2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Tari Kirana : January - Mac 2012 Update
Thursday, March 08, 2012 posted at 11:57 ♥

Bukan first time saya baca status dia lebih kurang sama dengan apa yang saya update dekat status Facebook saya. Banyak kali. Cara saya berinteraksi, cara saya buat pengumuman, sama. Apa yang saya buat, dia ikut. Apa idea saya, dia ikut. Tidak perlulah saya nyatakan dengan terperinci. Saya tidak cakap sendiri pun orang boleh perasan. Even ada yang call through phone, asked me if I know anything about it. Yang waktu berbual-bual biasa, ada yang tanya saya pasal tu. Tapi baguslah jugak. Berbanding dulu dia habiskan masa dia dan geng-geng dia cari kesalahan dan kelemahan orang, sekarang ni terisi juga masa dia dengan benda berfaedah. Mengkaji cara orang lain. Haha berfaedah la tu! Hebat sebab kita tahu ada orang sentiasa ikut perkembangan kita. Lebih-lebih lagi bila kita dapat tahu dia nak jadi macam kita. Aiseseh..

Saya ambil langkah biarkan sajalah, usia dia muda lagi, belum dapat cari originaliti dia yang tersendiri. Rapuh. Terlalu ikut angin. Kejap kiri, kejap kanan. Depan kita pijak semut tak mati, tapi bila dekat belakang mulut penuh racun cakap pasal kita. Itulah sukarnya kalau setiap kali mesti nak ambil hati semua orang dalam satu masa. Kesudahannya, makan diri sendiri. Cukup-cukuplah faking yourself entertaining other people yang awak tak fancy langsung pun. I tak against orang hipokrit, but with this kind of makhluk lepas tu jadi dekat diri sendiri dan nampak dengan mata kepala sendiri, memang kesal gila macam kalau bawa naik kereta, nak turunkan je dia tepi jalan lepas tu blah tak pandang belakang lagi dah. Eh tu bukan kesal, itu geram HAHAHA.

Lupakan itu. 

Alhamdulillah.. Tari Kirana dapat tawaran perform lagi. Walaupun almost two months cut terus aktiviti di homestay, walaupun tahun ni kurang menonjolkan diri sebab saya bagi budak-budak ni cuti untuk beri tumpuan lebih pada tahun peperiksaan tapi rupanya sisa-sisa tahun lepas masih ada (tahun lepas dah puas aktif ke sana ke mari alhamdulillah dapat kutip serba sedikit pengalaman), walaupun dah lama berlalu, orang masih ingat performance diorang.. Yang paling priceless, orang masih mahu dan sudi panggil balik. Alhamdulillah sangat-sangat.

Tahun ni, setakat ni, ada dua sahaja performance. Alhamdulillah tidak banyak HAHA. Sebab kalau banyak sangat memang saya risau. Takut terganggu pelajaran. Show pertama, sekitar pertengahan Januari lepas. Awal-awal tu berbelah bahagi juga untuk terima, tapi sebab invitation tu dari orang yang sama jemput kami untuk event yang sama waktu tahun sebelum tu, saya rasa Tari Kirana ni dihargai sangat dan tidak sampai hati nak tolak. Bagi saya, as dancers, sebenarnya bukan senang dapat repeat invitation macam tu. Kami menari saja pun. Lainlah kalau pemuzik. Orang sentiasa cari.

And yang kedua, is not really a performance. Lebih kepada panggilan untuk shooting. Panggilan yang saya maksudkan adalah dari salah satu destinasi pelancongan yang terletak di Ranau, Sabah yang selalu keluar di iklan TV. Sabah Tea Garden. Well. Ranau is the place where Tari Kirana and I are based in. I know one of their staff, mula kenal waktu first time shooting di sana untuk stesen lain. Tapi biasa-biasa sajalah. Tak adalah shooting drama Tari Tirana tu kan. Haha. Yang ini macam yang you all nampak dekat TV program traveler cuba macam-macam culture dari tempat yang dikunjungi. Macam shooting baru-baru ni, pengacara tu cuba belajar tarian Magunatip yang dimainkan oleh my dancers. Lepas tu ada salah seorang penari akan ajar. Entah bila akan keluar dekat TV, itu saya tak sure. Malas nak ambil tahu sebenarnya. Plus if ada apa-apa, pihak sana akan inform saya juga. Ini kali kedua sebenarnya. Bukan sebab duit tu yang dikejar plus, bukan dapat banyak pun untuk penari picisan macam kami *laugh* tapi perasaan rindu nak menari dan saya sendiri rindu untuk manage Tari Kirana walaupun sudah sedia sibuk dengan bermacam-macam perkara, boleh macam tu?

Waktu shooting tu bermula, kami ingat akan sama macam shooting dulu. Sesungguhnya saya tidak diberitahu secara detail. Yang diberitahu, standby 4 tarian etnik dari Sabah, pukul berapa kena standby dekat sana, untuk program TV NTV7, dan tentang jumlah pembayaran. Tentang hal-hal lain, saya dah belajar dah since the first time working with Sabah Tea Garden. Dalam fikiran 'uh must be very tiringgg' tapi sebenarnya bila dah siap kami macam 'eh that's it??' Hahahah. Shooting macam, dua kali untuk Sumazau (1st untuk tangkap scene dari jauh, 2nd untuk tangkap scene dari jarak dekat) dan Magunatip pun dua kali (1st untuk tangkap full dance Magunatip dan 2nd untuk tangkap scene pengacara try menari Magunatip) and that's it! Selesai. Haha.

Bergambar bersama production team sebelum bersurai

Gambar-gambar lain boleh cek di SINI.

Once it ends, jam dah tunjuk hampir pukul 9.30PM. Waktu sedang mengemas barang, ikat balik bambu dan masukkan ke dalam kereta, some of the production team came towards us. 'Us' means me and Sham. Bak kata kakak Sabah Tea, Nana bawa bodyguard kali ni. Haha. Okey. One of them (a lady) introduced me as Nana, the ketua of the dancers - to the other one (uncle yang berbaju warna orange berseluar kelabu dalam gambar), then uncle tu bagitahu saya yang working with the girls adalah very smooth. Tiada masalah langsung. The lady angguk-angguk cakap yang they looked very professional. Oh saya tak sure kenapa dia cakap professional but I rasa yang dia mention professional tu salah satu sebabnya adalah waktu shooting tu, saya nampak, bila camera-man letak saja his camera close to any of my dancers' face, diorang dah tahu nak buat apa. Terus pandang kamera dan smile lebih banyak. The other reason, mungkin sebab sepanjang shooting, senyuman langsung tak lekang dari bibir, and they danced with confidence. And I believed, by experience, Tari Kirana already know what to do walaupun kena brief sikit saja oleh director. A proud manager I am. Haha tengoklah siapa trainer. Lalala..

But we're not going to be 'tinggi kepala' because I know where exactly we are standing. Sebab bagi saya dan my dancers, peluang-peluang macam ni jarang datang. Bila ada, alhamdulillah. Kalau tiada, it's okey. Kami pun tiada buat promotion or apa-apa. Siapa yang panggil perform tu surely dengar tentang Tari Kirana dari orang lain or dari mana-mana. Bergantung pada jadual belajar atau persekolahan budak-budak ni lah juga. Kalau bercanggah, terpaksa tolak. Tari Kirana is a group of performer, tapi tanggungjawab paling utama mereka yang sebenarnya adalah sebagai pelajar. Too much entertainment, too much bergelumang dengan dunia ala-ala artis ni, takut minda tak berkembang nanti. Even bila ada yang suarakan minat nak jadi penari nanti besar, saya memang tak berapa galakkan sebenarnya. Tarian jadikan hobi, cukuplah. Kalau rasa cita-cita tu lebih tinggi dari sekadar jadi penari biasa, tidak perlu jadikan tarian itu satu karier.

Kami kan group biasa-biasa saja. Kalau dibandingkan dengan kumpulan penari lain, kualiti memang jauh berbeza. We're not actually that good. End of story :P

Sekarang ni saya mahu cuba untuk lebih bersikap tertutup tentang hal perasaan. What to do. Kena lebih tertutup, banyak mata dan telinga mendengar - setiap inci kain mahu dijaga. Kalau niat baik untuk mejadi pendengar, tidak apa. Tapi kalau niat untuk acara tikam menikam, terima kasih sajalah. Saya tidak berminat.

Baik. Entri sangat panjang. Off to the kitchen!


Labels:


4 Comments:

Blogger Coffee Girl said...

kesian orang tu stalk Fina dari jauh tapi masih ketara. biar je lah, asal tak memudaratkan. btw Tahniah sekarang semakin terkenal! berkat dan usaha tu. :-) HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY!

08 March, 2012 13:35  
Blogger It'S Me ^_~ LeAnne said...

Super glad ada yg stalk u.. :) means,u're good..sampai nk jd mcm u~ :D very happy to know life is good for u..haha..it's so nice if i have someone like ur team to perform all around...mcm nak join..tp x sesuai da...hak hak..al d best tari kirana!kak...resipi berkasih please... ~_^v

12 March, 2012 14:15  
Blogger Fina Sophie said...

Coffee Girl,
apa lagi sy blh ckp? heh. btw, happy belated women's day too. :P

17 March, 2012 22:58  
Blogger Fina Sophie said...

LeAnne,
sy pun dah stop dancing dah leanne. just utk practise with the girls, maybe. but to perform on stages, mungkin tidak. kcualilah kalau tiba2 perlu kan. but sy rasa, sy lebih selesa jd pengurus blkg tabir sj. hehehe..

resipi berkasih?? haha.. bg subject la. i'll try. lama tak asah :P

17 March, 2012 23:02  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish