2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Dah macam family.
Monday, February 28, 2011 posted at 20:05 ♥

Tadi Saifful, anak angkat kepada my mum (waktu student UMS buat program bakti siswa di kampung), datang secara tiba-tiba ke Kirasa Cafe. Tiba-tiba pop up macam tu saja, siapa yang tak terkejut kan. Lama dah tak nampak dia ni. Sekarang ni dah kerja dah dia, siap bagi business card weh.. 

Dia tanya tentang adik saya, yang dah kaya tiap bulan dapat duit ribu riban tu. Online business, kalau kena dengan caranya of course boleh kaya. Kalah gaji my ayah tahu tak? HAHA. Sekarang ni siap nak angkut Vios pulak. Dah book, bulan depan dapat. Insya-Allah. Bolehlah aku tumpang sekaki pandu Vios pulak lepas ni kan. Kehkeh. Tapi van putih tetap di hati XD

Saifful cakap, kalau macam tu, dah boleh kawen lah dia tu. Saya terkekek saja. Bukan tak pernah cakap dekat adik benda yang sama, tapi dia cakap apa-apa hal pun, dia nak tunggu saya lepas dulu, barulah dia pula yang fikir pasal tu. So Saifful asked, "kau kawen bila?"

And I said, : "Tahun ni juga." Selamba.
"Oh.." Dia buat muka buat-buat percaya. Saya boleh nampak dari air muka dia, dia taknak percaya dah tu theehe.
"Kami baru kenal." Saya tambah.

Lepas tu bulat mata dia, bertanya if saya serius. Saya gelak saja. KAHKAH geli perut ai. Usus pun geli-geli sekali ni. Kahwin? Belum lagi. Masih ada perkara untuk difikirkan, I guess. Tunggu keadaan tenang dulu HAHAH :)

"Tapi memang seriuslah. Bukan macam kau kan, muda lagi." Senyum.
"Umur dia berapa?"
"29"
"Oh patutlah, umur hampir-hampir 30, manalah fikir mahu main-main kan."
"Ya, so kau macamana? Masih banyak skandal?"
"Kalau saya mahu, banyak juga tu. Kalau tak mahu, .... *paused* adalah sikit."
Oh okey I got what he mean XD

Both laughing.
Dia tambah. "Skandal tu biasalah, tapi yang steady tu adalah seorang."
"It's okey, kau muda lagi."
"Fikir-fikir, kalau boleh mahu single saja tapi bila fikir balik, sayang pula lepaskan yang satu ni. Terlalu baik." His voice gets low.
Saya angguk. "Yeap, rasanya saya faham juga tu macamana rasa dia." Senyum lagi, sambil mata pandang ke tempat lain, fikir tentang sesuatu *senyum* Saya pun sebetulnya lebih suka hidup sendiri, tapi now that I found him, berat rasa hati mahu lepaskan macam tu saja..
"Susah mahu lepaskan."
"Dia tahu kau banyak skandal?"
"Tau. Tapi dia macam tu lah. Relaks saja."
"Patutlah kau sayang sangat dekat dia."
"Lelaki ni terlalu takut kecewa sebenarnya. Bukan tidak sayang, tapi kalau tumpukan hati dan perasaan dekat seorang perempuan saja, kalau jadi apa-apa, teruk juga. Kalau ada skandal-skandal ni sekurang-kurangnya tidaklah berapa teruk jadinya." Panjang lebar.
"Oh.. Sebab, perancangan untuk ke arah perkahwinan itu masih jauh, sebab itulah macam tu. Kan?"
Dia angguk.

Curi-curi ambil gambar ni waktu dia ambil barang sekejap dalam kereta

Lepas tu borak-borak biasa saja, mungkin sekitar 40 minit juga dia singgah. Tanya khabar masing-masing. Bila saya tanya dia okey ke tak, dia jawap direct yang dia tak okey HAHA. Dia cakap kerja penat sangat. Dan sebelum dia undur diri, dia kirim salam dekat ahli family lain. Dia dari Kota Kinabalu, mahu ke Sandakan.

He's very close to mama. Macam dah part of the family. But, being me, months before, saya admit hubungan kami bukan baik sangat. Adalah reasonnya. Tak pernah cakap dalam blog sebab memang rasa tak payah nak tulis hehh. But as time passed, I guess, saling menerima itu yang penting. Kenapa bazirkan masa dengan rasa-rasa yang tak elok, macamlah kita ni perfect sangat. At the end of the day, I have to realize that this is the way I am and that is the way he is, so, if kita tak boleh terima dia seadanya, yang salah bukan dia. Tapi kita yang tidak mahu menerimanya. Kita yang ada something wrong. Itu saja.

We're good, I guess.

Labels:


5 Comments:

Blogger tiefazatie said...

hye sis!miss ya!

28 February, 2011 21:00  
Blogger Fina Sophie said...

tiefazatie,
hi ifa.. miss u too babe :)

28 February, 2011 21:13  
Blogger Zulkiflie said...

cannot understand?

28 February, 2011 22:33  
Blogger Fina Sophie said...

zulkiflie,
or jealous? :P

01 March, 2011 08:39  
Blogger Zulkiflie said...

:(

01 March, 2011 21:23  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish