Pages

How long has it been?

Friday, July 29, 2011



Since December 2010, and getting busier menjelang bulan kebelakangan ini sampailah ke bulan-bulan akan datang. Sudah ada event dalam list untuk buat performance. Either untuk event besar atau biasa atau just traditional welcoming. Now, me and Tari Kirana will be going to Tanak Nabalu Homestay somewhere at/before Kota Belud .. today. Tapi rasa macam tiada apa-apa pun lagi. Packing barang pun belum lagi. Hampir setiap hujung minggu ada saja persembahan sekarang ni. Hampir tiap hujung minggu sekarang ni akan kena packing.... I am worried. Tengok, tiada offer, tidak suka juga. Tapi bila dapat banyak offer, mau worry-worry pula. Fina, Fina.

Because I'm bringing budak-budak yang masih bersekolah dan ada ibu bapa yang sangat care. Of course I'm worry. Risau tentang semuanya. I'm worry if they are too excited about thing dance activity thingy sampai terabai pelajaran. I'm worry sebab sekarang ni aktiviti kami banyak melibatkan waktu malam - sekarang makin banyak kali pulang lewat malam. AFTER TWELVE. I'm worry the dancers makin sikit, kena cari pelapis cepat-cepat but how to find yang sudah tidak bersekolah? Kalau diorang tidak pergi sekolah sebab terlambat bangun pun saya dah risau semacam. Saya yang rasa bersalah kalau sebelum pergi outstation untuk buat performance dekat mana-mana, kerja rumah diorang belum selesai. I'm worry if the parents starts complaining things yang melibatkan saya. Sometimes, saya nervous. Suddenly I want everything to be perfect. Saya rasa nak kawal semuanya, biar semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja. I can't help membebel about things I really think I should remind them (everytime - I do mean EVERYTIME), padahal I know they are not kids anymore. They've grown up, aren't they? I just don't want to be the reason of anything bad. Bila drive malam bawa diorang balik dari performance or rehearsal whatsoever, penat-penat, all that I think about is THEM. And their safety. The amanah.

How to put this into words ya? How nak muntahkan semua kerisauan yang bersarang-sarang dalam otak ni. Every bits of it.

By the way, hari Isnin depan baru saya free. Off til Sunday.

.
.
.


It's been three months since it happened. The things I should NOT remember anymore. Tapi masih lagi segar dalam ingatan. And I could still feel the heartbreak.. Cuma kesibukkan dan pressure menghadapi hidup sehari-harian buat saya seakan terlupa keadaan hati saya yang sebenar.

Tari Kirana : Food Fair Carnival Koposizon Homestay 26th of June 2011

Tuesday, July 26, 2011

Update untuk 26 June 2011.

Lupalah pula update hari di mana Tari Kirana buat persembahan di Koposizon Homestay, Papar itu hari. Di Papar, again and always, ikut team Kinabalu Merdu Sound. Sepatutnya update sebelum entri yang Tari Kirana join KMS buat traditional welcoming pada 15 July tu.

Di Papar tu kami buat performance untuk Pesta Makanan 2011 anjuran Koposizon Homestay. Sampai saja, saya siapkan penari-penari dekat bilik yang disediakan. Ambil gambar pun tidak sempat. Sebab ada masa sejam setengah saja untuk bersiap. Fuh. Plus, boleh pula terlupa bawa DSLR tu (- -") Nasib baik ada juga compact camera Sony tu. Biasanya ke mana-mana saya bawa dua-dua kamera. Nasib baik kan. Kalau tidak, pakai kamera handphone la jawabnya.

Dalam perjalanan, terjumpa Myvi bawa banner MM Nita. Ehe.

Ada pertandingan makan ULAT SAGU!

Yes you read me right! Haha. Actually saya pernah makan ulat sagu tu sekali tahun lepas waktu buat program dengan rakan-rakan JPMDPP SME Bank bulan Mei tahun lepas ke Sabah. Salah satu pengisiannya, kami ke Perkampungan Budaya Monsopiad (Monsopiad Cultural Village). Saya rasa saya ada update pasal tu di blog lama. Di blog ni tak ada. Nanti saya republish ke blog inilah :) Ulat sagu tu gemok-gemok. Kenapa ada di sini? Nama pun Pesta Makanan kan. Terhidang bermacam-macam jenis makanan. Sedap-sedap dan FREE! Sebab diorang buat pertandingan siapa cepat habis makanan AHAHA betulkah tu? Saya agak saja. Lebih kepada makanan-makanan tradisi masyarakat Kadazandusun Sabah. Sebab tu sumandak-sumandak semua lawa-lawa dan gebu. Makan ulat sagu. Ahaha. Tak adalah. Gurau. Saya sendiri baru sekali makan. Itupun lepas panggang. Rasa dia? Tekstur dia macam udang lepas kena bakar. Very juicy dan lemak manis. Yummy.. Ceh yummy konon. Padahal waktu tu geli-geli juga nak try. Tapi pengalaman tu macamana nak dapat kalau tak berani kan? Ikutlah sangat perasaan takut atau geli tu, satu apapun tak dapat ehehe. lagipun tengok orang lain releks saja.

Tapi waktu Pesta Makanan ni saya takda makan pun. Gambar ulat-ulat tu saya ambil waktu kami dah nak balik sebenarnya. Plus, diorang guna ulat-ulat ni untuk pertandingan siapa dapat makan ulat tu paling banyak. Sayang jugalah tidak dapat tengok, kan mau balik suda.. Oh and I took a video of it with Tari Kirana. Here. Dari Facebook page Tari Kirana. Tak lama pun video ni. 25 saat saja.



Waktu saat ke 00:23, susunan diorang dari kiri ke kanan - Jija, Feezah, Anna, Widha, Vyna, dan Dana. 

The other videos of Tari Kirana is in HERE. Video tarian jangan tanya, saya memang dah tak upload ke internet dah. Kalau nak tengok Tari Kirana menari, experience dengan mata kepala sendiri saja. Macamana nak experience? Datang ke Ranau/Kundasang Sabah :D

Selain acara merasa makanan dari meja ke meja, acara selingan adalah persembahan dari KMS dan Tari Kirana. Waktu ni Tari Kirana bawa tarian Zapin, Joget, dan Sumazau. Lagu Tanak Kampung yang fun fun itew.
1

2

3

Acara merasa makanan dari meja ke meja pula :


HEAVENLY!

Let the pictures tell.


Santai di seat dekat dengan pentas

Let the girls explore around the jambatan yang ada berdekatan. Yeap, ada sungai besarrrrr.  See the jambatan lah kan. The manager malas ikut theehehe

Baju merah itu ada bernama Jeffri (not sure spelling nama dia) as known as Cobra. Amacam. Ganas tak nama? Tapi muka jambu tau. Ehee.

Sebenarnya selepas persembahan di Papar, KMS bawa lagi Tari Kirana buat performance di Hotel Promenade, tapi tidak boleh sebab kena balik awal, esok artis-artis tu KENA PERGI SEKOLAH yiahaha.

Tari Kirana : Traditional Welcoming 15th of July 2011

Monday, July 25, 2011

Update untuk 15 Julai 2011.

Petang, the girls datang berkumpul dekat rumah saya dengan membawa beg pakaian sebab selepas persembahan malam untuk traditional welcoming untuk rombongan yang datang menginap di Walau Tokou Homestay tu, we're going to stay overnight there sebab esok paginya lagi kami akan bertolak ke Kudat bersama anggota KMS dan bermalam lagi di situ semalaman.

Here's the pictures untuk malam waktu traditional welcoming tu.

Sebelum persembahan dan keadaan di back-stage waktu KMS tengah perform. Saya intai-intai dekat situ right before persembahan Tari Kirana

Performance

Belajar menari tarian Sumazau (tarian etnik Sabah) bersama rombongan. Rombongan ni dari Johor, if I am not mistaken.

Look at the smiles on their faces!

Di akhir majlis, waktu lagu Gelang Si Paku Gelang dimainkan oleh pemain bambu KMS

Selepas habis performance, Tari Kirana with the KMS had a late dinner at the Garden Cafe.

To all of my blog reader and followers yang belum pernah ke Sabah, you are welcomed to Sabah, experience the warm traditional welcoming by Kinabalu Merdu Sound team, Tari Kirana team, and Walai Tokou Homestay team :)

With Sa and friends at Garden Cafe 15th of June 2011.

Update untuk 15 Jun 2011.

Remember her? Nur Sakinah. Kadang-kadang mention dekat blog - seorang rakan blog. Sama-sama belajar di tempat yang sama dulu, tapi dia senior lah. Time kenal tu dia dah habis belajar.. Saya dah tak ingat macamana kenal - maybe saya yang jumpa blog dia dulu waktu tahun 2007 or 2008 - tak ingatlah bila kami start kenal. Sa, tolong ingatkan kalau Sa masi ingat (- -") Sebab dia pun dulu student UUM, saya pun add lah link blog Facebook dia dekat bloglist saya - waktu tu masih berblog di Sufilara.blogspot.com. Punyalah semangat kekitaan sesama student UUM ni. HAHAH.

Sa datang ke Sabah 15 hingga 17 Jun lepas. Sekitar dua bulan sebelum tu kami ada juga berbalas email. Sa tanya tentang kesesuaian jadual diorang dekat Sabah nanti. Tanya juga tentang nombor contact. Itu dan ini, akhirnya Sa dan rakan-rakan sampai juga ke Sabah.

Petang tu Sa mesej, tanya something which saya dah tak ingat. Kalau tidak silap, maybe Sa tanya tentang kedai mana yang buka malam-malam dekat Ranau yang ada jual sweater. Saya terus cepat-cepat cek tarikh and OMG dah 15 Jun dah waktu tu. Bhahaha. Boileh pulak lupa kan. Petang tu balik dari kerja, tanya Sa if malam tu diorang jadi ambil malam traditional welcoming dari Sinisian, tapi Sa cakap tak jadi sebab diorang sikit sangat. But, I insist.

Why insist? I know I can be so memaksa at times. Sebab, sayang dah sampai sini tapi tak rasa semua tu. And that could be my welcoming to Sa, especially. She's a good girl and very kind towards me. Walaupun sebelum ni tidak pernah jumpa dan just kenal melalui blo0g dan Facebook.For your information, she's from Terengganu as well as her friends.

Time tu juga saya call Uncle Koch deal about the Traditional Welcoming for Sa, dan lepas semua confirm, saya inform Sa dan around 8.30PM macam tu saya gerak ke Garden Cafe with 5 of Tari Kirana girls. Anna, Dana (my sister, also Tari Kirana dancer), Jija, and Feezah. Jima dan Vyna tiada. Yang datang juga termasuk my cousin, Mimie dan my younger brother, Adi.

All of us. Nur Sakinah yang dimaksudkan sedang memakai shawl coklat-coklat tu.

The first time I saw Sa, a bit shocked sebab I thought beliau adalah tinggi. You know, tinggi yang tinggi. Kecik comel dan awet muda gitu. Tak nampak macam usia sebenar langsong. Tapi yang pasti saya tembammm dan pendek berbanding dia. AHAHA. As you can see (or might see), Sa datang ke Garden Cafe malam tu bersama dua orang lagi kawan. Diorang datang berenam kalau tidak silap (banyak detail saya dah lupa, sebab dah berlalu lebih sebulan hehehe), yang lagi tiga stay dekat resort saja - Pine Resort. Bersebelahan saja dengan Garden Cafe milik Walai Tokou Homestay tu.

Oh ya. Badan I yang dah sedia berisi ni looked extra gemuk wtf. And my mata nampak bengkak malam tu wtf. I won't wear that eye-lenses WITHOUT make-ups anymore. HAHAH.


Suara Buluh Perindu team

Dua orang yang menyanyi tu Jija dan Widha. Saja la tu memeriahkan suasana. And performer malam tu budak-budak pemain bambu dari Sinisian juga, sama macam Kinabalu Merdu Sound. Time ni Sa dan rakan-rakan dah beredar pulang sebab diorang letih sangat. Saya sendiri pun boleh nampak. Pagi tu diorang flight dari KL - dari KK gerak terus ke Kundasang dan sempat lagi jalan-jalan sekitar Kundasang dan Ranau. Of course lah penat.

Anyway, Sa, gambar kedua ni for you - things you missed. Ehehe. Missed pun takpa, saya pun ada mensumbangkan lagu time tu. Nasib baik Sa pulang awal :D

Hari ini.

Hari ini manager Kirasa Cafe & Katering malas turun kerja. Hari ini manager Tari Kirana suruh penari berlatih di sekolah saja - sekali dengan penari lain yang tinggal asrama. Kalau training di rumah saya, tidak lengkap semua orang.

Hari ini nak basuh kain. Hari ini nak kemas bilik. Hari ini nak kemas semuanya. Hari ini nak habiskan entri bergambar aktiviti Tari Kirana setakat hari ini. Sebelum Khamis sebab Jumaat saya off ke Kota Belud pula bersama Tari Kirana sebab ada persembahan di situ. Hari ini nak buat macam-macam. Tapi sudah pukul 1 petang masih tidak buat apa-apa lagi. *sigh*
Hari ini hari malas sedunia.

Bangun Fina!!!!

Last night.

Sunday, July 24, 2011

Tea?
We went for a grand dinner last night. Me and my family. Semua kami enam orang pergi kecuali seorang. Will update about it soon.

Coming up.

Friday, July 22, 2011

Kalau saya cakap COMING, maksudnya belum sampai lagi. Baru buat payment. Online vendor, to be exact. Kalau beli barang-barang macam ni, banyak saya online shopping cuz I found them much cheaper berbanding yang dijual dekat premis. Kalau lebih mahal pun, tidak apalah. Sikit saja beza, worth my time browsing. Jimat masa dan tenaga ke hulu ke hilir mencari.

Tapi risiko berhadapan dengan peniaga bermasalah tu kena hadapi sendiri la. Saya agak selektif pilih nak berurusan dengan siapa, tapi dalam berhati-hati tu, pernah juga terkena. Bukan kena tipu, tapi lambat hantarrrr. Saya jenis yang tak main book-book. Biasanya hari yang sama saya place order, saya akan terus bayar. Tapi ada sikap peniaga online ni, suka bertangguh. Alasan sibuk lah, stok tak adalah. Kalau dah nampak cutomer tu berbesar hati nak beli siap bayar tanpa bertangguh, bagilah effort juga. Saya peniaga online juga, saya buat secara sampingan. Nak hantar barang tu bukan susah pun alahai.

Habaq sket.

Saya bayar 16 April 2011 10.10PM. Of course saya ingat sebab saya ada rekod sekali dengan reference number dan bukti pembayaran. 1st 11 days saya sabar lagi padahal hari saya bayar tu, dia cakap within 7 days dia hantar. Saya bagi dia masa beberapa hari lagi lepas tu saya contact balik, dia cakap dia busy sangat sibuk dengan show. Dia cikgu tarian juga tapi lebih hebat dari I lah. Merangkap cikgu sekolah juga. So saya faham. In between two months selepas saya bayar, saya ada mesej dua atau tiga kali (memang sangat jarang sebab taknak bagi dia tekanan) asking for the item, tapi ada sekali saja dia balas, dia cakap tidak cukup lagi dua (saya order 4) dan dia cakap nak tunggu stok baru minggu itu juga tapi nan hado. 27 April 2011 itu my first text asking tentang item tu dan itulah juga last dia reply mesej. Lepas tu 1-2 mesej saya dia tidak balas langsung. Tapi 20 July lepas saya dah fikir tak boleh biar berterusan, saya pun hantarlah mesej dekat diorang - mengingatkan yang dah lebih 3 bulan saya bayar tapi barang tak sampai lagi. Saya memang dah nak lapor nombor perniagaan diorang dekat Tribunal Pengguna yang entah akan tolong atau tidak kes macam ni HAHA. Okeylah of course akan tolong, tapi kalau hanya seorang saja mangsa, Tribunal Pengguna nak layan ke? Saya dengar, mungkin tolak tepi saja. Lagipun saya taknaklah lapor macam tu saja tanpa inform langsung dan tak bagi diorang peluang untuk explain atau peluang untuk selesaikan antara kami saja. Saya dah tak ada modal lain saya terpaksa bagi pilihan samada kembalikan wang, atau hantar barang tu secepat mungkin, atau saya laporkan diorang ke pihak berwajib. And it works, replynya sangat cepat. Paling tidak boleh belah, dia cakap bukannya sampai ribu-ribu duit tu.. alahai. Memanglah. Ratus pun tak sampai. RM92 saja. Tapi that was not my money, tapi duit Tari Kirana. And even kalau duit saya pun, so what? Even sesen pun tetap duit. Am I right or not?

Me : Salam. Sekarang dah bulan ketiga, tapi sanggul jurai tak sampai-sampai lagi. Saya dah bayar pun. Kalau tak dapat hantar, sila kembalikan wang sebelum saya laporkan perniagaan anda ke pihak berwajib (of course I do have their registration number)
017 : Saya dah balas dalam inbox FB Fina. Actually saya dah minta tolong designer buat tapi dia memang dah tak buat dah design tu. Minta bagi nombor akaun untuk pemulangan wang. Saya pun tak berminat nak bermasam muka dan berkasar dengan customer lagipun bukannya sampai ribu-ribu. Maaf atas kesilapan teknikal.
Me : Saya pun tak berminat, tapi sekurang-kurangnya jangan biar customer tertunggu sampai 3 bulan. Mustahil saya tidak terima mesej dekat FB kalau ada mesej dihantar. Tiap hari saya cek. Memang bukan ribu, tapi tetap duit juga walau sesen ye.. Texted you several times, but no reply. Sibuk bukan alasan. Saya pun peniaga online juga. Maaf. Kalau tidak dapat berniaga online, stick with berniaga biasa. (dia memang peniaga berpremis)
017 : Saya dah minta maafkan.
Me : Not worth with my 3 months waiting. But okey, what done is done. Saya tunggu pengembalian wang.

I sounds like an angry customer am I @_@? I was actually taknak lagi dah terus berdepan dengan orang  macam ni. Saya demand kali ni sebab nak get over with all this as soon as possible. Mentang-mentang nilai deal dengan saya kecil saja berbanding deal yang diorang handle selama ni dengan jumlah yang lagi besar.. Sobs. Rasanya saya tak marah sangat, saya kalau marah lain. Orang lain kalau marah, muka merah. SAYA MUKA HIJAU. Bhahahahahh.. Okey tak lawak kot Fina. Saya kalau betul-betul marah, bukan macam ni. Kalau saya betul-betul marah, lain. Muka hijau (ayat ulang sebab takda modal ayat).

By the way, I am not really taking this to heart. Just buat bunyi-bunyi sikit saja dekat blog. Rage sikit saja. Lama tidak rage rage. Anggap ja mosquitoes making noise. Ehehehe. Tujuan asal nak tunjuk barang-barang ni, mention pasal online shopping ni, terus teringat pasal 3 bulan barang tak sampai tu. However, they had promised to bank-in balik duit ke akaun saya by today.

This is the problem when you are dealing with online vendors. Trust become a big issue. And it takes those who are brave enough to face the risks. Online buyers memang berani. The only way to find out is to TRY, ait? SALUTE! :D

Enough about that.

Yang saya mention di perenggan paling atas, ini saya order baru-baru ni :

MAC Professional 24PCS Brush Set (REPLIKA)

Siap ada nombor brush lagi. Lepas ni kalau mekap budak-budak penari tu, saya tinggal sebut number lagi, diorang yang tolong carikan. Sebelum ni melilau mata mencari brush sorang-sorang. Lepas ni senang sikit ..itupun KALAU ingat number brush. Hahah. Silap-silap makin berpinar mata.

I am not sure about the quality yet, but since this is just the replica of the original set of MAC Proffesional Brush, I don't expect much. I love that fan shaped brush anyway. Sangat sesuai untuk shading dekat hidung. 

Next, :


MAKE-UP BAG!

I really wish it is in HOT PINK colour. Warna yang ini, untuk DESIGN yang ini for me not really attractive but since saya nak sangat design yang begini, this kind of pink pun okeylah. Berbanding black colour? Hoh. Boring. Boring for make-up bags.

GLAMOUROUS PINK MAKE UP BOX 2011
  • Crocodile skin design
  • Case includes four fold out trays with :
    • adjustable dividers
    • a deep center compartment
    • NEW STYLE ZIPPER closures, and a detachable holder
    • inclusive extra shoulder strap.
  • Trays can be take out, and transform to a deep bag.
  • High Quality Material - PVC
  • Fine workmanship

The same design. In black.

 Off topic sekejap tapiiii....

Femme denim jacket

... on my list to-buy since last year is, .... DENIM JACKET! Apa-apa jenama, takda jenama pun takpa. Yang penting jacket kain denim (DENIM : jenis fabrik yang selalu digunakan untuk seluar jeans) macam ni. I'm looking for one. 

Okey til we meet again, sambung pula dengan update Tari Kirana punya aktiviti. In case you missed those entries and wish to see the pictures, here - This and This. Ada beberapa lagi entri bergambar untuk di-up.

Thanks for your time guys.

Luahan hati

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalakan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Tari Kirana : Farewell Dinner Paragliding Accuracy World Cup Sabah 12 June 2011

Wednesday, July 20, 2011

Update for 12th of June 2011.

Selepas persembahan di SINI dan di SINI (ends around 10PM), kami bermalam saja di homestay sebab kami ada persembahan lagi keesokkan malamnya di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (Perkasa Hotel Kundasang) which formerly known as Perkasa Hotel Mt. Kinabalu. Hotel tu terletak di atas bukit. Kundasang sendiri tempatnya berbukit bukau. Pemandangan sangat saujana. I wish I could take pictures yang boleh gambarkan how breathtaking it is.. 

Kebetulan waktu tu cuaca sekitar Ranau dan Kundasang sedang berangin kuat. Lebih-lebih lagi di Kundasang, bercampur-campur dengan lokasinya yang betul-betul di kaki gunung. Terasa sangat sejuknya. Malam tu saya tidak pergi mana-mana. Keluar dari bilik pun tidak. Saya tak tahan sejuk dia, macam masuk dalam freezer. Sudahlah angin kuat. Masa yang ada saya guna untuk tidurrrrrrr. Haha. I don't know about the girls. Ada juga diorang keluar-keluar bercerita mungkin.

Malam tu, terjaga tengah malam, diorang dah keluarkan kek dan nyalakan lilin. Sambut hari jadi one of my dancer, Widha. Tapi tak banyak take pictures. 

Esok paginya ....

See that gunung? That's Mt Kinabalu.

Lepas sarapan, kami latihan menari di bilik gerakan homestay. Around 3PM kami mula bersiap dengan make-up dan costume.


At the hotel. PGAWC stands for Paragliding Accuracy World Cup

Photoshoot sekejap di perkarangan Hotel Perkasa

Photoshoot lagi

... dan lagi.

MAKAN TIMEEE. With Kinabalu Merdu Sound team. Feel like family. Theehehe.

Yang pakai baju tradisi Sabah tu semua team KMS, including the photographer and Anita (freehair pakai baju kelabu yang di sebelah Ika; KMS punya singer - wearing traditional costume)

PERFORMANCE BERMULA!

Kinabalu Merdu Sound memulakan performance, lepas tu diselangselikan dengan persembahan tarian dari Tari Kirana dan kemudian sesi tari menari dancing with the dancers with local music to the sound of live music by Kinabalu Merdu Sound. Oh God, the foreigners memang suka gila dance-dance ni. Semua sporting hehehe.


Dance baby dance.

Dancing on the dance floor. Cha cha, sumazau, joget, poco-poco etc. Fuh.

Here's the tentative of the night. PRIZE PRESENTATION AND FAREWELL DINNER. Giliran Tari Kirana was between 8.40 - 9.40PM on the tentative, with the Bamboo Orchestra performance by KMS.

Selepas habis majlis, makan lagi dengan team KMS yang lain (the food was delicious!) lepas tu head ke Garden Cafe pula minum minuman panas lagi dekat situ sambil tengok Konsert Akhir Akademi Fantasia 9. Tahniah Hazama. Ehehe. Lepas tu balik. Sebab esoknya the girls kena ke sekolah.

Susahnya jadi artis (artis tak bernama), jadual show tidak menentu, balik tengah malam, esoknya kena ikut jadual biasa. Kerja atau ke sekolah. Ahhhh. Kesengalan beserta kepoyoan jelas di situ. Anyway, we had a very great time spent our two days and one night at Walai Tokou Homestay - for free. Ehehe. MANY THANKS!

Tari Kirana : Majlis Persandingan Dr Fariz dan Dr Allia 11 Jun 2011

Tuesday, July 19, 2011

Update untuk performance 11 Jun 2011.

Selepas saja persembahan kami di SINI, kami balik ke bilik homestay dan bersiap untuk next location untuk show bersama team Kinabalu Merdu Sound iaitu di Kampung Kiaburi, di rumah Y.Bhg. Datuk Hj. Amri A. Suratman - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Waktu tengah tunggu pengangkutan ke Ranau, waktu sedang dalam perjalanan, waktu tiba, dan sebahagian suasana sekitar majlis

Performance - SUMANDAK KINABALU, WALINONG SARI & JOGET KAIN SONGKET

Kinabalu Merdu Sound team. Yang ada dalam gambar - Uncle Esman, Aunty Asmiah, Uncle Kaisin, Gisam, Uncle Mahanis, Anita, Ika dan Sahrul.

You will have the chance to DANCE with Tari Kirana with live music from Kinabalu Merdu Sound, or KARAOKE also with live music from Kinabalu Merdu Sound. Interesting, ait? ;)

Tari Kirana with the pengantin, friend, and fellow performers of the day.

Random

Random

Thanks for inviting Tari Kirana! :)

Tari Kirana : Majlis Persandingan Budi dan Rizawani 8 Jun 2011

Friday, July 15, 2011

Update untuk persembahan Tari Kirana pada 8 Jun 2011 di Dewan Serbaguna Pekan Telupid.

Sepatutnya saya update entri ini sebelum entri yang INI tapi saya terlepas pandang pula. So here goes the pictures and captions. Enjoy :)

Waktu dalam perjalanan ke Telupid
Waktu ni perasaan agak dubdabdubdab sebab, I left Telupid for almost 5 years now. Selepas STPM, tidak pernah lagi jejak kaki ke Telupid. Kenangan sekolah rendah dan sekolah menengah, dari bayi sampai STPM, saya membesar di situ because both my parents worked there. Cuti-cuti balik raya di kampung saya berada sekarang ni, tapi kenangan tu banyak tumpah di bumi Telupid, so, Telupid holds a kind of sentimental values inside of me. So deep inside. Good friends, first love, tears, laughers, anger, .. EVERYTHING.

Sempat pusing sekejap saja, tengok rumah lama.. Lepas tu ke rumah cousin bersiap dan start make-up. Malam tu ke Dewan Serbaguna Telupid, and ....


OMG you guysss.. I DON'T KNOWWW XD

Of course, both my schoolmate. Tua setahun dari saya. I didn't know you guys couple.. Haha. Waktu dapat undangan tu barulah saya tahu. Budi (pengantin lelaki) tu schoolmate dulu dan kebetulan pernah ikut rombongan universiti (UMS) ke kampung saya, buat program anak angkat dan dia anak angkat kepada aunty dan uncle saya. Parents kepada Widha, one of my dancer. Sebab Budi ni rajin jenguk keluarga dekat sini, dia agak rapat dengan keluarga sini. So that's why we were there.

And Rizawani tu saya dah sedia kenal dari zaman budak-budak lagi. Sama-sama ke sekolah agama, pernah sekelas lagi tu. Selalu bersaing antara pelajar bijak dalam kelas. Dia tua setahun tapi sekelas dengan saya sebab saya masuk sekolah awal. Kami sekelas waktu darjah 3 dan darjah 4. Next year, saya masuk dari darjah 4 (Rizawani dan kawan-kawan lain dah masuk darjah 5) sekelas dengan batch yang sepatutnya. Saya dua kali darjah 4, bagi ngam umur dengan darjah.

Kerja jodoh kan? :)


Muka sebelum perform

1

2

3

Dengan keluarga sebelah saya. Alhamdulillah, selamat jodohnya :)

Next update tentang Tari Kirana, waktu Tari Kirana buat persembahan di Kg Kiaburi. Will update pelan-pelan. Theeeehehe. We're going to Walai Tokou Homestay again today, malam ni ada persembahan. Kemudian besok off ke Kudat!

Entri orang kecewa

Wednesday, July 13, 2011

Guess what? Ingat tak previous entry saya cerita tentang boyfriend saya yang pertama waktu saya darjah 6? Saya masih ingat lagi nama penuh dia biasalah nama pun ala-ala nama pelakon Hong Kong HAHA, jadi saya pun try la cari beliau di Facebook wahh ternyata dia guna nama penuh dekat Facebook. Dengan wajah terkini gitu. Lebih hensem berbanding dulu. Dan badan dah tegap sikit berbanding dulu kurus keding kikiki. Tapi saya tak add dia lagi ke friendlist, saya segan kalau dia jumpa entri itu. Sumpah segan. Saya rasa saya lebih malu kalau dia baca entri saya tentang dia berbanding jumpa dia face to face (- -")

Amboi, suka ya saya cerita tentang kisah cinta-cinta ni? Untuk pengetahuan, saya pernah ada 6 ex-boyfriend. Masing-masing ada cerita masing-masing. Dan baru hari ni saya tahu yang saya sebenarnya ada 6 ex-boyfriend. Ohhh. Itu tak kira yang couple setakat, errrrrrrr .. 3 hari.

Enough about that.

.

.

.

The thing is, life's hateful.

Ah. Okey. Taklah hateful sangat. But adalah beberapa part yang hateful tu. BEBERAPA YA. Bukan satu perkara saja. Sakit hati, tapi ini sakit sendiri-sendiri. Tiada melibatkan sesiapa. Sakit hati melihat sesuatu berlaku, yang tidak mampu saya kawal. Sesuatu yang tidak berada di bidang kuasa saya. Kalau boleh, biar semua berjalan lancar sahaja. Kalau boleh saya mahu semua baik-baik saja.. Tapi sayang, kita sesungguhnya hanya merancang. Tuhan jua yang menentukan kelancaran perancangan kita, yes?

Again, losing appetite. Down sangat sampai rasa nak tidur sahaja. And masa-masa macam ni lah, I will do anything to forget this feeling. Tidur 24 jam. Makan 24 jam. But cannot. We're human being WITH life purpose.

And because of I am a human-being-with-life-purpose ni lah yang buat saya sedikit lega. Dengan menyibukkan diri dengan perkara-perkara lain, saya rasa saya okey. Boleh hadapi semua ini. Tapi kerana saya juga manusia yang kadang-kadang tidak lepas dari HOPES AND DESIRE, maka saya ada sedikit kuchiwa. Tapi tidak mengapa. Saya optimis. Hati ini saja yang degil kadang-kadang. Tak mahu dengar cakap minda.

by yours truly :D

 And my friend dekat Facebook, juga fellow blogger, antara kawan yang suka membagi lawak sinikal, telah menghibur hati ini dengan menjual pantun yang belum saya beli-beli lagi kerana keadaan diri yang tidak berbakat dalam pantun-pantun ni.

Minum teh bunga kekwa,
Berselang minum air nira,
Apa barang hati kecewa,
Pekena ganja jadi gembira.
Tapi nak juga try.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati,
Ganja tu bagi saja dekat sapi,
Hati kecewa ni boleh baik sendiri nanti.


Amacam? Rima pantun hilang entah ke mana. HAHAHA. Okeylah. Thanks for making my day (- -")


My first crush on 1998.

Tuesday, July 12, 2011

Hai.. Inilah boyfriend I yang pertama HAHA.


His name is Nick. Jambu tak?

Gambar ni memang real. Dan saya sendiri masih simpan lagi dalam album gambar yang dah lama saya tak jenguk. Dia bagi waktu kami sama-sama darjah 6 HAHA. Mak aih sekolah rendah lagi dah bercinta rupanyaa.

Nick teman lelaki pertama saya. Very the puppy love. Sweet. Memorable. And all rose. Saya sudah tidak berapa ingat berapa lama kami bersama, 4 bulan mungkin. Tidak lama sangat. Kami bercinta melalui surat-surat. Bila bertentang dua mata salah satu pasang mata akan tertunduk malu-malu. Saling membantu dalam pelajaran (ikut yang ini ya adik-adik). We don’t talk too much, we don’t see each other too much - but we talk much enough on the telephone. Kami biasa diusik-usik rakan-rakan lain, kami biasa berbalas senyum dari kejauhan dan everything yang sweet sweet. Oh.. Aku mau balik pada waktu itu boleh? Tapi mau main senyum-senyum malu dari jauh dengan cik abang sayang saya. Siap kenyit-kenyit. Campak-campak kapal terbang kertas. Campak-campak batu. Oho gurau kasar nampak.

Macamana boleh kenal? Dia classmate saya dari darjah 5 hingga darjah 6. Sebelum tu saya di sekolah lain. Saya ni banyak pindah sekolah, tapi pusing-pusing, dekat situ jugak haha. I mean, sekolah tempat saya belajar time darjah 5 hingga darjah 6 tu sekolah yang sama waktu saya darjah 1 hingga pertengahan darjah 3 tempat my ayah jadi Guru Besar. Darjah 3 dan darjah 4 dan darjah 4 (ya saya dua kali darjah 4 sebab darjah 4 yang pertama saya tidak cukup umur, sepatutnya darjah 3) saya dekat sekolah tempat my mama mengajar. Darjah 1 pun saya dua kali sebab saya masuk sekolah rendah agak awal. Waktu umur 5 tahun.

Darjah 6 baru saya realize dia. Sebab sebelum tu geng dengan orang lain. Itupun mula rapat sebab sebulan sebelum UPSR kami semua menetap di sekolah untuk intensive persediaan peperiksaan UPSR. Gerak gempur habis. Tidak ingat macamana kami declare AHAHAHA tapi dalam tempoh sebulan tu kami dah bersuka-suka. UPSR berjalan dengan lancar, result UPSR diumumkan dan keputusan bagi batch kami sangat membanggakan. Boleh dikatakan itulah zaman kegemilangan sekolah kami SK Telupid Batu 4 sebab ramai dapat banyak A. Me myself got 5A's with lagi 3 orang dapat 5A. Yang lain 4A dan ramai dapat 3A dan 2A dengan kelulusan 98%. Cemerlang untuk sekolah bahagian pedalaman macam sekolah kami. Yeap, saya masih ingat lagi.

Kawan-kawan yang saya ingat waktu tu selain Nick, Dil (my cousin); Imelda (now already converted into Islam as Iman), Sheena Lyna, Shendy, Rosliana - geng I time tu; Dharna (Indonesian, now menetap di Indonesia dah), Sophian, Jerol, Razif, ..alamak banyak lagi. Ingat muka tapi tak ingat nama pula. Kalau sekolah di Sabah ni, kalau kena dengan tempat yang majoriti bukan muslim, rasalah jadi minoriti Islam. Dalam kelas 30 orang, ada 7 orang saja muslim, yang lain Kristian. But agama tidak pernah jadi perbezaan atau jurang terlalu besar bagi kami di sini. Invisible line.

Something happen waktu akhir tahun sebelum cuti semester dua dan bakal menginjak ke Tingkatan Satu (time tu pandang tinggi gila dekat student form 1 form 2 form 3 sampai form 6, tapi bila dah rasa masuk sekolah menengah, elehhhhh form 6 pun rasa macam masih budak-budak. Hahah). I found Nick with my own friend dating dalam bilik kelas tertutup. Kelas yang dijaga oleh her friend. Saya sebenarnya mula-mula pelik apa yang dijaga sangat dekat luar pintu. Bila saya nak buka, saya kena halang, but then she let go dan biar saya buka sendiri. Time tu la saya nampak apa yang ada di dalam. Diorang borak-borak saja, duduk tidaklah dekat sangat. Mungkin dalam semeter. Tapi berduaan dalam kelas tu, tak ada orang lain. That is why my heart broke. Waktu tu saya tidak faham kenapa saya rasa sakit hati sangat, saya tidak faham lagi istilah curang. Dan saya juga tidak faham lagi istilah kepercayaan yang dikhianati. Tapi hati memang sakit. Saya terus masuk ke kelas saya dan menangis (gila betul) and Nick kejar (ohh gila). Lepas tu, dia try explain tapi saya tak dengar. My cousin, Dil, pun dah start backing. Always the one yang backing saya since sekolah rendah. Lepas tu...

Oh mimpi rupanya. Ececehh..

.

.

.


Takdalah. Bukan mimpi. Memang perkara betul. Saya segan bila masuk part kejar tu. Hahahhh.

Saya dan Nick berpisah tanpa kata kerana hal itu, tambahan lagi bila dah naik sekolah menengah, saya pindah ke sekolah di SMK Agama Inanam. Tapi sekejap saja sana. 1-2 tahun saja sebab cengeng. Gahaha. Akhir form 2 saya pindah ke SMK Telupid - kawan-kawan sekolah rendah ramai berkumpul dekat situ. Jumpa balik dengan Nick. Time tu dia dah besar dah. Tinggiiii. Sepanjang beberapa tahun kami tidak bersua tu, hati saya masih lagi suka dekat dia sebenarnya. Kawan-kawan saya pun cakap Nick pun macam tu. Tapi sampai situ sajalah, kami tidak pula bersama kembali. Dan tetap satu sekolah sampai Upper 6. Hehe.

Perbezaan agama mungkin salah satu penghalang walaupun dulu tidak terfikir tentang semua tu.

Sepanjang saya kenal dia, he's the type of person who don't talk much in front of me. Saya hanya ingat the way he stare at me, the way he bring himself in the crowd, the way he walk, jam tangan dia pakai during our primary school years, his hairstyle, his smile towards me,.. I don't really remember any detailed conversation with him. I guess, kami banyak berhubung secara senyap. Berpandangan, berbalas senyum dan melalui usikan-usikan rakan. Sweet pula. Haha. Mungkin juga sebab, the last time I talked to him, waktu mula-mula masuk pindah ke SMK Telupid. Waktu tu akhir tahun 2000. Lepas tu, walaupun satu sekolah sampai Form 6, tapi not really talking. Back to square one. Dia ada geng sendiri, saya ada geng sendiri. Cuma sometimes kalau kebetulan terserempak di mana-mana, atau dalam ramai-ramai, we caught each other staring at each other. Oh inilah GF waktu sekolah rendah. Ohh.. Inilah BF waktu sekolah rendah. Mungkin tu yang kami cakap dalam hati. Hehehe. Not really talking, so I don't remember much about him.. I don't know much about him, by the way.

He's my first one yang pernah dapat special place dalam hati saya, but not first love. Macam crush-crush. Sekarang sudah lost contact sejak 2005 lagi, maybe dah kahwin kot. Hopefully, wherever he is now, he's having all the happiness the world has to offer.

Kami tiada gambar bersama rasanya. Saya tiada simpan. Kawan-kawan sekolah rendah dan menengah yang baca blog ini, kalau ada, ingat lagi sama dia? Heheh.


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS