2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Sisters Trip Part 4 : Day 2
Friday, September 12, 2014 posted at 08:30 ♥

Day 2 : Penang - Kuala Perlis (transit Alor Star) - Langkawi
 Previous entry : Day 1

Plan Asal



Tidur kami dalam keadaan tidak begitu selesa. Aircond dalam surau makin lama rasa kuat sampai menggigil-gigil tapi sebab terlalu letih saya ignore saja. I dunno bout Dana tapi tengok macam okey. Ditambah dengan pengumuman flight pembesar suara kuat gila macam betul-betul di telinga (konon). Panggilan terakhir.. Panggilan terakhir.. Grr. Siapakah gerangannya yang lambat naik flight tuh. Lepas tu dah malas nak tidur walaupun mengantuk.

Kami dah plan sejak semalam untuk catch the earliest bus from Penang Airport ke Terminal Bas Sg. Nibong (nearest bus terminal). 6.30AM paling awal. Ni dapat tau hasil temuramah dengan pekerja cafe tempat kami beli supper semalam. Kami siap pagi tu around 6.30AM juga so goodbye earliest bus (kami sangka 6.30AM paling awal tapi sebenarnya paling awal adalah 5.30AM phew). Lalu balik cafe tu (sebenarnya bukan cafe, lebih kepada kiosk cuma dia besar), nampak balik pekerja yang bantu kami semalam. Siap bagi kami charge handset dalam kiosk dia lagi semalam. Baik budaknya.

Kami letak bagasi dalam bas Rapid before sarapan di seberang jalan. The bus driver being so nice to us, he even suruh kami sarapan dulu dekat restoran seberang sebab di dalam airport makan mahal. Sementara tunggu bas gerak 7.30AM baik pergi makan dulu. Around  6.50AM kami turun dari bas (ingat sebab ini antara details yang saya sempat tulis dalam notebook). I think bas Rapid tu gerak every 1 hour.

Time tu masih awal lagi. Kedai pun baru ada satu yang buka. Tempat makan tu sederet. Macam medan selera. Tapi masakan panas ada satu saja yang dah buka. Jengjengjeng :




Memang simple. Tapi look what we got. Nasi Goreng Kampung for Dana & Mee Bandung for me. Minum tak order sebab minum mineral saja. Both only cost us RM7, can you believe it? Rasa pun okey. Lain-lain price please tengok di gambar atas. Range RM3 - RM3.50 dan paling mahal pun RM4.50 untuk Nasi Goreng Ayam dan Nasi Goreng Daging. Ohh.. I love you makcik.

I recommend you yang cari makan murah dalam airport, just keluar jalan sikit dan jumpa gerai ni. ;)





7.30AM bas Rapid to Terminal Bus Sg. Nibong. Costs us RM2 seorang. Perjalanan around 30-40 minutes. Time tu jammed and bas ni banyak berhenti-henti. Jarak tak jauh sangat rasa jauh jadinya. Dana dah sambung tidur balik di sebelah. Haha.. Saya tak tidur sebab I know dari Penang ke Kuala Perlis would take 2 - 3 hours. Time tu boleh tidur. Saya cuci mata tengok suasana orang local di Penang.

Flow bus macam ni :

Keluar dari entrance Penang airport akan nampak 3 lanes HADAPAN anda. Bukan lihat ke kiri, bukan lihat ke kanan tapi hadapan. Paling dekat di depan anda adalah lane untuk taxies. Seberang lagi lanes untuk private cars, dan seberang lagi adalah untuk buses. Ambil Bus 401 to Weld Quay OR 401E to Komtar Bus Terminal. Operation hour 5.30AM - 11.30PM so jangan mimpi jam 2AM masih ada lagi (sindir diri sendiri). Bus 401 or 401E ni will stop at Nibong Bus Terminal to drop or pick up passengers. Dan siap masuk dalam terminal so no worries it's hard to miss hehe. Tapi jangan tidur pula.




 

Penang airport to Nibong RM1.40 seorang for 1st 7KM by bus but hari tu kami bayar RM2 so I guess harga dah naik. Untuk teksi maybe RM17 - RM25 per trip. Kalau nak cepat ambil teksi lah. Kena alert jadual bas sebab bukan semua destinasi available every hour. Ke Kuala Perlis dari Nibong hanya available untuk 3 masa saja. 8.30AM, 1.30PM dan 6.30PM. Supposed Day 1 kami ambil bas 6.30PM tu. Rujukan saya di S I N I. Accurate so far. Timetable sama. Cuma harga naik sikit. Paid RM17.30 seorang instead of RM15.50.

Ticketing office dekat first floor. Kalau belum sarapan, di sini ada tempat makan juga sementara tunggu bas gerak. But since kami dah makan, kami tunggu di bawah saja. Tidak tunggu lama sebenarnya sebab kami sampai terminal dan selesai beli tiket dan g toilet segala pun dah jam 8.20AM. Terus naik bas dan 8.30AM lebih sikit bas pun gerak ke Kuala Perlis. Alhamdulillah jom tidooo.. Harharhar.. Bye Penang, see you on our last day here.. ;)



Now we back on our original plan. ♡♡♡


Jambatan Pulau Pinang

... dan ZZZZZ Sambung tidur.

Di pertengahan jalan saya terbangun. Dana pantang duduk dalam public bus, otomatik tidur. Masing-masing penat but I take charge to look after things. Bangun juga kadang-kadang. Dan pertengahan jalan ke Kuala Perlis tu terbangun sebab rasa bas tu macam dibawa melencong-lencong. Faham tak. Kami dapat seat paling depan sebab tu dapat gambar full view depan macam atas ni. Dan saya dapat tengok dengan jelas driver tu tersengguk-sengguk. Adeh.. Kus semangat. Time tu Tuhan saja yang tahu macamana perasaan saya. Sambil makan keropok maruku at the same time boleh tersengguk-sengguk. Ada time tu hampir langgar divider. Ya Allah.. Time tu...




Tangan dah memang gatal nak menaippppp.. Tapi bagi can lagi. Ada pakcik lain (penumpang yang duduk paling depan juga) sebaris dengan saya ajak pakcik driver tu borak sebab dia pun perasan benda sama. Nasib baik dah okey dah lepas tu. Pucat ai tau pakcik.. Transit dekat Terminal Bas Shahab (Alor Star) tapi tak turun pun. Malas. Nak cepat sampai Kuala Perlis. Nak sampai Langkawi cepat. Nak cek-in hotel dan rehattt..

Dari Alor Star ke Kuala Perlis saya dah tak tidur dah. Dana pun dah bangun. Turun di terminal bas Kuala Perlis tu, jalan sikit dan akan sampai di Jeti Kuala Perlis. Ala tidak jauh berjalan. Kalau tu pun mau naik teksi memang mau kena cubit ni hahaha.. Took a glimpse at T Hotel Kuala Perlis just in front the jetty. Hmmph! NVM. Maybe next time. Hehe.

Direct beli tiket feri ke Langkawi pula. Price still the same like few years ago. RM18 seorang. Gerak 12PM. The Operation hours of the ferry begin at 7.00am until 7.00pm. Saya rujuk di S I N I. But here's one important tips. JANGAN. Dan JANGAN dan JANGAN. Jangan ambil mana-mana atau siapa-siapa yang offer apa-apa pakej di Langkawi atau kereta sewa atau apa-apa sajalah di jeti Kuala Perlis. Kenapa? Jangan tanya. Just DON'T. Beli tiket feri sudey. Lain-lain jangan terpengaruh sebab diorang pandai berlakon. SERIOUS! Apa-apa hal pun jika nak ambil pakej dan sewa kereta etc, beli waktu di Jetty Kuah (Langkawi) sebab sana lagi banyak pilihan.

Dan? Yes. Sambung tidoqqq untuk 45 minit!

 Iya? But I rasa lebih dari 45 minit perjalanan tu. Heh.

Sampai saja kami urus kereta dan beli siap tiket feri ke Satun, Thailand (untuk transit antara Langkawi - Krabi). RM30 seorang. Pilih dan ambil kereta di jeti tu juga. Ambil Myvi Auto. So inilah transport kami sepanjang 3H2M di Langkawi. Helo KDC3757! Tinted dan auto. Good enough. Sebab Langkawi panas. So ada tinted ni dalam kereta rasalah sejuk sikit hehe. Diorang kira 24 jam sehari so 3H2M tu 48 jam. 24 jam RM60. So total sepanjang 3H2M kami bayar cuma RM120 sewa kereta dengan cagaran (refundable waktu return) RM80. Mungkin kami boleh dapat lagi murah tapi dah okey dengan bajet. Kami bajet sebelum ni RM140 3H2M Viva. Minyak kereta saya isi RM20 harapnya cukup untuk 3 hari heheh.



Lepas isi minyak kami direct cari hotel dengan bantuan Waze dan alhamdulillah senang cari. Tepi jalan saja. Yang buat confuse (tapi tidaklah confuse sangat, jumpa terus parking) tu sebab latest diorang tukar nama ke Chomelle Hotel sedangkan dalam resit kami nama Chantique Hotel. Nasib baik kami datang waktu bukan peak season, kalau tak kemungkinan besar memang susahlah kami cari parking.




Waktu check-in tu pelik juga, kenapa tukar nama. Tapi bila masuk bilik, baru faham. Terlalu comel aka kecik hehehe. Kalah nau Tunehotel 1Borneo. Lagipun ada lagi satu resort/hotel nama Chantique juga (exact spelling) jadi mungkin ramai yang confuse. Penginapan ni baru lagi so bersih. :)

Rehat-rehat kejap dan on 4PM kami cari tempat untuk lunch area dekat-dekat. Susahnya cari tempat makan di Langkawi time tu. Jumpa juga di area Kompleks Langkawi. Lepas makan kami masing-masing beli shades dalam kompleks tu. Balik pastu tidur dannn terlajak sampai tengah malam. Konon nak pergi tengok wayang tapi tidak jadi. Baek sambung tidur lagi bagus. Esoknya nanti seharian berjalan ;)

End of Day 2.

Belanja hari kedua :
Sarapan RM7.00
Penang Airport - Sg Nibong Terminal Bus RM4.00
Penang - Kuala Perlis RM34.60
Jeti Kuala Perlis - Jeti Kuah RM36.00
Sewa kereta RM120.00 3D2N
Minyak kereta RM20.00
Hotel RM120.00 2 malam
Lunch RM14.00
.........................................................................................
TOTAL : RM355.60 (RM177.80 seorang)
.........................................................................................

Labels:


2 Comments:

Blogger ~*ciku*~ said...

Hiii.. leh dapatkan number utk kereta sewa? :D

16 February, 2015 23:53  
Blogger Fina Sophie said...

~*ciku*`~,
ops maaf saya rasa saya dah x simpan receipt. unless pergi waktu peak season, blh saja walkin. situ banyak kereta sewa. saya pergi dulu datang baru ambil kereta. but if pergi CNY ni or any high or peak season memang patut book awal. ^^

17 February, 2015 00:08  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish