Saturday, March 30, 2013

Kenapa blog bvlgarigirl sebenar tutup?

Eh, apsal blog bvlgarigirl-sebenar.blogspot.com dah tutup. Aisehmen.. Tak bestla macam ni. Okey kantoi ikut perkembangan blog bvlgarigirl milik Arianna Melissa. Orang cakap dia ni fake. Semua cerita dalam blog dia adalah rekaan semata-mata, and turn out, she's a makcik yang imaginasi dan penceritaan dia mampu tibu bulat-bulat ramai orang. Dan saya adalah antara beratus or mungkin ribu orang yang frust bila dapat tahu kebenaran tu. Ikut cerita dia dari 2009, so dah berapa tahun tertipu tu?

Oh by the way. Kalau yang ikut perkembangan kisah si Arianna ni, do you remember lagu yang kononnya jadi lagu tema diorang? Saya hafal lagu tu, sekali dengan melodi. Yes. Because I was so into this song, and knowing that this is written as a real story. Touching gila. Time tu la. Sekarang ni sangat tertipu. Tapi tidak apalah Arianna. Terima kasih sangat-sangat :P

Tajuk, BICARA CINTA ARIANNA. This is the lyrics :

Bermula dengan senyuman
Bicara mesra
Ku sangka kawan
Rupanya cinta

Ku sedar
Dunia kita berbeza
Tapi kau sedia
Terima segala

[chorus]
Ku ukir namamu di langit tinggi
Awan berarak membawa pergi
Ku tulis namamu di pasir pantai
Ombak menghempas membawa pergi
Lalu ku tulis di dalam hati
Semoga ia kekal abadi

Tuhan,
Tolongah,
Restui cinta
Untuk kami
Kekal bahagia..

Ciptaan : Wanpok @ Cats Do Cry band
Lirik : Arianna


Amacam, best tak? Menyentuh hati tak? Arianna dikatakan penulis lirik lagu ini, dan penggubah lagu
yang best ni adalah someone yang saya pernah juga mesej-mesej through PM, tapi tak banyak kali pun. Last time he (yes he's a he) asked me to write a song lyrics juga macam Arianna buat tapi saya tak ada idea langsung even time tu aktif juga berblog.

And, one thing I actually found out about Arianna, bila beberapa tahun lepas waktu saya surf-surf internet cari puisi inggeris yang best-best tentang love and friendship, saya jumpa satu puisi. Puisi pendek dalam bahasa inggeris, yang bila diterjemahkan bulat-bulat maksudnya sama macam perenggan chorus lagu Bicara Cinta Arianna ni. Wow Arianna..?

Jason Graham wrote the poem if I am not mistaken. It's called "I Wrote your Name into my Heart".

I wrote your name into the sky,
But the wind blew it away.

I wrote your name into the sand,
but the waves washed it away.

I wrote your name into my heart,
And forever it will stay.







Okey. There. I don't know the whole truth. Sorry if I offended anyone.
Share:

Monday, March 11, 2013

All work and no play makes Jack a dull boy.

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Si Jack saja. Saya tak berapa sangat. Kerja 13 jam sehari, begitu juga dengan husband. Nasib baik kerja ada enjoy-enjoy walaupun tak ke mana-mana. Rutin sekarang ni, balik saja terus mandi, masak, basuh kain, kemas bilik, kemas rumah, selesai semua kami tengok tv, layan suami.. tettt... haha..

Life is a bit different since our wedding day, but I was ready for all this, so rasanya insya-Allah tiada masalah. Plan seterusnya sekarang ni plan trip untuk bersiar-siar.. Kami sama-sama kaki jalan, kaki travel. Kaki seni juga. I minat tarian. Dia minat main muzik. Benda-benda macam tu actually yang merapatkan kami. Kami kenal pun sebab kebetulan ikut kumpulan orkestra bambu not long ago. I miss those times.

Sebut tentang tarian, lama saya tak cakap hal ni ka. Sebab since off dari orkestra bambu, kami dah kurang aktif. First sebab, budak-budak penari tu ambil SPM dan PMR. Second sebab saya tiada masa untuk mengurus. Sibuk dengan hal tunang dan kahwin selama setahun lebih kot. Start dari risik hingga ke majlis pertunangan, sampailah ke majlis pernikahan dan persandingan sebelah saya dan sebeah suami. Lepas tu settle down sikit-sikit... Dan bila dah settle down sikit-sikit ni, tiba-tiba Tari Kirana dapat offer buat persembahan lagi untuk bulan 5. Alhamdulillah masih ada yang ingat artis kampung-kampung ni. Ahaha. Di mana, untuk apa, itu nantilah. Sebab lama lagi, not sure jadi atau tidak. Khenn..

Baiklah. Sorry tak dapat berlama-lamaan. Bye! :)



Share:

Friday, March 08, 2013

Wedding Review : Baju bridesmaids bawah RM100

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Saya dah go through my wedding preparation list, fikir bila masa nak update, apa nak update, topik apa, tentang apa, or biarkan semua berlalu hehehe. But akhirnya saya putuskan untuk buat semua randomlyyyy.. Cover semua atau tidak, tu belakang cerita. Ini wedding review yang pertama, WHICH, sepatutnya bukan topik ini. Sepatutnya topik tentang perjalanan majlis or mungkin review baju nikah sendiri bukan baju bridesmaid..? Hello? But here I am talking about my bridesmaids' attire. Whuaaattt? Haha.

My bridesmaid ada 8 orang. 6 of them are from Tari Kirana. Nanak, Ana, BK, BB, Jima including my sister Dana. Lagi satu pekerja Kirasa tapi macam kawan dah, named Ann. And another one is Dana's friend, Shera. Semua comel-comel.

Kita cakap hal artis dulu (tiba-tiba). Tapi ini bukan gosip, mind you. Actually hari tu Dana cakap dia nampak dalam berita, ulasan red carpet FFM 25. Itupun if dia tidak misheard lah. Ada sorang artis perempuan ni kena interview pasal baju, dia selamba cakap beli online. Haha tabik gila sebab selamba. Yalah, most artis kan macam bertanding dengan design baju segala untuk majlis-majlis anugerah dari mana-mana pereka. So.. yeah.. :)

For me (and my sister), kalau kita dapat beli dari online shops dengan harga yang lebih murah tapi tetap cantik dan kualiti pula acceptable, why not? Jimat kan. Murah, cantik lagi. Lepas tu jimat masa dan tenaga. But kena choose wisely lah. Check betul-betul material apa, ukuran, its' elasticity and etc. I'm new on this, but if baju cina/korea ni, kalau asal sebut cotton, biasanya cotton nipis. And, just because the baju looks good on the model's body, doesn't mean it will fit you the way it fits on her, so if beli, kena careful. Okey. Just a brief example.







Sorryla gambar tak berapa nak grand. Tu saja yang termampukan oleh canonku.

Each one of the design lain-lain but warna and material sama. White lace, or white cotton kedut-kedut. Price range paling mahal RM32, paling murah RM24. Yang pakai baju warna champagne tu adik I, jadi peneman waktu majlis akad. Kalau ingat balik time tu... fuhfuh.. One moment, it's months away. And another moment you know, you're already on the pelamin. How time flies...

Okey!

So yeah, baju tu baju onlineeee. HAHAHAHA. Kesian bridesmaid okey, baju pun baju online. Tapi jom kita kenang dan renung kembali kisah artis yang pakai baju online pergi majlis anugerah tadi. Ahaks.
 
Saya PM link kedai online tersebut, dan suruh diorang pilih ikut syarat-syarat yang saya tetapkan dan diorang kena alert pasal measurement. By the time they got their baju, semua fits perfecty. Alhamdulillah.. Tidak perlu oter-oter. Kualiti pun acceptable walaupun murah.

Skirt pula. Skirt tu saya beli kain ela, each of them got 2 metres. Design tu diorang fikir sendiri and the choice is not bad at all. And another 2 metres untuk bahagi-bahagi untuk buat 8 utas tali pinggang reben.. Ala.. Tapi tak nampak kan dari tiga gambar atas ni. How about this :



Jelas kan.

So baju dari online shop with free postage (sebab beli banyak sekaligus) dan skirt + tali reben minta tukang jahit. COST : Satu set ni costs from RM75-RM83 termasuk kos jahit. For me, it worth it. Baju brideesmaid di bawah RM100 :P

Okey, until next update. Take care.

Share: