2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Sisters' Trip : Teaser
Wednesday, June 25, 2014 posted at 16:14 ♥



Assalamualaikum Hai!

Baru semalam balik dari trip adik beradik kononnya. The only two daughter to our parents. Supposed honeymoon namun sadly.. Tu pun everyday ingat dekat husband. 9 days tuh. Sobs. Sedih terutama waktu berlepas. Hampir nak balik lepas sampai airport waktu dah nak terbang sebab berat hati husband tak pergi. Beginilah rupanya perasaan bila dah kahwin kan. Tapi since everything already booked, so ku teruskan jua dengan angan-angan ingin datang kembali ehehe. :)

Perjalanan kami Kota Kinabalu naik flight ke Penang (dalam 3 hours). Naik bas dari Penang ke Kuala Perlis (dalam 3 hours perjalanan) dan dari Kuala Perlis ambil feri pula ke Langkawi (dalam 1 hour 15 minutes). Sepanjang dekat Langkawi kami sewa kereta dan after 2 malam dekat Langkawi gerak ke Satun, Thailand pula. 2 hours journey naik feri dari jeti Langkawi. Dari Satun direct naik songthaew (15 minit kereta pick-up local selalu guna) ke stesen bas Satun dan dari stesen bas Satun naik bas ke Krabi 4 jam perjalanan. Dari stesen bas Krabi naik songthaew lagi gerak ke Aonang, pantai yang jadi attraction di Krabi. After 2 malam di Krabi, gerak balik ke stesen bas Krabi dan terus ke Hatyai untuk another 2 nights. 5 jam perjalanan. Fuh lama gila 5 jam ni. Hatyai ke Penang pula by van. Pon 5 jam mungkin. Yang ni tak kira sangat masa tu. Penang 1 malam saja (malam ke-8), jalan-jalan setakat area situ sajalah. Dan akhirnya hari kesembilan pulang Sabah naik flight dari Penang International Airport. Sampai Sabah husband amik dekat airport dan pulanggg.. Zzz..

Bajet adalah RM2K seorang include flight return KK-Penang-KK, include juga makan minum, penginapan, transportation dan sewa kereta, entrance fees dan shopping untuk 9H8M. Actual belanja nanti saya up untuk entri overall cost sebab belum kira lagi. Untuk rujukan kawan-kawan dan family yang nak bercuti ke sana.

I've done a lot of research - baca blog-blog dan actually Krabi adalah tak seperti yang dibayangkan dan diceritakan. I mean, Aonang. Krabi pun boleh. Mungkin sebab experience tu tak sama. Mungkin juga sebab mood time dekat Krabi belum recover kerana mengenangkan husband jauh di mata. But, I rasa Dana love Krabi the most (well maybe because she haven't experience Simpang Mengayau di Kudat or Pulau Sapi or Manukan) and untuk shopping, maybe Hatyai best. Walaupun tak rasa excited sangat shopping dekat Hatyai. Siapa cakap murah. Maybe lagi sebab tourist pastu tak reti menawar kan, so asyik kena ketuk. Tapi tak kena ketuk sangat la. Sebab if rasa di Malaysia boleh dapat murah untuk benda yang sama baik tak payah beli. Bila blah baru nak diskaun bagai. Hmm, merajuk I ekekekekkk.

Tempat lain pun okeylah. Dekat Langkawi orang kata T-shirt boleh dapat murah dekat Beras Terbakar. Hmmph. Hampeh. Area pantai Chenang yang berlambak tourist juga yang murah. Sewa kereta boleh dapat RM40 sehari tau. T-shirt dia RM20 jumpa dekat Beras Terbakar boleh jumpa RM10 dekat pantai Chenang. Tips bangang gila dekat Beras terbakar murah konon *marahmarah* Ni apakah cakap pasal shopping-shopping pula. Wakakakk. Taklah. Sebenarnya best dapat tengok tempat orang. Bercampur dengan local. Communicate dengan diorang. Dengar lagu-lagu diorang. Naik public transport diorang. Shopping tu sampingan saja, dah berjalan kan kenalah beli souvenir untuk family. Diri sendiri punya berapalah sangat. Tak banyak pun. Tujuan pun tengok tempat orang kan. Jauh perjalanan luas pemandangan katanya.

Berbeza dengan trip ke USS Februari lepas, trip kali ni saya boleh kongsi banyak tips berdasarkan pengalaman sendiri. Hope tiada masalah untuk update semua dalam masa terdekat ni hee.. Sebab if lama sangat nanti lupa pula.

Lepas ni Indonesia Trip pula. Lepas tu.. ahemm.. 2015 punya lagi. Haha. Berjalan saja kojenye. Tapi apa-apahal pun jom tengok Runningman. Tertinggal 2 episode dah. Jumpa lagi next entri yang entah bila. Ahakkkk.. Bye!

Labels: ,


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish