Pages

Think positive!

Thursday, March 31, 2011

Gained my weight til 51KG ..like wtf, tapi nak marah apanya, sendiri punya kerja. Kerja? Silap tu. Aku takda buat 'kerja-kerja' senaman. Takda jaga makan macam dulu. Takda takda takda. Semua tak ada. Ada pun jarang-jarang dan dah tak konsisten. Okey tensen balik dengan badan sendiri.

Nak diet balik beberapa minggu sebelum ni, tapi masa kurang mengizinkan. Kesibukan yang sebenarnya tak berapa sibuk tapi entah rasa macam sibuk, dah buat saya rasa terhalang nak diet. Satu saja yang tidak berubah - saya langsung tak makan di malam hari. Alhamdulillah dah terbiasa. Kalau tak, lagilah badan macam kena pam-pam T___T

Bila entah nak kuat semangat dan cukup inspirasi untuk memulakan diet balik.. Sobs. Kalau nak diet juga, nak tak nak kena berpuasa. Rutin aku yang banyak habis dekat cafe buat aku kiri kanan asyik terpandang makanan saja. Bergelumang dengan makanan-makanan. Mana tak mengunyah je kerja tsk.

Puasa? Ohh. First day puasa mesti merana habis ni..

Fuhfuh okey Fina, think positive. You can do it.. * nada longlai*

Two months.

Tuesday, March 29, 2011

{ picture removed }


Selain show Tari Kirana 26 Mac baru-baru ini, hari yang sama juga genap dua bulan kisah cinta kita bermula. Until now I still can't believe that I will end up liking you more than I thought I would. You gave me two most magical months I'd ever live.. It healed what has been hurt and feels like the fates' design has changed.

Thanks for bringing back the true happiness that once was mine.
On 28th of March, Happy 29th Birthday, Love :)
I Love You.

Prelude : Tari Kirana at Perkasa Hotel 26th of March 2011

Sunday, March 27, 2011

Ahhh selesai akhirnya perform. Lepas ni boleh bernafas sikit, tapi sikit je lah. Banyak lagi benda nak kena kejar. Nak tulis blog ni pun rasa macam tak menyempat saja, tapi kena tulis juga sebab kamu nak baca kannn.. wahaha perasan gitu. Gurau tau, jangan marah.

Untuk hal performance kami malam semalam, at the end, all went well. Adalah ketidakfahaman lagu sikit dekat awal-awal - something yang saya tak perlu mention pun kihkih sebab saya macam yang semua orang lihatlah, fine saja. Dalam tarian ni, for me, kalau dah lepas, lepaslah. Yang penting, gerak dalam satu team dan biar semua hadirin terhibur. Perfect ke tak, itu perkara kedua. And I believe, semua orang terhibur malam tu. Wakakak.. Ini aku ke yang bercakap ni? Cuz I used to take things way too hard.. Jarang nak simple mimple macam ni. Heh (- -")

Tari Kirana perform semalam di Hotel Perkasa Kundasang, live music with Kinabalu Merdu Sound KMS. Very nice musicians, termasuk.. ehemmm. Remind me to the good old days waktu aktif buat show with my team dekat majlis-majlis dinner termasuk yang diadakan di hotel. Anyway, kami bermalam di Walai Tokou Homestay lagi malam tu, pagi tadi gerak balik ke rumah masing-masing.

Okey nak teruja-teruja. Sebab semalam berpeluang tengok dia perform lagi. Mengingatkan saya waktu kali pertama mula timbul perasaan nak kenal dia lebih rapat. Theehee. Bezanya, kali ni dia siap boleh pandang saya sambil terangguk-angguk ikut rentak lagu dekat atas stage. The girls pun perasan. Meja makan kami bersebelahan dengan meja makan ahli KMS. Meja para performer dekat saja dengan pentas, betul-betul dekat dengan tangga. So bila saya tertangkap pandangan dia, saya senyum saja tengok. Kebetulan waktu tu penyanyi KMS tengah menyanyi lagu Asyik by Amelina. Memang asyik! So sweet lah dia ni. Sometimes I forgot he's actually 29 (- -")

In case if you guys are wondering, yes, he is still the same. He still carries our love with pride in front of everyone. Saya saja yang selalu act macam tak ada apa-apa. Bukan taknak tunjuk. Dan bukan tak reti nak tunjuk. Tapi, entahlah. Mungkin sebab saya fikir, sedar atau tidak, ada mata-mata yang memerhati jadi tingkah dan laku still kena jaga. Padahal dalam hati asyik nak tersenyum for no reason. As long as he's there, I really feel like I don't want anything more.. Tapi, tipulah tu. I still need banyak benda okey hehehe. Tapi paling penting, dia. Untuk menemani saya.

Next performance with them, dengar-dengar Uncle Koch bercadang nak bawa the girls perform dengan KMS sekali lagi di KDCA Kota Kinabalu bulan Mei ni. Kalau tak silap, untuk majlis sambutan tahunan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah. Kalau betul-betul terjadi, isn't it great?? 

Nanti saya tulis entri bergambar penuh tentang event ni - yang tak berapa banyak. Banyak pun majoriti gambar blur T_____T Tapi nah tengoklah gambar ni.



Tengoklah. Love life pun dah tercampur-campur dengan hal program Tari Kirana. Haih. What to do. Kebetulan sama-sama terlibat. This is what we do even sebelum kami kenal pun. Can't really blame sebab saya dia dan mereka tahu, benda-benda ni semua lah yang pertemukan kami.  :)

What is in my Gio Fiore?

Saturday, March 26, 2011

Spending the night in my room. Malam ni saya ubah kedudukan barang-barang lagi. Setiap 4-5-6 bulan, mesti macam ni. Otomatik rasa nak ubah kedudukan barang dan ting! Terus ubah.

Sampai sekarang, still up. Dah siap sebenarnya, cuma nak susun barang-barang mekap ni mencabar keimanan sikit. Barang mekap diri sendiri, dan barang mekap milik Tari Kirana. Esoknya nak perform baru nak tergedik-gedik pergi cek balik barang-barang ni. Sejak persembahan kami dua bulan lepas (hoh lamanya tak performmm T___T), barang-barang mekap tu terbiar terbengkalai dalam case, bercampur-campur dengan barang mekap saya sendiri. Nampak sangat kan dah lama tak mekap betul-betul.

Tapi still even jarang mekap pun, barang-barang ni bawah ni benda yang selalu saya bawa ke mana-mana saya pergi, selain purse (we're talking about beauty products hereee..) :
  1. L'élan Vital Moisture Rich Foundation SPF20/PA++ Tips, kalau tak tahu kulit sesuai dengan foundation warna apa, paling selamat sila pilih beige color. Ai kalau foundation ai selalu pilih beige color. Foundation ni banyak guna ni, bukan setakat bagi samar cela dekat kulit muka, tapi boleh bagi hidung lebih mancung dengan mudah. Apa-apa foundation pun boleh guna actually. Guna concealer pun boleh tapi saya malas nak beli concealer sebab bagi saya foundation je pun dah cukup. Put a very tiny amount on your finger tips then apply dengan gerakan memanjang ke bawah dari tengah-tengah dahi ke hujung hidung. Blend dengan kulit bagi nampak natural. Hope anda boleh faham even takda gambar or video theehehe
  2. Bella Belara Eau De Parfum I LOVE THIS!
  3. Plastik gula getah ngahaha. Jangan main-main, gula getah makanan ai after sarapan tau.
  4. Resit-resit dan apa-apa artikel yang kadang-kadang tak pasti dari mana dia datang. okey seriouslah sikit..
  5. Serious ni.
  6. simplyPretty cheek color (blusher) by Avon. Saya suka warna 'naturally nude'.
  7. Cherry Pink by Bioglo wajibb
  8. Mary Kay Ultimate Mascara wajibbb
  9. Brushes untuk apply foundation wajibb sebab kalau apply guna finger tips or sponge saya rasa macam tak minat. Hehehehe. Tips, if nak letak foundation tu on your face, ada dua simple rules : #1, pastikan pakai moisturizer dulu dan pastikan dia betul-betul meresap ke dalam kulit barulah boleh apply foundation. #2, less foundation is more tapi janganlah tak ada langsung. Dan if nak yang rata plus natural effect kan, gunalah foundation brushes. Brushes ye brushes.
  10. Mary Kay Satin Lips Lip Balm wajibbb
  11. Mary Kay Nourishine Lip Gloss tapi jarang pakai tapi tapi tapi selalu bawa sebab comel. Tapi kalau pakai pun, pakai dalam kuantiti yang sangat sikit. Yang melekit-lekit dekat bibir ni saya kurang gemar. Termasuklah gincu. Alat mekap saya paling tak suka : GINCU T____T
  12. Eyeliner. Yang ni saya tak memilih sangat, and takda yang betul-betul spesifik. Apa yang ada, itu yang saya guna. Biasanya pakai pensel eyeliner dari Avon (black) saja, tapi ada timing, saya akan pakai eyeliner Extremewear Gel Eyeliner. Yeap, jenis gel. Tapi jaranglah. However, eyeliner is a must untuk mata sepet I :)
  13. Bedak Silkygirl SPF20. Color 01 - Ivory. Case dia warna hijau. Saya suka bedak ni, dah guna dari dulu lagi. Suka sebab SPF20 dia. Lepas tu oil-free. I love its texture juga, very the halus. 
  14. Dan lain-lain HAHAHA
Percaya atau tidak, semua ni saya sumbat sekali dalam beg saya yang kecik saja tu. Sling bag warna putih by Gio Fiore my favorite GF yang selalu saya bawa ke mana-mana saya pergi. Best GF ever. And my best sling bag so far. I am number one fan of sling bag tau. Seriously tak reti nak bawa shoulder bags macam ladies tsk. Padahal saya ni kira ladies juga ni. Tak tahulah kenapa lebih selesa konon nak pakai beg silang macam budak sekolah menengah saja HAHAHA tapi like I care. Selagi kita selesa. Berfesyen ni kena ikut keselesaan juga, bukan main ikut saja, betul tak?

Samalah macam saya teringinnnn sangat nak pakai tudung or shawl comel-comel lepas tu klip reben dekat kepala macam trend fashionist muslimah sekarang ni, tapi saya tahu saya takkan selesa pakai macam tu. Cantik tapi saya lebih selesa sebenarnya pakai tudung yang boleh disilang dan sangkut atas bahu semata-mata.

Anyway, produk saya guna biasanya harga average-average saja. Kalau ada produk yang nampak macam mahal tu, itu bukan saya yang beli tu. Itu my mother yang bagi. Bhahah.

Okey nak tidur dah. Mengantuk. Esok malam Tari Kirana perform di Hotel Perkasa Kundasang, pagi around 10AM kami gerak ke sana. Wish us luck! =)

Keyword Nuffnang : 25 Mac 2011

Friday, March 25, 2011

Jom tengok apa yang orang google sampai masuk blog ni. Letscekidaut!

apa itu tesl

TESL tu Teaching English Language as a Second Language. Nak pilih kos nak masuk U ke dik.. Ihihi. Whoever you are, goodluck and all the best! :)

rumah cantik nani rostam

Ha'a rumah Nani Rostam dan anaknya si cantik Hanis Zalikha tu rumah diorang sangat cantik okey. Saya tengok thru pictures yang diorang tampal dekat blog masing-masing. And yes, saya pengikut setia kedua-dua blogger ni. Kalau nak tengok gambar rumah diorang, maybe boleh cari lebih banyak dekat blog Nani Rustam :)

lagu cun


lelaki sabahan


abang pandai lah

lol pandai apakah?

artis paling selekeh

no comment la theehehe

petua jerawat wapkan muka

Wap-wap ni sesungguhnya bagus untuk kulit. Macam spa gitu.

sinopsis bukan diriku

Cari dekat SINI, mesti jumpa punya ;)
 

Love and forgiveness cannot be separated.

Baru selesai mandi. I know quite late dah ni for a morning shower bhahaha.

Tadi saya ada blogwalk dekat satu blog ni. My favourite blog, tiap kali ada update, mesti datang baca. A sweet lady, named Arianna. One of her latest entry, about her and her boyfriend - Things Get Cold.








Morning talk on the phone. And ended up with his quick hang up. What happen..

He might want to rush for work. Plus, I did the same thing to him last night. The most reason I can think of, right now.

Padan muka sendiri.

Well, things get cold around here too. For both of us. Bukan sebab sekarang ni tengah hujan, tapi sebab I feel like temporarily losing the warm feeling whenever I am with him. I know, I think about it too much and too far. Guess, things aren't really like I think. Nothing really changed. I still love him, and I know he feels the same way too. We are very sure about each other, cuma ..life's been busy. But we can't be that selfish, right? Like I don't have my own life. And work might have been a burden for him. Kenapalah aku selalu nak tambah lagi burden dalam hidup dia.

Maybe, once things get more relaxing, I'll try to talk to him ...if time permits. Just some random talk.

I am not sick, but I am not feeling so well. Staying at home is the best I can think about of healing my current ache.

And yes, I cried not because I am mad at him, but because I miss him so much. I wonder if he know he's all I think about at night..



Oh, he's calling now. Later.

Wholeeee day at home.

Not going anywhere today. My handphone{s}? Left them upstairs. In my room. Not really feel like talking to anybody. Macam biasa, rumah sunyi. Everyone is out. Except for me and Kili. Tapi rasa macam takda orang je rumah ni sebab me and Kili not really talking pun. Masing-masing buat hal masing-masing. Sometimes, talking to no one is the only way to get over things, huh?

Yalah mood tak okey ni. Pagi tadi ke toilet, ahh I'm in my period. PATUT PUN mood swinging je macam hape. Asyik rasa nak menyembur. Tapi rasa macam awal pula bulan ni. Ke saya silap kira..? Heh whatever.

Teruja nih HAHAHA. Sebab hari ini, nak bagi treatment dekat diri sendiri. Nak spend time with myself - ONLY MYSELF. Nak basuh kain, nak lipat kain, nak kemas dapur yang dah lama tak berasap. Nak susun barang-barang dekat bilik, dah banyak yang salah letak sebab been busy lah these days. Ada masa nak kemas tapi dah penat, malam-malam pun tidur awal after isyak lepas tu bangun tengah malam online kejap lepas tu tidur balik. Itulah rutin tiap hari sekarang ni. Mana tak naik badan kan. Nasib baik dah terbiasa tak makan malam, kalau tak makin banyak la berat naik macam kena pam-pam T____T Okey nak apa lagi?

Actually sekitar pukul 3 nanti ada dance training, so got only few hours to settle it all.

I tell you, bila someday you makin kurang masa berada di rumah, you'll understand my feeling ni - lebih menghargai masa yang dibelanjakan (spent) di rumah. Heaven. ANYHOW, glad that today I'll be spending my wholeeeee day at home!

Update lah!

Wednesday, March 23, 2011

Kalau dulu saya selalu berusaha untuk mengurangkan aktiviti berblog, tapi sejak bulan lepas, sebaliknya pula. Bilangan entri blog pun semakin berkurangan sekarang. Macam dah lain pula sejak hati ni dipenuhi bunga-bunga cinta. Rasa liat nak menaip. Bhahah. Malah kebanyakan entri yang ditulis pun macam nak tak nak je tulisannya. Tapi sekarang ni saya berusaha untuk mengupdate sebanyak mungkin. Kalau boleh tiap hari, malah dua kali sehari, BOLEH? Yee.. Bolehhh.. Apa sallllahhhhhh..

Dah 23 Mac? How time flies so fast? Howww? Rasa macam baru semalam pop pop kebabom sambut tahun baru.

Jom hayati lirik ni sekejap. Genap two months ago, when I first met him on 23th of January ;

Pertemuan yang tak diduga
Renunganmu mempesona
Memukau hati dan minda
Menerbitkan suatu rasa di jiwa
Gemuruh tiba-tiba jiwaku
Gentar menyambut salam darimu
Tidak terlahir kata-kata
Senyuman pengganti bicara
Kiranya dulu ku pernah terluka
Dalam bahagia hati ku tersiksa
Dalam ceria aku sebenarnya gerhana
Hadirnya kau dalam hidupku
Membawakan sinar baru
Dan kini rinduku
Sering datang untuk bertamu
Apakah kau merasakannya
Bagai ada gelora asmara
Bahangnya melodak di jiwa
Hingga tak tertanggung rasanya di hatiku

.. Gelora Asmara by Siti Nurhaliza. Ewah, lagi-lagi Siti Nurhaliza kan? I peminat Siti tau tak? Kena tahu yang ini kalau tak itu maknanya kau tak cukup kenal lagi si Fina Sophie hahehohuhihihi.

Update terbaru tentang saya,

Pertama : Saya do my hair dekat saloon, AGAIN. This time I promise I will take realllll care of my hair. Nak cantik kena rajin. I knowwww. Anyway, tadi menggelupur juga sekejap sebab orang dekat saloon tu kata nak potong sikit my hair dekat hujung sebab kering sangat dekat part tu tapi bila dah selesai dan saya tengok balik, rupanya dia potong damnnnn BANYAK (baca : taklah banyak sangat, saja nak over-statement sebab gerammm). Eh banyakkk lah dia potongggg. Satu jengkal. I expect dia potong just sepanjang my ibu jari saja tskkk. Bila dah dalam kereta baru nak meraung-raung. Sambil drive pulak tu. I ni over jugaklah kadang-kadang. Dana yang ada sekali time tu pun dah tergelak-gelak. Aku ni pun nak tergelak pun iya juga tapi meraung pun nak juga. Nak sambung balik rambut tu BOLEH? :(

Fina : Dana, kau tengok rambut ni. Okey ka tidak. Cantik ka tidak ni. Mana lagi cantik, dulu ka yang sekarang ni? T___________________T
Dana : Cantik lagilaaaa yang dulu..
Fina : Waaaaaaaaaaaaaa... T______________T
Dana : Rambut rosak kau dekat hujung tu panjang, mestilah diorang potong habis yang rosakkk
Fina : Cantik ka tidakkk? T__________________T
Dana : Cantiiiiiiikkkkk T_________________T Ikut nangis lah niii

Baiklah Dana pun nak ikut nangis dah. Bosan menjawab agaknya ngahaha. Itu belum masuk lagi dialog drama ai bila dah sampai cafe. Dah buruk dah muka. Tensen tau tensen.

Tapi itu tadilah. Sekarang dah okey. Not the hair stylist punya salah, anyway. Memang rambut saya dekat hujung dah rosak. Of courselah dia kena eliminate semua. My hair lebih rasa sihat sekarang ni. Dah tak ada kasar-kasar dekat hujung. Nanti rambut baru akan tumbuh juga kannn. Sabar.

Baiklah tambah lagi satu perkara. NAK CANTIK KENA RAJIN DAN SABAR kerana sabar itu separuh dari iman jadi bersabarlah kau T_____T

Okey itu perihal rambut.

Kedua : Mula membeli barang-barang untuk penjagaan kecantikan walaupun taklah berapa cantik. Dulu bukannya tak beli, tapi dah lama tak beli ni. Kulit muka pun dah tak berapa terjaga. Walaupun saya bertuah sebab kulit muka bukan jenis bermasalah sangat (alhamdulillah), tapi adalah juga cacat cela. Skin bukan perfect sangat, plus, kita bukan selama-lamanya muda kan. Dah nak masuk 25 dah hujung tahun ni. In 5 more years, mungkinkah dah start berkedut-kedut di hujung mata? OHNOOO. Haruslah mencari jalan agar proses penuaan tu lambat. Bukan apa, untuk kepuasan diri sendiri juga kan.

Ketiga : 25th until 26th I will be at Kundasang again with Tari Kirana dancers. Oh remind me to burn lagu-lagu tarian ke dalam CD, kalau tak, jadi macam hari tu T___T Yeay, camwhoring balik dengan badan yang dah makin debab ini yeayyy T_____T Mungkin kalau ada masa, saya updatelah blog secara live waktu berada di sana. Sekarang agak senang. Guna broadband, boleh bawa ke mana saja. Dulu guna streamyx. Laju tu memanglah laju and tak mati-mati, tapi tak dapat nak angkut sekali waktu nak berjalan-jalan theehehehe. Tapi tak apa. Itu dulu. Sekarang kan dah ada broadbanddd (ulang ayat).

Keempat : Belajar minum susu. Susu Hi-Goat jadi mangsa.



TAPI, ...as the saying goes, let the picture tells it all. Heh (- -") Tapi still kena habiskan juga. Dan kena paksa diri belajar minum susu walaupun tak suka. Kena jugak.

Kelima : Love life. Going stronger each day. I am blessed for having him in my life now.. He put a smile on my face simply by just being there. What is more to tell? :)

Okey need to log-out. Hope to be around here more often soon!

Can love be measured by the hours in a day?

Saturday, March 19, 2011

Really looking forward for tomorrow. Perhaps there's a slightest chance to meet him. Since days ago, things are a bit tough for us. And unintentionally, I made things even tougher for him. I am so sorry, love. I know you're always trying your best. You are always the best. Saya saja yang selalu mengada-ngada. I just feel like I am no longer included in his life, padahal keadaan sebenarnya tak macam yang saya fikirkan.

Love can't be measured by the hours spent in a day..

Menonton video-video yang kami rakam bersama. He loves to take videos. Kadang-kadang bila Dana ada sekali, we would include Dana juga in our videos. Funny lah bila dengar balik perbualan-perbualan kami. Video usik Dana lah, bertanding shuffle jari atas meja lah, karaoke sama-sama dalam kereta lah, video dia rakam waktu saya kemas barang-barang dekat cafe lah, video dia tengah serius bercakap dalam telefon. Video talking about Valentine's Day theehehe. He told me, 'Valentine kita hari-hari.". Video yang ada rakam kami berdua paused looking at each other.. Video yang Dana rakam, dia trying pujuk me in his cutest way, terus I yang muka kencang terus tergelak. Video kami ajuk boyfriend Dana punya kebiasaan spontan. Hahahah. Payah nak explain dekat sini. You should see that video. Of how Dana's boyfriend did that. Memang funny!

Every single thing - I miss Zul even more.

Where do I begin to tell the story
Of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love he brings to me
Where do I start

With his first hello
He gave a meaning to this empty world of mine
There'd never be another love another time
He came into my life and made the living fine
He fills my heart

He fills my heart
with very special things
With angel songs, with wild imaginings
He fills my soul with so much love
That any where I go
I'm never lonely
With him along who could be lonely
I reach for his hand. It’s always there.

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need him until the stars all burn away
And he'll be there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need him until the stars all burn away
And he'll be there

Sekarang barulah saya tahu, kenapa ramai pasangan yang truly in love sangat appreciate lagu ini. Now I know why. It's the feeling yang hanya mereka yang rasa sahaja yang benar-benar dapat faham. Sejujurnya, saya tak pernah rasa lagu ini seistimewa ini. Saya kurang berminat dengan melodinya, tetapi sejak mula mengenali Zul, lagu ini tiba-tiba sangat menyentuh hati dan perasaan.. I'd never knew how true happiness really feels like until I met him. The simple truth about the love he brings to me..

Genap 1 bulan 3 minggu.

Hari luar kebiasaan.

How's the header? Bhahahh. And the layout?

Today is not the best day ever. Started my day with headache yang datang sekejap saja. Saja la tu kepala ni mengada-ngada kan. Bila rasa dah okey sikit, turun ke ruang bawah and, guess what?

Dana ketuk-ketuk pintu nak masuk dalam bilik saya. Buka pintu dan Dana masuk lepak-lepak, berborak-borak. Saya keluar bilik dan nampak pintu bilik Adi masih tertutup. Pipie is in the living room, silently watching cartoon.  Ayah in the bathroom. Mama tengah siang ikan nak masak untuk makan tengahari. Dan dah ada lauk sedia di atas meja (anyway, guess lah I bangun dari headache pukul berapa tadi? 10AM, babe (- -"). My other adik tak ada, he's now in KL.

Buat saya tersedar beberapa perkara. Well, Adi and his usual habit, berkurung dalam bilik. Dana juga dengan habit biasa, suka masuk my bilik. Ayah still ayah yang saya kenal, hari cuti, he won't go anywhere kecuali kalau ada hal (I am sure petang nanti ayah ada hal, urus kereta). Pipie pula ada di rumah, which is a bit weird. Kali ni dia tak pergi mana-mana. Selalunya time-time macam ni dah hilang dari rumah. He's different now. Not the old Pipie. Not my old Pipie. I guess sebab dia rasa dia dah besar while I still anggap dia as a kid. My little brother yang sebenarnya dah tak little dah. Dia yang paling muda dalam rumah. Dan orang-orang dewasa di rumah ini semakin lama semakin sibuk, kesian we have not much time looking after him the way we should..  But well, it's a good sign anyway that he's home.

Mama pula ..hm. How to say this ya. Mama orang paling sibuk di rumah ni. Our dapur, since months ago lagi tak berasap. I mean, jarang digunakan. Kalau saya sentiasa ada di rumah, I'll cook. But no, saya pun jarang dekat rumah. Most of my waking time spent at the cafe with mama. Pemandangan yang nostalgik bila tengok semua orang dengan habit normal masing-masing. I mean, mama dan Pipie. Bukanlah selama ni tak normal, tapi this is what they used to do..

Things changed. And some things remain.

Petang ni, last training with the girls. The Tari Kirana. Ingatkan semalamlah last training, tapi sebab hari ni saya tak jadi ke Kota Kinabalu (ya supposed saya ke Kota Kinabalu ni), maka training berjalan macam biasalah. Jumaat depan kami ke Kundasang lagi, dan esoknya performance. Wish us luck =)

Lot's of thing to be done today. Mana boleh lepaskan hari cuti berlalu macam tu saja.

Kenapa kita tak patut tengok cerita hantu.

Thursday, March 17, 2011

I can't sleep tonighttttt. Mungkin sebab #1 malam tadi dah tidur beberapa jam, dan #2 BACA CERITA HANTU. Padan muka ai kan. Ni belum lagi tengok movie kisah-kisah hantu yang berlambak dekat television dan panggung wayang sekarang ni. Sila ambil perhatin. ITU BELUM LAGI. Saya ni dalam berani-berani pun, kalau tengok cerita hantu lepas tu nak kena naik tangga dalam rumah nak naik bilik, boleh lintang pukang juga dibuatnya. Langkah kemain besar-besar.

Cerita hantu komedi pun I tak suka okey. Kalau tengok syok tengok TV lepas tu ada pulak iklan drama or movie hantu, diorang memang tak sah kan kalau tak mainkan suara hantu mengilai lah hantu menyeringai lah perempuan menjerit dalam keadaan dan muka horror lahhhh.. mesti saya tutup mata dan cuba pekakkan telinga. Nampak macam penakut (oh memang takut pun, ayat asyik nak cover je kan kihkih) tapi sebenarnya lebih kepada benci. I hate those kind of things. Very the unreal dan membuatkan jiwa yang kerapuhan ini menjadi lebih rapuh dan rapuh dan rapuh dan rapuh dan rapuh dan.. dah dah. But in real life, I am brave enough lah. Sebab kita berpijak di bumi realiti. Kita ada Allah SWT. Dalam movies je yang mengarut secara ridiculous. Over tau. Tahyul dan membekukan minda.

But I am not against anyone. Ini cuma pendapat saya yang humble.

Saya cepat terkejut. Cepat memberi reaksi. Kalau sedih, memang nampak obvious dari air muka saya. Kalau happy, I would laugh and smile freely. Mudah excited. Tapi saya tak malu menjadi seorang yang penuh dengan expression macam tu sebab ini adalah diri saya yang sebenar. Full of emotion. Sememangnya perempuan suka bermain dengan emosi.

But I would rather playing with my own emotion in real life. In reality. Not for something scripted.

P.s ..

Okey I am alone tonight. My other half not feeling very well, even waktu bercakap dalam telefon dengan dia tadi pun suara dia kedengaran lemas sangat. Saya jadi rasa sebak semacam pula. Tak banyak soal, saya biar dia tidur awal malam ni. He worked very hard these days. Too hard. Saya rasa, itu penyebabnya.

Sabtu lepas,

Me : Nanti dua minggu ni kita tidak payah jumpa ya, orang mau diet. Lepas dua minggu, boleh tolong tengok perubahan badan.
Him : Boleh juga .. *paused* Tapi kalau dah tak tahan rindu, pandai-pandailah abang cari.
Me : Hahah. Okey..

Siang tadi, dia datang jumpa. Dia mahu. Selepas 3 hari tak jumpa. Ohman. Baru 3 hari ke rupanya. Rasa macam dah lama tak jumpa. Tapi, dia datang tadi pun kami tak dapat berlama-lama. I was too busy. I wish I could spend more time with him but I can't. He knows that I can't.

And tonight, knowing that he's not feeling really well, mood saya pun ke laut juga. I don't want him to have to go through anything painful like this and hoping I could be the one who could comes to aid him when things gets rough. To take care of him. To stay by his side. At times like this, GLADLY.

P.s I love you. Please be good.

Important dates.

Tuesday, March 15, 2011

My Tari Kirana dancers are all enthused about the idea of getting to Kundasang for our next performance soon ..again. The last time I've been there managing the Tari Kirana, I found him. Err .. FOUND? No, scratch that. Let's just say, we've stumbled upon each other. Theehe.

Setiap hujung minggu sejak beberapa minggu lepas lagi kami dah mula train untuk show 26 Mac tu, dan memandangkan kebetulan sekarang ni cuti sekolah, minggu ini kami intensif. I've made some advanced steps for the Zapin Kontemporari, so far takda masalah diorang nak tangkap. Alah, traditional dance. Kalau dah boleh kuasai gerak tari asas, yang lain mesti boleh punya.

Sebut tentang 26 Mac, saya teringat sesuatu.

Dalam tempoh DUA MINGGU sejak beberapa hari lepas, saya start balik diet. Bila dah tamat dua minggu tu, at least kuranglah 2KG pun dah cukoppp. Dan cecah 50KG balik neh wtf hari-hari kerja dikelilingi makanan makanan makanan, mana tak?? T___T

Salahkan perut, atau nak salahkan mulut? Kehkehkeh. OKEY BAIKLAH DUA-DUA SEKALI. Sebagai permulaan, JOM PUASA!


Bear this on your mind, Fina.
  • Minum banyak air masak. Jangan minum minuman lain.
  • Apa itu nasi? HAHA. Overlah tu sampai tidak kenal nasi kannn tapi maafkan aku, nasi. Selepas dua minggu ini, kita hanya boleh bertemu 3 kali seminggu sahaja T______________T
  • Sebiji epal setiap hari?
  • Berak habis jangan ada yang tinggal theehe
  • Awasi dan cut pengambilan makanan berkalori.
  • Puasa, atau ikut jadual makan macam orang berpuasa.
  • EXERCISE selepas subuh dan after pulang dari work setiap hari, 30 minit setiap kali.
  • Rajin-rajin gerakkan badan
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • Kalau rasa nak mengunyah, minum air masak cepat-cepat. Kalau rasa nak mengunyah lagi, kunyah gula getah 24 jam. Hoho.

Most of all, FOCUS! Kalau dah buat semua ni tapi tak kurang-kurang juga berat, baik gi bulan lah, timbang berat dekat situ. Confirm ringan.

25-26th of March is going to be my important dates.

Perbezaan di antara Suka, Cinta dan Sayang.

Sunday, March 13, 2011

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus..

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

Akhir-akhir ni, dia suka buat macam tu.

Wednesday, March 09, 2011

Saya tengah sibuk menaip depan laptop bila saya angkat muka dan nampak susuk tubuh yang amat saya kenal. Kenal sejak satu bulan dua minggu yang lepas, tapi rasa macam dah bertahun-tahun lamanya kenal. Lepas nampak dia, serta merta lekap tangan dekat dada, terkejut tau. Nak luruh jantung. Kalau dia ada, jantung macam berhenti berdetak. Bila dia ada, jantung rasa macam berhenti berdetak juga. Macamana tu? Isk :P

Tapi lepas tu, senyumlah juga. He's here. Selepas dua hari tak jumpa. Oh man. Baru dua hari tapi kenapa rasa macam tak jumpa dua bulan. Dari jauh, I smiled looking at him. Dia maju sambil senyum, looking at me too. Berkongsi makna senyuman yang sama. Eyes locked. Waktu bagai terhenti seketika. Rindu bercampur bahagia.

Lepas kami ambil tempat duduk, dia cakap dia dah lama berdiri di situ. Sengaja tak bagitahu yang dia nak datang. Nak senyap-senyap tengok saya. Dia ada cakap saya waktu menaip, muka serius. Hahah.. Tolong jangan buat macam tu lagi. Malulah.. Saya memang nampak serius sangat kalau tengah fokus (- -")

Tapi, kalau dia buat macam tu lagi, mungkin saya tak kisah sangatlah. Janji dia ada..

Saya tak tahu, tapi saya asyik senyum. Buatkan nescafe untuk dia sambil fikirkan dia, saya senyum sendiri. Bila perhati dia makan, saya senyum. Macam orang gila. But, the truth is, saya bahagia tengok dia ada di depan mata saya. And only I know what's beautiful looking at him. Dia ada juga macam berubah muka bila perasan saya asyik senyum tengok dia. Mesti dia fikir saya kutuk dia dalam hati. Saya ni suka juga usik-usik dia. But, no. Saya tak kutuk. Saya senyum sebab hati saya senyum. Hati saya senyum sebab saya bahagia. Saya harap dia sedar yang ini =)

Him : "Yang, tuang ja kuah kari tu atas nasi."
Me : "Okey.." Sambil kaut lauk untuk dia.
Lepas tu dua-dua serentak bersuara, "Tinggal tuang." Both looking each other, saya terkedu sekejap sebab tak plan pun nak cakap serentak. Tinggal tuang tu perkataan yang saya belajar dari dia. Err, auntie dia sebenarnya tapi dia yang bagitahu tentang penggunaan perkataan tu. Adalah maksudnya tu hahaha. 

Lepas sedar, both of us burst out laughing.. Biar kami berdua je yang faham kenapa =D

Waktu dia nak beredar, rasa payah sangat nak lepaskan, tapi kenalah juga. Kita ni hidup di muka bumi ni masing-masing ada tujuan masing-masing ewahh. Sebelum tu, he told me he loves me. I don't know that much, but I know this much is true. I love you too, Mr Vampire..

I miss you.

Monday, March 07, 2011


I've never known missing somebody could be this torturing..

The urge to see him.

Sunday, March 06, 2011

Mula-mula plan nak keluar dengan Zul tapi tidak jadi sebab dia cakap kena balik ke Kundasang, dalam tengahari dia kena gerak ke KK sebab nanti ada show. Saya pula tak dapat nak keluar awal sebab tiba-tiba ada kerja penting nak buat tentang hal dokumen pekerja-pekerja Kodingking Enterprise. Tengok, Ahad pun kena kerja bergantung pada kehendak majikan isk isk :P Dan kecewa sedikitlah sebab tidak berkesempatan nak jumpa. It's been days since our last met, maybe that's why I feel the urge to see him right in front of my eyes...

Plus, kalau tak jumpa lebih dari dua hari, makin keraplah orang tu masuk blog ni lepas tu ikut nyanyi lagu Rindu Setengah Mati yang ada dalam blog ni. Aku yang penat nak dengar sebenarnya kihkih joke. It's his thoughts that counted. Selagi dia tak jemu nyanyikan lagu itu untuk saya, selagi itu saya setia mendengar thihii.

Perap diri sebentar dalam bilik. Dana ketuk pintu bilik saya yang tengah berkunci tu tiba-tiba cakap nak masuk. As we talked, saya ajak Dana keluar. Saja-saja.

Him : Buat apa da tu Yang?
Me : Mau kuar dengan Dana.. Kejap lagi.
Him : Di pekan ka?
Me : Iya
Him : Gitau kalau jalan da ya Sayang?
Me : Ba..

I was in KFC with Dana, queuing for our turn. 11.56AM when Zul's next SMS arrived,

Him : Sayang mana da?
Me : Pekan.
Him : Jumpa di KFC Yang..

Told Dana, and she was like ..'yeay Zul is coming!' XD

Surprising. Saya sangka tadi dia saja-saja tanya, rupanya dia betul-betul nak jumpa. He always got to find the way to meet me. Dia cakap, masa untuk pergi KK tu can wait lagi.. That is so thoughtful..

Well, another nice weekend spent with the loved ones. Had a good time with Dana and Zul. They got along so well. Too well sampai diorang siap boleh berpadu tenaga paksa saya ikut kehendak diorang untuk ambil gambar saya main suap-suap makanan ngan Zul pulak (okey ini kes waktu di Medan Selera waktu Khamis lepas grrrrrrr).

By the way, Zul looked sooo ....may I say, HOT? =P

Balik dari pekan, waktu saya tengah train Tari Kirana, samada dia atau saya yang call, he told me after dah jumpa tadi pun he still missing me... By this time I am publishing this entry, he's already at Papar and now is training for the show. I bet, nanti bila dia dah selesai semua, he will be singing the Rindu Setengah Mati song on the phone for me XP

I really miss him too.. 



And, since the day I am with him, saya rasa banyak cerita-cerita saya berkisar tentang kami, kan. Tentang saya dan dia. Nak buat macamana, program-program untuk Tari Kirana yang akan datang pun banyak melibatkan Walai Tokou Homestay dan KMS, secara langsung terus connects with Zul. My future planning and activities pun banyak melibatkan dia ..so how? :P 


How everything seemed so simple when I was younger.

Me : How's life?
You : Sederhana, tapi alhamdulillah sempurna.

Namun. Saat kita bahagia seadanya dengan kesempurnaan apa yang kita ada sekarang ni, tiba-tiba hati kita akan terasa sangat teruji. Memikirkan yang dalam sempurna itu, rupanya selama ini kita sebenarnya sudah banyak berkorban hati dan perasaan. Memikirkan yang dalam sempurna-sempurna itu pun, kita tersedar airmata kita rupanya dah banyak tumpah tanpa mampu ditahan. Tiba-tiba, dalam sempurna itu, hidup terasa sangat menyedihkan. Sama macam perkara-perkara kecil yang mampu buat kita tersenyum, masih ada perkara-perkara kecil yang mampu buat kita menangis. Untuk segala perkara-perkara itu, hati tiba-tiba sebak. Bukan sesuatu yang mudah untuk kita sampai ke hari ini. Segalanya menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Tangisan, amarah, kelukaan, rasa dikhianati; sebenarnya, inilah antara emosi yang paling banyak mengajar kita, membentuk perspektif dan siapa kita hari ini.

Some people learn LIFE the hardest way. Sesetengah orang belajar tentang erti kehidupan dengan cara yang sangat sukar.

Can't you see? Hidup ini indah sebenarnya. Tapi juga menyedihkan. Tapi indah. Tapi sedih. Tapi, ...indah.

Aku sendiri.

Aku dan kehidupan aku, sentiasa teruji. Aku tidak pernah mengimpikan hidup yang sekarang. But at the end of the day, as I fall in love (if love has ANYTHING TO DO with this lah cuz i rasa macam 'ya'), I suddenly see life in different perspective now. Brighter than ever. Alhamdulillah. Don't mind the hurt, because all that I want is the state of bliss that comes with it.

Aku dan kisah cinta aku, juga rasa teruji. Bila terasa ingin mengalah, aku fikir, aku akan jadi lebih terluka melepaskan sesuatu yang aku cari sekian lama. Sesuatu yang mampu buat aku sebahagia ini - satu jenis bahagia yang aku sendiri tidak pernah bayangkan. I won't ever let go even if it hurts a thousand times more. The kind of feeling I wish words can really explain. Dan saya bukan spesis orang yang mudah mengalah begitu sahaja bila saya yakin dengan apa yang hati saya mahukan. Call me selfish. Love is selfish, sometimes.

YOU need to be selfish to live and love happily. Unless YOU choose not to be happy :)

How everything seemed so simple when I was younger. But this is also a sign how much now I'm a grown up girl, I guess.. Bhahahah.

Love do waits for one thing ; the right moment.

Wednesday, March 02, 2011

Bangun pagi tadi, online. Sebab masih awal untuk bersiap ke cafe dan merasa masih ada waktu senggang, saya gatal-gatal hati mahu godek-godek balik gambar-gambar lama dekat Sufilara.Blogspot.Com.

Scroll dan scroll dan scroll, TIBA-TIBA ..

KMS on 2007 waktu majlis perkahwinan my cousin
.... terjumpa gambar ini. Ini gambar yang saya tangkap sendiri dan pernah saya upload dalam Sufilara.Blogspot.Com bertarikh 25 November 2007. Waktu kali pertama mendengar tentang KMS. Eh bukan. Bukan setakat dengar tentang KMS, tapi ini juga kali pertama menyaksikan KMS. Ayah asyik puji-puji this band sebelum tu, so after tengok persembahan diorang dengan mata kepala, saya sendiri kagum dalam hati. Banyak lagu diorang mainkan waktu ni tapi paling saya ingat, lagu TONG HUA (lagu cina). Waktu ni lah pertama kali saya dengar lagu Tong Hua tu dan balik rumah saja terus cari mp3 dan lirik sekali. 

Waktu ni Tari Kirana ada perform juga. Tapi sebelah malam.

But that is not the point. My real point is, ....I can see VERY clear my other half is IN that picture. Waktu tangkap gambar ni, saya langsung tak recognize dia. Eh tapi macamana nak recognize, memang tak kenal pun (- -")

Kami mungkin dah saling boleh mengenali sejak 2007 lagi kan.. But we don't. Walaupun dia dah ada terang-terang depan mata. Can't you see? Kami bukan tak pernah jumpa sebelum ni, cuma tidak tergerak hati. Takdir belum mengizinkan, saya percaya. Waktu ini saya masih dalam heartbreak yang melampau. Struggle mengubati diri sendiri, mengambil masa bertahun-tahun dan next thing I know, akhir tahun 2010 barulah saya sedar saya dah start recover. Recover yang betul-betul punya. Bukan main-main. 2006-2010. Bukan satu jangka masa yang singkat. Banyak air mata yang tumpah. Kalaupun saya berkenalan dengan Zul waktu 2007 itu, saya tak rasa hati saya boleh terbuka pada mana-mana lelaki dengan serius.

Majlis kahwin jiran saya Disember 2010 lepas dia ada, dan saya pun ada juga pada waktu yang sama tapi takdir belum pertemukan walaupun he is right in front of my eyes. Waktu event yang INI pun, dia sepatutnya pergi tapi tak bertemu juga sebab waktu itu juga masanya belum tiba untuk kami bertemu, saya kira.

Akhirnya 2011 dimulakan dengan rasa redha seadanya. Dan sekarang saya dah nampak, love really do waits for one thing ; the right moment. Selepas akhirnya saya redha dengan apa yang berlaku, Allah hadirkan dia dalam hidup saya.. Subhanallah :')

Two eyes that locked together, two people that destined to meet, two hearts that are connected.

Tak tahu apa reaksi dia kalau tahu tentang perkara ni. Adakah dia akan merasa magik yang sama yang saya  sedang rasa saat ini?

Lirik Lagu Cun Selalu oleh Maya Karin dan Remy Ishak

Tagline best! BILA HERO KAMPUNG CUBA-TRY-TEST AWEK GLEMER haha XD

Dan ini dia OST Cun!, tajuknya Cun Selalu. Saya suka dekat liriknya. Simple tapi manis ♥

Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga

Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Di sini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku

Hanya Kau Dan Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya

Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah
Hanya Kau Dan Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu
Engkaulah Yang Aku Mahu 
Hanya Ingin Bersamamu
Hanya Ingin Bersama Kamu

*****************************

Hanya kau dan aku sentiasa, pedulikan apa orang kata. Kita berdua sama saja, hanya ingin cari BAHAGIA yang aku jumpa waktu kita bersama

7 days only?

Tuesday, March 01, 2011

Petang semalam, dia datang ke Kirasa Cafe lagi. Macam biasa, if dia ada sedikit masa senggang, dia akan datang meluangkan waktu bersama saya. How thoughtful. Tapi, kalau tak ada masa pun, kalau dah rindu, masing-masing akan cari alasan nak jumpa theehehee. Kami sama saja, hanya mahu bahagia yang kami rasa bila bersama ♥

Bagi dia beberapa lagi mp3 lagu tarian sebagai rujukan diorang untuk arrangement music. Dia mahu 5-6 lagu juga untuk persembahan. Tadi kami main pick-pick saja lagu mana yang bunyi dia best dan dalam beberapa hari ni before Jumaat, saya akan decide lagu mana hendak diambil. 26 Mac 2011, Sabtu. Masa sebulan tu tak lama, lots of thing to be done, plus, saya buat training untuk the girls pun waktu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Hari lain adalah hari yang saya takkan kacau. Jadi......

Kalau dikira, sebenarnya dari masa sebulan tu, saya ada 7 hari saja tempoh untuk buat latihan. Untuk itu, saya sangat-sangat-sangat memerlukan komitmen dari the penari-penari Tari Kirana. Saya sendiri pun banyak benda nak kejar date due hehh. But insya-Allah, we'll make it =)
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS