. Sila baca board di atas.

Rumah tu rumah orang tau. At first saya ingatkan rumah tu galeri untuk tambah pengetahuan lebih lanjut tentang Beras Terbakar tambahan pula tangga rumah itu kelihatan sangat menawan dan mengajak (direct translation) tapi siap ada kereta macam rumah orang. Lantas merasa ragu-ragu dan pergi dari situ :D Seriously lebih cantik tengok live dari dalam gambar. Dalam gambar nampak macam biasa-biasa pula. Nampak depan mata, terasa sangat yang rumah tu well-maintained. Sangat terjaga. Cantik dan klasik. Tangga tu yang paling saya suka.

Google dalam blog ada yang cakap t-shirt dijual lebih murah di Beras Terbakar berbanding tempat lain. Sebab nak beli t-shirt tu lah yang kami sampai di sini. Kalau tidak besar kemungkinan saya skip saja. Tapi bila tengok balik, hmm. Mahal juga sebenarnya. Ada 2 helai saya beli di sini. One for Mr Husband and one for myself. Berlainan kedai. But when I look back, mine was so mahal. Husband punya price RM25 berbaloi dengan jenis kain dan saiz (xxl you) dan selesa pakai sebab husband suka pakai. Yang saya punya tu.. RM18 hmm.. Entah main ambik saja. Adakah aku telah diketuk? Wakakakk. Taknak datang lagi. Hmph.

Time ni panas sangat-sangat. Dan lapar, lunch pun belum. Kami singgah makan ABC di gerai cendol di luar Beras Terbakar. Makan atau minum? Tapi saya sebut makan lah sebab makan ais. Kan makan tuh. Heh.

Satu jam di Beras Terbakar dan kami ke destinasi terakhir kami di Langkawi, iaitu Pantai Cenang.



Masuk mall nak rasa ekon pusing-pusing kejap lepas tu keluar dan jalan-jalan area Cenang. Tapi area tepi jalan tempat kami parking saja sebab both dah penat. Jalan ke pantai? Em, dekat Krabi sajalah. Drive dalam sejam juga ke sini so masa terbuang banyak. Sempat jalan sikit-sikit saja. Ada jugalah tengok-tengok cuci mata dan walaupun pantai Cenang ni tumpuan tourist (bars, etc banyak dekat sini), tapi sebenarnya price (maybe certain kedai dan maybe kebetulan kami jumpa kedai yang bagi harga okey) adalah tidak seketuk di Beras Terbakar. Nampak pun macam senang runding. Maybe sebab sini lebih banyak saingan. Harga kereta pun sehari RM40 untuk Viva boleh jumpa. T-shirt boleh jumpa murah dari Beras Terbakar.

Tapi tidak beli apa-apapun di Cenang. Sebab target shopping di Hatyai saja.

Datang Langkawi next time nak duduk Cenang pula. Maybe the rate can be so much higher than other places in Langkawi but at least 1 malam, untuk rasa kemeriahan sebenar di Langkawi. Hehe. Next time. Tapi tidak juga menyesal duduk Pekan Kuah sebab jumpa hotel yang for me very nice. Staff sangat warm dan okey dan harga pun okey dan paling penting for me adalah harga dan kebersihan dan harga haha. Murah sangat tapi tidak bersih pun, no no.






Kami bertolak balik ke Pekan Kuah around 7PM dan singgah isi minyak lagi RM10. Patut isi RM5 dah okey sebab esoknya awal pagi lagi kami return kereta di jeti. Bagi elok berkelip-kelip tank tu time return sebab waktu diorang hantar kami kereta tu memang dah berkelip-kelip tank minta di isi. Kelam kabut cari stesen minyak terdekat (- -")

Okey end of Beras Terbakar dan Pantai Cenang.


Belanja :
ABC di Beras Terbakar RM3
Minyak kereta RM10.00
.........................................................................................
TOTAL : RM13.00 (RM6.50 seorang)
.........................................................................................

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish