Friday, September 28, 2012

Wordless Friday


I just wonder. In fact, i always wonder about almost every little things in my daily life. Not to mention the big things. i always have lots of thoughts inside my mind but let's just cut that out. You don't really want to know. Haha.

Pagi tadi sebelum berangkat ke Kirasa. I wonder how the stones got up there (on that rotan tea table at the outside) with one of my cats climbed on it and stares at it like she's going to eat it. Nobody in my family would put the stones there without any purpose. But nevermind. So much for a wordless friday haha.. Ingatkan bila tulis blog guna hanset ni, kurang sikit idea, tapi nampaknya lagi banyak datang. Like, an elevator thoughts. Remember?? Haha. I better stop now.

Share:

Tuesday, September 25, 2012

Random thoughts : 25 september 2012


Petang tadi. I've made myself a 'teh C special' (bangga konon), drank it by the way so dalam gambar memang tak nampak special dah. Airnya supposed to be nampak bertingkat. bertingkat2 sama macam buat teh c biasa, tapi ada tambahan madu dan gula merah. My fiance tried this, despite the fact that he's not really a fan of this drink, he told me it's sedap. ya he better like my air tangan for he'll spend the rest of his life with me. Ha!

Anyway. Cuaca di Ranau sekarang ni quite good, just a bit windy. Angin yang bawa penyakit. I just recovered from it actually. Cuma sekarang ni tinggal batuk2 sikit.

Oh. Take note on this. Hari tu saya terima panggilan dari abg Mizi. He's one of the staff in our college's administration office aka pegawai pengiring waktu program jpmdpp ke sabah tahun 2010. Spesifiknya, program bakti siswa di kampung saya sendiri. And hari tu abg Mizi call sebab untuk inform he might bring current jpmdpp to my village for bakti siswa. And just like the previous one, he hoped that i could help on things i... could help, dari sini. Sabah. Since semua diurus dari semenanjung, so for sure they'll need help from here. That is what i meant. Dengan hati terbuka saya sudi membantu. Semangat jpmdpp masih ada. Haha. Yulie, if you read this (yulie pengarah projek waktu 2010), i want you to know that once i found out about that, automatically, i remember those times.. Buat masa ni maybe diorang masih work on the paperwork rasanya. Plan diorang dlm hujung tahun ni waktu cuti semester. Tunggu sajalah mcmana perkembangan nanti kan.

Ok have to go. Bye!

Share:

Monday, September 24, 2012

Random thoughts : 24 september 2012


Salam. Hi, assalamualaikum. Laptop rosak ha ha sebab tertumpah air ha ha so sekarang tgh tunggu kesempatan utk hantar laptop ke kedai, which might take some another weeks..? Macam parah sangat kan. Been almost a week rasanya laptop rosak. Meanwhile, i've finished my reading on 'i've got your number' by sophie kinsella. Beli since awal tahun lagi, waktu first masuk di pasaran Malaysia tapi baru sekarang betul2 start baca. Took me 3 days to finish it. Planning on buying novel dari movie 'the hunger games'.

Nampaknya buat masa ni, if update pun, more to daily life. Nak muntah buat review dah. Hahaha. Tapi bukan bermakna saya berhenti separuh jalan, just rehat kejap since sekarang pun update taip di handset. Such a turning off.

Persiapan kahwin kami dah start sikit, bermula dgn briefing dgn family sendiri, lepas tu family Sam (wow sam? SAM?). And then kursus kahwin.

Bila dah jadi tunang ni, rasa macam lebih best sikit banding waktu pra-tunang (tempoh risik) sbb kalau orang lain waktu tunang time darah manis dan dugaan byk, for me, dugaan kurang sikit after dah tunang. Sebelum risik, serious kami jarang sgt gaduh. Rasanya hampir tdk pernah. After risik, sepanjang tempoh tu.. lbh2 lagi time dkt2 hari pertunangan. Asyik gaduh. Sekarang pun iya. Cuma gaduh sekarang gaduh ala-ala macam siblings. One minuter bertekak macam samseng, and next bila ada kerja terus lupa sebab kami satu tempat kerja. Gaduh pun tidak dapat lama2 sebab byk kerja perlu diselesaikan sama-sama. Just, when it comes at being ridiculous, count us in. Selalu!

Baru2 ni i had a fight with one of the workers. Bertekak lidah. For so much reasons. I know i should not comfront him like that, but sudahla tidak sihat, belum makan dari pagi, period pulak tu. Pastu kena suruh cakap tentang hal tu time meeting. Bad timing, really. Heh. And for that day, i was really satisfied for what i've said right to his face. I wish i had that chance to do the same thing to that damn zul. U know. Just spill all the things on my mind towards him. About what i think about those things he'd done to my life. But i am still well aware now that it was all had passed and i have no regret for what happened. In fact, i am blessed!

Ok, too much now for this random post. See you all later. :)

Share:

Thursday, September 13, 2012

Engagement Day Review : Make-Up review

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tidak berapa ingat ~ . Maybe dalam hampir pukul 11 pagi macam tu baru start make-up. Sebelum tu saya wapkan muka dan pakai mask dulu. Untuk mekap, apa yang saya ada, itulah yang saya guna. Mungkin saya boleh mekap MY DANCERS, but bila mekap di muka sendiri, ya ampun, kenapa ai sentiasa kurang berkenan ya.. Lagi-lagi kalau orang yang tolong make-upkan. Kalaulah nanti time wedding hire MUA betul-betul, agak-agak saya macamanalah.. Mesti banyak komen suruh betulkan itu ini :P


 

 Dana : "Haaaaaaai.. Hai. Tengok mekap saya... :P'
She's ridiculously ME. The difference is, I didn't show off that much.
HAHAH
 
So you see kenapa ai terpaksa mekap sendiri kan XD

Satu-satunya yang Dana tolong adalah, tolong pakaikan bulu mata. But I hate how Dana put that fake lashes sebab macam ada something wrong. Saya betulkan banyak kali sebab rasa ada yang tidak kena. Dan paling hampeh, bulu mata hampir nak tercabut time baru beberapa jam. Itupun time tu dah ada dekat ruang tamu depan ramai orang. Tengok tu tengok tu banyak komen lak dia. Memang patut buat sendirik! Haha. Bulu mata tu ai belasah saja lah buat tidak tahu saja. Which shouldn't happen sebab ini bukan pertama kali Dana pakaikan orang bulu mata. Selain dari experience dengan TK, she helped me once waktu sediakan anak-anak staff Poring waktu hari pertandingan sempena Penutup Majlis Sukan Antara Taman-Taman Negeri Sabah.



Have I ever mention to you that I seldom really like to see myself in make-ups? The same goes to my picture wearing make-ups
 
Hasil yang tidak seberapa setelah pakai mask Mary Kay (lepas tu of cos la buka mask), wap/spa muka dengan air panas, mencuci muka dengan Nano, toner Safi Balqis, pelembab Safi Balqis, foundation Mustika Ratu, bedak compact Silky Girl - natural tone, pastu eyeshadow dan kening guna Lelan Vital dari Cosway (favourite ni), blusher dari Avon (tidak ingat nama), dan gloss Cherry Pink dari Cosway. Two things yang I tak berapa sure dalam mekap diri sendiri adalah about pakai lipstick dan lukis kening.

Saya tidak suka bulu mata ternaik-naik macam dekat mata sebelah kiri anda tu. Sebelah lagi rasanya okey..

Dekat CHECKLIST, saya letak as 'MUA', it stands for Make-Up Artists. And my MUA aka my sister was too busy preparing herself before me (as you can see in that video - dia dah siap while I am still terkial-kial betulkan mekap dan kedudukan my fake lashes) sebelum majlis tunang start tu. Haha nak marah pun tak boleh dah, lagi bagus buat sendiri saja semua. Terketar-ketar you make up diri sendiri time hari kejadian. Sangat gementar. Bukan sebab takut mekap tidak jadi, walaupun tiada test mekap, tapi sebab that was my engagement day, I should look better and fresh. Tapi by that time kan, I was so exhausted. Tidur cukup tapi entah tiba-tiba rasa sibuk turun naik. Itulah sebabnya, kalau boleh tidak perlu mekap diri sendiri. Hire saja orang lain untuk tolong mekap, supaya kita boleh relaks, terutama untuk majlis nikah dan resepsi. Tinggal tadah muka saja. Mekap tu macam melukis. Adun warna, blend here and there. Itu adalah seni. Dan dalam seni, kita tidak boleh rasa kelam kabut. Harusnya dalam keadaan dan perasaan tenang gitu. Baru jadi!

Dan lagi satu, nikah dan resepsi nanti, I kena ada seorang atau dua yang senang membantu, tahu perjalanan majlis, dan bertindak mengikut arahan. Ahaha.. Bukanlah nak mengarah sangat, just to make sure everything will go as planned or if ada emergency, orang tu boleh diharap. Take note, Fina.

Nasib baik untuk engagement, saya sendiri buat simple saja. Mekap pun harapkan yang simple saja. Semua boleh buat sendiri. Ayah siap warn awal-awal jangan pakai mekap tebal-tebal. Waktu risik dulu pun dia cakap jangan pakai mekap tebal. Waktu risik nipis saja tau, hampir kepada neutral. Time tunang, up sikit. Nanti nikah, up lagi. Pastu sanding tambah up lagi haha.. Kalau nak tengok mekap saya waktu tunang, sorryla saya tidak banyak ambik gambar dari jarak dekat. Sangat sibuk layan perasaan debar. Haha.. Tapi, gambar-gambar waktu majlis pertunangan boleh tengok dekat SINI.

Untuk nikah nanti, rasanya saya dah ada MUA pilihan tapi she's a guy. I do not discriminate them. I LOVE her touch (saya nampak through FB) and I am quite okey with her rate. But saya agak berat hati sikit tapi tengoklah nanti macamana. Susah-susah sangat pun, saya mekap sendiri saja nanti. Errr.. Macam tidak yakin saja.. Haha..

DONE. Next review tentang :

Make-up
Barang Hantaran Tunang and Decoration (For her)
Barang Hantaran Tunang and Decoration (For him)
Juadah
Etc.



Share:

Tuesday, September 11, 2012

Engagement Day Review : Attire review

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

** alamak. tajuk ada ralat. sorry. thanks fifi sebab bagitau. dah tukar ;)

Baju tunang, tudung tunang, dan baju melayu dia saya compilekan dalam satu entri since tentang hal ni rasanya tidak banyak saya perlu review.



Ya I know I dah makin gemok. Kena feed dengan kasih sayang hari-hari oleh tunang tersayang. Haha. Ini baju tunang. Ni yang paling jelas antara yang lain, nampak renda dan kain yang flowy tu. Trend sekarang kan.. Kain ala-ala flowy tu. It do catches me too so I bought one for myself.




Dari SINI. Bestlah ramping macam ni. Isk isk..

Material lycra! Menyesal ambil lycra. Tahu kenapa? Skirt dia saya tiada masalah, tapi baju tu yang agak menyedihkan. Kalau rasa-rasa badan tu macam model, langsung tiada lemak-lemak lebih, bolehla dengan yakinnya memakai baju lycra, tapi kalau rasa-rasa tidak, boleh pilih fabric lain but untuk saya, baju lycra is a big NO!

Sebenarnya jauh dari perancangan asal, tapi gara-gara lambat hantar ke tailor, plus masalah-masalah lain, maka decide beli ready made. Ni sebenarnya asal as my baju raya but Syam cakap beli saja baju melayu warna macam ni lah sebab tidak perlu membazir. Saya okey saja.

Bila turun KK, semua tempat yang kami terfikir semua kami pusing.. Cari warna macam ni. Teluk belanga one, sebab nanti waktu nikah, katanya dia akan pakai baju butang. Kami ada jumpa sebenarnya, tapi saiz tidak berapa sesuai, lepas tu part paling bikin geram, Syam tidak mahu harga terlalu mahal. End up, kami ambil warna kelabu dengan harapan boleh match, tapi sayangnya, tidak. Adoilah. Sorry Sayang saya tidak terbawa kain time tu.. Silap beli warna pula.. Tskkk..



Tu yang pasrah tu :P Btw, tiada plan nak pakai samping, tapi sebab gara-gara nak bagi match warna dengan baju I so dia pakai.. Sorry Sayang.. Minta maaf. But you looked very smart that day. Dengan songkok tinggi tu.. Lepas tu ada brooch lagi dekat leher. Macam penari kebudayaan. Menari Zapin. Haha... :)




Dan sebab nak match juga dengan baju dia dan renda hitam dekat lutut tu, saya pakai shawl hitam yang bagi saya match dengan baju Syam, sebab ada shining sikit gitu. So saya tidak buat DIY apa-apa.. Mulanya nak tukar renda tu ke renda warna putih sebenarnya, sebab konon nak pakai selendang nikah mama, tapi semuanya tidak jadi. Hahah. Saya ni jenis yang pandai tukar benda last minute sebenarnya, kalau saya tiba-tiba rasa benda tu boleh disenangkan. Kesedaran datang lambat. Syam hates me sometimes for that.

Shawl tu jangan ceritalah. Pon banyak masalah. Macam baju kurung dan baju melayu tunang juga. At last, saya korek beg kain yang saya letak di almari paling atas dengan harapan dapat jumpa something yang boleh menyelamatkan keadaan. Pada hari kejadian tuh! Nasib baik okey jumpa shawl ni huahua.. Sebenarnya cari shawl lain but this is much more better. Simple. Sebelum ni beli saja tidak pernah pakai. Rupanya until my engagement baru saya tergerak hati nak pakai *smile*

And about our engagement attire yang tidak sedondon tu, rasanya tiada yang komen sangat pun. Our family sangat simple sebenarnya. Apa-apa pun boleh. Pakaian kami still matching wat.. :P

DONE. Next review tentang :

Make-up
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
Juadah
Etc.
Share:

Monday, September 10, 2012

Engagement Day Review : Mini pelamin review

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Imbas kembali :


Ini design mini-pelamin inspirasi saya tapi saya ada warna pilihan sendiri.

I just need kain backdrop, bunga lima bola, stand dan dua jambak bunga-bungaan, lampu, sofa macam dekat atas tu (not sure its name) dan karpet bulu. Itu saja.


So ini progression :

25/3/2012
Masih fikir lagi perlu atau tidak mini pelamin tu. Tapi kalau jadi, I will go for pastel colors. Purple, blue, pink, red, cream, green, white. Soft, dusty and pale versions. Vintage gitu. Saya rasa warna warni pun tidak apa sebab itu majlis pertunangan, should be something sweet. But more to red. Saya pilih red untuk pertunangan sebab Sham minat warna merah but psst saya tak discuss lagi benda ni dengan Sham.. :P

Tapi kan, kain-kain hiasan pelamin yang ada dalam simpanan mother, saya tengok yang ada warna ala-ala pastel just peach saja. Yang lain agak striking color. Saya tak cek habis, but surely I can sort that out. Yang penting bunga-bungaan dan maybe bantal kan. Dekat Kaison banyak barang-barang dan artificial flower ala vintage dan agak affordable, so saya tak risau sangat. Paling penting lepas tunang / kahwin boleh guna balik sebab saya taknak beli something yang habis setakat situ saja.

BTW, lepas saya, mungkin gap dalam setahun atau lebih my adik akan menyusul jejak I pulak. Semua boleh recycle :P

Mini pelamin adalah DIY. Lagi puas hati. Saya cerewet.


03/7/2012


14/7/2012
Dah bincang, and yeay we're going to have our own mini pelamin on our engagement day hikhik. Warna tak sure lagi, but warna warnilah tu sebab hantaran pun ada variation juga. Rasanya warna warni pun tidak apa sebab itu majlis pertunangan, should be something sweet.

Mini pelamin adalah DIY.


17/7/2012


28/7/2012
Pening. Bila bincang tadi soal mini-pelamin, mama kata tak perlu. Saya senyap saja. How lah? Barang dah ada yang saya dah beli untuk mini pelamin majlis pertunangan. Bila cakap dekat Syam, dia pun kata tidak payah mini-pelamin. Dia dulu memang tak mahu, tapi lepas pujuk dia pun kata okey. Now bila dia tau mama cakap tidak perlu, dia pun setuju. Tapi, nak juga, boleh? Will try to talk to mother. Bukan pelamin betul, mini je pun.. Nak juga feeling-feeling princess sekejap, rehearsal before nikah HAHA.

Mula-mula betul-betul niat nak bantal untuk alas duduk. Untuk dua orang. But Syam malas nak duduk lantai. Betullah kan. Lenguh. Susah lagi nak cover perut ahakkk. So nak cari ala-ala bangku tu. Tu la masalah sekarang - tak jumpa-jumpa lagi. Bila jumpa, over the mahal. Eleh.. Kau yang takda bajet kan hahahah.

And lagi satu belum settle, kain untuk cover dekat belakang. Sebab belakang tu dinding plain semata-mata. Harus cari kain untuk naik seri. Masuk list to-buy.


14/8/2012
Bangku?
Latar? - SETTLE. Haha. Settle cara koboi.
Extra artificial flower dan hiasan lain?? - Ya I might add some.


19/8/2012
Done. It's time for DIY.


So waktu 21 Ogos, 4 hari sebelum tunang sebenarnya baru saya terhegeh-hegeh kumpul semua barang-barang tunang dekat galeri termasuk barang-barang mini pelamin dan barang-barang hantaran dan hiasan hantaran. Kain bulu-bulu, bunga-bungaan, bantal hiasan (sebenarnya bantal untuk alas kerusi, harga RM10.90 setiap satu), manik jurai, gegelung bunga (yang saya sebenarnya panggil as BUNGA OLIMPIK sebab ada 5 semuanya HAHAH) sebab nak beli yang bulat-bulat tu ada juga readymade at Kaison tapi harga dia RM20 lebih rasanya. Saya rasa gegelung tu pun nice juga so saya ambil yang gegelung saja. Plus it's daisies! Dan tidak dilupakan,  jarum peniti. Penting tu!

Ingat nak gambar setiap langkah tu, sebelum start buat tu saya rasa macam susah bebenar nak buat as that was my first time doing it. Mula fikir yang susah-susah padahal dalam bayangan adalah simple saja. Nak kena jahit la apala.. Suka sesakkan fikiran sendiri dan meyusahkan hati sendiri. For you information, I tidak pandai guna mesin jahit! Tau juga guna jahit tangan, in fact tudung sekolah waktu sekolah menengah dulu saya sendiri yang buat. Tapi kalau guna mesin jahit, I guess Syam did better than me. He did helped me with dance costumes once hehe.. So gara-gara nak juga mini-pelamin, maka gigih juga tu. Kalau ada yang kena dijahit, saya nekad guna tangan. Hahah. But end up, dengan guna pin peniti sahaja, saya berjaya siapkan stand dua biji tu tidak sampai 30 minit! Tapi belum termasuk gubah bunga la. Yang tu lama sikit. Stand tu just tengkorak besi warna emas, saya sarungkan dengan kain bulu. Lepas tu saya gubah bunga daisi yang kami beli dari Kaison (3 jambak) dengan harga RM8.90 sejambak, pastu gabung dengan ros putih mama. Lepas tu, gantung manik-manik mutiara. Ini hasilnya :




Ini masih di galeri. Nampak karpet biru tu? Tu milik family. Nampak tidak kain bulu yang saya cari-cari hari tu? Untuk stand dan lapis carpet, saya guna material yang sama. Saya lapis kain bulu-bulu saya atas tu supaya sedap sikit bila dipijak and tidak terasa sangat keras lantas tu. Maklumlah, itu kain saja, bukan karpet :P




Btw mula-mula letak rantai manik emas tu tapi macam mana tiba-tiba tidak berkenan pula so buka balik.




Susun di galeri. Esoknya baru turunkan ke ruang tamu. Saya biarkan di situ dan sambung buat hantaran.




Dalam masa membuat hantaran tu, sibuk kucing-kucing ni bermain-main di sekitar pelamin. Even kacau-kacau hiasan hantaran haha.. Penghibur di waktu sakit pinggang gara-gara lama sangat duduk. Hari tu 6 dulang siap, tu pun sebab tiba-tiba rasa nak demam so stop dan tidur.








Nama dia Sesep. Dia suka hisap jari tuan dia.




Inilah hasil kerja diorang. Tinggalkan kejap saja, tengok-tengok dah jadi macam ni (- -")


Keesokkannya, 22 Ogos, dengan bantuan Dana, kami turunkan barang-barang tu. Tidak jauh, just turun tangga saja. So ini hasil terakhir *smile* :




Stand tepi. Stand besi, balut dengan kain bulu guna jarum peniti, gubah bunga pasu, letak manik jurai. Siap dua! :)




Bunga olipmik! Haha. Sebenarnya saya nak sangkut pattern sama dengan mini-pelamin inspirasi, tapi nanti laaaagilah nampak macam olimpik, so kami cancel pattern begitu. Ganti dengan pattern atas ni.





Nampak tidak yang terselak tu? Eh macam kenal. Itu sofa hijau family saya la hahahaha.. Kain 3 or 4 meter atas sofa tu saya main tebar saja, dekat belakang lekat dengan jarum peniti. Kain bulu juga tapi lain, ni kami beli di Kamdar. Ni barulah. Asal ada. HAHAHA. Gambar ni diambil pada hari kejadian, selepas majlis selesai.




Ini pula diambil sehari sebelum rasanya.





Pemandangan dari bilik atas di tempat saya bersiap. Ada tingkap so boleh intai dan ambik this beautiful picture. Lepas ni, nikah nanti this is among the angle I want my OP tak missed. Tempat duduk merah tu plan last minute sebenarnya sebab ayah cakap bagi jugalah Syam tempat duduk special sikit, tapi tidak boleh duduk bersanding berdua bersama dekat sofa tu. Hehe. Btw, ni kurang dari sejam sebelum ketibaan keluarga pihak lelaki. Thanks Beten dan Dana tolong angkat turun bawah. Thanks ayah tolong hampar tikar-tikar tu :')




Hari kejadian :)


Fact :
  1. Tidak sengaja TERpilih daisies juga untuk bunga hantaran dan pelamin. Entahlah, dah memang suka sangat sampaikan nampak saja terus suka. I love daisies! Beli dekat Kaison. I love Kaison! Haha. Untuk hantaran, various red for him and various purple for me. Both his favorite colors. Saya tidak kisahlah, as I don't have any specific favorite color. Kalau sesuai dengan warna, saya sukalah. Tapi kalau tengok, banyak barang saya yang ala-ala pink white macam tu.. Macam blog ni! :D
  2. Not sure la bunga-bungaan dekat pelamin tu merah ka peach ka or pink.. Janji sesuai. Haha. Tercapai juga hajat asal buat pelamin yang ada warna merah-merah :)
  3. Sampai sekarang stand dekat tepi-tepi tu saya belum buka lagi. Nak kena simpan for months tapi sayanglah nak buka balik. Syam lagilah. Dia cakap dia belum buka lagi hiasan-hiasan hantaran hari tu.
  4. Ada pasu hitam yang macam piala tu dekat tepi pelamin. Dua buah, kiri dan kanan. Last minute letak. Beli di Center Point dengan harga RM9.90, konon untuk hiasan di bilik, tapi sebelum tu letak di pelamin dulu. Nampak warna tu kontras kan.. :)

Hopefully saya tak ada lupa apa-apa X] 

Ohya, lupa mention. Yang latar I cakap tu kan? Yang I cakap settle cara koboi tu kan? Plan asal, macam biasalah, nak kaver dinding belakang tu dengan kain tapi bila tengok dinding asal, tiba-tiba rasa macam eh cantik juga ni, kena dengan warna tema. So settle cara koboi adalah dengan membiarkannya telanjang dihiasi bunga olimpik! Haha. Ringkas. Oh dah :P

DONE. Next review tentang :

Tunang Dress
Tunang Tudung
Baju Melayu tunang tersayang
Make-up
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
Juadah
Etc.
Share:

Thursday, September 06, 2012

Sophiesm.Com is not working in Internet Explorer.

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hi, I think my blog is having browser compatibility issues. It works fine in Firefox, but a little overlapped in Internet Explorer. Dah malas nak edit, rasanya tu masalah template. Kalau nak view this blog, guna Firefox or Google Chrome. Works fine for both. Not sure dengan browser lain, but dekat IE blog ni memang hancus habis hehe.

Btw bulan lepas birthday Sophiesm.Com. Domain due on Ogos. Dah dua kali renew so happy 2nd birthday Sophiesm! :)

Byeee..
Share:

Wednesday, September 05, 2012

Engagement Day Review : Videographer review

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Saya tiada apa-apa kekayaan yang boleh buat kau bahagia, cuma lawak-lawak yang boleh buat kau ketawa dan bahagia saja yang saya boleh buat.." lebih kurang macam ni ayat dia, dengan ekspresi wajah paling tulus saya pernah lihat.

..... and now the most angry woman on earth is shedding her tears in the most hidden place in her heart.

Might be he has nothing, but those smile he puts on my face. I've hurt enough before ; I don't expect much of him. As long as we're happy together, we have good and working plans for our future life and I know how sincere he is to me. Saya sedar apa yang saya ada hari ini semuanya hanya pinjaman tapi selagi kami bersama, I don't want to take things for granted. Dia selalu cakap, kasih sayang dia pada saya lebih dalam berbanding kasih sayang saya pada dia. Some part in me wants him to read this blog, honestly. Banyak penulisan saya sekarang tersirat perjalanan tentang kami berdua. Perasaan saya pada dia certainly bukan macam yang dia kadang-kadang fikir..

Saya sedar, cinta itu bukan sesuatu yang membuat kita jatuh sebenarnya. Tidak ramai yang jatuh cinta dan terus jatuh dan jatuh - dalam keadaan yang indah. Lagi banyak yang jatuh cinta dan lagi dan lagi dan seterusnya jatuh terluka. Mungkin hanya sedikit yang setuju, namun cinta adalah sesuatu yang kita harus bina. Saya berkata begini kerana apa yang ada dalam hubungan saya dan Syam, adalah hasil apa yang kami bina sendiri. Dengan hati kami sendiri.


**********


Ah sorry dears (which are all girls - jarang lelaki baca blog feminin ni), baru ada masa untuk mengupdate review. I wish I could finish it all within one night tapi penat nak menaip tapi tetap semangat juga nak bagi full details (insya-Allah). Hopefully cepat-cepatlah siap dan laju jari ini menaip, because I need to start on my wedding preparation pula. Tapi belum start pun? Haha.. Hujung bulan ni baru mula balik rasanya.

About videographer review, tiada official sebenarnya. Adik ada ambil video through his camera, tapi saya belum tengok lagi. If ada pun, maybe saya tidak publish lagi ke mana-mana until my wedding day. *smile* video montage ada, nak tengok?? HAHA.





Pictures by ;
Snapsense (Suliman)
https://www.facebook.com/SnapSenseBFT
...actually part paling depan dan belakang (dalam 6 gambar rasanya) saya yang ambil.

Edited & video montage by ;
Fina Sophie

Music ;
Safe and Sound by Taylor Swift

Date ;
25th August 2012

Location ;
Kg Kinapulidan, Ranau

Length ;
00:04:03
For this time being, video ni public dan visible.

Saya edit sikit tone warna each picture sikit-sikit guna software free Photoscape pujaanku. Directly letak terus dalam video. Pilih transmision, tambah wording sikit pastu letak background lagu. Tak upload dekat Youtube sebab Youtube strict sikit bab-bab copyright. Guna background lagu orang lain kan hehe.. Lupa mention dalam footnote video montage ni. Lagu yang dimainkan dalam video ni adalah lagu Safe And Sound by Taylor Swift. Mungkin lirik agak tidak kena dengan mood gambar tapi what to do, this song is in my current addiction. Lirik lagu Safe & Sound tu sesuai sangat dengan kisah kami berdua. Masing-masing ada kisah silam and how precious it is when we both care to fight for each other.. We support and strengthen each other, and Allah knows how much this relationship had keep me breath alive :)

"Safe & Sound"
(feat. The Civil Wars)

I remember tears streaming down your face
When I said, "I'll never let you go"
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, "Don't leave me here alone"
But all that's dead and gone and passed tonight

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound

Don't you dare look out your window, darling,
Everything's on fire
The war outside our door keeps raging on
Hold on to this lullaby
Even when the music's gone
Gone

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound

Oooh, Oooh, Oooh, Oooh
Oooh, Oooh, Oooh, Oooh
La La (La La)
La La (La La)
Oooh, Oooh, Oooh, Oooh
Oooh, Oooh, Oooh, Oooh
La La (La La)

Just close your eyes
You'll be alright
Come morning light,
You and I'll be safe and sound...

Oooh, oooh, oooh, oooh oh oh. [x7]



DONE. Next review tentang :

Mini Pelamin
Tunang Dress
Tunang Tudung
Baju Melayu tunang tersayang
Make-up
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
Juadah
Etc.
Share:

Sunday, September 02, 2012

Engagement Day Review : Photographer review

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kali ni about photographer pula. Actually ini kira sponsor dari adik sebab saya tidak keluar kos untuk ini. His friend named Suliman. Actually, kira bestfriend dia lah. Saya dan keluarga memang kenal since dia start kawan dengan adik, dia dan ada seorang lagi selalu juga datang melawat dekat rumah. Tapi jarang borak sebab masing-masing dengan hal masing-masing. Lagipun tetamu adik kan. Sepatutnya time ni dia datang sekali dengan seorang lagi bestfriend diorang tapi last minute tidak dapat datang. Saya tidak ambil pusing sangat sebab I know adik have arrange everything for this event.. Haha.. Lepas tangan habis.

Actually pernah try cari photographer sendiri. Sangat pening untuk menilai sebab pilihan yang sangat limited dan tidak kena dengan citarasa. Lepas majlis risik, adik suggest his friends, tapi lepas tengok page FB Snapsense, saya kurang gemar rata-rata gambar yang di-upload ke dalam page tu terlalu banyak manipulation. Terbang dan terangkat macam paranormal. Terus terang, saya suka simple saja. Yang sweet. Tidak perlu banyak edit. Dan realistik. Tapi last-last, saya terima juga cadangan adik sebab dia cakap if photographer lain dia tidak mahu sponsor HAHAHA bengong betul. His justification, kita boleh request macamana yang kita mahu. Tidak semestinya macam tu. Ok MAYBE.

Even sebelum majlis mula, saya tidak sempat brief apa-apa dengan Suliman. Tidak terfikir pun sebab sibuk berdebar hahah. Lepas tu waktu majlis sedang berjalan, saya risau sebab fikir eh dia ni ambil gambar ka tidak. Risau dia terlepas moment-moment berharga. Tidak banyak picture tu tidak apa, yang penting gambar penting dapat dia rakam. Because I can't do this twice. Tahu kenapa saya risau? Sebab saya tidak nampak dia depan saya. Dia ambil gambar dari jauh siot haha.. Mungkin juga sebab saya risau dia tidak dapat angle yang bagus.

Outcome dia sekarang, hahahahaha I LOVE ALL THE PICTURES! Macam ambil gambar dari dekat tapi actually dia jauh sikit sampai saya tidak perasan. Bagus juga macam tu, ada photographer selalu enterframe pandangan orang lain. Kalau ambil jauh sikit, I feel like pose tu natural sikit. Kebanyakan gambar yang saya tidak tengok camera tu memang spontan. Tidak perasan kena snap. Btw THESE are among my favourites!



Ini antara gambar favourite sebab semua hantaran nampak hehehe..





Tau time ni saya tengah cakap apa dekat bakal mak mentua? I said "Muat ka tidak ni.." Risau dalam hati tapi senyuman kena maintain. Semua orang tengah tengok XD





Ini sebab, I feel that the moment is just right :)





Rasa macam datin berdiri sebelah datuk tau haha..





Saya tidak ingat time ni gelak sebab apa. Dan kami tidak perasan pun kena shoot. Ingatkan OP tengah adjust-adjust kamera waktu ni. Btw yang baju hitam tu adik yang sponsor photographer ni, Kili. And kebaya hitam tu adik perempuan saya, Dana.





Tari Kirana. Ya saya tiada dalam gambar ni, tapi suka gambar ni. Candid tapi masing-masing dengan senyuman paling asli. Kan cantik. Dari muncung-muncung bibir tu? Haih kids nowadays..





Semua sudah biasa dengan kamera. Kalau dulu saya bergambar dengan diorang as pengurus, insya-Allah nanti kahwin jika jodoh panjang, diorang akan bergambar as my bridesmaid! Setakat siapa-siapa yang adalah. Mungkin tidak dapat cukup 7 orang :)




And last but not least :


Insya-Allah they are going to be my OP for our wedding too.. Very kind and friendly. Sporting lagi. Wedding nanti I nak request lebih sikit macam video.. Dia just shoot and rakam saja. I will do all the editing haha sebab lagi puas hati macam tu :P

For me, overall, saya berpuas hati dengan part OP ni. Terserlah kesederhanaan dan kemanisan tu. Perfect enough in its own simplicity. Entahlah orang lain rasa yang sama atau tidak, tapi itulah bagaimana yang saya mahu.

DONE. Next review tentang :


Videographer
Mini Pelamin
Tunang Dress
Tunang Veil
Tunang Tudung
Baju Melayu tunang tersayang
Make-up
Guests Doorgift
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
PA System
Juadah
Etc.

See you soon. :)
Share: