Thursday, November 22, 2012

Sunday, November 18, 2012

November to February

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Menaip ni pada jam 2:43 am. Ini sahaja mungkin masa yang mampu dicuri untuk mengupdate blog bersawang-sawang ni. Kesian blog, lepas ni entah berapa lama lagi tidak berupdate ye.. Dua bulan? Tiga bulan? Setahun??? Isk.. Sedar tidak sedar, majlis perkahwinan kami ada gap tinggal dua bulan lebih lagi. Hah! Terkejut I bila sedar-sedar saja awal bulan ni (nov), banyak benda masih belum start lagi. Sebenarnya, hampir semua belum start. Ingatkan lama lagi.

baru siang tadi, hantar kain nikah. Hal design baju nikah, kami dah lama bincang. Since sebelum kami tunang lagi. So memudahkan kerja tailor. Saya siap print out gambar baju yang saya mahu, sebab kalau just lukis saja saya bimbang apa yang saya terangkan secara lisan tidak sama macam yang ada dalam gambaran tailor. Syam pun sudah tahu sedia design macamana yang dia mahu, unlike me, he sticks with his choice. but, saya tidak ubah sangat pun sebenarnya. Dari dulu untuk nikah saya mahu design kurung moden. Saya just ubah sikit saja. but apa-apa hal pun, hasilnya kita tengoklah nanti okey..

tentang pelamin pula. Masa terlalu singkat untuk handle hal pelamin so akhirnya hal pelamin tolak bagi dekat bridal boutique. Yang paling bagus yang kami jumpa di Ranau ni. Pilihan tidak banyak. Apa yang ada, rembat sajalah labuuu.. Pakej tu termasuklah pelamin sanding, pelamin nikah, etc-etc malas nak taip. Sejak lama tak menaip ni jadi malas sikit nak explain things hahahaha sorry tau. Maybe mood yang patut dipersalahkan. Kursus kahwin pula, kalau tiada aral melintang, dalam minggu akan datang ni. Hal-hal lain, masih lagi dalam perancangan. Okey, got to go. Sleepy gila.
Share: