Monday, April 28, 2014

Probably too weird for you

 

Innerself thoughts.

Diakui, being a housewife yang bekerja dari rumah kedengaran agak membosankan. Lagi nampak bosan kalau jarang dapat pegang kereta.. Jarang jalan-jalan.. Jarang jumpa orang.. Pendek kata ; No friends. Macamana orang boleh hidup macam ni? -----

Haha. Sayalah tu. Tak perlu guna sudut pandangan orang ketiga. Sebenarnya memang tengah cakap pasal diri sendiri. Kesiannya. Sila beri markah pada perempuan ni. Markah tahap kasihan.

I guess have less friends here not because I can't have friends. It's because I choose not to have anyone too close. Dalam hidup aku belajar, kita hanya akan terluka bila kita terlalu rapat dengan seseorang. I don't have much luck in friendship you know. I've had a friendship that betrayed with my loved one years years years ago. The pain is the sickest I have ever feel.. I've had a friendship that talked behind my back - sangat manis di depan di belakang menyalak-nyalak. I've had a friendship that turned into love but unfortunately it's only one sided because I never felt that way to him - dan persahabatan itu hancur lebur dan aku tidak mampu langsung pandang wajah dia lagi. Because seeing him that way confused me. I've had a friendship that almost turn to love but again, it fall apart. I think 2010 is my last huha with friends. Now the friends I wanna keep is the friends I still have now in my life. Other than that, it's all about awkwardness and cerita biasa-biasa. My hearts almost shuts down to a thing called new friendship mungkin hahaha.

Maybe I am wrong but I learn life the hardest way. My life is not as smooth as you so shut up tau..

My everyday life randomly consist of online customers, google, our room, household chores, husband, family, and myself. Dan punya sedikit-sedikit peluang untuk melihat dunia. Tidak banyak, sedikit demi sedikit itu cukup. I dreamt of having more than this. I dreamt of having a life better than this. But at the end of that every thought, I believe what I have now is enough. Untuk apa yang saya ada sekarang ni pun I masih struggle untuk do well, macamana bila dah ada lebih banyak? Rezeki Allah akan datang bila sampai masanya.

Entri ni lebih kepada pujuk hati sendiri sebenarnya. To kill the time. To kill the emptiness. To make full use of my monthly paid broadband. To at least adalah juga cerita dalam blog ni. It's a good thing right sebab sekarang ni dah kira rajin update. Hee. Maybe tak dapatlah macam dulu hari-hari update but at least dalam seminggu, insya-Allah I will try. Baik enough blabbering, jom tidur. Byee..




Published.
Share:

Saturday, April 26, 2014

Tips dan Trick Bajet : Beli Tiket Promosi Air Asia 2014



TIPS & TRICK

#1
Daftar membership/keahlian Air Asia di sini SIGN UP (https://member.airasia.com/register.aspx?culture=en-MY) sebab banyak kemudahan kita akan dapat nanti contoh paling berguna, first, apa-apa ongoing promotion Air Asia akan masuk terus ke email anda tak perlu cek website Air Asia hari-hari. Kadang-kadang ahli tau 2-3 hari lebih awal sebelum diorang publish iklan dekat website. Dan second, untuk login dan manage booking.

#2
Bila Air Asia buat promosi freeseats/dapat emel promosi, terus pergi cek siap-siap lokasi dan rates. Macam saya dari Sabah, saya akan tengok seats untuk dari BKI (KK) dulu dan tengok lokasi apa yang ditawarkan. Pilihan tak banyak macam dari KL tapi enough. Ada certain tu lagi murah berbanding if fly dari KL contohnya dari KK ke Brunei, Filipin, Bali dan China. Ke Tawau Sabah naik bas 10 jam dari KK, kalau Air Asia buat promo dalam sejam saja lepas tu tiket lagi murah dari tambang bas. Baik naik flight kan. Dari Tawau boleh pergi Semporna pergi Sipadan.. Pergi Mabul.. Tapi kami laki bini kalau setakat jalan darat dan boleh guna kenderaan kami prefer roadtrip la, adventure sikit. Huahua. Tapi tu bermaksud 3 hari 2 malam baru sampai sebab alang-alang lalu singgah melancong terus so kemungkinan untuk  menginap di mana-mana 1-2 malam adalah besar.

Nak jimat belilah waktu promosi. Biar sampai tahap promosi tu yang tentukan korang pergi mana. Bukan korang yang tentukan. Tak faham? Maksudnya bila ada promo saja baru lihat pilihan lokasi percutian yang ada (dan of course dapat harga murah) dan pilih lokasi dari pilihan-pilihan tu.

#3
Dah tahu mana nak pergi boleh plan route terus. Plan briefly pun dah cukup. Sebab if plan terperinci sangat nanti ambil masa lama pula. My route in Indonesia and Thailand (2 months sebelum jalan baru terhegeh-hegeh google bus schedule, etc haha) saya plan time tu juga. See the map and have a quick google. Macam yang saya cakap tadi, kalau saya alang-alang pergi terus sekali harung. Maksudnya if dari KL ke Sabah cover terus tempat-tempat macam KK, islandhop ke Manukan + Mamutik + Sapi + Gaya Island (by speedboat 15 minutes saja each pulau), Kundasang + Ranau (dari KK 2 hours by car), Labuan (dari KK 3 hours by ferry), Brunei (dari Labuan 1 hour by ferry) dan Miri di Sarawak (2 hours from Brunei by car). Dan akhirnya by flight Miri, Sarawak back to hometown. Hambik kau. Spend 1-2 night each place at least 10 days. Haha. Tapi itu my style la. Lain orang lain style.

It would be really damn tiring and exhausting journey but the most fascinating throughout the roadtrip is that we can enjoy each and every pretty interesting rural life all along the journey, and see the differences of some district. Both me and husband agreed on this one. This kind of thing actually brought us together. :)

#4
Cek betul-betul masa promosi tu. Perkara yang kita perlu ambil kira adalah hari cuti dan cuaca tempat kita nak pergi tu. Biasanya AirAsia akan tulis siap tempoh booking sekian tarikh hingga sekian tarikh dan masa untuk terbang tu dari sekian tarikh hingga sekian tarikh. Contohnya masa untuk booking 26 April - 5 Mei 2014, dan tempoh untuk fly dari 26 April 2014 hingga 5 Mei 2015. Contoh. Dari situ kita boleh pilih tarikh mana yang sesuai. Ambil kira juga tarikh cuti umum tempat kita nak pergi tu. Contohnya macam dekat Bali. Dalam Mac macam tu ada satu tarikh diorang cuti namanya Hari Nyepi. Untuk hari tu semua premis tutup, tiada yang keluar berkeliaran dan tiada perniagaan yang beroperasi. If pergi pun kena duduk dalam hotel diam-diam. Tak ke rugi? Lagi satu public holiday macam raya dekat Jakarta akan jadi super pack. Dah sedia jem jadi paling jem tahap sangkut berjam-jam dalam trafik. Ini ditujukan pada diri sendiri sebab hari tu beli tiket ke Indonesia tak cek langsung rupanya time tu cuti Raya Aidiladha lepastu elok kena hujung minggu. Sobbb.. Lagi satu soal cuaca. Contoh macam Kundasang (buat yang tidak tahu, Kundasang ni di kaki Gunung Kinabalu. view gunung paling dekat dan clear sini) jadi paling sejuk waktu bulan 1. Memang excited pergi sebab sejuk kan tinggal tak turun salji lagi tapi ni bukan setakat sejuk, tapi tahap lembab aka hujan. Aktiviti memang akan ada terganggu sebab kebanyakan aktiviti adalah outdoor.

#5
Dah tahu route dan tarikh, MASA yang sesuai untuk pergi pula. Tips; Make sure ada tarikh alternatif in case tarikh yang kita plan nak pergi tu kebetulan harga mahal. Nak murah amik yang BUKAN Jumaat Sabtu Ahad, BUKAN cuti sekolah, BUKAN public holidays/peak season. Selain tiket mahal, harga hotel pun naik, dan entrance fees pun ada yang naik. Apapun, semua bergantung nasiblah. Kadang-kadang murah juga :P Lagi satu tips; ambil masa pergi awal pagi, dan masa balik lewat malam lagipun tiket awal pagi dan lewat malam murah sikit berbanding masa-masa lain. Itu namanya maximize cuti.

 #6
Dah jumpa tarikh yang berkenan dengan harga yang okey dan tick masa flight. Dan sebelah tu (sidebar) akan ada tertulis jumlah keseluruhan pembayaran.Contohnya Pergi RM10, balik RM10 - jangan terkejut tiba-tiba dekat jumlah keseluruhan tu jadi RM150.00. KENAPA? Sebab; baggage, seat dan insuran - sistem AirAsia dah automatik setkan semua tu awal-awal untuk dimasukkan dalam total. Selepas isi maklumat peribadi (Nama Penuh, Tarikh Lahir, Asal), di bahagian add-on, pastikan anda telah memilih TIADA BAGASI, REMOVE SEAT dan BATAL INSURAN sebelum tiba ke page pembayaran. Hanya bayar TIKET dan AIRPORT TAX sahaja. Yang lain tu if nak tambah boleh tambah kemudian di 'Manage My Booking'.

Ignore add-ons. Sebab macam meals tu boleh makan before flight and beli siap mineral water dan if dalam flight lapar juga bawa juga roti untuk isi perut - saya selalu buat macam ni. Untuk seat pula, tak perlu beli, upon payment nama korang dah ada dalam list penumpang so seat confirm ada cuma tak boleh pilih. if datang dengan kawan-kawan just check-in sama-sama so boleh dapat tempat duduk berdekatan. Untuk luggage, better travel light so berat untuk luggage tak payah beli kecuali jika banyak shopping - contohnya pergi Bandung. Pergi tak payah ambil luggage, balik baru ambil untuk bagasi. Naik cabin boleh bawa 7KG hand-luggage kalau lebih 7KG pun diorang tak cek kadang-kadang. Most beg saiz macam backpacks dan laptop bags lepas. Kalau berani boleh ignore beli insuran. Kalau berani lah. Hehe.

#7
Berkenaan freeseats. Banyak yang salah sangka konon kalau freeseats tu maksudnya korang tak payah bayar apa-apa langsung jadinya lepas tu bila tiba-tiba ada kena bayar diorang cakap AirAsia tipu la iklan misleading la. Sebenarnya kita kena bayar airport tax juga. Ikut betul memang dah free sebab airport tax tu bukan masuk poket AirAsia tapi antaranya untuk bayar sewa lapangan terbang. Ni bulan 5 pindah pergi KLIA2 rasanya airport tax naik lah (kalau tak naik alhamdulillah) sebab AirAsia bagitau kami (lol) sewa KLIA2 mahal dari sewa dekat LCCT. Tapi ala setakat tax berapa hengget sangat. Macam KL-KK RM26 1 way. Takda duit pergi melancong hadapan rumah saja, ingat tu muahaha.

#8
Kebiasaannya bila AirAsia buat promo freeseats ni, akan banyak sangat yang buka website AirAsia. Kemungkinan untuk stuck dalam waitingroom adalah tinggi. Untuk proses booking tu ada time limit per access sebab tu if terlebih kita akan redirect masuk waiting room balik dan kena ulang balik proses tu balik. Sebab tu dekat #3 tadi kita kena plan dulu perjalanan (as Plan A) lebih-lebih lagi jika sepanjang trip tu kita kena naik flight lebih dari 2 kali. Always have plan B. Alternatif jika asyik masuk waitingroom ada dua; 1, download application AirAsia (android pun ada). 2, guna AirAsia Mobile (http://m.airasia.com) - yang ni guna smartphone or laptop pun boleh. Login dan book ikut step macam yang saya bagi di atas. If guna ni takkan masuk waitingroom rasanya. Yang guna web saja ada waitingroom. Samada terus proceed booking dengan pembayaran thru your phone dan selesai, ataupun proceed sampai dapat nombor booking (belum bayar - sistem AirAsia akan hold dulu your seat untuk 2 jam). Buka website AirAsia dan masuk 'manage my booking', edit your details if ada nak edit dan buat pembayaran sebelum tamat masa 2 jam tu.

Ringkasnya lepas dapat booking number thru AirAsia application/AirAsia mobile macam ni. Masuk ke website AirAsia > Manage My Booking > Login > Cari itinerari yang perlu dibayar > klik Modify > klik Confirm Changes > bayar guna Direct Debit

 #9
Bagi yang tiada BIG Card, cara yang murah dan mudah untuk buat pembayaran adalah menggunakan debit card (antara cara yang saya selalu guna) caj hanya RM4 per transaction (pastikan online transaction activated - ni boleh rujuk pada bank anda). If guna credit card mahal sebab kira per way dan per pax.

#10
Semua di atas kena buat secepat mungkin sebab, you know freeseats sell fast huahua. Don't wait til last day of promo ya.

#11
Jangan lupa selain AirAsia, banyak lagi pesaing tambang murah yang ada samada yang ditawarkan oleh negara kita sendiri atau airlines negara lain. Contohnya Malindo, KLM, Korean Air etc research banyak-banyak. Setakat ni jumpa paling murah AirAsia tapi if kena timing airlines pun boleh dapat murah. If ada kesempatan dan promosi yang bagus, saya pun nak try airlines lain juga. ;)


Harap ini membantu. Sekian.
Share:

Wednesday, April 23, 2014

Sunday, April 13, 2014

I want DSLR in Pink

Dear C.
Let's just make this clear. Can we?

As this might be our last night together, I wish you all the best and may your new love treat you well more than I ever do. I remember how lonely you look like; sitting there watching me from afar but at the same time I see a heart desired a different life - a lively one. Aren't you? I watched you too, when you're not looking. And only turned away as my tears starts flowing because that's the moment I realize I do not own your heart *bitter smile* Thing is, I am a girl who is not competent enough to be with you. Having you is never a mistake - it's not you. But it's me. A girl nobody wants, and at the same time, wants nobody. You've done your best - as always (I guess it's in your blood all your family are the best). Cheer up, you might have the chance to go abroad again. Around the world.. Or at least farther than where we've been.

NOW.

You'll got to see the world more than when you're with me now. You'll got to witness all the amazing scenes more often than when you're with me, soon enough. I will never forget our memories in Singapore. Although we've got our next beach destination is Krabi in Thailand and Bali in Indonesia - I guess we won't make it that far. I wish I could spend more years with you just as what I thought we'll be the day we set our eyes and heart at each other for the first time. But I feel that we're too ---- I can't ---- We just can't ----

---------------- be together.

Don't hate me for this. Remember you told me to always be happy no matter what happened in my life?  Remember I told you I'd rather let you go knowing your happiness will never be me? Of course we literally do not talk to each other in fact we speak different language, but deep down, we always do. Can you still understand me today?

Because you have to :'(


DSLR 600D : I am sorry love, but I need something lighter and more practical than you to travel with.

*****************



Really nana? *expressionless*
Aren't you too carried away right now? ; monolog diri sendiri.

Kahkah. It's just me being dramaticlahsangat. Macam lama tidak tulis begini-begini dalam blog so sekali sekala apa salahnya. Sorry for wasting 3 minutes of your life reading these. But it never a waste for me as I am love-letter expert (told you i write since i was a kid) and this is ONE OF the little thing I enjoy most apart from sleeping when it's raining outside is to WRITE CRAPPY JIWANG STORIES that come true from heart. Sayalah kanak-kanak yang jiwang itu T_____T

Seriously. I don't know if I am serious. I am just saying.
Fikir balik.
Betul-betul nak jual dan ganti baru??

I took a lot of time searching over the internet that fits around my budget because I know very little about DSLR market. Searching and comparing and I put a lot of thought about buying it. It's pricey. I used the whole of my 1 month salary plus few of my saving, and it's DSLR crazy! Somehow it gets really sentimental because I worked hard for this.

To be honest, I do not know how to use DSLR manually and always opt to Auto mode. To own a DSLR is a form of satisfaction. Because I got to take good pictures. It's funny right - spending almost RM2K just for the satisfactions heh. I am indeed a girl who appreciates moments and memories. If I am not, I do not even start a diary or even a blog. I do not show much of this side of me, but I am sooo into DSLR since those days with Tari Kirana (https://www.facebook.com/lovebytarikirana). It's like an obsession. But one thing I forgot to consider is, it's PORTABILITY. Ouch. That matter much, especially when I am traveling. Hari tu pergi Singapore (JB + USS Trip), rasakan (- -") Why I love this camera? The main reason is because it takes high quality pictures. Dan high quality tu bukan sebab pixel semata-mata. Tapi pungpangpuangpang all the DSLR's terms and functions I tak familiar sangat tapi tahulah sikit-sikit.

So for now, the arguments are ;
  • I could get a high-end compact camera at it's selling price
  • I can't have two at the same time. I am not allowed to have both. I wish I can have both but I am not a professional photographer - in fact, I am not a photographer, to start with
  • Honestly, DSLR is big and bulky while compact cameras is .. well, compact
  • I think I will end up not using this camera much because I want less weight when I am traveling (- -')

But again I need to mention again about the high quality image and the sentimental value it have. Hm.

What's next? Buat masa ni masih timbang-timbang lagi. Kalau jadi, I kena cari buyer dan deal, lepas tu cash ada baru boleh sambung cerita. Cari model camera apa dan macamana yang saya nak dan buat comparison, lepas tu hunt it down. And I have two months for that. Rasanya 3 bulan dari sekarang boleh tahu dah jadi atau tidak jual, dan if jadi apa model kamera I pilih. 3 bulan lepas ni tau. Hahaha.


Ahhh I is melt!

Melt already
Catch up soon!

Share:

Thursday, April 10, 2014

JB + USS Trip : Day 3 (Part 9)

Hari ketiga. Hari terakhir. Ehhh sekejapnya 3 hari saja tapi bila tulis dalam blog ambil masa berhari-hari, berpart-part. Macam ni wa jadi susah hati sikit nih. Lepas ni 9-10 days x 2 trip = Berapa tahun nak habis? BUT, apart from it, I am still on the planning process. Writing the reviews in the blog? It is still too far from my concern right now. This year's trips itself makes me so ecstatic. Relekslah. Even *paused* ahhh now that I remember..~

I haven't even review my wedding yet. Walaupun dah lebih setahun berlalu. I will someday but I can't promise. Hari tu tergendala sebab gambar kahwin banyak hilang. Lagi satu, official photographer.. Hmm. Sedih. Let's not think of that, Nana. It's depressing. T_T.

Back to JB + USS Trip.

Day 3 kami sengaja bangun lambat-lambat sampai masa untuk check-out. Hari ketiga ni baru buka Facebook, sekali tengok my instagram pictures (update instagram direct post dekat FB even tak login) ada komen-komen dan PM dari kawan-kawan yang duduk Johor. Alamak dah nak pulang, baru dapat tengok komen-komen tu semua. Sambil balas komen dan PM orang, tetiba salah seorangnya kebetulan tengah online. And that is Cik Pia! Ataupun now Cik Puan Pia. Huahua. Katanya sampai hati tak bagitau. Hee..

Since Cik Pia kata rumah just a few blocks away from Tune Hotel kan, so kami decide untuk meet up right away. Husband not fully awake yet since he's not feeling very well since early morning. Husband ni suka tempat sejuk dan boleh dikatakan hanya boleh hidup di tempat sejuk. Orang Kundasang sejati. Siap-siap dan dapat text Cik Pia nak tunggu dekat lobi. Ehh nervous macam jumpa boyfriend. Serious nervous. Why? Sebab, ni la first time jumpa face to face sebab selama ni selama kenal dalam blog just kenal melalui tulisan dan sometimes communicate dekat blog dan Facebook.

Turun saja lobi nampak senang saja dah cam. Ecehh memanglah sebab takda orang lain dekat lobi tu. Hewhew. Cik Pia tau tak eh I tengah malu-malu time tu wakaka. Kecil saja orangnya.. Pastu bawa babybump, so cute.. Sobs. Nak jugakkkk. Hm. Kami berbual-bual sekejap.. Nampak kebahagian dari riak wajah Cik Pia bila cerita pasal anak. I is jealous. We got married around the same time, awal Februari 2013. So taulah why jeles kan. Cakap pun sweet dan funny2 gitu. I didn't remember the last time I talk sweetly like this. Horrible, isn't it?

Ada terdetik dalam hati waktu tu, inilah dia rupanya pemilik blog Bila Cik Pia Berkata-Kata (http://cikpia.blogspot.com) yang selalu buat I senyum kambing sorang-sorang tu. Ngehee.

Tak lama, nama pun just singgah yang penting jumpa kan sebab dah alang-alang. Dekat sangat. Lepas jumpa tu I gi beli roti pula. Makan sementara tunggu tengahari karang nak makan dekat luar otw pergi airport.


On our way to the airport

Ni lah clock tower yang menambat hati I dua malam lepas. It looked lively waktu malam, but at daytime, it seems so tired. Tengok jam tu dah tau kami baru check-out heheh




Tak banyak tempat pergi hari ketiga ni. Sampai airport, tuan punya kereta dah tunggu sedia dekat airport, katanya awal-awal lagi dah tunggu. 2 jam sebelum masa dijanji dah terpacak. Ewwah waktu nak minta balik bukan main awal kan. First day hari tu kami cakap jam 12.30PM tengahari tapi jam 2.30PM baru dapat kereta. Hari ni pula kami cakap jam 4.00PM (flight 6PM) tapi jam 2PM dah ada dekat airport. Manalah tak rasa annoyed macam tu punya gaya.

Naik flight dan terbang balik Sabah. Bye JB! I LOVE JB! Walaupun tak dapat rasa makanan spesel dari Johor dekat sini. But it's at my fault sebab tak rancang sangat perjalanan. I is menyesal.

Last time I pergi Johor setakat Muar. With both of my parents. Waktu tu ayah punya graduation day (PJJ) dekat UPM. Hari ini bila ingat usaha diri sendiri merancang perjalanan kami di JB, saya jadi tertanya-tanya macamana ayah rancang perjalanan kami dulu. Tahun 2000. Dengan tiada bantuan internet, kami dapat melawat tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur termasuklah KL dan Twin Tower. Dapat tengok jalan raya bertingkat di Kuala Lumpur. Kami dapat pergi ke tempat bersejarah A. Famosa di Melaka. Kami dapat rasa naik beca. Kami dapat pergi Muar dan rasa Mee Bandung. Ayah dapat ambil gambar kenangan di sekolah lama ayah di sana. Saya tidak terfikir apa-apa waktu tu but now I can see, orang tua menjaga kita bukan semudah yang kita sangka. Every little step is always big. Datang dengan bermacam-macam dugaan baik dari segi kewangan, kesabaran atau kudrat mereka. Both of my parents did their best in raising us. They did their best, now it's up to us - their children - to choose what we want in our life. They did their best and I love them more than anything in my life. Now it is time for us to do our best.

Sementara ni saya kumpul duit bawa mama dan ayah jalan-jalan. I will someday.

Jauh mengimbau kenangan, akhirnya dah sampai Sabah.. Kawan husband tolong hantarkan kereta dekat airport. Tengah hujan waktu tu. Dah malam lagipun esoknya ada trip nak handle so decide tidur dekat hotel di 1Borneo dan esoknya ambil orang dan direct ke Kundasang. Dan for that 4 days yours truly demammm. Sekiannnn. Hee.

Next entry ada lagi last entri untuk JB + USS Trip. Untuk closure. Nak share tips penting yang saya gather dari internet dan tulis dekat note. In case ada yang nak tengok. See you tomorrow. :)

READ NEXT ON PART 10 (finale)
Share:

Wednesday, April 09, 2014

JB + USS Trip : End of Day 2 (Part 8)

So lepas dua kali round USS, akhirnya kami keluar for good. Kaki dah lenguh, jom ambil angin dekat luar pula. Suasana sekeliling dah lengang. Orang ada sikit-sikit saja. Tidak sebanyak waktu mula-mula sampai pagi tadi.






Jom ambil angin dekat hujung sana tu ;)

Tengah duduk atas tangga


Time to go. Bye!



Ambik seat paling belakang sama macam waktu datang tadi.

That night nothing much, just pergi Pasar Karat as husband's wish. Dunno what to buy so I decided to buy foods. I beli mini cakes (mini pavlova, chocolate moist, red velvet cheese) dan Durian Crepe. Husband beli jersey JDT, beli 2ndhand Samsung + aksesori. Shoppingnyaaa.. I was a bit disappointed sebenarnya sebab last night saya ada nampak tshirt ILOVESG. Malam ni dah tak ada. That one yang I nak beli sangat. Kecewa (- -') Husband cakap ala boleh beli tempat lain atau order online. But it's not the sameee. Why? Sebab I tak beli dekat Singapore sebab mahal so decide beli dekat JB lagipun berjiran saja kan. ILOVEJOHOR pun I cari juga sebenarnya tapi tiada yang simple design IHEART tu. Hmm. Maybe tiada rezeki. Just for my own collection.


End of Day 2 :)

READ NEXT ON PART 9
Share:

Tuesday, April 08, 2014

Pernah jatuh tangga?

Ohh. Alhamdulillah finally I am able to log into my blogger account. My portawifi do not let me back on these few days. Start malam semalam laju pula. Alhamdulillah. Boleh sambung kerja yang tergendala. You know I susah dan tidak selesa buat kerja through my Note.



Hari ni nak cerita pasal JATUH. Jatuh apa? Jatuhlah. Jatuh terduduk, tertiarap, terlentang. Here's a joke (tips) about falling down going over the net. It have been years since I've read this, mungkin korang pun dah pernah baca. Saya tau ni memang lawak, but yet, except for point #5, adakah yang lain tu applicable? I don't think so. Ni semata-mata untuk buat lawak, no? :

  • Kalau terjatuh tersepak batu : Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak.
  • Kalau terjatuh basikal : Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak.
  • Kalau terjatuh tangga : Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
  • Kalau terjatuh dalam longkang : Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.
  • Kalau jatuh ketika nak naik bas : Jeritlah kuat-kuat. "Oi! Apa tolak-tolak ni?". Walaupun tiada orang di belakang anda.
  • Kalau terjatuh di depan bus stop : terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda. Kalau tiada, baring terus sampai malam dan bila sudah tiada orang lagi di bus stop tu, inilah masa sesuai untuk bangun semula.
  • Kalau jatuh tergelincir dekat lantai licin : tariklah kawan (atau sesiapa yang ada dekat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya taklah anda seorang saja yang dapat malu.

Semalam keluar teman husband ambil angin dekat makan dekat luar. Lepak kedai mamak sekejap lepas tu balik. Turun tangga depan restoran, jatuh tangga. JATUH. Yaaaaa. ME JATUH MALAM TADI DEPAN RAMAI ORANG. Lucky me it's just another 1-2 anak tangga more before reaching the ground. Samada terlebih langkah atau sebab tangga tu berlubang. Ouch. It does hurt. Lutut paling sakit sebab jatuh atas tar batu besar-besar. Nah. Have a taste of it. T_T

I used to fall a lot and embarrassed myself. Bukan masalah jatuh saja, tapi banyak benda lain lagi macam zip terbuka la seluar koyak la bulu hidung terkeluar la eheh sungguh memalukan. Tapi hari ni kita bincang tentang JATUH ngehee. If there's one thing I've learnt, it's even more embarrassing (plus, funny) if you pretend it doesn't hurt at all and quickly getting up and run away. Maybe it's just me who doesn't know how to pretend odd things like this but I think there's nothing wrong to feel the hurt. I've seen so many people fall while in a crowd. Most of them jatuh terus bangun. The best is, sit down a second while brushing away all the dusts, try to move your joints to ease circulation.. just in case terseliuh or apa-apa. Tak perlu exaggerate things. Just be who you are. If its possible, wait someone to help you get up. If not, get up (if you can) with all the pride you have and walk away without looking back. People gonna laugh, some people won't. Let the people who laugh know that it's not a joke. Falling down does hurt. People won't laugh if they realize that.

Ohyeah. When I was younger. Waktu form 3. That was more than 10 years ago. Tapi ini jatu hkerusi depan classmates. Entahlah my classmates masih ingat lagi atau tidak. I doubt I remember those too now but since I wrote most of things happened in my diaries, so I clearly remember them harhar. Somebody snatched my diary from my desk acah acah nak baca curi-curi. And I was actively nak dapat balik my diary lepas tu bila nak duduk, gedubukkkk! Maybe somebody tarik kerusi or I just simple misplace my butt wakaka. Gedubukk jatuh, paused a bit dan lepas tu keluar kelas. Dan pergi jauh-jauh hujung blok dekat tangki sekolah dan nangis slow-slow. Malu dan sakit hati. Untuk 2 masa subject Bahasa Melayu lepas tu, saya tak masuk kelas. Lepas tu masuk balik tapi part ni I dah tak ingat sebab tak tulis dalam diari sebab I focused on new friends I met on that day.

Rasanya tak banyak beza dulu dan sekarang. I still cry as freely as I wish. Haha! My legs still aches. Alhamdulillah tak terseliuh tapi ankle and tapak kaki ada sakit sikit, dan luka di lutut dan kaki. Balik rumah semalam baru cek kecederaan dan lap kaki sendiri. Kesian kaki ketot niiiiii..
Share:

Friday, April 04, 2014

JB + USS Trip : Far Far Away and Madagascar (Part 7)

FAR FAR AWAY.

But not too far away. Lepas Ancient Egypt, akan jumpa The Lost World dulu baru jumpa Far-Far Away.

Okey The Lost World.

The Lost World contains many traditional attractions present in most Universal Studios parks around the world and is divided into two sub areas: Jurassic Park and Waterworld. Jurassic Park, based on the popular film franchise by Steven Spielberg and novels by Michael Crichton, features the newly redesigned Jurassic Park Rapids Adventure which is based on the popular water rides in other Universal Studios parks. Waterworld, based on the film Waterworld starring Kevin Costner, is a stadium that features a live show performance

Kami lalu dan masuk tengok-tengok saja. Gambar ada ambil 1-2 keping tapi tiada yang decent enough. So let me pass them Lagipun satu pun tiada show/ride yang kami pergi/naik sebab tidak kena timing. Setakat show layan anak dinasour mengganas tepi jalan adalah hahaha. Tak boleh blah tengok. But I am sure kids would love that.

Mungkin pandangan terkabur oleh istana Far Far Away. My favvvv. Ok. Sah kecik-kecik suka main Barbie dan layan Disney. Haha.

Far Far Away is inspired by DreamWorks Animation's hit Shrek franchise which depicted how the fairy-tale characters lived in daily life. The zone consists of many recognizable locations from the film series, and the main highlight of the zone is the 40-metre tall Far Far Away Castle
Special character appearances include: Shrek, Donkey, Puss In Boots and Princess Fiona. Ada terserempak dengan Shrek dan Princess Fiona bersiar-siar siap bagi royal wave dekat orang sekeliling.

See the castle!





Masuk show ;)









Shrek's home in swamp. Cuba cek dalam cerita Shrek, rumah ni ada.

Sama kan?

Banyak juga game dekat sini. Tapi kami pergi satu saja. Shrek 4D Adventure. Tengok 3D dekat wayang tu biasalahkan. 4D sama juga. Cuma lebih rasa real berbanding 3D sebab not only visual effect. Siap efek bersin kita kena juga rembesan air tu. If ada serangga crawling kita pun rasa benda yang sama dekat kaki. The same thing over and over again sampai rasa macam lame. Guna modal yang sama. Percik-percik air. Bukan dekat sini saja. Tempat lain pun buat benda yang sama. It's like you throw the same joke to the same person. It won't be funny anymore.

All in, actually I paling suka set Far Far Away. Structures matters. Game 4D tu dalam istana tu. Isi dalam istana tu macam istana betul-betul. Rasa dia macam istana yang dah lama tinggal sebab gelap-gelap manja lampu samar-samar. Vintage feeling. Istana tu, fuh. I wish I can live there.

MADAGASCAR!

Welcome to the land of OVERDOSED happiness.

Madagascar is inspired by the hit DreamWorks Animation franchise of the same name which features four zoo animals, Alex, Gloria, Marty and Melman escaping from the Central Park Zoo and unfortunately crashing onto the island of Madagascar. The zone features lush tropical jungles as well as two rides.

Special character appearances include: Alex, Gloria, King Julien, Skipper, Kowalski, Private, Rico, Mort and Maurice. Hmm. Satu pun tak nampak. Not my luck.


Kami early dinner sini (sebelum pulang). Tapi bukan sini, dekat seat dalam.

Merry-Go-Round versi Madagascar. Salah satu attraction. Tapi kami tak naik ni.


Okey yang ni kami masuk. Hehe. Madagascar: A Crate Adventure. Naik boat ikut sungai buatan (of cos buatan). Sepanjang perjalanan tu ada characters utama Madagascar berbual-bual. Tapi patung mesinlah. Bukan yang ada orang dekat dalam. Walaupun simple tapi bestlah juga. Rasa dalam movie. Rugi tak ambil gambar keadaan dalam ni. Tengok orang lain selamba ambil gambar. :(


Ada photo booth. Hujung-hujung perjalanan rasa tiada mood pula hewhew.


Oh apakah yang tergantung itu?

Tidak silap pokok ni ada dalam cerita kartun mana entah. Tengkorak yang bergantung tu pun ada. Not sure same movie or different tapi ada. Tapi lupa. Masuk USS next time kena study all the characters dulu baru dapat menghayati huahua.

 READ NEXT ON PART 8
Share:

I love pavlova


Sebenarnya saya dah tulis one whole entry (scheduled) tentang gambar atas ni tapi ia hilang begitu sahaja. I malas nak taip balik. Just tengok sajalah gambar ni. Sedap pavlova. Nama pun menarik.

Pray for me tomorrow. Hope semua berjalan lancar. I need to get up, and do everything by myself now. Hopefully I'll come out STRONGER more than I think I am. Amin.
Share:

Thursday, April 03, 2014

JB + USS Trip : Sci-fi City and Encient Egypt (Part 6)

Entrance gate, Hollywood, turn left to New York and walk a lil further just beside the subway, then you will find the SCI-FI CITY.

Sci-Fi City is themed after what cities and metropolis may look like in the future, equipped with space-age technologies and the ultimate modern conveniences.
Lots and lots of signboards around USS

WELCOME TO THE SCI-FI WORLD *Robotic sound effect*


Hahah ni lah dia yang kami masuk dua kali tu. 1st time wa okey. Memang rock habis sebab wa okey. Tapi second time dah pucat dah. Dah tak rock balik. Second time tu pergi lepas naik roller coaster yang dekat Ancient Egypt. Lajunya macam nak lompat keluar time tu juga. Huu. Apapun first time masuk tu okey lagi sebab ni game pertama kami main lepas masuk USS. Best. Rasa macam sama-sama dengan Tansformer tu lawan robot jahat. Hahahahaha.



Hai sorang saja?

Setiap tempat ada cafe ikut tema masing-masing. Cafe ni namanya Starbot Cafe: Human Refueling Center. Human refuel tuh. Hebat kan??

Ni salah satu attraction. Tengok trail dia biru dan merah tu pun seram. Tapi tidak beroperasi waktu kami pergi ni. I rasa game ni dah closed.



Hmm. Tidak ambil banyak gambar. Setakat ni saja yang ada. You all pergi sendiri baru dapat tengok. Everything is amazing ;)

Dua game ada dekat sini, dua-dua kami main. Transformer Ride dan Accelerator. Accelerator tiada dalam gambar. Mainan budak-budak. Tapi pening juga lepas keluar. Masuk dalam huge teacup pusing laju-laju. Tak pegang kuat-kuat boleh terpelanting. Macam funfair biasa tapi lagi best.

Next, ANCIENT EGYPT! Ni jumpa lepas Sci-fi City.

The Ancient Egypt zone is themed after the rich Egyptian architecture and artifacts found during the Golden Age of Egyptian Exploration in the 1930s. It features obelisks and pyramids which are typical of Ancient Egypt. Also featured are Pharaohs' tombs which were commonly discovered during that era.

Structures are very the fantastic.




Masuk ride dalam ni kena simpan barang dalam locker dulu sebab dalam ni ride dia ganas sikit takut berterabur barang-barang. Upside down gitu. Haih seram bila ingat balik. Locker ni 1 jam pertama free. Jam seterusnya ada bayaran. Tapi tak perlu risau, unless korang repeat ride or masa menunggu dalam tu terlalu panjang, 1 jam tu cukup sangat. Ni nampak saja macam eleh eleh tapi sangat berteknologi. Biasa orang kampung kan jakun ngehehe

Lepas simpan barang, naik ride tu. The first attraction here. Revenge of the Mummy: The Ride. Mula-mula slow saja. Sampai masa dia laju, fuhhhh.. Suara pun dah tak terkeluar.

A high-speed dark ride that sports sharp turns and fast reverse sections, built within a complex that is partially lighted. This ride was inspired and developed from the The Mummy film franchise.

Husband and I duduk side by side. He let my left hand hugs his right arm. Dia memang tahu sangat I takut benda-benda macam ni. Tapi masuk juga sebab tapi takkan nak biar dia masuk sorang kan. Laju berdesup, ada part macam jatuh ke bawah. Huwaaa.. Time part rasa jatuh tu baru I lepaskan my left hand hugging dan pegang palang kuat-kuat dengan dua2 tangan. Kalau tengah pregnant confirm terberanak even baru sebulan. Begitu sekali dasyatnya. Padan muka. Padahal sendiri drive kereta bukan main LAJU. Ada masa tu my husband keep on checking me by his side sebab dia cakap senyap sangat takut dah tak ada dekat sebelah. Most of the time I senyap tutup mata kening berkerut. Memang buruk. :)



Vintage jeep


Ni second attraction. Treasure Hunters. Gambar atas tu the exact mini-car we both rode. Naik ni at leisure. Sekejap saja perjalanan. Tidak sampai 10 minit rasanya. Bawah ni pemandangan yang ada. Banyak lagi tapi saya malam nak up.







Done ride! Hehe. Balik tempat tadi untuk ambil gambar dari jauh, so boleh nampak ya macamana besarnya dan luasnya dan tingginya patung-patung tu banding dengan manusia.



Sini pun ada characters, cuma nampak satu saja tapi tak amik gambar dan tak sure nama. Padan muka after almost 2 months baru update. Huu. Okey nexttt.. Far Far Away dan Madagascar pula ;)

READ NEXT ON PART 7
Share: