2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Sister Trip : Pre-Trip
Sunday, June 29, 2014 posted at 21:30 ♥

Finally sampai akhirnya masa untuk cerita tentang Thailand Trip (sebenarnya bukan Thailand saja tapi Langkawi sekali). Plan asal berbeza last-last pergi hanya berdua dengan Dana. Bolehlah.. Bawa jalan-jalan since Dana belum pernah keluar berjalan-jalan dan tak sangka ye she's as brave as me. Selamba kami masuk Thailand padahal negara tengah krisis (seperti yang disiarkan di berita) pastu kami berdua saja perempuan tidak ditemani siapa-siapa atau apa-apa pastu first time masuk pula tu. Sebelum pergi orang sibuk wassap berita bom itu bom ini, terus jadi berat hati. Bukan berat hati nak masuk Thailand, tapi berat hati tak masuk Thailand lol.

Okey ni cerita pre-trip ye bukan post-trip.

Macamana boleh timbul idea ke Thailand? Idea ni originally dari plan dengan partners in crime waktu zaman campus dulu. Plan nak jumpa dekat Kedah. Tapi yalah bila komitmen banyak, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Masa tu belum kena lagi. So plan tu simpan dulu. Dalam pada simpan-simpan tu, saya draft sikit-sikit jadual if satu hari nanti reunion kami tu tercapai. Dari sekitar area-area UUM / Changlun saja terus ke Kuala Perlis, terus masuk Langkawi.. Pastu Phuket la Hatyai la.. LOL. Sebab dah merge peta dan lihat apa yang ada di sekeliling terus merancang masuk Thailand. Haha. Lepas tu, maybe weeks after,..

TIBA-TIBA Air Asia buat promo. Time tu waktu bulan puasa tahun 2013. Dalam Julai 2013. Terus tempah kau. Sebab of cos la kerana Air Asia buat tiket promo kalau takda harem nak pergi ehehe. Sila baca tips sini cara beli tiket promo Air Asia. Time tu dah kahwin jadi beli sekalilah untuk husband. Kami berdua sahaja. Mula-mula plan pergi Julai 2014, nasib baik cek kalendar 2014 dan perasan Julai 2014 tu tengah musim puasa (hence, now) so backward ke bulan Jun, tu pun berakhir 24 Jun 4-5 days lagi nak puasa. Okeylahkan dari kau terpenat-penat rugi lagi 9 hari masa untuk benar-benar menikmati Ramadhan.

Kira peruntukan masa pula. Kira-kira dan ambil kira juga berapa tempat kami pergi sepanjang trip so peruntukkan masa 9 hari 8 malam. Cukup atau tidak? Okey itu nanti kita cerita.

11 bulan sebelum flight BKI-PEN-BKI setel. 4-5 months sebelum setel jadual kasar. 4 month sebelum dah start survey penginapan di kelima-lima tempat. Dan dalam 4-5 months tu tiba-tiba Dana cakap nak join. Bagilah kebetulan Jun dia dah habis study dekat Matrik kan. nasib baik Dana ada sebab last minit orang tu tak jadi pergi..... (- -) Sampai sekarang masih sedih tau.

Macam biasalah. Lepas beli tiket flight tu, first thing to do is, book hotel. Tapi sebelum book, since bukan stay satu tempat saja, maka itinerary tu kena susun dulu. Haa. Berbeza dengan trip ke JB Februari lepas. Fikir tentang hotel dulu baru fikir lain-lain. Part susun jadual tu yang ambil masa lama gila nak setel. Rasanya 4-5 months sebelum trip baru setelkan tu pun secara kasar saja. 1 malam Kuala Perlis, 2 malam Langkawi, 2 malam Krabi, 2 malam Hatyai dan 1 malam terakhir di Penang. Baru senang hati cari hotel. Semua hotel kami penginap semua saya puas hati samada dari segi condition hotel dan harga. Asalkan harga murah dan berpatutan, bersih, aircond okey, selamat - Saya dah puas hati. Kecik besar tu no hal. Hotel nanti kita cerita. Siap nak rekomen ni. Tapi tunggu ;)

Persiapan ada berbeza sikit. Selain flight dan hotel, saya tak ada book lain. Kereta sewa, tiket bas.. Nothing I buat in advance. Flight dan hotel saja yang in advance. And I syukur I buat macam tu sebab in case ada emergency, taklah rugi macam tu saja kan. Tengok tempat la actly. If tempat senang dapat public transport, senang jumpa kereta sewa, tak perlu book in advance. Terutama time kami pergi ni bukan peak season. Bukan cuti sekolah. So relax sikit.

Untuk rancang trip ni, part paling banyak perah otak adalah tentang jadual penuh perjalanan. Puas google tips, join forum, baca blog untuk timba pengalaman orang lain. Ini yang ambil masa paling lama. Even waktu dekat sana pun still menggoogle-google lagi sebab kenapa? Lupa print out tips yang I dah compile. Bangang ke tak?? HAHAHA. Sebab tu jangan buat kerja sendiri-sendiri haihh I should have learnt my lesson.

Dan lagi satu adalah, list nak bawa apa. Tak susah, bahagikan ikut kategori, listkan satu-satu. Lagi lama trip tu lagi detail kena bawa dan fikir tapi tu tidak bermaksud kena bawa banyak-banyak sangat pula hee. Ni pun nanti saya share apa semua yang saya bawa. Saya start packing 2 malam sebelum berlepas. First night kumpul ikut kategori dan give it one last thought nak bawa ke tak, betul-betul perlu bawa ke tak, benda boleh share atau tak, dan second night after finalize apa nak bawa terus pack dalam beg. Lepas tu jika ada nak buang, boleh buang juga. Haha. So kiranya 2 kali melalui proses penapisan lah. Malam kedua tu dah setel semua terus boleh tidur sebab esoknya awal pagi lagi gerak ke airport. 

Untuk trip kali ni, target buat entri banyak-banyak juga. Bagi makan blog puas-puas. Kita puasa tidak apa. Day 1 until Day 9, lepas tu 5 hotel yang kami plan pergi each lain-lain entry, dan jengjengjeng last sekali adalah overall budget yay. I suka sebab tak over bajet (baru kira semalam). Estimate ada 15 entri lepas ni, tak masuk entri ni dan entri teaser. Tak masuk lagi entri untuk tips. Plan konon Day 1-9 tu cerita siap sekali dengan tips tapi if rajin mungkin akan compile balik semua sekali sebagai penutup Sister Trip series ni. Insya-Allah. Sometimes I ni tak boleh dipercaya. So ada tu adalah kalau takda, tanya direct terus mintak hahaha. Weehu. Moga setel semua ni by September sebab hujung September pergi Indonesia pula @_@ *kucingpingsan*

Next nanti baca Sister Trip : Day 1 Packing tau ;)

Labels: ,


1 Comments:

Blogger Coffee Girl said...

bile difikir balik kan, planning utk trip ni selalu memeningkan, tapi bila fikir nak holiday, semangat pulak. :-)

30 June, 2014 12:21  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish