Thursday, September 08, 2011

Rough Patches

Assalamualaikum.

(i)
How's everyone? Everyday, when I have nothing to do, I usually will get through my bloglist, clicking here and there, reading your blogs, - but never have the chance dropping comments. Or am I just too lazy? Forgive me.. Not that I don't have anything to say, but.. *finding excuses* Okeylah fine, I was too lazy. Not that I ran out of words, instead, I have lots of it. But I wasn't sure why I was so lazy to put it all into words and sentences.. To speak it out.

My heart already so heavy right now.


(ii)
Still haven't greet you HAPPY EIDUL FITRI 2011 ait? And notttt forgetting, HAPPY MERDEKA DAY. I did submit an article about Hari Merdeka few years back on a site, republished it several times on my blogs around 31 August - 16 September every year. Was too lazy (again??) to write about it all over again so I just republish it ..with few editing. Here it is : Terima Kasih Yang Ke Dua Puluh Empat, Malaysia.

To all of my fellow Malaysians who come from various religious and lifestyles, the world is a better place when we learn to share and support each other instead of looking for differences and weaknesses. No one is perfect, so do any penganut mana-mana agama di dunia ini including Muslims, Christians, etc .. including the atheist. Everyone may make mistakes, not only once but time and again. Perfection is God's alone. Be patient and count our blessings.


(iii)
Life has it's ups and down. And harta dan kedudukan really takes place in our society huh? As I grow older, makin terasa. Hate to say this but, beruntunglah yang dapat bertemu pasangan dari kalangan yang sama/lebih kurang kedudukan. But how about those who are lucky to meet each other but unfortunately turned out 'unlucky' because of kedudukan yang tak sama? I am not saying that I am directly involved in that kind of circumstance, I just nak mention sikit sahaja dari apa yang saya nampak dari keadaan sekeliling - another thing I barely can't understand. Mungkin saya masih kurang ilmu tentang kehidupan kot. Nasihat paling wth saya pernah dapat, cari suami biar yang boleh tanggung kita, cinta tu akan datang sendiri. Like wtf. What's marriage for?

 Boleh dikatakan saya hidup dekat dengan orang-orang yang tidak pernah memahami, kasar dan punya perspektif yang sangat tipikal, tanpa bertolak ansur. Kesian.

Saya seorang yang konservatif, tapi saya sama sekali tidak berminat dengan perkahwinan hasil pilihan dan aturan keluarga. Tidak bermakna saya menolak dan sombong dengan kemungkinan jodoh saya datang dengan cara begitu, tapi kalian juga tidak perlu menolak jodoh itu datang pada kita tidak kira dia itu berkedudukan atau orang biasa-biasa sahaja. Sama juga dengan wanita yang sudah ditakdirkan berjodoh dengan suami orang. Memang isu yang taboo, tapi itulah takdir. Kita sering dimomokkan dengan pandangan negatif tentang kehidupan bermadu, tapi tahukah banyak keluarga hidup bermadu yang masih boleh bahagia, malah lebih bahagia lagi. Bahagia cara bermadu. Tapi fikiran masyarakat ni biasalah, tipikal nak mampus. Ada otak tak mahu guna. Apapun, kembalilah kepada agama. Apa yang Islam mahu kita lihat dalam mencari pasangan hidup? Adakah Islam melarang poligami? Sesungguhnya, faktor paling utama yang membuatkan kita sebagai isteri atau suami itu bahagia dunia dan akhirat, bila suami atau isteri kita seorang yang tahu hukum hakam agama, tahu batas-batas, tahu tanggungjawab dan melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya. Kalau yang sibuk nak hidup bermadu tapi diri sendiri ilmu tak cukup, jangan haraplah. Before I get emotional which I shouldn't, lets turn to point (iv).


 (iv)
Currently, yours truly is so busy with daily routines. Kehidupan semakin mengasak. No worries, tahap tekanan saya akan pastikan masih berada di tahap selamat dan fun-fun. Banyak nak kena kejar juga tuntutan untuk menjadi yang terbaik dalam semua hal. Dalam mengejar tu, mungkin ada yang saya tercicir. Mungkin ada yang saya terlepas pandang. Maafkan saya. Aku tak bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya, namun aku tetap berjanji akan terus mencuba. Saya petik sikit lirik lagu Hazama AF9.



 Saya kejar kebahagiaan dunia dan akhirat.


Terima kasih kerana membaca.



Share:

Saturday, September 03, 2011

Randomity at its best.

I miss those times I always have the time to blog everyday. Yes, I really mean EVERYDAY. But I guess, things change and will always change. We could not do anything about it, or maybe we just didn't care to do anything about it. Hey, it's just blog. Tidak matilah kalau tidak blog pun.

I love blogging, by the way. Because I love to TELL. Haha..

Anyway.

I just got back from Pekan Ranau. Meeting an old friend, Ziela. Some call her Zee, some call her Pajila. Harhar. Was not just an old friend, but she's one of my close friend since our childhood. Berkenalan dan bersekolah di Telupid (rindunya Telupid!). Kami berjiran di kuarters guru. Sekolah rendah pernah classmate time darjah 4 pastu sekolah menengah pun pernah classmate waktu form 2, 3, upper and lower 6. Lepas tu masing-masing bawa haluan masing-masing dan akhirnya tahun depan dia akan stay di Ranau (she's from Lohan Ranau) and that means akhirnya aku akan ada kawan dekat Ranau! Muahaha. Kesian betul bunyinya. Kesian sebab sekarang ni takda kawan. Isk. I want to get married lebih kurang timing Ziela get married and nak pregnant lebih kurang timing Ziela pregnant, nanti boleh sembang-sembang pasal pregnancy pastu sembang pasal baby sendiri pastu anak boleh berkawan rapat macam mak-mak diorang, boleh macam tu? Harapan besar sangat ni. Apa, ingat ni gurauan? I am serious! LOL.

Biasalah bila dah bertemu, ada gosip-gosip sikit. She's still the same Ziela I know since ever. Apa-apa hal, she's my best supporter. Lebih-lebih lagi we've experienced the same thing in our love life. Her boyfriend that time get married without her knowing. Dia lagi teruk rasanya. At least hari tu saya dapat tau my ex nak bertunang dengan another girl came from nowhere, walaupun terkejut beruk tinggal tak jadi beruk lagi, at least saya awal-awal lagi dah tahu (walaupun 5 hari sebelum baru tahu). Yang dia ni, tanpa diputuskan hubungan, tahu-tahu dah 3 hari kahwin. And almost 5 years since it happened, she doesn't seem to forgive the damages he made to her life. So please jangan buat taik to a girl's life, lebih-lebih lagi yang mencintai kau setulus hati, yang menerima kau seadanya selama ni. Senang-senang saja pergi kahwin orang lain dengan macam-macam alasan padahal sebenarnya ikut nafsu semata-mata, lepas tu nak kita balik wtf. Remind me to Zul, a week before pernikahan dia. 

Tapi apapun, begitulah kalau sudah tiada jodoh kannnn..

Lepas jumpa tu, saya bergegas ke (ceh bergegas) kedai premis Fina Sophie Preloved Shop ambil hanger yang dah tak pakai. Lepas tu ke One Stop kejap tengok barang-barang perhiasan rumah yang diorang ada. Adalah juga beli sikit, for my room and for the new kitchen. Then pergi buang berplastik-plastik sampah Raya. Wah SAMPAH RAYA gitu. Lepas tu balik. Sampai saja nampak mummy and daddy (mummy and daddy konon, apsal banyak sangat perkataan gedix hari ini harhar) tengah guide orang yang hantar perabot ke bilik baru. Katil baru you. Satu set gitu. Putih lagitteww.

Now, I am in my room. Sebelum tiba waktu sibuk dengan benda lain, saya berazam untuk buat grand-clearance dekat bilik. Ingatkan lepas hantar baju-baju lama dekat kedai, maka clearlah ini bilik, tapi rupanya TIDAK. Sebab bukan baju lama saya saja, tapi di ruang lain, bertimbun baju-baju lama my mother, my sister (dia baru bagi), dan ayah, adik-adik dan semua-semua tu (dah malas nak sebut). Sebenarnya ada banyak lagi. Raya lepas banyak barang dibongkar untuk pindah masuk ke rumah lagi satu, jadi nampak serabut. Boleh tak rumah ni dijadikan kedai sementara dan panggil orang masuk rumah dan tanya mana satu yang diorang nak, boleh bayar terus dan bawa pulang? Tired of menyusun dan menyelongkar. Sebenarnya otak yang semak. Baru tengok dah rasa berat.

It's already September right? How fast time flies. Two weeks. I would only need two weeks untuk settle my bilik and settle down for my new business. Two weeks rehat dari Tari Kirana (nampak gayanya). And by the end of this year to think seriously about my life. Sebelum ni kan tak berapa nak serius. Dan persetankan apa orang nak cakap because at the end of the day, I am living and leaving this world alone :)

And by next year, I am praying for everything to be well-planned. To be clear. Like crystal clear. Everything is Insya-Allah.


Share:

Doa Kekasih.



Allah Yang Maha Pemurah,
Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya
Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu

Aku datang bersujud di hadapan-Mu
Sucikan hatiku ya Allah
sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku

Ya Allah,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku ya Allah,
Tolong satukan hati kami
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya
Bukakanlah hatinya agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Kau ciptakan
Yakinkanlah dia bahawa saya sungguh-sungguh mencintai dan rela memberi suka dan dukaku kepadanya

Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doaku ini..
Lepaskanlah aku dari keraguan ini dalam menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku
Luka dan keraguan yang aku pernah alami pasti ada hikmahnya
Semua ini mengajarku untuk hidup makin dekat pada-Mu
Untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan

Ya Allah,
Jadilah kehendak-Mu, dan bukan kehendak aku yang jadi dalam setiap bahagian hidup ku.

Share: