Pages

Tari Kirana : Majlis Persandingan Pentung dan Orchie 29 Mei 2011

Tuesday, June 28, 2011

Introduction entry in HERE.

Selepas hampir sebulan, baru sampai rasa hati nak update pasal majlis yang ada menjemput Tari Kirana buat persembahan. Ini update untuk 29 Mei tempoh hari. Selamat melihat pemandangan-pemandangan indah ahaha.


Okey cukop :D

Kedua mempelai bersama Tari Kirana

Kinabalu Merdu Sound pun ada perform sekali!

Pemandangan indah 1

Pemandangan indah 2

Suasana sekitar majlis

Pemandangan indah 3

The accessories. Beli semua ni hasil titik peluh membuat persembahan.

Kata orang, gambar-gambar sudah cukup menceritakan segalanya. Eheheh. By the way, waktu majlis ni, saya berpeluang rasa serunding tuhau (makanan tradisional masyarakat Dusun di Sabah) yang paaaaaaling sedap saya pernah rasa setakat ni. Hinava (makanan tradisional masyarakat Dusun juga) pun ada you. But I love that serunding tuhau the most :') But no pictures, sorry, forgot..


Banyak lagi kena update tentang persembahan Tari Kirana sehingga 26 June baru-baru ini. Pelan-pelan update. Fuhhh.

Random pictures. Full pictures at FB Page of Tari Kirana.

Kisah dongeng sahaja?

Friday, June 24, 2011

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja



Kisah Dongeng by Stacy

Tari Kirana : CD draf lagu tarian dan Papar.

Thursday, June 23, 2011

Update about my dance activity.

  • Petang semalam saya dah terima CD yang macam saya ada mention dekat SINI. Ambil masa juga kan. Lama baru dapat. Haha. Saya sudah dengar lagu tu. 7 minit. Uncle cakap masih lagi dalam draft. Nanti dah siap baru release betul-betul. Yang diorang bagi ni untuk saya buat step .. sebab lagu ni Tari Kirana kena perform bermula hujung bulan depan. Khas untuk Tari Kirana. Khas untuk saya buat step dan pattern tarian. Oh Mak Datin, betul ka? Rasanya macam peserta AF yang dapat lagu fresh dari studio untuk dijadikan milik sendiri. Oh..
  • Ahad ni ke Papar. Ikut KMS, jalan-jalan di sana. Ada pesta kalau tidak silap. Pesta Makanan. Dengar saja nama pesta tu pun sudah lapar ni. Hehe.

Jom lunch! :)

Sometimes when a girl says 'NO', take that as a real answer.

Wednesday, June 22, 2011

Just sharing my love experience.

I just got a phone call from him, rakan sekampus dan a good friend of mine back then when I was a student. Dia orang KL. Menetap dan kerja di situ. Kadang-kadang dia sebenarnya akan contact, tanya khabar, dan dia tidak lepas dari mengenang kisah waktu kami ke Tasik Jitra satu waktu dulu beberapa hari sebelum kami bawa haluan balik ke negeri masing-masing. Since then belum pernah jumpa lagi. He always tell me that was the best moment he ever had with me. Perhaps,

Time tu nak masuk ke kawasan Tasik Jitra pun boleh sesat. Sempat lagi dia membebel sebab dia sangka saya tahu jalan ke sana HAHA saya tahu tapi agak terlupa kehkeh. Sampai dekat sana, kami ambil sewa ride kereta ala-ala macam kereta golf (saya tak tahu what exactly we call it) dan pusing keliling track di Tasik Jitra yang besar tu. Lepas tu naik basikal air berbasikal atas tasik. Tapi separuh jalan sajalah sebab ya Allah tak larat I nak ke hujung hehe.

It have been more than a year ago. Around April 2010.

And if you want to know, yes, he seems still in love with me. Unfortunately, dari awal perkenalan kami sampailah sekarang, saya tidak pernah anggap dia lebih dari kawan.. Anyway, kami kenal bermula dari blog saya juga waktu saya masih berblog di http://sufilara.blogspot.com sekitar awal 2008 rasanya. Dia baca blog dan kemudian tegur dekat YM. Sebab kami satu kampus, saya pun terima sajalah perkenalan tu. Lagipun kolej bersebelahan saja time tu HAHA.. Then kami jumpa dan bersahabat sampai sekarang. And he still did remember makanan yang I makan waktu pertama kali kami jumpa. Hehe. Saja mengimbau kenangan.

Everytime, he'll ask if I can give him a little space in my heart.. And if I do, dia nak hantar terus rombongan. Isk. Okeylah, I did warn him, jangan gurau pasal hal tu, saya cakap. He laughed tengok saya menggelabah. Or, memang lelaki zaman sekarang ni anggap perkahwinan tu perkara yang boleh dibuat gurauan?

(Well I remember the first day I dated Zul, he asked me to be his wife. But now, hati siapa yang paling terluka?)

He did came after he knows about my break-up with Zul, and untuk kesekian kali saya rasa bersalah sebab saya sememangnya tidak mampu mencintai dia - lebih-lebih lagi dengan keadaan saya waktu itu.

And not only him. My ex-boyfriend dekat Sarawak pun did came back the day he knows about my break-up. Asking for chances. But, no. Saya bukan mudah mengaku kalah dalam mempertahankan hubungan selagi saya berada dalam hubungan tu. Everyone knows that. But once I fully let go, I'll never turn my back around.

I believe that if somebody fails to appreciate who you are; if someone is so blind - blind enough to not see what's good for him, right underneath his nose ; foolish enough to take for granted everything a girl could give him, then it's best you let him be - in his own world, not knowing what he missed. And it will forever be his loss.

My ex dekat Sarawak? He's just one simple proof of this quote.

First point is, kita tak boleh paksa hati kita untuk jatuh cinta kan. Dan second point, kita menangis air mata darah pun tak akan pernah dapat kembalikan kasih yang telah hilang akibat luka terdalam yang kita tinggalkan dalam hati dia. Please elaborate.

ha ha.


Poring Hot Spring & Tagal Sungai Moroli Kg Luanti Ranau

Tuesday, June 21, 2011

Macam yang saya cakap di sini, well I did went to Poring on Saturday. Pleasant day. Tidak panas, tidak hujan. Cuaca sangat sedap. Awal pagi lagi sekitar 7AM saya bangun masak untuk lunch di sana nanti. Menu? Ayam Masak Madu, sayur kobis dan pencuci mulut popcorn ayam + epal hijau + mayonis. Tak sempat tangkap gambar (- -")

Dekat jam 11 juga kami sampai di Poring. Kami? Yeah. Kami. Went here with someone :

Gambar yang kedua tu jambatan yang sedang dalam pembinaan. Now tengah guna jambatan gantung dekat sebelah.

Yours Truly & gambar air terjun tingkat pertama. Ada tujuh tingkat semua tapi I malas nak daki. Nak relaks2 saja, bukan mau tracking.

Masuk saja Poring, kami terus ke Air Terjun tu. Ambil masa juga sebab masuk ke dalam lagi. Sampai saja ada beberapa kumpulan pelancing dan orang tempatan yang ada. Masing-masing hal sendiri. Saya dan dia ambil tempat duduk-duduk saja dekat batu-batu di tepi air terjun sambil rendam kaki dan bercerita-cerita. Tenang betul. Tidak sedar masa yang berlalu.

Kami lunch dan dia banyak kali menambah nasi. 3 round. Dia kata memang sedap. Saya pun apa lagi. Seronoklahkan. Haha. Yalah, masakan kena puji. Lepas makan, duduk-duduk lagi rendam kaki. Sejukkkk.



Sebahagian suasana di Poring. Ya ini sebahagian saja. Saya malas pergi ke tempat lain. Haha. Mungkin sebab dah bosan mungkin. Lepas dekat air terjun tu, kami terus pergi ke Tagal Sungai Moroli pula. Cepat kan? :D

Jambatan gantung di atas Tagal Sungai Moroli

Sorry no picture of him. Tangan pun jadilah ya. I can't reveal his identity -  I'm afraid I'm suck at hiding things *mouth zipped* But someday you'll know.


Video I've taken time bagi ikan-ikan tu makan. Surely they are missing me HAHAHA :D

Yang bising-bising dekat background tu actually para wanita orang putih semua yang ada di sebelah kami saja. Dia geli sangat-sangat. 5 minit pertama memang agak geli la that ikan-ikan bergesel-gesel dekat your kaki. Haha. In case you guys malas nak play video tu, at first I gelak sikit lepas tu terjerit sikit sebab ikan tu ada yang termakan jari I. Tak sakit tapi well, terkejut. HAHA. Lepas tu I cakap aduh dan tengok plastik makanan ikan yang I pegang dah habis. Kawan I tawarkan makanan ikan dia, tapi saya cakap tidak payahlah. And I said, "tengok a ikan tu, lapar punya pasal." paused and asked him .. "sakit?" lepas tu gelakkan orang tu. That was his first time actually. Saya dah 3 kali. Hahaha.



Waktu atas pondok tinggi. Sangat tradisional pondok ni. Nampak tu? Saya duduk atas pelantar bambu. Hehe.

Lot's and lot's pictures of the blog owner. Bukan selalu. HAHA.

Lepas rendam-rendam kaki lagi, kami pulang haha. Memang aktiviti hari Sabtu lepas asyik rendam kaki sambil bercerita. Talked about everything.. :)

All pictures are taken by Sony Cyber-Shot dan Sony Ericsson orang tu. Haha. DSLR Canon ada bawa tapi unfortunately, lupa bawa memory card sekali T_T Nasib baik Sony pun ada bawa. Tapi tak dapat take pictures banyak sangat sebab kamera tu low-battery.


Tidak tahu plan yang keberapa kali, tapi next Saturday awal pagi nak pergi Mesilau with siblings. Until we meet again!

Betul kan apa saya pernah cakap?

Sunday, June 19, 2011

Saya memang angelic, tapi sekali kau bermain dengan hati dan hidup saya, I will forever be a burden to you. Dengar nama saja pun dah rasa beban. Kan sudah ku bilang.

*sinis*

Calendar 365 : Am I rushing things?

Friday, June 17, 2011

Alamak, banyaknya nak kena cover untuk show Tari Kirana sepanjang dua minggu lepas. Life is ..I don't know. Mau cakap busy, macam tidaklah busy buat masa ni. At least minggu ni saya lebih tumpu dekat kerja saya di cafe. Bukan macam dua minggu lepas, sikit-sikit, Tari Kirana. Theehehe. Cuma esok saya ada agenda lain. Ahad pun ada. Isnin kembali semula pada cafe, sambil tu merancang sesuatu untuk Tari Kirana. Bukan setakat SATU sesuatu. Tapi BANYAK sesuatu. Haha.. Saya tidak dapat jamin Tari Kirana akan masih ada dalam masa dua tiga tahun ni, sebab the girls pun makin lama makin besar. Sayap tengah tumbuh. They are going to fly up when the time has come. Someday. So selagi kumpulan ini masih ada, I am going to grab every chance for the girls. They need experience. Bukan setakat untuk dalam bidang tarian saja, tapi sebenarnya lebih dari itu :)

Rabu lepas, sebenarnya, saya buat pertama kali berpeluang bertemu dengan Sa. Sa datang dengan 4 rakan yang lain tapi saya dapat jumpa yang dua orang tu saja. Dari Terengganu. Diorang datang ke Sabah nak jalan-jalan. Kebetulan diorang menginap dekat Pine Resort, so ada masa untuk spend our time together sambil dinner hearing muzik bambu di Garden Cafe dengan ahli Tari Kirana pun ada beberapa orang. Letih bebenar diorang. Time tu baru sampai Sabah. By this entry is published, maybe diorang dah on their way back to Semenanjung rasanya. Nanti saya update entri bergambar waktu bertemu dengan Sa.

I can't wait for tomorrow actually. Ada date with some ......one. Well, DATING as how you might put it. Tapi saya rasa lebih kepada HANG-OUT together kot. Not 'dating mating' hahaha. This is what I'm doing with my free time selain business, Tari Kirana, etc. OMG betulkah ini yang saya buat time free time? Bukankah TIDUR? HAHA. Anyway, just as friends, kalau rasa boleh, boleh lah melangkah ke satu tahap lagi. I won't just sit back waiting for my Mr Right. I had enough grieving about my loss. I had enough with takdir. It's my time to forgive and forget ..to smile and to grin. It's my time to laugh. I'm going to make it myself. Maybe this is my takdir. Saya sendiri yang harus keluar dan mencari. I will be the one to choose who I'm going to marry. Satu pergi sepuluh mari ma. Tinggal petik ja. Wah kau. Statement tu. Saya gurau saja. Tak adalah sampai 10. Siapalah saya ni.

In case if you're wondering, saya bukannya nak rush things. Bukannya nak cepat-cepat jatuh cinta. Cepat-cepat ada pengganti. Hati saya masih perlu direhatkan. Semua cuma kawan saja setakat ini. Tidak salah kan kalau saya ada reason untuk tersenyum?

Kalau ada yang nak tau saya keluar berkelah dengan siapa, come find me at Poring Ranau tomorrow. Kita hang-out sama-sama. It would be fun. Tu pun kalau jumpalahkan. Ahaha. And maybe lepas tu head ke Tagal Sungai Luanti. Tempat ikan jinak-jinak. Wanna feed the fishes there. Lama tak jumpa those fishes, they must be missing me HA HA.

:)

Bukan diriku.

Thursday, June 16, 2011

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

The girl who doesn't stay single for long.

Really.

Dulu before I met Zul, saya nekad dalam hati saya taknak couple-couple dah. Lepas jumpa Zul, everything changed. I was so in love with that guy. Saya bersedia terima segala apa yang dia ada. Saya bersedia hadapi dan terima kekurangan dan kelebihan dia. Saya berusaha slowly pujuk ayah dan mama untuk terima dia. Parents tidak berapa setuju pada awalnya, tapi bila mungkin diorang tengok kesungguhan hubungan kami - yang rupanya hanya saya yang bersungguh, mereka pun mengalah. I've done everything. Sebab itu hati saya hancur luluh yang teramat kerana dalam sekelip mata, dengan sekali sahaja dugaan kecil yang datang menyentuh hubungan kami, dia beralih dan berubah. Apa harga pengorbanan saya selama ini, apa harga kasih sayang saya. Ke mana dia campak semua itu, saya rasa lebih teruk dari dibuang ke longkang. Lagi rasa terhina bila dia tanpa rasa bersalah masih berani contact dan mau merindu. By any chance, saya tidak mahu jadi penyebab ada lagi orang yang terluka. Kalau saya masih sayang dia pun, dia itu sudah jadi suami orang dan biar setakat itu saja. Before he got married, I told him I will try to win his heart back selagi dia belum bergelar suami orang, tapi sekarang, semua dah berubah. Saya mengaku sampai sekarang saya masih menangis lagi, tapi itu bukan sebab saya lemah. Saya nampak macam biasa saja tapi jauh dalam hati, saya masih berjuang untuk move on dari kenangan-kenangan kami.

Sekarang ni, walaupun masih berkawan macam biasa, tapi saya ada seseorang.. Sebenarnya dah lama kenal cuma tidak pernah bertegur. Orangnya sederhana, cukup itulah yang saya boleh katakan. Waktu saya mula-mula frust dulu, dia yang selalu ada di samping saya. Buat saya jadi lebih kuat. Saya tak tahu macamana rasanya frust-kemudian-ada-seseorang-lelaki-yang-lain-tiba-tiba-datang-out-of-nowhere,-cuba-menyembuhkan-kelukaan-padahal-luka-itu-bukan-dia-yang-buat-tapi-orang-lain sampailah semua tu jadi pada diri saya sendiri. I guess, hati perempuan yang sedang kecewa mudah tersentuh bila ada lelaki lain yang cuba mengisi kekosongan dalam hati - dan mungkin lelaki tu sendiri dah lama minat perempuan tu pun kan..

Kesilapan besar selepas putus cinta - mencari pengganti.

Jadi saya tidak berani cakap lebih-lebih, yang pasti, walau dengan siapa-siapa pun, saya hanya berkawan biasa. Sebab kalau mahu menjalin hubungan terlalu awal, tidak adil bagi dia kalau ternyata saya rapat dengan dia hanya sebab saya sedang kesepian. Tapi saya yakin saya tidak pernah kesepian walaupun selepas ditinggalkan. I have Allah, thinking of Him buat saya insaf dengan apa yang terjadi pada saya. Bukan setakat apa yang terjadi pada hubungan saya dan Zul, tapi segalanya yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kalau dikenang satu persatu, apalah sangat luka ditinggalkan kekasih yang tidak setia. Saya lebih pernah alami luka berpanjangan yang lebih menghibakan. Luka yang sampai sekarang saya masih tak mampu merasa hikmah di sebalik semua tu. Tapi saya redha sesungguhnya. That time he left me, esoknya saya dah rasa hikmah dia. Allah sendiri tak bagi saya bersedih lama-lama untuk dia. I have my very supportive family and friends. Yang menangis bersama saya. Tari Kirana juga antara kekuatan saya. Keluarga Zul di Sinisian juga sebenarnya salah satu lagi sumber kekuatan saya. Blog ini juga menjadi kekuatan saya. Malah yang tidak pernah mengenali saya selama ini pun ada yang sudi menemani, ada yang mau berkongsi cerita kerana kisah kami yang mungkin kebetulan hampir sama... Saya sebenarnya dah penat bercakap hal kami. Sudah lama berlalu pun. 3 hari lagi cukup dua bulan segalanya messed up. Ya. Messed up. Tapi semua dah turn right dah sekarang. Saya lebih suka hidup saya yang sekarang. Bersama dengan dia saya sesungguhnya bahagia, tapi ternyata itu bahagia yang sementara saja. Apa guna.

Terima kasih buat seseorang yang lain, seorang sahabat. Saat airmata ini gugur, dialah yang mengutipnya. Kalau mungkin satu hari nanti saya jatuh cinta dan buat keputusan untuk bersama dia, tidak perlu hairan. Tidak perlu dipersoalkan. Sebab selama ini dia orang yang paling setia berada di sisi saya. Tidak pernah jemu memberikan semangat. Dia antara kekuatan terkuat saya.

Kisah cinta sejati kita mungkin sudah lama berlalu. At one point, maybe lebih bahagia jika kita belajar mencintai orang yang tulus mencintai kita berbanding mengejar-ngejar sesuatu yang kita cintai padahal kita tidak pasti adakah perasaan orang yang kita cintai  itu sama dengan apa yang kita rasa.


google


 

So random.

Tuesday, June 14, 2011

Alhamdulillah, selesai akhirnya 3 persembahan Tari Kirana berturut-turut di sekitar Ranau dan Kundasang selama dua hari (11-12 June). Gosh, now I'm missing Kundasang. Or am I just missing the person I once met there and the memories that came with it..? Or, the other people I met there? Ahahaa. Never mind. By the way, sekarang ni cuaca dekat sana agak best. Tak panas. Angin bertiup kuat. Ranau pun angin kuat juga tapi bila dah malam, sejuknya lebih terasa di Kundasang. By the time I'm writing this entry pun, angin tengah kuat. Hari Sabtu team Tari Kirana bermalam di Walai Tokou Homestay, saya tak sanggup nak melangkah keluar dari bilik. Sejuk dia tu subhanallah.. Saya orang paling awal berselimut HAHA nasib baik selimut teballl.

Nanti saya update tentang tu. Nanti tu entahlah bila, tapi will update.

Yesterday, Ning (pekerja cafe Kirasa Cafe & Catering) asked about my age. I told her I'm going to reach 25 this year. Dia cakap, oh dah boleh sangat kahwin tuuu. Saya gelak saja. Saya cakap saya lebih bahagia buat masa ni single-single saja. Kawan saja dengan semua orang. Saya lebih berminat menguruskan apa yang saya sedang buat. Lebih berminat pada subjek-subjek lain dalam hidup saya berbanding soal perkahwinan.

Bukan tiada yang hulurkan salam perkenalan. Siap ada yang bertanya if saya dah kahwin or if pandai masak as if diorang sendiri tengah cari calon isteri. Lebih-lebih lagi kerja saya di cafe yang banyak berurusan dengan orang lain. Ning jadi saksi saya kalau tak percaya. Ada saja bujang-bujang yang tiba-tiba berminat nak kenal. Semua tu saya anggap biasa saja. Saya dah biasa sangat dengan lelaki-lelaki macam tu. Sekali pandang, terus nak kenal. Macam poyo ja kan I cakap macam ni. Macamlah ini perempuan lawa sangat. Tapi betul la. Walaupun kurang lawa, tapi aura tu ada muahaha. Pleaselah Fina. Perasantut.

Saya : Tidak tahulah diorang tu. Tengok sekali saja terus mau kenal *ayat geli*
Ning : Na, bagi saya, kau ada sesuatu yang boleh buat orang tertarik betul mau kenal sama kau walaupun baru jumpa pertama kali..
Saya : *gelak* Tapi saya jarang senyum pun dengan customer.
Ning : Iya tapi dari cara-cara kau, boleh buat lelaki tertarik tau. Pandangan orang lain tu yang boleh menilai kita. Kadang-kadang kita tidak nampak.
Saya : *gelak* mungkin (sambil berfikir memang sebelum ni saya biasa berhadapan dengan benda-benda macam tu, but then I said...) Cepat mahu kenal, tapi untuk kekalkan perkenalan tu memang susah kalau dengan saya.

Ning senyum saja.

Saya : Semua pun cuma kawan saja buat masa ni.. *senyum*

Saya tak tahu, tapi dalam diam saya sebenarnya dah start nak belajar masak masakan yang saya tak berapa sure nak masak. Perbaiki diri. Kalau jodoh belum sampai tidak apa, masa yang ada ni boleh saja digunakan untuk persiapkan diri kan.. Haha. Menyesallah orang tu tinggalkan I dulu. You lost the love I loved the most. Being with you is the most beautiful moment I ever had in my life. I swore I'm going to marry you someday but you still...

Saya percaya, human love, cinta sejati hanya berlaku sekali dalam hidup. I had it. I lost it. Yang sedang deeply in love with your loved one, your other half, your soulmate sekarang ni, please appreciate him/her. You wouldn't know when and how you're going to lose him/her.

Thanks for reading. This post turned out to be sooo random ha ha :D

White Nichii Jacket.

Friday, June 10, 2011




See? Sekarang dah berat 48.8KG. I need to lose 4-5 more KGs. Ohhh..  What a journey T______T

Ignore the mess on my bed. Not always kemas I ni ahahahh. And see that jacket someone is wearing? Ahahaa. Ala sorry blur. Kamera handphone saja. Tapi jacket tu lah jacket Nichii warna putih yang saya beli dekat 1Borneo hari tu. Price RM103.90. I know, not really worth it. Kalau orang berkenaan tahu ni, mati I. But I really in love with that jacket.. Dan kaler dia sesuai sangat dengan design tu. Perfect. Pejam mata sajalah time bayar. Bukan selalu, ait. Haha.

Macam-macam rasa.

Ronggeng mood is ON since more than two weeks ago. Mula-mula untuk persembahan di majlis persandingan Pentung dan Orchie dan kemudian majlis persandingan Zaba dan Sue pula. Next, which is, semalam, performance di Telupid untuk majlis persandingan Budi dan Rizawani. Both was my schoolmate. Haha. Tak sangka menjadi juga diorang ni. Kebetulan my whole family keluarga angkat Budi. So that's why we're there.

Grown up there since i was little and already left for almost 5 years now, now i'm counting every step to Telupid... I miss that place and the people and all of the memories that came with it. Will arrive before 4pm.


My facebook status - waktu dalam perjalanan ke Telupid dari Ranau. Sejam lebih perjalanan. Sebelum tu kami jalan-jalan sekitar sana lagi. Just dalam kereta sajalah. Seriously, sayu rasa hati. Situ tempat aku membesar. Jatuh dan bangun sendiri. Mula kenal tentang sedikit erti hidup, mula kenal cinta.. Hehe..

Rombongan family yang lain gerak lewat sikit. Saya gerak awal dengan Tari Kirana girls sebab mahu  start mekap awal - Dana, Widha, Jija, Feezah, Ana dan Zimah. Dan my cousin, Ipid (newly wed yo hehe) tolong jadi drebar. Ni entah yang keberapa kali dah Ipid tolong hantar Tari Kirana ni pi mana-mana untuk persembahan HAHA. Lalu Kg Wonod, Kg Taviu, Kg Tapaang, Kg Batu 4. Lalu SK Telupid Batu 4 my old beloved school yang sedang dalam pembinaan sekarang ni. Teringat zaman kegemilangan SK Telupid Batu 4 batch kami. My ayah guru besar di sana waktu tu and he did his very best, I am proud of you, Ayah. No matter how and no matter what.

Lepas tu lalu sungai, bukit Doji (they made fun of it - -"), dan rumah rakan-rakan waktu sekolah rendah dulu. Pemandangan yang biasa aku lalui waktu sekolah rendah dulu dari rumah (Pekan Telupid) ke SK Batu 4. It feels sooo long ago. Berapa lama sudah rupanya aku tinggalkan Telupid. Ceh baru 5 tahun kot. Haha. Tapi rasa lama mungkin sebab saya tinggalkan zaman sekolah rendah lebih lama berbanding 5 tahun tu.

Lepas tu bila sampai kawasan Pekan Telupid, mula-mula nampak hospital (ke klinik tu?) sebelah kanan, padang besar sebelah kiri, kemudian jalan ke IPS sebelah kanan kemudian SMK Telupid - my old school. Aduhai hati. Terkenang cinta pertama. Ahaha. Sebelah kiri tapak Tamu (Tamu term di Sabah untuk pasar tani). Masih lagi di tapak yang sama. Zimah la tu, one of the girls, paling banyak cakap itu ini time tu sebab dia dan keluarga (my family juga sebenarnya. her mum sibling dengan ayah saya) memang tinggal di Telupid sampai sekarang. Time cuti saja dia balik Ranau - kalau ada mahu buat show, dan kalau cuti sekolah, memang saya panggil balik kampung. Tempat yang kami pergi, survey dewan serbaguna Telupid, lepas tu masuk kuarters perumahan guru-guru tengok tempat tinggal saya dan Dana waktu dulu-dulu. Sempat lagi tengok bekas rumah my bestfriend, Ziela. Ziela pun tunggu waktu lagi tu menetap terus di Ranau. Lepas tu lalu dekat Jabatan Pendidikan Daerah - tengok rumah tempat tinggal terakhir sebelum saya pindah balik Ranau. Last sekali, lalu sekolah tadika Dana. Dulu saya pun tadika sana juga, tapi saya tak berapa gemar zaman persekolahan saya dekat situ. Sekejap saja pun. 3 bulan rasanya. Sebab saya tak suka. Gara-gara tak suka, dalam umur 5 tahun saya dah masuk tahun satu. Hehe. Saya tak ingat saya ada berkelip mata waktu tengah jalan-jalan tu. Besar mata sepet I tengok perubahan Pekan Telupid selepas 5 tahun.

Tak sempat tangkap gambar. Sedangkan nak bernafas pun tak sempat..? HAHA. Alasan.

Lastly, masuk kawasan SMK Telupid. Bayangkan. Aku dah jejak SMK Telupid tu. Kenangan yang paling banyak ada di situ. Di surau sekolah dengan kawan-kawan, bertugas di kantin sekolah dan pintu masuk sekolah (dulu pengawas haha), kelas-kelas yang saya pernah duduk dari form two di sana. Every place. Hati mahu, tapi berat untuk keluar berjalan-jalan di kawasan situ. Yang pahit dan manis. I can't bear with all the memories. I know. And that's why I don't take pictures. Biar kekal dalam ingatan saja kalau mahu pun. Aku tidak perlu apa-apa untuk mengingatkan aku tentang semua itu.

Dan kami terus ke asrama lelaki. Sebab family Zimah tinggal dekat situ. Rumah bertentangan dengan rumah warden asrama lelaki. Her dad penyelia dewan makan asrama if I am not mistaken. Situlah kami mekap-mekap. Malam tu siap, terus ke Dewan Serbaguna Telupid. Alhamdulillah, kami datang lebih awal. Punctual. I need to stay potpet saja supaya the girls sentiasa ingat nak bersiap cepat T___T Tapi alhamdulillah lah. Bagi Tari Kirana, semuanya berjalan lancar. Lambat datang latihan, tidak apa lagi. Kalau lambat datang majlis untuk perform? Silap besar tu.

There, I met Budi and Rizawani. Tahniah guys! Met Nirwana. Met Misnah. Met Auntie Rohayu. And some others.. Tapi tak ramai. Dah agak dah sebenarnya. Time-time macam tu, tak tentu lagi ramai yang dapat datang pun. Syukurlah ada juga jumpa beberapa orang dari ramai-ramai tu..
Reminiscing memories. Will update the pictures later.

Aaaaanyway, tadi ke cafe macam biasa. Uncle Koch datang cafe sekali dengan dua orang bersama dia. Seorang perempuan, mungkin terlibat pada event yang sama Sabtu ni. Seorang lagi adalah salah seorang anggota KMS. Discuss tentang jadual untuk hari Sabtu nanti. Saya ada sebut tentang event tu di sini. Yeap, confirmed - insya-Allah. Sabtu ni (pagi) buat persembahan untuk acara mountain bike di War Memorial Kundasang. The same day, around noon, ikut KMS ke rumah Dato Amri (or Datuk?) di Ranau untuk performance tarian sempena majlis persandingan anak beliau. Lepas tu balik ke Kundasang untuk ... saya pun tak tahu. Tapi malam esoknya ada performance pula di Perkasa Hotel. Kami menginap kejap satu malam dekat homestay tu.

Sebolehnya aku tak mahu mengenang kisah aku dengan seseorang waktu di sana. These two days I found my eyes watered remembering him and our memories. I love the love we had. Tapi sampai situ saja. Tidak mungkin untuk bersama lagi. Tidak mungkin.

Dalam masa dua minggu, ada 6 performance. And more to come for the coming months sampailah Oktober - setakat ini. Tunggu saja update dari saya. Tari Kirana semakin melebarkan sayapnya.. :)

Bye.
Yours sincerely, Manager of Tari Kirana

Theehehe.

And sorry guys, being so busy I don't have much time in here. Will catch up with your blogs soon! :)


Topic Two : 10 things she wants to say to one person

Tuesday, June 07, 2011

Topic one is in here. Ya betul. Saya buat secara random XD

Topic Two
10 things she wants to say to one person


They say, if you love a person, if you truly love them, no matter how bad they hurt you or how mad they make you... you'll always take them back. Tapi sayangnya aku sudah tiada keyakinan itu untuk membangunkan semula kepercayaan yang sebelum ini telah dipersiakan. Itu perkara pertama.

So I am sorry, love. You moved on long before me and it took so much of me to finally be alright again. Itu perkara kedua. I wasted 5 years grieving for the loss of my previous love, but this time, I won't make the same mistake again. Itu perkara ketiga. I need to move on fast - now I've found the strength, it's your turn to let me move on too. Itu perkara keempat. I'll be happy for you if you can be happy for me. Itu perkara kelima.

Thanks for those 3 most magical months you gave me. Itu perkara keenam. Terima kasih atas segala kebaikan sepanjang kita bersama. Itu perkara ketujuh. Terima kasih kerana pergi sebab I wouldn't know things I know now (or I have now) kalau kau tak meninggalkan saya. Itu perkara kelapan.

I would be much thankful kalau kau tidak cuba menghubungi atau mengingati saya lagi walau atas apa pun niat. Sekalipun niat baik. Don't be ridiculous. You're married. Anggap saja kita tidak pernah saling mengenali. Ingat status kau sebagai suami orang. Remember that day I told you I can't live without you and you replied me "Biasakan diri."? Now I'm telling you, yeah BIASAKAN DIRI.  Ini perkara kesembilan.

Dan.

Terima kasih, because of you, now I've found those people who at least can make my heart whole again. Ini perkara kesepuluh.


Prelude : Majlis Persandingan Zaba dan Sue.

Monday, June 06, 2011

Selesai satu lagi persembahan tarian untuk majlis persandingan cousin saya, Zaba (I call him Lanag) dan his adorable wife, Sue. Ni sebenarnya second persandingan selepas bersanding sebelah pengatin perempuan.

Jom tengok gambar ni.


Tari Kirana bersama pengantin. Persembahan sebelah petang.


Persembahan Tari Kirana pada sebelah malam

Next performance at Kundasang. 11hb hingga 12hb June, saya dan Tari Kirana akan bermalam di Walai Tokou Homestay untuk persembahan berturut-turut sepanjang 11-12hb tu - Insya-Allah kalau tiada apa-apa halangan. Uncle Koch panggil untuk buat persembahan awal pagi di War Memorial Park Kundasang sempena World Mountain Bike..? Not so sure. Kemudian esoknya 12 June sebelah malam untuk salah satu event pengisian World Paragliding Festival(Lohan Ranau) yang diadakan di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa (formerly Hotel Perkasa Mount Kinabalu) again, with the KMS.

Hm. The last time I went there, saya dengan mata bengkak drive ke sana dari Ranau dengan harapan dapat memperbaiki hubungan saya dan seseorang yang sekarang ni sudah bukan milik saya lagi. So, nervous sikit.  I heard that his family di sana kebanyakan tahu tentang saya datang ke sana.. Hahaha.  And all of the stories yang macam drama paling menang abad ini? Heh. But no worries, it would not distract anything inside me. For sure.

...........Err, hopefully.

Aaaaaaanyway ..More pictures to come later. Bila saya free, saya upload :)


And actually..

Sunday, June 05, 2011

Nothing much to say. Been so busy. Hardly HAHA. Here's one of my favorite song. Sejak dulu lagi. Oh Bryan Adams.... :*)


"(Everything I Do) I Do It For You"

Look into my eyes - you will see
What you mean to me
Search your heart, search your soul
And when you find me there you'll search no more

Don't tell me it's not worth tryin' for
You can't tell me it's not worth dyin' for
You know it's true
Everything I do - I do it for you

Look into your heart - you will find
There's nothin' there to hide
Take me as I am, take my life
I would give it all, I would sacrifice

Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
You know it's true
Everything I do - I do it for you

There's no love like your love
And no other could give more love
There's nowhere unless you're there
All the time, all the way, yeah

Look into your heart, baby...

You can't tell me it's not worth tryin' for
I can't help it there's nothin' I want more
Yeah, I would fight for you, I'd lie for you
Walk the wire for you, yeah, I'd die for you

You know it's true
Everything I do - I do it for you



Sweet sangat! Not everyone loves you but there will always be someone whose willing to learn to love you just the way you are. And remember, you eventually will find a guy that can make you forgot your heart was ever broken..

It may seem as the hardest thing to do, but once again, you have to forget the guy who forgot about you. Give your heart chances to, at least, be a whole again.

:)

The woman who steal, and the guy who let himself to be stolen.

Wednesday, June 01, 2011

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
But when I called Tommy he said it wasn't true
So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila
So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain
Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you
So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy


No one can steal anyone from anybody. He was ALREADY prepared to leave. Buat yang menjadi orang ketiga, mungkin tidak perlulah berbangga atas alasan 'best woman win'. In this case, 'the best woman loses first, the other woman regrets later.' Well, HE HIMSELF LET HIMSELF TO BE STOLEN. Terang-terang lelaki yang membiarkan dirinya dicuri hingga sanggup meninggalkan kekasih lama itu bukan jenis lelaki yang boleh dipercayai kerana komitmennya mudah berubah.

Kalau term PERAMPAS itu saya gunakan, this one is for you :

Your current husband or sweetheart or abang mungkin was once milik perempuan lain. Mungkin kau perlu terima realiti - dan kau dan orang sekeliling harus berhenti mempersoalkan kenapa kenapa dan kenapa, kerana sememangnya ada wanita yang telah ditakdirkan untuk mencintai lelaki yang sudah dimiliki wanita lain. Dan kau mungkin tergolong dalam kategori wanita sebegini. Itulah realiti. Jodoh kau ditakdirkan datang sebegitu cara. It's okey, it all had been written in Loh Mahfuz. Siapa yang boleh menidakkan takdir? TAPI. Kalau kau masih berhati manusia, sekurang-kurangnya ada sekelumit rasa bersalah kerana kau jadi penyebab ada kehidupan seseorang menjadi kucar-kacir.

Rasa bersalah itu normal and I believe that, people do make mistakes - where, supports and disapprovement always come hand in hand. And even a mistake may turn out to be the one right thing necessary to your happy living. And sometimes, it is right to do the wrong thing.

But.
There's a huge line between wrong-doing and mistake.

Mistake is something that you can't control. Mungkin dia memang diciptakan untuk kau tapi ingat, walau apapun, kau menjadi penyebab ada hati yang terluka. Dengan mengambil sesuatu yang menjadi hak orang lain, kau menyebabkan orang lain menangis. Kau tahu lelaki itu milik orang lain tapi kau tetap berjinak-jinak mendekati lelaki itu dan akhirnya, bila kamu MULA ada hasrat untuk bersama dan MULA berfikir untuk abandon orang-orang yang boleh menghalang hasrat kamu itu, sekurang-kurangnya fikirkan tentang perasaan orang lain juga. Letakkan diri kau di tempat dia. Macamana rasanya kalau boyfriend/husband kau dirampas orang lain? Dan kalau hati kau masih berat untuk meninggalkan lelaki itu, tidak apa. Maybe you have to. For you own future. For your own happiness. That make sense. But please notice that he's other girl's boyfriend or husband. You unintentionally stole someone's someone. Kalau dah fikir masak-masak untuk tetap bersama berdua, please do apologize. Because if you don't, that is what I call - wrong-doing. And by your wrong-doings, just wait darl, karma is on its way. Later on you'll found yourself crying all by yourself.

  • You made mistake and you apologize. It is a mistake and you can't undo things so you apologize - correct thing to do.
  • You made a mistake but you don't apologize. Wrong thing to do.

Lead to some different consequences, can't you see?

Jadilah wanita berhemah. Minta maaf dengan cara yang paling baik. Be truly sorry. Don't fake. Stealing is definitely wrong. You don't know what she have been through just to fix herself from the wounds. Sementara masih ada ruang untuk bernafas, admit your mistake and ask for forgiveness.. It's okey if dia tidak mahu memaafkan dalam tempoh itu juga. Dia akan tahu memaafkan bila luka dia sudah sembuh. Sekurang-kurangnya kau tunjuk yang kau ada maruah. Bukan menjadi seorang pencuri yang hanya tahu mengambil dan terus lari. 


Bagi pihak lelaki yang dicuri hati dan maruahnya itu :

Menamatkan hubungan kerana hadirnya orang ketiga memang sesuatu yang sangat sukar untuk dimaafkan. Lebih-lebih lagi kalau alasan mahu akhiri hubungan tu bukan dinyatakan berterus terang. Malah banyak menyalahkan pula pihak yang ditinggalkan. Ah of course! Faults really are thick when love is thin. Alahai tak payahlah putar belit cakap orang lain salah padahal sebelum tu memang sudah mencari waktu untuk memutuskan perhubungan. Padahal berminggu-minggu sebelum tu memang dah saling menyukai. Dah start seeing each other what-the-f.

Bila wujudnya orang ketiga, itu tandanya kau tidak benar-benar mencinta. Kalau kau betul-betul sayang, kau tidak akan nampak orang lain lagi selain dia. Ke mana hilangnya kasih sayang yang sering diungkapkan sebelum itu? Mungkin, that love never really exist pun. It wasn't there. You never really loved her. Kau cuma MEMILIH untuk mencipta hubungan yang serius bersama dia. Sampai itu sahaja. Dan sampai satu detik kau MEMILIH untuk beralih arah, maka kau beralih. Mudah.

Alasan menamatkan perhubungan :

  • You told her she's too good to be with you. Berhentilah mencipta alasan paling bangang. Bagitahu aku siapa yang tidak mahu pasangannya adalah yang terbaik? Siapa yang tidak mahu? That is just an excuse. Mengaku sajalah kau dah tak mahu dia dalam hidup kau. Berterus terang sajalah, usah menipu. Jangan biar dia menyesali sesuatu yang sebenarnya tidak benar.
  • Dan jangan juga memberi alasan : "Saya takkan putuskan hubungan kita dan bersama dengan dia kalau saya tahu awak betul-betul sayangkan saya." Because she is not that stupid to know that if you really love her, at the first place, you WON'T do her that way. She believes that, if you so in love with her, YOU WON'T. Yes, you won't. She knows and she knows everything.

Jadi, buat mereka-mereka yang tiba-tiba ada orang ketiga, tinggalkan yang pertama. Pergi kepada yang kedua. Tidak perlu terus bersama dengan dia yang pertama atas dasar apapun kalau sememangnya hati kau sudah ada pada orang lain. Biarlah dia akan menangis hingga puas dan bengkak mata tapi sekurang-kurangnya selepas itu dia boleh move on dan menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Jangan seksa perasaan dia dengan terus menghubungi konon nak tetap jadi kawan. 

And don't you ever talk to her (read : insulting her) about having her as your second wife.- tanpa rasa bersalah. Why do you think she would want to be with you again? Kau lupakah what kind of hell you have put her once you left her to marry the woman who doesn't even apologize?

And to be a second wife to a LELAKI like you? Seriously, she is so damn sane. After all that had happen, she clearly didn't saw a SUAMI in you, but a LELAKI. Got her?

Love is always a blind child.


Duhai teman..

24 jam saya bernyawa

awak,
awak tau tak awak buat saya bahagia?
awak buat saya senyum penuh muka,
buat saya terbang ke langit cinta.
awak buat saya saya lupa kewujudan lelaki lain di luar sana.
awak buat saya rasa hanya saya perempuan dalam dunia.

awak,
awak tau tak awak lagi manis dari gula?
awak bunuh saya dengan ragam sweet awak semua.
awak buat siang hari saya indah belaka,
buat malam saya penuh dengan gelak ketawa.

awak,
awak nak tak hidup dengan saya?
jadi tua sama-sama,
belek kedut-kedut muka berdua,
besarkan anak-anak jadi orang berguna.
jadi pasangan tua paling sempoi romantik manis gula.

awak,
pegang tangan saya selamanya boleh?
simpan jaga kunci hati saya sampai habis nyawa,
kekal berdua sampai akhir nafas kita.

awak,
saya tak mampu janji kita akan bahagia sentiasa,
tak mampu beri keseronokan dunia,
tapi kalau awak mahu saya, mahu jaga saya,
saya janji, siang malam saya untuk kita.

awak,
cukup awak tahu awak perlu ada,
untuk lengkapkan 24 jam saya,
untuk buat saya rasa bernyawa.






Tiada maksud apa-apa. Cuma merasakan puisi ini tersangat, sangat, sangat .......... manis. Buat seketika, aku rasa macam aku lupa cinta sesama manusia itu juga menyakitkan. Tapi, tidak apa. Sebenarnya, kalau kena cara - dan kalau jodoh itu ada, pasti banyak ketawa dari air mata. Pasti.

:)
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS