2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking

fina sophie, 1 dec
i try to be genius but end up writing crappy stuffs

plan a trip with me

Singapore - USS, Feb 2014

Malaysia - Langkawi, Jun 2014

Thailand - Krabi, Jun 2014 Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


The Novels



Finstagram



Senarai semak bakal pengantin 2013
Friday, February 03, 2012 posted at 16:56 ♥

Assalamualaikum. Bride wannabe anda hari ini, Fina Sophie dengan rasa malu-malu kucingnya mengkopipes list di bawah ni. Senarai ni boleh cari merata dari google. Untuk rujukan sendiri. Ehem ehem. Akhir-akhir ni tekak asyik nak berdehemmmm saja. :P

Bakal pengantin. Wahaha. Sorry, pelik sikit rasanya. Geli pun ada, not sure kenapa. Haha annoying kan? Ignore me.

Okey here's the list.

MERISIK (alhamdulillah done)

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama (optional). Antaranya ialah :
  • Cincin belah rotan (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
  • Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

Ini just contoh senarai. Kalau tidak ikut pun, tidak apa. Kalau ikut separuh saja pun, tidak apa. Tiada masalah. Even tiada cincin pun, tidak apa. TAPI, INI SAYA YANG CAKAPLAH. Hihi. Kena ikut adat dalam keluarga juga. Awalnya, saya sendiri cadang tidak perlulah perkara remeh temeh tu. Satu hal lagi nak beli cincin bagai. Baru risik pun. Tapi macam yang saya cakap sebelum ni, bila sudah nama adat, kadang-kadang ada benda kita tidak boleh tinggalkan macam tu saja. Adik lelaki saya ada seorang dah selamat merisik pun sebelum saya. Tapi waktu tu kami sebelah yang merisik, kali ni kami sebelah yang dirisik. Waktu risik girlfriend adik saya tu, ada peruntukkan untuk cincin tanda, so family dah set begitu, saya pun kena ikut juga. Bukan setakat saya sebenarnya, Gisam dan family Gisam pun kena ikut juga walaupun mungkin berlawanan dengan adat sebelah diorang.

Waktu risik ni, yang dibawa adalah sebentuk cincin tanda, wang tanda, kek bertulis 'Will You Marry Me?' haha.., dan sejambak bunga. Idea saya dan Gisam sendiri. We have our own reason why we want it that way.

Ada lagi satu perkara berbeza yang terjadi waktu risik ni. Benda yang tiada dalam rancangan saya pun. First, ada potong kek. Tengah-tengah kek willyoumarryme tu ada lilin. Satu je. Aunty saya cakap, sempena pertemuan PERTAMA kedua-dua buah keluarga. Haha malu dan segan semua ada sebab tidak pernah dibuat orang tapi turutkan saja. Tunang dan nikah pun saya jarang dengar ada potong-potong kek tau.

Malu tunjuk muka tak siap ni

Second, boleh pula time dah kena panggil keluar tu, duduk bersimpuh la konon sebelah mak, tiba-tiba ayah tanya :

"Jadi, Na, apa perasaan?"
Errk. Apa perasaan? "Perasaan apa?" Aisemen. Boleh pulak mulut ni pegi soal ayah balik. Tampar mulut dalam hati. Saya teringat sebelum ni ayah cakap, kalau kena soal, jawab iya saja. Jangan jawab lain. Habis tu bila kena tanya apa perasaan, takkan nak jawap 'iya'.
Ayah pandang semacam, macam dia nak dengar jawapan time tu jugak. Semua orang pun tengah pandang.
Lepas tu saya fikirlah, Eh tengah nervous kan. Nak jawab 'nervous' la. Baru nak buka mulut. Tiba-tiba mak Gisam tambah. "Apa jawapan.. Ada halangan ka.."
Oh.. Saya pun teruslah confident jawab. "Tidak." Bayangkan saja lah confident macamana ya sebab saya yakin mesti ada antara yang hadir time tu sangka jawapan saya memang semata-mata 'tidak. Faham tak faham tak? Gisam cakap, time tu dia dah nak luruh jantung bila saya jawab 'tidak'. Ingatkan tak hendak. Lepas sedar terus saya jawap, "Tidak, tiada halangan." Dengarlah suara ooohhhh lepas tu. Ahaha.

Rupanya sebelum sarungkan cincin tanda tu, tujuan ayah panggil saya keluar tu untuk dengar dari mulut kami berdua. Betul-betul bersetuju atau tidak. Aisemen. Lepas saya, giliran Gisam pula ayah soal. Jawapan Gisam time tu sangat berani.. Terharu sangat. And do you know? We are just friends, until the risik day. 22.01.12 adalah hari yang sangat istimewa :]

Perkara biasa yang terjadi adalah adegan si perempuan mengintai. Nak dijadikan cerita, yang nak dirisik ni mengintailah dari dalam dapur di balik pintu bercermin gelap yang bertabir. Dia bukan sedar cermin gelap tu bukan yang jenis gelap yang cover si pengintai. Kalau dah lekat hidung dekat cermin tu, confirm nampak! Dan perempuan tu adalah pemilik blog bertuah ni. Hahaha. Bongok betul. Okey dah mula dah nak bercerita panjang.

Move on.

PADA HARI PERTUNANGAN
  • Cincin berlian
  • Sirih junjung
  • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
  • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI
  • Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
  • Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
Lapan hingga enam bulan? Saya ni kira 12 bulan sebelum, saya dah mula buat perancangan nih. Adei mana nak sorok muka. Hahah. Almaklumlah, serba serbi nak DIY. Buat sendiri. Harus start survey awal. Survey saja pun. Baiklah. Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut :

Bagi pengantin lelaki dan perempuan :
  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. Percayalah, better yang ini bincang sebelum bermula lagi, kita tidak tahu waktu risik pun mungkin ada percanggahan kan? Komunikasi tu penting.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini. Majlis di hotel atau taman. Saya rasa saya dah tahu macamana yang kami berdua nak, cuma belum finalize lagi.
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. As what I'm doing right now.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini.
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. 

Bagi pengantin lelaki:
  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


LIMA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan
  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


DUA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan
  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
  • Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
  • Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
  • Cincin / gelang tangan / rantai.
  • Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
  • Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
  • Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
  • Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki
  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
  • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan
  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN
  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


The End.


Alhamdulillah.. Sekarang saya di fasa 10 bulan sebelum majlis pertunangan. Dalam perancangan, majlis tunang dan majlis kahwin gap cuma dalam dua bulan saja. Lama lagi tapi bak kata kawan I, even setahun pun bukannya lama pun. Pejam celik pejam celik, dah ada atas pelamin. Hahah. Kalau nak tunggu waktu tunang baru nak start survey, rancang dan beli, saya tak sanggup. Saya kira masa dua bulan sebagai tunang orang tu saya tumpukan untuk diri sendiri sahaja. Cuma mungkin ada lah tinggal beberapa benda lain lagi untuk finalization. Mungkin pada hari kejadian nanti, tidak akan 100% sama dengan apa yang kami rancang hari ini, but at least I'll keep in track. This is the first time in my family (saya anak sulung) dan for him pula, first time in his whole family dekat Kundasang. It has to be 'something'. :]

So here's my personal to-do list.

SEPULUH HINGGA TUJUH BULAN SEBELUM MAJLIS

Survey konsep majlis perkahwinan and everything in it yang kami nak. Konsep utama, SIMPLE ELEGANCE. Yeap itu yang kami nak. Of course melalui hasil perbincangan kami. Tapi tak boleh nak finalize lagi.. uhuk uhuk. Sebab ada hal-hal yang hendak diusulkan pada family masing-masing sebelum proses nak melaksanakan tu, tapi taklah awal sangat. Buat masa ni, 10-7 bulan, just survey saja. Then mungkin 5 bulan sebelum majlis ke baru usulkan pada family. Majlis di hotel atau taman. Saya rasa saya dah tahu macamana yang kami berdua nak, cuma belum finalize lagi.

Tapi, survey bukan setakat survey. Kena plan betul-betul, sebab bagi saya, if dah nak usulkan pada family, make sure benda tu boleh dicapai dan tidak menyusahkan sangat. My father besarkan kami adik beradik dengan cara macam tu. Manatau tiba-tiba gedik nak naik helikapter lambai-lambai dari atas pulakk.. Tampar je I kalau I dah start nak benda-benda pelik tau. Tu bukan 'Simple Elegance' lagi dah. Itu konsep 'Meroyan' namanya. Kekekkk..

Lagi satu, kalau setakat cari jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan etc di internet semata-mata, mungkin tidak makan banyak masa dan tenaga berbanding dengan turun padang dan carik dari kedai ke kedai kahwin yang lain. Nak compare price dan nak bagi kena dengan warna dan tema perkahwinan, 3 bulan masa untuk survey tu mungkin berpatutan. I think I have enough time for preparation.. At least I will not have the time to be a BRIDEZILLA. Kuangkuang.

In short, all I have to do now, to know that this is my time to learn, and to KNOW my options. Dan akhir survey-survey ni, usulkan pada family dan once capai kata sepakat, we'll proceed with the plan. Insya-Allah!

So lepas ni, saya start survey-survey dah. Will post about it in next entries. Other B2B out there yang sempat baca post ni, HELP MEEEE..

Labels:

3 comments

Blogger Mizz ErMa said on 01 March, 2012 18:50  

terbaeklah! =D


Blogger Fina Sophie said on 18 March, 2012 09:53  

Mizz ErMa,
haha thanks!


Blogger zee said on 30 March, 2013 10:50  

Nice.boleh dijadikan tips.tq!!









original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish