2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




My first crush on 1998.
Tuesday, July 12, 2011 posted at 13:31 ♥

Hai.. Inilah boyfriend I yang pertama HAHA.


His name is Nick. Jambu tak?

Gambar ni memang real. Dan saya sendiri masih simpan lagi dalam album gambar yang dah lama saya tak jenguk. Dia bagi waktu kami sama-sama darjah 6 HAHA. Mak aih sekolah rendah lagi dah bercinta rupanyaa.
Lagu yang mengingatkan saya pada dia.

Nick teman lelaki pertama saya. Very the puppy love. Sweet. Memorable. And all rose. Saya sudah tidak berapa ingat berapa lama kami bersama, 4 bulan mungkin. Tidak lama sangat. Kami bercinta melalui surat-surat. Bila bertentang dua mata salah satu pasang mata akan tertunduk malu-malu. Saling membantu dalam pelajaran (ikut yang ini ya adik-adik). We don’t talk too much, we don’t see each other too much - but we talk much enough on the telephone. Kami biasa diusik-usik rakan-rakan lain, kami biasa berbalas senyum dari kejauhan dan everything yang sweet sweet. Oh.. Aku mau balik pada waktu itu boleh? Tapi mau main senyum-senyum malu dari jauh dengan cik abang sayang saya. Siap kenyit-kenyit. Campak-campak kapal terbang kertas. Campak-campak batu. Oho gurau kasar nampak.

Macamana boleh kenal? Dia classmate saya dari darjah 5 hingga darjah 6. Sebelum tu saya di sekolah lain. Saya ni banyak pindah sekolah, tapi pusing-pusing, dekat situ jugak haha. I mean, sekolah tempat saya belajar time darjah 5 hingga darjah 6 tu sekolah yang sama waktu saya darjah 1 hingga pertengahan darjah 3 tempat my ayah jadi Guru Besar. Darjah 3 dan darjah 4 dan darjah 4 (ya saya dua kali darjah 4 sebab darjah 4 yang pertama saya tidak cukup umur, sepatutnya darjah 3) saya dekat sekolah tempat my mama mengajar. Darjah 1 pun saya dua kali sebab saya masuk sekolah rendah agak awal. Waktu umur 5 tahun.

Darjah 6 baru saya realize dia. Sebab sebelum tu geng dengan orang lain. Itupun mula rapat sebab sebulan sebelum UPSR kami semua menetap di sekolah untuk intensive persediaan peperiksaan UPSR. Gerak gempur habis. Tidak ingat macamana kami declare AHAHAHA tapi dalam tempoh sebulan tu kami dah bersuka-suka. UPSR berjalan dengan lancar, result UPSR diumumkan dan keputusan bagi batch kami sangat membanggakan. Boleh dikatakan itulah zaman kegemilangan sekolah kami SK Telupid Batu 4 sebab ramai dapat banyak A. Me myself got 5A's with lagi 3 orang dapat 5A. Yang lain 4A dan ramai dapat 3A dan 2A dengan kelulusan 98%. Cemerlang untuk sekolah bahagian pedalaman macam sekolah kami. Yeap, saya masih ingat lagi.

Kawan-kawan yang saya ingat waktu tu selain Nick, Dil (my cousin); Imelda (now already converted into Islam as Iman), Sheena Lyna, Shendy, Rosliana - geng I time tu; Dharna (Indonesian, now menetap di Indonesia dah), Sophian, Jerol, Razif, ..alamak banyak lagi. Ingat muka tapi tak ingat nama pula. Kalau sekolah di Sabah ni, kalau kena dengan tempat yang majoriti bukan muslim, rasalah jadi minoriti Islam. Dalam kelas 30 orang, ada 7 orang saja muslim, yang lain Kristian. But agama tidak pernah jadi perbezaan atau jurang terlalu besar bagi kami di sini. Invisible line.

Something happen waktu akhir tahun sebelum cuti semester dua dan bakal menginjak ke Tingkatan Satu (time tu pandang tinggi gila dekat student form 1 form 2 form 3 sampai form 6, tapi bila dah rasa masuk sekolah menengah, elehhhhh form 6 pun rasa macam masih budak-budak. Hahah). I found Nick with my own friend dating dalam bilik kelas tertutup. Kelas yang dijaga oleh her friend. Saya sebenarnya mula-mula pelik apa yang dijaga sangat dekat luar pintu. Bila saya nak buka, saya kena halang, but then she let go dan biar saya buka sendiri. Time tu la saya nampak apa yang ada di dalam. Diorang borak-borak saja, duduk tidaklah dekat sangat. Mungkin dalam semeter. Tapi berduaan dalam kelas tu, tak ada orang lain. That is why my heart broke. Waktu tu saya tidak faham kenapa saya rasa sakit hati sangat, saya tidak faham lagi istilah curang. Dan saya juga tidak faham lagi istilah kepercayaan yang dikhianati. Tapi hati memang sakit. Saya terus masuk ke kelas saya dan menangis (gila betul) and Nick kejar (ohh gila). Lepas tu, dia try explain tapi saya tak dengar. My cousin, Dil, pun dah start backing. Always the one yang backing saya since sekolah rendah. Lepas tu...

Oh mimpi rupanya. Ececehh..

.

.

.


Takdalah. Bukan mimpi. Memang perkara betul. Saya segan bila masuk part kejar tu. Hahahhh.

Saya dan Nick berpisah tanpa kata kerana hal itu, tambahan lagi bila dah naik sekolah menengah, saya pindah ke sekolah di SMK Agama Inanam. Tapi sekejap saja sana. 1-2 tahun saja sebab cengeng. Gahaha. Akhir form 2 saya pindah ke SMK Telupid - kawan-kawan sekolah rendah ramai berkumpul dekat situ. Jumpa balik dengan Nick. Time tu dia dah besar dah. Tinggiiii. Sepanjang beberapa tahun kami tidak bersua tu, hati saya masih lagi suka dekat dia sebenarnya. Kawan-kawan saya pun cakap Nick pun macam tu. Tapi sampai situ sajalah, kami tidak pula bersama kembali. Dan tetap satu sekolah sampai Upper 6. Hehe.

Perbezaan agama mungkin salah satu penghalang walaupun dulu tidak terfikir tentang semua tu.

Sepanjang saya kenal dia, he's the type of person who don't talk much in front of me. Saya hanya ingat the way he stare at me, the way he bring himself in the crowd, the way he walk, jam tangan dia pakai during our primary school years, his hairstyle, his smile towards me,.. I don't really remember any detailed conversation with him. I guess, kami banyak berhubung secara senyap. Berpandangan, berbalas senyum dan melalui usikan-usikan rakan. Sweet pula. Haha. Mungkin juga sebab, the last time I talked to him, waktu mula-mula masuk pindah ke SMK Telupid. Waktu tu akhir tahun 2000. Lepas tu, walaupun satu sekolah sampai Form 6, tapi not really talking. Back to square one. Dia ada geng sendiri, saya ada geng sendiri. Cuma sometimes kalau kebetulan terserempak di mana-mana, atau dalam ramai-ramai, we caught each other staring at each other. Oh inilah GF waktu sekolah rendah. Ohh.. Inilah BF waktu sekolah rendah. Mungkin tu yang kami cakap dalam hati. Hehehe. Not really talking, so I don't remember much about him.. I don't know much about him, by the way.

He's my first one yang pernah dapat special place dalam hati saya, but not first love. Macam crush-crush. Sekarang sudah lost contact sejak 2005 lagi, maybe dah kahwin kot. Hopefully, wherever he is now, he's having all the happiness the world has to offer.

Kami tiada gambar bersama rasanya. Saya tiada simpan. Kawan-kawan sekolah rendah dan menengah yang baca blog ini, kalau ada, ingat lagi sama dia? Heheh.


Labels:


12 Comments:

Blogger wanie said...

ngaaaaaaa sweet! mesti time skolah menengah dia hensem kan? hehe tgk gmbr ms skolah rndah ni comel je rmbut sikat tengah :P

msti best kalau dh dewasa ni korg jumpa sesama sndiri. mst trsengih2 ingt psl dulu2. hihi

12 July, 2011 14:36  
Blogger Fina Sophie said...

wanie,
zaman2 rambut belah tengah kan wanie. berkilat gitu. hehehehe.. tersengih2 ingat cerita sklh rndh (- -")

12 July, 2011 15:46  
Blogger tiefazatie said...

wah!!sgt comel!adui la..hihi..suka je baca cte2 sis nie tau..=)

12 July, 2011 15:53  
Blogger Fina Sophie said...

tiefazatie,
haha u do?? thanks dear :)

12 July, 2011 16:19  
Blogger Coffee Girl said...

cinta monyet tu... memang indah kan? mula2 bercinta tu macam2 perasaan ada tapi tak berapa tau sangat.

12 July, 2011 17:59  
Blogger Fina Sophie said...

Coffee Girl,
budak2 zaman dulu tahun 6 pun, apalah sgt yg dia tahu. pgg kmputer pun tak reti lagi okey (- -") budak2 skrg advance. termasuklah dlm hal mcm ni. sgla mcm perasaan dia blh define dah ehehe..

12 July, 2011 19:27  
Blogger Kapten Atok said...

pengalaman senyum2 tu ada lah
tp x kapel mcm ko

kecik2 ko dah rasa broken heart. nasib baik aku x bercinta kecik2... haha

12 July, 2011 22:21  
Blogger cikpia said...

ha ha...... so sweet!!! tapi kalau cinta kecik2 tak jadi, besar2 malu dowh kalau jumpa balik!!!! he he.....

13 July, 2011 09:09  
Blogger Fina Sophie said...

Kapten Atok,
i've forgotten how it feels before haha.. itu pnglmn juga tu. sy tak rasa itu pnglmn yg pahit ;)

13 July, 2011 15:31  
Blogger Fina Sophie said...

cikpia,
not sure about that. haha.. malu kot.. tp sy rasa lawak je... haha :P

13 July, 2011 15:33  
Blogger LaLaLOLa said...

sweeeeetnyer!

zaman kanak-kanak was the comelest... kan!

13 July, 2011 16:48  
Blogger Fina Sophie said...

LaLaLOLa,
kan kan kan???? HAHAHA. it was so long ago, tp sbb sweet sgt maka masih terkenang smpai skrg. no hard feeling, just memori indah. n kalau dikira kngn wktu budak2 la paling srnok. :)

13 July, 2011 20:44  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish