Pages

JB + USS Trip : Hollywood (Part 4)

Monday, March 31, 2014


This is the map you have to grab before the entrance

So boleh nampak ya. USS ada tiga belas district dan Panem terletak dekat globe biru bawah map tu ceh. Ingat ni The Hunger Games? Fanatik THG here (- -")

Ulang suara, USS ada tujuh DISTRICT. *degil*

Nampak globe biru paling bawah tu? Dari situ titik mula ya. Senang saja. Jangan malu buka peta tu besar-besar waktu tengah berjalan sebab SEMUA orang buat macam tu (untuk yang first time macam kami la). Kau round saja start dari HOLLYWOOD. Sebab Hollywood road section yang pertama kita akan jumpa. Nak balik pun akan lalu Hollywood punya road kelaur tempat yang sama waktu mula-mula masuk tadi. Macam bentuk lollypop. Hollywood tu batang lollypop. Bulatan tu kepala lollipop. Terserahlah start dari kanan atau kiri dulu. If start kiri, after Hollywood kita akan jumpa Madagascar dulu. If start dari kanan, akan jumpa New York dulu.

Macam kami, kami start dari New York dan pusing sampai Madagascar, dan lepas tu another round sebab nak pergi Sci-fi City sebab nak repeat ride Transformer. Haha! Lepas repeat tu kami jalan lagi sampai Egypt hingga Madagascar balik (untuk ambil gambar).

Sebab kami pergi hari Rabu (weekdays), so parade takda. Buat hujung minggu saja. Selain parade, banyak lagi yang tiada waktu weekdays. Maybe next time la nak merasa.. Haha. Perarakan tu bawa watak-watak movie setiap district to come to life. Beberapa hari sebelum pergi tu, Niza (one of my partner in crime, bff, sama2 ex-UUM, dan jiran dekat Whatsapp haha) cakap if lucky weekdays pun ada saja those character bersiar-siar sekeliling tu. Samada terserempak atau tidak saja waktu dia keluar.

Special character appearances in Hollywood include : Po from Kung Fu Panda, Frankenstein's Monster, Woody Woodpecker, Winnie Woodpecker, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Beetlejuice and Betty Boop.

I was so lucky sebab masuk saja terus nampak one of them ; Frankeinstein hewhew. Tapi tak pergi bergambarlah. See below :


Mula-mula dia keluar tu saya tengah duduk sorang-sorang dekat bench tepi jalan. Dia lalu. Okey takpa aku perhati sebab amusing gila. Cara jalan sama macam dalam movie. Frankeinstein ni zombi eh?? Haha. I forgot. Only remember the name. Dalam lalu tu tiba-tiba dia sergah omakkau. Tapi I gelak sajalah sebab tak seram pun.

And lepas tu datang Marilyn Monroe. Amboi skirt terbang-terbang. I rasa dekat lantai dia berdiri tu macam ada angin tiup-tiuplah. Hehe. Gambar ada tapi maaf tak dapat tunjuk. Wakakak.

Yang lain tak sempat sebab waktu nak pulang (dah petang) baru lalu Hollywood balik.Enjoy the pictures!

Hollywood road

Hollywood road

Hollywood road


Hollywood road. Kereta antik kalau tengok dari sebelah kanan/kiri dia jual snacks!

Ayam turki punya kaki, Marilyn Monroe dapat nama. Ke ayam turki yang sebenarnya dapat nama?

Pantages Hollywood Theatre : Broadway-style! Dua orang depan tu tourist. I amik gambar waktu I tengah kebetulan lalu wahaha.

Main attraction in Hollywood

Hollywood road. Masih mood Chinese New Year sebab tu ada tanglung.

Posto posto!

Ahh the buildings

Even benda simple macam ni I tertarik. Totally love!

The Dark Room

Again, the buildings!


Dynamic architecture.


Hollywood Boulevard replica


Beratur nak bergambar dengan characters

Ada juga di Asia benda ni. Btw I pakai stokin kaler kulit sebab takut melecit kaki. Banyak berjalan. :)




Take a break. :)

READ NEXT ON PART 5

JB + USS Trip : Day 2 (Part 3)

Another piece from me. I need to finish this as soon as possible selagi ada masa.

Baik where do I start. Okey. Sorry if serabut sikit cara penyampaian. Sebab I kena tulis mana-mana yang ingat takut lupa if hold sebab dah sebulan lebih berlalu. I cakap saja mana yang ingat.

Second day ni diperuntukkan keseluruhannya untuk Universal Studio di Singapore. Tiket masuk dan pengangkutan semua dah settle weeks before. Kami guna servis syarikat Rajawali dan salah satu sebab kenapa kami tempah penginapan di Tune Hotel (selain dapat harga murah) adalah sebab Tune Hotel ni tempat di mana bas akan pick-up penumpang ke USS. Cuma sedihnya hotel ni agak terpencil. If I datang balik maybe cari area dekat-dekat yang lebih alive. Untuk first time, good for us since takda idea apa-apa tentang JB kan. Sekurang-kurangnya bawah tu ada Orange (ala-ala 7 Eleven) yang buka 24 jam. 

Pagi tu bangun awal bersiap, packing dan tunggu bas dekat bawah. Bas sampai dan kami naik bersama ramai orang yang lain lagi. Perjalanan jauh juga.. Sempat tidur. Kami berdua dah expect keadaan untuk lalu imigresen Malaysia dan imigresen Singapore. Sebelum ni ada customer orang JB dan selalu ulang alik imigresen sebab kerja dekat Singapore bagi tips. Lagipun I google dah banyak sampai terkeluar biji mata. Sebenarnya, tak hazab pon macam sesetengah blog cakap. Apalah setakat turun bas naik tangga jalan sikit lalu imigresen dan turun tangga balik tunggu bas? Eh jap, maybe sebab time kami tak ramai sangat orang. Sebab weekdays. Pastu bukan cuti sekolah. Rabu! Haha. Lain kali pergi weekdays if taknak sesak tapi yang tak best weekdays takda parade..

Boleh pula aku cakap 'change to USD' bongoknya I. SGD la Nana! lulz. Nampak sangat blunt gila. Sekarang taip balik pun rasa macam nak buang laptop terus sebab malu.

Wang Singapore. Convert waktu dah sampai USS. Tapi yang ni dah baki ni. Yang lain dah guna. Ni ada peluang ni lepas ni aku tukar pergi matawang Thailand. Dapat juga dalam 1520 baht.



Beli tiket USS akan dapat baucer USD5 seorang untuk parking (yang ni kami tak guna), USD5 seorang untuk souvenirs (ni pun tak guna sebab minimum untuk pembelian SGD30 ke atas. Overpriced lah), dan SGD10 seorang untuk meals. Yang ni kami guna. Oh SGD30 kata overpriced ye. SGD50 tak overpriced pula harharhar. Tak apalah perut punya pasal. Tak tahu ke kami sangat membela perut??! :P

Lepas selesai cop passport dekat imigresen Singapore,take bus dan tidak lama lepas tu buildings dan highways Singapore mula take place. Tengok buildings sambil tengok signboard. Nama dekat signboard macam-macam.. They have terms we might don't understand.

Bus berhenti di underground parking dan kena naik eskalator ni untuk menikmati kota keriangan, bergerak ke arah cahaya haha :


So inilah yang akan terhidang depan mata lepas naik eskalator tu. Ni baru pemandangan sikit. Luas tuh. Bangunan di luar so colourful, ada own theme dan memang nampak macam studio penggambaran.


Time mula-mula sampai ramai sangatttt orang bergambar dekat globe tu. Trademark USS. Tidak apa, kami tunggu petang after keluar dari USS untuk bergambar dekat globe tu ;) So lets head up to the entrance gate!


Still mood raya cina time ni.. ;)

The crowd

Fuh boleh tak nak stop. Mengah pula sekali harung dalam satu entri. Huhu.. Later ;)

READ NEXT ON PART 4

JB + USS Trip : Day 1 (Part 2)

Sampai juga masa blog ni nak berupdate alhamdulillah ya amet. It's because it's few months lagi untuk next trip dan I tak settle lagi yang ini. Ini entri ketiga. Sebelum ni ada dua entri tentang ni. Ini teaser dan ini pula Part 1.

Bermula dari bangun pagi tu, bersiap, dan terus ke airport. 1st day pakai sneaker putih Dana, bukan main lagi tinggi platform dia. Lucky sebab lebih kurang macam wedges + creepers saja. Tapi kan creepers wa tak boleh hadam. Bentuk dia pelik hee. I dah retire bertahun-tahun pakai highheels neh. Dulu stat dari heels 2.5 inch jadi 3 inch jadi 4 inch pastu last-last boleh sana sini pakai 5 inch (inch tau bukan cm). Lepas tu berjinak dengan wedges 2.5 inch, teros langkau pergi 5 inch wedges. Lepas tu merundum jatuh pergi selipar jepun. Kahkah dramatik gila ending. Masalahnya isu kasut saja pon? Hihi. Sekarang ni semua kasut kebanyakan dah tak guna dan rosak dan terbuang begitu sahaja sebab kulit terkupas-kupas dah tak boleh diselamatkan lagi. Yang agak-agak masih elok pula dah selamat jual 10 hengget waktu buka kedai dulu. Sekarang ni yang tinggal ; high heels aka kasut kahwin 1, flatshoes 1, wedges 1, sportshoes 1, dan selipar jepun 1. Sekarang wa tengah gila boots tapi memandangkan I boleh ada 1 saja boots maka kena alang-alang amik yang mahal sikit dan tahan lama. Tapi yang inspired pun dah mahal, apatah lagi yang ori kan. Amik inspired dah puas hati dah. Tengoklah nanti after dah beli confirm show off dekat sini tak pon instagram :P

Sekarang balik cerita asal pula. Mukaddimah panjang sangat.

Sebab kami naik Air Asia, so kami pergi Terminal 2. Terminal 1 di Kota Kinabalu untuk MAS dan Malindo ya. Sampai dekat airport tu, terus pergi self check-in. That was my first time after 3 years tak fly. Dulu I was quite a frequent flyer sebab study dekat Kedah 4 years. Cuti semester dan raya tiap tahun dan tiap semester confirm pulang rumah. Tapi setakat ulang-alik Kedah la. Untuk travel-travel naik flight begini, ini pertama kali. Biasa jalan-jalan semua yang setakat ikut kereta. Hee. Self check-in quite fast, dan senang sangat-sangat. Since kami takda barang untuk di check-in so cepat saja. Tekan-tekan nombor booking, ikut arahan dan settle.

Lepas self check-in kami pergi cyber cafe terdekat and print booking confirmations yang perlu waktu di sana lepas tu breakfast dekat KFC. Lepas breakfast terus ke boarding room. Sebelum tu kena lalu la prosedur naik kapal kan. Masuk boarding room terus rasa hazab. Ramainya orang lepas tu aircond pasang ala kadar. Macam pasar ikan sobb. 

Dan satu lagi kehazabedahan yang lebih hazab bermula.

Okey cerita begini. Tentang kereta sewa. Pertengahan Januari dah confirm semua sekali dengan deposit. Kira semua okeylahkan. So wa pun senang hati. Then waktu sejam sebelum berlepas dari Terminal 1, wa call balik untuk remind, tapi tukang angkat telefon blur-blur macam tak buat homework hari ni siapa semua customer diorang, like seriously?? Wa sebulan sebelum dah revise balik my customers punya tours dan make sure all bookings have been made accordingly and wa cek tarikh satu-satu dan semak berulangkali. Okeylah tidak apa, wa ingatkan dia balik. Nama I, deposit berapa. Lepas tu boleh cakap Viva (I tempah Viva) tiada availability untuk hari tu?? Dia kata Myvi saja ada just tambah RM20 saja lepas tu lagi luas dari Viva. Memang dah nak panas dah. RM20 difference is okey Viva Myvi are all the same tapi persoalannya sebab wa dah deposit so kenapa booking wa tak secured? Sabar lagi. Sebab janji kereta ada dan diorang pick-up kami dari airport. And bila I mention pasal pick-up dekat airport, dia terlepas cakap..

Him : "Oh, nak pick-up dekat airport lagi ke?"
Annoyed me : "Of course la saya booking hari tu semua sudah deal kan??"

And tanpa 'Okey' dan sewaktu dengannya, saya dengar dia sambil otw nak matikan talian dia punya tone suara macam marah-marah cakap laju2 cuma tak pasti butiran-butiran sebab sekejap saja. What was that.. But I leave it there sebab dah sampai masa nak boarding. I don't tell husband sebab nanti kena marah pula.

Naik flight sebelum berlepas tu klik klik amik gambar muka buat-buat bosan (padahal eksaited) lepas tu masuk instagram lepas tu tidur sepanjang perjalanan ihihi.

Sampai Senai Airport, text balik penyewa kereta tu tapi tiada jawapan. Tunggu lama dekat airport sebab call tak angkat. Bila call dah angkat pula, katanya suruh tunggu lagi 30 minit. Lepas tunggu 30 minit, cancel lagi katanya perlu ambil dekat premis diorang sebab orang yang last minute assigned untuk hantar kereta pun accident. Wallahualam. If betullah wujud accident tu maybe sebab kelam kabut punya pasal. If only awal-awal lagi tak buat macam sambil lewa maybe dapat kurangkan risiko begini. Hari pertama diorang janji akan drop kereta yang kami nak sewa tu dekat airport. Waktu buat booking dan deposit saya dah provide tarikh siap dengan masa ketibaan dan berlepas, every details including hari last tu kami nak guna kereta sampai jam berapa. Sms (bertulis) tau, bukan setakat inform dalam perbualan telefon saja. Tapi turned out, kami sampai airport diorang baru nak urus itu ini last-last kami yang kena pergi ke Taman Tampoi Indah lokasi syarikat dan kereta-kereta diorang sebab last minute tak ada yang nak hantar. Maybe memang company ni handle bisnes sambil lewa macam tu or kami saja yang bernasib tidak baik hari tu. I don't know la. Serius rosak mood awal-awal nak bercuti.

So kami jalan ke hujung terminal amik teksi ke sana dengan bayaran RM40. Hmph.

Dalam perjalanan ke Taman Tampoi Indah nak amik kereta sewa

Sampai saja, office tutup. Waktu suruh ambil tadi tak cakap pun office tengah tutup kan. Grr. Nasib baik hujung tu ada kedai makan so boleh lunch. I order Mee Goreng Mamak and husband Mee Goreng Ayam. Mee Goreng Mamak maaf tak berapa kena dekat tekak. Makan sikit saja.

Sejam lebih kami tunggu. Sampai terus setelkan dan husband buat keputusan amik Myvi sebab Viva kecil sangat, rasa tak selesa dan tak selamat katanya. Okeylah beza berapa ringgit saja kan. Sampai situ sajalah hazabnya. Lepas tu urusan yang lain-lain okey. Kereta pun okey macam baru. Baru nak senyum ngehehe..

Dapat kereta terus on GPS cari Tune Hotel. Melingkar-lingkar kan jalan. Kami yang duduk Sabah yang tercinta ni orang kampung, sesat jadinya hmm. GPS pun tak guna if bawak laju sikit sebab boleh terlepas simpang. Itulah yang berlaku pada kami. Padahal Tune Hotel dah depan mata. Nak masuk simpang yang asyik terlepas hahaha. Janji sampai.

Sampai, check-in dengan mudah (lepas tambah addon TV dan aircond) terus naik bilik. Dah siap sedia dah standard hotel ala-ala Tune Hotel dekat 1Borneo Sabah, tapi nampaknya worth every penny. Dah lah bayar murah untuk 2 malam tak sampai RM100 huhu. Tune Hotel dekat 1Borneo lagi sempit dan kosong dari ni. Bersyukurlah nak. A decent hotel la - just enough to our liking.

Sampai terus wassap Ila (cousin yang kerja nurse dekat JB) sambil belek-belek bilik.




Ila cakap dia tertanya-tanya juga kenapa lambat inform, yalah kami sampai dalam 12 tengahari. 4PM macam tu baru sampai hotel. Tapi tidak apa, benda nak jadi kan. Wa okey, such things happen. Ceh padahal bukan main marah tadi. Petang tu kami janji jumpa dekat perkarangan Tune Hotel untuk jalan-jalan area JB. :)

Dan 2 hours later. Sampailah masa ..

Dalam kereta biru tu Ila dan 'kawan'nya ngehehe




Tak banyak ambil gambar. Sebab walaupun sangkut DSLR dekat leher, tapi tak teringat pun nak snap. Yang I ingat, snap gambar guna phone pastu up dkat instagram aihh.. Ruginya.. Of cos la gambar kami takda, especially me. Nak tengok cek instagram XD




Ini Ila dan 'kawan' :P







Chicken Chop RM5 sodappp tapi flash over sangat. Spoil :( Time amik gambar ni confirm amik sekali saja lepas tu terus tak tahan nak melantak haha.

Yang sedihnya tiada gambar me and Ila together amik guna DSLR! Instagram adalah. 1st day baru nak warm up. Eh silap. First TRIP. Baru nak warm up. ;)

Dekat gambar boleh tahu mana semua kami pergi (sebenarnya tak ingat nama). Tapi saya try ya. 1st, pergi Country Garden Danga Bay. Memang cantik sangatlah. 2nd, pergi Danga Bay yang ada funfair tu. Tapi kami tak naik. 3rd gi dinner makan chicken chop RM5. 4th, pergi Pasar Karat (tapi amik pic instagram saja). Pasar malam mana-mana sama saja kan. Mood dia saja yang lain. Pergi nak rasa mood tu lah. Day two kami pergi lagi time tu adalah amik gambar sikit tapi still gambar instagram. Hee. Semua tempat tu kami sama-sama berempat.

Johor Bahru memang bandar yang sangat membangun. Tak kalah dengan Singapore. Malam tu sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Pasar Karat best tengok bangunan-bangunan bergemerlapan dengan lampu-lampu (I suka tengok binaan) dan ada clock tower dekat padang tu cantik tengok malam-malam. Husband siap usik lagi. Atkinson Clock Tower dekat KK memang kalah. Sobs. Sejak hari tu I cancel Atkinson Clock Tower. Terasa hati tau dengan clock tower dekat JB wakaka.

Day 1 awal-awal agak kecoh sikit tapi at the end of the day, it was full of laughter. Gelak-gelak sharing stories, and later so odd to find out kawan Ila muda setahun dari Ila sama macam husband I muda setahun dari I (actly muda 2 bulan) and it brought us even more laughter. Lepas tu dapat tengok keindahan bumi JB waktu malam before balik hotel untuk rehat anticipating next day nak pergi USS pula hee. Thanks to Ila and her 'friend' sebab curi juga masa untuk entertain kami even untuk sehari saja. Ila sampai take leave on that day maybe weeks before untuk welcome kami hari tu. And thanks to husband for all the patience, and lifted up my mood. I love you.

End of day 1. :)

READ NEXT ON PART 3

Kehilangan.

Wednesday, March 26, 2014

Banyak sangat benda yang berlaku, bermula, dan segala ber akhir-akhir ni, jika saya rajin menulis untuk setiap satunya pasti banyak kemajuan dah blog ni. Bukannya buka balik-balik nampak page yang sama. Balik-balik nampak post yang sama. Apakan daya, atas kemalasan diri sendiri jua. Kata janji manismu bak kata Aishah.

Sejak hujung Februari tahun ini, saya dengan rasminya setelah diperkenan suami kini telah memegang status suri rumah (walaupun dalam keadaan separuh rela tapi ini yang terbaik hikss). Tiada yang berbeza sangat pun, cuma of course lebih banyak masa mengurus diri heh dan mengurus makan minum (tapi selalu makan luar) dan entah rasanya sebagai isteri saya belum dapat melaksanakan tanggungjawap dengan sempurna. Masih banyak kekurangan di sana sini maka pada suami saya mohon masa..

Setelah berpakat dengan partners in crime, juga kini sedang berusaha capai target untuk kuruskan badan. Masing-masing dah set target dan cara masing-masing lain tapi target sama ; kurus. Haih la perot. Apsal lah tulisan malam ni macam tengah tulis berita. Taulah dah 2 pagi. Hmph.

Sebut pasal berita.

#MH370.

*sigh*

Suami pulang dari kerja lewat semalam, balik saja terus update me pasal tu. Sambut depan pintu sambil terpinga-pinga. Malam tu serius tak dapat tidur. Berjam-jam tidak dapat lelap. Bukan kerana video ngerilahsangat yang suami prank me. Mula-mula suruh tengok katanya orang dalam video tu buat macam betul-betul. Tapi sebenarnya memang betul. Err okey memang sangat ngeri sebab video orang potong kepala orang hidup-hidup. Ya Allah bertuah. Huhu. Buat I takut supaya malam tu I tidur peluk dia la tuh :P Haha. But seriously lepas tengok adalah rasa mental breakdown sikit. But.. Thinking about the plane, I was crying inside my heart that night.. Hilang semua ingatan tentang video prank whatsoever. How the family doing tonight. Are they scared? Can they accept? How was the passengers' and crews' when the plane first crashed (or what ever things happen that it end up in the ocean). What, why, how. Is all in my my mind. Saya teringat banyak tahun yang lepas. The feeling of being lost.




Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama
Sering kala aku terlihatkanmu
Impian nan indah
Bersulam bahagia
Ku harungi
Hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayangan mu
Tak sanggup aku kehilangan


I used to hear this song all over again, silently crying - air mata jatuh laju bak hujan di padang pasir (eh camana tu). Curled myself on the bed til I fall asleep. Even during taking my shower, dan paling simple waktu makan. The feeling of something is not there, and everything feels wrong. As for MH370, I can't imagine the loss felt by the family members and friends. I can't imagine the things beyond my knowing. I won't try to understand, sebab walaupun saya juga pernah mengalami kehilangan, but the degrees might vary. Apa pulak main degree-degree ni. But it's true. It's different. Nobody turned down and being walked away, like what I experienced many years ago. Because nobody ever loved me that much *emo*. Err. Sorry. I just couldn't get over some little things in my life. Harhar *embarrassed*

Surely we belong to Allah and to Him shall we return. I believe there must be something Allah want us to learn.

Til we meet again. 

Btw nah janji manis lagi. Lepas ni try update selalu. NOT! 💋
 

Someday.

Tuesday, March 11, 2014

It has been more than 8 years already.. Ya Allah I still don't have the strength... :'(

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS