Pages

Calendar 365 : Done-List

Wednesday, February 29, 2012

Ya ampun lamanya tak update.Tapi alhamdulillah banyak benda dah selesai yeay! To-do list di entry INI.


Things to do by this week :
  • Buat final touch-up untuk step tarian etnik kreatif Sazau Papar for SRJK(C) Pai Wen
  • Start contest dekat page Tari Kirana (been planning it for almost a week)
  • Baiki DSLR. Ada rosak sobsobs.
  • Renovate kedai dan the decoration?
  • Mulakan jadual senam yang lebih ketat.
  • Dah boleh tak saya minta adik saya untuk compose lagu yang Tari Kirana bakal tarikan di majlis saya nanti? Haha. Adik saya ada seorang buat lagu as his part time. Tapi biasanya lagu-lagu dia buat yang macam style linkin park. Not sure if he can produce lagu tarian, but hari tu ada tanya, he said okey.


Paperwork & Quotation

Finalization dah siap, paperwork pun dah submit dekat cikgu kebudayaan sekolah tu. Soalan pertama yang keluar dari mulut cikgu tu lepas selak sekeping dari 13 keping paperwork tu, cikgu tu tanya - Mana dapat format kertas kerja ni? Atau you buat sendiri?

Hikhik.. Paperwork begitulah yang buat tidur I tak lena mandi tak basah selama setahun lebih pegang jawatan JPMDPP di kolej dulu. Hari-hari fikir paperwork. Paperwork sana paperwork sini. Ejaan silap pun reject. Anggaran perbelanjaan tidak ngam, reject. Alignment salah, reject. Numbering salah, reject. Apa-apa saja yang tidak kena, pasti reject. Bukan mudah paperwork tu sampai ke Dekan. Nak lulus lagilah tak mudah. Haha. Semua tu tinggal kenangan. Tapi kesan masih sampai sekarang. Nak buat paperwork sikit kena perfect. Kalau tidak, tidak puas hati. :P

Syam did read my paperwork. Lepas tu dia cakap, nak upah his bakal fiance ni buat paperwork for his business plan. LOL. Upah tu.


Tari Kirana contest

I was so busy but yes contest tu sedang berjalan di page Tari Kirana, cuma belum ada sambutan lagi. Ala relaxlah. Kalau tiada sambutan, tidak apa. Memang padanlah sebab tidak buat promosi. So busy buat benda lain. Ni pun sampai seminggu lebih lepas ni pun saya masih sibuk dengan hal lain. Banyak sangat benda yang saya tidak mention dekat sini. Since mother gerak ke Mekah untuk menunaikan Umrah, saya take charge to take care of  things she asked me to do or tengok-tengok. Sampailah pulang around 19th March nanti. I am still busy to do another things, tak dapat nak fokus untuk contest tu.

DSLR

Gambar-gambar yang saya ambil sekarang ni kebanyakkannya dari DSLR Canon 1000D je pon. Haha. Kamera untuk beginner. Tak tahu sangat guna pun, pandai tekan saja. Tapi maybe sebab tak tahu, tu yang tak reti nak jaga elok-elok. Ada sot sikit sekarang ni. Still boleh guna, but kena set like this and like that. Hmpph. I guess, DSLR dah macam telefon dah. Sangat penting. Kamera compact pun tak pandang dah. It helped me a lot in taking high-pixeled pictures of Tari Kirana..

Renovate kedai and the decoration??

Yezza. Dalam masa seminggu okey bermula 18 Februari. Renovate sikit saja. Ada tambah ruang sikit. Alih semua barang-barang dalam masa sehari *semput* dan cat *makin semput* Cari cat banyak tempat, akhirnya jumpa yang kena di hati. DUSTY PINK! Haha. Akhirnya I have something in dusty pink *berangan-angan pakai warna dusty pink with merah warna lembut background warna putih untuk majlis tunang*. Cat ambil masa dua hari juga. Nasib baik Syam ada tolong sepanjang proses tu. Lepas dua hari cat, esoknya keluar pula cari tikar getah *tikar getah je mampu* dan kami berdua sangat suka dengan pilihan saya. Ahaha. Sangat naik dengan warna dinding dusty pink tu. Itu ambil masa dua hari untuk siap cover seluruh lantai since ada benda lain saya nak buat. Next day, mula angkat barang. Kali ni ayah ada datang tolong. Kerja mengangkat barang sajalah untuk hari tu. Next day, Syam datang rumah untuk tolong angkat pula barang yang nak bawa dari rumah ke kedai. My decoration dekat bilik pun saya angkat semua. Dan hasilnya hari ini, selalu perasan orang stop depan kedai, mata melilau sekeliling tengok kedai. Hehe. Syam pun puji. Cantik. Ewah. Tapi sebenarnya ambil hati ja tu. Bukanlah cantik sangat pun. Very girly la that shop. Hahah.

Jadual senam

Next.

Compose lagu

Oh belum lagi. Mungkin sibuk sangat fikir benda lain, until I forget. My brother tu sudah balik politeknik. Tidak apa, dia selalu pulang cuti.




Bulan Tiga dan seterusnya

March is going to be a busy month for me. End of this week Tari Kirana ada performance. Nak elak tak dapat.. Hm it's okey ambil offer yang penting-penting saja. Ni pun not sure if dapat confirm since they requested four ethnic dances.. Eheh. Mati I. Any Sabahan here? Ada group tarian yang memang buat tarian etnik Sabah? NTV7 nak shoot korang. Shooting tu. Don't worry, berbayar. :P

11th march pula I have to submit another paper.. Tengah prepare. Ehem, wish me luck!

13-14th ada bengkel tarian dari Tugu Budaya.

19th mama balik insya-Allah.

And something-something til end of April.

And May! Time to finalize what Syam and I want for our wedding. So far, ada juga sikit yang berubah dari plan asal, sekejap tarikh ni, sekejap tarikh tu. Until Mei, kena senyap dulu, ambil masa untuk fikir betul-betul. Awal Mei dalam first week, kami masing-masing cakap dekat family, macamana kalau macam ni, macamana kalau macam tu. Cuba cari kata sepakat. Then hujung bulan Mei, we have to make sure that everything is already finalized! June dah kena start for the preparation kalau tiada perubahan besar.



Okey dears. I have to go. Masak untuk lunch.

Love notes : Many steps closer.

Thursday, February 23, 2012

Sila play lagu di bawah sebelum proceed with this post. Saya paksa. :P

Daisypath Friendship tickers


Christina Perri - A Thousand Years
"A Thousand Years"



As friends. I knew him as one of the musician of KMS. Kinabalu Merdu Sound - one of bamboo orchestra musicians.


Tolong jadi co-driver :)


Always been there to accompany me.. :)


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall



First step closer : 18th June 2011


 But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer


11th October 2011


I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more


11th October 2011


17th October 2011


Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer


20/01/2012



Another step closer : 22/01/2012

Darling, don't be afraid
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One month and one day being officially approved by both families. One of the best feeling in the world. Looking forward for many years ahead - until jannah.

Calendar 365 : Senarai to-do minggu ini.

Monday, February 20, 2012

Let's talk about something I dah jarang-jarang tell you. My daily life! Haha.

Waktu entri ini mula ditaip, saya baru siap masak. Telur goreng dan sup sayur. Bangganya *mata ke atas, tangan ke dada* Main masuk saja mana yang ada. Tidak banyak stok sayur ada di rumah sekarang. Day one without mother, my main task adalah untuk take care bahagian makan minum. Not an easy thing to do since for three weeks onwards, kena rush, awal pagi lagi dah kena masak sarapan and then untuk lunch before going to work. Hari ni off day until before next week sebab my kedai on renovation sikit, terpaksa tutup. Tapi kena keluar kejap lagi untuk urusan hal renovation tu yang bikin I pening kepala. Dan oh, Fina, sebelum balik, jangan lupa beli sayur!


Things to do by this week :
  • Buat final touch-up untuk step tarian etnik kreatif sazau papar for SK Paiwen.
  • Start contest dekat page Tari Kirana (been planning it for almost a week)
  • Baiki DSLR. Ada rosak sobsobs.
  • Renovate kedai dan the decoration?
  • Mulakan jadual senam yang lebih ketat.
  • Dah boleh tak saya minta adik saya untuk compose lagu yang Tari Kirana bakal tarikan di majlis saya nanti? Haha. Adik saya ada seorang buat lagu as his part time. Tapi biasanya lagu-lagu dia buat yang macam style linkin park. Not sure if he can produce lagu tarian, but hari tu ada tanya, he said okey.


    Okey dears. I have to go NOW. Bye!

    Dugaan-dugaan menuju ke arah perkahwinan

    Saturday, February 18, 2012

    Just a hundred (and a few) miles away from Ranau now, and I miss somebody a lot. *lagu 'I think I love you' dari drama Korea 'Full House' berkumandang*

    Okey cut that. HAHA.

    Dugaan-dugaan menuju ke arah perkahwinan ni memang banyak rupanya. Bak kata adik I (yang konon plan nak kahwin dulu tapi tidak jadi kahwin dulu sebab tiba-tiba kakak dia ada calon *blushing* so he have to wait 1-2 more years), masa-masa macam ni la syaitan cuba nak buat macam-macam. Sebelum ni dengar saja, tapi bila dah lalui sekarang ni, barulah tahu macamana kuat kita kena bersabar dengan pasangan. Nampak memang senang, tapi bila sedang mengalami, berderai juga air mata.

    Yang paling penting, sabar sabar sabar dan sentiasa memaafkan. Marah tu boleh, but jangan biar lama-lama sangat.

    Antara faktor-faktor yang membawa kepada pergaduhan waktu darah tengah manis ni adalah :
    • Adat dan budaya. Kalau kena dengan family masing-masing yang serah bulat-bulat dekat kita tentang segalanya berkaitan persiapan perkahwinan, alhamdulillah. Tapi kalau kena dengan family yang ada budaya-budaya tertentu, waktu risik kena ada ini, waktu tunang kena ada itu padahal dalam your family tiada benda-benda macam tu, banyak persoalan dan salah faham akan timbul. Bagi saya, sebelum bermula dengan step pertama (merisik), perkara pertama yang perlu diambilkira adalah budaya dalam family. Dan bincang dengan keluarga masing-masing tentang budaya-budaya dan kebiasaan dalam keluarga kaalu berurusan benda-benda begini. Waktu sebelum merisik tu, make sure apa yang akan dibincangkan waktu majlis risik tu. Dan sebolehnya, sebelum risik juga, lepas bincang dengan pasangan, masing-masing bincang dengan family soal wang hantaran. Kiranya range wang hantaran tu bagi bayang-bayang sikit sebelum majlis merisik, so bila tiba masa majlis tu berjalan, smooth saja. Dan kalau boleh, bila bincang soal wang hantaran tu, buat secara tertutup. Ibu bapa kedua-dua pengantin saja yang ada, yang makcik pakcik tidak perlu dengar. Pendapat sayalah. Hal-hal macam ni, banyak hati kena jaga. Contohnya. Bila saya cakap dekat mother, tidak mahu tunang, terus majlis nikah dan resepsi, mother cakap, 'budaya apa kau ikut?' okey maka saya pun diam. HAHA. Mana boleh lawan. Macam yang saya cakap tadi, hal-hal macam ni banyak hati kena jaga. So kalau tak bincang awal-awal tentang kebiasaan dan adat dalam keluarga masing-masing, kalau tiba-tiba ada percanggahan, pandai-pandailah atur emosi masing-masing. Kan dah panjang explanation.
    • Berlainan pendapat. Yang satu nak macam ni, yang satu nak macam ni. Kadang-kadang pasangan marah. Si dia mungkin akan kata, kenapa tidak bincang dulu bila nak buat keputusan? Kenapa ambil ni, bukan ambil tu? Dulu kita bincang lain kan? Okey. Kita perlu sedar, untuk hal-hal perkahwinan, keputusan perkahwinan itu sendiri adalah keputusan berdua. Bukan seorang sahaja. Kalau sebelum ni kita biasa buat keputusan sendiri-sendiri, jangan lupa, bila dah berkahwin, segala keputusan adalah sebaiknya hasil perbincangan dengan pasangan *tiba-tiba insaf, sebab sayalah orang yang dimaksudkan*. Perkahwinan itu sendiri adalah satu perkongsian. Kongsi segala-galanya. Kongsi katil, kongsi perbelanjaan, kongsi anak. Bangun pagi tiba-tiba ada orang di sebelah. Solat berjemaah berimamkan suami. Suami menadah tangan untuk doa dan kita aminkan. Pergi kenduri kahwin kawan-kawan bukan lagi pergi seorang atau dengan kawan-kawan atau family, tapi dengan suami. Pergi mana-mana, dengan suami. Buat apa-apa, dengan suami. Keputusan apa-apa, bincang dengan suami. Hal-hal kewangan, bincang dengan suami. So why not start now, biar apa pun keputusan berkaitan soal masa depan, libatkan si dia. Sebab insya-Allah, dia bakal jadi sebahagian dalam hidup anda nanti. Sama juga macam apa-apa hal berkaitan perkahwinan, pertama sekali, bincang dengan pasangan. Barulah diusulkan pada family. Sebab hati family pun kena jaga. Baca point pertama. Hikhik.
    • Okey belum dapat fikir.

    Tapi bagus juga sebenarnya, bila ada konflik, waktu tu la masing-masing belajar tentang sikap sebenar pasangan. Paling penting, bila tiba dugaan-dugaan macam ni, inilah masanya untuk kita belajar-belajar bersabar dan memaafkan, belajar-belajar untuk memahami dan bertolak ansur. Bukan soal siapa menang dan siapa kalah.

    Kalau putus di tengah jalan, itu tandanya you guys had lost the thing that brought you guys together.. Sayanglah kalau macam tu.. :)

    Keyword Nuffnang : Lelaki-lelaki Sabah

    Friday, February 17, 2012



    Lelaki Sabah lagi? Boleh kembang hidung para jejaka dari Sabah kalau tahu yang diri mereka sentiasa di-google. Sentiasa, sebab ni bukan pertama kali, banyak kali dah keyword ni keluar dari statistik Nuffnang saya. Lebih kurang macam pemandangan biasa di statistik Nuffnang ai *cek keyword tiap hari* Haha.

    Okeylah saya quote balik apa yang saya pernah post di entri saya sebelum ni berkaitan Sabahan guys.

    One thing about Sabahan guys (be it muslim or not), they're handsome in their own way and always so honest and very gentleman towards girls. Of course, they can be a sweet talker, but they mean it. I'd never have much problem with Sabahan guys cuz they are always so understanding. Pendek kata, most of them know exactly how to treat girls (baca : romantik), good sense of humor and be honest at the same time. Diorang tak mengumpat macam perempuan (if you know what I mean). Juga, banyak yang pandai main alat muzik.

    And they love and treasure their own family a lot, which is well, bukan lelaki Sabahan je macam tu of course.

    I don't want to comment about Malay guys sebab nanti ada bias. Befriends with many type of guys with different culture and different background (same goes to the ladies), I have my own bad and good experience. Generally, Sabahan guys memang menyejukkan hati, basically, memang macam yang perenggan kedua. And as I told you before, kalau pandai cari or sememangnya telah dijodohkan bersama, you akan jumpa lelaki Sabahan yang ada ciri-ciri dekat atas though I also have some bitter experience with some of them. Mana-mana lelaki pun. Kalau tiada jodoh, macam tu lah. Take it as easy as that.

    Adorable they are, and I think I understand why did Arianna in Bvlgarigirl blog fell in love with one of them.. Well, all the best Arianna. Been following her blog since 2009. I think she has a remarkable love story, she made the right choice to share it to the world. Eheh tak plan pun sebut pasal her love story. Tiba-tiba teringat :D

    And most of all, the guy in my small world now also have those kualiti yang saya sebut dalam perenggan kedua and yes he plays music! Main gitar walaupun kurang semenggah tapi lepas kahwin bolehlahhh feeling-feeling nyanyi depan unggun api dan dia pula main gitar padahal dua-dua sumbang. And fact is, kami kenal pun sebab dia salah satu pemain muzik instrument orkestra bambu yang Tari Kirana pernah involved dulu. Selalu bergerak dalam satu rombongan perform sama-sama. Well, it's not main reason why I accepted him to be not just a part, but to be my life and my world - but ada banyak reason lagi. Biarlah rahsia buat masa ni.

    Love isn't finding the perfect person, it's seeing an imperfect person perfectly.

    Entahlah. Kalau anda rasa kenyataan saya tentang Sabahan guys adalah overstatement, I understand.. Ini semua saya cakap berdasarkan pengalaman saya yang dikelilingi lelaki-lelaki budiman, dan dibesarkan oleh, membesar bersama lelaki-lelaki dalam keluarga saya yang budiman belaka walaupun siblings adalah annoying sikit-sikit. HAHA. Ala tak rock la kalau tak annoying SIKIT kan. Di waktu persekolahan sekolah menengah, I know and befriend with some of them (which is a lot actually!), bila dah besar ni, have been in love with some of them, and now, planning my future life with one of them.

    So excuse my 'overstatement', which is, bagi saya, ia adalah true :P

    Inspirasi Pengantin 2012 : Gaun Sanding

    Oyeah memang topik kegemaran sekarang adalah wedding preparation by yours truly. MEMANG. Sila hadapi perempuan ini dengan tenang. Mood nak kahwin masih tercari-cari lagi sebenarnya. Ceh siap ada main mood-mood lagi, actually cannot find the right phrase zzzz. Masih dalam proses menerima hakikat bahawa aku telah disunting orang. Tiada bercinta, tiada couple, tiba-tiba ehh dirisik. Mama siap tanya, 'ko cakap, kawan saja??'. Saya jawap, memang kawan pun hihihi. Tidak apa, itu kita cerita nanti.

    Walaupun masih cuba menerima hakikat, TAPI, ya ada 'tapi'. Mood untuk survey-survey adalah sangat tinggi tahap lampu merah kelip-kelip otroman - asyik-asyik sebut otroman kan, entah macamana ejaan sebenar tu? Ultraman ka? Dah lupa. Tumpang lalu keluarga Ultraman pojaanku.

    Kerana mood window shopping untuk idea-idea perkahwinan di tahap memberangsangkan, jadi untuk hari ini, mari cakap-cakap dan bincang-bincang soal dress kahwin pula. Bukan saya je, Syam pon macam tu kadang-kadang. Tahap semangat luar biasa yang boleh mempengaruhi orang lain, yesss that's me wakakak so jangan salahkan dia. Jangan salahkan saya juga. Salahkan mood saya. :P

    Cukup tidak cukup, bajet baju kahwin kami adalah RM*K sahaja (with this amount, we agreed to tempah baju terus), untung-untung boleh buat sewa nanti as my mother sebenarnya buat bisnes pelamin kecil-kecilan and saya pun ambil tempahan mengandam pengantin kadang-kadang. Not so serious, kalau ada minta, saya tolong. Begitu juga dengan my mother. With RM*K budget tu, itupun trying hard if boleh cut mana-mana supaya boleh lebihkan bahagian emergency case. Emergency dan etc etc punya expense budget RM*K saja. Hiasan kereta, centerpiece, inai, kos buat signboard dan dan termasuklah manggar dalam satu dua batang just as penunjuk jalan (almaklumlah rumah I dekat kampung. Signboard adalah amat penting) dan segala-galanya yang lain.

    Baiklah, cut the crap, mari go through this pictures. These pictures actually gave me some ideas of my dream wedding dress. Theehehe. Some you might find ridiculous, some you might find unique, some might make you just wanna cry. I got this from Wedding Inspirasi.




    Sharing is sexy :P

    Kad kahwin lace pilihan Lisa Surihani dan Yusry

    Wednesday, February 15, 2012

    Hambik. Main SEO kejap. Lama tak letak title entri yang berciri keyword macam ni :P

    Lace wedding invitation card. I've been keeping eye on this kind of card since mula survey-survey hari tu. Kad undangan perkahwinan antara benda yang paling awal saya survey sebenarnya. Dan baru-baru ni saya ternampak dekat wall update salah seorang pelakon dan pengacara tanah air kita, Awal Ashaari :


    That's Awal Ashaari's shoe.


    Bawah ni pula dapat dari google.









    Siapa yang cakap kad ni simple, ya memang sangat simple dan nice. Tapi siapa yang cakap murah? Hehe mari sini saya cakap sikit. Cover kad itu adalah hardcover ya. Siap balut dengan kain lace, ada ribbon, lepastu ada hotstamping lagi. A bit pricy sebenarnya. For them maybe biasa-biasa saja, biasalah artis. Alhamdulillah ada kemampuan lebih. Orang kata, tidak perlu berbelanja mahal untuk kad undangan perkahwinan pun, sebab paling lama setahun dah masuk tong sampah. Silap-silap sehari lepas majlis, orang dah buang kan. What to expect, there's where it meant to be btw. Hukhuk. Apa akan jadi dekat my wedding invitation card ya? Baru plan nak DIY. Kad tu kalau bagi kat kawan-kawan pastu kena buang, agak sedih sikit di situ. Sikit je la. Selebihnya redha :P

    Err tapi rasanya kad kahwin Lisa dan Yusry, kalau saya dapat undangan kad ini, confirm simpan buat kenangan! Hahah.
     
    Kalau Lisa dan Yusry jenis teliti dalam pemilihan kad kahwin, kita akan lihat dari kad kahwin yang mereka edarkan tu saja kita dah tahu tentang warna dan tema majlis mereka nanti. Sama-sama kita nantikan. Entah kenapa macam teruja pula. It's not that I minat dekat diorang. Lisa or even Yusry. Not because I find she's actually cute dengan pelat R dia (my sister pun istimewa macam dia, pelat sebut R haha) tapi, akhir-akhir ni suka tengok wedding orang sebab entah. God knows why. Mungkin sebab tengok kad kahwin mereka guna LACE!

    Mari kita lihat beberapa contoh kad kahwin yang berinspirasikan kain lace.




    Black lace with rhinestone putih dekat tengah-tengah. Elegance!


    White lace :)




    kadkahwin-pino.blogspot.com tapi ni bukan kain lace yang real tau. Just printed pattern je. Tu sebab harga dia murah berbanding kalau letak real lace ;)


    My dream card. Lace memang sangat sinonim dengan wedding kan. Suka kad ni. Cerah dan bersih ;)


    Yang ini untuk bahagian dalam. Lace printed.


    Erk, macam sama dengan kad kahwin Lisa dan Yusry kan. Inspired kot? But this one nampak lebih mewah hikhik :P


    Cantik kan? Rasa-rasa macam nak buat kad lace untuk my majlis. Serious, drooling!

    Entah ada ka tiada B2B baca post ni. Rasa macam bebel sorang-sorang pun ada jugak. Blogwalk tapi malas nak komen. Bengap di situ. Tidak apalah. Macamlah tak biasa bebel sorang-sorang kan. I know I have few loyal reader here. It's okey kalau jarang singgah pun, yang penting ingat dekat saya, cukup. :P

    BTW, kad undangan perkahwinan jenis macam ni masuk dalam list cadangan I. Tapi mesti ingat motto kita okey? BIAR MURAH ASAL BERGAYA * ceh tiba-tiba ada motto*

    Smile!

    Sunday, February 12, 2012

    *amaran. ada gambar hantu jadian*

    I can't sleep early last night. Biasa pukul sepuluh mata dah berat. Letak kepala atas kepala sekejap saja pun dah lena tak ingat apa-apa lagi dah. Whole day staying at kedai is much more tiring than helping mother untuk prepare majlis baca doa rupanya. Ya kami ada majlis baca doa sikit di rumah malam tadi. Baca Yasin. As one of us (my family) will left Malaysia for several weeks to perform Umrah.

    Stumbled upon a page, newly created. Sungguh kesian. My life as budak-budak tidak pernah terdedah dengan acara dengki mendengki, jatuh menjatuhkan dan sebagainya. Exposed too much dalam dunia hiburan, bila kena puji melambung, kalau tidak cukup bimbingan, kalau tidak difahamkan sedalam-dalamnya tentang istilah merendah diri, boleh jadi besar kepala. Budak-budak bukan boleh! Terutama budak-budak perempuan. Bak kata Cici, ada kekacauan sistem. Tidak cukup iman di dada, jangan masuk dunia hiburan (tengok lah contoh akak laser kak Azwana Alia. dulu-dulu mula jadi pengacara, jauh bezanya dengan sekarang lol). Tidak cukup iman, jangan masuk politik. *tiba-tiba*

    Okey seluruh perenggan kedua memang bercirikan TIBA-TIBA.

    Tahukah anda kenapa? Sebab saya stress. Sebenarnya ini entri stress. Sebab, makin banyak bincang tentang majlis, makin banyak benda yang tidak pasti. Yang ini mau dibuat atau tidak. Yang itu perlu atau tidak. Makin diperincikan, makin kabur.

    Dan yang paling stress adalah, cukupkan bajet. Nak kahwin. Yey suka suka (aiseh gatal!) tapi stress lah jugak sikit. Ceh tipu. Bukan sikit. Banyak. Tapi insya-Allah. Semuanya akan baik-baik saja.

    Okey Fina, do you know when you smile you'll look 10 years younger? So smile. HAHA. Fakta : You're getting married. Can't you see?


    Emm..

    .
    .
    .

    It's a good thing!


    Hoh!


    And it's amazing because you're getting married to the most loving guy ever existed in this world. Haha ops okey over pula, but it's true. Penyayang dan ikhlas orangnya. One of the quality I seek the most in a guy. Full of love and honesty. Alhamdulillah.. It worth every tears I cried. The one I really needed.

    *smile*

    Hoping that tonight I could sleep earlier.


    Tarikh-tarikh hot dan cantik 2012 / 2013

    Friday, February 10, 2012

    My sister, Dana (lama tidak sebut nama budak ni dalam blog) drop by dekat my kedai hari ni. Suddenly this cute schoolboy datang buat magic trick on me and my sister. Ahaa.. How sweet. Dia guna daun terup. Sorry tak ada pictures. Tak sempat nak snap. One thing I notice about para lelaki yang rajin buat magic trick kan, biarpun kurang handsome tapi sebenarnya boleh kumpul banyak peminat. Sebab berjaya buat para wanita amazed sana sini dengan magic trick diorang. Gentleman lagi. By the way, he's form 4, from SMK Kundasang Ranau. Me and my sister tidak sempat tanya nama.

    Since saya fikir memang dia randomly choose people to show his magic trick (even Dana pun ada tanya if he's asking for tips sebab manatau buat show berbayar kan haha), I asked him, WHY? He told me, inilah kerja saya. Yeah right. Pakai baju sekolah?? Then I tanya lagi, SO INI KERJA SEKOLAH? In case he's doing some survey or anything.. But he didn't really answer me. Bengong betul. Buat lawak memanjang. But we did really enjoy his show.

    Okey sorry. Lari dari perbincangan asal. About tarikh, right?

    Pertunangan would be around end of this year. Kami belum officially bertunang lagi but bolehlah kalau nak panggil dia as my tunang. Kami dah bertunang dalam hati. Ahaha. So to Cik Pia yang ada bertanya tu, hehe, tarikh-tarikh semua belum confirm lagi, but bulan kejadian rasanya takkan tukar lagi dah, lainlah kalau family minta tukar ke...

    Senarai tarikh-tarikh pertunangan cantik tahun 2012 yang jatuh pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad (bermula Oktober 2012)
    • Oktober : 121012, 201012, 211012
    • November : 021112, 101112, 111112
    • Disember : 011212, 011212, 211212, 221212
    Tarikh yang ada elemen nombor 0, 1, dan 2 saja yang saya pandang. Hiks..

    Dan senarai tarikh-tarikh perkahwinan cantik tahun 2012 yang jatuh pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad (berakhir Mac 2013)
    • Januari : 110113, 120113, 130113, 200113
    • Februari : 010213, 020213, 030213, 100213, 220213, 230213
    • Mac : 010313, 020313, 030313, 100313, 220313, 230313, 300313, 310313
    Yang ini pula tarikh yang ada elemen nombor 0, 1, 2, 3 sahaja.

    Dan majlis pernikahan sekali dengan majlis resepsi sebelah perempuan adalah pada insya-Allah awal 2013. Majlis bertandang sebelah lelaki juga insya-Allah pada bulan yang sama. Bergantung juga dengan perbincangan sesama family.

    Bulan atau tarikh kejadian adalah antara tarikh-tarikh yang saya senaraikan di atas. Tarikh sebenar buat masa ni akan dirahsiakan.

    Dengan ini ingin saya mewar-warkan pada rakan-rakan blog yang kebanyakkannya ada di Semenanjung Malaysia, cuti sekitar awal tahun 2013 mari bercuti di Sabah! Jom gi tempat ai. Musim sejuk waktu awal tahun, sesuai you nak honeymoon. Hahhhhh.

    Gunung Kinabalu : View from Mesilau Kundasang. Well worth a climb or even just a visit [google picture]

    Marilah.. Marilah..

    Wedding theme : White, Ivory, Cream, Champagne.

    Wednesday, February 08, 2012

    Waa.. Pening-pening. Dari kasut (kenapa mesti kasut letak paling awal?), baju nikah dan sanding, warna tema,  kad kahwin, doorgift, entertainments, cakes, decorations, pelamin, cincin, penginapan family jauh, hantaran - dengan bajet **,*** sahaja. Empat puluh keww? BUKAN. Belas-belas sahaja. Hambik kau. Bajet kan, tapi nak tema elegen-elegen bagai. Siap nak photographer. Tu laaa.. banyak sangat buat survey. Ni baru bulan kedua ni. Belum bulan kelima. Lagak macam nak kahwin lagi sebulan kan? Aha Fina nebes kuangkuang.

    Doakan saya dan dia berjaya tetapkan hati untuk tidak lebih dari bajet asal kami. Being a wedding planner for my own event, sebenarnya nak menangis tengok baju-baju kahwin cantik-cantik, dengan kasut, dan pelamin. Tapi saya tak nak lah berhabis banyak sangat untuk majlis sampai berpuluh-puluh ribu. Risau kalau tak berkat. Asalkan selamat, cukup. Bukan anak orang kaya. Kalau anak orang kaya pun, bapak yang kaya. Bukan anak. :D

    Saya sebenarnya tertarik dengan warna-warna begini :





    White, ivory, cream, champagne color.. Cantik memang cantik TAPIII..



    BEGINILAH ai sekarang. Pergi mana-mana, bawa kalkulator. Ada yang nak sponsor? Haha. More to come :]

    At room with love.

    Monday, February 06, 2012

    Since awal Januari, I was contacted by two different guru kebudayaan dari sekolah berbeza. Di Ranau ni juga. Dua-dua untuk pertandingan tarian kebudayaan, tapi yang satu tu tarian rampaian melayu. Satu lagi tarian etnik kreatif sabah. Maybe dua pertandingan berbeza.

    Sekarang ni masih dalam proses perbincangan. Belum confirm lagi. Cuma yang paling banyak follow up dan serious nak hire saya, yang tarian etnik kreatif tu. Saya just perlu sediakan paperwork sekarang ni, more to quotation. Quotation untuk kelas tarian, sewa pakaian and aksesori, khidmat mekap penari, khidmat reka dan jahit baju penari, dan pengurusan waktu hari kejadian pun masuk sekali.

    Sebenarnya dah bagi dah hari tu dekat cikgu tu untuk dia usulkan dekat guru besar sekolah untuk dipertimbangkan. I guess diorang okey dengan my price range so they asked for my proper quotation. Cikgu tu, first time I know here when she commented somewhere in Tari Kirana FB page, and then she inboxed me through the page. Lepas tu add jadi friends.

    Bila fikir balik, rasa macam wow, I am really making this as a business now. Sebelum ni buat as hobi saja. Kalau ada, alhamdulillah. Still, for me, kalau tiada aktiviti apa-apa berkenaan dance-dance ni pun, tidak apa. Dance and performing are still my life. I admit that I miss Tari Kirana, but just for one year (sebenarnya tidak sampai pun) I have to let them to be on their own, preparing for PMR and SPM.






    Okey I have to go now. Prepare lunch.


    Senarai semak bakal pengantin 2013

    Friday, February 03, 2012

    Assalamualaikum. Bride wannabe anda hari ini, Fina Sophie dengan rasa malu-malu kucingnya mengkopipes list di bawah ni. Senarai ni boleh cari merata dari google. Untuk rujukan sendiri. Ehem ehem. Akhir-akhir ni tekak asyik nak berdehemmmm saja. :P

    Bakal pengantin. Wahaha. Sorry, pelik sikit rasanya. Geli pun ada, not sure kenapa. Haha annoying kan? Ignore me.

    Okey here's the list.

    MERISIK (alhamdulillah done)

    Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama (optional). Antaranya ialah :
    • Cincin belah rotan (cincin tanda)
    • Wang tanda (hantaran)
    • Baju sepasang atau kain
    • Buah-buahan
    • Kuih-muih
    • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
    • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
    • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
    • Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
    • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
    • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
    • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

    Ini just contoh senarai. Kalau tidak ikut pun, tidak apa. Kalau ikut separuh saja pun, tidak apa. Tiada masalah. Even tiada cincin pun, tidak apa. TAPI, INI SAYA YANG CAKAPLAH. Hihi. Kena ikut adat dalam keluarga juga. Awalnya, saya sendiri cadang tidak perlulah perkara remeh temeh tu. Satu hal lagi nak beli cincin bagai. Baru risik pun. Tapi macam yang saya cakap sebelum ni, bila sudah nama adat, kadang-kadang ada benda kita tidak boleh tinggalkan macam tu saja. Adik lelaki saya ada seorang dah selamat merisik pun sebelum saya. Tapi waktu tu kami sebelah yang merisik, kali ni kami sebelah yang dirisik. Waktu risik girlfriend adik saya tu, ada peruntukkan untuk cincin tanda, so family dah set begitu, saya pun kena ikut juga. Bukan setakat saya sebenarnya, Gisam dan family Gisam pun kena ikut juga walaupun mungkin berlawanan dengan adat sebelah diorang.

    Waktu risik ni, yang dibawa adalah sebentuk cincin tanda, wang tanda, kek bertulis 'Will You Marry Me?' haha.., dan sejambak bunga. Idea saya dan Gisam sendiri. We have our own reason why we want it that way.

    Ada lagi satu perkara berbeza yang terjadi waktu risik ni. Benda yang tiada dalam rancangan saya pun. First, ada potong kek. Tengah-tengah kek willyoumarryme tu ada lilin. Satu je. Aunty saya cakap, sempena pertemuan PERTAMA kedua-dua buah keluarga. Haha malu dan segan semua ada sebab tidak pernah dibuat orang tapi turutkan saja. Tunang dan nikah pun saya jarang dengar ada potong-potong kek tau.

    Malu tunjuk muka tak siap ni

    Second, boleh pula time dah kena panggil keluar tu, duduk bersimpuh la konon sebelah mak, tiba-tiba ayah tanya :

    "Jadi, Na, apa perasaan?"
    Errk. Apa perasaan? "Perasaan apa?" Aisemen. Boleh pulak mulut ni pegi soal ayah balik. Tampar mulut dalam hati. Saya teringat sebelum ni ayah cakap, kalau kena soal, jawab iya saja. Jangan jawab lain. Habis tu bila kena tanya apa perasaan, takkan nak jawap 'iya'.
    Ayah pandang semacam, macam dia nak dengar jawapan time tu jugak. Semua orang pun tengah pandang.
    Lepas tu saya fikirlah, Eh tengah nervous kan. Nak jawab 'nervous' la. Baru nak buka mulut. Tiba-tiba mak Gisam tambah. "Apa jawapan.. Ada halangan ka.."
    Oh.. Saya pun teruslah confident jawab. "Tidak." Bayangkan saja lah confident macamana ya sebab saya yakin mesti ada antara yang hadir time tu sangka jawapan saya memang semata-mata 'tidak. Faham tak faham tak? Gisam cakap, time tu dia dah nak luruh jantung bila saya jawab 'tidak'. Ingatkan tak hendak. Lepas sedar terus saya jawap, "Tidak, tiada halangan." Dengarlah suara ooohhhh lepas tu. Ahaha.

    Rupanya sebelum sarungkan cincin tanda tu, tujuan ayah panggil saya keluar tu untuk dengar dari mulut kami berdua. Betul-betul bersetuju atau tidak. Aisemen. Lepas saya, giliran Gisam pula ayah soal. Jawapan Gisam time tu sangat berani.. Terharu sangat. And do you know? We are just friends, until the risik day. 22.01.12 adalah hari yang sangat istimewa :]

    Perkara biasa yang terjadi adalah adegan si perempuan mengintai. Nak dijadikan cerita, yang nak dirisik ni mengintailah dari dalam dapur di balik pintu bercermin gelap yang bertabir. Dia bukan sedar cermin gelap tu bukan yang jenis gelap yang cover si pengintai. Kalau dah lekat hidung dekat cermin tu, confirm nampak! Dan perempuan tu adalah pemilik blog bertuah ni. Hahaha. Bongok betul. Okey dah mula dah nak bercerita panjang.

    Move on.

    PADA HARI PERTUNANGAN
    • Cincin berlian
    • Sirih junjung
    • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
    • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

    MALAM BERINAI
    • Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
    • Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

    Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

    LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
    Lapan hingga enam bulan? Saya ni kira 12 bulan sebelum, saya dah mula buat perancangan nih. Adei mana nak sorok muka. Hahah. Almaklumlah, serba serbi nak DIY. Buat sendiri. Harus start survey awal. Survey saja pun. Baiklah. Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut :

    Bagi pengantin lelaki dan perempuan :
    • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. Percayalah, better yang ini bincang sebelum bermula lagi, kita tidak tahu waktu risik pun mungkin ada percanggahan kan? Komunikasi tu penting.
    • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
    • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini. Majlis di hotel atau taman. Saya rasa saya dah tahu macamana yang kami berdua nak, cuma belum finalize lagi.
    • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. As what I'm doing right now.
    • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini.
    • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
    • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
    • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. 

    Bagi pengantin lelaki:
    • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


    LIMA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
    Bagi pengantin lelaki dan perempuan
    • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
    • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
    • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
    • Membeli cincin kahwin.
    • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
    • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
    • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
    • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
    • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

    TIGA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
    Bagi pengantin lelaki dan perempuan
    • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
    • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
    • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
    • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

    Bagi pengantin lelaki
    • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
    • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

    Bagi pengantin perempuan
    • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
    • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


    DUA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
    Bagi pengantin lelaki dan perempuan
    • Membeli barang kemas
    • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
    • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
    • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

    TIGA MINGGU SEBELUM PERKAHWINAN
    Bagi pengantin lelaki dan perempuan
    • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
    • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

    Bagi pengantin perempuan
    • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

    TIGA – SATU HARI SEBELUM PERKAHWINAN
    Bagi pengantin lelaki dan perempuan
    • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
    • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
    • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
    • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
    • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
    • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
    • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

    Bagi pengantin lelaki
    • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

    Bagi pengantin perempuan
    • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
    • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

    PADA HARI PERNIKAHAN
    Bagi pengantin lelaki dan perempuan
    • Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
    Bagi pengantin lelaki
    • Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
    • Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
    • Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
    • Cincin / gelang tangan / rantai.
    • Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
    • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
    • Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
    • Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
    • Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

    PADA HARI PERKAHWINAN
    Bagi pengantin lelaki dan perempuan
    • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
    • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
    • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

    Bagi pengantin lelaki
    • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
    • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

    Bagi pengantin perempuan
    • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

    TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN
    • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


    The End.


    Alhamdulillah.. Sekarang saya di fasa 10 bulan sebelum majlis pertunangan. Dalam perancangan, majlis tunang dan majlis kahwin gap cuma dalam dua bulan saja. Lama lagi tapi bak kata kawan I, even setahun pun bukannya lama pun. Pejam celik pejam celik, dah ada atas pelamin. Hahah. Kalau nak tunggu waktu tunang baru nak start survey, rancang dan beli, saya tak sanggup. Saya kira masa dua bulan sebagai tunang orang tu saya tumpukan untuk diri sendiri sahaja. Cuma mungkin ada lah tinggal beberapa benda lain lagi untuk finalization. Mungkin pada hari kejadian nanti, tidak akan 100% sama dengan apa yang kami rancang hari ini, but at least I'll keep in track. This is the first time in my family (saya anak sulung) dan for him pula, first time in his whole family dekat Kundasang. It has to be 'something'. :]

    So here's my personal to-do list.

    SEPULUH HINGGA TUJUH BULAN SEBELUM MAJLIS

    Survey konsep majlis perkahwinan and everything in it yang kami nak. Konsep utama, SIMPLE ELEGANCE. Yeap itu yang kami nak. Of course melalui hasil perbincangan kami. Tapi tak boleh nak finalize lagi.. uhuk uhuk. Sebab ada hal-hal yang hendak diusulkan pada family masing-masing sebelum proses nak melaksanakan tu, tapi taklah awal sangat. Buat masa ni, 10-7 bulan, just survey saja. Then mungkin 5 bulan sebelum majlis ke baru usulkan pada family. Majlis di hotel atau taman. Saya rasa saya dah tahu macamana yang kami berdua nak, cuma belum finalize lagi.

    Tapi, survey bukan setakat survey. Kena plan betul-betul, sebab bagi saya, if dah nak usulkan pada family, make sure benda tu boleh dicapai dan tidak menyusahkan sangat. My father besarkan kami adik beradik dengan cara macam tu. Manatau tiba-tiba gedik nak naik helikapter lambai-lambai dari atas pulakk.. Tampar je I kalau I dah start nak benda-benda pelik tau. Tu bukan 'Simple Elegance' lagi dah. Itu konsep 'Meroyan' namanya. Kekekkk..

    Lagi satu, kalau setakat cari jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan etc di internet semata-mata, mungkin tidak makan banyak masa dan tenaga berbanding dengan turun padang dan carik dari kedai ke kedai kahwin yang lain. Nak compare price dan nak bagi kena dengan warna dan tema perkahwinan, 3 bulan masa untuk survey tu mungkin berpatutan. I think I have enough time for preparation.. At least I will not have the time to be a BRIDEZILLA. Kuangkuang.

    In short, all I have to do now, to know that this is my time to learn, and to KNOW my options. Dan akhir survey-survey ni, usulkan pada family dan once capai kata sepakat, we'll proceed with the plan. Insya-Allah!

    So lepas ni, saya start survey-survey dah. Will post about it in next entries. Other B2B out there yang sempat baca post ni, HELP MEEEE..

    Words to live by.

    Thursday, February 02, 2012

    "(Everything I Do) I Do It For You"


    Look into my eyes - you will see
    What you mean to me
    Search your heart, search your soul
    And when you find me there you'll search no more


    Don't tell me it's not worth trying for
    You can't tell me it's not worth dying for
    You know it's true
    Everything I do - I do it for you


    Look into your heart - you will find
    There's nothing there to hide
    Take me as I am, take my life
    I would give it all, I would sacrifice


    Don't tell me it's not worth fighting for
    I can't help it, there's nothing I want more
    You know it's true
    Everything I do - I do it for you


    There's no love like your love
    And no other could give more love
    There's nowhere unless you're there
    All the time, all the way, yeah


    Look into your heart, baby...


    Your can't tell me it's not worth trying for
    I can't help it there's nothing I want more
    Yeah, I would fight for you, I'd lie for you
    Walk the wire for you, yeah, I'd die for you


    You know it's true
    Everything I do - I do it for you


    Lagu ini lagu pertama yang pernah dia tujukan pada saya. Tidak rasa kena orat pun waktu tu, sebab we both love that song. Kiranya time tu saya anggap dia saja-saja nak ambik hati sebagai kawan. Biasalah waktu saya frust dulu, dia yang temankan sebenarnya. Tiada yang sudi hiburkan. Dia saja yang ada. 

    Hari ini, bila baca balik lirik dekat atas ni, rasa macam .. eh, why?? Haha. Day after day, weeks after weeks and months after months .. this song makes more sense. Closer to the real meaning. And I am happy we finally have our own meaning of what we call - destiny.

    So far from where we've started, but I am truly glad.




    02.02.12
    Happy birthday Gisam. Ko tidur awal malam ni! Grr.
     
    FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS