2 orang sedang baca blog ini ♡ Sophiesm.Com








When no one is looking


you've found the correct
fina sophie



Sunshine!
Komen Bulan Ini


plan a trip with me

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers


Finstagram


Since May 2006

Hit Counter




Tari Kirana at Walai Tokou Homestay Kundasang!
Monday, January 24, 2011 posted at 00:45 ♥

Penat.

Balik saja dari Kundasang sekitar 5 petang tadi, saya dan Dana terkejar-kejar masuk bilik untuk tidur. Haha. Its 9.52PM and I just woke up from quite a long sleep lepas balik dari Kundasang tadi. My badan terasa sengal-sengalnya, dalam keadaan senggugut ni kepala pening.. Hm :( Sekitar pukul 8 malam tadi ada terjaga kejap sebab ada orang call. Handphone dah ada dekat tangan dah, about to take the call, tapi I am so tired sampai nak tekan pun tak larat. Mata pun dah paksa-paksa buka dah tapi asyik nak tertutup balik. Rasanya nak bercakap pun tak terkeluar suara punya. Parah betul XD So I am sorry pada yang call tadi, I called you back once I wake up, tapi handphone you dah dimatikan..

Okey jom saya nak cerita aktiviti kami semalam dan hari ni. Sabtu kami sampai dekat Walai Tokou Homestay (WTH?) dengan keadaan cuaca yang tak cerah, tak mendung sangat. Sejuk gila sampai menggigil sikit, tapi sempat minum minuman panas dekat cafe homestay. Lepas tu, terus check in bilik, tukar ke pakaian untuk tracking dan head ke Kinabalu Park sama-sama dengan ahli homestay yang lain. Diorang main badminton dekat dewan, kami walking around take pictures. Nasib baik pakai kasut, kalau pakai heels tuuu.. hoh. Jalan dahlah berbukit bukau. Lepas tu agak jauh juga nak berjalan ke pintu keluar Kinabalu Park dari dewan. Nak masuk Kinabalu park memang kena pakai kereta kalau tak yakin boleh berjalan jauh heheh. But we have fun all the way though. Sejuk tapi tak sampai menggigil sebab badan keep warm sebab jalan kaki.

Lama juga kami dekat Kinabalu Park tu. Balik, singgah Pekan Kundasang beli makanan sikit untuk ganti balik tenaga yang dibuang tadi dan tengok-tengok gerai-gerai tepi jalan. Ada jual bunga-bungaan, sayur-sayuran segar, strawberry dan macam-macam lagi jenis buah-buahan dan keropok. I bought satu packet strawberries, saiz kecil-kecil. Nanti nak try lagi buat Puding Caramel using tepung custard instead of eggs, dan letak lah sikit hiasan dekat atas tu. And chocolate sikit wahh. Actually strawberry bukan sedap sangat pun, tapi cantik dan comel, sebab tu ramai suka. I think I like tembikai more, tapi tak berapa kena nak letak atas puding or kek.

Eh cerita pasal makanan la pulak. Move move.

Lepas balik dari Pekan Kundasang, kami bersiap dan turun dinner sekitar 7.30PM. Wow, well served. Saya ajar lagi kejap budak-budak tu cara makan dalam majlis protokol hehe. Banyak sangat masa. Sekitar 9PM, naik bas mini milik homestay ke Dewan Kundasang untuk cek spacing untuk show kami keesokkannya. Ada perubahan last minute. Lepas tu balik ke cafe homestay, discuss sekejap dengan coordinator homestay tentang event esok. All clear. Banyak lagi benda kami bincang sebenarnya, tentang future events and activities. OMG OMG XD Pukul 10PM balik bilik and last discussion with the girls tentang persiapan untuk hari esok. Banyaklah aku punya pesanan dan bebelan macam biasa. Kahkah.

Malam tu tidur jam 1AM, bangun jam 4 pagi untuk bersiap sebab pukul 7 pagi dah kena ada dekat cafe. Uruskan budak-budak tu, suruh diorang turun makan dulu dan saya balik bilik siapkan diri pula. 7.30AM saya ke cafe untuk sarapan, dalam jam 9AM gerak ke Dewan Kundasang (i think it is MINI dewan). Tunggu lama sikit, dalam pukul 10AM, majlis start dimulakan dengan persembahan dari Tari Kirana.

Lepas tu selang seli dengan persembahan lain, then giliran Tari Kirana lagi perform dua tarian sekaligus. Cukup tiga persembahan. Dah nak releks-releks dah tu, nak balik homestay, but then the coordinator approach me minta perform satu lagi tarian. Bincang kejap dengan the girls, dan there you are. Budak-budak ni memang sporting. I am happy the girls really do have fun though.

One of the best part is, ayah datang majlis tu sekali dengan mama, dan Jimah dan Jijah punya ibu pun datang juga. We're cousin, so yang datang tu my aunties juga. Hehe. Yeap, Tari Kirana dancers terdiri daripada keluarga sendiri XD

Enjoy sangat sebab di akhir event, ada majlis tari menari dan karaoke. I don't join lah. Dah retire pun menari-menari ni kihkih alasan. Take pictures saja.

Eh ada orang tanya the girls about me. Saya tak tahu apa semua yang dia tanya tapi diorang cakap.. "Nana, dia minat kauuu.." Siap minta nombor telefon saya lagi padahal I am sure he saw me membebel dekat the girls dekat belakang stage. KAHKAH tak perasan pun sebenarnya waktu awal-awal tu tapi what the hell kalau dia nampak pun. I don't mind what he's going to think about me. Apapun, the girls memang pandai  mengelak. Diorang jaga sangat pengurus diorang ni ewah. Saya tak rasa benda tu salah nak bagi number pun, he seems such a nice guy. Plus, waktu dia main Sabahan traditional music instrument on stage tadi (he's one of the performer too, representing Kinabalu Merdu Sound group*), Dana bisik dekat saya .."Macho lah cara dia main drum tu." Haha. Drum yang dimaksudkan adalah bukan drum, tapi looks like drum la. Saya tak tahu nama local untuk instrument tu, sorry. But I have the pic. Will show it to you later ;) Ah btw, saya dengan the girls main saya-kau je even beza umur sekitar 9 tahun. Family masing-masing biasa macam tu. Tak ada maksud nak kurang ajar, memang macam tu so jangan terkejut. Kami semua baik-baik XD

Event habis, head ke cafe dan makan. Semua lapar. Banyak sangat guna tenaga. Lepas makan, balik berkemas dan dalam balik, my abang sepupu yang hensem tu datang ambil. Hensem? Ahaha. By the way, siapa yang nak masuk jadi DJ radio Sabahan FM boleh minta rekemen dia. He's part of Sabahan FM. Tak boleh blah dia cakap nak rekemen me. Aku ni ketawa ja banyak kehkeh.

I met lots of nice new people, and for the first time of my crappy months of my entire crappy life, I feel much more alive.

Ada lagi banyak faktor lain, but for now, I will keep it only by myself.. =)


LATER!

*Kinabalu Merdu Sound = I mentioned about them on 2007 on http://sufilara.blogspot.com, diorang perform untuk majlis perkahwinan cousin saya waktu tu.

Labels:


12 Comments:

Blogger JIJI YU said...

tarok le video sekali...hehe

24 January, 2011 06:55  
Blogger Fina Sophie said...

JIJI YU,
video takleh upload due to copyright, but later i'll upload the pictures ;)

24 January, 2011 09:24  
Blogger Arief Arf said...

kundasang sejuk ke? what's the temperature?

p/s: sorry dah lama tak menjenguk X)

24 January, 2011 11:32  
Blogger FIFIEY LYCHEE MARATION said...

how was kundasanggg?? best tak? never been there...whenever u r, enjoy ur days ok!:D

24 January, 2011 21:23  
Blogger Heidi Shafiq said...

semua comel.. :)

25 January, 2011 19:25  
Blogger Fina Sophie said...

Arief Arf,
its alright :) well ya, lebih sejuk dr ranau. n if kena time musim hujan, brrrrr.. tambah sejuk lagi. not sure about the temperature. hehe

17 February, 2011 17:34  
Blogger Fina Sophie said...

FIFIEY LYCHEE MARATION,
aww.. tht's sweet of u dear :) thanks!

and kundasang is a nice place! i love the place and the people :P naikla gunung kinabalu. gate nak naik gng tu dekat kundasang ;)

17 February, 2011 17:38  
Blogger Fina Sophie said...

Heidi Shafiq,
they are, heidi.. =)

17 February, 2011 17:38  
Blogger Kirana Dancers said...

KIRANA DANCERS ??

02 March, 2011 08:32  
Blogger Shaiful Azmi Omar said...

Kundasang memang best...teringin nak overnite kat salah satu homestay kat atas tu...yang paling best kat hujung kampung tu...lupa dah apa nama dia...

10 April, 2011 02:02  
Blogger Fina Sophie said...

Kirana Dancers,
nope. tari kirana. :)

13 April, 2011 15:52  
Blogger Fina Sophie said...

Shaiful Azmi Omar,
paling best, view dia. n temprature dia yg sejukkk je rite? :D not mentioning alam semulajadi yg masih sgt terjaga lagi. there's a lot to explore there. fuh, sy pun tak explore2 lg ni even tinggal sekitar2 sini je hehe. hujung kg mana ye.. byk kg tu :)

13 April, 2011 15:56  

Post a Comment

You can freely :
1. Follow my blog. Usually I'll follow + comment back
2. I regularly checks my social network page and if you leave me your link, it would be easier for me to track you back and comment your blogpost in return.
3. Be nice.

Thanks for simply being here! *love*







original layout by bonjour heidi owned by Fina Sophie other by ArasuOnline dafont wish