Saturday, May 26, 2012

Calendar 365 : 26 Mac 2012

Whoattt? Dah 11 hari tak update-update lagi? Ini sudah lebih... Update cepat! XD

Hi long time no see long time no bebel-bebel. Ahak! Tapi apalah yang hendak di-update sebenarnya. Heh.

Life is full with ups and down. Ketahuilah bahawa bila mood saya okey maka ligatlah I menulis dekat sini. Manakala bila tiada mood maka tiadalah barang sehuruf pun yang tertulis.

Last time ajar budak-budak di sekolah rendah untuk pertandingan tarian mewakili SK Pai Wen Ranau. Kecewalah juga sebab pengajur tukar tema last minute. But since saya sendiri pun jurulatih amatur yang melatih atas nama pengalaman sahaja, lebih-lebih lagi masih baru dalam seni persembahan etnik kreatif Sabah, terima saja kekalahan tu. Pengalamanlah semua tu. I learned a lot of things. Terima kasih Wee lautze (cikgu Wee :P) sebab jemput jadi jurulatih walaupun tidak menang sobsob..

Terbaru, dapat offer lagi membuat kelas tarian untuk anak-anak staf Kolam Air Panas Poring Sabah dari Kak Atie. Untuk pertandingan tarian sekaligus persembahan waktu majlis penutup majlis sukan antara Taman-Taman Sabah. Lebih kurang macam tu lah nama program tersebut. Terima kasih Kak Atie sebab sudah beri kepercayaan pada saya untuk handle mewakili Taman Kinabalu, kot? Entahlah, saya pun dengar dari perbualan saja.

Maka kejap saya ke Poring ikut jadual kelas, dan selalunya saya di Kirasa Cafe. Kejap ke Kota Kinabalu cari barang dan sekali sekala bila Tari Kirana free untuk ambil offer menari, off lagi dari Kirasa. Macam tu lah rutin. Makan dan menari. Tidak penat? Oh tidak. I've been doing these for YEARS. But yeah, being at Kirasa is so tiring sebab kurang staf. :(

Exhausted. Nak cari ais. Bye.
Share:

Tuesday, May 15, 2012

Persiapan Tunang : Dulang Hantaran

Bulan berganti bulan. Sekarang ni dah tepat pertengahan bulan 5. Bulan puasa semua barang untuk pertunangan sepatutnya dah ada, SYAM YANG KATA. Agak tidak setuju di situ sebab waktu puasalah mungkin banyak sale kan? Tapi kena ikut cakap bakal tunang. Ewah. Sebab bakal tunang tak sanggup turun cari barang waktu puasa. HAHA. Kita tengoklah nanti :P

Tadi tengok list untuk majlis tunang saya di sini. Banyak yang masih terbengkalai, tapi alhamdulillah ada yang dah saya dah boleh tarik nafas lega :D Bukannya sengaja biar yang terbengkalai tu, tapi buat masa ni belum berkesempatan. Sibuk sangat. Sibuk membanting tulang yang beberapa kerat saja ni untuk mencari barang sesuap nasi. Lagipun saya masih boleh relax bah. Lama lagiiii... agaknyalah.

Okeylah okeylah. Sebenarnya adalah beberapa yang settle. Paling utama, DULANG HANTARAN. Kami on the spot nampak dan bersetuju untuk beli dulang-dulang tu. Mula-mula cari yang segi empat macam yang saya nampak hari tu tapi sayangnya stok yang itu dah habis. Ingatkan nak dulang tu sebab jauh dari bajet asal kami, so agak happy la jumpa kan. Haha. Tapi, well ada hikmahnya juga. Jumpa dulang hantaran yang lebih besar dan lebih menarik. Walaupun lebih mahal RM10 dari plan asal, tapi sebab dulang tu dah cukup cantik, so dengan hiasan yang minimized pun dah perfect dah.

Warna putih. Just as what I've imagined. I prefer dulang bentuk segi empat, but dapat yang bulat saja. Ah it's okey. We both fell in love with our own dulang hantaran. Tapi dapat tengok sekejap saja. pekerja kedai tu angkat terus masukkan dalam kotak. Belum buka sampai sekarang. Barang-barang setakat ni semua simpan di rumah saya.

Beli. Nanti boleh sewakan :P

Cuma, heh, part warna hantaran dari saya untuk dia, agak berselisih sikit. Saya suka yang warna ala-ala vintage, dia suka warna terang. Orang tua-tua mana suka warna-warna lusuh katanya. Hmm.. Kena ikut selera orang tua. Nanti hati orang tua tidak sedap.. Itu yang saya fahamlah :(

Insya-Allah semua berjalan lancar. Cuma part diet ni. T___T. Bagaimanakah untuk bermula? *tanya diri sendiri*

Gambar dulang hantaran tiada. Lepas hari kejadian baru post dekat entri, boleh? :P
Share:

Tuesday, May 08, 2012

Cincin tunang dan kahwin idaman.

Hai semua.. I just wanna update you my dream ring. Ahak!

My dream ring for engagement and wedding would be simple. Tidak kira banyak mana design cincin yang saya nampak, these two designs sentiasa melekat dalam hati. Susah nak berpaling lagi. Dah lama teringin nak dua design ni tapi entah dapat entahkan tidak. Kita tengok sajalah. Kalau dapat, alhamdulillah ihik ihik ♥









Tak salah bermimpi. GOOD NIGHT! XD
Share: