Pages

Too random, I pening cari title.

Sunday, April 29, 2012

Hari ni on-leave ihik ihik ihiiiiiik *seronok habis nampak* well I have so much thing to laugh at but let us not talk about it okey? Some things are better left unsaid :D

Well I am having a lame day today gara-gara malam semalam tengok cerita Doraemon bertajuk "Hari Malas!" *nada suara Doraemon*. Sungguh-sungguh tak produktif langsung hari ni. Bajet nak blame cerita Doraemon la ni. Sebab kasi jangkit I kemalasan tuh. And plus, my home sememangnya sebuah rumah besar yang sentiasa sunyi (besar kerww?). Nak cakap bosan tu, tidaklah. Tapi I rasa I will have much fun outside home I think... And funny, a lot more fun working than being alone at home. (- -")

My kids now suka poo-poo merata-rata since I dah tak letak diorang dalam cage. Kalau dalam cage, poo-poo pun dalam cage juga kan. Okey ya CAGE. The 'kids' I adopted are actually kittens. Three kittens but satu dah mati tinggallah dua. Dua budak hitam main tepi longkang.. err. BTW, I have no pictures of them so far. Bila dah besar sikit, I'll post some pictures. But no la, anak-anak I tu tak cute langsung. Tapi shhhweet sebab everytime my body is close to them, breath diorang jadi macam krok krok gitu I dunno how to explain but 'that' kind of breath yang telling us dia selesa dan rasa selamat dengan kita. Sweet huh? :D

It's already 10.50PM and this entry have been started since ....afternoon? Too much benda dibuat waktu menaip, macam tu la. Entri saya banyak yang random saja sekarang ni, sorrylah if you are waiting for Tari Kirana updates, or my wedding or even engagement preparation updates ke, or me talking craps (hence, this entry), or my love notes or tips whatsoever (tips? XD), ah biasalah blog ni kan blog random.

So if any of you guys expecting that specific kind of entry, apology, belum ada masa lagi. But to update you about Tari Kirana lah kan... Tari Kirana bukan senyap terus. We do have offers, but if tidak sesuai dengan jadual the dancers, like it or not, kena redha melepaskan. Bukan tengok masa diorang saja, hati ibu bapa diorang pun saya kena jaga juga. We do have bookings, and Tari Kirana is now associated with Kirasa Cafe & Catering, which if ada kenduri kahwin yang ambil catering dari Kirasa, Tari Kirana termasuk dalam pakej. AND. Give me one or two year, Tari Kirana MAYBE will have it's own musicians. Kenapa lagi setahun dua? Sebab kalau tengok tahap kesibukkan saya sekarang, saya belum berani janji untuk dua tiga bulan akan datang sebab perkara yang saya mahu fokus sekarang ni adalah tentang karier dan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga, barulah saya alihkan sedikit fokus saya ke arah tu. Bukannya stop, just slow down but still accepting suitable offers. Tari Kirana kira macam tengah slow down tahun ni, as ramai ambil SPM. We are currently sending one of our dancer to ASWARA. Moga interview dia besok pagi lepas dan diterima masuk ke ASWARA dan balik sini bawa ilmu untuk memajukan Tari Kirana. Amin.

BTW Kirasa Cafe & Catering genap sebulan beroperasi. Alhamdulillah semua baik-baik saja :)

Brief updates about engagement preparation is ....sibuk mencari duit. That's it. Hahaha!

And about tips.. Em. Basically. Don't talk to strangers? :P

Bye!



25 April 2012 : Wonderful night.

Friday, April 27, 2012

Hai assalamualaikum. Dua hari terperam entri ni (motif bagitau?). Bila nak update, tiba-tiba nak ke toilet. Tiba-tiba nak makan dulu. Tiba-tiba nak tengok handset. Tiba-tiba rasa macam nak bagi anak susu (- -") OH. Memang saya ada anak sekarang ni. Abandoned, so I adopt. Sayalah ibu, sayalah bapa .... but later we talk about it okey. Nanti sampai ke sudah entri ni terperam. Fokus fokus.

OK. Dua orang ini adalah watak utama entri ini kali ini. MEMPERKENALKAN :


Too sexy. Up lagi zip tuh! (- -")


Gambar ni gambar candid but I loikeee :P


So here's where we dined up.


Dreamworld Resort.

Ini kali kedua kami ke sini untuk makan. First, waktu jalan-jalan di Mesilau dan end up buka puasa di sini. A nice and exclusive place. Harga mahal but portion besar. Dua pinggan saja pun dah kenyang. Untuk DUA perut, mind you. Kalau dua pinggan untuk perut saya seorang, over la tu hak hak. Saya sebut dua pinggan pun dah kenyang sebab sebenarnya kami ganti-ganti pinggan bila makan. Biasa kalau saya order mi, dia akan order nasi. Kalau saya order nasi, dia order mi. Sebab boleh rasa dua-dua jenis XD Dan tak ramai orang  yang selalu datang dekat sini pun. Same as the last time. Cuma pekerja kaunter, pelayan, dan kami. As if kami tempah seluruh isi tempat tu. Nothing to brag about but it was cool, actually. Ahahahahaha! *ketawa panjang*




Ya inilah tempat kami duduk. Kali ni kami duduk di meja dalam. Last time pergi, kami pilih tempat duduk di luar. Tapi time tu cuaca okey, sejuk tapi masih boleh tahan lagi. But this time? Brrrrr. Angin kuat. Sejuk sangat-sangat. Padahal dekat Ranau angin biasa saja. Kundasang kuat gila, sampai dengar angin tu hasilkan macam-macam bunyi menakutkan. But Syam relaks saja. Dia cakap itu bunyi biasa bagi orang yang tinggal di Kundasang. Ah really?

BTW. That garlic bread among the best garlic bread I had ever tasted, but mushroom soup? Cair. Oh I could do better ...guna serbuk mushroom soup. :P





Syam brought me to take some pictures outside. Gambar atas ni sebenarnya saya tengah tengok pemandangan cahaya sayup-sayup dari bawah. Kalau waktu siang, boleh nampak satu Kundasang dari sini. Dreamworld Resort ni dekat atas bukit. Jalan masuk belum siap lagi, tar pun belum. Masih berbatu-batu. Nampak signboard Dreamworld saja, bila korang tengok jalan, mesti korang cakap 'elehhh'. Haha. Tapi bila sampai dekat dalam, wah, macam dekat luar negara.

We stood up there, at the balcony, just for a while. Lepas ambil-ambil gambar, kami nampak waiter dah hantar makanan kami. So kami pon masuk. Terutama ai la. Lapar XD



Oh Char Ho Fun yang sampai tadi. Nasi goreng ai lagi yang belum sampai. Lapar. What The F ....un. Ihik!




Stop taking pictures.... *sambil buat muka chomel*




Inilah nasi goreng I. Namanya Dreamworld Fried Rice. Konon nak tangkap gambar before mula menyantap tapi lapar punya pasal, terus melantak. Lupa ambil gambar. Dah habis separuh baru ambil. Oh BTW Sayang, di manakah gambar Char Ho Fun itu? Tidak jumpa. Did you eat the pictures too? :P




>Kami sebenarnya gila. Tiap kali keluar makan sama-sama sebenarnya berlambak pose-pose gambar macam ni. And tiap kali jumpa we always make stupid faces to each other ah gila betul. We are both crazy. And crazy for each other. =)

Lepas habis makan, kami terus beransur ke kereta dan dalam perjalanan ke kereta, saya asyik mengadu terlalu kenyang, terlalu kenyang, terlalu kenyang. Such a brat. Sudahlah makan mahal, lepas tu mengadu terlalu kenyang, tidak fikir pun pasal orang yang tengah kebuluran di sana sini.

So I told him, "Mau pergi toilet.." Dia pun tunjuk terus di mana toilet. Without membebel macam biasa. Biasa kalau cakap nak muntahkan makanan (ops biasa kerrr..) mesti dia bebel suruh jangan buat selalu padahal bukannya buat selalu. Perut saya ni cepat kenyang, dan kalau makan bersulam air, lagi confirm cepat kenyang. Maybe sebab minum air banyak sangat tu yang perut jadi senak semacam. 

So I did. Dia temankan sampai depan pintu masuk ke toilet wanita lagi, lepas tu dia cakap dia ke kereta kejap. Saya pun iya saja. My perut too senak. Bila keluar dari toilet, he's already there, dan kami sama-sama ke kereta. 

Haha. And know what? Dia tolong buka pintu for me. Dah buka tu I siap tengok and laugh at him dan tak perasan langsung apa yang ada dekat seat tu. Then bila nak duduk, barulah I saw this :




I ALWAYS gets excited receiving these little beautiful things. Roses.

Grab and cium haruman dia just to make sure that it's real. Hahaha. Emm.. Memang wangi. Tengah angin bertiup tu, dengan lampu tepi-tepi jalan, just the two of us. Tapi tak tunggu lama, kami terus balik. It's getting late. Dia hantar sampai depan rumah. Balik saja terus tertidur. (- -")

That day. That day genap first year knowing each other. Tidak sedar masa berlalu kan, and now how surprised I am to realize that we are actually planning on our marriage, dengan restu keluarga. Alhamdulillah. Despite all of the crappy things that made me sometimes cranky, I am actually blessed with unconditionally accepting people around me, constant luck, and living a dynamical life I've always wanted. And for secretly having a good humor about life *yeah right* :P


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi Sayang,
Kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu
Sayangku,
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.


Okey bye catch you up in my next entry later ;)

22 April 2012

Sunday, April 22, 2012

Pada yang suka baca bebelan saya yang tiada-tiada, so here's specially for you XD

Bullshit it is. I'm not sure how to detach this blog dari Facebook. Ah biarlah. Moody balik. At least depan saya sekarang ni my cousins yang sama-sama dekat workplace sekarang ni tengah main gitar lagu best. Mula-mula lagu Thousand Years, lepas tu Price Tag, lepas tu lagu si Taylor Swift. Not sure tajuk lagu dia. Ah well at least terhibur kan. I have some plans for them later.. Something about catering and its packaging. Wait and see. Maybe dalam tahun depan. Insya-Allah.

Yang lawak, wearing apron playing the guitars. (- -")

Mencurigakan


Oh teringat hari tu, saya nampak kereta yang familiar sangat tengah parking berhadapan dengan restoran tapi agak tersembunyi sikit kedudukan. Itupun orang lain yang tunjuk. Mencurigakan. Stalking ka apa. Well saya kenal sangat dia tu. Very tricky dan semua pun tahu. Restoran baru dibuka, biasanya sekejap saja dah ramai yang tahu so entahlah prasangka prasangka. Whatever it is, better be careful. We will never know. Hati lain-lain.


Family


Semalam kononnya birthday party untuk Pipie, my adik. Kek dah beli, makanan dah disediakan. Kononnya untuk kawan-kawan Pipie sekali. Tapi sedihnya, bila batang hidung orang yang diraikan tidak kunjung tiba. Sampai malam. Sampai tengah malam. Sampai pagi buta. Sampai subuh. Sampai pagi dan matahari naik. Tidak balik-balik pulang rumah. Semalam, kami sekeluarga sekali dengan Syam makan kami-kami sajalah. Mama dan ayah macam tu juga, sedih tapi tidak tunjuk. Optimis bila mood baik. Bila mood buruk, mesti lain kejadian.

Jauh di sudut hati saya, cukup sedih sebenarnya. Tapi saya sudah letih untuk benar-benar peduli.

Kek


BTW, kek malam tadi adalah sedap. Kek cheese dengan topping jem blueberry. Dah lama nak makan, tapi sebab saya tetapkan yang kita ('kita' tuh, sebab tidak mau jadi mangsa sorang-sorang :P) tidak boleh makan kek selalu, maka makan kek sekali dalam 3 bulan pun kita harus bersyukur. Kek untuk orang yang diraikan tapi batang hidung pun tiada (motif ulang dua kali?)

Genap 3 bulan sejak 22 Januari 2012. Dan beberapa hari lagi genap setahun perkenalan kami. Aiseh, dah setahun. Atau perlukah saya cakap, baru setahun? :P

Okey nanti lagi. I have to go. Bye.

Sexy shoes.

Friday, April 20, 2012

OKEY PEOPLE. Saya tahu kebelakangan ni mood agak masam sikit. Hari ni dan seterusnya jom cakap tentang benda-benda yang happy! *muka tiada reaksi*

Yang buat mood lain macam ni mungkin sebab kebelakangan ni asyik lapar saja *alasan konon*. Balik-balik cari makanan, balik-balik nak mengunyah. Tak peduli sangat badan naik (moody tahap kronik) sebab saya masih kawal sikit-sikit pemakanan. Malam memang tak sentuh nasi langsung. Cuma berat tu not sure dah berapa ratus kilo, penimbang dekat rumah rosak (- -")

Okey not to worry, not to worry. I'll make sure I am 43 on my wedding day kuangkuangkuang. Gilalah 43kg. Berat waktu saya 16-17 tahun. Sekarang? Tuhan saja yang tahu.

Ah well. Here's something to feed myself. Bridal shoes! :P












Terhiburnya hati :D

What doesn't kill you, only makes you stronger.

Wednesday, April 18, 2012

Entahlah. Tiba-tiba rasa macam nak detached my blog dari my facebook account. Sekarang ni asal blog ni di-update, terus keluar link di facebook page dan FB sophiesm.com. Letihlah bila rasa diri diperhatikan selalu. Letih rasa bila jari-jari terpasung untuk terus menulis bebas. Depresi. I bought a diary, konon untuk ganti blog, but still rasa takut-takut untuk menulis. Alamak.. Kenapa ni.. :(

Oh bercakap tentang depresi. Februari lepas, saya terlibat dengan satu kemalangan sebenarnya. Kemalangan kereta kedua saya pernah hadapi. Last time waktu saya di tingkatan 5 waktu tahun 2003. Kereta terbalik. Took me years to heal myself dan my damaged soul. Setiap kali duduk di seat co-driver, jari genggam kuat. Sangat penakut di atas jalan. 2006 belajar memandu, dan lulus tapi lulus saja saya tidak pernah lagi bawa kereta until 2010.

Februari lepas, accident. I want to share the experience but I was so don't-want-to-remember-it. Biarlah, yang lepas biar lepas. But sampai sekarang kesan masih ada. Unless saya yang drive, everytime atas kereta (especially di seat co-driver), mesti ya Tuhan tidak dapat bayangkan rasa trauma tu. Kalau bawa laju sikit, perasaan akan hampir menangis, kaki merengkok ke atas. That's a bad sign, I know. *sigh*

And ya rumah dipecah masuk jugak. Pernah. When I was a child. Bangun saja dari tidur, orang tu baring sebelah. Masa tu budak lagi. Darjah 5 rasanya. And I still remember every single thing that happened. Syukur he did not do anything to me or else.. You won't see me today I guess.

Banyak lagi sebenarnya dan actually it all really made me who I am today. Juga mempengaruhi bagaimana saya berhadapan dengan apa sahaja yang berlaku di hadapan saya. Kadang-kadang, bila saya bising orang buat taik dekat saya, sebenarnya bukan sebab apa yang diperkatakan mereka tentang saya. Tetapi sebab untuk tebus balik semua kesilapan saya yang dulu suka berdiam diri. Dan sebenarnya sekarang ni kalau boleh, apa yang sedang berlaku sekarang pun saya mahu berdiam diri saja tapi entahlahkan, I don't feel it's right. I don't know. Maybe we should just keep silent about the fitnah people keep on throwing about us, all around? :)

Tentang detach blog dari FB, yes, I think I will do it starting on my next entry.

About Titanic 3D 2012

Tuesday, April 17, 2012

Remember TITANIC?

First time keluar waktu tahun 1997. Dulu tengok, melalui CD cetak rompak saja. Telupid waktu itu cuma pekan kecil saja. Mana ada panggung wayang. Panggung wayang pun saya kenal waktu saya sambung pelajaran di Kedah. Waktu berumur 21 tahun. Ya, gadis kampung I am. Tapi rebellious one. Siapalah yang menyangka sebegitu sifatnya, padahal luaran nampak lembut dan ayu. Haha.

Penangan Titanic, pekan sekecil Telupid pun sangat terkesan. Di pekan Telupid waktu tu ada satu kedai. Kedai VCD. Bukan setakat jual beli, perkhidmatan sewa VCD pun ada. Our maid from Philiphine yang saya panggil kakak selalu bawa anak-anak bermain dengan kami di rumah selalu bagi dengar macam-macam hiburan. Even lagu KRU pun dengar melalui diorang haha. So bila dengar pasal Titanic, at first, seingat saya susah sangat nak dapat. First, parents tidak izinkan sebab ada sex scene. Tapi after they were convinced that part tu kena cut, so kami pun berjaya tengok. Tapi apalah yang saya tahu waktu tu. Tengok dan lupa. Bukan ada penghayatan sangat :D Antara jenis VCD yang kami selalu pinjam dari kedai tu adalah cerita-cerita hantu, dan paling saya ingat adalah Chucky. Kurang siti hajar betul cerita tu. Because of them, my brothers ambil baby patung I dan simbah mukanya dengan dakwat pen. Patung yang bila diberdirikan, mata terbuka, bila baring mata dia tertutup. Macam si Chucky tu lah. Adakah my brothers cuba untuk jadikan my doll macam Chucky wtf?

Buat kali kedua, Titanic (2012) dilancarkan di pawagam. Kali ni in 3D version. Berbahagi pilihan antara Mirror-Mirror sebenarnya haha. Tapi last-last memilih untuk menonton Titanic jugak. Feel a bit amazed sebab once the story started, rupanya saya TERtengok cerita tu waktu genap 100 tahun kapal tu karam. Tarikh yang didedahkan pada awal ceirta. 15th April 1912. Last time tengok waktu sekolah rendah, but until now it still really gets me. Dari sekitar 1500 yang berada di kapal waktu kapal tu tenggelam, hanya 6 orang terselamat. Fakta dalam movie Titanic la. Not sure about the exact amount but I believe tidak jauh sangat beza. How tragic.

Sepanjang tayangan, saya fokus habis dekat depan. Mungkin sebab 3D so graphic best. Bukanlah pengikut cerita-cerita terbaru sangat but for sure I really enjoy good movies.

Well I'm waiting for the story of Matahari to be filmed! ;)

 

And I didn't have the heart to find anymore.

Friday, April 13, 2012

13 April 2012. Dalam dua bulan lagi untuk make sure tentang apa yang kami mahu untuk majlis kami, lepas tu barulah proceed dengan persediaan pertunangan maybe? I'm getting engaged dan seterusnya bakal memegang title isteri beberapa bulan selepas pertunangan. Gementar! Dan dalam masa yang sama gementar. Dua kali gementar okey, perasan tak? Perasaan bahagia tu of course ada, cuma my decision untuk settle up with this one sebenarnya banyak benda yang dikorbankan. Banyak sangat. Kadang-kadang takut dengan apa yang ada di hadapan saya nanti. Takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi. What to do, I have a traumatic soul inside.

Will anyone ever forget any first-times? *senyum pahit*


Apa bisa ku cinta kamu sepertimana
aku dicinta kamu, aku dijaga kamu
Atau kamu terlalu indah buat diriku
Beza dari diriku
Aku pun tak menahu


Kalaulah rupa paras, kebendaan dan keseronokkan duniawi dan kesempurnaan dari segala segi itu yang dipandang, memang kita tidak akan pernah jumpa. Jika kita mengharap cinta yang sempurna, kita tidak akan pernah menemukannya di dalam cinta manusia. Kalau ditanya jiwa tamak ini, memanglah mahu semua yang indah-indah saja. Tapi dalam realiti, lain ceritanya.

Kisah cinta mana yang tidak pernah teruji. Kisah cinta mana yang tidak pernah lepas dari air mata. I've been in a real painful relationship. And I've been in a real happy relationship too. Both are not working. Terlalu banyak airmata terang-terang menyeksakan. Terlalu banyak tawa pula buat kita di awang-awangan. Terlalu terbang, bila jatuh, sakit sangat. But hold on, this is just my crappy experience. Masing-masing dengan pengalaman masing-masing.

I am happy with this one. This is what I want to settle for. Don't ask why, you'll have my answer sooner or later. *smile*

I believe that we're going to have a good life. We're going to have children with their father's nose, lips, chin or his wide eyes. And my fair skin, or my sepet eyes, or my brows and my mayang black hair. They'll have a loving father and a ........ I don't know what kind of mother I will be. Cannot imagine. Dalam fikiran terbayang seorang wanita bertubuh badan ibu-ibu. Erk. Okey craps. Yang pasti, suka sangat tengok baby sekarang ni. Entahlah kenapa. Mungkin naluri keibuan tu dah mula datang. Sebelum ni I'd never really adore babies, toddlers or even children. Bukanlah benci ka apa, tapi selalu tak sure macamana nak layan diorang.. Selalu fikir, should I do the baby talk ala tomei-tomei mucuk-mucuk masham noti noti? Haha. Sounds not like me, and if I do, I'll sound like a fake. Tak bolehlah, mesti dari hati kalau layan budak-budak. Nanti kalau buat-buat mesra, anda akan dapat awkward kind of stare from them. Haha. Kids have a very good sense actually. Tiada dinding macam orang dewasa. If saya bercakap dengan budak-budak pun, I can't help from treating them like how I treat adults. Macam pergaulan biasa. That same serious tone of voice. LOL. Please lah :P

Okey dears. I have to go. Bye :)

1,2,3 RAGE!

Tuesday, April 10, 2012


My first post on April. Hello April. Haha. Gila 1st week dah lepas baru ada entri baru. Tapi pemandangan biasalah untuk yang sudah berhenti dari menjadi blogger sepenuh masa XD

Balik-balik buka new-post kononnya nak menaip entri baru. Cukup satu ayat, kata-kata termati setakat situ saja. Penghujung, jadi draft sampai ke sudah. JUGA pemandangan biasa bagi yang suda berhenti dari menjadi blogger sepenuh masa.

I don't know if my friends still read this crappy blog. I have nothing much to share nowadays. Rindu juga waktu zaman rajin update blog. I'd never run out of vocabularies. That time I have so much new thing, everyday. Mungkin sebab I don't mind sharing them with the whole world before. My current life sekarang still banyak yang boleh diceritakan sebenarnya cuma nothing really fun to talk about. Bangun awal pagi, balik lewat petang. Balik saja dah penat-penat maka tidur. Not a very interesting life but no worries, I laugh everyday to things I could laugh at. And just because my life might not be 'that' interesting, doesn't mean I would make others life difficult as mine. Yeah, I've lost my privacy in blogging. I've lost the willingness to share most of the things in my life. Haih.

And that's it. Nothing much.

I have a lot MORE thing to rage about actually. Watch out. I am really in my temporary hallucination.
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS