2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Macam-macam rasa.
Friday, June 10, 2011 posted at 01:32 ♥

Ronggeng mood is ON since more than two weeks ago. Mula-mula untuk persembahan di majlis persandingan Pentung dan Orchie dan kemudian majlis persandingan Zaba dan Sue pula. Next, which is, semalam, performance di Telupid untuk majlis persandingan Budi dan Rizawani. Both was my schoolmate. Haha. Tak sangka menjadi juga diorang ni. Kebetulan my whole family keluarga angkat Budi. So that's why we're there.

Grown up there since i was little and already left for almost 5 years now, now i'm counting every step to Telupid... I miss that place and the people and all of the memories that came with it. Will arrive before 4pm.


My facebook status - waktu dalam perjalanan ke Telupid dari Ranau. Sejam lebih perjalanan. Sebelum tu kami jalan-jalan sekitar sana lagi. Just dalam kereta sajalah. Seriously, sayu rasa hati. Situ tempat aku membesar. Jatuh dan bangun sendiri. Mula kenal tentang sedikit erti hidup, mula kenal cinta.. Hehe..

Rombongan family yang lain gerak lewat sikit. Saya gerak awal dengan Tari Kirana girls sebab mahu  start mekap awal - Dana, Widha, Jija, Feezah, Ana dan Zimah. Dan my cousin, Ipid (newly wed yo hehe) tolong jadi drebar. Ni entah yang keberapa kali dah Ipid tolong hantar Tari Kirana ni pi mana-mana untuk persembahan HAHA. Lalu Kg Wonod, Kg Taviu, Kg Tapaang, Kg Batu 4. Lalu SK Telupid Batu 4 my old beloved school yang sedang dalam pembinaan sekarang ni. Teringat zaman kegemilangan SK Telupid Batu 4 batch kami. My ayah guru besar di sana waktu tu and he did his very best, I am proud of you, Ayah. No matter how and no matter what.

Lepas tu lalu sungai, bukit Doji (they made fun of it - -"), dan rumah rakan-rakan waktu sekolah rendah dulu. Pemandangan yang biasa aku lalui waktu sekolah rendah dulu dari rumah (Pekan Telupid) ke SK Batu 4. It feels sooo long ago. Berapa lama sudah rupanya aku tinggalkan Telupid. Ceh baru 5 tahun kot. Haha. Tapi rasa lama mungkin sebab saya tinggalkan zaman sekolah rendah lebih lama berbanding 5 tahun tu.

Lepas tu bila sampai kawasan Pekan Telupid, mula-mula nampak hospital (ke klinik tu?) sebelah kanan, padang besar sebelah kiri, kemudian jalan ke IPS sebelah kanan kemudian SMK Telupid - my old school. Aduhai hati. Terkenang cinta pertama. Ahaha. Sebelah kiri tapak Tamu (Tamu term di Sabah untuk pasar tani). Masih lagi di tapak yang sama. Zimah la tu, one of the girls, paling banyak cakap itu ini time tu sebab dia dan keluarga (my family juga sebenarnya. her mum sibling dengan ayah saya) memang tinggal di Telupid sampai sekarang. Time cuti saja dia balik Ranau - kalau ada mahu buat show, dan kalau cuti sekolah, memang saya panggil balik kampung. Tempat yang kami pergi, survey dewan serbaguna Telupid, lepas tu masuk kuarters perumahan guru-guru tengok tempat tinggal saya dan Dana waktu dulu-dulu. Sempat lagi tengok bekas rumah my bestfriend, Ziela. Ziela pun tunggu waktu lagi tu menetap terus di Ranau. Lepas tu lalu dekat Jabatan Pendidikan Daerah - tengok rumah tempat tinggal terakhir sebelum saya pindah balik Ranau. Last sekali, lalu sekolah tadika Dana. Dulu saya pun tadika sana juga, tapi saya tak berapa gemar zaman persekolahan saya dekat situ. Sekejap saja pun. 3 bulan rasanya. Sebab saya tak suka. Gara-gara tak suka, dalam umur 5 tahun saya dah masuk tahun satu. Hehe. Saya tak ingat saya ada berkelip mata waktu tengah jalan-jalan tu. Besar mata sepet I tengok perubahan Pekan Telupid selepas 5 tahun.

Tak sempat tangkap gambar. Sedangkan nak bernafas pun tak sempat..? HAHA. Alasan.

Lastly, masuk kawasan SMK Telupid. Bayangkan. Aku dah jejak SMK Telupid tu. Kenangan yang paling banyak ada di situ. Di surau sekolah dengan kawan-kawan, bertugas di kantin sekolah dan pintu masuk sekolah (dulu pengawas haha), kelas-kelas yang saya pernah duduk dari form two di sana. Every place. Hati mahu, tapi berat untuk keluar berjalan-jalan di kawasan situ. Yang pahit dan manis. I can't bear with all the memories. I know. And that's why I don't take pictures. Biar kekal dalam ingatan saja kalau mahu pun. Aku tidak perlu apa-apa untuk mengingatkan aku tentang semua itu.

Dan kami terus ke asrama lelaki. Sebab family Zimah tinggal dekat situ. Rumah bertentangan dengan rumah warden asrama lelaki. Her dad penyelia dewan makan asrama if I am not mistaken. Situlah kami mekap-mekap. Malam tu siap, terus ke Dewan Serbaguna Telupid. Alhamdulillah, kami datang lebih awal. Punctual. I need to stay potpet saja supaya the girls sentiasa ingat nak bersiap cepat T___T Tapi alhamdulillah lah. Bagi Tari Kirana, semuanya berjalan lancar. Lambat datang latihan, tidak apa lagi. Kalau lambat datang majlis untuk perform? Silap besar tu.

There, I met Budi and Rizawani. Tahniah guys! Met Nirwana. Met Misnah. Met Auntie Rohayu. And some others.. Tapi tak ramai. Dah agak dah sebenarnya. Time-time macam tu, tak tentu lagi ramai yang dapat datang pun. Syukurlah ada juga jumpa beberapa orang dari ramai-ramai tu..
Reminiscing memories. Will update the pictures later.

Aaaaanyway, tadi ke cafe macam biasa. Uncle Koch datang cafe sekali dengan dua orang bersama dia. Seorang perempuan, mungkin terlibat pada event yang sama Sabtu ni. Seorang lagi adalah salah seorang anggota KMS. Discuss tentang jadual untuk hari Sabtu nanti. Saya ada sebut tentang event tu di sini. Yeap, confirmed - insya-Allah. Sabtu ni (pagi) buat persembahan untuk acara mountain bike di War Memorial Kundasang. The same day, around noon, ikut KMS ke rumah Dato Amri (or Datuk?) di Ranau untuk performance tarian sempena majlis persandingan anak beliau. Lepas tu balik ke Kundasang untuk ... saya pun tak tahu. Tapi malam esoknya ada performance pula di Perkasa Hotel. Kami menginap kejap satu malam dekat homestay tu.

Sebolehnya aku tak mahu mengenang kisah aku dengan seseorang waktu di sana. These two days I found my eyes watered remembering him and our memories. I love the love we had. Tapi sampai situ saja. Tidak mungkin untuk bersama lagi. Tidak mungkin.

Dalam masa dua minggu, ada 6 performance. And more to come for the coming months sampailah Oktober - setakat ini. Tunggu saja update dari saya. Tari Kirana semakin melebarkan sayapnya.. :)

Bye.
Yours sincerely, Manager of Tari Kirana

Theehehe.

And sorry guys, being so busy I don't have much time in here. Will catch up with your blogs soon! :)


Labels:


0 Comments:

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish