Pages

Sisters Trip Part 7 : Day 3 Oriental Village & Cable Car, Langkawi

Sunday, September 14, 2014

Day 3 : Oriental Village & Cable Car, Langkawi


Setelah sejam dalam Makam Mahsuri (sebenarnya 30 minit dalam ni dah okey tapi kami banyak bersantai-santai), destinasi seterusnya adalah?? Yeahh cable car. Kali ketiga ke Langkawi tapi belum pernah naik cable car ni. 1st time sebab orang terlalu ramai berbaris-baris (datang time peak season raya cina tahun 2007 masa tu). 2nd time sebab not feeling well. Baru keluar dari Kem BTN. Time bulan puasa pulak tu. Nanti tak pasal-pasal bulan puasa pun melolong-lolong atas tu tak hengat Tuhan. Ahaha..

Kali ni kasi jadik.

On our way actually di hadapan tepi dan belakang kami pemandangan indah luas terbentang. Dana pegang DSLR time tu and since I yang drive, mintak dia yang tangkap gambar. Bila tengok hasil, most of them blur habis walaupun bila dia tangkap gambar saya actually slowkan kereta. Kereta tak banyak. Brek tengah jalan 5 minit pun boleh haha. So, sorry tidak banyak gambar yang layak di-up.

Ini ikut kronologi dari Makam Mahsuri ke Oriental Village.








The Danna. Ada orang perasan nama dia lol. Gigih si Dana ambil gambar.

Panjang juga perjalanan kami ni. Tidak ingat masa dan tak dapat nak agak sebab saya banyak slowkan kereta. Tengok pemandangan dan bagi Dana tangkap gambar. Mungkin dalam sejam perjalanan kami. Perjalanan kami, bukan anda. Anda sampai 10 minit saya tidak bertanggungjawab. Di Oriental Village ni kami spend masa dalam 2 jam juga. Lamanya kan..










 
Kami turun tu terus ambil minuman tin dan mineral duduk terus di meja hijau tengah-tengah tu. Feeling tourist konon walaupun rasa biasa-biasa saja.




Yang bestnya kami tidak perlu share cable car tu dengan orang lain. Naik dan naik (2 kali stop) dan turun only the two of us. Atas sejuk sangat. Angin sepoi-sepoi ala-ala ganas sikit. Berkabus. Macam di Kundasang pula. Hehe. Bila turun balik, aduh panas membahang. Untung staf yang kerja di atas tu XD Tapi atas gayat woi.. T_____T First and last I naik. I rasa I prefer the ground. :P




Dengan 30sen seorang dapat guna toilet very oriental feeling ni sekali pakej dengan pemandangan ini. Hehehe. Berbaloi tak????






End of Oriental Village & Cable Car.



Belanja :
Tiket Cable Car RM30.00
Tiket 6D RM20.00
Minum di cafe atas RM5.00
Makanan ikan RM1
Tandas RM0.60
.........................................................................................
TOTAL : RM56.60 (RM28.30 seorang)
.........................................................................................

No comments:

Post a Comment

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS