Monday, May 30, 2011

Lelaki misteri.


I was at the cafe, taking orders while a customer approached me to ask for my name. And he even asked if I am married. Bayangkan dalam keadaan sibuk tu, orang tiba-tiba bertanya macam tu. Lepas tu dia dan kawan dia beredar tapi later on saya perasan dia sedang berlegar-legar dekat depan cafe. Waktu tu saya memang sangat-sangat sibuk, sudahla tenaga kerja sedikit, tiba-tiba ramai order (alhamdulillah), so was a bit focused with my work. Bila reda sikit, saya ke laptop dan nampak satu cebisan kertas kecil dengan nama dan nombor telefon tertera atas tu - terletak di depan skrin laptop.

Saya tahu itu kertas dari dia sebab 10 minit lepas tu dia masuk ke cafe dan datang ke arah saya, asking me not to throw that paper..

Hihi.


Balik rumah, saya masih tak buat apa-apa lagi. Tapi masih ada dalam simpanan. Not sure if I should ..?


Share:

Sunday, May 29, 2011

Missing Tari Kirana?

Untuk event hari ini, 29th of May 2011 untuk majlis persandingan Pentung dan Orchie - Alhamdulillah, semuanya okey-okey saja. Tari Kirana performed well, and surprise-surprise KMS pun datang juga buat persembahan di majlis yang sama. Walaupun selepas apa yang terjadi, I am still really glad to see them all.. The last time Tari Kirana performed with KMS, it was on 26th Mac 2011.

Lagu yang dipersembahkan kali ini : Sumandak Kinabalu, Cinta Sayang, dan Joget Kain Songket. We got just 1 day for intensive training the day before. Dua hari yang agak memenatkan tapi tidak apa, bukan tidak oubas (biasa dalam bahasa dusun).

Hiks. M-Pop? Sesekali keluar dari identiti kumpulan penari tradisional, apa salahnya HAHA

Bagi satu gambar saja dulu. Banyak seh gambar. Gambar time perform ada take satu saja, yang lainnya gambar-gambar .......ehm. Nanti tengoklah. Will update soon. Hopefully esok ada masa untuk edit gambar. Sekarang masih penat lagi.. Pfft. Bye.



Share:

28 May 2011.

Selepas dua minggu diet bermula 12 Mei 2011 dengan berat 51KG (- -"), hari ni dah turun ke 48.8KG. Masih makan nasi, masih ambil semua makanan yang saya nak makan - tapi semua dalam kuantiti yang kecil. Dalam masa dua minggu akan datang lagi, saya target mahu kurangkan at least tepat 48KG. 4-5 more KG to go. Kali ni nekad dah ni. Harus. Perhaps, before Raya. 

Siang tadi latihan tarian seharian. Pagi start 10 pagi, pukul 12 rehat sampai pukul 2 petang. Lepas tu sambung training balik sampai pukul 6. In between adalah rehat-rehat juga. Matilah kalau non-stop, ait? HAHA. Kenapa seharian? Sebab, hari ni saja masa untuk training. Sebelum ni susah cari masa. Pulak tu buat step baru untuk tarian Cinta Sayang. Hari ni baru buat step, hari ni baru belajar, hari ni baru nak hafal. Nasib baik lagi dua tarian tu tarian yang Tari Kirana sudah biasa perform sebelum ni. Kita main recycle saja haha.

Well, will update all the pictures very soon. Masa tak banyak nak upload. Gambar kami pergi majlis kahwin di Putatan waktu Jumaat baru-baru ni pun tidak sempat lagi. Lepas tu singgah 1Borneo tengok wayang Pirates of the Caribbean 3D dengan siblings and cousins (the movie? THUMBS UP!). Sementara tunggu wayang start, saya pergi shopping sorang-sorang. Ya betol. Seorang diri. Sebab yang lain semua lelaki pergi main game. Tak minatlah main game or mana-mana tempat diorang nak tuju just to kill the time waiting for the movie to start kan. Baik shopping. Sebenarnya tengok fesyen-fesyen baru. Fashionista la sangat ahaha.. I bought Nichii White Jacket btw (I love it!) dan kain pareo yang I dah lama carik. Dan oh. Plain shirt dua helai (sebab ada offer - kalau takda offer I beli satu ja cukup). Datang 1Borneo tu dengan kebaya - Ya Allah, very tak selesa. That's why I end up beli shirt tu. Jeans dah bawa siap-siap dari rumah. HAHA.

Dulu saya obses dekat kebaya. But now, my new obsession, JACKETS & SWEATER! Ladies' cut.

Okeylah, time for tubbie bye-bye (Teletubbies, remember??). Pagi-pagi lagi kena siapkan barang-barang tarian sebab kami mula mekap awal - pagi tu jugak. Hopefully the girls buat yang terbaik besok.


Share:

Saturday, May 28, 2011

Nung noilaan ku dah.

Nung noilaan ku dah do auh otopot da’ih boros nu, auh oku dah’ah mirad diti do baino. Nung noilaan ku dah do auh atatap ginawo nu, mogot nogi daa minogihum oku do suai. Dih manasal ko di doh baino nga ingaa noh do guno. Oudot eh ngaaii pama eh janji-janji ngaaii nuh doho.

Ini lirik lagu sebenarnya. Tajuk lagu 'Nung noilaan ku dah' oleh penyanyi tempatan - Francis Landong. Maksud nung noilaan ku dah = KALAULAH SAYA TAHU. Haha.

Jom translate satu ayat.

Nung noilaan ku dah do auh atatap ginawo nu, mogot nogi daa minogihum oku do suai. Dari pengetahuan bahasa Dusun saya yang terbatas ni, maksudnya, kalaulah saya tahu yang hati kau tidak tetap, lebih baik saya cari saja orang lain.

Uh not that bad huh? :D

Aww.. Missing this moment!

Share:

Thursday, May 26, 2011

Forget about the person who forgets about you.

Although I may occasionally mention about my past, it will simply because I feel better talking about it. The present moment is what I am much more interested in. Banyak plan di hadapan saya. Dalam masa sebulan setelah peristiwa 25 haribulan April yang saya rasa very the bullshit tu, termasuk seminggu sebelum pernikahan dia cari aku tanpa rasa bersalah cuba untuk mendapatkan aku semula like wtf. Untuk lelaki curang macam dia, kehilangan 10 lelaki macam dia aku tak rugi satu sen pun. Saya rasa tak perlu lagi ada apa-apa lagi yang tinggal. Aku juga merasa aku tak payah bersusah payah ke majlis perkahwinan mereka. Why should I care? Macamlah aku tak ada nak buat benda lain yang jelas-jelas lebih penting. Once he's cut out from my life, then he is. Kalau dia masih membaca blog saya ni, tiada sebab kamu ambil tahu lagi tentang life saya. Kalau mahu juga, buat secara diam-diam dan jangan lagi sesekali cuba untuk menggunakan apa yang saya tulis untuk melukakan saya walau dengan apa cara sekalipun. Well, I don't wanna curse you anymore. Or to hurt you. I will let karma have that pleasure.


Rasakan kuasa tendangan wanita

Macam yang saya cakap sebelum ni, saya berbahagia dengan apa yang saya ada sekarang ni. Why remember the person who forgets about me. Lebih baik cari kawan baru. Saya ni kesian lah jugak. Saya mana ada kawan dekat Ranau. All my life, I spent most of my time outside Ranau. Kebanyakan kawan bertebaran serata Sabah dan Semenanjung. Sudahlah sejak sekolah rendah banyak kali pindah sekolah. Selalu lone ranger. Bukan sebab tiada kawan baik. Banyak good friends ni. Tapi you know - kawan hang-out dekat RANAU.. yang satu kepala dengan aku yang crazy ni...... TIADA. At Kedah dulu I got Niza, Fiza, Chu, Dayah and some of the (Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa) JPM sisters yang lain lah yang rajin hang-out sama-sama, keluar makan tengah malam, suka buat benda on the spot, berjaga bersengkang mata demi kertas projek sama-sama, meeting meeting meeting - oh seriously. Don't make me start with the list. Sebab kalau cakap hal kenangan, tidak habis entri dibuatnya HAHAHAH

Pertengahan 2010 barulaaahh tinggal betul-betul dekat Ranau. And sekarang ni, sudah genap setahun saya menetap di Ranau. So now, saya adalah dalam proses mencari kawan di Ranau. Kesian sungguh ini perempuan. Ada siapa-siapa mahu kawan dengan saya? Tsk.

Actually, got few friends already. Ada yang dari Kundasang and ada yang dari Ranau. One of them saya ada mention dekat sini. Dalam perenggan sebelum gambar tu. Cukup saya katakan, friendship is the best thing that can make you survive when love relationship can't.. Agree?

Dekat luar, saya nampak macam eleh eleh eleh saja. Ketawa macam tiada masalah hati. Tapi macam yang saya cakap sebelum ni, saya dah pernah bertahun-tahun puas menangis. Hanya orang yang pernah rasa hati tu berterabur menjadi cebisan-cebisan (broke into pieces) baru tahu hargai walaupun secebis rasa gembira tu. Bukan seorang dua rakan yang cakap saya nampak sangat kuat orangnya. Boleh handle semua masalah. Tapi kalau baca blog, barulah kau tahu saya sebenarnya fragile sangat dekat dalam. Tapi kalau tak mahu jadi kuat, jadi, mahu jadi apa?

Untuk itu, aku sedang belajar menjadi wanita paling bahagia. I made a choice to finally let go, cuz it's time for my last tear to fall and smile again.

Will be going to Putatan tomorrow. Hadiri majlis pernikahan sepupu lelaki. Alhamdulillah, bertemu jodohnya. Perhaps, will upload few pictures of it (read : of me) later.

Share:

Tuesday, May 24, 2011

My dance activity update 2

Update tentang my dance activity.

29th of May 2011 (Ahad) - Majlis Perkahwinan Pentung & Ochie
5th of June 2011 (Ahad) - Majlis Perkahwinan Zaba (my cousin sebelah mama) & Sue

July 2011 pun ada. Not sure about the detail yet, but the homestay coordinator sebut tentang Kota Belud dan Kudat. We'll see :)

Oktober 2011 pun ada juga - Insya-Allah. Kalau tidak silap, something about muzik gunung? Will be held in Kundasang. 

Dan saya baru terima panggilan petang tadi. Lagu yang kena compose dah siap. Untuk Tari Kirana bawa perform. Wow - cepat pula ya. Baru Khamis minggu lepas saya diberitahu secara direct tentang lagu tu (time tu dalam pembikinan lagi), hari ni dimaklumkan dah siap. Dan esok insya-Allah saya akan dapat lagu tu. Wow - fresh dari studio youuu. Lepas tu kena gubah step dan pola tarian. Dalam berani-berani, menggeletar kot tangan nak terima. Aku bukan reti sangat bab tarian etnik Sabah ni. Tapi peluang macam ni datang bukan selalu. I will do my very best. Esok juga insya-Allah akan plan tentang costume tarian pula. Tiba-tiba pula tukar profession jadi costume designer tidak bertauliah kan.

Actually, Zul ada sebut tentang lagu tu waktu akhir bulan Mac atau awal April. Dah tahu sebenarnya cuma not really sure. Dan memang wajarlah lagu tu siap time sekarang ni. The girls cuti semester bermula Sabtu ini. Selama dua minggu. So for two weeks, I maybe akan pulang awal sikit dari kerja to train the girls. Selepas performance di Majlis Hari Buruh di Kg Kinapulidan hari tu, segala aktiviti tarian berhenti sementara bagi memberi laluan kepada peperiksaan pertengahan semester diorang. Hehe.

Sabtu ni 28th Mei 2011 kami ada latihan seharian untuk show 29th. So plan ke Mesilau tergendala lagi. Dan akan terus tergendala sebab next Saturday pun tidak boleh sebab masa untuk training juga. Next  next Saturday pun tidak boleh sebab ada tempahan catering. Next next next Saturday pula saya ada plan lain yang lebih penting. Hmp. Sabtu ni training sekali terus pemberitahuan tentang semua yang di atas. Setakat ni yang saya sempat bagitahu, show untuk 29th ni saja. Unless if they do read my blog. Hiks. Budak-budak Tari Kirana baca ke tak my blog tak tahu la ai.

Everything is I.N.S.Y.A.L.L.A.H. Kita hanya merancang.

By the way, tadi waktu tengah drive pulang dari kerja, nampak orang jogging dari arah bertentangan. OMG I AM SO JEALOUS. Saya tak ada masa jog. Demmit.


Share:

Bvlgarigirl Ulat Buku Giveaway

Since macam saya sendiri dah lama tak update blog (eh lama ker.. baru 3-4 hari kotttt), and stumbled upon Arianna's blog - found out about give-away ni. Murah hati dia nak bagi novel. Lama tak baca novel melayu. Selain novel Ramlee Awang Murshid tapi itupun dah lama - since Hijab Sang Pencinta. Novel ke-3 dari 4 siri Laksamana Sunan (So in love with Laksamana Sunan!).

Dan dengan terhasilnya entri ini, I'm joining! Hope I will be the lucky one. Suka yang iniiii :

CINTA AKAN INDAH

Sinopsis

Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya.

Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.


Suka dengan tema cerita tu.

Berkenaan pengajur give-away ni, her name is Arianna Melissa. Pernah chat dengan beliau dua tiga kali di Yahoo Messenger dan Facebook Chat. Very caring la itu orang. She even asked me about the picture my pergelangan tangan get hurt in one of my entry in Sufilara.blogspot.com (old blog) - dia sangka I was about to commit suicide (- -")

Followed her blog since 2009 rasanya. 2009 tu sebenarnya saya baru start blogwalk dan jumpa blog-blog yang saya follow updatenya setiap kali ada entri sampai hari ini. She's one of them. And I love her writing. Sejuk saja membaca.  Macam baca novel. Sehingga hari ini, saya nampak dan kenal dia sebagai seorang sangat baik hati, sentimental, dan low-profile. Siap okey kalau Kevin let her down. Hiks. Ya I love reading the love story about her and Kevin, a Kadazan Dusun guy. And her attachment towards Clara.

And for all that, I love reading her blog. She's really a writer of her own story :)


Share:

Friday, May 20, 2011

Sophiesm.Com : Disclaimer again.

Something keep on bugging me lately. Do you think I over-shared my stories in my blog?

I'm a life blogger. I blog about what happen in my life and about inspiring people around me. Hari ni mungkin ada tulisan saya yang telah mengguris hati sesiapa - we don't know. 

And before I gone any further in this blogosphere, I would like all the readers to know that ;

....... I'm harmless. I'd never intended to hurt others' feeling - but being a human, this is my humanity. I realize that I can be brutally honest - most of the time. My words might hurt you, but it's actually just a kind of my honest analysis and blunt perspective. Very straightforward - because this is who I am. And if it do get you unhappy, I am truly sorry. I'm not going to say "ini blog saya, suka hati sayalah saya nak tulis apa" because that's plain ........... err, well it's not really a good excuse to make something seem reasonable - yes?

My blog is an open-book diary - in this case, open-blog diary. I've blogged since 2006 and the reason why am I still here is, I started this for myself and up to this moment, I am still blogging because of the same reason. For myself. Not for anyone. Not to please anyone.

Not to hurt anyone, either.

But if I am wrong, criticisms and reproaches are fine. But try to remain kind and polite - and not to be an asshole.


Share:

Wednesday, May 18, 2011

Password protected : Nonsense.

People freak me out. They move too fast, they speak too loud, and they are just plain unpredictable. One minute they’re there, then next they’re not. One day they love you and the next they want to beat the life out of you and suddenly they appear wanting you back. The demands, the insincerity, the selfishness, the greediness.

I wrote this entry on 15th April (Sunday), the same day I wrote THIS ENTRY. Ini kesinambungan entri yang tu sebenarnya. Tapi tak boleh nak tayang dekat public lah. Kalau mahu password, saya boleh bagi. PM me HERE. Yang penting simpan rahsia.

*******************************



All comments are temporarily will be moderated.

Share:

Tuesday, May 17, 2011

Topic One : 10 things about Fina Sophie

Saya sebenarnya fail lah nak cakap soal diri sendiri. Saya bukan tak kenal dengan diri sendiri tapi bila dah selalu cakap pasal diri sendiri ni, nampak macam obses dekat sendiri pula. Kalau cakap soal perasaan mungkin cemerlanglah kan. A plus plus. Saya bila bercakap soal perasaan, semua isi lengkap. Saya boleh terangkan walau terperinci mana tentang perasaan saya, orang yang dengar pun mungkin mudah saja nak faham sebab saya ni very literal punya orang. Lengkap dengan moral of the story sebab bagi saya itu perkara yang paling perlu untuk dikongsi sebenarnya. Dan saya juga sangat bagus dalam mendengar pendapat orang. Kalau orang tu saya respect, memang saya akan dengar cakap dia. See? Saya bukannya melawan sangat pun, kalau saya tak rasa pendapat tu bernas, macamana saya nak dengar cakap dia kan. Theehe. Well, macamana saya cakap soal perasaan dan life dekat blog, macam tu lah saya bila dengan orang yang saya selesa nak bercakap. Sebenarnya payah nak ada noktah. Saya boleh bercakap berjam-jam tanpa henti. Bila dah bercakap dengan sepenuh hati dan semangat, orang-orang yang sangka saya ni pendiam selama ni mesti cepat-cepat akan tukar persepsi dan menyesal sebab diorang sangka saya memang betul-betul pendiam punya orang kahkah.

Eh. Perenggan atas ni dah boleh jadi point pertama kan? Err.

Here goes. 4 things you probably should know about me. Ya 4 benda saja yang perlu diketahui sebenarnya tentang diri saya.

.SUNFLOWER.FASHION.BLOGGING.MUSIC.TRADITIONAL DANCE.FOODS.BOOKS.
  • Siapa saya? Nama Fina Sophie dah terang-terang bukan nama sebenar. My real name is Hasnie Falina and it isn't a secret by the way. Family panggil Nana. Ramai kawan panggil Nana dan Fina. Ada yang panggil Falina. Berasal dari Ranau Sabah. Anak jati Ranau. Yang lain rahsia. Saya rendah saja orangnya. Tinggi 151CM dan kasut bersaiz 4. Sebab tu saya tidak suka lelaki yang terlalu tinggi. Berkulit cerah, warna mata dark brown, rambut asal black wavy, dan lahir 1 Disember 1986 . Dan ada tahi lalat dekat dagu kiri theehehe. Suka berpakaian secara selekeh asalkan nampak comel. 

Why so serious, Fina?
    • Blogging life. Saya berblog sejak September 2006 di blog Friendster dan di http://sufilara.blogspot.com (dah private dahh), masih aktif berblog, dan belum ada rasa hati untuk berhenti menulis. I love to tell and keep the record of my stories (sometimes terover sharing but I can't help it) and when I did, I love it the most when the readers let me know how much my writings had inspired them, if it does - anyway. I love blogging. And I blog for myself. And I don't care how popular (or unpopular) my blog is :D
    • Passion. Merupakan seorang penari tradisional tetapi sekarang ni lebih kepada seorang manager dan trainer kepada kumpulan penari Tari Kirana yang saya tubuhkan sejak Mei 2006. Masih kekal aktif hingga kini secara separuh masa dan lebih kepada memenuhi minat masa lapang. Biasanya dijemput untuk majlis-majlis perkahwinan di sekitar-sekitar tempat tinggal. Buat masa ni, alhamdulillah, Tari Kirana currently kadang-kadang associate dengan Kampung Sinisian ehemmm. Ada rezeki, adalah. Hiks. Passion lain? I sing sometimes................ HAHA.

    .JIJA.WIDHA.RAIHANA.VYNA.ZIMAH.FEEZA.DANA.YOURS TRULY.

        • Saya expressive. Saya garang, seriously serious, aggressive, and hot tempered  - but AS LONG AS YOU DON'T MESS WITH MY LIFE, I'm angelic, sweet, playful and fun ..and I probably have a killer sense of humor. Tapi garang. Tapi jiwang! :D 

        Dan kebanyakkan penulisan-penulisan Fina Sophie berkisar tentang semua di atas :)


        Lagi 6 perkara yang tak berapa perlu nak tahu :

            • A working lady. Dibesarkan dalam suasana keluarga kontraktor dan suka berniaga. Bekerja sepenuh masa manage di Kirasa Cafe & Catering milik keluarga. Banyak masa dia berada di cafe ini. 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Setiap hari, kecuali hari Sabtu. Dan kecuali bulan Ramadhan :D She's also a part-timer. Suka buat apa-apa saja yang mendatangkan keuntungan tapi dalam masa yang sama, dia orangnya yang mementingkan rasa enjoy bila buat sesuatu. Kalau tak enjoy, susah nak jalan youuu.
            • She's strong in her own way. If only you know what kind of hurdles had happen in her life, then maybe you'll see why she's so eager to find her own meaning of life. Maybe you'll see why she changed a lot. Maybe that's why she finally came to her own senses. Maybe that is why, when she laugh, she laughs loud cuz she appreciate the feeling of being happy. If you've been living in tears years before, you'll do the same thing as she does.
            • She sees herself as unique, free-spirited, and very Sagittarian. She doesn't want to be t.y.p.i.c.a.l. And she sees herself as the inspirer, understanding and very encouraging - towards her friends.
            • Peliks. She's driving her old white van yang tak ber-aircond and she is proud driving it anyway.
            • Suka buat tak tahu. Kadang-kadang nampak macam dia tak peduli atau tak kisah tapiiii.. Bukan hipokrit. Cuma kurang berminat melibatkan diri untuk sesuatu yang dia kurang faham dan dia rasa dia akan sukar nak faham.
            • Kehidupan sebelum ni yang selalu berpindah randah, she spent most of her previous years (sejak lahir) di luar daerah Ranau. Ni baru tahun lepas menetap betul-betul dekat Ranau. She made lots of friends and close friends but at the end, she prefer to have most of her time only by herself and her quality friends and family.

            There. Yang belakang-belakang tu memang mengarut. Enough about myself.

            Next, I'll write about 10 things I love. By the way, cuba tengok dekat sidebar paling atas tu di bawah tajuk 100 things? Saya dah senarai topik yang akan saya tulis nanti. Kalau yang dah di-link tu maksudnya saya dah jawap lah topik tu.

            Jom join! Tak nampak fun ke tu? Hiks. Kalau dah buat, let me know, boleh kenal-kenal! :)




            Share:

            Sunday, May 15, 2011

            Three weeks had passed..

            You see, I'm forgetful - usually of the bad things that have happened to me.

            He came my way today and.. When I see him, I see all the good times we had. I see him and felt all the good feelings I've felt while I am still with him. I miss spending the whole day with him, I miss our silly jokes, I miss our finger-shuffling competition, I miss all the first-times when I was with him, I miss all the best times we have had, and I miss looking in his eyes and say "I love you, Sayang..". And I miss his mother too (- -")

            But I forgot all the pain that came with it.

            I forgot the ride to the Garden Cafe, in attempt to make everything just right between us.

            I forgot every little thing I've done ; rearranging my room and everything., - Every silent runaway from the pain of remembering the look in his eyes, remembering how he giving up on us so easily. Sad seeing the end of us.

            I forgot how he refuses to answer most of my texts and calls.

            I forgot how I desperately tried to cheer myself up, by running away. To places, to my friends - Anywhere I can or whoever, if it means I don't have to be alone.

            I forgot how much I cried at night, every night to sleep for more than a week.

            Yes. I forgot all the pain.

            I suppose what hurts me the most at that time and it still does - He turned into everything he said he would never be. Did I not mean anything to him for him to have let me go, at first sight of confusion in our relationship?

            I do find myself missing you. The part of you that was gentle to me, loving to me, and made me feel like I was the only one who mattered.. *sigh* No matter what, I've always had, and will always do have a soft spot for you. Regardless of what other people are saying about you.

            You're an amazing person. You're charismatic, loves challenges, funny, and full of energy and regardless what has happened between us and what others told me about your bad part, I am standing by what I saw in you. You are who you are - You're not really a bad person, in fact, you're a great friend. But perhaps, ALLAH has His better plan for us.

            Soon you will find out, that I probably do, I always sayang you, and always care about you, even MORE than those who have been and will be in your life after me.

            If only you had known what I was willing to give you, and do for you, if you given us the chance, 3 weeks ago - Back to the time where we still can work things out.


            Share:

            Wednesday, May 11, 2011

            10 Topics.

            Topic One : 10 things about you
            Topic Two : 10 things you love
            Topic Three : 10 things you hate
            Topic Four : 10 things you want to say to one person
            Topic Five : 10 wishes
            Topic Six : 10 items you can’t live without
            Topic Seven : 10 important people
            Topic Eight : 10 of your favorite songs
            Topic Nine : 10 ways to win your heart
            Topic Ten : 10 final words


            Sounds interesting. I wish to start this out as soon as possible. :D

            Share:

            If it could lead me to a whole new living..

            Dengan kain baju bergelimpangan atas katil, and papers, wires (chargers, earphone, cables), laptop bag etc, barang mekap here and there, papers .. you can't really tell this is actually a girl's room. Eh? Sometimes I unintentionally spent 30 minutes just to decide what to wear that day. Habis selongkar satu almari. (- -") So, at the second thought, maybe this actually only shows how girly the owner really is.  Get it get it? Okey you don't get it *confusing*
            :D

            This would take nights to finish as I am rearranging EVERYTHING.  Cuma perabot saja lah tak tukar tempat. Katil, almari buku, almari pakaian, desk dan drawer masih di tempat yang sama. Yang lain, ubah kedudukan. Or masuk stor. I desperately will go anywhere or do anything to keep myself cheered up. To build a whole new perspective. To be a better Hasnie Falina I can be. Anything or anywhere - if it means I don't have to be alone. If it could lead me to a whole new living, I would change any minor things I could think about. This is one of it.

            Plus, saya memang suka redecorate my personal space selang beberapa bulan. Once finished, I'll post some pictures of it... MAYBE. Not promising :D

            Share:

            Tuesday, May 10, 2011

            Silent runaway.

            Gambar-gambar yang kami ambil *most of it was taken by me actually* waktu ke Kota Kinabalu tempoh hari. Plan asal untuk Sabtu itu kami bercadang ke Ladang Tenusu Mesilau Kundasang, tapi sebab saya ada urusan dekat Kota Kinabalu, terpaksa tangguh yang itu. Plus, kami semua memang suka jalan-jalan HAHA. Next weekend cannot go, maybe next weekend lagi (- -") MAYBE.

            @_@ EH what was that?! BUNYI TAYAR MELETUP. Tayar kapal terbang ke apa, macam bergegar isi dunia dibuatnya (- -") Distracted sekejap. Okey abaikan (tahap tak peduli yang melampau).

            Here goes.

            Waktu on our way, and waktu check in hotel.

            Lepas check in, tak masuk bilik terus. Barang-barang semua biar dekat kereta, pergi melantak dulu. Antara lokasi makan-makan favourite dekat 1Borneo, ....

            CHICKEN RICE SHOP! *gigi bersinar mata kelip-kelip*


            For the first time dalam sejarah saya berbelog, my other 3 siblings yang lelaki. Kalau muka Dana selalu je terpampang dekat blog ni.  Tengok dekat kategori Tari Kirana pun muka dia paling banyak.
            From left, Nabil Fattah (Adi) - Nabil Firdaus (Pipie) - Nabil Fikrie (Kili). Adi dan Kili tak available dahhh. Pipie available tapi sebagai seorang lelaki, dia masih terlalu muda so saya tukar ke tak-available. HAHA. By the way, Dana pun tak available what. Me single but not available. Ohh kenapa tak cakap je SEMUA TAK AVAILABLE. Kan senang (- -")

            Courtyard Hotel. 1 King size bed & 2 Single beds.

            Masa untuk berjalan-jalan. Macam biasa, barang-barang cantik dan on >50% sale always caught my eyes. I am a bargain hunter.

            Muka peliks pemilik blog //Sophiesm.Com Muka yang macam dah jarang tayang dekat blog :B

            Esoknya bangun sarapan dekat hotel lounge. That nasi lemak SAMBAL SEDAP was mine. Lepas tu latihan vokal *cough* dekat Jukebox *cough* dan yang paling atas tu current entrance greet di pintu utama 1Borneo. Dapat baca tak? KOTOBIAN TADAU KAAMATAN (Selamat Menyambut Pesta Menuai) which I think will be available there til awal bulan 6 lah sebab sekarang kan musim menuai. Festival tidak lama lagi. Sekarang pun dah sibuk mencari Unduk Ngadau bagi setiap daerah, untuk bertanding peringkat negeri dekat KDCA Penampang nanti.

            Okey dah. 2 days and 1 night trip. One of the best trip I ever had, sebab lengkap kami berlima beradik. Kami tinggalkan mama dan ayah dekat rumah (with six cats) :B 8hb dalam jam 4 petang kami dah sampai rumah, safely. Okey mummy and daddy, less headache without the children? *giggle*

            By the way, I'll be going to KL on 18-21th of August on Ramadhan! Insya-Allah. Tiket dah beli!
            Share:

            Monday, May 09, 2011

            You'll never find another love like mine.

            What happened? You broke up?
            He's getting married with another woman...
            I thought you guys doing just fine?
            Oh Min. Fina pun sangka macam tu.. So bila jadi macam ni, Fina memang terkejut sangat-sangat. I fell in love with a guy who changes his mind like changing his clothes, I guess.
            What's her name?
            Her? His bah, bukan her. Hahah.
            Ya 'his'. But now we should change it to 'her'.
            Kenapa?
            Saja.. Erm. Talk to you later k.. Got to go for now. Kerja PM. You okay? I mean, how are you holding up?
            Ala let him be. Mula-mula teruk juga Min. Teruk sangat. Ohh.. Okay. But no worries. I am okay :)
            Yeah right, you could say that. But I've seen you cry.
            I will be fine...
            Erm.. Talk nanti k.. Message k..
            Iya Min.. Okey..
            Still using my old phone number. Hehe
            Salam.
            Salam.

            Still-using-old-phone-number huh? Perli la tu. Funneh. And that's the problem when your friend have seen you cried for the same reason. They won't trust. Err. Well, for the first 'I am fine', they should not trust. Har-har-har.

            Later on, dia gave me a link from YouTube dengan mesej tertulis - CHEER UP! I do clicked the link. Jom kawan-kawan layan lagu ni!






            You'll never find, as long as you live
            Someone who loves you tender like I do
            You'll never find, no matter where you search
            Someone who cares about you the way I do

            Whoa, I'm not braggin' on myself, baby
            But I'm the one who loves you
            And there's no one else, no-oh-oh-oh- one else

            You'll never find, it'll take the end of all time
            Someone to understand you like I do
            You'll never find the rhythm, the rhyme
            All the magic we shared, just us two

            Whoa, I'm not tryin' to make you stay, baby
            But I know some how, some day, some way
            You are (you're gonna miss my lovin')
            You're gonna miss my lovin' (you're gonna miss my lovin')
            You're gonna miss my lovin' (you're gonna miss my lovin')
            You're gonna miss, you're gonna miss my lo-o-ove

            Whoa, oh, oh, oh, oh (you're gonna miss my lovin')
            Late in the midnight hour, baby (you're gonna miss my lovin')
            When it's cold outside (you're gonna miss my lovin')
            You're gonna miss, you're gonna miss my lo-o-ove

            You'll never find another love like mine
            Someone who needs you like I do
            You'll never see what you've found in me
            You'll keep searching and searching your whole life through
            Whoa, I don't wish you no bad luck, baby
            But there's no ifs and buts or maybes

            You're gonna, You're gonna miss (miss my lovin')
            You're gonna miss my lovin' (you're gonna miss my lovin')
            I know you're gonna my lovin' (you're gonna miss my lovin')
            You're gonna miss, you're gonna miss my lo-o-ove

            Whoa, oh, oh, oh, oh (you're gonna miss my lovin')
            Late in the midnight hour, baby (you're gonna miss my lovin')
            When it gets real cold outside (you're gonna miss my lovin')
            I know, I know that you are gonna miss my lo-o-ove

            Let me tell you that you're gonna miss my lovin'
            Yes you will, baby (you're gonna miss my lovin')
            When I'm long gone
            I know, I know, I know that you are gonna miss


            Ada telur goreng di sebalik nasi ke?


            You can't say 'no' to jazz <3
            Share:

            Sunday, May 08, 2011

            7-8th of May at Kota Kinabalu.

            Once I thought I am happier with him by my side, but now that he gone, I realize I can be happy all by myself.. :)

            Saya dekat KK sekarang ni. Bukan Kuala Kangsar. Tapi Kota Kinabalu. With my sibling semuanya berlima. Tak padan dengan status sebagai paling kakak, akulah paling potpetpotpet joking about everything. I just want them to laugh, diorang ni kadang-kadang way too serious. Remind me of how I used to be. I like the old me, but I am liking the new me better now. Well, whatever it is, I always knew I do have a kind of good sense of humor HAHAHA jangan percayalah, padahal kalau dah boring tu tak pasal-pasal boleh fed-up sendiri-sendiri. Elelehh.

            Kami dekat 1Borneo sekarang ni. Menginap dekat Courtyard Hotel. I like Tune Hotel more actually sebab cermin dia besarrrrrr tapi since kongsi bilik ramai-ramai dalam satu bilik, so we choose Courtyard *kempunan* 

            Malam tadi spend dua jam juga jalan-jalan. Lepas beli tiket wayang cerita THOR, masing-masing dengan haluan masing-masing. Macam biasa, saya dengan Dana. Kami jalan sikit saja lepas tu terjumpa dengan satu kedai gift yang tengah sale habis. Clearance stock sebab moving out. Memang betul-betul moving out you sebab barang-barang dekat rak banyak dah habis especially patung-patung besar. Actually sebelum ni kalau ke 1Borneo dan tengok wayang, kadang-kadang masuk juga kedai ni just tengok-tengok. Seriously mahal nak mampus. Tapi kali ni dia bagi less sampai 70% untuk semua barang-barang dia, terus berpandangan tau I dengan Dana. HAHA. Saya rasa banyak juga barang saya beli, tapi total tak sampai RM50 rasanya. Best tak best tak? Dekat kedai tu saja dah buat saya penat dan kami decide duduk-duduk saja dekat McD makan aiskrim sementara tunggu wayang start. Bila dah nak masuk blah pergi tengok wayang, si Dana tarik saya masuk balik kedai gift tu sebab dia nak beli lagi.

            Adik saya lagi seorang dah mesej suruh datang cepat sebab wayang dah start. Barulah teringat dan tergedik-gedik masuk dengan 3 beg plastik besar. Sila percaya T______T Kalau bukan sebab nak cepat-cepat, kaki takkan terpeleot punya depan para si kacak tadi tapi nasib baik dengan pandainya saya buat muka cover. Tapi saya tak kisah sangat pun. Itu minor things yang normal berlaku dalam kehidupan kita. For me, kalau kita gelakkan orang yang tak sengaja terjatuh depan khalayak, itu just tunjukkan bagaimana sempitnya fikiran kita. What a boring soul :)

            Cerita Thor best lah juga. Jalan cerita dia tentang Dewa Thunder bernama Thor yang dibuang ke bumi dengan kuasa yang telah ditarik oleh bapaknya sebab telah buat kesalahan. Agak sebijik dengan cerita Hercules api ini versi lakonan real manusia. Dengan graphic yang bagus. Hero yang handsome badan ketul-ketul. Dan banyak dialog komedi. Very entertaining. Bagi sayalah. Saya tak cerewet sangat. Cuma tak puas hati lahhh apsal banyak sangat cerita hantu keluar dekat panggung sekarang ni. Please lahhhhh.

            Taken some pictures, tapi tak dapat nak upload lagi sekarang. Entah dekat mana celah card-reader dekat laptop adik ni. Malas nak cari. Lagipun mengantuk sangat dah. By the way, esok 8 Mei, kami balik ke Ranau. Byee.. See ya. Good night. Assalamualaikum :)
            Share:

            Saturday, May 07, 2011

            Entri terakhir.

            ..... entri terakhir untuk kisah kami :)

            Aku ini bukan keliru dengan apa yang aku rasa. Aku jelas dengan setiap inci perasaan. Aku tahu yang ada bahagian dalam hati aku ini yang masih menyayangi dia. Ada bahagian lain yang mahu aku membenci dia. Ada bahagian lain yang asyik nak sumpah seranah. Ada bahagian dalam hati aku yang mungkin AKAN tersenyum bila tiba satu hari nanti dia jatuh. Ada bahagian dalam diri aku yang merindui keramahan dia. Dan lagu-lagu yang pernah menjadi siulan kami. Merindu dia yang selama ini aku sangka itulah diri dia yang sebenarnya. Ada bahagian yang redha dengan apa yang berlaku, percaya hikmah di sebalik semua ini. Ada rasa pedih dikhianati padahal aku masih ingat semua janji-janji yang dia pernah suarakan pada aku. Untuk menjaga dan menyayangi aku. Janji yang dia tidak akan berubah sama sekali. Janji dia untuk mengakhiri cinta kami dengan sekurang-kurangnya ikatan pertunangan, tahun ini juga. Dengan nada dan reaksi wajah yang aku lihat begitu jujur. Sesuatu yang terlalu bererti bagi aku sebagai seorang perempuan. Kerana sekeras mana pun, jiwa perempuan aku ini masih mudah tersentuh bila seorang lelaki yang ku kira ikhlas ingin menjaga aku hingga ke akhirnya. Sebab itu aku terlalu sukar untuk percaya dengan keputusan dia untuk meninggalkan aku. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Manusia.

            What goes around comes around. Allah jua yang menjadi musabbabil asbab. Segala yang berlaku atas izin Allah juga. Jika aku disakiti oleh dia, Allah sebenarnya sedang mengajar aku tentang sifat sabar. Agar aku lebih faham kita ini hamba Allah yang akan sentiasa memerlukan pertolongan-Nya.

            Life aku?

            Everything is alright. Selepas episod sedih dalam hidup, now I am so ready to move on. Masih banyak perkara lain yang aku boleh fikirkan.

            My ex datang asking for another chance. Dia pun datang balik.. Ya Allah, please, be good to them T______T Diorang deserve wanita yang lebih mampu menghargai, sebab .. they won't find it in me. Saya appreciate perasaan yang diorang ada untuk saya, tapi cinta bukan paksaan. Saya nak cari penyakit ke terima orang yang saya tak boleh nak cintai. Lebih-lebih lagi, at times like this??

            Dan dalam sesingkat waktu ini juga, telah ada beberapa salam perkenalan yang dihulur tapi aku hanya mampu pandang kosong sekosong kosongnya. "Maaf saya tidak berminat." Memang itu jawapan yang agak berterus terang, but I've grown too strong.

            Kalaupun mungkin kau lihat aku rapat dengan siapa-siapa, itu tidak bermakna kami lebih dari sekadar kawan. Aku mengaku, pada saat-saat sukar aku sejak 25hb lepas, memang ada seorang insan yang sentiasa ada di sisi lebih dari sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang lain. Allah kirimkan dia mengutip satu persatu airmata ini yang gugur. Aku tidak pernah ditinggalkan dan tidak pernah lepas dari kata-kata semangat - hingga waktu ini. Semua itu menjadikan aku lebih kuat. Dan hubungan persahabatan begini sahaja sudah cukup buat saya. Bukan sengaja menutup pintu hati, tapi aku takut nanti aku akan silap perkiraan lagi. Biarlah masa yang ada sekarang ini aku guna untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri sendiri.


            Biarlah aku senang nikmati apa yang aku ada sekarang ini.

            Bicara soal perasaan ni terlalu subjektif bukan? Untuk publish semua ni pun aku masih teragak-agak - seboleh mungkin mahu menyusun kata sebaik mungkin sebab takut apa yang disampaikan disalah erti. Dan bila sampai satu waktu itu aku membisu, itu bukan bermaksud sudah tiada apa lagi untuk aku perkatakan. Sekurang-kurangnya aku sudah boleh tersenyum. Dan tertawa. Tidak salah kan menyulam tawa di tengah tangisan yang masih membara? (aku suka betul ayat yang saya italic tu. Tak tahu kenapa)

            Aku tidak menang, tapi tidak semestinya aku hilang ketenangan. Untuk kesekian kalinya, aku sedar aku masih terluka. But I am going to be just fine..

            *senyum*

            Share:

            Mengapa sukar untuk memaafkan..

            Aku tersentuh semalam waktu mendengar lagu Biarlah Rahsia oleh Siti Nurhaliza. Waktu itu aku sedang dalam perjalanan memandu sendirian, pulang dari cafe. Kesian Siti waktu itu. Pernikahan yang dikecam. Itu risikonya bercinta dengan lelaki yang pernah menjadi suami orang lain. Masyarakat kita punya stigma pada wanita seperti ini. Melibatkan isu yang begitu taboo. Tapi walau apapun, itu hak peribadi Siti. Itu belum lagi soal bercinta dengan suami orang lebih-lebih lagi atas dasar sekadar suka-suka. Talking about KARMA, people.

            Saya juga pernah membuat keputusan yang ramai orang sukar nak terima. Dan bila saya akhirnya memutuskan untuk menunaikan pilihan saya, memang ada pandangan sinis tapi saya tetap kuatkan hati. Saya anggap mereka itu tidak tahu the whole story, sebab itu mereka sukar untuk faham. Kalau saya tak pilih pilihan yang sekarang ini, pilihan yang satu lagi juga akan turut melukakan saya. Malah lebih melukakan.  Aku tiada pilihan lain yang lebih baik, percayalah. Sudah cukup saya hampir gila menjalani hidup yang itu selama ini dan akhirnya saya let go. Pilih jalan hidup lain. Biarlah sederhana tapi lebih menjanjikan bahagia. Awalnya memang sakit. Kerana pilihan itu, aku terpaksa mendengar diri sendiri difitnah. Sering menangis memikirkan kenapa dugaan tidak pernah putus melanda. Semua itu aku terpaksa hadapi keseorangan sebab aku fikir yang itu keputusan saya buat sendiri, maka itu tanggungjawab saya. Risikonya biar saya seorang saja yang tanggung. Kini aku sudah tak hairan dengan segala apa kelebihan yang orang lain miliki. Aku redha dan bahagia seadanya dengan life aku yang sekarang. Forget about the price tag, bak kata Maddie Jane.

            So you see? The same thing tunang dia sedang rasa waktu ini mungkin. Dia perempuan, aku juga perempuan. Jadi saya pasti dia sudah fikir masak-masak waktu membuat keputusan untuk berkahwin (walaupun dia tahu dia sedang melukakan hati aku yang juga sama seperti dia. seorang wanita. sanggupnya kawww). Pedihnya membuat keputusan yang kita rasa terbaik untuk kita, tapi orang di sekeliling merasa sebaliknya.  Dikecam, dipersalahkan, diperkatakan. Aku sudah rasa semua itu. Maka saya MUNGKIN faham, dia dan tunangnya juga merasa pedihnya membuat keputusan yang mereka kira bakal buat mereka bahagia, tetapi sayangnya begitu sukar untuk mendapat keredhaan orang-orang berkepentingan. Apapun, jika mereka masih berhati manusia, mereka pasti ada rasa bersalah kerana bahagia mereka tercipta di atas airmata orang lain. Mereka pasti berfikir - kami hanya mahu bahagia yang kami jumpa dalam diri masing-masing.

            Mengenang itu, saya rasa tersentuh dan ada bahagian dalam hati yang mahu memaafkan. Setiap manusia tidak akan lepas dari membuat kesilapan, tiada manusia yang sempurna. Walau macamana pun kita jaga, kadang-kadang kita tak lepas dari melukakan hati orang lain. Tapi sayangnya, untuk memaafkan, hati aku masih terlalu luka. Aku cuba muhasabah diri, cuba memujuk hati untuk memaafkan saja tapi air mata yang berlinangan laju. Untuk memaafkan, rupanya terlalu sukar. Mengenangkan semua yang dia pernah janjikan, aku masih merasa dia tidak pantas memiliki kemaafan dari aku semudah ini. Aku belum mampu mengikhlaskan. Demi Tuhan aku sesungguhnya tidak pernah sebahagia itu dan.. dan bila semua itu dikhianati, aku..... ---

            Saya ada hak merasa apa yang saya sedang rasa, bukan? This is not going to last forever, I promise. Jodoh itu rahsia Allah, mungkin mereka berdua sebahagian dari rahsia itu. Kita tidak tahu kan?

            Lupakan yang aku pernah menyayangi kau. Tak usah peduli yang aku masih mengambil berat hal kau. Lupakan sama sekali soal aku. Tapi jika sudah terbuka hati, selagi ada ruang bernafas, datanglah ke rumah mereka yang kamu berdua rasa kamu dah sakiti untuk meminta maaf. Mereka pasti faham. Janji pada saya satu perkara. Berbahagialah. TAPI. Jangan meminta-minta orang lain doakan kebahagiaan kamu sedangkan kamu sendiri lupa menjaga perasaan di antara manusia demi kepentingan dan kepuasan diri. Aku mungkin boleh memahami, tapi jangan terlalu yakin hidup atas air mata orang yang belum redha. Jangan terlalu yakin kamu tidak akan pernah memerlukan mereka lagi. Jangan terlalu yakin kamu tidak akan merindui apa yang kamu pernah ada waktu masih di situ. Kamu sangka CINTA boleh mengganti 100% apa yang kamu tinggalkan demi CINTA? Tidak akan. Semoga kamu berdua tabah menghadapi dugaan mendatang, semoga jalan yang dilalui dipermudahkan, dan semoga rumahtangga yang bakal dibina sentiasa harmoni dan dipenuhi barokah.
            Share:

            Monday, May 02, 2011

            Cukuplah.

            Dah delete dari sidebar blog ini.

            It's been a week.. A tough week after three most magical months he gave me. Still, please keep this on mind, please. Don't tell me how to act. Don't tell me how to be professional. Don't tell me to take this as easy as you do. I had enough of it just on my own. I am the one who suffer. Not you. I just need others' understanding. Not to be treated like a little girl who knows nothing about life. I am okey. But my heart is still recovering from the wounds of bitter broke up. STILL RECOVERING. Doesn't mean I don't know what to do. Okey? Full stop.

            Ada yang bertanya di inbox Facebook. Sebab diorang cakap kenapa jadi macam tu, padahal selama ni kami nampak bahagia.. I don't know why, but it do hurt me. But nevermind that. Biasalah tu. Mesti diorang nak tahu apa yang terjadi kan. Here I am, I have the strength to face it all. I have Allah SWT who will catch every drop of my tears. Saya tidak kesal kehilangan dia. Orang-orang terdekat ramai yang banyak membantu saya membuka mata dan hati. After this broke up, I started seeing him in a whole new perspective. Now I can't believe how blinded I was.. But that is what we call EXPERIENCE, ait..?

            Moga dia bahagia dengan pilihan dia. Mungkin orang lain tidak percaya dengan keputusan dia, tapi harapnya dia bersedia untuk berubah. Ambil ketidak-yakinan orang terhadap dia tu sebagai cabaran untuk dia terus pertahankan perkahwinan dia nanti. Jika sebelum perkahwinan dia tega lukakan hati ramai orang untuk bersama wanita tu, harapnya lepas ni dia tak buat yang sama untuk bersama dengan perempuan lain. Cukuplah apa yang jadi.

            Dia tetap bahagia yang saya pernah jumpa. Cuma cukuplah saya bersedih. It's time to move on. Saya sememangnya boleh berbahagia walaupun tanpa dia.

            P.s Find me on Facebook. Fina Sophie. :D
            Share:

            Senyumlah.

            "Kau ni bukan sombong bah, tapi kau sengaja kan.."
            "Sengaja apa?"
            "Sengaja tidak mau senyum. Kau sengaja kan?"
            "Saya tidak rasa macam mau senyum lah." Sophie sebenarnya tiba-tiba termalu. Agaknya betullah, sekarang saya dah berubah. Dulu rajin juga nak senyum, tapi sekarang bibir ni takda perasaan nak senyum pun.
            "Kau senyumlah. Saya kalau tengok kau senyum, terus kenyang perut saya ni."
            "Hahah."

            Buat masa ini, Sophie belum punya hati untuk benar-benar tersenyum.
            Share: