2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com






Engagement Day Review : Mini pelamin review
Monday, September 10, 2012 posted at 13:21 ♥

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Imbas kembali :


Ini design mini-pelamin inspirasi saya tapi saya ada warna pilihan sendiri.

I just need kain backdrop, bunga lima bola, stand dan dua jambak bunga-bungaan, lampu, sofa macam dekat atas tu (not sure its name) dan karpet bulu. Itu saja.


So ini progression :

25/3/2012
Masih fikir lagi perlu atau tidak mini pelamin tu. Tapi kalau jadi, I will go for pastel colors. Purple, blue, pink, red, cream, green, white. Soft, dusty and pale versions. Vintage gitu. Saya rasa warna warni pun tidak apa sebab itu majlis pertunangan, should be something sweet. But more to red. Saya pilih red untuk pertunangan sebab Sham minat warna merah but psst saya tak discuss lagi benda ni dengan Sham.. :P

Tapi kan, kain-kain hiasan pelamin yang ada dalam simpanan mother, saya tengok yang ada warna ala-ala pastel just peach saja. Yang lain agak striking color. Saya tak cek habis, but surely I can sort that out. Yang penting bunga-bungaan dan maybe bantal kan. Dekat Kaison banyak barang-barang dan artificial flower ala vintage dan agak affordable, so saya tak risau sangat. Paling penting lepas tunang / kahwin boleh guna balik sebab saya taknak beli something yang habis setakat situ saja.

BTW, lepas saya, mungkin gap dalam setahun atau lebih my adik akan menyusul jejak I pulak. Semua boleh recycle :P

Mini pelamin adalah DIY. Lagi puas hati. Saya cerewet.


03/7/2012


14/7/2012
Dah bincang, and yeay we're going to have our own mini pelamin on our engagement day hikhik. Warna tak sure lagi, but warna warnilah tu sebab hantaran pun ada variation juga. Rasanya warna warni pun tidak apa sebab itu majlis pertunangan, should be something sweet.

Mini pelamin adalah DIY.


17/7/2012


28/7/2012
Pening. Bila bincang tadi soal mini-pelamin, mama kata tak perlu. Saya senyap saja. How lah? Barang dah ada yang saya dah beli untuk mini pelamin majlis pertunangan. Bila cakap dekat Syam, dia pun kata tidak payah mini-pelamin. Dia dulu memang tak mahu, tapi lepas pujuk dia pun kata okey. Now bila dia tau mama cakap tidak perlu, dia pun setuju. Tapi, nak juga, boleh? Will try to talk to mother. Bukan pelamin betul, mini je pun.. Nak juga feeling-feeling princess sekejap, rehearsal before nikah HAHA.

Mula-mula betul-betul niat nak bantal untuk alas duduk. Untuk dua orang. But Syam malas nak duduk lantai. Betullah kan. Lenguh. Susah lagi nak cover perut ahakkk. So nak cari ala-ala bangku tu. Tu la masalah sekarang - tak jumpa-jumpa lagi. Bila jumpa, over the mahal. Eleh.. Kau yang takda bajet kan hahahah.

And lagi satu belum settle, kain untuk cover dekat belakang. Sebab belakang tu dinding plain semata-mata. Harus cari kain untuk naik seri. Masuk list to-buy.


14/8/2012
Bangku?
Latar? - SETTLE. Haha. Settle cara koboi.
Extra artificial flower dan hiasan lain?? - Ya I might add some.


19/8/2012
Done. It's time for DIY.


So waktu 21 Ogos, 4 hari sebelum tunang sebenarnya baru saya terhegeh-hegeh kumpul semua barang-barang tunang dekat galeri termasuk barang-barang mini pelamin dan barang-barang hantaran dan hiasan hantaran. Kain bulu-bulu, bunga-bungaan, bantal hiasan (sebenarnya bantal untuk alas kerusi, harga RM10.90 setiap satu), manik jurai, gegelung bunga (yang saya sebenarnya panggil as BUNGA OLIMPIK sebab ada 5 semuanya HAHAH) sebab nak beli yang bulat-bulat tu ada juga readymade at Kaison tapi harga dia RM20 lebih rasanya. Saya rasa gegelung tu pun nice juga so saya ambil yang gegelung saja. Plus it's daisies! Dan tidak dilupakan,  jarum peniti. Penting tu!

Ingat nak gambar setiap langkah tu, sebelum start buat tu saya rasa macam susah bebenar nak buat as that was my first time doing it. Mula fikir yang susah-susah padahal dalam bayangan adalah simple saja. Nak kena jahit la apala.. Suka sesakkan fikiran sendiri dan meyusahkan hati sendiri. For you information, I tidak pandai guna mesin jahit! Tau juga guna jahit tangan, in fact tudung sekolah waktu sekolah menengah dulu saya sendiri yang buat. Tapi kalau guna mesin jahit, I guess Syam did better than me. He did helped me with dance costumes once hehe.. So gara-gara nak juga mini-pelamin, maka gigih juga tu. Kalau ada yang kena dijahit, saya nekad guna tangan. Hahah. But end up, dengan guna pin peniti sahaja, saya berjaya siapkan stand dua biji tu tidak sampai 30 minit! Tapi belum termasuk gubah bunga la. Yang tu lama sikit. Stand tu just tengkorak besi warna emas, saya sarungkan dengan kain bulu. Lepas tu saya gubah bunga daisi yang kami beli dari Kaison (3 jambak) dengan harga RM8.90 sejambak, pastu gabung dengan ros putih mama. Lepas tu, gantung manik-manik mutiara. Ini hasilnya :




Ini masih di galeri. Nampak karpet biru tu? Tu milik family. Nampak tidak kain bulu yang saya cari-cari hari tu? Untuk stand dan lapis carpet, saya guna material yang sama. Saya lapis kain bulu-bulu saya atas tu supaya sedap sikit bila dipijak and tidak terasa sangat keras lantas tu. Maklumlah, itu kain saja, bukan karpet :P




Btw mula-mula letak rantai manik emas tu tapi macam mana tiba-tiba tidak berkenan pula so buka balik.




Susun di galeri. Esoknya baru turunkan ke ruang tamu. Saya biarkan di situ dan sambung buat hantaran.




Dalam masa membuat hantaran tu, sibuk kucing-kucing ni bermain-main di sekitar pelamin. Even kacau-kacau hiasan hantaran haha.. Penghibur di waktu sakit pinggang gara-gara lama sangat duduk. Hari tu 6 dulang siap, tu pun sebab tiba-tiba rasa nak demam so stop dan tidur.








Nama dia Sesep. Dia suka hisap jari tuan dia.




Inilah hasil kerja diorang. Tinggalkan kejap saja, tengok-tengok dah jadi macam ni (- -")


Keesokkannya, 22 Ogos, dengan bantuan Dana, kami turunkan barang-barang tu. Tidak jauh, just turun tangga saja. So ini hasil terakhir *smile* :




Stand tepi. Stand besi, balut dengan kain bulu guna jarum peniti, gubah bunga pasu, letak manik jurai. Siap dua! :)




Bunga olipmik! Haha. Sebenarnya saya nak sangkut pattern sama dengan mini-pelamin inspirasi, tapi nanti laaaagilah nampak macam olimpik, so kami cancel pattern begitu. Ganti dengan pattern atas ni.





Nampak tidak yang terselak tu? Eh macam kenal. Itu sofa hijau family saya la hahahaha.. Kain 3 or 4 meter atas sofa tu saya main tebar saja, dekat belakang lekat dengan jarum peniti. Kain bulu juga tapi lain, ni kami beli di Kamdar. Ni barulah. Asal ada. HAHAHA. Gambar ni diambil pada hari kejadian, selepas majlis selesai.




Ini pula diambil sehari sebelum rasanya.





Pemandangan dari bilik atas di tempat saya bersiap. Ada tingkap so boleh intai dan ambik this beautiful picture. Lepas ni, nikah nanti this is among the angle I want my OP tak missed. Tempat duduk merah tu plan last minute sebenarnya sebab ayah cakap bagi jugalah Syam tempat duduk special sikit, tapi tidak boleh duduk bersanding berdua bersama dekat sofa tu. Hehe. Btw, ni kurang dari sejam sebelum ketibaan keluarga pihak lelaki. Thanks Beten dan Dana tolong angkat turun bawah. Thanks ayah tolong hampar tikar-tikar tu :')




Hari kejadian :)


Fact :
  1. Tidak sengaja TERpilih daisies juga untuk bunga hantaran dan pelamin. Entahlah, dah memang suka sangat sampaikan nampak saja terus suka. I love daisies! Beli dekat Kaison. I love Kaison! Haha. Untuk hantaran, various red for him and various purple for me. Both his favorite colors. Saya tidak kisahlah, as I don't have any specific favorite color. Kalau sesuai dengan warna, saya sukalah. Tapi kalau tengok, banyak barang saya yang ala-ala pink white macam tu.. Macam blog ni! :D
  2. Not sure la bunga-bungaan dekat pelamin tu merah ka peach ka or pink.. Janji sesuai. Haha. Tercapai juga hajat asal buat pelamin yang ada warna merah-merah :)
  3. Sampai sekarang stand dekat tepi-tepi tu saya belum buka lagi. Nak kena simpan for months tapi sayanglah nak buka balik. Syam lagilah. Dia cakap dia belum buka lagi hiasan-hiasan hantaran hari tu.
  4. Ada pasu hitam yang macam piala tu dekat tepi pelamin. Dua buah, kiri dan kanan. Last minute letak. Beli di Center Point dengan harga RM9.90, konon untuk hiasan di bilik, tapi sebelum tu letak di pelamin dulu. Nampak warna tu kontras kan.. :)

Hopefully saya tak ada lupa apa-apa X] 

Ohya, lupa mention. Yang latar I cakap tu kan? Yang I cakap settle cara koboi tu kan? Plan asal, macam biasalah, nak kaver dinding belakang tu dengan kain tapi bila tengok dinding asal, tiba-tiba rasa macam eh cantik juga ni, kena dengan warna tema. So settle cara koboi adalah dengan membiarkannya telanjang dihiasi bunga olimpik! Haha. Ringkas. Oh dah :P

DONE. Next review tentang :

Tunang Dress
Tunang Tudung
Baju Melayu tunang tersayang
Make-up
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
Juadah
Etc.

Labels:

6 comments

Blogger fara said on 11 September, 2012 13:26  

Terenye fina wat sendri mini dais!
Turns out really lovely plak tu.
Pasni utk wedding nk wat pelamin sendri gak ke?


Blogger Fina Sophie said on 11 September, 2012 21:03  

fara,
thanks fara, alhmdulillah cntik d pndgn sesetgh org.. haha.. pelamin wedding not sure lg. kalo blh DIY, sy mmg btul2 nak DIY sbb rasa kpuasan tu.. bukan pelamin je, smua pon nak DIY. habeslakan.. hahaha. tp kena tgok dulu hasil pbncgn dgn fmly :)


Blogger ainraus said on 23 September, 2012 21:12  

hey! nice one! i pun plan macam nak buat sendiri but still confuse. sebab i tak kreatif. :( how laa?


Blogger ayuyusoff said on 20 November, 2013 11:51  

fina beli kain bulu tu di mana ye..please email me: ayuyusoff90@gmail.com


Blogger Fina Sophie said on 21 November, 2013 12:27  

ayuyusoff,
saya dah pm :)


Anonymous Anonymous said on 06 December, 2013 14:48  

Kain bulu bli di mana ye? Boleh emailkan x? jomspruz@yahoo.com



Post a Comment





layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish