2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Calendar 365 : 11 June 2012
Monday, June 11, 2012 posted at 18:22 ♥

Cepat sungguh masa berlalu kan. Pejam celik dah bulan 6. Sekitar bulan 7 dah mula ramadhan. Lepas tu? Three.. Eh mana boleh three. Harus sentiasa two. *serius* HAHA!

Diserang sakit gigi hari tu tapi sakit gigi sehari saja. Gusi bengkak habis. Tapi bangun pagi selepas tu alhamdulillah okey. Eh tu pun mau bagitahu? Itulah keistimewaan baca blog I. Benda remeh macam ni pun boleh tahu tau? Bear with it.

Khamis lepas

Khamis lepas pula, latihan akhir dengan anak-anak staf Poring Hot Spring. Perasaan macam berserah saja time tu. Janji budak-budak ni ingat step, tidak blank atas pentas, dan enjoy with their performance, saya bersyukur dah. Mungkin saya dah terbiasa dengan Tari Kirana. After years, sekarang dah senang nak ajar. Basic diorang dah tahu. Dah tahu kiraan, dah tahu sesuaikan step dengan lagu. Mudah ingat step. Dah terbiasa dengan semua tu jadi kadang-kadang waktu mengajar budak-budak Poring yang bertuah belaka tu, tiba-tiba boleh menyirap. Hahah  :P Biasalah budak-budak. Main banyak. Tanya banyak. Sikit-sikit panggil cikgu cikgu cikgu. Dalam 5 kelas tu, tiap kali tu tukar step. Second last day latihan, baru dapat step yang sesuai dengan diorang. Boleh bayangkan? (- -")

Tarian 1 Malaysia namanya. Lagu sumazau (Tanak Kampung), Cina, India - ini tarian yang saya tidak banyak ubah dari awal latihan lagi. Sepatutnya ada tarian lagu 'Selamat Datang' tapi tidak jadi sebab 1st, nanti terlebih limit masa. 2nd sebab tiada pun tidak apa. 3rd, sebab lepas melihat kemampuan diorang, saya cancel sebab tidak mahu diorang terbeban. Tarian yang lain lebih memerlukan lebih praktis. Lepas tu lagu tarian melayu mulanya saya plan untuk diorang menari tarian Cinta Sayang secara berpasangan, tapi basic step untuk Cinta Sayang pun sangat terkial-kial dan sebab masa yang terlalu singkat untuk kelas, saya tidak mahu ambil risiko. So I picked tarian Wau Bulan. Version paling mudah. Versi step tarian atas padang or stadium. Which is, step paling mudah sebenarnya. Dan semua step yang saya ajar tu step yang pernah Tari Kirana perform dulu-dulu waktu diorang masih kecil haha.. Sekarang tak perform tarian step macam tu lagi. Too simple for them.

Jumaat

Tiba hari persembahan. Dinner. Lupalah nama program, tapi dinner la. Penutup majlis sukan antara Taman-Taman negeri Sabah. Saya bawa Dana untuk bantu mekap dan set-up the kids. I can't prepare them on time without her help. And Syam ada juga. He did helped me too. Selain dari ulang alik hantar saya ke Poring untuk kelas tarian. Actually boleh saja drive sendiri but mungkin sebab dia care sangat, or sebab jealous takut orang kacau? Haha. Pergi mana-mana pun sekarang ni dah macam wajib berteman dah. Kalau dulu, selalu gerak sendiri. Selama ni memang sentiasa gerak sendiri. Tapi sejak both family dah restu hubungan kami, macam ni la. Haha. Urusanmu urusanku jua katanya. Walaupun penganjur kata boleh bawa seorang pembantu saja, nak pergi jugak tuh. Betul-betullah :P

Alhamdulillah kesemua mereka 12 orang; they did their best. As usual, saya di belakang pentas. Diorang persembahan pertama. Ada yang tiba-tiba saat akhir mau buang air kecil. Ada yang relaks saja. Time persembahan, Kak Atie dan Wendy kata semua menari serentak. Padahal sebelum ni main-main. Rasa macam mau cubit budak-budak tu satu-satu. Haha. Nasib baik. Kalau tidak, mesti saya rasa bersalah sebab ajar budak-budak ni tidak pass-pass walaupun dibayar.. :/

Dunia memang kecil. Adalah beberapa orang yang saya kenal ada waktu tu juga. Kira macam pernah satu team waktu ikut kumpulan bambu dulu. Malam tu perform di bawah taman yang sama. Taman Kinabalu. Ada juga berbual sikit, but sorry friend, I can't pay that much attention. As much as I have lost my respect to some of you. About the thing you asked me, sorry I have better thing to think about. I don't even have the heart to talk about it. Truly sorry. It's better to keep a distance with some people :)

By the way, you looked pretty that night. :)

Persiapan tunang

And so far, untuk persiapan pertunangan, masih lagi melengkapkan yang tiada. Kami buat perperingkat-peringkat. Lagipun, kejar sale. Macam tu lah kalau nak barang mahal tapi tak mahu lebih dari RM50 setiap barang XD

Kami jumpa doorgift yang saya cari selama ni. Saiz yang macam saya mahu. Alhamdulillah Syam setuju juga kami jadikan itu doorgift (thank you sayang!) but nak cari tu sikit punya payah. Last-last, saya nampak doorgift tu waktu cari loceng untuk baju sumazau di satu kedai menjual keperluan-keperluan jahitan dan perkahwinan di Segama. Happy sangat. RM4 untuk 3 biji. Bajet cuma RM1K untuk doorgift. Hanya seringgit untuk setiap satu. Kalau beli yang ini, sah-sah terover bajet. But worry not, me and Syam dah ada jalan penyelesaian. Ya, supposed boleh dapat lebih murah dari tu. But setakat hari ini, kedai tu jual paling murah yang saya pernah jumpa di Sabah ya tuan-tuan dan puan-puan. Daiso pun dua biji dah RM5. Di Semenanjung ada yang jual 70 sen sebiji tapi bila masuk kos pos semua, kirim salam sajalah. Doorgift tu bukan ringan-ringan. Mudah pecah pulak. I don't want to take the risk.

The price is quite okey to settle for, tapi kalau boleh dapat lagi murah, of course lah nak yang lebih murah. Tapi kalau tidak, tidak apalah. Ambil saja. Tapi kalaulah terlebih, bajet terpaksalah cut dari mana-mana untuk cover yang terguna tu. Saya tidak mahu lebih dari **K untuk penggunaan keseluruhan majlis. Nak tahu apa doorgift yang saya plan nak DIY? Nanti next entry okey? ;)

Itu doorgift untuk kahwin tau. Buat secara DIY so that is why it's better for us to plan earlier. Hampir semua buat DIY rasanya ni. Selagi boleh DIY, DIY.

Baju tunang. Salah beli kain! Kain saya dan Syam tidak sama. Sedih. Syam kata tidak apa-guna saja. Saya pula yang rasa macam tak seronok.
Memang.

Memang gebang banyak dekat blog, tapi at least orang jujur kan. Memang bajet ciput saja. Jadi apa yang nampak memang ciput la. Seboleh mungkin cut kos. Sebenarnya lagi kecil kos dari mana-mana B2B lain. Paling kecil mungkin. Selagi masih berpuas hati dengan pilihan, selagi itu kami tidak kisah. Kami yang kahwin pun, bukan orang lain. Duit hasil titik peluh kami. Susah payah kami sendiri yang survey, cari barang. Susah payah kami bincang itu ini, air mata pun banyak tumpah. Seriously. Merancang perkahwinan bukan mudah. Alam perkahwinan sebenar belum jejak lagi, dah rasa macam-macam. So far kami sangat-sangat okey. Dia jenis senang sebenarnya bawa bincang. Kalau marah, senyap, lama-lama bila beberapa jam tak contact, mula rindu. Marah hilang macam tu saja. Balik-balik lepas marah, mesti rindu. Alhamdulillah. Lagi indah mungkin lepas alam perkahwinan. Harap semuanya tetap indah macam ni. Berkat doa, keluarga dan orang-orang terdekat, insya-Allah semua berjalan lancar.


Excuse me for a second. I have something to do. Later!

Labels:


4 Comments:

Blogger Coffee Girl said...

Fina, jgn lupa jemput nanti ek? :-). makin femes la budak2 you kan? cikgu nya tak lama lagi nak naik pelamin. yeay!!

12 June, 2012 22:14  
Blogger fifi aswana said...

hey..
herm dah takda dah blog khas untuk b2b but do check out persiapan saye dekat blog biasa saya ye. excited. :)

14 June, 2012 16:52  
Blogger Fina Sophie said...

Coffee Girl,
i will! serius ni! hehe.. insya-Allah. hrp2 xda aral mlintang kan :)

31 August, 2012 19:42  
Blogger Fina Sophie said...

fifi aswana,
always checking u dear ;)

31 August, 2012 19:43  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish