Wednesday, June 01, 2011

Duhai teman..

24 jam saya bernyawa

awak,
awak tau tak awak buat saya bahagia?
awak buat saya senyum penuh muka,
buat saya terbang ke langit cinta.
awak buat saya saya lupa kewujudan lelaki lain di luar sana.
awak buat saya rasa hanya saya perempuan dalam dunia.

awak,
awak tau tak awak lagi manis dari gula?
awak bunuh saya dengan ragam sweet awak semua.
awak buat siang hari saya indah belaka,
buat malam saya penuh dengan gelak ketawa.

awak,
awak nak tak hidup dengan saya?
jadi tua sama-sama,
belek kedut-kedut muka berdua,
besarkan anak-anak jadi orang berguna.
jadi pasangan tua paling sempoi romantik manis gula.

awak,
pegang tangan saya selamanya boleh?
simpan jaga kunci hati saya sampai habis nyawa,
kekal berdua sampai akhir nafas kita.

awak,
saya tak mampu janji kita akan bahagia sentiasa,
tak mampu beri keseronokan dunia,
tapi kalau awak mahu saya, mahu jaga saya,
saya janji, siang malam saya untuk kita.

awak,
cukup awak tahu awak perlu ada,
untuk lengkapkan 24 jam saya,
untuk buat saya rasa bernyawa.






Tiada maksud apa-apa. Cuma merasakan puisi ini tersangat, sangat, sangat .......... manis. Buat seketika, aku rasa macam aku lupa cinta sesama manusia itu juga menyakitkan. Tapi, tidak apa. Sebenarnya, kalau kena cara - dan kalau jodoh itu ada, pasti banyak ketawa dari air mata. Pasti.

:)
Share:

4 comments:

  1. puisi yang indah dan bermakna.
    but then again, tak semua yang kita harapkan akan berlaku macam mana yang kita nak kan?
    takpe, life goes on!
    X)

    ReplyDelete
  2. yup. menyakitkan tp kita mau jugak

    ReplyDelete
  3. Arief Arf,
    dan sweet! kredit kpda penulis asal puisi ni, fatin razali.

    sy dah terima bnda tu dah lama dah. thanks arief. mmg btul. that's what life is. :)

    ReplyDelete
  4. Aimi dan Pakcik Hashim,
    fatt, yeah. cinta. ;)

    ReplyDelete

Thanks for simply being here! *love*