2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Sophiesm.Com tying the knot
Saturday, January 28, 2012 posted at 09:27 ♥

Where do I start?

Sebenarnya, hari tu baru merisik. Belum tunang lagi. 22.01.2012. Tarikh ini bagi saya, sangat cantik. Ada sentimental value di situ, sebab buat 22.01.12. Taklah lawa sangat tarikh, tapi I love that date. My birthday sendiri 01.12, dan dia .. ehem .. dia pula, 02.02. Ada niche, no? (eh betulkah penggunaan 'niche' I ni haha). Dan bercakap tentang tarikh, kami ada tarikh-tarikh tertentu yang kami masih simpan saja dulu untuk majlis pertunangan dan nikah. Cuma tidak pasti lagi bila sebenarnya. Might be setahun lagi, might be 2 more years. Seawal-awalnya, setahun lagi. Itu seawal-awalnya tuh. So Fina don't be too excited.

Tapi nak jugak. Nak excited jugak. Ahak ahak. Hotak. Ingat senang? Dalam masa beberapa minggu ni survey-survey hal berkaitan majlis perkahwinan especially baca-baca blog bride-to-be yang banyak dekat alam maya ni, fuh, bukan senang sebenarnya. Sekurang-kurangnya setahun juga nak merancang semua kalau nak yang betul-betul teratur dan lagi satu, kalau nak semua buat sendiri. Got what I mean? Buat sendiri. Yes, DIY.

Sebab nanti, saya nak DIY. Masa ni lah nak keluarkan bakat yang tidak terasah ni. Bab decorate-decorate ni memang saya suka sangaat-sangat. Buat dengan style dan cara sendiri. Kalau main upah-upah nanti sure sikit-sikit nak campur tangan. Sikit-sikit ubah. Dasar cerewet kan, tapi cerewet cheapskate punya style. So kalau dah nama cheapskate dan cerewet, buat sendirik! Kata anda. Saya tahu anda nak kata begitu. Heks. Plus, after doing some surveying, generally I already know what I want. Still soon to decide, but I think I will stick to what he and I have planned. Contohnya, beberapa hari lepas waktu makan di luar, kami masing-masing lakar draf pakaian macamana yang kami nak untuk ehem nikah dan bersanding atas buku nota. Buku nota tu untuk hal-hal berkaitan majlis nanti. Selalu saya bawa. Mungkin ada perubahan dari masa ke semasa, but I will keep it simple, elegant, ada sentimental value and TIMELESS.

Lagi satu, servis pengantin terdekat yang dikira boleh memuaskan hati insan cerewet adalah di Kota Kinabalu. Setakat khidmat mekap, bolehlah cari dekat Ranau. Tapi untuk khidmat penuh untuk insan cerewet, hmph. Kirim salam saja. A small town Ranau is.

Saya ada blog lain untuk kongsi hal-hal persiapan, sebab segan. Sebab, saya tahu kawan-kawan lama dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sampailah kawan-kawan sekampus dulu termasuk keluarga dan sepupu-sepupu ada yang baca blog ni *blush* But for some reason, I think I share sajalah semua tu di blog ni. Bukan mudah nak manage dua blog. I have my business online yang saya perlu manage juga. Tidak mahu tambah beban.

Still  not sure saya 2012 bride to be or 2013 bride to be :B

Semua hal berkaitan ini saya update di Tying The Knot.

Labels:


2 Comments:

Blogger [z@ck] said...

tahniah fina! wah. happy for you.dulu baca blog u mostly kisah sedih. skang, tak lagi i guess. congratz once again! kongsi2 la sikit preparation u kat sini. boleh jadi insprasi untuk org lain. =)

28 January, 2012 11:51  
Blogger nur.sa said...

wah, bride to be. :)
tahniah fina. i am happy for u..
share la apa2 yg fina rasa nak share. i am happy to read :D

yeayy!

29 January, 2012 15:03  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish