2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Coming up.
Friday, July 22, 2011 posted at 15:19 ♥

Kalau saya cakap COMING, maksudnya belum sampai lagi. Baru buat payment. Online vendor, to be exact. Kalau beli barang-barang macam ni, banyak saya online shopping cuz I found them much cheaper berbanding yang dijual dekat premis. Kalau lebih mahal pun, tidak apalah. Sikit saja beza, worth my time browsing. Jimat masa dan tenaga ke hulu ke hilir mencari.

Tapi risiko berhadapan dengan peniaga bermasalah tu kena hadapi sendiri la. Saya agak selektif pilih nak berurusan dengan siapa, tapi dalam berhati-hati tu, pernah juga terkena. Bukan kena tipu, tapi lambat hantarrrr. Saya jenis yang tak main book-book. Biasanya hari yang sama saya place order, saya akan terus bayar. Tapi ada sikap peniaga online ni, suka bertangguh. Alasan sibuk lah, stok tak adalah. Kalau dah nampak cutomer tu berbesar hati nak beli siap bayar tanpa bertangguh, bagilah effort juga. Saya peniaga online juga, saya buat secara sampingan. Nak hantar barang tu bukan susah pun alahai.

Habaq sket.

Saya bayar 16 April 2011 10.10PM. Of course saya ingat sebab saya ada rekod sekali dengan reference number dan bukti pembayaran. 1st 11 days saya sabar lagi padahal hari saya bayar tu, dia cakap within 7 days dia hantar. Saya bagi dia masa beberapa hari lagi lepas tu saya contact balik, dia cakap dia busy sangat sibuk dengan show. Dia cikgu tarian juga tapi lebih hebat dari I lah. Merangkap cikgu sekolah juga. So saya faham. In between two months selepas saya bayar, saya ada mesej dua atau tiga kali (memang sangat jarang sebab taknak bagi dia tekanan) asking for the item, tapi ada sekali saja dia balas, dia cakap tidak cukup lagi dua (saya order 4) dan dia cakap nak tunggu stok baru minggu itu juga tapi nan hado. 27 April 2011 itu my first text asking tentang item tu dan itulah juga last dia reply mesej. Lepas tu 1-2 mesej saya dia tidak balas langsung. Tapi 20 July lepas saya dah fikir tak boleh biar berterusan, saya pun hantarlah mesej dekat diorang - mengingatkan yang dah lebih 3 bulan saya bayar tapi barang tak sampai lagi. Saya memang dah nak lapor nombor perniagaan diorang dekat Tribunal Pengguna yang entah akan tolong atau tidak kes macam ni HAHA. Okeylah of course akan tolong, tapi kalau hanya seorang saja mangsa, Tribunal Pengguna nak layan ke? Saya dengar, mungkin tolak tepi saja. Lagipun saya taknaklah lapor macam tu saja tanpa inform langsung dan tak bagi diorang peluang untuk explain atau peluang untuk selesaikan antara kami saja. Saya dah tak ada modal lain saya terpaksa bagi pilihan samada kembalikan wang, atau hantar barang tu secepat mungkin, atau saya laporkan diorang ke pihak berwajib. And it works, replynya sangat cepat. Paling tidak boleh belah, dia cakap bukannya sampai ribu-ribu duit tu.. alahai. Memanglah. Ratus pun tak sampai. RM92 saja. Tapi that was not my money, tapi duit Tari Kirana. And even kalau duit saya pun, so what? Even sesen pun tetap duit. Am I right or not?

Me : Salam. Sekarang dah bulan ketiga, tapi sanggul jurai tak sampai-sampai lagi. Saya dah bayar pun. Kalau tak dapat hantar, sila kembalikan wang sebelum saya laporkan perniagaan anda ke pihak berwajib (of course I do have their registration number)
017 : Saya dah balas dalam inbox FB Fina. Actually saya dah minta tolong designer buat tapi dia memang dah tak buat dah design tu. Minta bagi nombor akaun untuk pemulangan wang. Saya pun tak berminat nak bermasam muka dan berkasar dengan customer lagipun bukannya sampai ribu-ribu. Maaf atas kesilapan teknikal.
Me : Saya pun tak berminat, tapi sekurang-kurangnya jangan biar customer tertunggu sampai 3 bulan. Mustahil saya tidak terima mesej dekat FB kalau ada mesej dihantar. Tiap hari saya cek. Memang bukan ribu, tapi tetap duit juga walau sesen ye.. Texted you several times, but no reply. Sibuk bukan alasan. Saya pun peniaga online juga. Maaf. Kalau tidak dapat berniaga online, stick with berniaga biasa. (dia memang peniaga berpremis)
017 : Saya dah minta maafkan.
Me : Not worth with my 3 months waiting. But okey, what done is done. Saya tunggu pengembalian wang.

I sounds like an angry customer am I @_@? I was actually taknak lagi dah terus berdepan dengan orang  macam ni. Saya demand kali ni sebab nak get over with all this as soon as possible. Mentang-mentang nilai deal dengan saya kecil saja berbanding deal yang diorang handle selama ni dengan jumlah yang lagi besar.. Sobs. Rasanya saya tak marah sangat, saya kalau marah lain. Orang lain kalau marah, muka merah. SAYA MUKA HIJAU. Bhahahahahh.. Okey tak lawak kot Fina. Saya kalau betul-betul marah, bukan macam ni. Kalau saya betul-betul marah, lain. Muka hijau (ayat ulang sebab takda modal ayat).

By the way, I am not really taking this to heart. Just buat bunyi-bunyi sikit saja dekat blog. Rage sikit saja. Lama tidak rage rage. Anggap ja mosquitoes making noise. Ehehehe. Tujuan asal nak tunjuk barang-barang ni, mention pasal online shopping ni, terus teringat pasal 3 bulan barang tak sampai tu. However, they had promised to bank-in balik duit ke akaun saya by today.

This is the problem when you are dealing with online vendors. Trust become a big issue. And it takes those who are brave enough to face the risks. Online buyers memang berani. The only way to find out is to TRY, ait? SALUTE! :D

Enough about that.

Yang saya mention di perenggan paling atas, ini saya order baru-baru ni :

MAC Professional 24PCS Brush Set (REPLIKA)

Siap ada nombor brush lagi. Lepas ni kalau mekap budak-budak penari tu, saya tinggal sebut number lagi, diorang yang tolong carikan. Sebelum ni melilau mata mencari brush sorang-sorang. Lepas ni senang sikit ..itupun KALAU ingat number brush. Hahah. Silap-silap makin berpinar mata.

I am not sure about the quality yet, but since this is just the replica of the original set of MAC Proffesional Brush, I don't expect much. I love that fan shaped brush anyway. Sangat sesuai untuk shading dekat hidung. 

Next, :


MAKE-UP BAG!

I really wish it is in HOT PINK colour. Warna yang ini, untuk DESIGN yang ini for me not really attractive but since saya nak sangat design yang begini, this kind of pink pun okeylah. Berbanding black colour? Hoh. Boring. Boring for make-up bags.

GLAMOUROUS PINK MAKE UP BOX 2011
  • Crocodile skin design
  • Case includes four fold out trays with :
    • adjustable dividers
    • a deep center compartment
    • NEW STYLE ZIPPER closures, and a detachable holder
    • inclusive extra shoulder strap.
  • Trays can be take out, and transform to a deep bag.
  • High Quality Material - PVC
  • Fine workmanship

The same design. In black.

 Off topic sekejap tapiiii....

Femme denim jacket

... on my list to-buy since last year is, .... DENIM JACKET! Apa-apa jenama, takda jenama pun takpa. Yang penting jacket kain denim (DENIM : jenis fabrik yang selalu digunakan untuk seluar jeans) macam ni. I'm looking for one. 

Okey til we meet again, sambung pula dengan update Tari Kirana punya aktiviti. In case you missed those entries and wish to see the pictures, here - This and This. Ada beberapa lagi entri bergambar untuk di-up.

Thanks for your time guys.

Labels: ,


3 Comments:

Blogger Cici Dyesebella said...

sa suka 2 set brush tp sa bkn jenis mekap pnya org,nway sa pun pena kna psl beli on9 ni..ko ok lg kna lyan sa lnsng snyap nsib 40 sja tp still rsa skt ati ni huhuhu

22 July, 2011 18:29  
Blogger Kapten Atok said...

minta maaf pun dengan nada berlagak lagik. heh

22 July, 2011 22:50  
Blogger mr_mrs mikko said...

naaa, yg make up box pink tu prnh ni ku jmpa di mana tu ah.. alaaa, lupa suda nama i.. adeess! jap jap...

e-noveal bha pulaa kaaaan.

25 July, 2011 08:28  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish