2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Atkins Diet
Saturday, September 21, 2013 posted at 17:10 ♥

Miss Invisible is typing now! Ahak. Mood tengah happy, berbunga-bunga walaupun banyak masalah tapi tidak apa. Kita hadapi dengan tenang dan sabar.

I did some bloghop today, tapi macam biasalah jarang drop comments. And this one catches my attention. Okey saya just copy beberapa fakta penting, selebihnya boleh klik link Bicikut.


Pelan ringkas ATKINS DIET

Atkins Diet ni adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 fasa utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika kita ingin mencapai tubuh langsing impian kita. 4 fasa tersebut adalah :

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Dengan mengikuti empat tahap, anda tidak hanya mencapai berat impian anda, namun juga mampu mempertahankan itu sepanjang hidup anda. Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang diet ini dengan membaca buku, Dr Atkins 'New Diet Revolution. Namun, seperti dengan diet yang lain, rancangan ini juga mempunyai pro dan kontra. Titik baiknya adalah bahawa diet ini mengesyorkan sukan sebagai sebahagian penting daripada program penurunan berat badan. Hal lain yang perlu dicatat adalah bahawa anda tidak boleh memulakan karbohidrat selepas anda menurunkan berat badan kerana hal ini akan mengakibatkan anda mendapatkan kembali semua yang telah hilang.


                              INDUCTION                              
 { FASA SATU }


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet)
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula-gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang
  8. Makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
  10. SOS & Kicap
  11. Kurangkan makanan berproses walaupun rendah karbohitrat (burger, hotdog)
  12. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  13. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  14. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  15. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

Boleh Makan
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.

Syarat-syarat Induction
  1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda. (Penting)
  2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  6. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  7. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
  8. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  9. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
  10. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.

Contoh sarapan

Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam

Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)



                ONGOING WEIGHT LOST             
 { FASA DUA }


Pada fasa ini, laju penurunan berat badan melambat ketika anda menambah kaya karbohidrat gizi untuk diet anda. Selama tempoh ini, anda akan meningkatkan keupayaan badan anda untuk membakar lemak serta memahami tubuh anda lebih baik. Anda akan menemui jumlah yang tepat dari karbohidrat yang anda boleh mengambil dan masih menurunkan berat badan. Tubuh anda juga akan mempersiapkan diri untuk pengurusan berat badan kekal. Jumlah karbohidrat yang boleh anda makan meningkat menjadi 25 gm pada hari untuk minggu pertama dan meningkat dalam tempoh lima ansuran gm selama beberapa minggu ke depan. Jika berat badan anda adalah signifikan, anda boleh meningkatkan asupan karbohidrat anda. Seseorang harus pada OWL sampai dia berada dalam 3-5 kg berat tujuan mereka.



                      PRE-MAINTENANCE                       
 { FASA TIGA }


Pra-rawatan adalah amalan yang dijalankan untuk rawatan seumur hidup. Pada tahap ini, anda cepat mendekati target anda. Selama anda terus menurunkan berat badan, anda boleh meningkatkan penjatahan mingguan anda daripada karbohidrat oleh lain gm 10. Anda akan berada di fasa ini sehingga anda mencapai tujuan anda dan tinggal di sana selama satu bulan. Tujuan utama di sini adalah untuk mencapai keadaan keseimbangan yang disebut Atkins 'Karbohidrat Equilibrium (ACE). ACE adalah tingkat individual asupan karbohidrat mana anda tidak mendapat atau menurunkan berat badan.



               LIFETIME MAINTENANCE             
 { FASA EMPAT }


Pada fasa ini, anda harus fokus pada ACE individu dan berusaha untuk tetap berada dalam dua kg berat badan ideal anda untuk sisa hidup anda. Dengan mengikuti rencana makan yang masuk akal, anda mendapatkan tenaga, kesihatan yang lebih baik dan kepercayaan pada diri sendiri.



AKHIR KATA. 

This caught my attention sebab.. Ermm.. Sebab.. Sebab sekarang berat badan dah naik T__T. Orang ingat tengah pregnant padahal, bukankah menyedihkan sebab hakikatnya belum lagi. Untuk mengelak kesalahfahaman tu berpanjangan, saya berkira-kira kononnya nak start diet balik. Tapi mampukah ai? Jawapannya, 3 bulan dari sekarang :P

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish