Saturday, March 31, 2012

Welcome back, hectic life!

No! We haven't OFFICIALLY engaged yet. But I paksa my online friends to believe I've already got engaged dengan letak status dekat Facebook 'engaged' cuz we are KIND OF engaged. Both family have agreed, plus, we are actually planning on our engagement. Tapi belum betul-betul lagi sebab lamaaaaa lagi. Dan kami masing-masing masih sibuk dengan our own life. Settle up and then bulan 5-6 baru mula untuk plan the real engagement so buat masa ni just biarkan saja dulu saya berangan-angan tentang majlis saya dalam blog ni. :P

And for some reason, I won't explain this on Facebook. Like I really need to explain buahahah!

I'm busy being a jurulatih kepada murid-murid di SRJK(C) Pai Wen untuk pertandingan tarian etnik by April. And esok pula (1 April 2012) kenduri perasmian Kirasa Cafe & Catering di premis Kirasa juga. Lepas tu Kirasa akan mula beroperasi. Yang duduk area Ranau dijemput datang *wink* 

Later!


Share:

Tuesday, March 27, 2012

Idea : Solemnization and Reception Dress. Gorgeous, yes?

LOOK AT THE DRESSES. *bossy mood*


Grace Kelly was an American actress who, in April 1956, married Rainier III, Prince of Monaco, to become Princess consort of Monaco. She died after suffering a stroke on September 14, 1982, when she lost control of her automobile and crashed. Her daughter, Princess Stéphanie, was in the car with her, and survived the accident.  SUMBER

Hati dah 70% untuk dress dalam gambar atas ini.





Lisa Surihani is a Malaysian actress who, in February 2012, married Yusry KRU. - Googled

I've consulted with some few designers online and read articles about the best wedding dress for a petite ...... like me zzzzzzz. Konon tertarik dengan cutting skirt ala-ala mermaid but as I want to make my body look the best that it can on my solemnization and wedding day, so I opt to either sheath or A-line cuts. And by that, welcome to the land of tall!

Gambar atas ni saja satu-satunya gambar Lisa Surihani yang jelas dan dalam pakaian pengantin penuh - yang saya jumpa. Let alone Yusry. I only adore her dress cuma kenapa Lisa setuju pakai off shoulder macam tu, hmm.





This is me modelling a wedding dress *dream much huh?*

Back view. Mau nanges tengok.





I found this on google and saved it in my wedding dress folder (yes i do have folders for my wedding preparations ideas especially to save the googled pictures). Look at the bride's dress, look!

It must be chiffon with lace on the top covering her arms and shoulder. I love this. Except part sexy tu tapi no hal, just buat lining with chiffon, selesai masalah kan. Tak perlu sarat sangat dengan *******, and no need too much ******. Suka dengan idea untuk wrap the whole waist macam baju ** tapi ribbon dekat waist tu saya tak minatlah. Neck line pula saya suka potongan *****. Yang lain, just perfect. What, can't imagine a? Don't have to, I don't want you to have the picture, you'll spoil the surprise ngehehe.





I showed mother these designs and told her macamana yang saya nak and the first thing she said was "mana boleh buat begitu, nampak kulit" merujuk dekat their shoulder. I was all like 'ee.. memanglah, takkan pakai macam tu. nanti pakai lining juga.' And the waist ribbon (last picture) I don't want. But overall, I think she approved it! Cuma mother tidak tahu lagi I would only having two dresses. Only one for solemnization (sekali dengan sanding petang) and one for reception (night). This entry covers both. BOTH. Kalau lebih pun tidak apa, actually kami ada beberapa pasang baju lace yang cantik untuk pengantin, but I don't wanna use those X]

Tunang? Kebaya jew. Saya ada cuba cari dekat google something yang DEKAT dengan apa yang saya mahu dan bayangkan, tapi saya cuma ada jumpa satu saja :

You can never go wrong with white


Okey I'm hungryyyyyyyy.
Share:

Sunday, March 25, 2012

Checklist hantaran dan tunang 2012 (updated 26 Mac 2012)

OKEY NOW.

Untuk wedding saya hold dulu. Now kita fokus untuk majlis pertunangan dulu. Belum confirm tarikh sebenarnya. Plan tahun ni juga tunang. Sekitar akhir tahun. Tapi tiba-tiba bulan lepas ada antara kami yang bersuara untuk buat majlis pertunangan waktu bulan dotdotdot.

Kalaupun tarikh tunang sudah ditentukan, tetap tarikh tunang adalah rahsia. Saya mahu biarlah dihadiri oleh keluarga-keluarga terdekat kami sahaja. Dan mungkin beberapa orang teman rapat yang dapat menghadirkan diri. Itu sahaja. Dan selepas itu, kalau sudah ada tarikh untuk majlis nikah dan sanding, barulah diwar-warkan pada jiran-jiran, orang kampung dan rakan-rakan seluruh pelusuk Malaysia wah kau bajet artis nampak? Yang memang di Sabah atau kawan-kawan dari Semenanjung. Dulu belajar di Kedah. Bak kata, jauh belajar luas kawan-kawan. Merata-rata jadinya. XD Kalau dapat datang, alhamdulillah. Dan rakan-rakan blog juga *wink*ada yang sudi datang nanti kah?

Majlis Pertunangan


Date
Insya-Allah

Kos : -
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Confirmkan kedua-dua keluarga dalam bulan dotdot


Time
Pagi. Insya-Allah

Kos : -
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Confirmkan kedua-dua keluarga dalam bulan dotdot




Venue
Rumah mama dan ayah

Kos : -
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Confirmkan kedua-dua keluarga dalam bulan dotdot


Photographer
DSLR dah ada. Hire adik saja cukup :P

Kos :
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Confirmkan kedua-dua keluarga dalam bulan dotdot




Videographer (RM0)
Will ask for help from my cousin Mimie, her DSLR can take videos. Our DSLR cannot. Hahah

Kos : -
Tindakan : Fina
Tugas : Confirmkan dalam bulan dotdot


Mini Pelamin (optional)
Masih fikir lagi perlu atau tidak mini pelamin tu. Tapi kalau jadi, I will go for pastel colors. Purple, blue, pink, red, cream, green, white. Soft, dusty and pale versions. Vintage gitu. Saya rasa warna warni pun tidak apa sebab itu majlis pertunangan, should be something sweet. But more to red. Saya pilih red untuk pertunangan sebab Sham minat warna merah but psst saya tak discuss lagi benda ni dengan Sham.. :P

Tapi kan, kain-kain hiasan pelamin yang ada dalam simpanan mother, saya tengok yang ada warna ala-ala pastel just peach saja. Yang lain agak striking color.  Saya tak cek habis, but surely I can sort that out. Yang penting bunga-bungaan dan maybe bantal kan. Dekat Kaison banyak barang-barang dan artificial flower ala vintage dan agak affordable, so saya tak risau sangat. Paling penting lepas tunang / kahwin boleh guna balik sebab saya taknak beli something yang habis setakat situ saja.


BTW, lepas saya, mungkin gap dalam setahun atau lebih my adik akan menyusul jejak I pulak. Semua boleh recycle :P

Mini pelamin adalah DIY. Lagi puas hati. Saya cerewet.

Kos : no clue yet
Tindakan : Fina
Tugas : Confirmkan nanti.



Tunang Dress
I will be wearing kurung moden (or kurung moden inspired) on our solemnization so untuk tunang saya pilih white kebaya. Kebaya koneli dari Indonesia yang saya beli hari tu dari vendor yang study di Indonesia bawa balik barang-barang Indonesia. Tapi belum jahit apa-apa lagi. Mungkin ada part yang saya DIY.

Kos : no clue yet
Tindakan : Fina
Tugas : Ambil gambaran of how my kebaya should look like, and go for it. Hantar ke tukang jahit.




Tunang Veil (optional)
Masih fikir lagi, perlu atau tidak pakai veil untuk just sebuah majlis pertunangan. Tapi kalau nak, last minute pun boleh pakai, sebab dah ada sedia. 3 jenis warna lagi. Putih, hijau dan purple. Satu set dengan set pelamin milik mama.

Kos : RM0
Tindakan : Fina
Tugas : Confirmkan nanti.



Tunang Tudung
Chiffon with patch lace. Will DIY. Saya tak pakai tudung yang boleh bikin patuk tu sebab saya tak rasa bentuk muka saya sesuai pakai tudung begitu so option yang saya ada, adalah pakai shawl.

Kos : RM0
Tindakan : Fina
Tugas : Beli kain chiffon (patch lace dah ada sedondon dengan sulaman kebaya tunang)


Baju Melayu / Kemeja
Me and Sham will sort that out

Kos : no clue
Tindakan : Sham
Tugas : Confirmkan nanti.


MUA (optional)
Make-Up Artist adalah optional sebab saya boleh mekap diri sendiri. My adik perempuan also pandai mekap berkat tunjuk ajar ai jadi I rasa boleh save budget dekat part MUA juga hihi

Kos : RM0
Tindakan : Fina
Tugas : Kumpul balik barang-barang mekap, entah dah ke mana semua. Merata-rata (- -") And one day before tunang, make sure buat try-out with Dana's help.




Guests Doorgift
Saya tahu doorgift untuk majlis kecil tidaklah perlu sangat lagi-lagi kalau yang ringkas saja kan. Tapi 'doorgift' yang saya buat ni sebenarnya lebih kepada mencomelkan apa yang sudah sedia ada. Family kalau buat majlis, selalu ada benda ni, so saya ada idea untuk hias saja and making it a lil bit exclusive walaupun eleh eleh ja. Something yang sudah sedia dalam package dan saya tinggal tambah dan hias sikit saja. Saya dah ada idea macamana cara hias untuk doorgift guest waktu tunang. Murah but cantik. Murah sebab bakal di-DIY-kan. Soon to be revealed :)

Kos : RM100 ke bawah
Tindakan : Fina
Tugas : Survey harga, make sure dah beli sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis (ala lama lagi, tak sabar DIY :P)


Hantaran Decoration
Kami ada survey-survey hari tu dekat KK. Mula-mula saya set dalam otak nak cari dulang hantaran ala bingkai cermin. Bukankah cantik dulang begitu? Ada jumpa dekat kedai (murah lagi), tapi bila timbang-timbang apa yang patut saya setuju untuk settle for dulang yang senang untuk dihias. Kami cari dan jumpa dulang hantaran cuma RM10.90 saja. Segi empat sama dan bersaiz kecil. 25cm x 25cm x 8cm. Tidak apa kecil, sebab barang kami pun bukan besar-besar. Maybe kasut Sham sajalah yang besar sebab saiz kakinya besar but still muat tu. 12 pieces needed! Next time ke KK terus beli. Tidak mahu tunggu sampai bulan terakhir baru cari itu ini. Dekat internet saya pernah jumpa dulang dengan saiz yang sama dan design lebih kosong tapi RM25. Masuk pos, RM35. Aiseh. Scary.

Itu untuk dulang. Untuk hiasan pula, I nak guna bunga hidup. Kami berdua orang Ranau. Tapi dia dekat Kundasang. Saya dekat dengan Pekan Ranau. Berbanding kawasan Pekan Ranau dan Kundasang, Kundasang adalah lebih sejuk sebab betul-betul di kaki Gunung Kinabalu. And tell you what, bunga-bungaan segar dan sayur-sayuran boleh dapat murah sangat kalau pandai menawar. Kalau kerja menawar-nawar ni bagi dekat Sham lah. Dengan RM5 saja sayur 5 jenis satu plastik dia pernah hantar ke rumah saya. Worth RM15 tu. HAHA. 

Hiasan hantaran will 100% DIY. Sebarang perubahan akan di-update.


Bertuahnya kalau dapat yang rimbun macam ni, tapi saya prefer minimalist saja. LOOK AT THE COLORS! Cantik ;)

Kos dulang : (7+9 dulang) x RM10.90 = RM174.40
Kos hiasan : Dawai halus+mutiara & bunga (fresh/artificial) & lain-lain = no clue
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Decide the colors and decoration, dan cari barang sama-sama.



Barang Hantaran Tunang
For him : Sirih junjung, dompet & tali pinggang, sejadah & songkok, hadiah buku, set penjagaan / wangian, kain baju melayu dan butang baju, kasut, buah-buahan, kain sampin songket with keris.
For her :  Sirih junjung, cincin tunang, coklat, kain baju kurung with brooch, kasut & beg, set penjagaan / wangian, hadiah buku.

Tunang 7 balas 9. Nikah 5 balas 7. Ada sebab kami tetapkan jumlah macam tu dan setiap hadiah itu juga adalah bersebab. Kalau ada perubahan, will update later. Untuk majlis nikah, lain barang lagi. Tapi pengetahuan, ada barang waktu tunang ni kami akan recycle nanti waktu majlis nikah. So yang kena recycle tu kami kena simpan dalam bekas elok-elok (- -")

Kami dah beli sebahagian dari barangan hantaran ni. Total ada 16 dulang. Yang complete dah ada 7 dulang. Yang half-half ada dua dulang. Yang lain belum ada bayang :P

Kos : kurang dari RM 1370 (bajet kasar)
Tindakan : Sham dan Fina
Tugas : Lengkapkan.


PA System (optional)
Okey tak kalau ada bunyi-bunyian sikit, just instrumental. Bunyi pelan saja, just supaya majlis naik mood sikit.. Hehe.. :P

Kos : RM0 (dah lengkap, we have karaoke set (why mention. bukan nak karaoke pun) with marvellous speaker sound. Selalu bawa keluar untuk majlis kahwin cousin-cousin. :D bayar karan saja)
Tindakan : Fina
Tugas : Confirm later. Cari lagu yang sesuai. 2-3 instrumental musics will do.




Juadah
Perlu discuss dengan mama. My mum buat catering dan biasa join masak untuk majlis-majlis perkahwinan secara gotong-royong, so that makes things easier for me :P

Kos : no clue yet
Tindakan : Fina
Tugas : Discuss with mother.



Keadaan kami sekarang ni macam dalam Amazing Race. Taklah racing sangat, tapi banyak cabaran yang perlu dihadapi sebelum sampai ke destinasi cinta bak kata Siti Nurhaliza. This is a big step, I know. Deep inside, I'd never stop praying for the best.

See you later.Yang lain saya akan update dari masa ke semasa :)


UPDATE TERBARU PADA 14 jULY 2012 DI SINI.
Share:

Berjaga malam.

Selesema. Kepala sakit. Kerongkong rasa pedih dan kering. Dan banyak benda untuk difikirkan. Okey stop right there.

Dalam buku 'La Tahzan' poin 225 muka surat 672, tertulis : Membaca buku adalah hiburan bagi yang menyendiri, bisikan bagi hatinya, teman bicara bagi orang yang berjaga malam, kesenangan bagi orang yang merenung, dan pelita bagi yang berjalan malam.

Jangan bersedih. Bacalah buku.




This aren't really a right choice, but so far, novel-novel Sophie Kinsella antara yang boleh buat saya terhibur. So it's right, somehow. I am really a loyal reader of Sophie Kinsella now haha. 9 Nyawa by Ramlee Awang Murshid tu saya put aside la for now, sebab, sebab, sebab,.. biasanya novel RAM mengundang depresi (bagi I lah), so later I baca buku tu. Jadi hiasan dekat bilik dulu.

Last Thursday, I went to KK sebenarnya - minta teman Syam. Dah lama sebenarnya tak spend masa sama-sama. So kira date lah kan. Sambil beli barang. And the barang is, books! Dan buku dalam gambar ni adalah dua daripadanya. Ada lagi 3 buku, but I will just keep it as a secret by now. Soon to be revealed. Something yang saya cari dekat Harris hari tu.

Jangan bersedih, updatelah blog :D
Share:

Friday, March 23, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Ada kucing merajuk..

Waktu bersiap-siap pagi tadi, teringat nak bawa my little kitten ke klinik haiwan hari ni. Sejak beberapa hari ni dia murung, makan pun sikit. Saya tengok dia cuma berselera minum susu mak dia saja. Makanan lain dia pandang kosong tapi ada jugalah dia jamah sikit saja tapi lepas tu dia duduk diam-diam biarkan yang lain makan bahagian dia sampai habis.

It has been two or three days macam tu. I guess she's depressed. Depressed dengan makanan baru yang kami bagi mungkin. Sebelum ni gelojoh sama macam yang lain (- -")

Tapi in case bukan sebab makanan, tapi memang betul-betul sakit, I planned to bring her today to the veterinary. So I did.

I put her below. DI bahagian kaki seat co-driver. Rata sikit berbanding kalau di atas. And in case dalam perjalanan dia takut dan terkencing atau terberak (it happened before - -"), taklah susah sangat nak bersihkan berbanding kalau atas tempat duduk kan?


By the way, remember that cage? Gambar ni saya ambil dari blog lama yang saya dah privatekan dah sekarang. Sangkar yang sama macam yang dekat sebelah ni. Warna nampak tidak sama sebab lighting, dari kamera berbeza (Nokia N73) dan juga sebab editing melampau haha. But still, it's the same cage. Waktu ni Lala dan Baby masih ada lagi. Dalam gambar cuma ada Lala saja. Balik dari belajar dulu saya bawa sekali dua-dua ekor. Sempat beranak pinak ramai sampai total 7 ekor hamster, tapi one of my brother buka pintu homestay tu tapi lupa ketatkan balik pintu. Bila saya cek, all gone. The end T_T

Sedih juga bila tengok gambar-gambar. Ada beberapa keping lagi gambar Baby dan Lala ada dalam blog lama. Comel sangat. :')

Okey lupakan itu. Now we have a kitten in it. Remember? Hakhak.

Mula-mula waktu saya ambil dia dari tempat tidur, dia memang diam-diam saja. Peluk tubuh. Saya angkat dan masukkan dia dalam cage pun dia masih belum melawan. Masukkan cage dalam kereta, pun dia masih senyap lagi. Masih berpeluk tubuh. Tapi mata dah melilau ke sana ke mari. Kadang-kadang mata dia tidak lepas dari tengok saya. Bila saya hidupkan enjin kereta dan mula jalan, dia mula cranky. Sekejap-sekejap tolak penutup cage guna kepala. Agaknya dia nak keluar. Saya biarkan saja. Tapi jeling-jeling juga waktu tengah drive, dan alhamdulillah tidak lama sangat dia bising-bising mengiau-ngiau. Dia senyap balik dan peluk tubuh. Agaknya betul sakit. Sebab anak kucing yang ni biasanya aktif. Ganas lagi. Tapi kali ni cepat sangat mengalah.

As I arrived, saya bawa sekali anak kucing saya tu. Lepas periksa dan tanya-tanya saya, doktor haiwan dekat klinik tu cakap, anak kucing sihat juga tapi mungkin sebab dia kurang makan jadi dia lemah dan kurang aktif macam biasa. Lepas tu anak kucing pun selamat disuntik. Tu pun lepas gigit sikit jari saya dan sempat juga anak kucing gigit sikit tangan doktor. Aiyo. Ganas. Haha.

Dulu dia ni liar sebenarnya, tapi kami buat dia sampai jinak dengan kami. Haha. Tapi tetap ganas macam jantan padahal betina.

Tengok tu ada kucing merajuk.... :P


Masalah sebenar dia ni, memang betullah apa yang saya rasa. Dia depresi dibelikan makanan kucing murah-murah. Dia tidak lalu makan. Dia depresi dia makin kurus padahal dulu I gemok katanya. Dia depresi dah tak dapat nasi sardin kegemaran HAHA. Dan tambah depresi sebab tuan dia sangka dia sakit lepas tu kena bawa pergi jarum punggung. Jatuh saham katanya.

Oh memang patut marah :D

I tried to talk to her. She stared at me,




... but seconds later, she turned her back again.



Aww. She must be so angry hahaha :]
Share:

Tuesday, March 20, 2012

Can you spot me?

Cis! Kenapa benda ni langsung tak ada dalam kotak memori saya selama ni? Bhahah. I was there, attending that event on around August 2010. Tapi tengok tujuh ratus kali pun tak ingat apa-apa. Dan entah kenapa sebelum ni tidak terlintas pun dalam hati untuk tengok video nih. Saya dapat dari album video dari page Innershine Malaysia.

Can you spot me in this video?


****if you can't play this video, you can directly see the video in HERE****


Time ni free hair. Cant believe it's almost two years now. I miss my girls. Yang tengah argue-argue manja dengan I time ni si Beby. Tinggi lampai orangnya. Saya nampak je tinggi, tapi hakikatnya rendah. Tinggi sebab pakai heels 5 inch kau. Yang tengah menyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta tu named Lulu. Ada lagi seorang - Shima, tapi dia dekat meja. Haha.

Kenapa saya rasa macam saya tengok kamera macam ala-ala artis. Time argue manja-manja pun sempat posing lagi and after a second later, totally forgot about the camera wakakakk. Apa pun taboley.

come back later. i tgh try fix the video problem :)
*** fixed
Share:

Maybe love isn’t something that happens to you. Maybe it’s something you have to choose..

It's almost 11 months since that fateful day when we first talked to each other. Masa tu I was left nothing but with a piece of shocked broken heart, with tears running down every night thinking and wondering how could life be so cruel.

Google : Girl cry

Every 25th in every passing month, and around this time of the day too, I will still remember the event correctly. Not because of how my heart have been ripped out (no thank him, but I thank Allah SWT for showing his true color before it's too late), but because it's the day that I found myself and knowing myself better.

Lepas tu, I was busy with Tari Kirana, in between, I recovered.

Ceh ayat, macam senang.

Because by time, bounds will be healed. I haven't gave too much thought and time on it, and thank Allah, I am finally okey. Saya malas sebenarnya nak elaborate proses recovery tu, and I rasa my readers are all bijaksana, cantik macho, ikhlas lagi memahami so I don't have to explain more :P

So here's for him.
Sham.

Thank you for accepting me for who I am. Thank you for putting up with my ridiculous ideas and spontaneous decisions. Thank you for always being there for me even though I can be very childish and unreasonable at times. Thank you for being so patient in every fights. Thank you for deciding to spend your life with me from December onwards. I can’t thank you enough for entering my life. Thank you.

You made me laugh and cry, so blissfully happy until this very date.

Happy 11 monthsary in advance dear. Get well soon.
Share:

Saturday, March 17, 2012

I've Got Your Number by Sophie Kinsella

... this is NOT a review!

Since awal pagi dah ada di Kota Kinabalu, dan petang I went to 1Borneo jalan-jalan dan singgah kedai buku Harris. Niat asal datang Harris, nak beli buku yang saya nampak on February sebenarnya. Memang pasang niat nak beli tapi time tu kononnya nanti nak datang balik. Petang tadi selepas lebih sebulan, bila dah datang balik, alamak.. Dah sold out. Tiada masa nak pergi Popular or Eaton's. 1Borneo jauh lah jugak dari pusat bandar. Maybe next time.. Sebolehnya nak elak order online, sebab paling leceh nak bayar untuk kos penghantaran jugak. Then macam biasa I took a peek at Sophie Kinsella's section. Okey she have no new novel yet, I thought. Pusing-pusing dalam tu, last-last check new arrival, pusing ke bahagian sebelah lagi, baca-baca tajuk buku dan bila mata terlihat ini :




... and there! Novel tu currently terletak di section be-the-first-to-read dengan harga RM69.

Masih mahal. Novel Sophie Kinsella yang lain saya beli mostly harga RM34.90. Paling mahal pun RM35.90. Semua saya beli di Popular. Mungkin ada diskaun lagi sebab saya pegang membership dekat Popular.

I just want to tell you I am so excited about the new release. Atau mungkin dah terlambat untuk excited sebab sebenarnya buku tu dah keluar dalam pasaran pun. Tapi nak excited juga sebab sooner or later, I'm getting the book. Tunggu harga turun hahah :D

And the blurb reads...

I’ve lost it. :( The only thing in the world I wasn’t supposed to lose. My engagement ring. It’s been in Magnus’s family for three generations. And now the very same day his parents are coming, I’ve lost it. The very same day! Do not hyperventilate, Poppy. Stay positive :) !!

Poppy Wyatt has never felt luckier. She is about to marry her ideal man, Magnus Tavish, but in one afternoon her “happily ever after” begins to fall apart. Not only has she lost her engagement ring in a hotel fire drill but in the panic that follows, her phone is stolen. As she paces shakily around the lobby, she spots an abandoned phone in a trash can. Finders keepers! Now she can leave a number for the hotel to contact her when they find her ring. Perfect!

Well, perfect except that the phone’s owner, businessman Sam Roxton, doesn’t agree. He wants his phone back and doesn’t appreciate Poppy reading his messages and wading into his personal life.

What ensues is a hilarious and unpredictable turn of events as Poppy and Sam increasingly upend each other’s lives through emails and text messages. As Poppy juggles wedding preparations, mysterious phone calls, and hiding her left hand from Magnus and his parents . . . she soon realizes that she is in for the biggest surprise of her life.

Okey Poppy Wyatt, see you soon ;)
Share:

Friday, March 16, 2012

Saya kan peminat setia Cosway.. :P

Dah beli dah beli dah beli la la lo o o o o *vibrato*




Nampak gambar di atas? I sambil-sambil menari makyong depan laptop. HAHAH.

Akhirnya. Satu lagi list dalam senarai hantaran akan dipangkah. Murah saja, janji puas hati. Harga asal RM70 ke atas tapi sebenarnya 2011 lagilah ada diskaun murah. Tahun ni naik ke RM35.40. Tapi tidak apa. Because this set is still a steal! Bawah dari bajet asal kami.



Designer Collection R Series Body Powder
Designer Collection R Series Hand & Body Lotion
Designer Collection R Series Body Spray
Designer Collection R Series Deodorant
Designer Collection R Series Eau De Parfum
Designer Collection Fleur Dazzle Eau De Parfum


I wish this set is champagne in color. Warna both perfumes dah sesuai dah. Warna near-colorless champagne. Tapi packaging yang lain warna pink la pulak. Tidak apalah. Kombinasi masih logik. Sebab I have another item in pink for hantaran. Haha don't panic kawan-kawan. My majlis almost one year away. Lama lagi. Saya dan Sham pilih untuk untuk prepare satu demi satu, sebab itu kami bermula sangat awal. Saya terutamanya, very enthusiasted about the preparation. 

Oh lupa. Designer Collection Fleur Dazzle Eau De Parfum tidak termasuk dalam set R Series tu. Tu harga lain-lain. RM30 untuk Sabah & Sarawak. Tolong jangan bagitahu saya if ada yang dapat perfume ni dengan harga lebih murah.


Baiklah sebenarnya nampak biasa saja..

Cuma yang buat saya tertarik tu sebab bentuk penutup botol dia dengan keseluruhan bentuk botol perfume tu sebab nampak macam design cincin. Design cincin bukan sebarang cincin, tapi salah satu design cincin impian I. Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tidak dapat, botol perfume dengan design tu pun okeylah. Yang penting bahagia. *insaf*

Sayang, if you read this, ... I miss you.


See? Macam bentuk cincin kan? :D

Fleur Dazzle. Dana cakap 'takkan ko mau pakai cincin macam tu. besarnya tu'. Dana merujuk kepada penutup botol tu. Hoih. Kalau beginilah cincin nanti, kejap saja dah hilang batu permata palesu seketul tu dalam mesin basuh. I want something like this, tapi yang lebih praktikal dan tak overshadow my jari tembam.

Even our majlis nanti I want something simple. No blings.

.. AND BE SKINNY! (- -")

Share:

Thursday, March 15, 2012

Tugu Budaya : Kursus Koreografi Tari Kreatif Sabah dan Susunan Muzik Ranau 2012

Kepala pusing banget. Lagu igal-igal yang dimainkan dalam bengkel koreografi dan susunan muzik baru-baru ni asyik terngiang-ngiang di telinga. I love the rhythm, actually. Walaupun kurang faham apa yang cikgu muzik tu bebel dekat depan but adalah juga input sikit-sikit on how to identify the beats, calculation, bezakan muzik tradisi, klasikal, world music etc. First time belajar tentang muzik. Sebelum ni tau tengok saja. Sebelum ni tahu kira beats untuk tarian saja. Rupanya beat tarian dan muzik kiraan berbeza.

Actually bermula Isnin lepas, saya dengan ahli Tari Kirana yang lain ikut bengkel Koreografi Tari Kreatif Tradisi dan Susunan Muzik anjuran bersama Jabatan Pelajaran dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS). Program yang dinamakan sebagai program Tugu Budaya.

But really. I have to go now. Penat gila sepanjang 3 hari ni. Lompat, jatuh dan baring, pusing, kangkang adoi.. Sampai sekarang lenguh badan masih terasa. Sebab apa? Sebab fitness tidak cukup jadi otot adalah merengang which is good actually.

Bengkel/Kursus Koreografi Tari Kreatif Sabah dan Susunan Muzik is exactly what we're looking for. For these 3 days, it helped us a lot in understanding the basic start dalam penciptaan muzik tarian kreatif, and also we've learned about choreography techniques on how to do dance 'stunt' dengan kreatif tanpa membahayakan anggota badan sendiri, cara untuk meregangkan badan sebagai penari dan banyak lagi. looking forward for next year.




Kami berenam saja yang ada. Ada dua orang tidak dapat join sebab ada komitmen lain. Nanti saya try cakap pasal bengkel ni. :)
Share:

Monday, March 12, 2012

Bajet Perkahwinan Pengantin Lelaki

Seperti yang dijanjikan dalam Bajet Perkahwinan Pengantin Perempuan, inilah dia checklist untuk pengantin lelaki pula. Hope it'll help you as much as it helped us! :)


Bajet Perkahwinan Lelaki
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan
Kursus perkahwinan RM
Wang hantaran RM
Mas kahwin RM
Upah jurunikah RM
Kad jemputan RM
Setem RM
Cincin tunang RM
Cincin kahwin RM
Barang kemas RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan RM
Tempat penginapan untuk rombongan RM


Barangan Hantaran
Sirih junjung RM          
Potpurri RM
Al-Quran RM
Telekung/sejadah RM
Kain ela RM
Baju kurung RM
Beg tangan RM
Tuala RM
Jam RM
Kasut RM
Satu set peralatan solek RM
Satu set penjagaan badan RM
Buah-buahan RM
Puding RM
Cokelat RM
Kek RM


Juruandam
Pelamin RM          
Bunga pahar RM
Bunga telur/cenderahati tetamu RM
Baju songket RM
Hiasan bilik tidur RM
Pintu gerbang RM
Hiasan hantaran RM


Abadikan memori
Videografi yang siap disunting RM          
Jurugambar RM


Kanopi:
Kanopi RM          
Kerusi dan meja RM
Alas meja RM
Kipas siling RM
Lampu RM
Upah pekerja RM


Hotel atau taman:
Sewa hotel atau taman RM          
Kerusi dan meja RM
Menu RM
Penyambut tetamu RM
Pengiring RM


 Makan beradap:
Set meja pengantin RM          
Kerusi dan Meja RM
Alas meja RM
Skirting RM
Scallop RM
Kerusi banquet RM
Bunga bouquet RM
Lauk pengantin RM
Penanggah RM


Katering
Nasi dan lauk pilihan RM           
Buah-buahan RM
Air (kordial) RM


Hiburan
Kompang RM           
Silat pengantin RM
Cak lempong RM
Kumpulan marhaban/berzanji RM


Sistem PA:
Satu set sistem PA RM           
DJ / MC RM


Bulan Madu:
Percutian RM           

Jumlah perbelanjaan RM           




Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah
a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
b) Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c) Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
d) Perbelanjaan sebanyak RM 35,501 – ke atas
Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu dari dua tempat tersebut.
Share:

Bajet Perkahwinan Pengantin Perempuan

So far, inilah list yang menjadi rujukan saya dan Sham since mula merancang lagi. Kalau yang masih blur-blur tentang apa yang diperlukan untuk majlis, bolehlah rujuk list ni. Bila dah tahu apa semua yang diperlukan, insya-Allah nanti korang sendiri akan tahu mana yang nak ditambah dan mana yang korang rasa tak perlu. Okey? No worries. Next update saya update tentang list untuk pengantin lelaki pula. Sebenarnya list antara perempuan dan lelaki lebih kurang saja. Kebanyakkan sama, tapi ada juga beza sikit. Okey taknak bebel panjang sangat. Here it is!


Bajet Perkahwinan Pengantin Perempuan
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan anda dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan
Kursus perkahwinan RM
Kad jemputan RM
Setem RM
Cincin kahwin RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan RM
Tempat penginapan untuk rombongan RM


Barangan Hantaran
Sirih junjung RM             
Potpourri RM
Al-Quran RM
Sejadah RM
Samping RM
Songkok RM
Kain pelekat RM
Baju Melayu RM
Tuala RM
Kasut RM
Jam RM
Satu set penjagaan diri RM
Kek RM
Pulut kuning RM
Puding RM
Cokelat RM
Buah-buahan RM


Juruandam
Pelamin RM            
Baju songket RM
Bunga pegang RM
Bunga pahar RM
Bunga telur/cenderahati tetamu RM
Jurusolek RM
Baju persalinan RM
Hiasan bilik tidur RM
Pintu gerbang RM
Barangan hantaran RM
Hiasan hantaran RM
Solekan pengapit dan flower girls RM


Abadikan memori
Videografi yang siap disunting RM            
Jurugambar RM


Kanopi
Kanopi RM            
Kerusi dan meja RM
Alas meja RM
Kipas siling RM
Lampu RM
Upah pekerja RM


Hotel atau taman
Kerusi dan meja RM             
Menu RM
Penyambut tetamu RM
Pengiring RM


Makan beradap
Set meja pengantin RM            
Kerusi dan Meja RM
Alas meja RM
Skirting RM
Scallop RM
Kerusi banquet RM
Bunga bouquet RM
Lauk pengantin RM
Penanggah RM


Katering
Nasi dan lauk pilihan RM            
Buah-buahan RM
Air (kordial) RM


Hiburan
Kompang RM           
Silat pengantin RM
Cak lempong RM
Kumpulan marhaban/berzanji RM


Sistem PA
Satu set sistem PA RM           
DJ / MC RM    


Bulan Madu
Percutian RM           


Jumlah perbelanjaan

RM           


Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah
a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500
Anda mementingkan kesederhanaan dalam mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinan anda. Adalah tidak berpadanan jika anda memperuntukkan sejumlah wang sebanyak ini untuk mengadakan majlis perkahwinan di hotel atau taman. Jangan pula anda rasa rendah diri kerana tidak mampu mengeluarkan bajet yang banyak. Biarpun jumlah yang dikeluarkan cukup minimum, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda, tidak lupa kepada mereka yang menghadiri majlis perkahwinan anda.
b) Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah berpatutan untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Jangan risau, tentu sahaja anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c) Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah harga maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
d) Perbelanjaan sebanyak RM 35,501– ke atas
Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan banyak dan berpadanan dengan majlis perkahwinan anda itu nanti.


Share:

Thursday, March 08, 2012

Tari Kirana : January - Mac 2012 Update

Bukan first time saya baca status dia lebih kurang sama dengan apa yang saya update dekat status Facebook saya. Banyak kali. Cara saya berinteraksi, cara saya buat pengumuman, sama. Apa yang saya buat, dia ikut. Apa idea saya, dia ikut. Tidak perlulah saya nyatakan dengan terperinci. Saya tidak cakap sendiri pun orang boleh perasan. Even ada yang call through phone, asked me if I know anything about it. Yang waktu berbual-bual biasa, ada yang tanya saya pasal tu. Tapi baguslah jugak. Berbanding dulu dia habiskan masa dia dan geng-geng dia cari kesalahan dan kelemahan orang, sekarang ni terisi juga masa dia dengan benda berfaedah. Mengkaji cara orang lain. Haha berfaedah la tu! Hebat sebab kita tahu ada orang sentiasa ikut perkembangan kita. Lebih-lebih lagi bila kita dapat tahu dia nak jadi macam kita. Aiseseh..

Saya ambil langkah biarkan sajalah, usia dia muda lagi, belum dapat cari originaliti dia yang tersendiri. Rapuh. Terlalu ikut angin. Kejap kiri, kejap kanan. Depan kita pijak semut tak mati, tapi bila dekat belakang mulut penuh racun cakap pasal kita. Itulah sukarnya kalau setiap kali mesti nak ambil hati semua orang dalam satu masa. Kesudahannya, makan diri sendiri. Cukup-cukuplah faking yourself entertaining other people yang awak tak fancy langsung pun. I tak against orang hipokrit, but with this kind of makhluk lepas tu jadi dekat diri sendiri dan nampak dengan mata kepala sendiri, memang kesal gila macam kalau bawa naik kereta, nak turunkan je dia tepi jalan lepas tu blah tak pandang belakang lagi dah. Eh tu bukan kesal, itu geram HAHAHA.

Lupakan itu. 

Alhamdulillah.. Tari Kirana dapat tawaran perform lagi. Walaupun almost two months cut terus aktiviti di homestay, walaupun tahun ni kurang menonjolkan diri sebab saya bagi budak-budak ni cuti untuk beri tumpuan lebih pada tahun peperiksaan tapi rupanya sisa-sisa tahun lepas masih ada (tahun lepas dah puas aktif ke sana ke mari alhamdulillah dapat kutip serba sedikit pengalaman), walaupun dah lama berlalu, orang masih ingat performance diorang.. Yang paling priceless, orang masih mahu dan sudi panggil balik. Alhamdulillah sangat-sangat.

Tahun ni, setakat ni, ada dua sahaja performance. Alhamdulillah tidak banyak HAHA. Sebab kalau banyak sangat memang saya risau. Takut terganggu pelajaran. Show pertama, sekitar pertengahan Januari lepas. Awal-awal tu berbelah bahagi juga untuk terima, tapi sebab invitation tu dari orang yang sama jemput kami untuk event yang sama waktu tahun sebelum tu, saya rasa Tari Kirana ni dihargai sangat dan tidak sampai hati nak tolak. Bagi saya, as dancers, sebenarnya bukan senang dapat repeat invitation macam tu. Kami menari saja pun. Lainlah kalau pemuzik. Orang sentiasa cari.

And yang kedua, is not really a performance. Lebih kepada panggilan untuk shooting. Panggilan yang saya maksudkan adalah dari salah satu destinasi pelancongan yang terletak di Ranau, Sabah yang selalu keluar di iklan TV. Sabah Tea Garden. Well. Ranau is the place where Tari Kirana and I are based in. I know one of their staff, mula kenal waktu first time shooting di sana untuk stesen lain. Tapi biasa-biasa sajalah. Tak adalah shooting drama Tari Tirana tu kan. Haha. Yang ini macam yang you all nampak dekat TV program traveler cuba macam-macam culture dari tempat yang dikunjungi. Macam shooting baru-baru ni, pengacara tu cuba belajar tarian Magunatip yang dimainkan oleh my dancers. Lepas tu ada salah seorang penari akan ajar. Entah bila akan keluar dekat TV, itu saya tak sure. Malas nak ambil tahu sebenarnya. Plus if ada apa-apa, pihak sana akan inform saya juga. Ini kali kedua sebenarnya. Bukan sebab duit tu yang dikejar plus, bukan dapat banyak pun untuk penari picisan macam kami *laugh* tapi perasaan rindu nak menari dan saya sendiri rindu untuk manage Tari Kirana walaupun sudah sedia sibuk dengan bermacam-macam perkara, boleh macam tu?

Waktu shooting tu bermula, kami ingat akan sama macam shooting dulu. Sesungguhnya saya tidak diberitahu secara detail. Yang diberitahu, standby 4 tarian etnik dari Sabah, pukul berapa kena standby dekat sana, untuk program TV NTV7, dan tentang jumlah pembayaran. Tentang hal-hal lain, saya dah belajar dah since the first time working with Sabah Tea Garden. Dalam fikiran 'uh must be very tiringgg' tapi sebenarnya bila dah siap kami macam 'eh that's it??' Hahahah. Shooting macam, dua kali untuk Sumazau (1st untuk tangkap scene dari jauh, 2nd untuk tangkap scene dari jarak dekat) dan Magunatip pun dua kali (1st untuk tangkap full dance Magunatip dan 2nd untuk tangkap scene pengacara try menari Magunatip) and that's it! Selesai. Haha.

Bergambar bersama production team sebelum bersurai

Gambar-gambar lain boleh cek di SINI.

Once it ends, jam dah tunjuk hampir pukul 9.30PM. Waktu sedang mengemas barang, ikat balik bambu dan masukkan ke dalam kereta, some of the production team came towards us. 'Us' means me and Sham. Bak kata kakak Sabah Tea, Nana bawa bodyguard kali ni. Haha. Okey. One of them (a lady) introduced me as Nana, the ketua of the dancers - to the other one (uncle yang berbaju warna orange berseluar kelabu dalam gambar), then uncle tu bagitahu saya yang working with the girls adalah very smooth. Tiada masalah langsung. The lady angguk-angguk cakap yang they looked very professional. Oh saya tak sure kenapa dia cakap professional but I rasa yang dia mention professional tu salah satu sebabnya adalah waktu shooting tu, saya nampak, bila camera-man letak saja his camera close to any of my dancers' face, diorang dah tahu nak buat apa. Terus pandang kamera dan smile lebih banyak. The other reason, mungkin sebab sepanjang shooting, senyuman langsung tak lekang dari bibir, and they danced with confidence. And I believed, by experience, Tari Kirana already know what to do walaupun kena brief sikit saja oleh director. A proud manager I am. Haha tengoklah siapa trainer. Lalala..

But we're not going to be 'tinggi kepala' because I know where exactly we are standing. Sebab bagi saya dan my dancers, peluang-peluang macam ni jarang datang. Bila ada, alhamdulillah. Kalau tiada, it's okey. Kami pun tiada buat promotion or apa-apa. Siapa yang panggil perform tu surely dengar tentang Tari Kirana dari orang lain or dari mana-mana. Bergantung pada jadual belajar atau persekolahan budak-budak ni lah juga. Kalau bercanggah, terpaksa tolak. Tari Kirana is a group of performer, tapi tanggungjawab paling utama mereka yang sebenarnya adalah sebagai pelajar. Too much entertainment, too much bergelumang dengan dunia ala-ala artis ni, takut minda tak berkembang nanti. Even bila ada yang suarakan minat nak jadi penari nanti besar, saya memang tak berapa galakkan sebenarnya. Tarian jadikan hobi, cukuplah. Kalau rasa cita-cita tu lebih tinggi dari sekadar jadi penari biasa, tidak perlu jadikan tarian itu satu karier.

Kami kan group biasa-biasa saja. Kalau dibandingkan dengan kumpulan penari lain, kualiti memang jauh berbeza. We're not actually that good. End of story :P

Sekarang ni saya mahu cuba untuk lebih bersikap tertutup tentang hal perasaan. What to do. Kena lebih tertutup, banyak mata dan telinga mendengar - setiap inci kain mahu dijaga. Kalau niat baik untuk mejadi pendengar, tidak apa. Tapi kalau niat untuk acara tikam menikam, terima kasih sajalah. Saya tidak berminat.

Baik. Entri sangat panjang. Off to the kitchen!


Share:

Wednesday, March 07, 2012

Persiapan kahwin : Dress, Shoe, and Veil.

Siapa dah tengok gambar majlis nikah dan resepsi persandingan Lisa Surihani dan Yusry, angkat kening! Haha. Sebenarnya nak bagitahu, saya dah tengok! *eleh macam heran*

Off topic jap. Actually I've met Lisa before waktu majlis makan malam with them waktu tu masih belajar dekat Kedah. Farid Kamil, Lisa Surihani, dan Intan Ladyana. Rasanya diorang tengah on tour kot time tu. Sebab adalah juga diorang edar poster dan kad kalendar dengan gambar muka depan promosi filem 'Semerah Cinta Stilletto' eh betul ka ejaan tu. Malas nak google. Time tu SCS dah nak keluar dekat panggung dah. It's just as simple night. Dinner with them dalam suasana open air dan santai-santai. Sebab dulu ahli JPM, banyak info kolej dan universiti sampai dekat kami dulu. Tak war-war sangat dekat student kolej lain sebab tempat terhad. Lagipun kami sendiri isi tempat kosong tuh.  Haha. Rasanya around 30 orang saja yang ada. Dinner berdekatan dengan kandang kuda. Lisa dan Farid nak kuda tu berganti-ganti. Intan Ladyana tak naik. Adalah beberapa orang yang naik juga time tu tapi me and the geng tak nak. Yang penting, MAKAN.. Haha. Maaf gambar tak ada, semua dah hilang sekali dengan external yang rosak. But Farid tu memang tinggi. Lisa dan Intan tinggi lebih kurang. Bila dekat biodata (di internet) disebut tinggi Lisa 5'3', saya fikir balik. Betulka? She looked shorter. BTW, sebelum ni selalu bisik dalam hati, Lisa Surihani remind me of somebody I really adore. Siti Nurhaliza. Especially the way of how she present herself. Sangat sopan dan selalu beri positive vibes to people around them. Tapi eh I tak minat Lisa, Siti Nurhaliza tetap nombor satu dalam hati I. Haha.

Okey.

Tujuan entri terlambat ini ditulis adalah kerana ingin menyatakan how I adore the majlis sangat-sangat. I have my own reason, but the main reason is, I love the concept. Lain dari yang lain kan. Pelamin pun adalah cantik. Especially pelamin nikah. Petak-petak macam tu memang kegemaran I. I don't know why, banyak idea dan konsep yang masih tersimpan dalam kepala hotak ni, masih belum sepenuhnya disuarakan di dalam blog (tapi telah direalisasikan oleh majlis pasangan ni.

Dari pelamin nikah yang ala-ala petak-petak tu hinggalah ke bilangan persalinan dan warna. Syam and I planned to have only two sets of wedding clothes. White and white. Itu plan saya lah. Tapi jadi white and champagne. White untuk majlis nikah, and because he refused to wear white untuk reception, I suggested to use warm and sweet champagne color untuk majlis sanding to compliment his dark skin. He's happy with that so I guess he agreed.

We even bought our reception shoes. Dia dengan kasut hitam dan saya dengan high heels in champagne. Haha so you see we're very serious about the champagne theme okey..




Awal sangat nak beli tapi time jalan-jalan di Centre Point KK (sebenarnya ada hal di Kota Kinabalu, I won't be at KK kalau tiada urusan) awal Februari lepas, tiba-tiba jumpa clearance sale dekat satu kedai kasut dekat Centre Point yang nak pindah keluar. 95% hampir kosong! Menyesal sebab tak tahu awal. Haha. Kasut kami berdua worth RM308 kami beli harga RM110 sahaja untuk kedua-dua pasang. Jenama Red Modani. Quite nice, saya pun bukan memilih sangat pun. The design, the material, and the color is just perfect. Very close to my liking. And kasut hitam tu pun jenis kasut idaman Syam. Well I guess both shoes are meant to be paired together :P

Saya nampak video majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusry, ala-ala tema vintage. Warna-warna yang digunakan pun warna-warna warm. Broken white dan champagne. Dan ada sentuhan sikit-sikit light gold, ada spot bunga warna warm blue, pink, and purple especially part pelamin. Memang naik habis. Baju tema keluarga dan kenalan sebelah Lisa waktu majlis nikah warna dusty pink (Lisa pakai white dress), waktu resepsi gold champagne (Lisa pakai warna champagne cair). Sebelah Yusry, nikah biru, resepsi hijau. Pakaian Yusry sedondon dengan Lisa. Tapi tak berkenan dengan samping Yusry waktu nikah. Hmm. Tak pernah berkenan dengan samping macam tu. Tiba-tiba ada warna warni. But okey, maybe trend tu tengah 'in' untuk pengantin lelaki sekarang.




Tentang details dekat veil pula. Saya minat sangat dengan bentuk dan flow veil Lisa dekat bahagian belakang. So gorgeous. But a bit macam 'alamak yes yes' bila tengok boarder detail dekat veil Lisa sebab actually I dah beli bunga-bunga kain timbul untuk jadikan boarder veil dekat Kamdar, 1Borneo, hari yang sama saya dan Syam beli kasut kami. Lebih kurang macam boarder veil Lisa. Sejak start survey around january lagi dah suka dekat bunga timbul untuk detail veil. Bila jumpa kain ni, hati dah berkenan sangat-sangat, sebab tu hari tu terus sambar. RM40 total. Satu meter sahaja, but cukuplah untuk jadikan boarder dekat veil sebab kain tu penuh dengan bunga timbul. Bidang pun luas. Even mutiara dan kristal saya dah prepare awal-awal. Alhamdulillah Sabah senang nak dapat mutiara hihi. Tengok gambar atas tu, saya test letak kristal dekat bunga timbul tu. My very first attempt. Lepas ni tinggal beli kain bridal net dan pisah-pisahkan bunga-bungaan timbul ni dan hias dengan mutiara/kristal. Part DIY yang I excited sebenarnya ni haha. Nanti bila dah start nak buat, saya akan tunjuk DIY tu dekat blog okey.


Look at the veil

Oh of course veil Lisa outcome dia lagi cantik :P

And the dress pula. Saya prefer dress macam dekat gambar INI. Ada tiga persamaan dengan apa yang saya nak. 1st, nak kain lace (tapi not sure la full or not - yet to be decided). 2nd, that v-neck. Dari dulu lagi I prefer v-neck even for my tshirt haha. So v-neck is a must. 3rd, detail dekat lengan. Awal-awal survey saya lebih tertarik dengan baju resepsi Maya Karin.





Kain lace juga. Tapi tak mahulah buat jarang-jarang macam tu. Tapi macamana ya supaya tutup aurat, dalam masa yang sama lace tu tak tenggelam oleh warna baju inner nanti, without buka the aurat? Okey we'll sort that out later.

Ada beberapa lagi yang kami berdua dah beli. Sikit-sikit. We'll talk about that later.

All in all, great minds think alike :P
Share: