Sunday, July 29, 2012

7 rahsia utama perkahwinan

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Sekadar perkongsian (share).

Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

1. Sunah para nabi dan rasul
Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)



2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.



3. Suatu ibadah
Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”



4. Bertanggungjawab
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”



5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”



6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.



7. Disiplin rumah tangga
Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.


********************

Insya-Allah. Moga dipermudahkan.
Share:

Saturday, July 28, 2012

Checklist hantaran dan tunang (updated 28 July 2012)

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dari SINI.


Date
Satu-satunya tarikh cadangan sudah ada. Ada perubahan dari last time but still, alhamdulillah.
 Nota : Insya-Allah.



Time
Sebelah petang. Haha. Lega sikit. Kurang nervous. Eleh baru tunang pun nervousss.. Ke bertambah nervous nanti? (- -") Tapi ini baru cadangan mama. She have her own reason pilih sekitar waktu petang. Sebagai anak, ikut sajalah. :)
Nota : Insya-Allah. Bila-bila sahaja, asalkan berjalan lancar amin.



Venue
Done. Ruang tamu rumah. Sendiri-sendiri tentukan. Haha..
Nota : Confirm.



Photographer
Done. My brother. But percayalah banyak fotografer yang tumbuh bagai cendawan juga nanti time tu.. Hehe.
Nota : Confirm.



Videographer
Done. I asked Mimie my cousin sebab dia ada DSLR yang boleh ambil video sekali. Our DSLR tak boleh. Almaklumlah untuk beginner punya kan. Dia cakap, "..tapi apa-apa saja hasil dia kan?" Haha.. It's okey Mimie, yang penting ada video bikin kenangan. Edit-edit semua let me do the job.
Nota : Confirm.



Mini Pelamin
Pening. Bila bincang tadi soal mini-pelamin, mama kata tak perlu. Saya senyap saja. How lah? Barang dah ada yang saya dah beli untuk mini pelamin majlis pertunangan. Bila cakap dekat Syam, dia pun kata tidak payah mini-pelamin. Dia dulu memang tak mahu, tapi lepas pujuk dia pun kata okey. Nak juga, boleh? Will try to talk to mother. Bukan pelamin betul, mini je pun.. Nak juga feeling-feeling princess sekejap, rehearsal before nikah HAHA. 

Mula-mula betul-betul niat nak bantal untuk alas duduk. Untuk dua orang. But Syam malas nak duduk lantai. Betullah kan. Lenguh. Susah lagi nak cover perut ahakkk. So nak cari ala-ala bangku tu. Tu la masalah sekarang - tak jumpa-jumpa lagi. Bila jumpa, over the mahal. Eleh.. Kau yang takda bajet kan hahahah.

And lagi satu belum settle, kain untuk cover dekat belakang. Sebab belakang tu dinding plain semata-mata. Harus cari kain untuk naik seri. Masuk list to-buy.
Nota : On going.





Tunang Dress
Okey tak pakai kebaya. Pakai baju kurung sahaja. Tapi yessss bravo bravo sampai sekarang belum hantar kain ke tukang jahit sebab sibuk, susah cari masa. Mungkin kami akan fikir balik tentang warna tema pakaian untuk majlis tunang. Cancel warna putih, guna warna lain rasanya ni. Tapi entahlah apa. Wait and see. Silap-silap pakai baju kurung biasa hahahahaha..
Nota : Tukar plan. Beli baju siap.



Tunang Veil
Akan pakai selendang nikah my mother 27 tahun yang lepas. *senyum sampai ke telinga*
Nota : Wear it as it is or tambah beadings?



Tunang Tudung
Chiffon with patch lace. Will DIY.
Nota : Pending.



Baju Melayu / Kemeja
Me and Sham akan discuss benda ni hari ini :)
Nota : Belum confirm.



MUA
Confirm. Dana will be my make-up artist yang tak berapa nak artist. Tapi barang mekap sampai sekarang belum kumpul habis hahah entahlah sibuk lain macam rasanya akhir-akhir ni. Btw, saya dah beli naturactor - foundation yang ada khas untuk orang kulit gelap. Hopefully sesuai dengan kulit Syam. Dia refuse nak pakai sebenarnya tapi saya tetap nak suruh dia pakai sikit-sikit. I dah tannedkan sikit kulit I sebab tak mahu dalam gambar nanti dia tenggelam oleh I, so dia pun kena berkorban juga hikhik. Pakai sikit saja. Naturactor tu tak habis tidak apa. Lepas tunang and nikah, I boleh guna untuk shading dekat muka I haha :P
Nota : Lengkap! Phew.



Guests Doorgift
Gula-gula! Kerana majlis pertunangan adalah sweet, maka semua tetamu kena rasa kemanisan tu. I paksa. HAHA. Cuma packing dia not sure, lepas tu not sure berapa ribu nak kena sedia. Ahaha. Okey maybe air mineral dalam cup juga. Gula-gula dan mineral water cup tu bungkus dengan doily paper. Doiley paper nak beli dekat Bake With Me di Inanam. Tak pun, dekat Giant pun ada juga. Sticker maybe tempah online. Found this vendor yang sangat cantik hasil kerja dia. :)

Nota : Masuk dalam to-buy list.



Hantaran Decoration
Family ada suruh tambah bilangan hantaran so tengoklah nanti.. Barang untuk letak hantaran tu boleh tambah-tambah, tapi nak kena beli dulang lagi hiasan lagi.. Adoi.. Kopakk bajet tunang.. :P

Nota : Takut hiasan nanti berterabur waktu hari kejadian gara-gara si pen-DIY tiada pengalaman mendeco hantaran.. Argh..



Barang Hantaran Tunang
For him : Dompet dan tali pinggang, set wangian, kain baju melayu dan butang baju, kasut, buah-buahan, kain sampin songket, nasi pulut kuning.
For her :  Cincin tunang & coklat, kain baju kurung with brooch, kasut, beg, set wangian.

Okey so kalau benarlah nak kena tambah hingga 7 balas 9, means ada 4 dulang nak kena tambah right? Our plan dah ada. For him (2 dulang), gadget and t-shirt couple yang tak berapa couple haha. For her (also 2 dulang), gadget and cupcakes (or cake). Both gadget kami dah rasmi lebih seminggu dah wakakak. T-shirt couple tu pun dah rasa 2-3 kali. Hiks. Cuma cupcakes je kena beli. I dapat cupcakes sebab dalam hantaran sedia ada dia dapat dua makanan. I dapat satu jewww. Btw, Syam sebenarnya ada cincin tunang, but dia tak mahu include cincin tu dalam hantaran. 


Buah-buahan pula nak beli fresh yang boleh dapat di Kundasang (his kampung). Strawberry yeayy :D

Nota : Yang tulisan warna merah benda-benda penting yang belum beli/buat lagi.



PA System
Audio ada. 2-3 instrumental music will do.
Nota : Belum pilih lagi *gasp*



Juadah
Kira settle la, my mother know what to do. Hal makanan saya serah dekat mother and her chef haha :P
Nota : Kena bincang juga sebab nak letak budget.




*******************************

Adalah juga kurang sikit tulisan merah kan. 16 perkara semua. Baru 5 perkara yang telah sepenuhnya selesai. Alamak baru 5 kerrrrrr... Haha. Okey semua. I have to go. Salam all! :)
Share:

Tuesday, July 17, 2012

Persiapan Tunang : Update 17/7/2012

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hari ni (sebab sekarang dah lebih 12 malam) ada barang sampai. One for him and one for her. Mudah-mudahan sampai dalam keadaan yang baik.

Ahad baru-baru ini cuti bulanan. Agak free sebelah siang. Pagi-pagi lagi Syam call. "Saya on the way. Bersiap sekarang." Saya tanya kenapa, pergi mana? Sebab asalnya plan lain with him juga dengan kawan-kawan BARU haha tapi tidak jadi. Dalam hati, eh bagus juga kalau turun ke Kota Kinabalu. Sebab hal ini :




Takut habis punya pasal. Pulak tu RM18 sahaja. Di Starlight Segama. Hari tu datang tidak ada pun keluar. Haha, dah hafal. Sesungguhnya akhir-akhir ni Kota Kinabalu dah jadi tempat pusing-pusing wajib dah. Terutama Segama, Sinsuran, dan 1B. Kadang-kadang Inanam, Alamesra dan lain-lain ikut pada mood. Internet memang banyak tolonglah, nasib baik google ada. Kawan-kawan pun banyak tolong.


Antaranya. Saya share, mana tau ada rakan-rakan yang tengah mencari juga. :)

Saya dan Syam cari dekat Starlight di Segama dahulu. Murah. RM18 tapi how unlucky, warna putih yang macam dalam gambar yang Zee L Nus my friend upload dekat my Facebook wall dah sold out. Padahal baru selang sehari dari gambar tu diambil. Frust di tempat kejadian. Yang tinggal cuma colour pink, ungu, dan hitam. Pink and ungu dia actually nice sangat colour dia. Kalau bukan sebab Syam ingatkan untuk berjimat, rasanya saya dah beli kain bulu-bulu pink dan ungu tu barang semeter dua HAHAHA nafsu, nafsu.

Lepas tu kami ke Karamunsing - dalam kecewa-kecewa tu I totally forgot yang my other friend, Adreynie Elisya or Wanie actually ada inbox me around two weeks ago where to find kain bulu-bulu tu. Instead, kami pergi Karamunsing sebab Syam kata dia macam ada nampak kedai carpet yang jual macam yang kami nak. To my surprise, jauh lebih murah waktu kami ke Kamdar dulu. Around RM120 macam tu lah. RM200 ke bawah. Remember Kamdar yang I cakap hari tu RM315 AFTER discount? Cekik darah. Saiz and kualiti lebih kurang. IF I was planning to buy CARPET, rasanya waktu dekat Karamunsing tu I totally dah beli dah carpet putih tu. Tapi we are looking for KAIN not carpet. A small kedai only. Tapi dah lupa apa nama.

At last, saya teringat dekat mesej Wanie tentang kain bulu-bulu dekat Wah Yoon tapi lupa di mana Wah Yoon haha. Dengan bantuan adik melalui handphone, suruh dia online through my laptop and broadband (saya tinggalkan dekat rumah) suruh dia cari Wah Yoon ada dekat mana. Sangat-sangat lupa detail yang Wanie bagi, that's why. Siap minta adik google nombor telefon Wah Yoon lagi. Dalam sejam lagi sebelum Wah Yoon tutup, kami gerak dari Karamunsing ke Segama balik, cari kedai tu, jumpa, cari kain bulu-bulu, jumpa. Dekat tingkat atas - RM35.05 per meter siap ada 5 sen lagi you T______T. Membeli 4 meter dan membelah. Itu barulah membeli BELAH kan heh. I feel so glad that we finally found and bought that kain bulu-bulu. Especially I la. Boleh mencuka setahun kalau tak dapat-dapat. HAHAAAAA...

Lepas tu kami ke King Fisher singgah Giant - beli keropok. Lepas tu pergi seberang jalan dari Giant ada Guardian. Tengah sale. So we grab the chance. Harga tak berapa nak sale sangat la but at least lega sebab salah satu list untuk hantaran dah boleh padam. Kurang sikit beban dalam kepala kami.

Selain tu, remember the parcel I mention dekat awal entry? Dah sampai alhamdulillah terubat juga kepeningan tentang hal tarikh pertunangan.

Okey dears. See you all later. I have 10 comments under moderation - semua belum approve lagi. Tapi saya baca satu-satu. Nanti bila masa mengizinkan saya approve semua siap balas komen. Bye semua.




Share:

Saturday, July 14, 2012

Checklist hantaran dan tunang 2012 (updated 14 July 2012)

Dari SINI.

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Date
Insya-Allah
 Perkembangan : Sudah ada tarikh cadangan alhamdulillah :)



Time
Insya-Allah
Perkembangan : Masih dalam perbincangan



Venue
Done
Perkembangan : Confirm



Photographer
Done
Perkembangan : Confirm



Videographer
Done
Perkembangan : Confirm



Mini Pelamin
Dah bincang, and yeay we're going to have our own mini pelamin on our engagement day hikhik. Warna tak sure lagi, but warna warnilah tu sebab hantaran pun ada variation juga. Rasanya warna warni pun tidak apa sebab itu majlis pertunangan, should be something sweet.

Mini pelamin adalah DIY.
Perkembangan : On-going



Tunang Dress
Sangat-sangat buntu. Should I just go for kurung moden? Sebab macam tiba-tiba TAK terasa nak pakai kebaya la pula......
Perkembangan : Belum hantar kain ke tukang jahit T_T



Tunang Veil
Samada real veil, or selendang nikah my mother. Very classical ow.. :)
Perkembangan : Maybe akan pakai selendang nikah mother. Kena bleach, sebab ada lusuh sikit.



Tunang Tudung
Chiffon with patch lace. Will DIY.
Perkembangan : Bahan semua dah ada, cuma masih pending lagi



Baju Melayu / Kemeja
Me and Sham still sort that out :(
Perkembangan : Belum confirm



MUA
Confirm
Perkembangan : Barang-barang mekap belum kumpul habis lagi



Guests Doorgift
Simple sangatttttt.. Jangan expect lebih XD
Perkembangan : Bolehlah beli dan start DIY, boleh?



Hantaran Decoration
Untuk dulang, dah lengkap dah. 5 balas 7. Sebenarnya 7 balas 9 tapi decide buat 5 balas 7 sahaja TAPI baru-baru ni Syam tiba-tiba cadangkan untuk buat 7 balas 9 sebab kami actually tiba-tiba ada pertambahan part hantaran. Ceh tiba-tiba tau. HAHAHA. Dulang dah settle untuk 5 balas 7, tapi if betul-betul nak tambah so kena beli lagi 4.

Itu untuk dulang. Untuk hiasan pula, mula-mula nak guna bunga hidup. Tapi bila fikir balik, tak jadi sebab takut time tu tengah busy nanti terkejar-kejar. Dahlah orang lain sibuk beraya, kami pula sibuk nak tunang... heheh..

Hiasan hantaran will 100% DIY. And sangat minimalist. Korang don't expect lebih-lebih tau.. Memang minimalis saja. Setakat yang termampu :)

Perkembangan : Hiasan hantaran dah beli. Artificial flower. Both sides sama, cuma warna saja beza. Belum dapat lagi bayangan sebenar nak yang macamana. Masih dalam proses



Barang Hantaran Tunang
For him : Dompet & tali pinggang, set wangian, kain baju melayu dan butang baju, kasut, buah-buahan, kain sampin songket, nasi pulut.
For her :  Cincin tunang & coklat, kain baju kurung with brooch, kasut, beg, set wangian.

Perkembangan : Yang warna merah tu belum beli/buat lagi



PA System
2-3 instrumental music will do.
Perkembangan : Belum pilih lagi duhh



Juadah
Sekali dengan juadah raya letteww.. :D
Tugas : Discuss with mother



*****************


Ya Allah. Banyak belum settle kan? Tekanan makin terasa :(
Share:

Thursday, July 12, 2012

Calendar 365 : 12 July 2012

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Januari selepas tarikh merisik itulah sebenarnya fasa percintaan kami bermula secara berperingkat. Bermula itulah kami lebih banyak mengenal diri masing-masing. Makin lama makin kenal. Berperang jangan cakaplah. Sangat sering. Kadang benda kecil jadi besar.

For a girl that loved so hard and acted so strong, even the best falls sometimes. I'm not perfect, I have flaws, and if you love someone truly, shouldn't you fight for them till you have no more energy left? Kadang-kadang orang yang kita sayang tu tidak faham. Kadang-kadang keikhlasan kita dipersoalkan. Tapi saya banyak memilih untuk diam sahaja. Bila terlalu sayang, hati mudah berprasangka. Takut terluka di hadapan hari. Begitulah lebih kurang keadaannya.

Tapi sayang, tidak perlu risau. Allah gave you to me, and HE gave me to you. Apa lagi?

*senyum*

Kadang-kadang bila rindu, baca balik apa yang saya pernah tulis dekat sufilara.blogspot.com. Ah I miss Sufilara. I really miss her. A blog that I started long enough until I decided to close it to public. Saya saja yang boleh baca dan jenguk. Nevermind, let her be. Let her dearly holds the memories that I almost don't want to remember. Let her.

I miss my particularity tentang bab integrasi kaum (ya.. weirdly, i was). Sekarang dah kurang sharp dah. I lost it all, I guess. Sorry pada yang masih ternanti-nanti lebih banyak artikel macam tu dari saya. I still do care, but pendekatan saya sekarang dah berbeza. Could that be an excuse? Mungkin pendekatan berbeza, tapi saya masih seorang aktivis. Di luar, dan di dalam.

To Tari Kirana, saya tidak akan lupakan semua kenangan-kenangan kita sejak 2006 - yang pahit mahupun yang manis. Sesungguhnya yang manis itu paling banyak. Bukan mudah untuk polish kamu tapi berkat tunjuk ajar serta kerjasama dari semua, semua itu tidak mustahil. Saya ambil kesempatan ini, secara virtual, untuk meminta maaf andai sepanjang sesi latihan dan persembahan, saya ada mengguris hati dan perasaan korang tapi itu tanda saya sayang kamu semua. Sayang dengan apa yang kita ada. Sayang dengan Tari Kirana. Saya ucapkan bebanyak terima kasih juga kepada kamu yang telah bertungkus-lumus berlatihan tanpa jemu tanpa merungut. Segala masalah dari orang luar yang telah berlaku itu, anggaplah sebagai dugaan dari Tuhan.

Saya banyak entry simpanan dalam draft, tapi langsung tak buat auto-publish sebab nak publish apa kalau entri ditaip tidak pernah selesai.... kan? Rindu sangat menulis, mempublish entri setiap hari macam waktu dahulu kala tapi saya sedar. Kita semua sedar yang diri semakin tua. Banyak yang perlu dikejar. Kadang-kadang tidak terkejar tetapi tetap bersyukur - sekurang-kurangnya masih di sini.

Dan masih mengupdate di blog walaupun banyak cerita hidup tidak lagi tertumpah di sini.

Dari Januari hingga titik ini, banyak lagi yang telah berlaku. Kalau nak cerita, buat semak kepala orang saja. Simpan sendiri-sendiri lagi bagus *gelak*

Okeylah. Jumpa lagi okey. ;)
Share:

Tuesday, July 03, 2012

Persiapan Tunang : Update 3/7/2012

Buat masa ini sedang memerah otak dan tenaga untuk persiapan pertunangan yang belum tentu lagi tarikhnya hahaha. Memang lambat sangat proses penentuan tarikh. Semua orang tengah sibuk sekarang ni termasuk family. Memang tak menyempat untuk duduk berbincang lama-lama. Tapi for sure tarikh cadangan dah ada. Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan semua urusan. Kena deal lagi dengan perubahan-perubahan saat akhir sebelum membeli barang, almaklumlah bukan orang kaya. Bukan juga anak orang kaya. Silap beli tak boleh beli yang baru. Nanti membazir. Kalau silap, silaplah. Gunalah apa yang ada. Lagi hal lain, perubahan saat akhir bilamana barang yang dicari tidak dapat dijumpai.

*hampa*

Itu yang paling hampa. Ada yang dicari tidak jumpa. Iklan kejap. Nak minta tolong tengok-tengokkan KAMDAR dekat kawasan anda if ada jual kain bulu-bulu beli ikut meter tu. Dekat KAMDAR 1Borneo Kota Kinabalu, kain bulu-bulu warna putih already sold out. Frust, tinggal tak tertonggeng lagi. So if dekat tempat korang ada, please do PM me here. Itu baru satu. Ada beberapa benda lain lagi but I'll continue looking. Cuma satu ini sahaja. Kain bulu-bulu itu. Not carpet ya. Beli karpet adalah mahal. Dekat KAMDAR RM315 after discount. Too expensive for my budget.

Ada barang yang saya cari selama ni malah sudah ditempah tapi kedai yang confirmkan book kami dah terjual pada orang lain. Sedih dan marah sikit. Nasib baik si jantung hati ada untuk menenangkan. Sabar itu memang banyak hikmah. Gara-gara clash booking, kami yang jadi mangsa akhirnya dapat diskaun. Tanda maaf kata tauke cina tu. So okey. Hopefully, lepas ni dapat on hand lah. Kalau ada masalah lagi, kami berdua adalah sangat kecewa. Sangat.

Barang yang digunakan untuk hantaran pertunangan dah hampir cukup. Kami dah dapat tema warna untuk both side. Hopefully . I feel so lucky that Syam pun turut ingin bersusah payah ke hulu ke hilir melengkapkan persiapan majlis bersama-sama saya. Few more items to buy for his side, few more items to have for the pelamin tunang. Then we're ready to get ready. Insya-Allah.

Sorry no pictures. Belum bersedia. Yang penting, semua masih under control lagi.

Til we meet again :)
Share: