Pages

In the car

Monday, September 30, 2013

Not many people know this, but here's where I'll be when I feel helpless. Where I could be all by myself, layan my sadness through the songs. The best place to escape other than blog. Drive sampai puas hati tapi tidak sure nak pergi mana. Like a mad woman *paused* Please do tell me I'm not the only one doing this.

Poor Blackberry


Due to it's revenue loss (as reported), Blackberry dah tarik balik aplikasi BBM pada IOS dan menangguhkan pelancaran rasmi untuk Android. Kalau tidak silap gara-gara aplikasi cetak rompak. Sebab untung jatuh merundum. I taklah guna BB, but.. Lawak kasar la tu since it's true that Nokia and Motorola were once bought by bigger company (due to financial problem). Sony merged (or bought?) by Ericsson (however sekarang Sony dah jadi dependent company). So of course that three gay-guy up there goes like we-all-know-that-feel. See? But it's not actually about this. It's about this.


At the comment section.
Harhar. Ada grammar inspector there. Joyce Bueno. You made my day XD

More and more and more ........in pink wth

Saturday, September 28, 2013

Updated : 100%

This is just me blabbering. Tak baca entri ni pun tidak apa. Nothing important, really. Seriously. Honestly.

PINK.

Atau lebih tepat lagi,
DUSTY PINK.




Dulu agak terkawal lagi sebab dulu asal beli apa-apa barang, prefer hitam tapi sekarang hitam dah bosan. Then beli barang pergi kepada putih pula but bosan juga kalau asyik putih saja. Lepas tu putih combine dengan warna-warna pastel. Lepas tu white combined with a lil bit of soft pink. Aww. Lepas tu mula pula dengan all PINK. Ouch!

But this doesn't means I will love every single thing in pink. No lah. I suka kaler dusty pink, lain-lain kurang sikit. And bukan semua barang in pink. Bagi contoh bajulah. My clothes mostly, black, red, brown, white. Sometimes khaki. And actually I suk lgi satu jenis warna. Keluarga yellow. But lain sikit kuning dia. Dah lupa apa jenis yellow. But that kind of yellow lah. Ahahahahaha.

I used to hate pink so much, especially during my secondary school years. And I love black quite for a long time hahaha. I wonder why..Okey biarlah. Jom layan picture. Try-try kamera handset Galaxy Note 1 ni. *smile*

Actually warna kasut ni dusty pink but too much la camera360 ni :P

Powerbank in white. Mama belikan time pergi Jakarta Julai lepas.

Mouse, face towel, tali handset, purse, earphone semua ada pink. Ni baru sikit haha :P

Ni husband belikan tadi. Ubat gosok, fungsi macam minyak cap kapak tu tapi sebab hari ni sakit, dapat layanan best. Upgrade sikit dari minyak cap kapak biasa :P

Semalam husband tolong cari handset yang tali pink atas tadi (but turned out handset tu semalam tertinggal di tempat kerja). Bila selak beg ni (hari tu shopping semua ambil barang PINK), husband cakap, WOW SEMUA PINK. Hahaha. See? I am not always like this. Bagi can lah kahkahkah.

BTW, hari ni tak berapa sedap badan. Tiba-tiba. Need to go.



Update : Enough about pink-thingy. Let's talk about the camera.

I'm using :
Samsung Galaxy Note 1 (8 MP)

I've used Sony Ericsson C905 before (an old phone waktu Sony masih collaborate dengan Ericsson before forming Sony Xperia all by Sony), dengan jumlah pixel yang sama macam Note 1 ni. But I honestly think that, with the same pixel (8 MP), I think I like Sony's camera more. But Samsung is a bit alluring because of the S Pen function in Note series and its' large size. Camera, I suka Sony. DSLR dah tiada dalam tangan so.. Cari handset tinggi pixel. Bukan sebab I suka take picture. Tapi lebih kepada sebab I suka good quality pictures. Macam kualiti DSLR. Rindu itu Canon. But buat masa ni I suka something yang 3 or 4 or 5 or even 100 in one. Beli DSLR untuk take picture semata-mata? Errr maybe not.




Here's where I write during my hiatus. Since end of March, until now. Kononnya diari, but end up only jotting down tips, financial records, to-do list, to-buy list, targets etc. Pendek kata, more as an organizer. That's why la I agak suka Note 1 yang I baru beli ni. All in one. Lepas ni I tak payah dah bawa buku atas ni ke hulu ke hilir. Eceh.. I think, if you are planing to buy Samsung smartphone, go for Samsung Note. Tidak kisahlah Note 1 or 2 or 3. Worth it. Resale value not dropping so fast.

Samsung not bad, but too common nowadays eh. And I heard funny rumors about Samsung users VS Apple user. Seriously, I pun rasa agak offended even I guna Nokia. Hahaha just a silly thought. Okey move on.

I rasa I jatuh cinta pada Sony Xperia Z1 lah. :P

Design header blog Sophiesm.Com by Sheda Ucu

Thursday, September 26, 2013

Just a quick update. Current blog header Sophiesm.Com telah di-design oleh cik Sheda Ucu. Sekali dengan tolong letakkan iklan nuffnang. Thank you sis! Nak mintak tolong design blog boleh contact beliau. Ikut macamana yang korang nak, warna tema etc. Senang deal sebab berpengalaman. Untuk tempahan, contact beliau dekat sini (FB) pun boleh. Seronok minta design sesama perempuan. Dia faham apa kita nak hihi. Lagipun blog readers I semua perempuan, and I like when it's allllllll girl. I love the feeling macam kita buat girl talk. Haha. Okey later!


Samsung Note 3 in Blushing Pink or Samsung Galaxy Note 1 in Hot Pink?

Wednesday, September 25, 2013

Akhirnya. Sampai jugak. Akhirnyaaaaa. Samsung Galaxy Note 1 in Pink, indeed, limited edition one. Here. Too big for me but it's okey, I love the functions. Macam biasalah, I tak cerewet sangat. Selain Xperia Z series, I rasa dari Samsung I paling suka Samsung Note series. Note 3 yang baru keluar tu confirm lagi best dari Note 1 right? But mahal sangat if nak beli. Cuma ini yang ai termampu. Note 3 nanti-nanti saja after dah turun price sikit. Lagipun highspec sangat buat apa. For me yang suka tulis notes, blogs, etc etc memang sesuai pakai telefon ni. Tada!






Ini picture dari google. Cantik sikit nampak :P



Time ambik parcel ni dari pejabat pos, ada satu kejadian lucu tapi nantilah ai cerita dalam blog. Cerita dekat husband dulu ihikkss :P

Dengan in secara rasmi, saya umumkan list dalam wishlist 'Samsung Note in Pink' telah menjadi kenyataan! Walaupun tidak gah, tapi saya tetap bersyukur ini atas usaha sendiri. Alhamdulillah :)

Maksud di sebalik 'Aku Terima Nikahnya'

Tuesday, September 24, 2013

''Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwinnya......" Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan kita makna di sebalik 'ikrar' tersebut?

"Maka aku tanggung dosa-dosanya dari ayah dan ibunya, dosa apa saja yang telah dia lakukan, dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat. Semua yang berhubungan dengan si dia, aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung, serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku. Jika aku GAGAL maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku''. (HR. Muslim)

Seram sejuk aku mendengarnya. Belum cerita mendidik anak lagi.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" (QS. Adz-Zariyat 51;56).

Cuba kita faham ayat ni cara lebih spesifik. Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan anak kamu melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Jika kita benar-benar menghayati dan cuba mengerti maksud tersirat, pasti ramai ibu bapa akan teragak-agak untuk melahirkan zuriat. Bagaimana untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam linkaran peribadatan dan penyembahan kepada Allah? Menjadi mujahid dan muhajidah agama? Mampukah?

Tugas yang berat. Menyelamatkan keluarga dari api neraka. suami menyelamatkan isteri dari api neraka, isteri menyelamatkan suami dari api neraka, ibu bapa menyelamatkan anak-anak, anak-anak menarik ibu bapa ke syurga and the list goes on.

Saat Lafaz Sakinah

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa Diterjemah
hanya Sebak abah,
tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Sebak time buat entri ni.

Like a dream come true


 Si online shopper yang exaggerate. Sekarang dah kurang membeli but this is one of the wishlists. So, yeay on the way suda ni parcel. Cannot wait. Esok sampai ^^

The Five Circles

Monday, September 23, 2013

My experience with Tari Kirana and the bamboo orchestra we joined throughout the year of 2011 were almost one of the best years. We traveled a lot. And since then, it trigger something in me. I developed real interest towards traveling. Haha. Real interest? Kononnya dulu-dulu suka jalan-jalan tu main-main lah ye.

Waktu zaman kampus, ada jugalah jalan-jalan with friends. Study dekat Sintok, Kedah so jalan-jalan pun sekitar tu jugak. Langkawi, Penang, around Kedah such as Baling, Kulim, Sungai Petani, Yan etc etc. Changlun, Jitra dan Alor Setar tuh jangan cakaplah tu memang selalu. Tidak terkira. Termasuklah Perlis. Selalu ke Kuala Perlis melantak makanan seafood. Lagi-lagi saya sendiri bawa kereta waktu dekat sana. Dapat kawan jenis kalau free rajin merayap dan suka pula makan. Kalau 2 minggu at least langsung tidak keluar dari hutan Sintok (UUM kan dalam hutan Sintok haha) masing-masing mengggelupur. Apa lagi kan. Haha.


Dalam kenangan

Dalam kenangan

Dalam kenangan

HAHAHAHAHAHA THIS CAR. CANNOT GO LA XD

Paling jauh sampai Kampung Aceh di Pahang tapi tu sebab program Baktisiswa dengan JPM. Langkawi datang dua kali. Pertama sebab vacation kononnya. Kedua sebab ikut program BTN. Masuk Thailand pun pernah, tapi just dekat sempadan. Just untuk pergi makan. HAH.

I have 4 circles of friends. Empat-empat circles ni sangat-sangat saya sayang. Semua 1 kepala. Semua ni la spesis yang saya cakap tadi. 1st-3rd circle tu semua budak kampus ai. Jenis yang tiba-tiba boleh menggelupur kalau tak keluar dari UUM lebih dari 2 minggu. Ni susun secara random eh. Tak pilih-pilih siapa yang dulu.


Circle 1 : The JPM sisters

Ni JPM sisters yang terrrrapat tapi ada ramai juga yang rapat tapi tiada dalam gambar. Yang snap gambar ni Cuya. Dalam gambar : I, Dayah, Trexx, dan Yulie. Time ni tiba-tiba tengah malam ada yang kemaruk nak keluar minum dekat kedai mamak. Muka so fresh. Seriously. Keluar time lepas meeting kot ni.. (- -") Done so much projects and programs together. Millions of meeting hours. Bergelumang dengan paperworks. Time tu sampai rasa nak muntah hari-hari meeting tapi sekarang rindu pula. Dari sekadar ahli organisasi JPM, terus jadi rapat sampai di luar office JPM. You guys are ones of the awesome people in my life. :)



Circle 2 : It's Beatrice Wong yo!

Haha the picture! Kami dalam Kbox. Dia tengah nyanyi and I took a snap. It's just me being me and her being her. Tidak sangka pula this is the last time kami dapat keluar sama-sama. I love this girl and all her craziness. Sinonim dengan campus life so ada juga entri-entri terrrrrrsebut nama dia. I call her Beat. Satu kolej dan sama-sama kenal sebab satu kumpulan Self Development Group (SDG). I've wrote here some times ago about how rare she is. Dia bukan jenis yang boleh get along dengan semua orang sebab dia tak give a damn to entertain orang yang dia takda rasa nak berkawan, and I guess that's why we were close back then. Haha.




Circle 3 : Partners in Crime

Atau bahasa melayunya, kawan-kawan buat jenayah. Niza, Fiza dan Chu antara manusia paling gila pernah jadi kawan ai. Tengoklah muka-muka 4 orang ni mintak penampar. Tak boleh mention lebih-lebih pasal diorang nanti teremosi nanti jadi sayu pastu nanti tiba-tiba muncul dekat wall FB diorang I tengah mengadu sebab rindu. Hahahaha.

Can we consider Tari Kirana as the fourth circle?

 : Tari Kirana

The youngest circle of friends I've been in. Haha. Tapi ai nampak macam one of the kids kan. HAHAHAHA. 1st picture, Tari Kirana bergambar kenangan dengan orkestra bambu KMS. 2nd picture, artis-artis tetap Tari Kirana semuanya 7 orang. Wah artis gitu.Dari kiri, Widha, Jima, Ana, Nanak, Dana (my minta puji young sister), Feezah dan kanan sekali tu nama dia Jija. 3rd picture, baru nampak muka I with 6 Tari Kirana. Yang sorang jadi tukang gambar. Siapakah yang jadi mangsa? Oh si Dana. Hee.

Anyone still remember Audirasari. My dance team back in campus? Lama tidak naikkan nama Audirasari ni. I guess dah terkubur dah group ni once I dah tak ada. They are one of the circle too. Cuma tak berapa rapat sangat sebab I lebih mainkan peranan as exco BKK dan ketua kelab. But we do had our moments. *smile*

Why I tiba-tiba bring up pasal 4 circle ni? Because I miss them all. And because since recently, I've found the 5th circle I can go crazy-crazy with.


With this guy.
Circle 4 : The Husband + The Wife

Two years knowing each other through the bamboo orchestra, we had a great time and learned that we make pretty good travel partners. We’ve done a fair amount of traveling around Sabah - especially Kota Kinabalu. Cuma entah ya kenapa pasal jalan-jalan dating-dating jarang update pula. TAPI SEBELUM NI MEMANG JARANG UPDATE APA-APA PUN. Huahua. By this, since template blog sudah bertukar dan blog rasa dah tak bosan, maka saya tetap tidak akan berjanji saya akan update blog selalu. Hahahahahaha.

I'll try anyway. *smile*
With this last circle, here's our next destination. Insya-Allah. Still several months to wait, but I tak kisah. This is our travel itinerary.


Kalau nak list, I want to go to every place in this world termasuklah ke Mekah. Ada yang nak guna sehabis masa bujang untuk travel banyak-banyak kan but I think I prefer to do it once I'm married. Now insya-Allah after lebih setahun perkahwinan, akhirnya nanti ada rezeki pergi jalan-jalan luar Sabah, dan luar negara juga. Singapore tu kira luar negara juga kan. Haha. Apapun, alhamdulillah, ada juga peluang tu walaupun terlambat sikit, bagi saya tidak mengapa. Tidak perlu rush. Ada rezeki, adalah kan. 

Next year first destination is Johor and Singapore. Since ada masa 3 hari saja (and 2 nights), so little time to be around there. So, based on my survey, I think we will just settle for hotels around Danga Bay. Banyak hotel dekat situ so boleh pilih. Okey kot kan. I hope we'll experience what Johor has to offer. In just 3 days! Haha. Untung-untung boleh jumpa kawan-kawan blogger orang Johor. Like that time majlis bertandang sebelah suami pada 16 Februari 2013 lepas. Salah seorang cantik manis ala-ala wajah nurulism, tegur macam ni. "Sophiesm?". Hoh. Another things that made my day that day - one of my blog followers happen to be one of my husband's relatives. Aiseh.. Thanks Atin sebab tegur hari tu. *smile*

Okey better off sebelum buka cerita yang tiada kena mengena. Will find time to write about what I got so far for our coming late honeydays :P

Kelebihan dan Kebaikan Minum Air Suam

Sunday, September 22, 2013




Tadi surf-surf internet, finding something useful kononnya.. Go through blogs and pages.. Sebenarnya cari tips travel ke Langkawi padahal asalnya nak cari tips ke Johor + Singapore PADAHAL 4 BULAN LAGI KOT.. Over pula cari tips pergi Langkawi padahal Langkawi lagi lama - dalam 9 bulan lagi (- -") Here and there, ..and I found this! Kelebihan dan kebaikan minum air suam. Amboi jauhnya awak menyimpang. Bukan ke tadi awak cari tips travel?

Talking about 'minum air'. I have a (writing) notebook I bought at Kaison 1Borneo - I wrote mostly about things I wish to retrieve sometimes but tidak mahu membebankan otak. Such as lists, future plan, keluar masuk duit, any interesting tips yang saya jumpa dekat internet saya jot down juga dalam tu. And funny is, everytime tulis to-do list, mesti ada 'MINUM AIR BANYAK'? Sebab saya suka paksa diri sendiri. Sebab saya takut kalau minum air tidak cukup banyak. Minum air banyak-banyak sememangnya sangat-sangat-sangat essential untuk badan kita. Sekurang-kurangnya 1 liter untuk setiap 25kg berat kita. Maknanya kalau berat kita 50kg, paling basic tiap hari kena minum 2 liter. As for me, I'll go for 4.5 liter everyday. Haha. Banyak kan. 2 kali ganda dari berat sebenar.

Tapi tunggu dulu. Minum air banyak-banyak tapi memanjang asyik air sejuk pun tidak boleh juga. Untuk mengoptimumkan kesihatan tubuh badan, why not go for air suam? Right? Ai sendiri pun minum air suhu biasa-biasa saja. Kadang-kadang saja minum air suam. Lepas baca ni jom sama-sama amalkan minum air suam!

Baik.

So apa khasiat tersembunyi pada badan jika minum air suam ni? Sekian update blog untuk hari ini. Cekidaut!


                                  Menguruskan badan                                  

Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Kalau kita minum air suam dengan kuantiti yang banyak ia boleh menghilangkan selera makan. Makanlah banyak mana sekalipun, tapi kalau anda amalkan minum air kosong suam, rather than air kosong sejuk tempoh untuk anda kekal kurus tu akan lebih lama, insya-Allah. 


             Meningkatkan kesuburan           

Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.


         Melancarkan sistem pencernaan        

Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.


      Melambatkan proses pertumbuhan zat kanser    

Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.


      Perawatan kecantikan      

Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.


      Tubuh lebih segar dan sihat      

Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.


      Menyihatkan jantung      

Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.


      Ubat kepada penyakit strok      

Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



Keep warm and carry on. :P

Atkins Diet

Saturday, September 21, 2013

Miss Invisible is typing now! Ahak. Mood tengah happy, berbunga-bunga walaupun banyak masalah tapi tidak apa. Kita hadapi dengan tenang dan sabar.

I did some bloghop today, tapi macam biasalah jarang drop comments. And this one catches my attention. Okey saya just copy beberapa fakta penting, selebihnya boleh klik link Bicikut.


Pelan ringkas ATKINS DIET

Atkins Diet ni adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 fasa utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika kita ingin mencapai tubuh langsing impian kita. 4 fasa tersebut adalah :

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Dengan mengikuti empat tahap, anda tidak hanya mencapai berat impian anda, namun juga mampu mempertahankan itu sepanjang hidup anda. Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang diet ini dengan membaca buku, Dr Atkins 'New Diet Revolution. Namun, seperti dengan diet yang lain, rancangan ini juga mempunyai pro dan kontra. Titik baiknya adalah bahawa diet ini mengesyorkan sukan sebagai sebahagian penting daripada program penurunan berat badan. Hal lain yang perlu dicatat adalah bahawa anda tidak boleh memulakan karbohidrat selepas anda menurunkan berat badan kerana hal ini akan mengakibatkan anda mendapatkan kembali semua yang telah hilang.


                              INDUCTION                              
 { FASA SATU }


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet)
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula-gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang
  8. Makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
  10. SOS & Kicap
  11. Kurangkan makanan berproses walaupun rendah karbohitrat (burger, hotdog)
  12. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  13. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  14. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  15. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

Boleh Makan
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.

Syarat-syarat Induction
  1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda. (Penting)
  2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  6. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  7. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
  8. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  9. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
  10. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.

Contoh sarapan

Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam

Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)



                ONGOING WEIGHT LOST             
 { FASA DUA }


Pada fasa ini, laju penurunan berat badan melambat ketika anda menambah kaya karbohidrat gizi untuk diet anda. Selama tempoh ini, anda akan meningkatkan keupayaan badan anda untuk membakar lemak serta memahami tubuh anda lebih baik. Anda akan menemui jumlah yang tepat dari karbohidrat yang anda boleh mengambil dan masih menurunkan berat badan. Tubuh anda juga akan mempersiapkan diri untuk pengurusan berat badan kekal. Jumlah karbohidrat yang boleh anda makan meningkat menjadi 25 gm pada hari untuk minggu pertama dan meningkat dalam tempoh lima ansuran gm selama beberapa minggu ke depan. Jika berat badan anda adalah signifikan, anda boleh meningkatkan asupan karbohidrat anda. Seseorang harus pada OWL sampai dia berada dalam 3-5 kg berat tujuan mereka.



                      PRE-MAINTENANCE                       
 { FASA TIGA }


Pra-rawatan adalah amalan yang dijalankan untuk rawatan seumur hidup. Pada tahap ini, anda cepat mendekati target anda. Selama anda terus menurunkan berat badan, anda boleh meningkatkan penjatahan mingguan anda daripada karbohidrat oleh lain gm 10. Anda akan berada di fasa ini sehingga anda mencapai tujuan anda dan tinggal di sana selama satu bulan. Tujuan utama di sini adalah untuk mencapai keadaan keseimbangan yang disebut Atkins 'Karbohidrat Equilibrium (ACE). ACE adalah tingkat individual asupan karbohidrat mana anda tidak mendapat atau menurunkan berat badan.



               LIFETIME MAINTENANCE             
 { FASA EMPAT }


Pada fasa ini, anda harus fokus pada ACE individu dan berusaha untuk tetap berada dalam dua kg berat badan ideal anda untuk sisa hidup anda. Dengan mengikuti rencana makan yang masuk akal, anda mendapatkan tenaga, kesihatan yang lebih baik dan kepercayaan pada diri sendiri.



AKHIR KATA. 

This caught my attention sebab.. Ermm.. Sebab.. Sebab sekarang berat badan dah naik T__T. Orang ingat tengah pregnant padahal, bukankah menyedihkan sebab hakikatnya belum lagi. Untuk mengelak kesalahfahaman tu berpanjangan, saya berkira-kira kononnya nak start diet balik. Tapi mampukah ai? Jawapannya, 3 bulan dari sekarang :P

Wishlists.

Thursday, September 19, 2013



Talking about wishlists.

Wishlists saya dekat sidebar cuma sedikit dari random wishlist yang lahir dari hati. List dari hati yang never had an ending. Yang mudah dilihat, itu saja yang saya perlihatkan. Mudah difahami. Mudah dicapai. Kerana berapa banyak wishlist yang tidak akan saya mampu capai seumur hayat ini. Tidak akan pernah termampu. It's something I have to live without. Things I couldn't even mention in heart. It's sad. As usual. This blog is so sad. Let's just cry :P

It's something about my little conversation with somebody about WISHLISTS days ago. Things she wants and however life have brought her a bit far away. Just a bit. I still think she could achieve whatever she wants, whenever her gut's strong. This and that. I can't help thinking - if only I have what she has right now. I would give my everything, my all. Just to have that little piece in my life. That ONE thing, the only reason why I blogged for all these years, thing I would never have in my entire life. Tapi I tetap optimis! ^^ Tidak apalah. I wasn't meant for me. I'm happy just the way it is.

Rutin harian seperti biasa. Sama. Fokus sekarang prepare untuk tahun depan. So much things coming up next year. Haha. Baru September kot. Dah fikir pasal tahun depan pula. Please la you.

By the way, saya buka balik blog ni. Private sebab dalam proses pembersihan. Walaupun sekarang masih lagi dalam proses, tapi dah boleh kot ditatap. Barulah ada mood sikit nak update. Bosan dengan template sebelum ni. 1486 post including drafts and published entries to moderate. Really would take ages. Buang gambar tidak pakai tudung, fixing broken links. I've done maybe just ...20%? 80% to go. Haha.

 Okey byee..


A lame entry about lame games.

Saturday, September 14, 2013

Hari ni cuti mengejut so my unplanned agenda is to spend my whole life (life?) today playing games dan watching runningman (current addiction). Khatam 4 episod untuk hari ini. Kalau dikira, baru khatam episod 1-32 setakat ni. Dalam laptop saya ada semua episod. Dari episod pertama sampai episod 162 (latest). Sangat berkesan buat I ketawa tak agak. Tiap hari selasa setiap minggu pagi-pagi lagi dah bukak laman web nak download latest episod yang release tiap hari Selasa. Thanks Kshownow




Seriously I suka main game. Sampaikan laptop pun nak yang NVDIA. Handset pula nak yang tahan bateri, nak yang grafik best.. Well well.. Are you really a newly-founded gadget freak? Haha.

Reject tu sebab game tu membosankan atau dah main dah spesis game macam tu. Sekarang ni fokus main game Around The World In 80 days. Ala-ala game candycrush la, tapi yang ni ada storyline. Habis saja main Around The World dan Jojo Fashion Show, saya cari game lain pula. I suka main The Sims 3 (system requirement 2GB RAM) tapi RAM laptop boleh guna 1GB saja sekarang ni. Nanti berat pula laptop I. Ya Allah bosannya entri ni, cakap pasal game. So lame! 

Baiklah. Sebelum jadi lebih lame. Bye.


Kerana aku isterimu

Tuesday, September 10, 2013

2:20 pm

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2:27 pm

Suamiku yang tercinta.

Tiap malam entah mengapa mataku sukar untuk dilelapkan, hanya bila memikirkan hari ini lelah kerja dan esoknya perlu bangkit awal ke tempat kerja baru mampu ku paksa mataku untuk lelap. Terjaga di tengah malam beberapa kali sudah menjadi rutin tidurku kini. Kenangan akhir-akhir perkahwinan kita sungguh pedih untuk dikenangkan. Lantas aku cuba membuat catatan ini, biar cuma sebagai bahan tawamu, usikanmu atau apa saja. Tetapi harapanku biar ada juga sedikit yang akan menyentuh dinding hatimu.. Bahawa inilah bicaraku, isterimu. Yang cuba meringkaskan rasa hati ini agar kelihatan jelas kegelisahan menjadi bening, jiwa yang gemuruh, kacau, sedih dan segala macam akan terubat walupun sedikit.

3:10 pm

Suamiku yang penyayang. 

Teringatku saat ini, di rumah ku, bilikku sendiri, di Kampung Kinapulidan yang permai, bertemankan sebuah diari dalam blog dan beberapa keping gambar kita dalam handphoneku yang tak pernah jemu ku tatap.. Segala kata-kata, sms, harapan indah untuk membina istana bersamamu, walaupun detik hati aku kini berkata aku sebenarnya mungkin tidak mampu menangani masalah yang kini menjelma. Aku sebagai isteri yang tidak mampu untuk membahagiakanmu dari segala segi!! Baik dari segi masa lalu ku, baik siapa aku kini. Tetapi suamiku yang tercinta, inginku kongsikan hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi, Rasullullah SAW bersabda : ‘...barang siapa yang hidup tenang di lingkungannya, sihat badannya, dan tercukupi keperluan sehari-harinya, maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya, telah di peruntukkan untuknya’.

Ada lagi saudara kita suami isteri yang malamnya lebih gelisah tidur atau belum tidur atau juga sudah bangun tidur semata-mata untuk mencukupi keperluan sehari lagi esok yang mungkin hari terakhirnya. Lantas segera keduanya khusyuk sekali menguli tepung, memarut kelapa, memotong daun pisang semata-mata mencari rezeki halal untuk sehari sahaja. Gigihnya mereka.

Tapi adakah kita ingat, lihat dan sedar lalu jauh sekali untuk mensyukuri kehidupan kita kini.

3:30 pm

Suamiku yang semoga mengerti.

Maafkan aku, sebagai seorang isteri yang memohon perlindunganmu, tarbiyahmu, nasihat-nasihat lembutmu. Aku seorang yang selalu salah percaturan, selalu keliru dalam kehidupan, selalu tersalah langkah untuk ke hadapan, selalu tertinggal oleh dunia.

Maafkan aku suamiku, mungkin aku tidak sebaik dan sesempurna isteri-isteri sahabat-sahabatmu yang pernah kau temui, atau juga mungkin tidak sebaik ibumu. Aku isterimu yang memerlukan sedaya upaya kekuatan dan semangat dari seorang suami untuk meneruskan kehidupan. Aku tidak akan pernah sempurna tapi aku ingin sentiasa menjagamu saat susah dan senang namun siapa aku perlu harapkan bila aku juga memerlukannya? Aku isterimu. Aku sentiasa kira kau pelindung aku setelah ayahku. Jika membebankan, maafkan aku...

 

3:38 pm

Suamiku yang aku sentiasa maafkan dan mohon pengampunan,

Aku terlalu berdosa padamu. Berdosa pada Allah. Berdosa pada kedua iba bapaku. Berdosa kepada diri sendiri. Dan untuk itu berkali-kali hinaan untukku daripada pelbagai sudut kehidupan. Tapi aku percaya… “Tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya”. Aku pasrah pada Allah kerana aku percaya pertolongan Tuhan ketika hambanya mendekatkan diri kepadaNya. Tapi aku selalu lalai. Aku mudah alpa.

3:48 pm

Suamiku yang melembutkan hati.

Maafkan aku atas segala bicara kurang ajar, tidak sedar diri dan tidak beradabku kepadamu selama ini.. Berlatarbelakangkan perasaan seorang wanita yang hatinya begitu mudah terluka, apa sahajalah yang mampu aku lontarkan kerana lisanku tidak selancar kamu.

Mungkin aku mudah kelu.. Kerana aku tidak mampu menidakkan kamu bila kamu sudah ada di depan mataku, dengan getaran suaramu yang sentiasa berkesan melembutkan hati panasku, tidak pernah gagal sekali pun. Lebih-lebih lagi bila suaramu itu kau guna untuk memujukku. Seluruh hatiku sesungguhnya bergetar indah. Aku tidak mampu melihat kamu sedih, menangis kerana aku. Aku tidak pernah tega.. Jauh di sudut hati, diri ini lemah untuk terpaksa melihat semua itu.

4:01 pm

Suamiku yang lembut hatinya.

Ingatlah bahawa isterimu ini sentiasa bersyukur dan mendoakan suami menjadi pelindungku. Pelindung rumahtangga. Pemimpin sejati seorang isteri.

Barang siapa yang sentiasa bersyukur bererti dia telah menghidupkan jiwa dan membahagiakannya, dia tidak melewati harinya dalam keadaan lapar dan gelisah. Sesungguhnya angin ketika bertiup dengan kencangnya, yang dihentam hanyalah bahagian pucuk pohon sahaja.

Semoga Allah kuatkan imanku
Semoga Allah jadikan aku seperti pohon itu
Dan janganlah jadikan aku bara apI
Kerana aku takut hilang pertimbangan
Kerana aku takut hilang kewarasan

4.05 pm

Suamiku… Dengarlah!

Aku sebenarnya rindu padamu.
aku rindu untuk mendengar tutur kata lembutmu biar sepanjang hari.
aku rindu menatap wajah redup dan mata beningmu merenungku bagai waktu dulu.
aku rindu untuk dekat denganmu, jadi isterimu yang tetap sahabatmu, yang menerima tanpa syarat, tanpa diadili setiap perlakuan.
aku rindu untuk membantu tika sakit demammu.
aku rindu pelukan hangatmu dengan penuh kasih dan sayang.

Akhir-akhir ini, aku jadi gila sebab..
aku sakit.
luar dan dalam.
hilang kasih sayang.
hilang arah.
hilang diri.

4:10 pm

Suamiku sayang..

Walau apa pun, hari ini genap 7 bulan pernikahan kita. Apa yang aku harapkan adalah lebih dari segala-galanya. Walaupun aku mungkin akan tidak pernah bisa mengungkapkannya dengan sebenar-benar kata, namun aku harap kau mengerti, suamiku. Dan jangan pernah berhenti memberi pengertian. Moga kebahagiaan sentiasa milik kita..

Tanggungjawab aku untuk menyintaimu. Kerana aku isterimu.

4.20 pm

Already old at heart.

Monday, September 09, 2013

You are old when you :
  1. you’re happy shopping alone because you don’t waste time.
  2. all the famous pop stars and actors are now younger than you.
  3. you feel scared or annoyed around rowdy teenagers.
  4. people start asking their kids to call you “auntie”. You kick up a fuss and they say “oh ok kakak then” but look at you disgusted.
  5. you can’t get to sleep much past 11am anymore on weekends because you’re too used to waking up early for work.
  6. you start preferring vegetables to fried chicken.
  7. you’re too tired to do anything on Friday night except watch a DVD or read to sleep.
  8. you stop wearing earrings.
  9. you don’t know 70% of the bands on hitz.fm now.
  10. you realize you’ve stopped worrying about whether you look cool for some time now.
  11. you don’t mind eating alone.
  12. you wondered how it would feel like of having gold ring on your finger.
  13. you're serious at getting married and your parents have no objection about that
  14. you never liked children, and now you're dreaming to have one
  15. you get annoyed easily, especially with the youngsters XD
  16. you go out with less friends

I'm positively have an OLD decease. WHATEVER! EMBRACE ALL THE AGE! XD

What's new?

Sunday, September 08, 2013




Done with the template. Untuk masa sekarang la. Warna lebih kurang sama saja dengan design lepas-lepas. Template saja yang lain. This is me. No matter what, white and pink would always the colour that I am very unconsciously comfortable with.

Okey ini panduan serba sedikit, how to interract dengan design blog terbaru ni. Cewah, interactttt.. 



HEADER
 

Kali ini I got header. Tapi header sementara saja. Yang ada gambar candlier background pinky tu. Nanti tukar. Then bawah header I got navigator home, about, website, faq, contact, follow.


Klik home untuk main home.
Klik about untuk disclaimer aka terma dan syarat. Haha buat blog pun ada terma dan syarat bagai kan.


 Klik website untuk page-page or social networking yang saya aktif tapi buat masa sekarang, tak nampak keperluan tu lagipun aktif pun di blog or FB. Yang lain tu register saja tapi tak guna pun. So belum direct ke mana-mana page.
Link faq tu pula khas untuk sesi soal jawap antara kita, if ada yang nak bersoaljawap lah kan. Tapi mind you, yang terlalu merepek tu ai pass saja. Baca balik disclaimer ai.


 Link contact pula untuk buat exchange link. Ni khas untuk yang ada blog or website. Just taip nama dan your bloglink, dan tekan enter. Terus masuk dalam senarai. Express. Kerja I pun senang ♡ hehe. Last but not least, button follow. Khas untuk para blogger.If rasa nak follow, follow :)




SIDEBAR

Sidebar saya obviously sebelah KIRI. Sebab ai kidal dan ini keselesaan ai (^^) Sidebar log ini bermula dari aplikasi 'search' sampailah ke paling bawah. Then I have my archieves where I put all of my past entries. Past is past, it is. I emphasize this. Yang lalu itu telah berlalu. You can freely read all of my past writings but never judge me based on it. Never, I mind you. I assume that when people read my blog, they just read. They never judge neither will never use this to hurt me.

I've dealt with that kind of circumstances before, and it hurts my fragile heart. Talking about past dan buat ai merajuk dengan blog sendiri. Haha. There. Okey.

Di bawah Past is Past, feel free to like my facebook friendpage. Sophiesm.Com. Currently (8 Sept 13), ada 636 likes. Quite a big number for me. Di bawah like-link FB tu pula, ada sidebar bertajuk Recent Posts. 5 recent post will be embedded there automatically. Di bawah recent posts, ada my Wishlists ♡. Then bawah tu Ask.Fm/Fina. Feel free. Then di bawah lagi ada Categories, so boleh surf my entries based on categories juga. Contohnya nak baca tentang .. apa-apa saja. Tidak tahu nak cakap sebab I actually wrote nothing in here. Just ranting, raging, showing off, laugh and cry. Hahehohuhi.

Okey. Bawah categories pula adalah Daisy, which is the name of my favourite flower but ini, countdown of things or event or dates that I look forward. That's all. Paling last, Credits. Dari mana ai dapat template asal blog ni sebelum ai modify sikit-sikit. Oh ini template asal sebelum saya modify. Take a look.

Okey that's it. Nice day everyone *smile*


Evidence : Nota Pertama

{ click above to enter password }
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS