2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Before Risik Day.
Tuesday, January 31, 2012 posted at 13:23 ♥

How? How did we actually met and know each other? Mesti tertanya-tanya kan? Let's keep that as a secret til the time is right. I don't blog much, one of reason is .. this. Kalau blogging mesti nak cakap pasal ni. Sorrylah, saya tak reti nak surprise-surprise ni. Tapi, malu juga sebenarnya. Takut tidak kesampaian. Moga kali ini baik-baik saja.. Insya-Allah.

Gap dalam 3 minggu, baru tiba saat risik. Lepas tu, seminggu sebelum risik day. Dia nak pilihkan sendiri cincin untuk saya. Ya, mula-mula itu rancangan dia. I love surprises, he surprised me a lot before. Tapi boleh kena heart attack wo.. Takut dia silap beli. Wahaha. Cincin risik tu nak kena pakai banyak bulan tau. Biarlah murah pun, asalkan sedap dipandang dan kena di hati (dasar chepskate). Dia sendiri cakap, lepas dia beli, dia tidak mau saya komplen-komplen (I complaint about lots of thing - cerewet katanya). Beli mahal pun tapi kalau tak kena di hati, memang mencuka la jadinya. Price is not the real satisfaction, really.

Jumaat 20th January 2012 (two days before risik day), saya dan dia pergi beli cincin risik. Susah gila nak carik yang betul-betul kena di hati. Plan asal nak beli belah rotan, lepas tu tengok cincin belah rotan yang tak berapa belah (ni istilah Syam. sebenarnya cincin ukir yang takda batu tu, tu ja heh) macam cantik pula tapi sekali lagi, susah banget ya carik design yang kena di hati. I'd never know anything about gold rings, selalu pakai yang silver saja. The only barang kemas yang saya selalu pakai, just cincin dan subang saja. Gelang dan rantai leher agak rimas sikit. Now kena pilih cincin emas yang sebenar-benar emas, rasa kebaru-baruan sikit. Hahah. Sebenarnya tidak suka emas. Bukan setakat emas, pakai rantai emas pun tidak pandai. Leher gatal.

Tidak banyak kedai emas di Ranau ni. Ada tiga saja. Itupun ada satu saja kedai cincin yang besar sikit. Yang dua tu kedai cincin kecil saja. Kami dah survey ketiga-tiga tempat tu, tapi yang besar tu banyak pilihan sikit so kami pilih untuk cari di sana saja. Yang saya tertarik cuma ada satu saja. That the best belah rotan I could find there. Belah rotan yang macam ada belah dekat tengah. Dah nama pun belah, mestilah belah kan? Tak, tak. Belah dia lain dari yang kena display time tu. Bila datang lagi sekali for the second time, try not to look at that ring, tengok satu-satu cincin lain, dalam masa yang sama Gisam sendiri tarik keluar cincin tu bersama-sama dengan another design yang lain. Saya jeling-jeling lagi. Rasa macam nak yang tu, lagipun tengok mata dia pun macam tak lepas dari pandang cincin tu. Hahah. Dia pun nak kot.. :P

At last, beli juga yang tu. Tu saja yang paling berkenan. Yang lain? Hmphh. Cincin berlian untuk risik, voley? Kahkah.

Mama cakap belah rotan tu style lama. Sebenarnya tiada beza pun cincin belah rotan ataupun cincin ukir sebab apapun harga cincin adalah mengikut gram dan jenis. Tapi berkeras juga saya nak cincin velah votan. Eh I guess I ni boleh tahan konservatif la kan. Hahaha. Sebenarnya awal-awal lagi rasa tak perlulah cincin untuk risik, tapi apakan daya, kadang-kadang adat ni kita kena ikut juga kadang-kadang. Kena ikut kadang-kadang apanya? Selalu kena ikut. Walaupun menyusahkan.  

Lepas dah bayar, aunty cina tu letaklah cincin tu dalam bekas dia. Heart-shaped plastic box. Lepas tu adalahhh keluar satu suara mamat ni..

"Ada jual bekas cincin yang cantik sikit dari ni ka?"

Haha saya gelak dalam hati. Okey tu Syam yang cakap. Muka aunty cina tu dah kelat semacam. Baiklah, memang tak cantik langsung. Tapi aunty tu tak ada kotak cincin yang lawa lagi dari tu so lepas dapat duit balance, kami pergi ke kedai pengantin.. Yang jual barang secara bundle. Cari bekas cincin yang paling cantik, lepas tu beli ribbon, then blah.

So mine is...... (gambar ditangkap setelah selesai majlis 22.01.12)

Bekas tu around RM5, reben tu costs us RM2.50. Cincin RM230+. Harga emas dah naik, pejam mata sajalah kan encik bakal tunang? (- -") Ongkos of the day.

Damn! Jari tembam.

Kami sebenarnya dah ada tarikh tunang dan nikah yang kami simpan saja dulu. Lama lagi, tapi cukup-cukup masa untuk cukupkan apa yang mahu dicukupkan. Tak cukup duit nak kahwin, tapi gedik nak kahwin jugak. jadi kena tunggu lagi setahun. By the time kami dinikahkan (insya-Allah) kami bakal mencecah hampir dua tahun perkenalan. Tempoh setahun ini, tempoh masa yang sesuai untuk semua persiapan. Bukan sahaja persiapan dari segi kewangan, tetapi juga persiapan dari segala segi dalam menghadapi kehidupan berumah tangga kelak. Insya-Allah. Semuanya masih dalam track.

Cuma merisik ni tidak rancang pula buat seawal ini. Ingatkan, dalam masa 4-5 bulan sebelum majlis pernikahan, barulah mula marathon upacara itu ini. Tapi sejak akhir Disember 2011 lepas, baru bulan satu, dah mula mencari sepakat antara family dah. Alhamdulillah. Mungkin juga satu petanda dari Allah SWT, mungkin betul keputusan yang saya ambil untuk menerima dia dalam hidup saya.

Ehem.

My actual date is somewhere in the end of 2012 (engagement) and somewhere in early 2013 (wedding) - kami merancang untuk tidak bertunang lama-lama. Is it too early to start looking around? :P

Labels:


6 Comments:

Blogger Coffee Girl said...

Canteknya cicin! :-) Takpa jari tembam, nanti boleh slim balik. Tahniah Fina!

31 January, 2012 13:44  
Blogger Uncle Lee said...

Hi, nice blog you have, and even though my bahasa is out of tune, sebelum Merdeka, I enjoyed reading this interesting posting of yours.
Love that ring. Very classy.

You have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.

01 February, 2012 08:30  
Blogger tiefazatie said...

wah..sis...im happy 4 u!!!
congrates sis..=)

01 February, 2012 12:53  
Blogger Fina Sophie said...

Coffee Girl,
usaha nak slim ni hikhik. bkn sy je, dia pon. haha.. thanks :)

24 February, 2012 10:56  
Blogger Fina Sophie said...

Uncle Lee,
yes Uncle Lee, i would always go for simplicity n classic look. timeless. thanks so much, have blast too.. ;)

24 February, 2012 10:58  
Blogger Fina Sophie said...

tiefazatie,
thank you! :)

24 February, 2012 10:59  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish