Friday, April 29, 2011

Yalah tu.

Waktu awal-awal dulu, aku dah berjanji pada diri sendiri, pada saat aku jatuh cinta sekali lagi, aku akan bertanggungjawab atas apa juga risiko yang bakal aku hadapi nanti. Bila jadi macam yang sedang berlaku hari ini, di sini, aku dah longlai tapi aku harus tabah. Inilah risikonya.

This is what I talked about.

Jauh di sudut hati, sejujurnya aku terlalu rindu pada dia. Rindu setengah mati. Segala kenangan waktu kami bersama, walaupun singkat, tapi semua tu masih mampu menyentuh di hati saya yang paling dalam. Segalanya terlalu cepat, rasanya aku masih belum puas menyayangi dia..

Yang aku rasa, saat aku tertawa besar - aku sebenarnya sedang menangis sekuat hati. Tiap saat air mata ini ingin mengalir. Kalaulah boleh dilihat dengan terperinci setiap inci perasaan ini, kau mungkin akan tahu sekuat mana hati aku sedang berjuang saat ini. Lemah tetapi digagahi juga.

25 April. Tarikh aku diberitahu dengan keputusan yang dia buat. Dari mulut orang lain, tapi saya tetap masih mahu dengar dari mulut dia sendiri. Walaupun dia berulangkali mengiyakan, saya masih sukar untuk percaya. Sesungguhnya semua itu jauh dari apa yang saya pernah bayangkan. Bertanya dan berulang tanya. Dan akhirnya bila aku sedar aku perlu untuk percaya, tumpah segala saki baki airmata yang sudah tidak mampu dikeluarkan lagi.

25 dan 26 April. Talking all days. Ke sana. Ke mari. Minta pendapat. Atau tidak minta pun, ringan mulut sahaja mereka yang prihatin untuk mengingatkan apa yang perlu. Terharu dalam hati. Sesungguhnya setiap yang diperkatakan itu saya dengar dengan telinga dan hati. Lihat dengan mata hati. Baca dengan penuh pertimbangan. Cuba memahami mana-mana yang aku mungkin sukar untuk aku terima. Mendengar cerita dari pihak ini dan cerita dari pihak itu tanpa menilai secara terburu. Dengan orang tu, dengan orang ni. Dan setelah mempertimbangkan segalanya, apa-apa pun aku pasti aku hanya akan percaya pada diri dan naluri sendiri sahaja. Berpandukan batas-batas yang sudah termaktub.

Dua hari itu, saya tak dapat tidur. Mata langsung tak boleh lelap. Takut nak tidur sebab takut bermimpi. Takut nak tidur sebab bangun pagi nanti bangun dengan perasaan terluka. Perut lapar. Tapi hairan ya, bila telan, rasanya yang masuk cuma angin. Hati terlalu rasa sedih sampaikan apa-apa pun dah tak selera nak buat. Dua hari tu saya langsung tak boleh duduk diam. Asyik bangun berdiri bangun berdiri dan berjalan pusing keliling. Resah. Orang yang kau sayang - yang kau sangka adalah yang terakhir, bakal bertunangan dengan orang lain Sabtu ini bersamaan hari ESOK. Macamana rasanya? Sakit itu kau takkan terbayangkan kalau kau tidak pernah alami. TAKKAN.

Pagi tadi bangun dan teringat segalanya. Terkenang esok hari bahagia dia. Hati tiba-tiba sebak yang tidak terkawal. Duduk di tangga dan sandarkan kepala dan badan dekat dinding sambil tunggu turn nak mandi sambil ayah yang tengah iron baju kerja bagitahu Sabtu ini dia ke Kota Kinabalu ada urusan hantar paper MEDSI. He told me about MEDSI thingy (which I already know), dalam masa yang sama air mata saya mula berlinangan. Saya dengar apa yang ayah cakap tapi bisikan dalam hati ini lebih kuat nadanya berbanding suara ayah. Bila mama keluar dari bilik air, aku mula menangis senyap tapi parents tetap perasan. Aku memang mengada kan. I really need them all to stay strong. I need them all. Tak perlu bagitahu, mama dan ayah sememangnya dah tahu.

Aku sememangnya tidak boleh merasa keseorangan saat ini. Hati aku terlalu kosong ditinggalkan. Tercari-cari sesuatu yang mungkin aku takkan mampu miliki semula. Mujur sentiasa ada insan yang sudi menemani. Tidak putus-putus kata-kata semangat yang diberikan.

Bila kawan bertanya, ramai shocked. Ramai hanya mampu tarik nafas. Ramai mencipta macam-macam spekulasi. Saya? Lebih kepada cuba untuk tabah. Bukan setakat cuba. Saya harus. Nak bangkit dari jatuh ni ya Allah rasa tak tertanggung pedihnya. Hati ini terasa begitu patah. Tapi demi masa depan, ini yang terbaik aku harus lakukan. Untuk bangkit. Dan biarkan apa-apa penyesalan berlalu kerana ada hikmah di sebalik semua ini.

Thanks Mama, thanks Ayah, thanks Dana dan Kili kerana memahami. Thanks Ziela, thanks Fuad, thanks Din, thanks Niza.. kerana pendapat kalian telah membuka mata dan hati ini. Terima kasih atas sokongan kalian, kerana terlalu memahami. Thanks my fellow bloggers yang prihatin dan sudi meninggalkan komen di mana-mana walaupun mungkin belum ada balasan - Ayu, Sa, Wanie, Cik Jannah, Cikpia, Tupai Karan. Thanks buat E dan S kerana mereka aku semakin tahu kebenarannya. Maaflah E dan S tu saya tak boleh nak dedahkan nama diorang. Namun yang pasti, Allah telah memberikan aku kekuatan telah mengirimkan aku mereka-mereka yang menguatkan hati. Setiap dari mereka. Samada yang saya ada sebut atau tidak.

Satu perkara yang aku sering minta dan mahu orang faham. Tiada benci. Dan jangan sesekali membenci dia. kerana aku sendiri tidak membenci dia langsung. Dia ada sebab dia sendiri kenapa dia memilih wanita itu, walaupun sekarang saya masih tidak faham rasionalnya. Tapi tidak apa. Moga dia berbahagia saja dengan pilihan dia walaupun ada bahagian dalam hati ini tidak mahu meredhakan.

Buat masa ni, aku sedang menghimpun kekuatan. Kekuatan ada, cuma aku perlu lebih lagi. Kerana selepas ini, aku masih kena berhadapan dengan dia yang sudah bergelar suami orang kerana kami terlibat dalam beberapa program yang sama. Aku perlu kuat. Hingga aku benar-benar kuat sampai aku tak perlu hendak memaksakan semua. Bila ini semua berlaku, aku sebenarnya semakin sedar aku ini lebih kuat dari apa yang aku pernah tahu. Lebih banyak bertenang berbanding sedikit waktu lalu. Cuma dalam blog ni aku biar emosi aku terlepas bebas. Jadi jangan risau. Bukankah saya masih ada orang-orang lain yang turut menyayangi saya.

Please. Don't tell me how to act. Don't tell me how to be professional. Don't tell me to take this as easy as how you take this. I had enough of it just on my own. I am the one who suffer. Not you. I just need others' understanding. Not to be treated like a little girl who knows nothing about life. I am okey. I know what I have to do. But my heart is still recovering from the wounds of bitter broke up. STILL RECOVERING. Doesn't mean I don't know what to do. Okey? Full stop.
Share:

Wednesday, April 27, 2011

I DID.

"Impossible"

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did

And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know

Thinking all you need is there
Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know

And now when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did...
Share:

Tuesday, April 26, 2011

Not giving up.

'Kisah Cinta' yang masih punya pautan di sidebar blog itu - biarkan saja dulu. Masih belum bersedia mengubah apa-apa. Sekurang-kurangnya, bukan secara drastik. Biar saja. Tidak sanggup rasanya menghukum kenangan indah itu lantaran apa yang sedang terjadi saat ini. Aku masih belum tega.

Tiada sekelumit rasa benci. Walaupun mungkin dia yang membuang aku dalam hidupnya, hati aku ini masih menyayangi. Walaupun selepas apa yang terjadi, masih ada ruang di hati ini untuk mencintainya tanpa ada sesal. Tanpa terkesan.

Hari ini genap 3 bulan kami bersama. Bulan pertama dan kedua yang masih bahagia. Malah kami masih sempat bahagia minggu lepas. Tapi.. Untuk bulan ketiga ini, air mata pun dah puas mengalir. Rasanya dah tak ada sisa lagi. Habis. Yang tinggal hanya badai dalam hati..

Congratulation (in advanced) for your coming engagement day yang tinggal beberapa hari lagi mungkin. Tapi selagi abang tak pegang title SUAMI ORANG, I will try to win your whole heart back.
Share:

Saturday, April 23, 2011

Tersungkur.

Sesungguhnya pedih untuk aku terima apa yang terjadi sejak Isnin lepas. Terlalu pedih. Hancur hati. Hanya mampu menangisi. Selepas bahagia yang kau beri, kini derita yang aku kena hadapi. Kenapa..

Ya Tuhan, terima kasih atas kekuatan yang tinggal secebis ini. Aku mengerti apa pun yang terjadi, bukan kerana ada hati yang membenci. 

Hati ini saja yang masih sukar untuk menerima. Masih tercari bayangan.

I am sorry, dear readers. Saya akan jelaskan nanti.

Atau mungkin tidak akan.
Share:

Friday, April 22, 2011

Suraya.

Suraya 
Artist: Indigo

Suraya
Seperti mana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangkaian cahaya
Hatimu Suraya

Suraya
Bentangkan sinaranmu disini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu suraya

Kadangkala
Perkataan
Hanya merunsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa
Hanya lilin hidupke menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama...

Suraya
Suatu masa dulu ku bahagia
Walaupun seketika
Ku masih percaya
Padamu Suraya

Tiap kali mendengar lagu ini, pasti akan terkenangkan kawan yang seorang ini. Oh, dan satu lagi lagu. Umpama Mimpi Dalam Mimpi oleh Damasutra. She used to sing this song to me several times. She will go like this : "..kenangan bersamamu Nana, umpama mimpi dalam mimpi.." and then she'll pause and say: "Macamana ya Nana kalau mimpi dalam mimpi tu??" Dan kami akan sama-sama berfikir sampailah malas nak berfikir. Ceh.

Let's begin.

This is Suraya or Amoy

Kami berkenalan semenjak sekolah rendah lagi. Dia sangat popular disebabkan oleh keriuhannya dan sikap dia yang happy je. Peramah sangat-sangat. Semua orang kat SK Pekan Telupid waktu batch kami confirm kenal sebab orangnya sangat aktif. Waktu tu tak rapat sangat, mungkin sebab rumah tak dekat. Jalan lain-lain. Kelas pulak lain. Memang kalau jumpa pun waktu dia datang buat riuh kat kelas waktu free. And also the other classes. Hobi dia. Nak buat camana =D

Naik sekolah menengah, tak sangka boleh pula jadi kawan. Mula-mula tak tau nak layan camana, sebab she's too talkative. Kadang-kadang sampai pening melayan her silly thoughts and problem yang sudah-sudah. Oh dan juga her silly teka-teki yang always get me crazy hinggalah sampai sekarang telah bernekad, jika ada siapa-siapa ajukan soalan teka-teki pada saya pun, saya akan kata 'saya tak tau, bagilah jawapan'. Takpun, akan menjawap soalan dengan malas sekali kecuali kalau dah tahu apa jawapannya jadi akan menjawab dengan penuh semangat. Hohohohoho.. HOHO Merry Christmas eh ops *pandang kiri kanan*

Kemudian kami menjadi semakin akrab sejak dia datang bertandang ke rumah di kampung dan tinggal bersama selama seminggu menghabiskan cuti semester bersama-sama. Pergi merasai kedinginan Gunung Kinabalu di kaki gunung (tak naik pon T______T), mandi-manda kat Poring, karaoke kat rumah sama-sama dan banyak lagi crazy or non-crazy thing we do together, or even having pillow-talk with her for the whole night. Mama dan ayah pula, sejak dia datang ke rumah, akan memperkenalkan Amoy sebagai anak angkat.

Yeap, sejak tu kami makin rapat.

Thinking about her. And her life.

Hidup dia tidak semudah yang disangka. Dia sampai mengaku pada saya yang dia craving for attention. Cemburu pada saya dan segala yang ada (sebenarnya hidup saya sendiri tidak seindah yang dia sangkakan). Orang yang kurang mengenalinya akan melabel dia sebagai perempuan materialistik. Watch out your mouth guys if you don't know the whole story.

Kali akhir kami bertemu, waktu June 2009. Dah lama rupanya. Dia datang ke rumah, dan waktu dia baru sampai saya dari dalam terdengar suara Amoy terpekik-pekik (macam biasa) sebab amazed how Dana boleh membesar cepat sangat. Kemudian saya pulak yang tersembul dari muka pintu. Laga-laga pipi dengan Amoy. Kemudian baru tengok betul-betul anak dia. Ya Allah, apesal cute sangat?


Dana and Amoy's baby, Mohd Hezriq Jumadil.
Waktu nak pergi kenduri kampung sebelah.

We call him Abang. So putih dan gebu. Pity for Amoy. Kuat bekerja agaknya. And Telupid sangat panas ok. Kulit Amoy dah makin gelap. Badan tetap maintain. Kurus even dah lahirkan anak. Jeles jeles!

Malamnya kami ke majlis kenduri kahwin. Jemputan dari orang, memang agak sukar nak tolak dah. Walaupun aku tahu Amoy penat. Tapi ya Allah her Abang was so a darl, tak banyak karenah malam tu. Amoy kata Abang memang suka jalan-jalan. And I was like "Just like her mum =D"

Esoknya (hari ini), cam-whoring. Tengahari tu nak keluar dah hantar Amoy ke stesen bas.

Hezriq : Oyea I'm cooooooolllll.. Muahaha

Buat dua hari satu malam itu, rumah jadi agak meriah sikit dengan tangisan budak. Haha. Mom looked very excited. Tapi sayang just satu malam je. Mama cakap "Lain kali datang lama sikit. Kalau seminggu budak tu kat sini, lama-lama biasa dengan family sini". Amoy senyum je. Bayangkan, Amoy sampai Ranau around 5pm dan esoknya balik around 2pm. Puas tak? Puas tak? Tak berapa dapat spend masa dengan Amoy sorang sebab lebih banyak perhatian tumpu kat Abang. Omaigod I can't hardly accept the fact of Amoy is now having a baby. Of course lah, there's no more teka-teki dan all those stuffs from her - like the old days hahaha. Amoy pun dah jadi agak matang berbanding dulu.

Hezriq, dah besar nanti jaga ibu baik-baik tau :)

This entry was published on Sufilara.Com on 9th June 2009

******************

Sekarang ni Hezriq dah besar dah. Kan dah 2011 ni. Months ago Amoy called me by the phone, dia bagitahu perut dia dah ada isi balik sekarang ni. Sekarang ni rasanya counting days nak deliver dah. Haih. Nak dapat anak kedua dah dia. Bestnyaaa..

Dan yang di bawah ini pula saya tulis waktu Januari 2008.

***********************

"Na, keluarga dia mahu datang meminang.."

Suatu ketika dulu ayat ini pernah keluar dari mulut gadis petah itu. Berdesing juga telinga aku saat mendengarnya. Bukan sekali kata-kata seperti ini diluahkan. Acapkali. Lelaki yang berbeza-beza pula. Dan kali itu, lelaki yang 2-3 tahun lebih muda daripadanya. Lepasan sekolah menengah. Apa hatinya sudah sarat dengan rasa cinta sampaikan tega dia mempertaruhkan nasibnya sendiri. Masih belasan tahun, membina hidup berumah tangga tanpa persediaan luaran dan dalaman sepenuhnya laksana menempah derita kemudian hari lantaran kepincangan-kepincangan dari dalam diri sendiri.

Kalau dengan teman yang satu ini, aku pasti lantang saja berbicara. Kerana aku sayang padanya. Sayang pada potensinya. Pada masa depannya.

Itu dulu. Masih begitu semangat cuba membuka matanya agar tidak mudah berpuas hati dengan kehidupan yang serba kurang. Agar mengerti kita perlu hidup dengan harapan dan impian. Agar aku sendiri boleh membina semangat lewat kata-kata motivasiku yang kadang-kadang belum mampu untuk aku aplikasi.

Ya itu dulu.

***************************

Tulisan atas ni saya tulis waktu dia belum lagi berumah tangga.

Oh, rindu juga sebenarnya dengan cara penulisan saya yang dulu. Hehehuhuhihihahahoho. Gaya bahasa dan tulisan yang kuat, berpendirian walaupun ada sikit keliru, sopan, bersemangat dan telus. The old me. Aku. Waktu ni tak biasa lagi menulis dengan kata ganti diri 'saya'. Rindu waktu itu. Rindu aku waktu itu. Sekarang bukannya dah tak boleh nak menulis macam tu, tapi nampaknya saya lebih memilih nak makan keju berbanding belacan. Dush.

Anyway.

Tadi saya godek blog lama saya sebenarnya, sebab tu entri ni terhasil. Bagi saya, persahabatan kami adalah salah satu contoh persahabatan yang terjalin di antara dua insan yang sangat berbeza tapi di satu penghujung, ada bahagian dalam diri kami yang berubah menjadi macam yang seorang lagi. In certain part, I am turning more like her. As for me, she changed some part of my view of what life is. I learnt so much things I guess I'll never learn if I had never befriend with her, and maybe she feels the same way too.. :)

Share:

Thursday, April 21, 2011

Lirik Lagu 'Bertamu Di Kalbu' sang by Jaclyn Victor.

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

******************************************************

Bagi yang mungkin sukar untuk memahami intipati dan maksud lagu ni..

"Tentang cinta yang susah. Tak mampu nak mencintai secara dekat, hanya bertamu di kalbu."

"Cinta yg penuh ranjau, walau tak kesampaian tetap di ingatan."

"Mengisahkan tentang seorang pencari cinta, cinta suci, yang kekal abadi yang sentiasa merenung kelemahan diri.. Merindui sang kekasih yang dikasihi dan mengasihi..."


First time dengar lagu ni waktu pertandingan realiti kanak-kanak 'Kamilah Bintang'. Second time dengar waktu Stacy nyanyi lagu ni duet dengan Jaclyn dekat salah satu rancangan di Astro. 3rd time dengar waktu kawan dekat Facebook bagi link youtube Salma nyanyi lagu ni waktu konsert Mentor 2011. Meremang bulu roma dengar Salma ni menyanyi lagu tu. Seriously! Lepas tu download dari 4shared.Com dan cari lirik lagu ni. 4th time dengar Adira nyanyi lagu ni, dari Youtube juga hehe. 5th time dengar diri sendiri nyanyi pulak. Aiyo, ke laut. HAHAHA.

I love it's melody the most. Lirik dia letaklah macamana pun, terasa sebak pula dengan melodi lagu ni. Ah aku ni nak sebak-sebak je kan. Tapi memang betul la. Lagu ni touching T__T Lirik tu ambil masa juga nak faham. Marilah dengar lagu ni. Marilah..
Share:

Monday, April 18, 2011

Andai Lelaki Tahu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Share:

Sunday, April 17, 2011

Aksesori Dokoh @ rantai labuh yang murah!

READY STOCK
Grab NOW !!!



LATEST STATUS UPDATE ON FACEBOOK
"Salam. Next stocks are coming by the end of NEXT week :)" on 6th NOV 2011



Fesyen DOKOH boleh digayakan dengan baju kebaya, kurung, kurung pahang, blouse dan palazo.. Even white T sekali pon. Memang very "stunning". Klasik tapi moden. Options - baju manik sehelai sahaja mungkin sudah mencecah rm100++. Apa kata beli baju kurung biasa (plain colour) saja dalam 2 atau 3 helai dalam RM50 sehelai tapi tambahkan seri dengan DOKOH. Jimat dan menarik.

Baju kurung ikut trend tapi DOKOH all time favorite. Tidak lapuk ditelan zaman! Happy shopping! ^^





RANGE HARGA RM100 DAN KE BAWAH! :)


VISIT US HERE :









Sebarang update terkini, sila LIKE di sini : Orked Bellara Collections Official Facebook Page.
Share:

Saturday, April 16, 2011

Body consciousness.


Seperti yang anda tahu, saya jenis yang sangat body conscious. Sejak tahun lepaslah. Kalau sejak sekolah menengah lagi dah body conscious, aku tak payah susah payah nak turunkan berat badan sekarang ni sebab awal-awal dah jaga *menyesal tak sudah*. Sekarang ni, saya aware sangat dengan bentuk badan sendiri tapi taklah sampai obses ke apa. Ke, memang dah obses ni? @_@

See my latest figure. 34'27'37. Target 34'26'35. Sikit lagi tu. Dalam dua tiga bulan lagi insya-Allah dah tercapai lah ni theehe. Paling cepat, sebulan lagi. Sekarang ni tiap hari buat cardio and exercise tapi around 20 minutes sajalah yang termampu untuk setiap sesi. Saya buat sesi pagi after subuh and sesi petang after pulang kerja. Selain nak diet, nak bagi firm badan. Nanti lawa macam model. Petite model la maksud saya. Sebab saya tak tinggi. Sekitar 152 or 153CM saja bersamaan 4'9" - 5'0" feets. Currently; waist 27 inch, hip 37 inch, and thigh 19 inch. Tapi taknaklah kurus sangat oi.. Tak seksi nanti. Hahaha..

Gambar tak sengaja di-blurkan. Kamera C905 rosak, hari tu jatuh. Okey bai.
Share:

Thursday, April 14, 2011

Ms. Always Miserable

Sebenarnya, kalau korang mahu tahu, hampir selalu saya berfikir macamana saya nak kurangkan walaupun sedikit sikap saya yang mudah naik angin. Mudah merasa marah, mudah sakit hati, degil dan mulut masya-Allah .. bahasa kasar. Kadang-kadang, saya rasa macam such a bitch pula bila selalu sakitkan hati orang lain - terutama orang-orang yang saya sayang walaupun saya sendiri taknak macam tu. Kalau boleh nak selalu senangkan hati orang tapi tetap tak lepas juga dari menyakitkan hati orang. Perangai sendiri yang buruk.

Waktu dulu, kawan-kawan mengenali saya dengan seorang yang sangat sangat berbeza dari yang sekarang ni. But now, for years, I've been through a very sad life. Macam-macam yang saya tempuhi. Benda-benda tu semua jadi dalam masa saya dah start berblog sekitar akhir 2006, tapi selama ni saya tak pernah mention apa-apa dekat blog. Tapi tak perlulah saya ceritakan apa yang berlaku. Mengundang air mata dan mengguris parut luka lama saja nanti. After years, ada part dalam hati saya ni dah jadi keras sangat-sangat. Ada part yang saya sangat nampak macam tiada perasaan tapi sebenarnya dalam hati, kalau teringat, mesti nak menangis. Berat untuk disimpan, nak kongsi pun saya tak tahu nak kongsi dengan siapa. Menangis sajalah yang termampu bila tiada siapa yang saya rasa boleh faham dengan apa yang saya sedang lalui waktu tu.

Walau sekarang saya sudah temui bahagia yang saya cari, tapi saya masih sukar untuk meninggalkan kebiasaan saya sejak beberapa tahun lepas. Hati saya sering menangis. Tiap masa. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bertukar tahun. Tiap hari, hati saya menderita. Hati saya sakit. Sangat sakit. Sampai sekarang.

Peralihan zaman remaja ke zaman dewasa yang menyakitkan, huh? 

Apapun, semua tu dah berlalu. Walaupun saya dah give up dengan life yang itu, tapi masih ada yang menghantui. Sampai sekarang masih trauma dengan apa yang terjadi. Tahun-tahun kebelakangan ini juga banyak mengajar saya menjadi insan yang penyedih, pemarah, degil, keras kepala, panas baran. Mula pandai mengucapkan perkataan kasar-kasar. Mula pandai memprotes. Menjadi seorang yang sinikal. Walaupun kisah-kisah tu semua sudah berlalu, tapi kadang-kadang bila sampai masanya, kalau hati touching sikit kan, terus nak menangis, like wtf tahulah kau tu perempuan tapi sikit-sikit nak menangis tu apa kes? Pffttttthhhh. I really can't control this feeling. Macam feeling ni orang lain yang handle pula, not me. Tapi, siapa yang cakap hati kita sendiri, kita sendiri yang handle ait? We can't just force or ask ourself to feel what we wish to feel. And we can't really avoid it. Apa yang perlu adalah, how we handle it on the surface. I hate myself for that cuz I am really suck at hiding things.

If only you know what exactly had happen, then maybe you'll see why I am so eager to find my own meaning of life. Maybe you'll see why I changed a lot. Maybe that's why I finally came to my own senses. Maybe that  is why, when I laugh, I laugh loud cuz I appreciate the feeling of being happy. If you've been living in tears before, you'll do the same thing :)

Tadi waktu dengar lagu-lagu dalam handset in shuffle mode, lagu 'Hadapi Dengan Senyuman' dimainkan. I stopped crying. Tried to smile. Lepas tu rasa macam orang gila sebab lepas menangis terus smile. But at least, lepas tu saya tak rasa nak sambung menangis lagi. Nasib baik tak sambung, kalau tak, lagi gila kalau macam tu kan.

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa terubah
Relakanlah saja ini
Bahawa semua yang terbaik
Yang terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


Share:

My dance activity update.

Update tentang my dance activity pula.

Saya baru perasan. Tari Kirana punya rezeki ni selang sebulan sejak Januari. Januari ada dua offer buat persembahan yang saya update di sini dan di sini, Februari tiada, Mac ada satu di sini, April tiada, Mei nanti ada dua - yang dipanggil buat masa ni. Ini pun dah bersyukur sangat. Actually bukan semua offer saya boleh terima macam tu saja. The girls semuanya masih bersekolah lagi. Awal Mei ni the girls exam pula. So, walaupun saya pengurus kumpulan ni, apa-apa keputusan pun kena tengok keadaan the girls juga.

Hujung minggu saja boleh, itupun bukan setiap hujung minggu. Saya sendiri selesa dengan keadaan sekarang. Tak terlalu sibuk, tapi taklah takda offer langsung. Dance activity ni hanya pengisian sampingan saya dan the girls. Part time saja. Bukan untuk dijadikan karier atau apa. Cuma memenuhi minat dan our passion towards traditional dance. At least ada juga benda yang saya sampaikan yang lain dari yang blogger lain, RIGHT? Ngahaha. Si Fina la ni pandai-pandai tubuhkan group sambil isi minat sampaikan the kids yang dulu cuma join suka-suka saja pun dah terminat dekat traditional dance macam dia.

Currently, sebenarnya Tari Kirana boleh dikatakan associates dengan program-program dengan Walai Tokou Homestay dan Kinabalu Merdu Sound. Hebatlah. Kinabalu Merdu Sound tu. International bamboo orchestra wohhh! *buat muka terover* okeylah memang over. Padahal kalau boyfriend kau bukan ahli Kinabalu Merdu Sound (plus anak saudara kepada co-ordinator Walai Tokou Homestay dan KMS) tu mungkin diorang tak hingin nak panggil lagi kottt so jangan perasan. Hewhewhewwww. Bukan terlibat dengan semua program diorang lah, sebab, macam yang saya cakap tadi, the girls masih bersekolah. I told them, you can do this but just for your part time. Not as a career.

By the way, I love him because of he's him. Not for what and who he is.

Kalau ingat balik, di sini titik tolak Tari Kirana makin maju - maju pada definisi saya. Tidaklah hebat sangat tapi kami selalu cuba sebaik mungkin. Ditambah lagi dengan Uncle Koch yang begitu generous sebab sudi offer kami. Dah dua kali dia panggil buat performance. Dan selalu terima dengan hati yang kesukaan tapi buat-buat relax kehkeh. Nak play cool kan? Nah hambik.

Okey.

For my next program with Tari Kirana and KMS, we're going to perform at the Kadazandusun Cultural Association (KDCA) for Pesta Kaamatan. Sekitar hujung bulan Mei. Tak cukup keseronokan sebab berpeluang perform live music dengan KMS, malah dapat pula perform di KDCA okey. Gila ka kaww. Kalau dekat Semenanjung, fungsi KDCA sama macam Istana Budaya. Tapi lebih dari tu. Sebab kita semua tahu Istana Budaya lebih kepada seni persembahan pentas dalam bidang teater, tarian, dan muzik kan? But KDCA - Development, enrichment and promotion of the Kadazandusun culture which includes language and literary works; Bobolians & Rinaits; traditional medicine, traditional food and beverages; music, songs, dances and dramas; traditional arts, crafts and designs; traditional sports; traditional wears and costumes - Sabah Below The Wind FB Page.

BUT.

Yes. BUT. I am a bit anxious. Aku ni memang ada tendency nak anxious pada benda-benda yang belum terjadi lagi. I mean, terlalu awal nak takut. Tapi ketakutan yang masih boleh dikawal lagilah. I was trained by a professional dancer, in Malay traditional dance, I mean. Belajar dulu dekat Semenanjung, of course lah kan lebih kepada Malay dance. So bila it's time for me to train the girls for Sabahan cultural dance, terus rasa macam kerdil sangat diri ini. Seumur hidup setakat ni, pernah perform sekali sahaja my own ethnic punya cultural dance, itupun dah kira contemporary punya arrangement. Danced to the song of Tambunan sang by Jestie Alexius (if I'm not mistaken lah) and Rumandawi sang by Clarice John Matha. That time, got first place. Tapi saya penari saja time tu. Bukan pengurus or trainer or anything. Just a dancer. Ikuttt saja, ditambah lagi dengan saya yang pengetahuan zero semata-mata kalau bab Sabah cultural dance ni. Nak bersuara pun macam not sure layak ke tak hahaha.

But, again. Belum cuba belum tahu, right?! Not going to give up so easy. Not going to give up pun! Takut memang takut, tapi buat-buat berani sudah. :D

Itu yang dekat KDCA. Yang 1 Mei tu Tari Kirana dipanggil untuk perform untuk event sambutan Hari Buruh dekat mini-dewan Kg Kinapulidan. And my dear boyfriend cakap MAYBE ada jemputan lain dari pihak diorang untuk buat persembahan untuk bulan Mei sebelum show dekat KDCA.

We'll see :)

Selepas persembahan di Hotel Perkasa 26 Mac itu hari, I let the girls bagi tumpuan penuh dekat study diorang dulu. This Saturday (16 Mac), sempena election di Sarawak (tiba-tiba), saya nak gather the girls untuk perbincangan dan perancangan untuk Tari Kirana sendiri, sekali terus untuk training. Itu tidak termasuk my own plan untuk my dance activity. Harap semua berjalan lancar.

Ohya. Congratulation to Tari Kirana sebab menang tempat pertama waktu pertandingan tarian tradisional di sekolah waktu akhir bulan lepas yeay :)

Sekian.

Yang benar,
Pengurus Tari Kirana :D
Share:

14 April 2011, in the morning.

Aku ni, kalau bukan update pasal hal diet-diet, update pasal love story. Atau hal aktiviti-aktiviti Tari Kirana. Atau event-event yang saya hadiri. Atau lirik lagu. Atau tiba-tiba promotion movie la tiket penerbangan la. Atau simply talk about feeling. Kalau dulu waktu ada banyak masa untuk dibuang, rajin juga masuk dapur try masakan baru dan kadang-kadang masakan yang saya try tu saya masukkan dalam blog. 

Cakap tentang masak-masak ni, it's feels long since I last try test power memasak-masak walaupun tak power pun masak hahahaha. Last time saya buat puding caramel. And that was months ago! T____T Padahal kadang-kadang surf internet kan, kalau teringat, ada juga saya surf resipi-resipi makanan kegemaran saya waktu di Semenanjung dulu macam Yong Tau Fu, Char Kuey Teow, Mee Sup Utara.. Atau apa-apa je lah makanan sebelah utara Semenanjung yang dah sebati dengan tekak ni. Dekat area Ranau-KK ni jenuhlah mencari restoran mana yang bagi rasa yang sama macam yang dekat Kedah tu sobsss. Baik masak sendiri kalau macam tu, lagi puas hati, right? Kang ada jugak yang terbang ke Kedah semata-mata nak puaskan selera ni. Bukannya masakan dekat Sabah ni tak sedap. Tak sedap, tak mahal. LOL. Tapi samalah macam dekat Semenanjung, kadang-kadang ada restoran yang elehhh harga mahal tapi masaknya macam ni je? @#$%^&*! Kan dah kena sumpah. Tapi still, kalau ada statement yang cakap makanan-makanan dekat Sabah tak sedap langsung kau memang kesianlah. And kalau datang Sabah but still nak pesan makanan yang biasa kau jumpa dekat tempat kau macam rendang ayam, sup tomyam, etc dan kalau kau rasa definition 'sedap' kau adalah makanan itu mestilah rasa dia sama atau lebih kurang dengan rasa masakan di tempat kau, baik tak payah datang melancong beb. Baik duduk diam rumah kira sotong saja.

By the way, mum plan mahu adakan sikit baca doa dan makan-makan untuk ulangtahun Pipie yang ke-14. Kami masih lagi cari menu utama tapi saya dah terbayang nak buat puding karamel. Ceh puding karamel lagi? Tak habis-habis. Yela nak buat macamana, tu je lah yang ai tahuuuu :'(

Tarikhnya 21 April. Tapi not sure tarikh bila nak buat majlis tu. Jadi ke tak pun not sure. Tapi kalau rasa-rasa ai yakin puding karamel ai tu sedap dan tak terlebih manis, ai jemput okey hahahaha pfftttttthh


Share:

Tuesday, April 12, 2011

Kaitan penurunan berat badan dengan air yang banyak.

Sibuk google sana-sini maklumat berguna untuk penurunan berat badan yang lebih terancang dan efektif. Ini salah satu penemuan saya dari sini.


Apa kaitan dengan penurunan berat badan dengan minum air yang banyak?
  1. Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.
  2. Membantu badan dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.
  3. Hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapat air yang mencukupi.
  4. Mengurangkan lebihan lemak di badan.
  5. Mengatasi masalah penyumbatan air sewaktu badan menahan air yang ada di dalamnya agar tidak kehabisan.
  6. Mengurangi tompokan sodium di dalam tubuh.
  7. Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.
  8. Membersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun di dalam tubuh.
  9. Mengatasi kesulitan buang air besar.


Dari apa yang saya baca, dalam sehari at least kita kena minum 8 gelas. Itu maksudnya lebih kurang 2.5 hingga 3 liter. Huh? 3 liter? Botol mineral besar 1.5 liter tu pun macam naik muak nak habiskan. Ceh cakap macamlah kena paksa minum air susu 1.5 liter. Sekarang ni saya belajar dulu habiskan 1.5 liter dalam satu hari. Later belajar habiskan satu gelas air susu dalam sehari T________T Ohh tak suka minum susu rupanyaa! Hehe..

Lupakan dulu hal air susu.

Selain kesan air dalam tubuh kita, ia juga sangat baik untuk kecantikan dan keanjalan kulit. Sila lihat point #7. Baik, sekarang nak minum air banyak-banyak atau tidak? JAWAP SEKARANG, CAKAP MAU CANTIK? *cekak pinggang macam gaya ibu marah anak main lumpur*



Share:

Monday, April 11, 2011

Dongeng Cinta Sophie.

Aizul : "Maaf ganggu masa awak. Saya nak minta maaf pasal hal kita dulu. Mungkin sebab saya tak pandai nak kawal perasaan dan ditambah lagi saya terlihat gambar awak dengan lelaki baru. Apa-apa pun saya minta maaf lagi sekali.." - 7th of April 2011

Sophie : "Minta maaf if lepas dapat tahu tentang ni, buat you tersinggung. Saya tak cari cinta pun, datang macam tu saja. Alhamdulillah, I am happy with him. You juga akan jumpa someone yang boleh buat you happy juga." - 10th of April 2011
Aizul : "It's okey, walaupun saya ada hati lagi sikit pada awak, just biarkan je lah.. Saya taknak ganggu hubungan kamu berdua.." - 10th of April 2011


Sophie ikhlas waktu mengungkapkan ayat tersebut. Dia juga mahu Aizul temui cinta yang sama. Yang boleh membuat Aizul lebih bahagia.

Tapi dia tetap Aizul yang sama. Kalau bukan marah, bagi ayat makan dalam. Kalau bukan bagi ayat makan dalam, marah .. bisik Sophie. Bukannya Sophie meminta agar lelaki itu tunduk menyembah kaki memohon kemaafan, tetapi agar lelaki itu sedar setelah apa yang Sophie pernah lalui bersama Aizul bisa Aizul mengerti bahawa perasaan sayang itu sahaja belum pernah mencukupi untuk jaminan hubungan itu kekal hingga ke akhirnya.

Dalam kasih dan sayang, lebih banyak gaduh dan air mata. Macamana nak bahagia? Keyakinan yang dulu utuh untuk sentiasa bersama walau apapun, akhirnya pudar. Dibiarkan tandus. Sejak lebih setahun lepas, hubungan dah tak pernah sunyi dari pergaduhan. Tak sah seminggu kalau tak gaduh. Genap dua tahun bercinta, Sophie perlahan-lahan melepaskan apa yang digenggam selama ini. Bagi dia, sudah tak berdaya lagi untuk meneruskan hubungan yang begitu. Sophie sudah melewati tahap kesabaran yang selama ini dipertahankan. Cukuplah selama ini hubungan on off dan on off berulangkali, hinggakan Aizul sendiri boleh selamba waktu break-up. Bagi dia, "ala nanti dia datang cari balik lah tu.."

But this time, she didn't. SHE WON'T.

Bukan kerana sudah tidak menyayangi, namun Sophie tahu dia deserve seseorang yang lebih baik.

Awal November 2010, Aizul mula merasa kehilangan. Mula memujuk dengan harapan untuk dapat kembali bersama. Sophie jadi keliru. Terkeliru dengan kata hati yang separuhnya masih menyayangi dan separuhnya sudah serik. Terlalu serik. 

Teringat waktu kegagalan cinta pertama dahulu.

Bukankah Sophie pernah melakukan sesuatu yang paling sukar dilakukan sebagai seorang manusia yang terlalu mencintai semata-mata untuk orang yang paling dia sayang? Bukankah waktu itu Sophie pernah mengorbankan hati, perasaan, dan airmata sendiri dengan melepaskan orang yang dia sayang pergi dari hidup semata-mata tahu bahawasanya dia itu tidak akan pernah bahagia bersama dengan Sophie? Bukankah ia memakan masa bertahun-tahun melupakan cinta pertama yang itu?

Di setiap perjalanan, pengorbanan cinta itu tidak akan pernah terhenti.

Begitu akhirnya Sophie tekad. Tak mungkin bersama lagi. Cukuplah semua air mata. Ada takdir dan ketentuan yang sebagai manusia, kita tidak mampu untuk ubah. Ada keasingan yang sesungguhnya amat sukar disatukan. Sophie amat mengerti yang itu.

Sophie cuma mencari cinta yang buat dia merasa selalu bahagia. Itu sahaja.

Share:

Friday, April 08, 2011

Another step forward.

Banyak yang dia buat untuk saya dan perkara-perkara yang dia biar saya buat sendiri termasuklah semua apa yang dia katakan dengan ikhlas di depan saya - segalanya sangat bermakna. I don't know how to say this, but I am so grateful having him in my life now. Di depan dia, semua ini agak sukar saya nak katakan. Well, I guess, I am not so verbally expressive in front of him. Tak tahu if ini temporary or begitulah saya bila dengan dia. Taking time hearing and understanding his thoughts and his way of thinking, mungkin dia tak sedar dia ada banyak perkara yang buat saya cakap dalam hati, 'He's the kind of person I wish I could be.. '. Pernah that day, he let me drive his car dari pertengahan jalan dari Kota Kinabalu ke Kundasang. The kind of thing that not everyone would let me do. Dan mungkin, he's the only one who would trust me that way. Saya tahu dia sumarat (baca : anxious) juga tu dengan cara saya drive HAHA. But, at least, he allow me to. Entahlah. Benda kecil saja kan? But it means BIG to me. So it's more than the love he brought to me. It's more that the love we're sharing. It is more than that.

Mama had some talk with me when the first time she found out about my new relationship. Mama agak confuse, mungkin sebab sebelum ni tak pernah timbul nama lelaki ni. Mama pun fikir saya dengan orang lain sebelum ni. Semua orang ingat macam tu, rasanya. Yang rapat tu adalah, tapi yang satu ini saja yang benar-benar mendapat tempat di hati. Mama tak pernah nampak saya ada kawan rapat lelaki di sini, so she seems a bit worry. Tak tahu dari mana datang, tiba-tiba ada. Saya pun waktu itu agak confuse dengan diri sendiri tapi tetap yakin dengan keputusan. While praying for pintu hati mama dan ayah terbuka untuk at least, cuba untuk mengenali dia.

But now, I want to share this happiness with you guys :)

I don't know how, but I am glad that my family are much more accepting now. Penerimaan keluarga saya terhadap dia dah semakin baik. Saya jarang bincang hal hubungan kami dengan family. Orang kata, kalau protes dan melawan ni, akan memburukkan lagi keadaan. So I let everything just flow. Err.. Okeylah, I admit sometimes I do play my part - pelan-pelan let my family see him through my eyes. I do have my own way. And his own way. Rajin dia datang jenguk saya di cafe. Lepas tu, kalau keluar, kadang-kadang bawa Dana sekali. Hubungan kami jaga sangat, sebab nak gain parents' trust on us, and never lose it. Lepas tu kalau dia ada masa, dia yang ambil alih kebiasaan ayah untuk hantar saya tiap kali ada urusan di Kota Kinabalu. Tujuan kami bukan nak paksa diorang terima dia semata-mata, tapi nak make sure yang hubungan ni dapat keredhaan family, barulah dapat keredhaan Tuhan juga. Itu yang penting bagi kami buat masa ni.

Selebihnya, yakin ja dengan takdir Tuhan. Insya-Allah kalau ada jodoh, adalah. Kalau jodoh kuat, segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Walaupun awal-awal tu mengundang air mata juga, tapi alhamdulillah, tak berpanjangan. Saya sendiri tak sure what had really happen sampai cepat sangat segalanya jadi okey. Yang pasti, dapat keredhaan parents buat saya lebih lega sekarang ni. Look like the fate wants us to stay together for now, and thank Allah for opening their heart. Allah did answer my prayer ..alhamdulillah. Another step forward. And by Allah will..

Allah do have plan on us, and I am happy for what Allah have planned on me :)

Share:

Have been in love for ...


"..when you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible"

Two months, one week and six days. My life completely changed. Walaupun hubungan kami masih belum ada apa-apa ikatan yang pasti lagi, tapi dalam setiap perbincangan kami, both of us selalu include each other for future planning and program. I am glad that we are committed, but assuming each other will always be there for each other til the end sometimes gets me on nerve. Saya macam - risau. Saya lebih risaukan life after marriage (insyallah kalau ada jodoh dan bila sampai waktu) sebenarnya. Saya tertanya adakah saya mampu nak dapatkan happy marriage life dengan Zul especially bila responsibility itu bertambah. Tengok marriage orang lain yang kurang berjaya - saya jadi psycho sendiri. Yakin ke saya yang saya takkan boring dalam partnership tu? Atau Zul? Sejauh mana Zul akan bertahan dengan sikap saya atau saya bertahan dengan sikap dia? Kadang-kadang (atau selalu?) waktu bercinta ni, payah kita nak nampak keadaan sebenar ..orang yang kata. Waktu bercinta rasa yang manis-manis saja ..ini pun orang yang kata. Bila dah kahwin tu, tanggungjawab makin bertambah, fokus mungkin mula teralih kepada perkara yang lebih penting dan apa-apa keputusan tidak lagi boleh buat sendiri-sendiri tanpa bincang as it will effect both of us. Bukan setakat effect diri sendiri macam waktu masih single mingle.

I know I know. Just some silly thoughts of mine. Saya kadang-kadang fikir banyak sangat padahal semua masih terlalu awal lagi. Need rest :(

Lately, kami jadi semakin rapat dan ada juga masa-masa kami serius berbincang tentang hubungan kami. Okey I admit sampai sekarang saya masih macam nak buat diri sendiri percaya yang I have him in my life now. Masih macam tak percaya. Sengal (- -") How do I not feel that way? Segalanya sangat ekspress. Sampai rasa macam mimpi dan kalau betul-betul ini mimpi, tolong cubit saya sekarang juga.

Share:

Tuesday, April 05, 2011

Friday, April 01, 2011

Tari Kirana at Perkasa Hotel 26th of March 2011

Okey here we go. Another show event for Tari Kirana on the last 26th of March 2011. The prelude of the event is in this entry. Thanks Uncle Koch, kerana sekali lagi dah memberi peluang Tari Kirana membuat persembahan with their team. Such a pleasure working with you guys.. Sangat relax.. *wink

Mari go through gambar-gambar ni. 

Waktu masukkan kostum dan beg-beg ke dalam kereta, waktu berada di dalam kereta dan waktu baru sampai. Gambar ramai-ramai tu waktu kami dalam mini-dewan homestay untuk rehearsal.

Waktu mekap. Jari I saja yang nampak jelas. Takpalah, jari ja pun jadilah haha. Gambar BK dan Nanak dekat part bawah tu waktu diorang susun subang.

Sebelum performance, kita makan dulu!

Suasana sebelum perform. The stage, the foods, the crowd and the Kinabalu Merdu Sound Team. Bestnyaa bestnyaaaa.

The girls of Tari Kirana. Sepatutnya ada 7 orang semuanya, tapi seorang (Jijah) tak dapat join sebab dia ada program motivasi di Pulau Sapi.

Sumazau (Sumandak Kinabalu) and Zapin Kontemporari. Nampak tak KMS team sedang main insturment muzik dekat belakang? ;D

Ini waktu Joget Kain Songket. Yang ni music arrangement dia memang best gila OMG OMG tapi sayangnya video persembahan Joget Kain Songket ni just sampai verse yang pertama saja sebab camera sot tiba-tiba. Picture ja ada. Video singkat sangat tsk tak puas. Next time nak live music untuk lagu ni lagi bolehhh? T______T

Waktu dah selesai semua persembahan. Yang atas tu one of KMS' instrument. Aku ni obses ngan KMS ka apa, picture instrument diorang pun nak di-snap theehehe.
Malam tu, diorang ada perform juga Walinongsari dan Ayam didik, tapi saya tak snap picture. Just videos. Esok paginya bangun bersiap balik dan sebelum balik, sarapan dulu di Garden Cafe.

BYE!
More and larger pictures are in FB Page of Tari Kirana.
Share: