Pages

Calendar 365 : 26 Mac 2012

Saturday, May 26, 2012

Whoattt? Dah 11 hari tak update-update lagi? Ini sudah lebih... Update cepat! XD

Hi long time no see long time no bebel-bebel. Ahak! Tapi apalah yang hendak di-update sebenarnya. Heh.

Life is full with ups and down. Ketahuilah bahawa bila mood saya okey maka ligatlah I menulis dekat sini. Manakala bila tiada mood maka tiadalah barang sehuruf pun yang tertulis.

Last time ajar budak-budak di sekolah rendah untuk pertandingan tarian mewakili SK Pai Wen Ranau. Kecewalah juga sebab pengajur tukar tema last minute. But since saya sendiri pun jurulatih amatur yang melatih atas nama pengalaman sahaja, lebih-lebih lagi masih baru dalam seni persembahan etnik kreatif Sabah, terima saja kekalahan tu. Pengalamanlah semua tu. I learned a lot of things. Terima kasih Wee lautze (cikgu Wee :P) sebab jemput jadi jurulatih walaupun tidak menang sobsob..

Terbaru, dapat offer lagi membuat kelas tarian untuk anak-anak staf Kolam Air Panas Poring Sabah dari Kak Atie. Untuk pertandingan tarian sekaligus persembahan waktu majlis penutup majlis sukan antara Taman-Taman Sabah. Lebih kurang macam tu lah nama program tersebut. Terima kasih Kak Atie sebab sudah beri kepercayaan pada saya untuk handle mewakili Taman Kinabalu, kot? Entahlah, saya pun dengar dari perbualan saja.

Maka kejap saya ke Poring ikut jadual kelas, dan selalunya saya di Kirasa Cafe. Kejap ke Kota Kinabalu cari barang dan sekali sekala bila Tari Kirana free untuk ambil offer menari, off lagi dari Kirasa. Macam tu lah rutin. Makan dan menari. Tidak penat? Oh tidak. I've been doing these for YEARS. But yeah, being at Kirasa is so tiring sebab kurang staf. :(

Exhausted. Nak cari ais. Bye.

2 comments:

  1. menari best woo.. kan kan kan?

    ReplyDelete
  2. ♥e'in♥,
    best sgt! hee.. tp dah retire dah. jd pgurus sj XD

    ReplyDelete

Thanks for simply being here! *love*

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS