Wednesday, August 29, 2012

Engagement Day Review : Date review

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah yang sangat-sangat-sangat-sangat yang paling tersangat sebab majlis yang berlangsung biarpun simple tapi kami dapat rasa keberkatan dia. Ada aura-aura tu. Good foods, nice pictures, kedua-dua family sepakat, lepas tu ramai orang. Eh memanglah ramai kan, dah kita buat open house raya sekali dengan majlis. Theeheeeeee.. Yang tiada kaitan dengan family kami berdua pula yang ada macam-macam bunyi. Eh nasib baik orang tua tau lepas tu kebetulan memang nak kurangkan sikit bermulut liar, kalau tidak, dah lama sound balik you. Maksud liar tu bukan sebut benda tak senonoh. Mulut ni agak suci lagi, tapi bab sound memang direct kalau dah puas bersabar. Bak kata tunang, CELUPAR. Pasrah dia dapat tunang mulut celupar *tiba-tiba rasa mau zip mulut* :P

So malam ni, saya review pasal tarikh yang kami pilih. Kalau dulu kami merancang (sekitar hujung 2011) mula bagitahu parents tentang plan kami, dalam bayangan kami dalam hujung tahun 2012 untuk risik. Memang time tu fikir about risik saja. Tunang kahwin semua rasa masih jauh sebab masa tu kami masih dalam proses kenal hati budi. Kami fokus untuk perkenalkan masing-masing pada keluarga dahulu. Paling penting. Sebab parents kami belum tahu especially family saya walaupun mungkin suda terhidu bau-bau kan.. Entahlah bau apa.. Tapi parents saya agak terkejut juga sebab last thing they know (which is baru 7 bulan berlalu), I frust dekat seorang lelaki yang aku dah lupakan namanya. Love based on lie, macam tu lah. Anyhow, ya, risik tahun 2012. Tup tup hujung tahun tu juga (2011) his mom suruh dia bagitahu saya yang diorang nak datang merisik. Terkejut beruk. Beruk pun pengsan tengok I sedang terkejut. Pongpangpongpang, 22 Januari 2012 selamat memakai cincin tanda.

Waktu tu berkobar-kobar tengok tarikh. Bincang-bincang dengan Syam, waktu bulan Februari kami cadang tunang bulan 12 lepas tu nikah dua bulan lepas tu. Tapi sekarang plan tu entah ke mana-mana. Semua TERcepat. Antara sebabnya, mungkin rezeki yang murah, dan kebetulan pula raya bulan 8 kan. Tidak sangka sebenarnya ...ahh balik-balik tidak sangka, tapi memang betul-betul tidak sangka kami tunang secepat ini.

Alhamdulillah hati kami tergerak untuk mempercepatkan majlis pertunangan, dari bulan 12, terus ke bulan 8. Dekat-dekat raya baru betul-betul confirm sebenarnya, sebab tu saya tidak berani letak dalam blog. Biar majlis selesai dulu baru lega dan free rasa nak bercerita. Mula-mula set 22 Ogos 2012. Saja gedik nak letak since dulu risik pun 22hb. Tapi malangnya tidak kesampaian sebab terlalu awal. Orang masih dalam mood beraya. For me, kalau saya ada pilihan tarikh, saya pilihlah. Kalau tiada, saya fleksibel dengan setakat yang ada as saya yang kena tengok masa ayah dan mama since ibubapa saya adalah antara insan-insan yang sibuk. Mother yang pilih tarikh 25hb Ogos bersamaan hari Sabtu. Family Syam cakap ikut saja, tapi tetap kami forward cadangan tu and alhamdulillah semua okey.

Dan maka pada 25hb Ogos 2012 :



Selamat. Alhamdulillah.

Untuk starting time, kami start bila-bila masa di antara zuhur dan asar. Dari dulu memang perancangan buat macam tu. Even open house raya tiap tahun sebelum ni pun start lewat sikit. Mother tidak buat start dari pagi sebab nak spare masa pagi untuk buat persiapan akhir. Saya sendiri pun perlu masa untuk bersiap kan. Tambahan, buat sekali dengan terbuka kan so upah orang untuk kerja-kerja tertentu supaya isi dalam rumah tidak terkejar kalau dah sibuk dengan dua event. Nasib baiklah selain pekerja berbayar, ada banyak yang hulur bantuan time tu. Alhamdulillah.. Tu antara yang seronoknya tinggal dekat kampung. ;)

Lokasi pula, saya tiada gambar untuk suasana open house kami tapi ini suasana di ruang tamu rumah sebelum dan sewaktu majlis :

Sebelum






Sewaktu



Yang langsir biru tu pintu dapur




DONE. Next review tentang :

Fast Review
Full Pictures
Date
Time
Venue
Photographer
Videographer
Mini Pelamin
Tunang Dress
Tunang Veil
Tunang Tudung
Baju Melayu tunang tersayang
Make-up
Guests Doorgift
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
PA System
Juadah
Etc.

Share:

Tuesday, August 28, 2012

Engagement Day : Your viewing pleasure. Pictures of engagement.

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Gambar banyak sangat-sangat so hopefully sabarlah tunggu semua gambar habis load :P

Fakta :
  1. Tarikh tunang : 25 Ogos 2012. Masa : Bermula sebelum jam 2 petang. Tempat : Rumah I.
  2. Gambar semua yang di bawah diambil oleh Suliman (OP). Yang lain saya review dekat entry khas OP nanti.
  3. Gambar-gambar ini untuk tatapan rakan-rakan blogger tersayang samada kenal atau tidak kenal, kenal sikit atau kenal banyak. Untuk kawan-kawan dan family yang follow blog ni juga. Thanks sebab mendoakan dari jauh dan follow persiapan saya untuk majlis tunang ni. Banyak comments saya belum ada masa moderate. Hopefully dalam masa terdekat ni. :)
  4. Alhamdulillah telah selamat bergelar tunangan orang. Happy dengan outcome majlis ni walaupun saat-saat akhir berhadapan dengan banyak sangat dugaan.
  5. Selamat hari raya maaf zahir batin. Taklah lambat sangat kan. Masih di bulan Raya lagi :P

Here we go.



Hantaran 7 balas 9, tidak termasuk sirih junjung dari pihak lelaki. So semuanya 17 dulang. Phew. Jauh juga dari plan asal 12 dulang.





Hai cik abang, pasrah nampak? :P





Tengah-tengah tu ayah saya yang comel.. :P





Tetamu sebelah Syam yang hadir. Dari Kundasang dan Kinarut. 2 kereta 3 bas mini.





Family in-laws




Jeling sikit hantaran tu waktu kena panggil keluar :P




Yea itulah baju I. Simple habis macam nak gi beraya rumah jiran. Btw, I kurus kan? *in denial*




Jangan salah sangka. Dekat tangan tu tisu. Bukan hanset XD




Mama Gisam (Syam) ambil cincin tunang dari dulang :)





Alhamdulillah sempat juga OP ambil moment ni.. :')




Bakal mak mentua I sporting tau! ;)





Entahlah kenapa tapi ini salah satu shoot kegemaran saya :)





Ehh.. Time aku senyum dekat kamera, OP fokus muka mamat tu pula. Btw, cool kan tunang I :P




Mekap sendiri. Natural saja. Shading pun tidak terang sangat. Okeylah kan at least saya takda rasa nak panggil diri sendiri macam pontianak.





Sesi bertukar hantaran antara mother dengan mother in-law (eh belum lagi in-law :P) sebagai simbolik penyerahan.





Sakit lutut mak-mak kita, nasib baik ayah hulur tangan tolong :P




Bila tengok ni terus terfikir, tidak sempat pun bergambar dengan parents time ni padahal OP still around lagi.. Nasib baik insya-Allah ada majlis lagi satu. :(
















Tari Kirana pun ada. What if I hire them to be my bridesmaid time kahwin nanti (insya-Allah)? Diorang lagi cantik dari I nanti. Teruklah :P

















Kan.. Biasa-biasa saja kan. Sediakan apa yang mampu saja.. Yang ada bunga-bunga merah tu dari saya untuk dia. Yang ada bunga purple tu hantaran dari dia untuk saya. Dulang bunga merah 100% saya buat sendiri okey. Siap dalam masa 24 jam termasuk mini-pelamin. Lagi mudah buat mini-pelamin (dah memang design mini-pelamin kau simple jadi memanglah cepat ceh). Tapi tidak apa, about mini-pelamin, hantaran etc, saya bebel dekat review nanti.

Jumpa lagi di lain entri! ;)

DONE. Next review tentang :

Fast Review
Full Pictures
Date
Time
Venue
Photographer
Videographer
Mini Pelamin
Tunang Dress
Tunang Veil
Tunang Tudung
Baju Melayu tunang tersayang
Make-up
Guests Doorgift
Hantaran Decoration
Barang Hantaran Tunang (For her)
Barang Hantaran Tunang (For him)
PA System
Juadah
Etc.

Share:

Sunday, August 26, 2012

Ex JPM DPP SME Bank : Satu kebetulan di Perkasa Hotel

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kemain tajuk entry. Ahahahah..
 



One of my girls back when I was in college. Tapi time gambar ni diambil, masing-masing dah lebih setahun start bawa haluan masing-masing. Lebih kurang 10 bulan simpan entry ni dalam draft. Sebab tengah bersihkan draft blog plus I am free today, so here it is! Perkenalkan Zetty, budak kos tourism yang dah grad sekarang ni, merangkap my ex-timbalan untuk biro kesenian dan kebudayaan kolej dulu. Pedulikan pontianak pakai kebaya merah tu. I'd never really like seeing myself in those kind of make-up haha. Ironi kan. Hidup bergelumang dengan acara pentas yang mekap memainkan peranan penting, tapi tidak suka letak atas muka sendiri. Btw, Zetty nampak simple that night but that's how she is. Simple dan sedap mata memandang.

Gambar atas tu waktu ada program homestay. Yang take part berkampung di homestay-homestay sekitar Kundasang. Yang terlibat termasuklah homestay dari Selangor (yang Zetty join) kalau tidak silap. Been 9 months already, banyak dah lupa. Waktu tu saya dan Tari Kirana masih aktif lagi ikut program homestay di Sinisian dan ada persembahan untuk acara malam tu di Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa - formerly known as Perkasa Hotel in Kundasang.




Seriously tidak sangka gila Zetty ada! Yala, orang Semenanjung kan. Jarang datang Sabah. Kalau datang pun, biasanya tak datang balik kawasan yang sama. Sebelum ni Zetty pernah datang Sabah juga, to my village untuk program Bakti Siswa bersama-sama dengan ahli rombongan lain waktu tahun 2010. Program terakhir kami semua bersama-sama as JPM DPP batch 2008/2009. Rindu pada ahli JPM DPP yang lain juga. All girls. Kami masing-masing dilantik memegang jawatan masing-masing, tanpa pengalaman, dan tanpa saling mengenali. 2 semester kami semua bersama dalam satu pasukan, dengan jadual program yang padat, kami mencipta persahabatan. Rindu lepak bilik itu. Haha. Bilik apakah? Kami saja yang tahu. Perselisihan ada berlaku biarlah dijadikan pedoman, yang mematangkan kita semua. Kita masing-masing telah memilih biar masa yang membuat kita melupakan semua. Kita telah melepasi penghujung waktu itu. *senyum*

I'd never had problem with Zetty by the way as she's always being so sweet to me. Humble, ceria dan cerdik pula tu. Bukan nak bodek, nak bodek sebab apa? But itulah Zetty dari kaca mata saya. Apa-apa yang kurang itu sememangnya fitrah manusia. Tiada yang sempurna. 

Bagi mengubati rindu pada JPM DPP, here's a video of them. Hahah..


Share: