2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Engagement Day Review : Photographer review
Sunday, September 02, 2012 posted at 19:36 ♥

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kali ni about photographer pula. Actually ini kira sponsor dari adik sebab saya tidak keluar kos untuk ini. His friend named Suliman. Actually, kira bestfriend dia lah. Saya dan keluarga memang kenal since dia start kawan dengan adik, dia dan ada seorang lagi selalu juga datang melawat dekat rumah. Tapi jarang borak sebab masing-masing dengan hal masing-masing. Lagipun tetamu adik kan. Sepatutnya time ni dia datang sekali dengan seorang lagi bestfriend diorang tapi last minute tidak dapat datang. Saya tidak ambil pusing sangat sebab I know adik have arrange everything for this event.. Haha.. Lepas tangan habis.

Actually pernah try cari photographer sendiri. Sangat pening untuk menilai sebab pilihan yang sangat limited dan tidak kena dengan citarasa. Lepas majlis risik, adik suggest his friends, tapi lepas tengok page FB Snapsense, saya kurang gemar rata-rata gambar yang di-upload ke dalam page tu terlalu banyak manipulation. Terbang dan terangkat macam paranormal. Terus terang, saya suka simple saja. Yang sweet. Tidak perlu banyak edit. Dan realistik. Tapi last-last, saya terima juga cadangan adik sebab dia cakap if photographer lain dia tidak mahu sponsor HAHAHA bengong betul. His justification, kita boleh request macamana yang kita mahu. Tidak semestinya macam tu. Ok MAYBE.

Even sebelum majlis mula, saya tidak sempat brief apa-apa dengan Suliman. Tidak terfikir pun sebab sibuk berdebar hahah. Lepas tu waktu majlis sedang berjalan, saya risau sebab fikir eh dia ni ambil gambar ka tidak. Risau dia terlepas moment-moment berharga. Tidak banyak picture tu tidak apa, yang penting gambar penting dapat dia rakam. Because I can't do this twice. Tahu kenapa saya risau? Sebab saya tidak nampak dia depan saya. Dia ambil gambar dari jauh siot haha.. Mungkin juga sebab saya risau dia tidak dapat angle yang bagus.

Outcome dia sekarang, hahahahaha I LOVE ALL THE PICTURES! Macam ambil gambar dari dekat tapi actually dia jauh sikit sampai saya tidak perasan. Bagus juga macam tu, ada photographer selalu enterframe pandangan orang lain. Kalau ambil jauh sikit, I feel like pose tu natural sikit. Kebanyakan gambar yang saya tidak tengok camera tu memang spontan. Tidak perasan kena snap. Btw THESE are among my favourites!



Ini antara gambar favourite sebab semua hantaran nampak hehehe..





Tau time ni saya tengah cakap apa dekat bakal mak mentua? I said "Muat ka tidak ni.." Risau dalam hati tapi senyuman kena maintain. Semua orang tengah tengok XD





Ini sebab, I feel that the moment is just right :)





Rasa macam datin berdiri sebelah datuk tau haha..





Saya tidak ingat time ni gelak sebab apa. Dan kami tidak perasan pun kena shoot. Ingatkan OP tengah adjust-adjust kamera waktu ni. Btw yang baju hitam tu adik yang sponsor photographer ni, Kili. And kebaya hitam tu adik perempuan saya, Dana.





Tari Kirana. Ya saya tiada dalam gambar ni, tapi suka gambar ni. Candid tapi masing-masing dengan senyuman paling asli. Kan cantik. Dari muncung-muncung bibir tu? Haih kids nowadays..





Semua sudah biasa dengan kamera. Kalau dulu saya bergambar dengan diorang as pengurus, insya-Allah nanti kahwin jika jodoh panjang, diorang akan bergambar as my bridesmaid! Setakat siapa-siapa yang adalah. Mungkin tidak dapat cukup 7 orang :)




And last but not least :


Insya-Allah they are going to be my OP for our wedding too.. Very kind and friendly. Sporting lagi. Wedding nanti I nak request lebih sikit macam video.. Dia just shoot and rakam saja. I will do all the editing haha sebab lagi puas hati macam tu :P

For me, overall, saya berpuas hati dengan part OP ni. Terserlah kesederhanaan dan kemanisan tu. Perfect enough in its own simplicity. Entahlah orang lain rasa yang sama atau tidak, tapi itulah bagaimana yang saya mahu.

DONE. Next review tentang :


Fast Review
Full Pictures
Date
Time
Venue
Photographer
Videographer
Mini Pelamin
Tunang Dress
Tunang Veil
Tunang Tudung
Baju Melayu tunang tersayang
Make-up
Guests Doorgift
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
PA System
Juadah
Etc.

See you soon. :)

Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish