Sunday, September 21, 2014

Randomness

Semalam..

I call you, you tak answer.

Ceh. Takdalah. 18hb I rush early morning to Kota Kinabalu with adik (dia temankan) for meeting at Ocean Seafood Village (later on pindah ke Promenade) tentang trip naik gunung Kinabalu end of Novoember for 50 pax. The same day orang call nak tour 2D1N ke Kundasang, pick up us NOW katanya. Since we're free (not me, but we got empty slot for that day), so husband pick them up terus. Pergi Toyota bayarkan mother's CCM and shoot back to Ranau. Adik temankan semata-mata untuk drive area bandar. Start dari Kundasang ke Tamparuli dan Tamparuli ke Ranau I yang drive, dia tidur. Nak jadi burung hantu sangat, macam tu lah. Syukur jugalah ada yang nak tolong kan. Kalau sorang-sorang? Haha. Hari ni slow down sikit dan esok busy lagi balik. Dan seterusnya dan seterusnya.. 

Before meeting seminggu juga sakit kepala. Begitulah bila kita kena present something walaupun I don't have anything to present since kuasa bukan di tangan I. Susah nak cakap lol but alhamdulillah everything went well. Thank so much to my friend yang tidak pernah jumpa ; Yunie. Thanks! You helped me a lot!

Talk about meeting. I don't do meeting since long ago. I guess my last meeting was with Tari Kirana. And those meeting-sampai-muntah days (as Fiza put it) while we're in JPM. Dear JPM sister, paperwork and meeting and bilik JPM and office? Remember? During my 2009 - 2010 penuh dengan entri yang ada perkataan 'malam ni meeting', 'meeting jap g', ' malas g meeting'. XD But anyhow, I really am jakun at things I dah lama tak buat hampir-hampir tak tahu meting tu apa. So, LET ME! *exaggerate* Hahaha. Eee.. Bikin panas juga entri ni kan.

Makin hari dekat dengan masa nak berjalan ni terus rasa macam malas.. melankoli.. angan-angan.. khayal.. terawang-awang.. Semua gara-gara membayangkan yang indah-indah belaka sepanjang our 10 days trip to Indonesia and transit di KL 3 days. Booked almost everything tapi packing belum. Tapi nak packing macamanakah sekarang berada di rumah mentua. Atau perlukah aku pulang ke rumah esok dan angkut apa yang boleh di angkut.. Bosan-bosan di rumah boleh belek dan packing-packing secara slow motion.

Sister's trip dah cover til Day 5 right. Means that ada 4 days lagi untuk di-cover. Phew.

Baik. I got to go. Bye :)




Share:

Thursday, September 18, 2014

Sisters Trip Part 11 : Day 5

Day 5 Krabi : Islandhop & Krabi Walking Street
Previous Entry : Day 4


Kami bangun lewat sikit.. Tidak ingat jam berapa. But our tour agent akan pick-up kami at 9.00AM. Tapi setengah jam juga tunggu baru diorang sampai. Belum sarapan T_T



























Video sebenarnya yang banyak kami ambil time ni. gambar sikit-sikit saja. 4 pulau altogether tapi pulau 1st saja kami turun kami bawa DSLR. Lagi 3 pulau bawa SJ400 atas ni dah cukup. 


With RM40 untuk seorang (4 Islands Long tail Boat), kau dapat :

Hotel Transfer (return)
National Park Fee
Accident Insurance
English Speaking Guide
Mask, Snorkel and Life jacket
Lunch (bungkus)
Fruits & Drinking water
Soft Drink

Phranang Cave 
A very famous cave, location of a princess spirit house’ respected and worshiped by the local people
Chicken Island
Remember the name and you’ll remember its funny rock shape: it look like a chicken. It is a popular location for excellent snorkeling and the marine life here will amaze you.
Tup Island
One of Thailand’s unseen highlights, Tup Island is situated along Koh Dam Khwan. As the tide recedes, the sea is gradually separated by the white sand and limestone beach that will appear to amazingly connect the two islands at low tide.
Poda Island
Lovely white, sandy beach, ideal for sunbathing, swimming and snorkeling. Enjoy great underwater adventures, exploring colorful corals and reef fish. Lunch.


Balik-balik tu penat sangat. Shades tertinggal di pulau pertama, dengan matahari yang membahang lepas tu sunscreen pakai macam taknak pakai. Sudahnya pulang tu kami berdua jadi Dayang Senandung. Eh eh, muka saja cantik tapi tangan hitam bak kata iklan D'Herbs itew. Itupun KALAU cantik. Wakakakkk!

Sampai hotel dalam jam 4PM terus mandi dan rehat.

Petang tu around 6PM kami dah gerak ke Krabi Town untuk ke Pasar Malam Krabi (open only on weekends) atau nama glemernya, Krabi Walking Street. Kebetulan hari tu hari Jumaat so pasar malam adalah buka yeay. Dan ini adalah hasil tangkapan kami hari itu.









Hanya dapat hidang gambar hasil tangkapan sebab yang lain saya rakamkan dalam bentuk video. Nak screnshot malas, nanti tengoklah di hujung-hujung entry series Sisters Trip ni kalau rajin saya up, saya up lah. Hehehe..

I honestly, if beli souvenir sikit-sikit tu bolehlah sebab despite matawang yang rendah, harga barang di Krabi agak overpriced juga. If pandai cari dan pandai tawar maybe boleh dapat lagi murah. Ada satu kedai kami masuk dan tawar diorang tak nak kasi harga yang kami nak, diorang tak kisah pun kau beli atau tak beli we don't care. Price is still the same. Ataupun nak tau harga local kau speaking Thai sikit. Nee tao rai? (berapa harga ni?) Hehe.

Kami try Nasi Pulut Mangga (yummy!)  price saya dah tak ingat. Maybe RM4 or bawah lagi dari tu. But seriously sedap. Originally from Thailand. Santan manis tu yang paling saya suka. Salah satu dalam list to try. Ticked!

That night we sleep around 1AM.

End of Day 5.

Belanja (tidak termasuk shopping) :
Pakej Islandhop THB800 (RM80.00)
Makanan THB290 (RM34.00)
Tambang tuktuk Ao Nang - Krabi Town THB350 (RM35.00)
Tambang songthaew Krabi Town - Ao Nang THB120 (RM12.00)
.........................................................................................
TOTAL : RM161.00 (RM80.50 seorang)
.........................................................................................
Share:

Wednesday, September 17, 2014

Sisters Trip Part 10 : Day 4

Day 4 : Langkawi - Satun, Thailand - Krabi Town - Ao Nang Beach


Akhirnya habis juga untuk Day 3. Phew.. 

Sambung untuk Day 4 pula. Hari ini dalam plan kami (seperti di bawah), kami akan masuk ke Thailand melalui perairan Satun, Thailand. Hari ini juga berjalan seperti dalam plan asal kami. Alhamdulillah. :)


Hari yang bakal sangat panjang.









Kami bersiap seawal 7AM dan turun check-out and by 8AM kami gerak ke Jeti Kuah tapi sarapan dulu. Sarapan cost us RM17.00 isi perut sekenyang mungkin dan another RM0.50 isi 2 botol mineral dengan air suam. Sarapan di hadapan Kompleks HIG dan singgah di emm.. Tidak ingat nama tapi depan Kompleks HIG juga. Beli gula-gula angin dan biskut ala kadar manatau lapar tengah jalan (serius menyesal tidak beli secukupnya time ni). Only spend RM5.20. Despite our longggg journey today. Haih XD

And that very last minute kami baru terfikir.. Eh belik coklat?! HAHAHA. Kompleks HIG is a new complex known as one of the mall yang jual coklat berjenama murah-murah. Macam-macam jenama. Waktu masuk kompleks ni on our first day in Langkawi, sebelah kiri nampak satu ruang khas yang besar jual coklat semata-mata. Imagine Giant Mall tapi dalam tu coklat sahaja. Waktu keluar dari kompleks tu time tu ramai makcik-makcik borong coklat each one of them 1 troli penuh dengan coklat. Eheh..

Since me and Dana not a hardcore fan of chocolates, then kami tengok dengan pandangan kosong saja. Tapi last day tu at 8AM mall mana buka lagi kan. Kononnya at least seorang satu di rumah tu tapi hmm.. Tidak apalah. Lama lagi nak balik Sabah. Coklat dari Labuan dalam peti ais sampai sekarang belum habis-habis. Siapa yang gatal beli 1 board terus tu. Tak tahu.

Lepas sarapan kami terus ke Jeti, return kereta ambil masa sekejap saja. Off you go little baby hehe. Next destination is, yes, Satun.




But before ke Satun, kami tukar duit di Money Changer dalam jeti dulu. INGAT JANGAT IKUT MACAM KAMI TUKAR DI JETTY KUAH. If your route is the same like us (masuk Thailand melalui perairan Satun), tukar your RM at Tammalang Port (jeti di Satun) because the rate is much better.

Before tukar duit, Dana need to cucuk ATM dulu so I tunggu jap. But later on Dana tergesa-gesa come to me telling me her dompet is missing. And di situlah drama korea antara kami berdua bermula. Trust me memang mengujakan dan mengerikan dan diakhiri dengan twisted fate. Happy ending. Hahahah.




Hello, you forgot where you put muah?? Kata dompet itu kepada Dana.

Begitulah alkisahnya. Kami masuk surau cek balik beg, check her bags and Dana have one habit when she's panic her anger memang tak terbendung. Well we share almost the same trait lol, it's that I'm older and garam gula aji semua dah rasa and there's no use panicking without cepat-cepat think for solution. Lepas 1st time selongkar beg dan backpack including my own belongings dan tidak jumpa, I terus call Chomelle Hotel and inform them, minta tolong cek our room balik and I'll call back. I even call the one yang ambil kereta waktu return tadi untuk minta tolong cek dalam kereta. While Dana still cari-cari dalam beg dan sometimes paused untuk ingat balik mana dia letak. All she say that time was, saya ingat memang ada saya kasi masuk dalam beg tapi.. cek beg sambil cakap aikk??! Sebab tiada dalam beg.

Oh Allah, we really have no time for this.

Maybe 2-3 minutes later, laju Chomelle Hotel call and said they checked our room and nothing found thank you. Lepas tu ai tengok Dana dah almost kosongkan her backpack and buka every pocket her gaze changed immediately. From panic to.. Erm.. Lega at the same time macam nak menangis sambil groaning. LOL. Nasib baik dalam surau tiada orang time tu. 

Kenapa? I said
Mama lah niiii.. Menangis
Haha kenapa???
Mama yang suruh kasi masuk dompet dalam-dalam dalam beg sobbbb
Saya pun tengok dalam beg, memang betul Dana letak dompet dalam hidden pocket inside her backpack. Finding it would be a bit tricky.

Dan adik beradik ni kemas-kemaslah barang-barang yang habis dibongkar tadi. Selesai drama korea yang tidak berapa korea ni. Sudah. Jom! Yang penting alhamdulillah selesai.

Cucuk duit di ATM dan tukar duit RM ke Baht. RM200 dapat 1920 Baht rugi RM8. Buy rate for 10 Bhat is RM0.96. My target actually 10 Bhat for RM1. But never mind that. Less hassle.


It's 10AM and now it's our time to board the ferry yay.




Si pembuat onar. Take pictures then apa lagi... Tidur.

Kami gerak tidak silap saya 10.15AM waktu Malaysia dan sampai di Tammalang port on 10.45AM waktu Thailand. Tapi perjalanan tu actually hampir 2 hours juga sebab kalau ikut waktu Malaysia, dah jam 11.45AM. Disebabkan Thailand awal sejam dari Malaysia so yay 10.45AM. Untung 1 jam untuk hari ini. Haha.





Dari start isi borang imigresen ni, ada seorang pakcik tu (mula-mula I ingat staff jeti) came towards us tanya dengan sangat sopan nak ke manaa and he will help to find transportation untuk kami. Kami dalam hati wow, bestnya terima kasih. Jap kami setelkan dulu hal imigresen kami. Kononlah. Kami antara yang last dalam barisan. Ada baki 2 orang lagi di belakang kami. Pakcik tu kejap pergi kejap datang dekat kami. Nak suruh kami cepat. Tapi kami releks-releks saja dan sempat lagi gurau senda dengan pakcik imigresen wakakakk sebenarnya ada kejadian yang memalukan. Tapi malas nak ingat hahaha. After selesai kami dengan masih lenggang kangkungnya ambil barang lepas tu pakcik yang mengendeng dan mengawasi kami tu terus tarik barang yang Dana angkat. I beliakkan mata I pandang Dana dengan perasaan geram sebab Dana let that pakcik bawak her bagasi, dan mahu tidak mahu kami TERPAKSA ikut juga pakcik tu. Dan ikut masuk sampai masuk office dia. oh rupanya travel agent. And yes, it make sense now why dia ikut-ikut kami dari tadi. Sebab kami perempuan dan dia ingat senanglah nak target. Ingatkan he's being nice just because.. But it's business, people do things for money.

Bagi can jugalah, since I dah survey banyak, so if his price lebih murah, then we just take this. Dia tunjuk satu brochure harga perjalanan dari jeti Satun ke Hatyai or ke mana-mana (banyak sangat destination) dan for Krabi dalam jadual tertulis 550 or 600 Baht seorang. It's around RM55-RM60 seorang. That's from Satun jetty to Satun bus station, and from Satun bus station to Krabi. Sekali saja tengok nombor tu saya tahu harga itu adalah mahal. Dia mark-up lebih 2 kali ganda. Untuk price untuk seorang tu boleh cover untuk 2 orang actually. Pakcik tu cakap kalau tidak ambil, susah cari teksi.. Mahal katanya and Dana seems terrified to hear that.. I said, it's okey. Dana cakap ala ambil saja pakej pakcik ni. 

Me : Meh keluar.
Dana : Kenapa pula.
Me : Marilahhh.

Dare not nak membantah kakakmu. I know what I'm doing. Kita naik songthaew saja. Songthaew ni pick-up, public transport yang murah di Thailand selain dari tuktuk. I think songthaew lagi murah sebab it can fit as much people as possible berbanding tuktuk 2-4 pax only.

Thank you pakcik and we walk around here dulu for awhile.

Memang kami pusing-pusing jap sambil I explain to Dana and near the exit, kami jumpa Money Changer RM1 for 10 Baht. Mungkin lebih murah but rate ini adalah my minimum target. Mata dah tertancap situ dan direct nak pergi sana when the same pakcik (travel agent tadi) come towards us and it's about time to go. Bus dah tunggu. Dan bla bla bla til I forgot to change our RM lagipun that 1920 Baht sufficient enough til we reach Krabi. That was I think back then. Memanglah sufficient pun, tapi bila sampai Krabi, I menyesal gila-gila sebab tidak tukar all our RM here. Rate jauh lebih bagus di Satun seriously.

Kami keluar (and do you believe pakcik travel agent tu still following us entah mumble apa) dan cari songthaew. First sekali tanya harga. Ada yang sebut 80 Bhat, and later on ada sorang pakcik yang lain bagitau 30 Baht, anak. I completely relieved. 30 Baht it is. Thank you pakcik. Saya lupa bagi pakcik tips tapi Tuhan sentiasa bersama orang yang jujur. Gitu. See you next time saya datang balik ke Satun. Hehe.. 

Any kind of public transport dah sedia tunggu depan tu. Songthaew, taxi, tuktuk. Tinggal pilih saja. RM3 seorang naik songthaew ke Satun bus station. After 15 minit sampai dan terus beli tiket ke Krabi pula for 4860 Baht untuk dua orang. Around RM24.50 seorang. If campur dari 30 Bhat tadi jadilah RM27.50 seorang instead of RM55 - RM60 seorang, am I right? Pilih mana murah if nak save budget.






Bas gerak around 12.15PM. Mata belum mengantuk so ambil masa sightseeing lagi. Dalam perjalanan nampak songthaew ni :




Sebenarnya banyak around there tapi I take picture satu just as kenangan. Macam ni la songthaew yang kami naik tadi. Campur penuh dengan local. Bas yang kami tengah naik sekarang ni pasang lagu siam sepanjang perjalanan but we like it that way. Enjoy dengar. Feeling dia macam dengar lagu dangdut. A bit cheeky. Rentak lagu tradisional siam especially I agak familiar. Kedah agak kuat juga siam dia. And bila buat show tarian, pernah juga menari tarian orang Thailand yang lemah gemalai gitu. Banyak henjut-henjut bahu dan sometimes hujung jari kaki sentuh lantai every kiraan 4 atau 8. Hee. And now I am in Thailand, rasa macam dulu pernah belajar tarian Thailand now rasa syarat dah lengkap. Hehe.

Anyhow, nah tengoklah gambar-gambar ni. These are pictures I manage to take before tidur haha. Yes, kabel elektrik diorang nampak lebih berselirat dari negara kita. Tiang elektrik sangat dekat antara satu sama lain.








 Cantik kan. Saya tidak ingat apa diorang panggil jambakan bunga buat macam chandelier tu. Tapi kira macam untuk pelaris or luck gitu. Dan waktu traffic light, banyak penjual bunga-bunga ni spreads dan pergi dari kereta ke kereta dari bas ke bas untuk jual this flowers. I want to buy for myself tapi mana nak letak. Batalkan sajalah niat tu. Gambar saja cukup.

Ada minuman tin dapat thermos pink tu tau.. Penuh dengan ais.

Tidur dan di tengah-tengah perjalanan ada waktu stop di R&R around 30 minutes untuk yang nak ke toilet, atau ke mana-mana. Me and Dana beli tapau nasi dari salah satu restoran muslim di situ. R&R simple saja, R&R di semenanjung malaysia lagi proper. R&R Sabah? Lupakan. Yang penting ada restoran dan toilet.



Cost us 40 Baht each. Me dan Dana both lauk yang sama. And you know what? Sambal tu adalah antara sambal terbaik saya pernah rasa selama ini. Dan beras diorang even gerai-gerai saja, seriously kalau beli 10KG beras macam ni almost RM50 di Malaysia. Helo? It's Thailand. Of cos beras diorang sedap. I peminat tegar beras yang sedap. Haha. Nyesal ok tidak ambil 4 tapau.

Makan dalam bas, kenyang dan sambung tidur.

Selepas 5 jam perjalanan, around 6.30PM kami pun sampai di Krabi Bus Station. Songthaews are color coded so get the WHITE one for Ao Nang. Biasa ke Krabi, tourist memang tertumpu di Ao Nang la. Sama macam Langkawi, tertumpu di Pantai Cenang. Rata-rata tidak rekemen ambil penginapan di Krabi town so I pun menurut saja. Booked J Hotel, instead of Ao Nang Homestay I booked earlier. Cancel sebab bila tengok peta, alahai jauhnya pula dari beach. Sudahlah tidak pandai bawa motor kan..

Dari stesen bas Krabi kami minta driver hantar kami direct ke hotel kami di Ao Nang. Gila susah nak explain pada diorang sebab driver tu tidak faham bahasa Inggeris. Bahasa lagilah tak faham. J Hotel dia tak tahu di mana walaupun tunjuk map. Fooine. Naik saja dulu sampai sana nanti carik sendiri. Deal untuk 60 Baht per pax (RM6).

Driver tu stop di Krabi town cari more passenger, depan 7E di Thanon Maharat. So saya turun sekejap masuk 7E mau beli simkad local but price is so mahal. 300 Baht (RM30). Google ada yang sebut cuma RM5-10 saja. After bincang dengan Dana, kami cancel the simkad.

Depart from 7E menuju ke Ao Nang tidak lama lepas tu. Lama juga perjalanan, maybe 1 hour sebab driver ikut jalan jauh sambil pick-up orang local di sepanjang perjalanan. Feel like at own place, it's just that the language is different. 100% in Thai language. Sampai area Ao Nang, dan nampak pantai laut luas terbentang I dah siap sedia knowing kami dah nak dekat sampai hotel. Driver turunkan kami di tempat yang actually dah dekat dengan hotel kami. Cuma kami tak sure so tanya-tanya kakak-kakak staf spa yang duduk santai-santai tepi jalan. Dengan semangat diorang tunjuk sambil sebut :

Near Semai Hotew! Semai Hotew!

Hah? Hehe.. It took me awhile to finally understand. Actually diorang nak cakap NEAR SMILE HOTEL. Okey I got that once I find Smile Hotel then I'll find our hotel on our left right away. After saying thank you, kami jalan ke depan sikit dan mungkin after 2-3 kedai kami jumpa Smile Hotel and on our left nampak sign J Hotel. Berjalan only around 10 steps then dah masuk perkarangan hotel kami. Alhamdulillah sampai akhirnya. Check-in dan naik ke bilik (tingkat 2) dan mengagumi bilik dan rehat for awhile before malam tu turun cari makan.


Flow :
Dari Jeti Kuah (Langkawi) ke Tammalang Port (Jetty Satun)
beli tiket feri seawal mungkin. Kami pun beli on our 1st day sampai Langkawi walaupun hari ke3 di Langkawi baru kami ke Satun.
Dari Tammalang Port naik songthaew RM3 seorang ke stesen bas Satun
Dari stesen bas Satun RM24.50 seorang ke stesen bas Krabi (5 hours journey inc 20-30 minutes stop)
  stesen bas Krabi to Ao Nang Beach 60 Baht per person
sampai Ao Nang dan check-in hotel!


At around 8.30PM kami turun dan target kami untuk cari makan, ambil tour package for next day, tukar duit, dan Dana nak cari seluar renang. Tempat ni dah already so happening dan lampu banyak dan colorful. Keluar saja dari hotel dah jumpa macam-macam. Spa, tour package, restoran, and bars buka sampai tengah malam if not til pagi. Tapi tidaklah kami masuk bars kan. Haha.








Kami tukar duit dan dinner dulu. Kali ni kami tukar duit RM400 we got 3920 Baht which means we lost RM8. Rate is better compared to Money Changer in Kuah Jetty. 10 Baht for RM0.98 instead of RM0.96. Tapi still tidak lawan rate di Satun. Argh stil can't get over.

Dinner cost us 3400 Baht (RM34) for me mahal.. Beli sup apa entah (yang penting halal) for 40 Bhat dan pancake pisang for 40 Baht too time jalan-jalan sekitar Ao Nang lepas dinner. Cari-cari pakej dan kami jumpa paling murah 400 Bhat (RM40) untuk seorang so kami settle untuk misi malam tu. Aktiviti next day have been decided. Snorkeling timeeeeeee! Walaupun not that excited sebab saya lebih suka pergi cultural show dan tengok yang unik dan tiada di negara kita. I pilih ni pun sebab ini yang paling murah haha. Boring lah you. Tapi berlainan dengan Dana. Tengoklah semangat cari seluar untuk berenang besok.

Lepas jumpa seluar, kami terus naik hotel, habiskan pancake dan sup kami beli tadi, rehat dan tidur.

End of Day 4.

Belanja (not include shopping) :
Sarapan RM17.50
Makanan di Kompleks HIG RM5.20
Toilet RM0.50
Money Change di Kuah Jetty (Rugi) RM8.00
Songthaew Tammalang Port - Satun THB60 (RM6.00)
Bas Satun - Krabi THB486 (RM48.60)
Aiskrim THB30 (RM3.00)
Nasi tapau  THB80 (RM8.00)
Songthaew Krabi bus station - Ao Nang THB120 (RM12.00)
Dinner at Ao Nang THB340 (RM34.00)
Money Change di Ao Nang (Rugi) RM8
Pancake Pisang THB40 (RM4.00)
Sup THB40 (RM4.00)
.........................................................................................
TOTAL : RM158.80 (RM79.40 seorang)
.........................................................................................
Share:

Tuesday, September 16, 2014

Sisters Trip Part 9 : Day 3 Wan Thai Restaurant

Day 3 : Wan Thai Restaurant & Pasar Malam Pekan Kuah


Kami dalam plan sepatutnya makan di Jai Island Cafe, tapi sesat. Pusing-pusing tempat yang sama dan at last kami ke Wan Thai Restaurant (Restoran Thailand). Ikut Waze. Bila dah nak sampai terus dalam hati, macam kenal jalan ni.. Dan err, rupanya satu blok dengan penginapan kami cuma restoran ni di belakang. Cannot go.






Adoi tiga-tiga makanan ni sedappp. Dana minta satu nasi tambah lagi, kami share dua orang. Serious sedap. Lauk sotong dan ayam pandan both so tender and juicy. Full house restoran ni time ni. Kami ambil 3 jenis sayur/lauk ni, 3 nasi putih (kukus), dan 2 minuman jus. Orang lain semua makan besar, kami makan sikit-sikit macam ni pun already cost us RM58. Selain dari portion nasi terlalu kecil, other than that kami puas hati. Staff being so respective walaupun kami datang baju selekeh-selekeh dan bau busuk seharian berjalan. Wakakakk.

The food I bagi (bukan Nora bagi) 5 bintang. Waiter (orang Thailand kebanyakan) & servis pun I bagi 5 bintang. Why service 5 bintang? Sebab staff cepat, paid good attention to the customers, dan sekali panggil nak lagi eh bukan.. Sekali panggil terus datang. Ha gitew.. Tiada yang pura-pura tidak dengar. Ada staff standby ready at service which is good. Kedudukan restoran ni sebenarnya macam restoran biasa-biasa (bukan dalam mall) dan saiznya sederhana saja. Ruang di dalam agak sempit maybe sebab meja besar-besar (ada juga meja kecil) tapi maybe yang buat ramai orang dalam restoran ni sebab saya sendiri bila google, restoran ni tersenarai dalam salah satu restoran must try di Langkawi. So review banyak dan banyak-banyak tu reviewnya bagus dan ramailah yang datang.

Lepas makan kami ke Pasar Malam Kuah pula yang kebetulan jatuh pada hari itu (Rabu malam). Tapi tiada gambar, we both toooooo tired tapi not tired enough la untuk shopping souvenir hahaha. I spend RM20 for shopping here and Dana spend RM40. Banyak kedai dah nak tutup time kami sampai so tak lamalah di sini.



Balik, bersiap dan tidur. 

End of Day 3. :)

Belanja :
Dinner RM58.00
.........................................................................................
TOTAL : RM58.00 (RM29 seorang)
.........................................................................................
Share: