Wednesday, July 06, 2011

New Blog : Transkrip Seni Fina Sophie

Saya rasa tidak best sebenarnya sebab blog saya dah macam lebih kepada blog aktiviti-aktiviti tarian Tari Kirana semata-mata. Ataupun boleh juga dianggap blog perempuan membusykan diri sebab nak recover dari putus cinta BHAHAHA okey tak lawak ponnn.

Entahlah. Kepala saya pening sangat kena menghadap benda yang bercampur aduk ni. Jadi saya buat blog ini : Transkrip Seni Fina Sophie. Masih lagi dalam proses memindahkan entri-entri lama dari http://sufilara.blogspot.com ke sana. Kemudian barulah saya pindahkan entri dari blog ini ke sana pula. Lepas ni senang sikit kepala otak.

Mood saya agak manja hari ini. Puasa ganti. Hari terakhir. Badmood sebab lapar atau badmood sebab hari ni banyak sangat dugaan.

Moody. Hopefully by tonight semua okey balik ;'(

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for simply being here! *love*